ZURAINI.COM

Image
Showing posts with label PLASTIK POS. Show all posts
Showing posts with label PLASTIK POS. Show all posts

PLASTIK POS MURAH

Bismillah dan Assalammualaikum ...
Perasan tak lately ramai sesangat orang buat bisnes online...boleh dikatakan majoriti yang ada facebook buat bisnes online. Lebih-lebih lagi sekarang ada marketplace yang sangat mudah digunakan untuk dijadikan platform menjual seperti shopee & lazada contohnya,sebenarnya ada banyak lagi tapi saya sebut 2 je hehee... Dah terlanjur sebut pasal shopee korang yang masih belum tahu nak niaga kat shopee boleh rujuk BELAJAR FREE NIAGA KAT SHOPEE ...korang boleh baca sendiri dan tak payah bayar pon hehehe...Tapi harini saya bukan nak cerita tentang shopee @ lazada tau,tapi saya nak cerita tentang PLASTIK POS MURAH dan cantik yang mampu dimiliki oleh semua peniaga online

PLASTIK POS

Sebelum saya lanjutkan penulisan saya,saya nak ingatkan kepada korang plastik yang saya akan ceritakan ini bukan plastik pos laju taw...coz sebelum ni ramai yang tanya saya kalau beli plastik ni dapat slip pos laju tu ke tidak?So,saya akan explain satu persatu tentang plastik pos ni supaya korang lebih jelas

Plastik pos yang korang tengok kat gambar kat atas ni adalah satu-satunya plastik pos eksklusif di design untuk saya. Tiada orang yang jual plastik pos serupa macamni. Saya yang design dan hantar kepada kilang untuk di cetak untuk dijadikan mata pencarian saya.Sebab apa??? sebab terlalu ramai yang tanya saya mana nak beli gara-gara artikel DIY  plastik pos yang saya buat sebelum ini

PLASTIK POS

Terdapat dua size yang ada iaitu size S dan size M...dan terdapat dua pakej yang saya jual iaitu dengan poket dan tanpa poket kerana saya tidak buat plastik pos yang ada poket,so poket kena beli berasingan...Saya nak bagitahu juga kat sini warna plastik pos yang cun melecun ini adalah warna pink pekat...bukan warna merah taw,dia ala-ala pink dicampurkan merah giteww....tapi seriously memang cantik dan menarik sangat

PLASTIK POS

Kenapa saya buat pakej ada poket dan tiada poket? ini kerana kadang-kadang ada buyer yang taknak poket dan ada buyer yang nak poket...sebenarnya poket pos kita boleh dapatkan di pejabat pos secara percuma tetapi dalam kuantiti yang kecil,so mana yang tak berapa suka minta banyak kali di kaunter pejabat pos mereka lebih rela beli sendiri lebih-lebih lagi kalau kerani pos yang jenis banyak soal kan...hehe

PLASTIK POS

Poket pos tu apa?
Ada juga yang tanya saya soalan ni...sebab masa mereka nak beli tu saya tanya mereka nak sekali poket pos ke? terus terbit soalan tadi tu...orang tanya dia...dia tanya orang balik huhuhu...tapi takpe saya boleh je explain baik-baik kat sini

Poket pos ni adalah sejenis plastik jernih yang bergam untuk letak slip pos @ consignment note masa korang nak pos barang korang tu. Biasa kalau korang beli plastik @ kotak pos laju korang perasan tak ada plastik jernih macam poket melekat kat plastik @ kotak tu...haaaa itulah yang dinamakan poket tu...

PLASTIK POS

Poket untuk slip pos @ consignment note ni adalah sangat penting kerana ia menempatkan detail penting penerima. Kalau detail penting tu hilang maka tak sampailah barang korang ke pelanggan korang nanti. So,kalau korang rasa nak dapatkan yang free korang boleh dapatkan di kaunter pejabat pos...korang bagitahulah kat kerani tu korang nak guna untuk shopee/lazada or easy parcel...nanti dia akan bagi. Tapi kalau korang malas nak nak minta korang boleh beli je...we make it easy ok

PLASTIK POS MURAH

Ok jom kita berbalik kepada plastik pos,plastik pos ini istimewanya tertulis perkataan seolah-olah satu ucapan penghargaan untuk pelanggan iaitu " THANK YOU FOR SHOPPING WITH US " dan terdapat juga perkataan "FRAGILE" disana sebagai amaran bahawa barang yang ada dalam plastik bungkusan itu perlu diuruskan dengan berhati-hati...so,korang tak perlulah nak tampal sticker "FRAGILE" lagi dah

PLASTIK POS

Lagi keistimewaan plastik pos yang cantik ni adalah material yang digunakan adalah yang virgin iaitu bukan yang recycle...biasanya dulu saya pernah beli plastik pos yang recycle tapi tak tahan dengan bau nya yang busuk...tetapi plastik pos yang ini tidak berbau malah ia tebal dan tahan lasak

Disini saya sertakan sekali kedua-dua size plastik pos ini untuk rujukan korang. Size M berukuran 25cm x 35cm dan size S berukuran 17cm x 30cm...ingin saya ingatkan disini bahawa plastik pos ini tidak ada bubble wrap didalamnya,sekiranya korang nak pos barang yang mudah pecah korang perlu bungkus dengan bubble wrap dahulu

PLASTIK POS

Plastik pos ini sangat sesuai untuk membungkus barang seperti tudung,pakaian,produk-produk kosmetik dan sebagainya mengikut ukuran yang saya telah berikan

Kepada korang yang nak cuba guna plastik pos ni saya ada jual dalam kuantiti yang sikit sebab biasanya orang mesti nak try & error dulu kan macam saya juga hehehe...so,saya ada jual dalam kuantiti 25pcs,50pcs dan 100pcs,korang boleh pilih sendiri mana yang jimat ok

PLASTIK POS

Kalau korang pengguna shopee korang boleh direct beli kat shopee untuk jimat pos,nanti saya sertakan link untuk korang beli terus ya...setakat ini semua stok adalah available so korang boleh dapatkan segera sebelum kehabisan...

...nak beli plastik pos klik dibawah...

PLASTIK POS 
Rasanya cukup dah info yang saya titipkan kat sini,kalau ada apa-apa soalan korang boleh tekan button wasap kat bawah ni untuk bagi soalan kat saya,in Sya Allah saya akan jawab kalau soalan tu berkaitan dengan plastik pos @ sewaktu dengannya...sebelum berundur saya sertakan sekali harga plastik pos untuk rujukan korang semua. Terima kasih sudi singgah di artikel PLASTIK POS MURAH tulisan saya ini. Jumpa lagi next story...

PLASTIK POS MURAH

Wassalam
-
-
-

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :
 DIRECT WHATSAPP