ZURAINI.COM

Showing posts with label SEGMEN. Show all posts
Showing posts with label SEGMEN. Show all posts

Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz

Bismillah...
Assalammualaikum korang...Sempena Ramadhan Al-Mubarak ni saya nak join satu segmen sahabat kita ni yang mempunyai niat suci untuk sebarkan sunnah & zikir yang menjadi tuntutan. Dan lebih banyak ganjarannya bila kita amalkan di bulan yang mulia ini...Jom kita renung sejenak apa pesanan dari penaja Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz ni...

Assalamualaikum semua... 
Salam ramadhan buat semua pembaca Papaglamz yang aku sayangi. Sayang lebih sikit untuk sesiapa yang sudi baca entri segmen aku kali ni. Hehehe. Ok la, straight to the point. Bersempena bulan penuh barokah ini, aku tergerak hati untuk menganjurkan segmen simple untuk korang semua. Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. Aku saje je anjurkan segmen sebegini rupa sekadar hendak membawa kita semua selain dari blogwalking tu terasa ada pengisian la sikit kan. Insyallah. Jangan lupa join. Ikuti syarat-syarat yang mudah dengan tertib tau...!!!!


Syarat-syarat :

1. Baca 3 Zikir yang mudah ni sebanyak mana yang korang mahu. At least sekali pun Alhamdulillah. Jangan skip ye.




2. Mainkan video youtube di bawah ni. Selama mana yang mampu korang tengok la video ni tau.


3. FOLLOW BLOG Papaglamz.com

4. Buat satu entri yang bertajuk: "Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz"

5. Copy paste coding kat bawah ni:

6. Publish entri korang dan share link korang diruang komen entri segmen (Klik Disini)
Mudah je kan? Selamat bersegmen. 

10 Peserta BERTUAH bakal mendapat Sampul Duit Raya EXCLUSIVE by PAPAGLAMZ beserta HADIAH MISTERI dari Papaglamz.com. 

Jom jom jom cepat join.....!!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-

SEGMEN BLOGLIST JUN-SEPTEMBER 2017

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Ada segmen lagi saya nampak dan dengan berbesar hati saya nak join SEGMEN BLOGLIST JUN-SEPTEMBER 2017 ni . Korang kalau nak join boleh klik kat banner kat bawah ni eh...Oleh kerana salah satu syaratnya perlu tag kawan saya akan tag 

hehehe...sebab saya ni kurang kenal sangat blogger2 ni...Almaklumlah budak baru belajar kan...hehehe...Harap adik bertiga ni sudi join sekali untuk meriahkan segmen CikLa kita hokeyyyy...

SEGMEN BLOGLIST JUN-SEPTEMBER 2017

Macam biasa syarat penyertaan korang boleh tengok bila korang klik banner kat atas ni...Senang je nak ikut "like a piece of cake" bak kata omputeh. "CikLa,saya dah penuhi semua syarat taw...Saya join eh...hehehe"

Segmen ni bertujuan untuk mencari 10 bloglist untuk menyerikan blog CikLa...Dan 2 orang yang bertuah bakal memenangi hadiah misteri dari CikLa kita. Sempat lagi ni kalau korang nak join sebab tarikh tutupnya 30 mei 2017 pukul 8malam

Selamat berSEGMEN BLOGLIST JUN-SEPTEMBER 2017 korang...GOOD LUCK MY DEAR...

Wassalam

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BY OMBAK BERGIGI

Bismillah...
Assalammualaikum...
Harini nak join lagi satu segmen SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BY OMBAK BERGIGI...Macam biasa korang kalau nak join korang boleh klik banner yang saya tepek satgi untuk baca apakah intipati segmennya okey...

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BY OMBAK BERGIGI


5 je Syarat Untuk Menyertai :

1. Follow Blog Ombak Bergigi ( beres )

2. Follow IG @ombakbergigi ( beres )

3. Buat satu entri di blog korang bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist by ombak Bergigi" ( tengah buat ni hehehe )

4. Letakkan banner segmen dan link kan ke blog ini ( beres )

5. Comment link entri penyertaan di bawah ( jap eh...dah siap saya hanto )

Jom guy's kita meriahkan SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BY OMBAK BERGIGI ni. Semoga terjalin sebuah ukhwah sesama kita. Boleh kenal-kenal dengan blogger lain...

Wassalam

GIVEAWAY FREE NAMECARD BY BUSYRA TAKIYUDIN

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Yeayyy...harini saya nak join GIVEAWAY FREE NAMECARD BY BUSYRA TAKIYUDIN ni. Saja-saja nak meriahkan suasana sambil-sambil nak cuba menggunakan kaedah beramah mesra dengan blogger lain dengan penyertaan giveaway @ segmen. Lagipun dah lama tak join segmen sebab takde kesempatan...ni sambil-sambil tengok berita saya menaip hehehe...

GIVEAWAY FREE NAMECARD BY BUSYRA TAKIYUDIN

Masa mula-mula nak mencuba join giveaway ni saya tak berapa pandai sangat...tapi alhamdulillah mereka yang buat giveaway ni bagi syarat yang mudah je untuk dipenuhi dan senang nak faham arahan yang disediakan. Kalau blogger yang otai mesti tiada masalah nak join...tapi bagi blogger baru mesti terkulat-kulat lagi nak faham macam saya dulu...takpe...pelan-pelan kayuh eh...

Nak join??? Mudah je...korang klik banner yang saya letak kat atas sana,lepas tu korang akan dapat tengok arahan dan syarat untuk join giveaway ni. Yang saya teruja sangat dengan GIVEAWAY FREE NAMECARD BY BUSYRA TAKIYUDIN ni adalah design & warna namecard tu kita boleh pilih sendiri taw...Huyyohhh ...serius best...

3 perkataan menggambarkan blog BusyraTakiyudin :
1) Simple
2) Tak semak
3) Warna lembut (tak sakit mata tengok)

Alhamdulillah...semua syarat dah dipenuhi...Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya join giveaway ni dengan senang hati dan nak ajak sesiapa yang nampak entri saya untuk join walaupun dah dekat nak tarikh tutup...hehee..Good luck guys...

Wassalam

SEGMEN : SEORANG SYED NAK BLOGLIST

Bismillah...
Assalammulaikum semua...
Saya rasa saya orang terakhir kot yang join segmen SEGMEN : SEORANG SYED NAK BLOGLIST ni...tak tahu la macamne boleh terlepas hahahaha...walaupun tinggal 2jam je lagi dari masa tutup penyertaan saya tetap nak join gak...pasalnya saya nak jugak menyelit diantara mereka-mereka yang terbaik...sekurang-kurangnya boleh sedut aura blogger dari oatai-otai semua...

SEGMEN : SEORANG SYED NAK BLOGLIST

Kenapa saya nak bertenggek kat blog SEORANG SYED ni?
Sebab saya ni teringin nak ada follower macam orang lain hehehe...Saya kan budak baru belajar...banyak yang perlu belajar lagi. Mana tahu kalau saya terselit di bloglist SEORANG SYED peluang saya terbuka luas...tapi saya selalu redho kalau takde yang nak follow saya hehehe...

Review ikhlas tentang blog SEORANG SYED :
Serius ni tau...takde nak goreng-goreng...or nak ayat power...saya selalu tengok blog lain, semuanya hebat-hebat belaka...sampai saya rasa betapa kecilnya diri saya. Saya suka blog SEORANG SYED salah satunya adalah sebab blog ni simple,kemas dan banyak info yang boleh diguna pakai...Lagipun semua cerita yang dikongsi up to date dan ada terselit ilmu yang boleh dikongsi dengan orang lain . Lagi satu saya suka sangat dengan susunan ayat yang tak bosan bila baca. Kena belajar nih...

Kepada korang yang belum join moh le join...sempat lagi nih...Nak tahu lebih lanjut korang klik banner kat atas tu...Good luck

Wassalam

PENCARIAN BLOGLIST MEI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Assalammualaikum semua...
Korang sihat tak harini? Yang tak sihat tu cepat-cepatla cari solusi untuk meyihatkan balik diri korang eh...jangan bagi badan tak sihat lelama sangat hehee...Harini saya sibuk sangat sebab order scrub dan sabun masuk banyak betul...Nanti saya cerita eh...Tadi buka facebook jumpa pula segmen PENCARIAN BLOGLIST MEI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM kat group blogger...Hehehe...saya apa lagi terus sambar la kan...Saya ni newbie lagi...teringin nak ada orang perasan tentang kewujudan blog saya ni huhuhu...Sifu kata dengan join segmen boleh dapat kawan yang ramai dan boleh mahirkan diri sebagai blogger...So...mana-mana blogger yang buat segmen pantang nampak je terus saya join...mana la tau rezeki menyebelahi saya...

Sibuk berceloteh lupa pula tujuan asal...Blog Kasihjuju.com ni buat segmen untuk mencari bloglist kat blog dia...Tapi korang kalau nak join macam biasalah ada syarat-syaratnya...Kat sana korang boleh tengok macammana cara-cara nak join..(saya ni budak baru tak berapa pandai nak terangkan huhuhu)Jom terjah blog Kasih Juju tengok apa syarat-syaratnya( korang klik ja banner kat bawah ni)...

PENCARIAN BLOGLIST MEI 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

Jom kita meriahkan segmen ni...Sambil-sambil bersegmen boleh tambah kawan-kawan kannn...Good luck korang semua...

Wassalam

GIVEAWAY BY BCSB : ROAD TO 100K VIEW

Assalammualaikum semua...
Harini mood ke laut sebab hangin dengan line Yes 4g dari malam tadi takde line...Nak buat apa pun tak dapat...sekarang ni guna ehsan line RedOne yang dihujung tanduk...jap ada jap takde huhuhu...Buka je blog nampak satu segmen GIVEAWAY BY BCSB : ROAD TO 100K VIEW oleh blog By Ana Suhana...so dengan rasa yang sangat happy saya cuba nak join segmen ni sebab saya ni newbie baru nak belajar blogging... Blogger otai kata kalau nak ramai kengkawan rajin rajin join segmen ...jom kita cuba tips yang otai-otai bagi hehehe...

CLICK HERE TO JOIN GIVEAWAY BY BCSB : ROAD TO 100K VIEW

Sape-sape yang rasa spesis macam saya newbie juga bolehla join Giveaway ni. Tapi kalau bukan newbiepun boleh je join. Caranya mudah je...Klik banner di atas untuk ketahui syarat-syaratnya...Jangan risau syaratnya mudah sangat untuk diikuti hehehe...Saya tengok hadiah yang ditawarkan menarik juga...So...apa lagi,jom kita meriahkan GIVEAWAY BY BCSB : ROAD TO 100K VIEW beramai-ramai untuk merapatkan ukhwah sesama kita. Chaiiyoookkkk



GIVEAWAY DIOR MINIATURE PERFUME MINI BY OURMEMORIA.MY


Assalammualaikum kawan-kawan semua...dari otai hingga ke newbie...saya tergolong dalam kelompok "newbie"....Masih merangkak rangkak mencari hala tuju dalam dunia blogger. Saya kagum dengan blogger blogger otai yang telah berjaya dan tak pernah lokek ilmu untuk dikongsikan kepada newbie seperti saya. So...harini saya nak try join segmen Giveaway yang dianjurkan oleh Fiza pemilik blog Ourmemoria.my  ...


Jom kita baca apa pesanan Cik Fiza...
Assalamualaikum. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.


GIVEAWAY DIOR MINIATURE PERFUME MINI BY OURMEMORIA.MY

Copy dan klik banner untuk penyertaan
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.

GIVEAWAY DIOR MINIATURE PERFUME MINI BY OURMEMORIA.MY

Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:
5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict

Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.


HASRUL HASSAN BANTU TRAFIK BLOG MEROKET

Bismillah....
Assalammualaikum semua...
Jangan terkejut dengan tajuk entri saya kali ni...sebab biasanya cerita pasal scrub tiba-tiba harini Hasrul Hassan pula jadi tajuk utama...hahaha...

Sebenarnya saya baru firstime nak join segmen dari blogger lain sebab saya ni "newbie" dalam dunia blog...masih mentah dan tak pandai sangat lagi tentang dunia blog. Kadang-kadang rasa down sangat bila langsung tiada trafik yang masuk...

Saya nak cerita sikit pasal Hasrul Hassan ni. Saya tak kenal beliau tetapi saya selalu baca entri beliau tentang perkongsian ilmu berblogging,ilmu SEO dan macam-macam lagi. Saya agak teruja sebab seorang yang bernama Hasrul Hassan sudi follow saya balik dalam masa yang singkat selepas saya follow beliau. Rasa malu pun ada sebab difollow oleh seorang yang sudah pakar. Itulah yang membuat saya bersemangat untuk terus menulis walaupun tiada sesiapa yang baca cerita saya huhuhu...Apa-apa pun saya sangat berterima kasih kepada beliau sebab memberi inspirasi kepada saya untuk terus meneroka dunia baru saya

So...bila saya terbaca pasal segmen HASRUL HASSAN BANTU TRAFIK BLOG MEROKET saya tidak mahu melepaskan peluang ini sebab beliau bukan calang-calang orang. Beliau sudah sebati dengan dunia blogging ini dan yang paling penting beliau tidak kedekut ilmu. For sure,saya yakin sangat beliau mampu memberikan trafik yang mencanak-canak untuk segmen ini. In Sya Allah....

Dengan berbesar hati saya telah melengkapkan semua syarat yang terlalu mudah dilakukan bak kata omputeh 'like a piece of cake' heheeh(betul ke ni?)...
HASRUL HASSAN BANTU TRAFIK BLOG MEROKET


Kepada sesiapa yang teringin nak meroket trafik masuk ke blog korang bolehla join segmen ni terutama kepada newbie seperti saya yang masih terkulat-kulat nak kenal dunia blogging...( Tarikh tutup 10 mac 2017 pukul 12 tengahari )

Syarat ringkas untuk join segmen ni :

1) Peserta wajib ada blog
2) Peserta perlu buat satu entri mengenai segmen ini dengan meletakkan banner yang di link kan ke SINI
3) Wajib LIKE page HASRUL HASSAN.COM( klik sekarang dan LIKE)
4) Wajib LIKE page BISNES ONLINE TANPA MODAL ( klik sekarang dan LIKE)
5) Wajib FOLLOW INSTAGRAM HASRUL HASSAN (klik sekarang dan FOLLOW)

Selepas settle semua syarat ni,entripun dah siap korang bolehla tinggalkan link entri tentang segmen tu kat bahagian komen DISINI


Okeh...settle semua dah korang tunggu jela trafik korang mencanak-canak naik dengan bantuan otai blogger bernama HASRUL HASSAN  ini...In Sya Allah


Kalau korang rasa tak berapa faham dengan penjelasan saya korang boleh klik je banner tu untuk tengok syaratnya dengan lebih jelas...


saya nak meroket trafik di URL blogpost saya yang ini :


"Semoga saya berpeluang untuk menjadi peserta segmen Hasrul Hassan...Terima Kasih "