Image

MELANCONG 5 STAR DENGAN TUPPERWARE - JOM DAFTAR AHLI

Bismillah...
Assalammualaikum kawan-kawan semua...
Siapa sini belum pernah dengar @ langsung tak kenal TUPPERWARE? Rasa-rasa saya tiada orang yang tak kenal jenama bekas plastik no .1 di dunia ni melainkan anak-anak kecil...Tapi macam saya dulu kecik-kecik lagi dah dengar pasal Tupperware ni sebab mak saya ada beli...hehehe...

Dek terlalu hot nya Tupperware ni sampaikan orang terbiasa panggil Tupperware kat semua bekas plastik, padahal bukan brand Tupperwarepun. Macam mak mertua saya suruh bungkus makanan bawa balik rumah kalau kami balik kampung 

" Bungkus rendang ayam tu dalam Tupperware kat dalam almari tu ha...senang tak tumpah" padahal bekas bekas plastik tu beli kat kedai RM2 je,hihihi...tapi suka nak sebut Tupperware. Korang mesti pernah dengar macam tu kan???


MELANCONG 5 STAR DENGAN TUPPERWARE - JOM DAFTAR AHLI


SALASILAH TUPPERWARE


JENAMA Tupperware antara barangan yang menjadi pilihan utama isi rumah di Malaysia. Produk itu merangkumi bekas penyediaan, penyimpanan dan produk hidangan untuk dapur dan rumah.


Tupperware membangun, mengeluar dan mengedarkan produknya di peringkat antarabangsa sebagai sebuah anak syarikat milik penuh Tupperware Brands.

Ia dibangunkan oleh Earl Silas Tupper pada 1946 di Leominster, Massachusetts, Amerika Syarikat yang membangunkan bekas plastik mengandungi makanan dan menyimpannya dalam kedap udara.

Bekas yang dicipta beliau kemudian dipatenkan sebagai bekas ‘burping seal’, yang menjadikan jenama Tupperware berbeza dengan pesaing lain.

Beliau mula mencipta plastik untuk Tupperware pada 1938, tetapi hanya mula dijual menerusi parti-parti sahaja. Pada 1949, Tupperware memperkenalkan ‘Wonderlier Bowl’ yang membawa kepada permulaan pelbagai revolusi peralatan dapur. Tupperware mempelopori strategi pemasaran langsung yang dipopularkan pihak Tupperware.

Sekitar 1950-an, parti-parti Tupperware hanya dibenarkan untuk  wanita bagi mereka bekerja dan menikmati pendapatan, semasa Perang Dunia Kedua. Selama ini, tumpuan wanita hanyalah dalam bidang rumah tangga.

Earl Silas Tupper kemudian melantik bekas jurujual Stanley Home Products, Brownie Wise sebagai naib presiden pemasaran pada 1951 sebelum wanita itu membangunkan Tupperware Parties Inc.

Pada awal 1950-an, jualan Tupperware dan populariti produk itu meletup dan menyambut kejayaan wanita Tupperware dengan sambutan ‘jubli’ bertema mewah serta pelik bagi memberi ganjaran ke atas jualan laris dan merekrut individu, pasukan dan organisasi.

Pada 1958, Earl Tupper memecat Wise akibat perbezaan pendapat dalam operasi perniagaan Tupperware.

Akhirnya Rexall membeli Tupperware pada tahun yang sama dan jenama itu mula berkembang ke Eropah pada 1960 apabila Mila Pond menganjurkan parti Tupperware di Weybridge, England dan di seluruh dunia.

Tupperware kini dijual hampir 100 buah negara selepas memuncak pada lebih 100 selepas 1996. Jualan Tupperware kebanyakannya masih menerusi parti-parti sama ada di rumah, sekolah mahupun tempat kerja dengan ganjaran diberikan kepada tuan rumah.

Parti akan dikendalikan perunding Tupperware dan tuan rumah pula akan mengajak rakan-rakan dan jiran-jiran ke rumahnya untuk melihat produk Tupperware. Tuan rumah akan diberikan ganjaran produk percuma berdasarkan tahap jualan.

Namun, kini produk Tupperware boleh dibeli daripada 1.9 juta jurujual kontraknya menerusi agen dan stokis yang dilantik.

( SUMBER : SINAR HARIAN )

MELANCONG 5 STAR DENGAN TUPPERWARE - JOM DAFTAR AHLI


KEISTIMEWAAN TUPPERWARE

Sebenarnya terlalu banyak keistimewaan menggunakan produk Tupperware ni. Yang paling saya ingat dan suka nak dengar adalah lifetime warranty..Mana ada produk dalam dunia ni yang punya warranty serupa ini tapi Tupperware ada...Itu yang paling istimewa menjadi pengguna tegar Tupperware. Ni saya sediakan senarai keistimewaan menggunakan produk Tupperware


BEBAS TOKSIK
Diperbuat daripada bahan yg selamat, bebas toksik dan bebas karsinogen, produk Tupperware tidak menyebarkan bahan kimia berbahaya kepada kandungan makanan atau minuman. Produk Tupperware melepasi tahap piawaian global seperti piawaian US Food and Drug Administration (FDA) dan piawaian Japan Polyolefin Hygienic Association



WARNA SELAMAT

Warna warna produk Tupperware yg terang dan menarik boleh dinikmati tanpa sebarang kerisauan. Kesemua pewarna didaftarkan di bawah senarai French Positive List, Circular Letter No. 176 dan menepati piawaian Council of Europer Committee of Ministers Resolutions AP (89) 1.


MESRA ALAM

Tupperware memainkan peranan proaktif dalam menyelamatkan alam sekitar dari pencemaran dan kerosakan dengan menghasilkan produk yg tahan lama, agar tidak menyumbang kepada pembuangan dan pembaziran berlebihan.


WARANTI SEPANJANG HAYAT

Produk Tupperware dijamin dari sebarang keretakan, mahupun sebarang kerosakan di bawah penggunaan biasa sepanjang penggunaan produk tersebut.


TAHAN GELOMBANG MIKRO

Produk kalis gelombang mikro diperbuat drpd bahan yg khusus utk tujuan penggunaan gelombang mikro dan menepati badan-badan berikut ; USA-Toxic Substances Contol Act Inventory (TSCA), Canada-Domestic Substances List (DSL), European-Inventory of Existing Chemical Substances (EINECS), Australia-Australia Inventory of Chemical Substances (AICS), Korea-Korean Existing Chemical List (KECL), Japan-Japanese Inventory (ENCS)


KUALITI YG TINGGI

Produk Tupperware tahan lama dan diperbuat drpd bahan berkualiti tinggi, serta telah melepasi pelbagai pemeriksaan bagi memastikan tahap rekaan dan pembuatan yang teliti.
Usaha usaha ini menjadikan produk kami sesuatu yang menarik utk digunakan bagi sebarang perayaan.  
( SUMBER : STOKIS TUPPERWARE )                    

MELANCONG 5 STAR DENGAN TUPPERWARE - JOM DAFTAR AHLI


Uikkk...botol susu pun ada. Kenapa anda MESTI menjadi pengguna tegar TUPPERWARE BRANDS? Botol susu Tupperware bebas daripada BPA dan GLUTEN...maka ia adalah sangat selamat digunakan oleh anak korang. Sifat puting yang lembut  dan multiflow mengikut keselesaan anak menggunakannya. Dan yang paling penting lifetime warranty hokeyyy...hehehe(sentiasa ingat)



Cerita punya cerita lupa nak bagitahu...sebenarnya saya dok cerita ni bukan sebab saya menjual Tupperware,tapi saya nak cerita kat korang yang masih belum ada peluang nak jadi ahli bolehla join jadi ahli...Sebab saya baru je daftar jadi ahli dengan seorang stokis dari terengganu. Korang boleh tengok kat PAGE TUPPERWARE HUDA untuk daftar jadi ahli



Sebenarnya banyak lagi design Tupperware ni tapi saya tak dapat nak letak semua kat sini. Nanti bila korang dah contact kakak HUDA tu korang boleh minta gambar daripada dia or korang boleh tengok kat page  PAGE TUPPERWARE HUDA ni ya...

Kalau korang dah jadi ahli senang sikit kalau korang nak beli sebab kakak HUDA ni ada bagi servis untuk pos terus ke depan pintu rumah korang. Kalau korang dah jadi ahli boleh juga menyambil-nyambil menjual. 

Tapi kalau taknak jual pun takpe...korang pakai sendiri jek...Jadi ahli Tupperware ni takde pun target jualan yang korang nak kena capai hehee...Tapi kalau dah ada rezeki nak masuk takkan korang nak tengok je kan...

"Saya takde masa nak pergi daftar la...Boleh tak kalau nak daftar online?" Bolehhhh sayang oiiii...sape cakap tak boleh...Korang terus je whatsapp TUPPERWARE HUDA  (Klik je) dan korang boleh terus berurusan dengan kak HUDA...Senang korang nak tanya A-Z pasal Tupperware ni....Pasal saya nak cakap lebih-lebihpun tak boleh...sebab saya masih mentah lagi...Cakap dengan otai lagi banyak ilmu boleh dapat...Ye ke idok???



" Psstttt...nak bagitau ni...daftar ahli dapat hadiah istimewa taw...saya dah dapat dah...hehehe"


MELANCONG 5 STAR DENGAN TUPPERWARE - JOM DAFTAR AHLI
~ jangan jeles nohh...kami dapat free gift masa daftar ahli kelmarin...hehe ~

Sebelum saya terlupa...kakak HUDA ni ada buat servis buat hamper guna Tupperware. Kalau korang nak buat hamper @ hadiah boleh lah buat tempahan. Charge postagenya pun tak begitu mahal. Puashati lah dengan servis dia...layanan tiptop,lemah lembut orangnya...Layak dijadikan mentor huhuhu...Jom la korang daftar ahli macam saya...

Raya pun dah nak dekat ni...Kalau dah daftar ahli dapatlah beli set hidangan raya dengan harga murah sikit...yela...dah jadi ahli mestilah dapat harga murah sikit...Bolehlah bergaya dengan Tupperware di pagi raya...Ingat badan je ke nak bergaya dengan pakaian yang cantik? Meja makan korang pun boleh digayakan dengan set Tupperware taw...Cer cuba...cer cuba...


MELANCONG 5 STAR DENGAN TUPPERWARE - JOM DAFTAR AHLI
~ Comel kan...~


Begitulah kisahnya MELANCONG 5 STAR DENGAN TUPPERWARE - JOM DAFTAR AHLI...Lama sungguh brand ni bertapak dari sebelum kita merdeka hingga sekarang masih ramai lagi yang tergila-gilakan brand ni. Hebat sungguh...Syabas Tupperware Brands. Bukan dapat guna barang je...dapat manfaat berlipat kali ganda lagi...Lagi dapat pergi melancong...serius memang best...

Terima kasih sudi singgah disini kali ni. Jumpa lagi dilain siaran. Sayang korang ketat-ketat seketat tutup Tupperware melekap dibadannya sampai jadi kedap udara...Huhuhu...ayat power nohhh...Babai darling semua...




Wassalam