ZURAINI.COM

Showing posts with label TESTIMONI. Show all posts
Showing posts with label TESTIMONI. Show all posts

TAK RASA SAKIT DAN PEDIH GUNA PRODUK ORGANIK

Bismillah...
Assalammualaikum korang...Malam tadi saya dapat banyak testimoni fresh...so harini saya nak update sikit testimoni yang saya dapat...sebab saya kalau boleh nak tulis semua perkara yang berkaitan dengan produk saya kat sini sebab senang nak buat rujukan untuk customer...Nanti saya tak update bila orang tanya tercari-cari pula...bila dah tepek kat sini senang nak cari kannnn...Satu pengakuan yang buat saya teruja dan terharu bila customer cakap TAK RASA SAKIT DAN PEDIH GUNA PRODUK ORGANIK...yeah...inilah yang selalu saya cuba nak bagitahu korang semua...

TAK RASA SAKIT DAN PEDIH GUNA PRODUK ORGANIK

Korang tahukan sebab apa tak pedih? Jawapannya cuma satu sebab ia adalah 100% organik...Produk saya buat adalah 100% guna bahan asli...tiada bahan kimia untuk cepat cantik,cepat putih...cepat gebu gebas dimasukkan ke dalam produk homemade saya. Kalau nak pakai organik homemade kena banyak bersabar sebab ia bukan terus jadi flawless dengan cepat...tapi ia akan memelihara kesihatan kulit kita dari dalam secara natural

Adik ni pakai produk krim kunyit,krim greetea,scrub greentea + oat dan sabun greentea + madu...Masa adik ni beli produk homemade saya dia alami masalah muka rosak sebab tersalah pakai 2 skincare yang hangat dipasaran...nama skincare saya tak berhak untuk mention(sorry) Alhamdulillah...saya harap adik ni dapat pulih dengan sempurna...Hebat juga penangan greentea ni...Patutlah sejak akhir-akhir ni ramai betul yang beli dan tanya pasal scrub dan sabun greentea

TAK RASA SAKIT DAN PEDIH GUNA PRODUK ORGANIK

Setiap kali saya dapat customer saya akan dapatkan feedback mereka selepas menggunakan produk homemade saya...bukan tujuan saya untuk testimoni semata tetapi saya dapat rasakan satu kepuasan yang sebenar bila dapat bantu orang menyelesaikan masalah kulit mereka. Tak salah guna produk ikut kehendak masing-masing tetapi haruslah berhati-hati dalam memilih produk untuk kebaikan korang

TAK RASA SAKIT DAN PEDIH GUNA PRODUK ORGANIK

TAK RASA SAKIT DAN PEDIH GUNA PRODUK ORGANIK

Ni antara feedback lain dari customer yang pernah cuba produk homemade saya. Semalam saya ada janji untuk dapatkan feedback serum organik...Tu dia dah komen bila bangun pagi muka rasa lembab dan best sangat guna serum organik tu...Sebab apa serum organik ni disarankan pakai sebelum tidur...Masa tidur adalah masa untuk badan kita berehat...masa badan kita berehat hormon-hormon akan bangun buat kerja....

So...korang-korang yang baru bercadang nak bertukar ke organik ingat tu TAK RASA SAKIT DAN PEDIH GUNA PRODUK ORGANIK. Tapi akan rasa sakit hati kalau jenis tak sabar huhuhuhu...Jangan risau...bahan yang baik pasti akan dapat hasil yang baik.In Sya Allah produk organik homemade tidak akan bagi kesan buruk kepada korang...Bagi saya bila pakai produk homemade ni rasa tenang dan selesa je...Korang tak nak rasa ke????hehehe...Ok lah...kita jumpa lagi nextime okeyy...Thank's sudi singgah...

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

SABUN MADU HILANGKAN JERAGAT

Bismillah...
Assalammualaikum para sahabat sekalian...Harap semua sihat dan dilindungi Allah sentiasa...Berdirinya saya disini hehehe...wah wah wah...bukan main lagi ayat...Sengaja nak bersenda pagi dengan korang...Harini saya nak share satu testimoni customer tentang SABUN MADU HILANGKAN JERAGAT

Saya rasa happy sangat sebab dapat feedback dari customer yang baik hati berkongsi kegembiraan ibunya dengan saya. Sebenarnya saya memang willing to dengar semua feedback daripada penggunaan produk homemade saya supaya boleh dijadikan testimoni.Tak mo lah guna testimoni palsu kan...hehehe

 Tapi ingin saya tekankan disini...setiap orang tidak sama hormon...so,kalau korang perasan ada orang yang bila sakit makan sekali je ubat terus baik...dan ada yang seminggu makan ubat tapi tak baik-baik...nampak tak? Setiap manusia organ je yang sama tapi sel-sel hormon dan keserasian adalah berbeza

Sila berfikiran positif bila nak bertukar pada produk organik sebab produk organik ni memang akan ambil masa bergantung pada individu...ada yang cepat dan ada yang lambat...Saya perhatikan di Malaysia memang dah trend orang berebut-rebut nak cantik sementara sedangkan di negara luar orang berebut-rebut nak cari produk 100% organik. 

Saya pernah baca satu pesanan ringkas dari sorang "mat saleh",dia dah bertukar menggunakan 100% organik dan thank god bukan sahaja wajahnya menjadi sihat tetapi badannya pun ikut sama rasai keselesaan menggunakan produk organik

Katanya, ramai orang tidak sedar peratusan penyakit yang bakal dialami adalah berpunca daripada gaya hidup kita bukan sahaja dari segi pemakanan tetapi terselit juga dari segi produk yang kita gunakan seperti syampo,mandian dan skincare. Cuba bayangkan kalau setiap hari kita gunakan produk yang ada bahan kimia...hurmmmm...korang bayangkanlah sendiri ye...

Gambar dibawah adalah salah satu testimoni customer yang guna sabun madu asli yang saya buat sendiri. Customer ni beli dan potong sedikit bagi kat mak dia...dan mak dia suka sangat guna sebab jeragatnya dah semakin menghilang. Sebelum ini dah macam-macam produk di cuba tetapi tidak berjaya...

SABUN MADU HILANGKAN JERAGAT

SABUN MADU HILANGKAN JERAGAT

Disini saya bukan nak cerita pasal produk saya yang terbaik tetapi berkaitan dengan hormon macam saya cakap tadi. Mungkin keserasiannya lebih kepada produk saya...Setiap orang adalah berbeza-beza penerimaan kulit terhadap produk...Apa yang penting organik is better than everything...Ia selamat digunakan dan sesuai untuk semua peringkat usia...Tak perlu rasa ragu-ragu dengan produk organik

SABUN MADU HILANGKAN JERAGAT

Haaa...inilah rupanya sabun madu asli tu...Yang ini harganya RM20 je...tapi korang boleh pilih nak harga berpa...ada satu bentuk lagi berat lebih kurang 60gram harga RM15 dan kalau nak yang kecil-kecil comel tu RM20/10pcs. Harga saya bagi ni harga untuk cuba-cuba taw...mana taw bila dah guna serasi pula...dan tiba-tiba korang berminat pula nak buat bisnes...korang boleh terus order untuk jenama sendiri pula...ok tak???

KELEBIHAN SABUN MADU ASLI ORGANIK :
~ Membantu masalah kulit sensitif
~ Melembab & melembutkan kulit
~ Mengatasi masalah kulit kering
~ Menghapuskan sel kulit mati
~ Mencerahkan kulit
~ Menghilangkan kesan jerawat & jeragat
~ Menarik keluar kotoran dari dalam pori
~ Membantutkan pertumbuhan jerawat
~ Mengeringkan jerawat 

Buat pengetahuan sesiapa yang baru pertama kali masuk ke blog saya ni,saya memberi perkhidmatan buat produk homemade untuk orang nak bisnes kecil-kecil...Buat jenama sendiri...Semalam baru saya umumkan mulai sekarang saya akan bagi minimum order 30pcs setiap produk...ada yang 36pcs...Ini sebagai tanda sokongan kepada mereka yang bersemangat nak buat bisnes tapi modal tak banyak...ada yang request dengan saya untuk kecilkan MOQ...huhu

So...bergitulah serba sedikit info yang saya nak share dengan korang mengenai SABUN MADU HILANGKAN JERAGAT . Saya harap info ini dapat membantu korang yang memerlukan...Yang nak berurusan dengan saya jangan malu nak whatsapp hokeyyy...Jumpa lagi next story...Tq korang

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

SCRUB KOPI YANG PALING BAIK

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Morning sahabat semua...Semalam saya terlepas pelung untuk berkongsi cerita dengan korang semua sebab semalam busy menyiapkan tempahan scrub kopi dan lip scrub customer dari KL. Nanti saya update aktiviti eh...Sebelum tu saya nak share testimoni SCRUB KOPI YANG PALING BAIK daripada customer di sabah yang teruja sangat guna scrub kopi zm beauty...Alhamdulillah ...bertambah lagi sorang pengguna produk organik kat malaysia

Customer ni masa mula-mula hubungi saya tak bagitahu pun yang dia ada masalah kulit,cuba dia teruja nak beli lipbalm saya...Tetapi oleh kerana lipbalm tu kecil dan rasa tak berbaloi untuk saya pos sebab harga pos lebih mahal daripada harga barang,maka saya offer dia untuk cuba scrub kopi saya. Customer bersetuju untuk cuba scrub kopi tersebut walaupun dia tak cerita masalah kulit muka dia pada masa itu.

Setelah lebih kurang 2 minggu selepas itu customer kembali mesej saya untuk berkongsi keterujaan dia terhadap hasil peggunaan scrub kopi saya. Korang baca ya saya ada screenshot perbualan saya dengan customer untuk saya jadikan testimoni untuk scrub kopi saya

SCRUB KOPI YANG PALING BAIK

SCRUB KOPI YANG PALING BAIK

SCRUB KOPI YANG PALING BAIK


SCRUB KOPI YANG PALING BAIK

SCRUB KOPI YANG PALING BAIK

Begitulah cerita customer mengenai keterujaannya terhadap hasil penggunaan scrub kopi saya dan dia ingin membeli sabun pula untuk mendapat effect yang lebih baik. Saya cadangkan kepada dia untuk mencuba sabun kopi sebab saya rasa dia lebih serasi dengan kopi kerana sebelum ini dia gunakan scrub kopi dan dapat merawat kulitnya

Kulitnya mengelupas dan ada jerawat pasir sebelum menggunakan scrub kopi. Tetapi alhamdulillah selepas menggunakan scrub kopi masalah yang dihadapi settle. Bak kata customer" muka yang macam kertas pasir dah jadi licin" hehehe...Happy sangat saya dengar

Akhirnya customer bersetuju untuk membeli sabun kopi dan berjanji akan memberi feedback dalam masa sebulan lagi. Saya sangat berharap percubaan dia menggunakan sabun kopi juga membuahkan hasil

Buat pengetahuan semua kopi adalah satu bahan yang sangat bagus untuk kecantikan kerana kandungan antioksidannya yang tinggi mampu membuatkan wajah kelihatan lebih awet muda,menegangkan kulit,membersihkan kulit,mencerahkan kulit,menghilangkan iritasi pada kulit,membersihkan wajah,memudarkan parut dengan cepat dan banyak lagi manfaatnya

Produk-produk organik by zm beauty adalah 100% organik tanpa bahan kimia dan selamat digunakan tanpa was-was kerana saya hanya menggunakan 100% bahan asli didalam produk yang saya buat. Tiada pewarna @ pewangi yang dicampur kedalam produk saya...Dan ia adalah sesuai untuk semua peringkat usia dari kecil hingga ke tua

Saya ingin mengajak semua orang untuk mencuba menggunakan produk organik untuk menjaga kesihatan kulit. Tidak semestinya beli dengan saya,korang boleh beli dengan sesiapapun asalkan ia adalah organik. Bila dah cuba pakai barulah korang tahu betapa selesa dan syoknya menggunakan produk organik

Kesimpulannya,walaupun scrub kopi saya adalah hanya homemade base tetapi masih mampu memberi kepuasan kepada pengguna. Scrub homemade adalah SCRUB KOPI YANG PALING BAIK untuk dicuba. Hanya orang yang sudah cuba akan dapat menilainya. Setelah setahun saya membuat scrub,belum pernah sekalipun saya mendapat bad feedback daripada customer. Semua customer saya sangat berpuashati dengan scrub kopi homemade saya. 

Saya sangat bersyukur sebab scrub kopi dan produk organik saya dapat memberi manfaat kepada orang lain. Apa yang saya harapkan lebih ramai lagi yang bertukar kepada organik supaya kita sama-sama dapat manfaat darinya

Baiklah...sekian sahaja entri SCRUB KOPI YANG PALING BAIK dari saya untuk korang. Kepada yang berhasrat ingin mencuba boleh terus whatsapp saya. Jumpa lagi next topic...banyak lagi cerita menarik tentang organik lover's. Yang nak mulakan perniagaan kecil dengan produk organik pun saya boleh tolong supply barang...Terima kasih

Wassalam


KULIT RASA SANGAT BERSIH GUNA SCRUB KOPI (TESTIMONI PART 4)

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Masa saya sedang menaip di blog ini hujan turun mencurah-curah kat luar. Pagi-pagi dah hujan dah...Hujan rahmat kat orang tua-tua...Sejuk je...Kalau tak hujan pagi-pagi dah rasa bahang panas dah...tapi harini rasa sangat selesa. Kebetulan harini anak saya ada appointment dengan doktor pakar Audio kat hospital Kluang,so korang tolonglah doakan anak saya baik baik je eh...hehehe...

Harini saya nak share 3 testimoni pengguna scrub organik homemade saya. Scrub yang dimaksudkan adalah scrub kopi dan scrub oat...Saya kan ada 4 jenis scrub takut nanti tak mention korang confuse scrub mana yang dimaksudkan dalam perbualan tu...

KULIT RASA SANGAT BERSIH GUNA SCRUB KOPI (TESTIMONI PART 4)

Adik yang atas ni beli scrub kopi.... katanya bila lepas pakai kulit terasa lembut dan sangat best. Ini kerana scrub kopi ni saya masukkan minyak zaitun dan minyak argan untuk kesan yang memang powerfull untuk kulit. Scrub ini dapat membantu korang membuang sel-sel kulit mati...parut-parut jerawat...blackhead,whitehead dan melembabkan kulit. 

Adik ni dah pun order scrub kopi ni untuk branding jenama sendiri...Alhamdulillah...Produk bagus mesti orang suka kan...tak kiralah ada KKM ke tidak sebab saya buat scrub ni kat rumah...celah mana saya nak apply KKM...KKM takde tapi selawat dan doa-doa mengiringi proses pembuatan scrub ni...IN SYA ALLAH...

KULIT RASA SANGAT BERSIH GUNA SCRUB KOPI (TESTIMONI PART 4)

Testimoni kedua ni pula bagitahu yang kulitnya juga terasa lembut dan bersih selepas guna scrub kopi ni. Sebenarnya semua orangpun memang perlu guna scrub untuk kulit muka dan badan sebab scrub ni boleh mencuci kotoran-kotoran degil kat atas kulit. Tekstur scrub yang berbiji-biji mampu menggosok daki-daki degil dipermukaan kulit korang dan celah-celahan yang selalu menjadi tempat bakteria membiak

KULIT RASA SANGAT BERSIH GUNA SCRUB KOPI (TESTIMONI PART 4)

Dan testimoni yang ini pula seorang ustaz yang ambil scrub daripada saya. Dia dah pun branding jenama dia sendiri. Ustaz ni berpuashati dengan hasil tangan saya. Alhamdulillah scrub saya dapat diterima pakai oleh semua orang

Kepada mereka yang belum pernah mengamalkan penggunaan scrub untuk muka dan badan bolehlah try lepas ni bagi buang semua kerak-kerak daki dan sel kulit mati. Tapi sebelum tu saya nak pesan kalau nak beli scrub kalau boleh beli yang 100% organik sebab yang 100% organik ni tiada bahan kimia...

So,lebih selamat untuk korang pakai. Segala jenis scrub dalam dunia ni sama je...yang membezakannya adalah bahan dan kesannya...Apa salahnya korang guna yang organik takdelah kulit korang dapat kesan samping untuk jangkamasa panjang kan...

Ok lah,inilah perkongsian saya untuk KULIT RASA SANGAT BERSIH GUNA SCRUB KOPI (TESTIMONI PART 4)...Jangan lupa singgah lagi kat sini ya korang. Jumpa lagi

Wassalam


TESTIMONI SABUN KUNYIT + MADU BY ZM BEAUTY

Bismillah...
Assalammualaikum senua...
Seperti yang dijanjikan,harini saya nak buat entri simple untuk update TESTIMONI SABUN KUNYIT + MADU BY ZM BEAUTY daripada pelanggan saya yang dah pun menggunakan sabun kunyit + madu ni. Sebelum tu saya nak tanya korang...sekarang korang pakai produk penjagaan muka yang organik or tidak? Alaaaa....jangan lah fikir negatif...saya tanya je...just sharing-sharing gitew

Saya tanya bukan untuk jaga tepi kain korang tapi sekadar nak berkongsi sambil memberi nasihat. Kalau boleh bila korang nak membeli sebarang produk kecantikan kat pasaran kita sekarang ni sila lah berhati-hati. Pastikan kandungan produk tersebut tidak berbahaya ye korang. Bukan apa,saya perhatikan saban hari berlambak-lambak produk kecantikan yang keluar ek...Saya sekadar mengingatkan...pokok pangkal kat korang betul tak...sebab sayang kalau kita tersilap pilih nanti kita yang nak kena tanggung...Kalau sikit-sikit takpe...Kalau dah merosakkan sampai tahap jahanam memang haru la kita nak menanggungnya kan...Betul tak??? ( padan muka saya sebab saya pernah mengalami zaman rakus nak cantik cepat hahaha)Kita berbalik pada tajuk asal ya..

Saya sangat-sangat bersyukur...walaupun produk saya tidak popular dan bukan semua orang tahu tetapi Alhamdulillah semua yang menggunakan produk organik homemade saya serasi...Mereka suka dan tidak menimbulkan sebarang masalahpun...malah ada yang repeat order lagi...Saya bersyukur sangat...tanpa korang siapalah saya huhuhuhu...terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokon g saya dari segala sudut. Yang tak sokong tu takpe...saya tak kisah sebab saya tak paksa pun korang untuk join saya...
TESTIMONI SABUN KUNYIT + MADU BY ZM BEAUTY

TESTIMONI SABUN KUNYIT + MADU BY ZM BEAUTY

TESTIMONI SABUN KUNYIT + MADU BY ZM BEAUTY

TESTIMONI SABUN KUNYIT + MADU BY ZM BEAUTY

TESTIMONI SABUN KUNYIT + MADU BY ZM BEAUTY

TESTIMONI SABUN KUNYIT + MADU BY ZM BEAUTY

TESTIMONI SABUN KUNYIT + MADU BY ZM BEAUTY

Syukur alhamdulillah...semuanya berpuashati dengan hasil tangan saya...Tak kurang juga mendoakan saya untuk terus maju. Ada juga yang gunakan sabun ini untuk anaknya yang ada eczema. Ramai yang cakap bila pakai sabun kunyit dan madu ni kulit mereka jadi bersih dan lembab. Tidak kurang juga yang cakap nak order lagi bila dah habis huhuhu...tetiba rasa terharu pula...Korang yang sedang baca ni kalau korang ada masalah kulit kering...jerawat,kusam dan sensitif bolehlah cuba pakai sabun kunyit + madu ni...Manalah tahu rezeki korang pula untuk serasi dengan sabun ni...Apa yang penting yang saya selalu dok canang adalah selamat & organik hehehe...Sebabnya adalah I'm organic lover...segalanya saya nak yang organik...biarlah apa orang nak cakap...saya tetap saya yuhuuuu....katakan tidak kepada yang bukan organik

 Korang tau kan dalam sabun kunyit madu ni saya hanya letak kunyit asli dan madu asli juga minyak zaitun...Haaaaa...kalau korang nak tahu kulit korang jadi lembab tu sebab minyak zaitun tula...Sebab tu dalam banyak-banyak minyak saya memilih minyak zaitun sebab minyak zaitun ni memang powerfull untuk kecantikan yang natural....Kalau korang tak percaya korang boleh baca tentang kelebihan minyak zaitun...mesti korang tangkap cintan dengan minyak zaitun tau...macam saya hehehee...( nanti saya akan tulis cerita pasalal keistimewaan minyak zaitun sampai saya tangkap cintan krik krikk ya)

Bagi mereka yang baru menjejak kaki ke blog ni pasti belum tahu apa itu sabun kunyit + madu ZM Beauty kan...Kalau korang nak tahu boleh merayap kat dalam blog ni untuk cari info mengenainya. Sabun kunyit + madu ini adalah 100% organik homemade yang dibuat oleh saya sendiri dengan penuh teliti untuk memastikan semua orang yang menggunakannya mendapat manfaat yang terbaik. Kepada mereka yang berkenan nak mencuba korang boleh direct whatsapp saya ya...In Sya Allah korang akan dilayan dengan mesra oleh saya...hehehe...

Rasanya cukup setakat ini review saya untuk harini. Ada tugas lain yang perlu diselesaikan...sebenarnya banyak lagi benda yang perlu saya share kat sini berkenaan aktiviti membuat produk homemade saya tapi tak cukup masa nak tulissss ...Nanti saya akan update lagi ya...Jumpa lagi next entri dan terima kasih kepada yang sudi singgah...

Wassalam



KULIT LEMBUT DAN SHINING GUNA SCRUB KOPI - TESTIMONI (PART 3)

Assalammualaikum dan selamat pagi uolllssss...
Korang dah breakfast ke? Breakfast ni penting tau untuk kesihatan perut...Kalau nak jadualkan masa makan untuk kurus make sure jangan tinggalkan breakfast...sebab perut kita dah kosong dalam jangka masa yang lama ketika kita tidur...so jangan seksa perut yang rajin nak bekerja tu(perut perlukan sesuatu untuk dihadam) Tapi boleh abaikan nasihat ni kalau korang tidur sambil makan hehehe(gurau je...)

Harini pagi-pagi saya dah buka laptop sebab nak share testimoni scrub. Bukan apa...saya kalau boleh nak letak seberapa banyak mengenai scrub organik homemade dan adik beradiknya yang lain( produk homemade lain yang saya buat ) sebab jimat masa saya nak explain kat orang pasal apa yang saya buat. Ramai customer yang dari pesbuk tanya pasal scrub dan sabun homemade. Kalau 10 orang yang tanya maun berdarah gak hidung nak jawab...huhuhu. Sekarang baru saya tahu kenapa orang cakap blog untuk bisnes ni penting. Sekarang bila orang nak tahu lebih lanjut pasal apa yang saya buat saya terus bagi link blog ni je...sebab tu setiap hari saya perlu untuk update cerita yang berkaitan dengan apa yang saya lakukan. 

KULIT LEMBUT DAN SHINING GUNA SCRUB KOPI - TESTIMONI (PART 3)

 Dua gambar di atas adalah testimoni original pengguna scrub organik homemade saya. Alhamdulillah customer berpuashati dan suka dengan hasil yang mereka dapat. Korang kena fahamkan betul-betul ya...saya buat scrub organik...100% guna bahan semulajadi...tiada campuran bahan kimia yang boleh rosakkan kulit mahupun bahan yang boleh buat korang jadi bidadari. Keberkesanan yang korang akan dapat tidak akan sama setiap individu kerana ia bergantung kepada hormon yang ada dalam badan korang...melainkan korang mempunyai hormon yang sama dengan orang lain...erkkk ada ke yang sama hormon??? hurmmmm...hehehe

Customer cakap masa firstime pakai pun dah rasa kulit lembut je kulit selepas pakai scrub...Selepas 3 kali pakai kulit dia semakin serasi menggunakan scrub organik homemade saya ni taw...siap cakap kulit dia nampak shining lagi...Happy sangat saya dengar...Jangan cakap produk organik tak bagus...tu dia buktinya produk organik masih relevan untuk diguna pakai malah  lebih selamat

KULIT LEMBUT DAN SHINING GUNA SCRUB KOPI - TESTIMONI (PART 3)

Apa yang istimewanya tentang produk organik homemade ni adalah ia 100% selamat digunakan. Korang tak perlu risau kulit korang terbakar ke...sesuai ke dengan kulit korang atau bahaya tak dengan kulit korang. Sepanjang saya mengamalkan penggunaan produk-produk homemade, saya rasa sangat selesa dan selamat. Saya dah boleh tolak tepi dah kerisauan saya pada kesihatan kulit sebab saya yakin tiada apa yang akan merosakkan kulit saya dengan produk natural

Jerawat??? Jerawat tu normal la sayang oiiii... Patung lilin kat I-City je yang tak naik jerawat dikkk ( hehehe bercanda je taw) Sape yang muka dia tumbuh jerawat itu adalah petanda kulit korang sihat...Tapi awas pada yang jerawat tak timbul timbul tu...sebab jerawat pun takut nak tunjuk muka sebab lapisan atas kulit tu ada bahan kimia...uikkkk gerunnya...

Mana ada orang yang takde jerawat...mesti ada punya...Janganlah korang terpedaya sangat dengan muka model dan artis semua tu...dah mekap nampak licin...glowing dan shining lah muka diorang tu....tapi kalau perhatikan betul betul mesti ada jerawat seketul dua yang menghiasi muka diorang hehehe...Ni semua teknik mekap dikkk...Tapi bukan semua lah macamtu...Ramai juga yang mempunyai kulit jenis bersih sejak azali...ini kurniaan Allah tak boleh dipertikaikan hokeyyy...

Sebenarnya semua produk kat dunia ni sama je...semua guna bahan natural...mana diorang nak ambil bahan lain lagi...mesti ambil kat muka bumi ni juga....tapi yang meragukan adalah kaedah campuran bahan kimia yang berlebihan untuk tujuan mencantikan dengan segera. Dengan bahasa yang lebih mudah faham bukan 100% natural @ semulajadi...Faham tak saya cakap apa?? krikk krikkk krikkk

Rasanya cukup setakat ni perkongsian saya kali ni...macam dah ke angkasa lepas pun ada gamaknya kalau dah start menaip ni huhuhu...Terima kasih sudi membaca perkongsian saya...Saya akan berkongsi lagi next entri...Kalau tak bosan boleh la datang jenguk...Jumpa lagi

Wassalam


TESTIMONI PENGGUNA SCRUB ORGANIK HOMEMADE BY ZM BEAUTY(PART 2)

Assalammulaikum wahai sahabat-sahabatku sekalian...Cuaca pagi ni kalau dipandang dengan mata kasar nampak sangat baik...Awal pagi tadi pukul satu lebih  hujan lebat mencurah curah sambil guruh berdentum dentum sangat menghiburkan saya bilamana saya tak dapat nak lena lagi masa tu memandangkan anak-anak semuanya tak berapa nak sihat akhir-akhir ni. Anak saya yang bongsu paling teruk buat masa sekarang sebab batuknya yang mengejut ngejut buat saya cemas setiap kali dia batuk...Alahai anak....Nasihat saya pada korang semua,minum air kosong banyak-banyak bagi recover keperluan air dalam badan tu...tapi jangan sampai terlebih minum pula...hehehe

Harini saya nak share sikit mengenai TESTIMONI PENGGUNA SCRUB ORGANIK HOMEMADE BY ZM BEAUTY(PART 2)...Pasai apa ada part 2? Sebab testimoni yang sebelum ni saya tulis part 1 hehehe... Saya nak tepek testimoni ni secara berperingkat peringkat...maka kenalah letak part-part nih...kang orang ingat testimoni yang serupa je pulak...kikiki

TESTIMONI PENGGUNA SCRUB ORGANIK HOMEMADE BY ZM BEAUTY(PART 2)

TESTIMONI PENGGUNA SCRUB ORGANIK HOMEMADE BY ZM BEAUTY(PART 2)

TESTIMONI PENGGUNA SCRUB ORGANIK HOMEMADE BY ZM BEAUTY(PART 2)

Saya letak 3 testimoni ni dulu ya...korang bacalah testimoni original pengguna scrub kopi yang dibawa khas oleh pelanggan setia scrub kopi saya yang dah pun buat brand dia sendiri. Dia sangat sangat berpuas hati dengan scrub yang saya bekalkan untuk dia jadikan brand dia sendiri.

Customer dia sangat berpuashati menggunakan scrub kopi organik homemade ni . Kata mereka kulit mereka sangat lembut selepas menggunakan scrub kopi. Ada yang cakap muka jadi lebih licin dan lembab..yela kan...dalam scrub ni kan ada olive oil...sebab tu kulit korang akan jadi lembab dan licin...Kalau korang ada jerawat pasirpun boleh hilang dengan scrub ni...Ada juga customer yang mengakui yang kulit mereka jenis sensitif tapi masih boleh pakai scrub organik ni sebab scrub ni sesuai untuk semua jenis kulit...baby pun boleh pakai taw...Korang tak perlu risau guna scrub ni sebab 100% bahan yang saya gunakan adalah semula jadi...So...saya ambil pengalaman mereka sebagai TESTIMONI PENGGUNA SCRUB ORGANIK HOMEMADE BY ZM BEAUTY(PART 2) taw...thank you

Kalau korang nak tahu owner scrub ni lelaki tau...Sebenarnya saya pun tak tahu saya berurusan dengan lelaki,sehinggalah dia bagi saya detail untuk saya pos scrub yang dia ambil untuk jenamakan dengan jenama dia...Tapi masa tu saya masih belum 100% tahu dia adalah lelaki...Maybe customer ni guna nama "pakwe" or tunang dia...Memandangkan dia student U lagi..Namun akhirnya saya dapat tahu juga status jantina customer saya n bila dia buat video cara scrub muka...hahahaha...lelaki rupanya...

Saya sangat bangga dengan customer sorang ni sebab dia adalah seorang student lelaki yang sangat gigih mencari duit poket. Dia bukan orang senang...dia cari duit untuk kurangkan beban mak dia...billa dah ada duit sendiri tak perlulah saya bergantung pada Ummi saya...katanya...Terharu saya dik...bukan semua orang leh buat macam awak buat ni...Tabik spring dengan awak sebab sanggup jual scrub muka semata nak cari duit poket...Yang paling membanggakan bila dia cerita dia belanja Ummi dia dengan hasil jual scrub...Semoga Allah memberikan kemudahan dalam awak mencari rezeki dik...awak memang Ohsem...

Setakat harini adik ni dah 3 kali repeat order dengan saya...Dah 2 kali saya berjumpa dengan dia...Baik budaknya...Ada ciri-ciri anak yang baik...Saya harap awak akan terus bersemangat mencari apa yang awak inginkan dalam hidup. Dia ada bagitahu saya baru-baru ni dia slow down sikit bisnes sebab nak tumpukan perhatian pada pelajaran sebab sekarang dah masuk tahun akhir yang sangat penting. Takpe dik...saya sokong awak...Dahulukan mana yang penting dulu ya...Rezeki tidak akan kemana sebab yang menentukan apa yang berlaku di muka bumi ini adalah Allah...maka,awak tak perlu takut...teruskan kehidupan mengikut landasan yang betul...akhirnya awak pasti akan berjaya...Hehehehe...penuh semangat saya bagi nasihat...

Rasanya cukup setakat ni kot perincian saya mengenai TESTIMONI PENGGUNA SCRUB ORGANIK HOMEMADE BY ZM BEAUTY(PART 2) ni...macam dah panjang lebar pula saya cerita sebab siap ada sesi nasihat bagai...hehehe...harap takde yang bosan baca cerita saya yang lari tajuk sikit...Apa-apapun inilah hasil tangan saya sebagai organic lover's...Korang nak rasa??? Meh roger saya...Thank's sudi baca...jumpa lagi next entri...

Wassalam



TESTIMONI SCRUB KOPI (PART 1)

TESTIMONI SCRUB KOPI (PART 1)
Assalammualaikum korang...Dah beberapa hari nak update blog tapi asyik tak kesampaian je.. Harini saya curi sikit masa sebelum tidur untuk tepek testimoni fresh dari customer scrub kopi organik zm beauty. 

TESTIMONI SCRUB KOPI (PART 1)

TESTIMONI SCRUB KOPI (PART 1)

Fungsinya memang untuk mencerahkan kulit,membuang sel kulit mati...yang ada jerawat pasir...jerawat tak pasir(hehehe)...jeragat ...dan sebagainya boleh la try...Scrub ini adalah 100% organik sebab tiada bahan kimia yang terkandung dalam scrub ini dan ia adalah selamat dan suci...

Sebenarnya ada banyak lagi testimoni saya nak share tapi saya akan share next entri sebab kekangan masa buat saya tak sempat nak mengadap laptop...terkejar-kejar saya nak uruskan macam-macam...ala-ala supermom juga lah saya setiap hari....

Dalam blog ni saya akan khaskan satu label Testimoni untuk tatapan korang kalau-kalau nak tengok testimoni. Yelahkan kadang-kadang ada yang nak beli barang nak tengi=ok testimoni dulu. lagipun testimoni ni adalah salah satu aspek yang terpenting dalam teknik pemasaran sesuatu produk. Kalau takde testimoni macam mana orang nak percaya keberkesanan produk kita tu

Apa-apapun kepada korang yang sedang mencari scrub yang organik bolehla tinjau-tinjau testimoni di sini...nanti saya akan post lagi testimoni yang lain...ada banyak lagi...tunggu testimoni scrub part 2,3 dan seterusnya...

So...cut the story kepada yang berminat nak try or nak jual sebagai jenama korang sendiri boleh roger saya 01132484182....saya dah menaip super express dah ni...anak dah tarik nak masuk tidoq...jumpa lagi eh next entri...Lebiu korang...

~ SALAM ~