Image

SABUN HOMEMADE - TESTIMONI DARI PENGGUNA

Bismillah...
Assalammualaikum...
Alhamdulillah kehadrat ilahi kerana saya masih lagi bernafas pagi ini untuk memberi suatu perisian untuk korang semua. Pagi ni cuaca nampak sangat baik dan kita semua sedang menuju ke hari penuh barakah iaitu bulan Ramadhan al Mubarak.Semoga kita semua punya kesempatan untuk menikmati keindahan bulan Ramadhan itu nanti

SABUN HOMEMADE - TESTIMONI DARI PENGGUNA
Harini saya nak letak testimoni dari customer yang menggunakan sabun homemade saya... macam biasa setiap kali ada yang membeli produk homemade saya,saya akan follow up mereka untuk dapatkan feedback

Feedback yang saya mahukan bukan semata-mata untuk dijadikan testimoni tetapi untuk saya memperbaiki kelemahan diri saya jika ada kekurangan. In kerana saya sentiasa berusaha nak menjadi lebih baik daripada sekarang dan orang yang paling layak untuk komplen adalah customer yang berurusan dengan saya...hehehe

Tanpa korang siapalah saya...Tanpa customer siapalah seorang penjual...betul tak?? Sebab itu feedback seorang customer bagi saya adalah sangat-sangat berharga untuk dijadikan kayu ukur dalam memperbaiki kelemahan saya dari segi servis mahupun kualiti produk


SABUN HOMEMADE - TESTIMONI DARI PENGGUNA

Customer ni pakai sabun kunyit madu saya. Sebelum ni dia ada masalah jerawat pasir dan kulit kusam. Alhamdulillah dia serasi dengan sabun homemade saya. Sabun kunyit madu ni totally adalah daripada kunyit asli dan madu asli. Mungkin dengan formula bahan asli yang banyak dalam sabun itu dapat membantu selesaikan masalah kulit muka dia 

Ataupun mungkin gabungan kunyit dan madu memang satu gabungan mantap dan serasi buat dia. Dan mungkin juga manfaat bahan asli ini 100% bertindakbalas dengan kulitnya...Wallahualam...saya bersyukur sangat customer berpuashati dengan sabun homemade saya. Apa-apapun yang penting semua orang faham dan sedar bahawa sabun homemade saya adalah 100% organik tanpa bahan kimia

SABUN HOMEMADE - TESTIMONI DARI PENGGUNA

Feedback yang ni pula customer pakai sabun greentea. Sebenarnya sabun greentea berbeza daripada sabun kunyit madu ni. Sabun kunyit madu lebih soft daripada sabun greentea. Sabun greentea ni akan buat kulit korang rasa tegang sebab fungsi greentea ini sendiri mengandungi antioksidan untuk kasi awet muda,tegangkan kulit kan...so korang akan rasa kulit korang soft dan tegang

Seronok rasanya dapat feedback yang best-best tentang hasil usaha kerja tangan sendiri. Korang yang masih belum mencuba sabun homemade saya bolehlah dapatkan segera. Banyak keistimewaan guna produk organik ni tau. Selamat pun selamat...

Tak payah nak risau kulit korang menipis ke,rosak ke sebab sabun homemade memang confirm takde bahan yang boleh rosakkan kulit muka korang. Sabun ni pun korang boleh guna seluruh badan dan boleh juga korang gunakan pada anak-anak korang. Tiada masalah pun.

Lagi satu kalau korang teringin nak ada produk sendiri atau teringin nak cari duit poket macam ramai orang sekarang yang menjual kat facebook tu korang boleh borong juga sabun ni. Tapi ada minimum kuantiti la kalau nak order untuk borong. Saya akan buatkan tanpa sticker dan korang boleh tampal sticker korang sendiri kat sabun tu. 

Terpulang korang nak packaging macamanapun ikut citarasa korang sendiri. In Sya Allah korang akan berpuashati dengan servis yang saya berikan kepada korang. 

Terima kasih sudi singgah ke sini dan harap kita akan berjumpa lagi di lain story. Saya doakan agar semua umat islam seluruh dunia sentiasa mendapat keredhaan Ilahi dalam setiap langkah dalam kehidupan kita. Berakhirlah sudah sebuah cerita bertajuk SABUN HOMEMADE - TESTIMONI DARI PENGGUNA daripada saya untuk pagi ini.

Wassalam