Image

KULIT LEMBUT DAN SHINING GUNA SCRUB KOPI - TESTIMONI (PART 3)

Assalammualaikum dan selamat pagi uolllssss...
Korang dah breakfast ke? Breakfast ni penting tau untuk kesihatan perut...Kalau nak jadualkan masa makan untuk kurus make sure jangan tinggalkan breakfast...sebab perut kita dah kosong dalam jangka masa yang lama ketika kita tidur...so jangan seksa perut yang rajin nak bekerja tu(perut perlukan sesuatu untuk dihadam) Tapi boleh abaikan nasihat ni kalau korang tidur sambil makan hehehe(gurau je...)

Harini pagi-pagi saya dah buka laptop sebab nak share testimoni scrub. Bukan apa...saya kalau boleh nak letak seberapa banyak mengenai scrub organik homemade dan adik beradiknya yang lain( produk homemade lain yang saya buat ) sebab jimat masa saya nak explain kat orang pasal apa yang saya buat. Ramai customer yang dari pesbuk tanya pasal scrub dan sabun homemade. Kalau 10 orang yang tanya maun berdarah gak hidung nak jawab...huhuhu. Sekarang baru saya tahu kenapa orang cakap blog untuk bisnes ni penting. Sekarang bila orang nak tahu lebih lanjut pasal apa yang saya buat saya terus bagi link blog ni je...sebab tu setiap hari saya perlu untuk update cerita yang berkaitan dengan apa yang saya lakukan. 

KULIT LEMBUT DAN SHINING GUNA SCRUB KOPI - TESTIMONI (PART 3)

 Dua gambar di atas adalah testimoni original pengguna scrub organik homemade saya. Alhamdulillah customer berpuashati dan suka dengan hasil yang mereka dapat. Korang kena fahamkan betul-betul ya...saya buat scrub organik...100% guna bahan semulajadi...tiada campuran bahan kimia yang boleh rosakkan kulit mahupun bahan yang boleh buat korang jadi bidadari. Keberkesanan yang korang akan dapat tidak akan sama setiap individu kerana ia bergantung kepada hormon yang ada dalam badan korang...melainkan korang mempunyai hormon yang sama dengan orang lain...erkkk ada ke yang sama hormon??? hurmmmm...hehehe

Customer cakap masa firstime pakai pun dah rasa kulit lembut je kulit selepas pakai scrub...Selepas 3 kali pakai kulit dia semakin serasi menggunakan scrub organik homemade saya ni taw...siap cakap kulit dia nampak shining lagi...Happy sangat saya dengar...Jangan cakap produk organik tak bagus...tu dia buktinya produk organik masih relevan untuk diguna pakai malah  lebih selamat

KULIT LEMBUT DAN SHINING GUNA SCRUB KOPI - TESTIMONI (PART 3)

Apa yang istimewanya tentang produk organik homemade ni adalah ia 100% selamat digunakan. Korang tak perlu risau kulit korang terbakar ke...sesuai ke dengan kulit korang atau bahaya tak dengan kulit korang. Sepanjang saya mengamalkan penggunaan produk-produk homemade, saya rasa sangat selesa dan selamat. Saya dah boleh tolak tepi dah kerisauan saya pada kesihatan kulit sebab saya yakin tiada apa yang akan merosakkan kulit saya dengan produk natural

Jerawat??? Jerawat tu normal la sayang oiiii... Patung lilin kat I-City je yang tak naik jerawat dikkk ( hehehe bercanda je taw) Sape yang muka dia tumbuh jerawat itu adalah petanda kulit korang sihat...Tapi awas pada yang jerawat tak timbul timbul tu...sebab jerawat pun takut nak tunjuk muka sebab lapisan atas kulit tu ada bahan kimia...uikkkk gerunnya...

Mana ada orang yang takde jerawat...mesti ada punya...Janganlah korang terpedaya sangat dengan muka model dan artis semua tu...dah mekap nampak licin...glowing dan shining lah muka diorang tu....tapi kalau perhatikan betul betul mesti ada jerawat seketul dua yang menghiasi muka diorang hehehe...Ni semua teknik mekap dikkk...Tapi bukan semua lah macamtu...Ramai juga yang mempunyai kulit jenis bersih sejak azali...ini kurniaan Allah tak boleh dipertikaikan hokeyyy...

Sebenarnya semua produk kat dunia ni sama je...semua guna bahan natural...mana diorang nak ambil bahan lain lagi...mesti ambil kat muka bumi ni juga....tapi yang meragukan adalah kaedah campuran bahan kimia yang berlebihan untuk tujuan mencantikan dengan segera. Dengan bahasa yang lebih mudah faham bukan 100% natural @ semulajadi...Faham tak saya cakap apa?? krikk krikkk krikkk

Rasanya cukup setakat ni perkongsian saya kali ni...macam dah ke angkasa lepas pun ada gamaknya kalau dah start menaip ni huhuhu...Terima kasih sudi membaca perkongsian saya...Saya akan berkongsi lagi next entri...Kalau tak bosan boleh la datang jenguk...Jumpa lagi

Wassalam