ZURAINI.COM

Image
Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Bismillah dan Assalammualaikum 
Hi semua...semalam baru je selesai saya buat satu artikel cara nak buka akaun shopee harini saya nak sambung sikit TUTORIAL  CARA SETTING AKAUN SHOPEE SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE sebab kalau dah buka akaun tapi setting tak betul tak boleh juga...kita nak niaga mesti nak kasi cun semuanya kan...samalah umpamanya kalau kita buka kedai yang sebenar mesti nak cantik-cantik kan...kedai shopee ni walaupun tak nampak bentuk kedainya kita perlu setting kasi cantik supaya kita tak serabut & kalut bila nak sambut customer...gitewwww...

Saya bermula dari yang paling basic dari celah bedah mana yang nak disentuh semua saya sentuh supaya jelas semuanya walaupun benda tu nampak mudah dan tak perlu di ajar tapi kita kena faham bukan semua orang celik IT macam kita kan....nak share ilmu biar ilmu tu betul-betul membantu huhuhu...pinjam kata-kata sifu aiiii...Dah dahhh jom kita jalan-jalan tengok gambar...sambil sambil tu jangan lupa praktikkan terus taw...

Kita sambung hat semalam punya pelajaran noh...Apaaa? tak tahu??? ok fine saya letak link sini ...yang tak baca lagi boleh baca ni dulu nanti terus lompat hat nih lagi korang terkunang-kunang tak faham...BACA NIH !!!TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE 

Okeh dah baca??? Let's go...kita tengok satu persatu apa yang nak di isi ya...maaf ya ada banyak gambar kali ni supaya korang boleh faham dengan jelas hokeyy...


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 1 :
Buka dashboard bahagian selling(jual) @ buying(beli) mana-mana pun boleh ...pastu klik my account(akaun saya)...(sila rujuk gambar di atas)


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 2 :
Korang akan sampai ke halaman ini bila korang ikut step 1 tadi...korang perhatikan baik-baik setiap list kat setting tu perlu dibuka dan perlu di isi dengan betul...jom kita buka satu-satu dan makesure korang isi sekali sambil-sambil belajar ni...


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 3 :
MY PROFILE - Dalam bahagian edit profile ada banyak benda yang nak di isi tapi senang sangat nak isi ala-ala isi borang cabutan bertuah gitew...tapi mula-mula sekali kita edit gambar...korang nampak kan anak panah 2 ketoi tu? dua anak panah tu korang edit letak gambar cun cun bagi menarik kedai korang tu...bila gambar menarik mesti orang tertarik nak singgah betoi dak??


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 4 :
MY PROFILE - Masih lagi di bawah segmen edit profile...korang perlu masukkan gender(jantina) korang...


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 5 :
MY PROFILE - Selepas masukkan jantina tadi korang masukkan tarikh lahir korang pula...kalau boleh jangan la palsukan detail yang korang letak tu sebab nanti kalau ada masalah tentang payment boleh timbul huru hara pula kan hehehe...so untuk memudahkan baik kita tulis detail yang sah hokeyyy...



TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 6 :
MY PROFILE - Step seterusnya masih berada dalam mood profile iaitu email...korang tekan je "set now" tu then shopee akan hantar email kat korang ...pastu korang confirmkan je pastu settle hokeyyy...jangan takut-takut 



TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 7 :
MY PROFILE - Seterusnya bawah email adalah sosial media account...Klik je kat situ korang akan sampai ke halaman ini then teruskan update media sosial korang kat tempat yang berkenaan...kenapa benda ni perlu untuk korang isi??? Sebab senang korang nak share kedai shopee korang kat Facebook,Instagram @ twiiter nanti...klik je terus muncul kat media sosial korang tu hokeyyy...ini adalah salah satu cara korang nak promote kedai shopee korang nanti


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 8 :
MY ADDRESS : ok,kita dah sampai ke part isikan alamat...sila isi alamat yang betul untuk tujuan urusniaga dalam shopee @ untuk rujukan pihak pos laju untuk collect parcel korang bila korang dah join PROGRAM POS LAJU FREE SHIPPING nanti


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 9 & 10 :
BANK ACCOUNTS/CARDS : Bila korang klik bahagian bank akaun korang perlu masukkan password dulu sebab benda ni sensitif dan private,so tuan empunya kedai sahaja yang boleh edit bahagian ini...( PENTING!!! JANGAN SESUKA HATI BAGI PASSWORD KORANG KAT ORANG LAIN ) Selepas berjaya masuk boleh isi bahagian bank akaun @ kad kredit...buat pengetahuan korang bahagian kad kredit boleh diabaikan...ada juga yang bertanya saya kalau takde kad kredit tak boleh berniaga kat shopee ke...so,inilah jawapannya...kad kredit tiadapun tak apa hokeyyyy...pastikan korang masukkan no akaun yang betul...chek 19 kali sebelum proceedpun takpe,takde siapapun nak marah,janji no akaun tu betul bagi mengelakkan sebarang kesilapan dimasa akan datang...


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 11 :
CHAT SETTING : Sampai ke next step untuk setting bahagian mesej/chat ...Perhatikan anak panah yang pertama...enable kan button tersebut(maksudnya hidupkan butang tu...jadikan dia warna hijau macam dalam gambar) ini untuk memudahkan korang nak berchat @ customer nak bertanya...korang terus nampak mesej pemberitahuan di skrin shopee korang,so takdelah mesej yang terlepas pandang nanti...dan anak panah yang kedua untuk korang setting sendiri ayat untuk reply mesej mereka contohnya "terima kasih kerana berminat berurusan dengan kami,mesej anda akan kami reply sebentar lagi" soooo...takdelah bakal customer korang rasa mesej mereka takde respond kan...huhuhu


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 12 & 13 :
NOTIFICATION SETTING(tetapan pemberitahuan)
Dalam bahagian ni ada 2 jenis tetapan iaitu Push Notification & Email Notification...Korang follow je button yang perlu di enable(hijaukan) seperti dalam gambar dan saya akan terangkan fungsinya. Push notification bertindak sebagai pemberitahuan sebarang progress yang berlaku di dalam kedai korang nanti...semua apa yang berlaku,akan shopee update kepada korang melalui push notification dan Email Notification melalui email...maknanya korang boleh tengok progress dari apps shopee korang @ melalui email

Apakah kelebihan Email notification???
Kelebihan Email Notification digunakan apabila korang membuka lebih dari satu akaun shopee tetapi cuma menggunakan 1 handphone...mesti sukar korang nak log-in & log-out untuk tengok notification kannnn??? betoi dakkk? So,disini lah bergunanya Email Notification,korang boleh tengok progress kedai-kedai shopee korang melalui email...akaun google kan boleh setting email banyak-banyak untuk satu apps kannnnn...oooo yeahhhh itulah kelebihannya


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 14 :
PRIVACY SETTING : Aaahaaaa...hat ni saya tak boleh nak paksa korang ikut setting saya sebab saya ni lebih suka privacy,so semua tu saya "disable"kan untuk mengelakkan jiwa kacau hehe...bukanlahhh,ini untuk memprivacykan diri korang,so segala aktiviti korang semua orang tak boleh tengok...kalau korang like ke,beli ke semua tu rahsia gitewww...


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 15 :
LANGUAGE : Haaa inipun penting...setting bahasa yang selesa korang gunakan...tak kira bahasa yang korang gunakan yang penting korang faham taw...jangan tukar bahasa cina pastu tanya soalan kat saya sudah,satgi saya ligan korang huhuhu...


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 16 :
SUPPORT CENTRE : Meh sini rapat rapat...adik adik abang abang kakak kakak...saya nak bagitahu korang kalau korang ada apa-apa masalah berkaitan shopee nih korang terus je boleh contact nombor yang tertera kat atas ni or korang boleh terus emailkan juga...korang tak perlu risau @ stress diorang lambat layan sebab mengikut pengalaman saya service shopee memang mantap,tiptop dan mabeles...tak pernah lagi kecewa dengan servis mereka...call pon cepat je mereka respond...email pon cepat mereka reply...

Korang toksah nak risau tak pandai cakap omputih masa tulis email,korang tulis je bahasa melayu diorang boleh faham sebab kat sana ada staff yang boleh berbahasa melayu hokey...yang penting korang jangan cakap loghat utagha...kechek kelate,ganu,nogori dan sebagainya udah le...gunakan bahasa melayu sebenar in Sya Allah mereka akan usaha untuk membantu....Pssstttt...ini cakap ikhlas taw,bukan nak bodek..huhuhu

Rasanya macam banyak sangat input dalam TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE ni...kita berhenti kat sini dulu ya,next saya cerita apa yang perlu korang buat kalau tetiba korang nak cuti balik kampung tapi takut order masuk takde orang nak pos kan...dan saya nak tunjuk ciri-ciri scammer yang perlu korang elakkan daripada berurusan di shopee...Jumpa lagi next entri taw...yang rasa artikel ni bermanfaat sila share ya...maafkan saya jika ada kekurangan...
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :
Whatsapp
Facebook
Page : garlic balm ZM beauty
IG : zmbeautybrand

TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE

Bismillah dan Assalammualaikum 
Hi korang...seperti yang saya janjikan kat semua yang mesej saya tanya "how to start selling at shopee", harini saya gagahkan diri untuk tulis sesuatu supaya korang dapat input... maka terciptalah satu artikel baru berjudul TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE setelah sekian lama blog ini sepi tanpa artikel...Chupp chuppp bukan sengaja taw taknak menulis tapi saya busy bangat deh...nak cerita busy kang panjang pula ceritanya so cut it short paham-paham sendiri maksud busy eh...

Lately setiap hari beratus-ratus mesej masuk di whatsap saya tanya tentang berniaga di shopee...bukan di whatsapp sahaja melalui chat di shopee pon ramai tapi maaflah adik-adik,kakak kakak dan abang abang semua saya tak dapat nak layan semua orang sebab saya pun ada kerja lain yang perlu diuruskan...belum cerita lagi kerja hakiki as tarzan rimba di dalam rumah mengerjakan hero 3 ketoi saya nih huhuhu...maka dengan ini saya rasa perlulah saya tulis artikel ini sebab mungkin  ada yang tak berapa faham dengan artikel saya sebelum ini atau artikel sebelum ini tak lengkap ataupun kurang jelas....

Saya akan bermula dari first step yang paling bawah levelnya sebab banyak juga mesej saya dapat begini bunyinya " salam sis,saya ada baca artikel sis tentang berniaga di shopee,boleh tak sis ajar macamana?" lagi satu soalan " saya tak tahu bagaimana nak start dan saya baru firstime ni sis,boleh ajar saya dari mula tak sis?" Kalau boleh saya nak ajar semua orang tapi saya tak mampu nak buat begitu...nak tubuhkan group pun saya tak mampu sebab takut ada yang tertinggal @ tak faham then saya kena ulang banyak kali...better saya buat artikel supaya korang @ newbie boleh tengok banyak kali dan info takkan hilang sampai bila-bila..betoi dakkk?

Maaf ya intro terlalu panjang...ni lah akibatnya kalau lama sangat tak mengarang,bila start mengarang habis semua nak di karang...kepada yang dah tahu tentang step yang saya akan bagi nanti boleh abaikan artikel ini @ korang boleh tolong share supaya ramai orang boleh belajar dan yang belum tahu @ ingin belajar sila teliti betul langkah-langkah mudah yang saya cuba sampaikan...

PESANAN PENTING !!!
Orang yang nak bermula shopee bukan sekadar baca tutorial tapi baca tutorial sambil praktikkan. Orang yang bertindak sekarang pasti akan dapat hasil lebih cepat berbanding baca sahaja tanpa bertindak...dan lagi satu selepas korang buat baru korang akan faham...membaca tak semudah mempraktikkan dan mempraktikkan tak seindah dapat customer pertama...ooooyeahhhhh


TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE

1st step :
Bagi mereka yang belum download aplikasi shopee boleh berbuat demikian di google playstore...( sila rujuk gambar di atas )


TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE

2nd step :
Bila dah download korang buka dan akan keluarlah halaman seperti lampiran yang disediakan...terus tekan sign up untuk yang belum pernah sign up...dan yang dah ada akaun dengan shopee boleh abaikan step ini...( sila rujuk gambar di atas )

TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE


























3rd step :
Korang akan sampai ke halaman ini selepas korang tekan sign up...( sila rujuk gambar di atas )


TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE

4rd step :
Isikan nombor telefon korang yang korang guna untuk berurusan...jangan guna nombor yang dah expired sebab nanti shopee nak bagi kod rahsia herherher...pastu jangan lupa klik continue pulak,kang sampai ke sudah tak dapat kod rahsia korang...( sila rujuk gambar di atas )


TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE

5th step :
Dapat tak kod rahsia kat no telefon yang korang bagi tuh? kalau dapat isi nombor kod tu kat tempat yang disediakan...kalau tak dapat korang kena check balik betul ke tidak nombor telepon yang korang bagi tu,takut tersilap...Kalau semuanya dah ok,kod yang diletakkan dah sempurna sila tekan continue( sila rujuk gambar di atas )


TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE


TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE

6th & 7th step :
Selesai korang tekan continue di step ke 5 tadi korang akan automatik sampai ke halaman ini( sila rujuk gambar di atas ) Then apa lagi korang isilah usernama dan password yang korang nak guna...pastikan korang guna password yang mudah korang nak ingat sebab nanti takdelah asyik lupa je...nanti kurang pula semangat nak buka shopee sebab asyik lupa password jek...just soft remind from me hukhuk...Eh eh...jangan lupa tekan continue tu taw...



TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE

8th step :
Bila korang tekan continue kat step kat atas tu korang terus akan sampai ke halaman ini...ini adalah halaman umum taw...kalau korang nak ke halaman korang sendiri @ profile korang @ biasa orang panggil dashboard korang tekan "me" ...tu yang saya letak anak panah tuh...haaa tekan kat situ( sila rujuk gambar di atas )

Info : 
Dashboard adalah tempat korang nak edit apa jua aktiviti di kedai shopee korang termasuk edit stok,profile,withdraw dan sebagainya...saya akan ajar dengan lebih detail nanti


TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE


9th step :
Dan akhir sekali bila korang tekan anak panah "me" tadi korang akan terus sampai ke ruangan dashboard korang sendiri...nampak tak nama usernama yang saya isikan tadi ada kat bahagian atas yang saya letak anak panah tu??? nampak kan...haaa itulah nama kedai korang...so,masa nak tulis username korang kena pilih nama yang sesuai untuk melambangkan kedai shopee korang tu ya...( sila rujuk gambar di atas )

So,untuk kali ni saya share ini sahaja untuk TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE ...namapun langkah pertama...saya kena bagi sikit-sikit,tak boleh bagi sekali gus nanti ada yang tak faham pula...slow slow fahamkan in Sya Allah korang boleh faham sebab saya rasa inilah step yang paling jelas sekali untuk difahami...yang dah tahu jangan kecam-kecam saya nak tunjuk pandai ,saya cuma nak memudahkan diri saya untuk bagi jawapan pada mereka yang tanya saya bagaimana nak bermula...kalau yang rasa artikel ini boleh membantu kawan-kawan @ adik beradik yang baru nak belajar boleh share...tutorial untuk next step akan menyusul selepas ini...Jumpa lagi taw...terima kasih kepada yang sudi membaca sampai habis,maaf taw kalau saya terover bebel...
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :
Whatsapp
Facebook
Page : garlic balm ZM beauty
IG : zmbeautybrand

CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE

Bismillah dan Assalammualaikum semua...Alhamdulillahhhh...saya masih disini...Excited sebenarnya harini nak kongsikan content tentang CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE ...ilmu ini sangat berguna bagi mereka yang mempunyai agent dalam bisnes mereka...

CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE

Sebenarnya saya suka sangat nak share apa yang saya tahu tentang shopee kat orang lain...Saya sedar bukan semua orang tak tahu,tapi saya lebih fokus untuk kongsikan kepada mereka yang tak tahu...yang dah tahu tu takpe...boleh abaikan cerita saya hehehe...

Sejak akhir-akhir ni ramai betul yang mula berniaga kat shopee...walaupun platform ni dah agak lama tapi baru sekarang nampak macam ada popular sikit pasainya konsep yang dibawakan oleh shopee membuatkan ramai yang tertarik untuk meneruskan urusniaga...lepas tu mungkin sebab dah masuk TV kan...hihihi

Sebelum saya cerita tentang CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE ni meh layan saya membebel sambil panaskan engine nak menulis hehehe... Konsep yang dibawakan oleh shopee sama je dengan market place yang lain...tapi bagi saya,saya berasa selesa berurusniaga dalam shopee sebab dimata hati saya ada sesuatu yang istimewa bila berurusan menggunakan platform shopee(hahaha...ayat tak boleh tahan...for sure,saya bukan nak bodek shopee taw...tapi saya buat pengakuan jujur ni...)

KELEBIHAN PLATFORM SHOPEE :
Jom saya cerita apa kelebihan menggunakan shopee ni...yang pertamanya saya rasa menggunakan shopee ni mudah,daripada setting hingga ke selesai bayaran...itu cerita kalau kita nak setting barang jualan kat dalam shopee la kan...kalau tak betul dia terus tulis error dan guide kita macamana nak buat dengan betul...then part yang saya suka kalau ada apa yang kita tak faham kita boleh terus tanya kat customer service...

Bab customer service saya bagi 5 bintang,sebab saya tak pernah sekalipun letak telefon dengan perasaan hampa masalah tak settle,sebab bila saya ada masalah berkaitan shopee saya akan terus call customer service dan alhamdulillah setakat ini saya berpuashati dengan layanan mereka dan masalah settle dengan cepat...Lagi satu yang saya suka customer service tak sukar untuk dihubungi...cepat je tembus talian dan dapat bercakap...dan kalau kita malas nak call pun tiada masalah,kita boleh guna email sebagai penghubung...mereka akan reply dengan cepat...I like it....

Ada juga yang belum kenal platform shopee ni taw korang...buktinya bila saya sebut shopee mereka tanya saya balik..."shopee tu apa ya puan?" hehee...krik krik kejap saya...so,ni saya nak bagitahu,shopee ni adalah satu platform untuk semua orang jual produk mereka secara online dengan selamat...kenapa saya cakap selamat??? sebab setiap pembelian di kedai korang,wang akan dimasukkan kedalam akaun shopee sehingga customer betul-betul sudah terima barang barulah shopee akan bagi kita duit tu...Korang yang belum tahu bagaimana nak buat kedai shopee boleh tengok tutorial kat SINI

Tiada satu seller pun yang boleh menipu menggunakan platform ini...korang yang nak beli belah kat shopee ni korang tak perlu risau kena tipu,sebab barang pasti akan sampai...tapi kalau andaikata barang tak sampai pada masa yang telah ditetapkan kita sebagai customer boleh mintak duit kita balik dari shopee...selamat kan...so,mana-mana seller yang ada niat nak menipu kat shopee sila batalkan niat korang tu,sebab korang tidak akan berjaya...

Apa lagi kelebihan yang shopee tawarkan kepada kita as pengguna shopee adalah program bersama pos laju..."Apa program shopee bersama pos laju tu?"okey...jom saya terangkan secara ringkas apa kelebihan join program ni...Program ini membolehkan korang mendapat servis penghantaran percuma untuk barang berharga RM30 keatas dan barang berat 5KG ke bawah...nak tahu lebih lanjut bagaimana nak join boleh baca info lengkap langkah-langkah yang perlu dibuat DISINI

...ni pon saya suka sangat sebab kita ada option yang boleh bagi pada customer...contoh kalau kita berniaga di FB ada customer nak beli barang kita...then kita boleh offer mereka free postage jika customer tersebut buat pemelian melalui kedai shopee kita...win win situation...customer dapat free postage...kita pula dapat rating...ada pembelian..ada rating...

Rating ni sangat penting tau untuk menjamin perkembangan bisnes kita kat shopee tu...kenapa saya cakap macamtu??? sebab,cuba tanya diri korang sendiri...kalau korang beli barang online...kedai A ramai pembeli dan kedai B tiada pembeli...so,kita as pembeli mesti akan beli dengan kedai A kan...tak kiralah harga berbeza tapi kita pasti akan pilih kedai A sebab nampak kedai ada pernah buat urusniaga...begitu juga kalau di kedai-kedai fizikal,contohnya kedai makan...biasanya orang akan lebih tertarik untuk masuk ke kedai makan yang ramai orang pergi berbanding yang lengang...betoii tak????Sebab tu rating @ pembeli adalah penting untuk sesebuah kedai online untuk terus maju...

So,kesimpulannya,bagi saya shopee adalah platform jual beli yang sangat seronok untuk digunapakai walaupun banyak saingan dari luar negara huhuhu...tapi rezeki masing-masing kan...yang penting minat...kalau minat takde,buat apapun gagal hokeyyy

Okey,engine dah panas...kita balik kepada tajuk asal kita CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE ni...inipun satu lagi kelebihan shopee...agent @ stokis mahupun dropship boleh berurusniaga melaluinya...Korang baca betul-betul taw...fokus hehehe...sebab kadang2 saya rasa dah jelas dah apa yang saya terangkan tetapi masih ada yang mesej saya cakap kurang faham...so kali ni saya nak cuba guna bahasa yang paling mudah dan ringkas supaya korang faham...tapi kalau masih tak faham maafkan saya hokey...korang boleh mesej saya untuk tanya....

Gambar yang saya paparkan adalah sebagai contoh sahaja...korang boleh praktikkan bila korang nak beli kat shopee dengan harga agent...dan sebelum saya lupa,harga agent tersebut orang lain tak nampak...itu antara kita dengan seller sahaja...dalam erti kata yang lebih mudahnya tak kantoi la kita dapat harga lebih murah...gitewwww....jom kita start....

CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE

Step 1 :
 Pilih dulu barang yang korang nak beli tu...

CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE

Step 2 :
 Korang cari perkataan "chat now" dan klik disitu...

CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE

Step 3 :
Bila korang dah klik "chat now" tu korang akan sampai ke skrin yang seterusnya seperti gambar kat atas ni...Korang nampak kan perkataan "make offer" tu??? then korang klik kat situ...

CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE
Step 4 :
Korang akan sampai di paparan skrin ini dan korang boleh masukkan harga agent@stokis@dropship dibahagian price dan isikan juga kuantiti...kemudian boleh proceed dengan menekan "make an offer"(bawah sekali)

CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE

Sejurus selepas seller bersetuju dengan harga yang diberikan korang boleh terus proceed order tersebut dengan harga yang korang tulis tu...settle...tapi sebelum korang nak gunakan method ni pastikan korang dah siap-siap setting dulu ya...sebab kalau tak setting tak dapat pula mereka "make offer" dengan korang...jom saya tunjuk macamana nak setting....

Step 1 :
CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE

Step 2 :
CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE

Step 3 :
CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE

Okeyyy...dah siap...korang faham tak apa yang saya sharekan tadi? Mudahkan kita nak beli barang kat supplier kita guna harga agent...dahla dapat free postage...selamat pula tu...kalau semua orang guna method ni saya rasa tiada lagi kes customer meroyan barang tak sampai sebulan kat pesbuk...betul tak...barang tak sampai kita report kat shopee then kita minta duit kita balik...tapi jangan lah baru 3 hari barang tak sampai dah meroyan...mungkin ada masalah dengan kurier yang kita tak tahu....shopee pun dah estimate kan masa 3 hari untuk seller proses barang(handling) untuk keluar...man-man la...tolak ansur sikit hokeyyy...

CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE
~ Jom lah singgah kat Kedai saya...hehe...cer klik gambar tu kita skodeng jap ~

Syukran-syukran...berakhir sudah tutorial CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE kepada sidang pembaca sekalian...harap semua yang membaca dapat faham apa yang dibaca dan dapat mempraktikkan dengan sebaik-baiknya...kalau ada masa boleh ajar kat orang sekali...share-share ilmu gitewww...hehehe...dan tiba masa saya nak berundur dah...nak p bungkus barang pula...kang meroyan pula customer barang lambat sampai huhuhuhu...take care & see you tomorrow...In Sya Allah...
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

CARA PRINT SLIP POS / CONSIGNMENT NOTE SHOPEE

Bismillah...
Assalammualaikum wahai sahabat-sahabat sekalian...Harini saya nak share satu tips CARA PRINT SLIP POS / CONSIGNMENT NOTE SHOPEE ...Sejak saya buat artikel tentang BUAT KEDAI ONLINE MUDAH DENGAN SHOPEE ramai yang mesej saya tanya tentang bagaiman nak print slip pos yang ada cop shopee. Sekarang ni Shopee merupakan satu platform jual beli yang paling disukai sebab pertamanya shopee menawarkan penghantaran percuma untuk barang yang bawah 5kg dan shopee lebih simple berbanding market place yang lain....dan yang paling saya suka servis center yang sangat mudah dihubungi disamping masalah diselesaikan dengan efisyen...I likeee

So,back to the story CARA PRINT SLIP POS / CONSIGNMENT NOTE SHOPEE ...sebelum ni saya pun salah seorang yang ingin nak tahu tentang consignment note shopee...tapi bila google saya tak dapat jawapan sebab belum ada orang yang share mengenainya di google...so,saya beranikan diri untuk call center untuk mendapatkan maklumat mengenainya...So,langkah pertama yang korang perlu buat adalah call center...tapi kalau korang malas nak call korang boleh isi borang di link yang saya bagi kat bawah ni...Tapi sebelum tu saya nak bagitahu korang...sebelum korang nak join program ni korang perlu ada printer tau...sebab kalau takde printer celah mana nak keluar slip pos tu...huhuhuhu...


CARA PRINT SLIP POS / CONSIGNMENT NOTE SHOPEE

Bila korang dah isi borang kat link tu korang tunggu reply daripada pihak shopee sama ada korang layak @ tidak untuk join program tu...Sebenarnya tiada syarat kelayakanpun untuk join program ni...as long as korang ada printer dah boleh dah...Tapi korang kena make sure dah setting 2 benda ni...Yang pertama pick-up address dan yang kedua berat produk korang...kena isi betul-betul...kalau dua benda ni tak lengkap permohonan korang akan di "reject" setelah di "approve"

Hehehee...saya lah contohnya orang yang di reject setelah di approve tu...sebab saya tak setting pick-up address...mula-mula tu shopee dah approve,the next day dia reject balik sebab mungkin mereka baru nak review sekali ada error...so mereka terpaksa reject permohonan saya. Lepastu saya nak ingatkan kat korang...masa isi borang permohonan tu makesure korang isi dengan betul tau...alamat email yang betul sebab mereka akan hantar email kat alamat email yang kita bagi tu...jangan la bagi alamat email yang korang lupa password @ yang jarang-jarang korang buka...sat g kang ada yang menunggu durian tak jatuh...pastu teresak-esak kat tepi peti ais mengenang nasib shopee tak layan permohonan korang kihkihkih....

Haaaa...saya share sikit tips macamana nak buat kalau kali pertama permohonan korang di"reject"....saya share base on apa yang saya lalui la eh...korang kalau kena reject tak payahla cemas dan kaget sangat...korang tarik nafas dalam-dalam then korang buka balik noty yang bagitahu ke"reject"an permohonan korang tuh...pastu korang betulkan apa yang salah...korang ikut je intruction yang diberikan...bila korang rasa semua dah lengkap korang boleh terus email kat support center diorang...alamat email saya ada tinggalkan kat bawah...Korang tulis korang dah lengkapkan apa yang tak lengkap sebelum ni then mintak mereka review dan approve lagi sekali...Korang tulis bahasa melayu pun takpe kalau tak tahu tulis omputeh...jangan risau mereka faham orang yang dalam shopee ni bukannya semua tahu cakap omputeh kan...macam saya kihkihkihhhh...

Okehh...dah penat membebel jom ikuti siri cikgu Senah(bukan nama sebenar) mengajar anak murid...jom la tengok gambar-gambar rujukan yang tak berapa nak cantik sebab saya amik gambar guna handphone then tembak kat laptop...tak berapa nak cun sangat...tapi In Sya Allah boleh nampak lagi la...kalau yang tak nampak tu cuba la sedaya upaya untuk nampakkan ye...

CARA PRINT SLIP POS / CONSIGNMENT NOTE SHOPEE

Mana yang pestime kenal shopee mereka tak tahu apakah gambar yang terpapar di atas...tapi yang kaki shopping kat shopee mesti dah tahu kannn...so saya assume korang tak tahu la ye...gambar di atas adalah gambar slip pos/consignment note shopee yang korang boleh print terus daripada kedai shopee korang...gedek gedek gedekkk...keluar ikut printer korang...eh gitu sekali bunyi printernya..hahahaa

CARA PRINT SLIP POS / CONSIGNMENT NOTE SHOPEE

Bagaimanakah slip pos sebegini rupa boleh muncul di kedai korang meh korang tengok gambar yang ke dua ni....Bila korang dapat order korang buka je order tu akan terpapar skrin macam dalam gambar di atas...korang perlu klik kat perkataan "arrange shipment"...ingin di ingatkan sekali lagi disini bahawa aksi ini korang perlu buat di laptop @ desktop sahaja...tapi kalau handphone korang boleh connect dengan printer korang boleh buat aksi ni kat handphone korang juga...tiada masalah

CARA PRINT SLIP POS / CONSIGNMENT NOTE SHOPEE

bila korang tekan je "arrange shipment" tu korang akan dibawa terus ke halaman ini...Tengok gambar di atas...perati betul-betul...dapat catch up tak sayang-sayang semua...? ke cikgu ni syok sendiri mengajar tapi anak murid tak faham...haru wehhhh...Dah dapat??? Okeh...kalau dah nampak korang terus klik "confirm" 

CARA PRINT SLIP POS / CONSIGNMENT NOTE SHOPEE

Dan selepas korang klik "confirm" korang akan sampai ke destinasi seterusnya iaitu seperti yang terpampang dalam gambar di atas...Then korang nampak tak jari jemari yang sedang menunjuk gambar printer tu? ada penampakan tulisan "print waybill" disitu...Ahaaaa...disitulah yang perlu korang klik untuk sampai ke langkah seterusnya....Tekan cepat!!!!!

CARA PRINT SLIP POS / CONSIGNMENT NOTE SHOPEE

Taraaaa....Selamat datang ke consignment note sendiri...hehehe...haaa inilah dia slip pos/consignment note korang yang lahir dari kedai korang....Terharu tak dapat buat slip pos sendiri??? hehehe...kalau tak terharu takpe...biar saya terharu sorang-sorang...pasainya masa saya berjaya print kali pertama slip pos shopee ni saya rasa terharu...tapi terharu dalam hati jela...kalau terharu kat pesbuk kang buat kena bahan je nanti...yela...orang dah sampai bulan saya baru nak gosok gigi huhuhuhu....

Okehh...kita cut it short...sebab macam banyak membebel daripada ilmu...masa mula-mula nak print tu jenuh gak saya cari mana butang nak di tekan untuk print nihhh!!! hangin kejap saya tekan sana...tekan sini...cari sana...cari sini...last-last saya tekan "right click" kat mouse then klik pada "print..." rupa-rupanya itulah caranya nak print...tapi saya tak sure kalau ada cara lain...sebab saya buat cara ni je setakat ini...Korang perati gambar yang saya tepek tu dia akan keluar instruction untuk print...korang terus je tekan print...

CARA PRINT SLIP POS / CONSIGNMENT NOTE SHOPEE

CARA PRINT SLIP POS / CONSIGNMENT NOTE SHOPEE

CARA PRINT SLIP POS / CONSIGNMENT NOTE SHOPEE

Tadaaaa...dah lahir dah slip pos korang dari printer...Seronok je rasa dihati tengok slip pos gedek gedek keluar dari printer...apa yang seronaknya??? Ni jawapan saya taw...seronoknya pasal saya tak yah susah payah nak menulis lagi dah...tekan-tekan je dah keluar slip pos...best apa...kannnn...lagi satu risiko salah salin alamat dapat dikurangkan...kita ni kadang-kadang kalau dah banyak sangat nak menulis mulalah nak tercicir lah...tersilap lah...dengan anak yang menjerit bagai...tinggalkan kejap terlupa pula satu kosong kat nombor telepon penerima...tak ke naya gitu...itu saya,kalau orang lain yang begitu fokus mungkin tak buat silap kannn...hehehe...saya ni kan ibu tarzan...jap nak kena menarzan kat anak-anak,jap nak kesana...jap nak kesini...so,sistem ini adalah sedikit sebanyak membantu ibu tarzan ini...

CARA PRINT SLIP POS / CONSIGNMENT NOTE SHOPEE

Makesure slip pos tu korang dapat 2 keping taw...size A4 dan total slip pos/consignment note tu adalah 4pcs...korang guna pembaris je potong tengah-tengah...yang ada tulis "salinan pengirim" korang simpan...yang lagi 3 korang lampirkan sekali dengan parcel yang korang nak hantar tu....pandai-pandailah orang pos nak amik yang mana nanti....yang penting hak kita je kita ambil hokeyyy...Pastu selit baik-baik dalam piket doremon barang tuh...kang kena hujan rosak pula...

CARA PRINT SLIP POS / CONSIGNMENT NOTE SHOPEE

Haaaa ni deh...dah siap berselpie dah slip pos shopee aiiii...ok tak?Maka dengan itu berakhirlah sesi coaching cikgu Senah(bukan nama sebenar)  tentang CARA PRINT SLIP POS / CONSIGNMENT NOTE SHOPEE ...Cikgu harap korang faham lah dengan penerangan berbaur gurau senda cikgu ni ya...maafkan cikgu ye anak-anak...cikgu memang suka bersenda...tapi sendaan cikgu habis disini sahaja taw...kalau banyak kali korang baca masih tak faham-faham juga korang boleh tanya...kalau malas nak tanya korang boleh terus tengok lebih lanjut kat website info shopee...

klik disini
⬇⬇⬇⬇⬇

@

email ke support@shopee.com.my

@

 call +60322989222

...........

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :