ZURAINI.COM

Showing posts with label FOOD REVIEW. Show all posts
Showing posts with label FOOD REVIEW. Show all posts

RESEPI NASI BRIYANI PALING MUDAH

Bismillah...
Assalammualaikum semua...Harini saya nak share resepi RESEPI NASI BRIYANI PALING MUDAH kat korang...Kita rehat daripada arena produk,kita santai-santai cerita bab makan pula...Bukan apa,kebetulan saya buat tadi untuk hidangkan kepada tetamu istimewa penutup syawal...so saya ambil kesempatan ambil gambar sebagai bahan perkongsian saya di sini

RESEPI NASI BRIYANI PALING MUDAH

Oleh kerana saya nak cepat saya ambil je gambar nasi ni masa ada dalam periuk huhuhu...Tak sempat nak letak dalam bekas dan hias cantik-cantik sebab saya kejar masa...Almaklumlah saya ni takde pembantu huhuhu...

Ok...kita go straight to resepi ya...Bahan yang saya gunakan sangat simple sebab saya ni orangnya simple dan taknak yang heavy2..Jom kita tengok bahan yang diperlukan untuk RESEPI NASI BRIYANI PALING MUDAH...jangan risau bahannya sangat mudah nak cari...

***

BAHAN-BAHAN :
~ 2 kole(terpulang pada korang nak guna bekas macamne) beras briyani
~ 1 kiub ayam knorr
~ 1 pcs bawang besar
~ 2 kotak kismis(kotak yang kecil2 tu)
~ 15 biji kacang gajus ( ikut citarasa...boleh tambah ikut korang la...)
~ 2 batang kayu manis
~ 2 pcs bunga lawang
~ 4 pcs buah pelaga
~ Minyak sapi setengah tin (tin paling kecil)
~ Setengah tin susu cair (saya guna brand gold coin tin warna pink)
~ 1 sudu kecil garam
~ 2 kole air (mesti sama dengan bekas beras)
~ Pewarna makanan (saya guna warna oren)

***

Gambar bahan-bahan saya tak sempat nak snap sebab kalau snappun saya tak dapat nak share kat sini...nanti banyak sangat pula gambar yang menempek kat artikel ni... Lagipun saya rasa bahan-bahan yang saya gunakan ni korang semua mesti kenal kan...

Saya cuma ambil masa 30-35minit sahaja untuk siapkan nasi briyani ni...Sangat-sangat mudah nak buat...Lepas ni korang boleh lah cuba...Kalau ok dah tak perlu nak pergi cari nasi briyani jauh-jauh dah kannn...hehehe

***

CARA MEMASAK :
1) Mula-mula korang ambil 2 kole beras briyani dan rendam selama 10 minit ( korang ikut kat plastik beras yang korang beli tu...kalau disuruh rendam 20 minit korang rendam lah 20 minit...Macam beras yang saya guna suruh saya rendam 10 minit jer hehehe)

2) Sebiji bawang tadi dipotong dadu( guna bawang yang sederhana je...tak perlu yang besar sangat sebab nanti nasi rasa manis pula...tapi terpulang pada citarasa korang ). Panaskan kuali dan masukkan satengah tin minyak sapi. Bila minyak dah panas korang tumis bawang yang dah potong tadi dengan bahan penumis ( kayu manis,lawang dan pelaga). Kemudian masukkan kiub pati ayam knor dan kismis...Korang kacau lebih kurang je jangan sampai hangus...Korang tengok kiub ayam dah cair semua dan tumisan dah menusuk hidung, korang masukkan 2 kole air dalam periuk tempat korang tumis tu dan tutup api. Bila korang dah tutup api korang tuangkan beras yang korang rendam tadi kedalam periuk tu...Saya guna periuk nasi je untuk menumis supaya senang tak perlu nak tuang-tuang bahan yang ditumis tadi...

RESEPI NASI BRIYANI PALING MUDAH
~ tumis semua baahn guna minyak sapi ~

RESEPI NASI BRIYANI PALING MUDAH
~ tuang beras dalam periuk selepas masukkan air dalam tumisan tadi ~

3) Bila dah masukkan beras kacau bagi sebati dan angkat periuk nasi tu masuk kedalam tempat periuk elektrik untuk proses seterusnya iaitu masak nasi hehee...

4) Lepas korang dah siap setting on suis periuk nasi tu korang tuangkan setengah tin susu cair,garam halus sesudu kecil dan letak kacang gajus sekali dalam periuk tu...Make sure korang kacau lepas korang curahkan susu cair tu bagi dia mesra...Gambar kat bawah ni saya ambil masa semua dah siap sebelum tutup periuk untuk tunggu nasi tu masak

RESEPI NASI BRIYANI PALING MUDAH

5) Lebih kurang 15 minit nasi akan masak. Bila nasi dah masak means kat periuk elektrik korang dah tunjuk mood "warm". Korang buka tutup periuk dan buat 5 lubang guna hujung sudu( untuk yang nak letak pewarna...kalau taknak letak perwarna tak perlu) Bila dah buat lubang tu korang titikkan perwarna di lubang-lubang yang korang buat tu...Jangan terlalu banyak perwarna nanti nasi briyani korang warna oren pekat nanti huhuhu( agak2 la sayang) Bila korang dah titik dengan perwarna korang tutup balik periuk lebih kurang 10 minit dah boleh padam suis dan korang boleh gaulkan perlahan-lahan nasi briyani tersebut...

RESEPI NASI BRIYANI PALING MUDAH
~ nasi yang dah masak buat lubang guna belakang sudu untuk letak perwarna ~

RESEPI NASI BRIYANI PALING MUDAH
~ dah letak perwarna disetiap lubang yang dibuat dan tutup periuk kembali...teruskan dalam mood "warm" selama 10minit ~

***

Mudahkan RESEPI NASI BRIYANI PALING MUDAH ni? Kalau korang nak nasi lebih lembut korang boleh tambah sedikit air lagi dalam resepi saya ni...Lepas tu saya nak ingatkan...masa sedang dalam proses memasak jangan sekali-kali mengacau nasi sebab beras nasi briyani ni sensitif...Korang tahu kan...nasi briyani nasinya panjang-panjang...Kalau korang asyik kacau je akan buat nasi tu patah-patah...Nanti nampak kontot je nasi briyani korang huhuhuhu...

Nota kaki : Minyak sapi boleh diganti dengan butter...tapi saya rasa minyak sapi lebih best rasanya

Lepas semuanya selesai korang boleh letak sedikit daun ketumbar atau daun sup nak bagi wangi...Hidangan nasi briyani saya harini bersama hidangan lauk ayam masak merah,bergedil kentang,acar buah dan kari kering kaki ayam...Kalau ada kesempatan saya akan share resepi-resepi ini juga. Begitulah perkongsian RESEPI NASI BRIYANI PALING MUDAH saya harini...Harap korang berjaya cuba resepi sempoi ni nanti. Jumpa lagi next entri...Terima kasih sudi singgah...

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

KARIPAP SEGERA SEDAP DAN MURAH

Bismillah...
Assalammualaikum duniaaaa....

Harini saya nak cerita bab makan sebab nak share benda yang simple je pasal KARIPAP SEGERA SEDAP DAN MURAH hehehe...semalam tak buat entri,so...harini kena dayakan diri buat sebab saya dah janji dengan diri sendiri untuk belajar blog dengan gigih...chewahhh...tapi sedih semalam terlepas sebab tak sempatttt...sob..sobbb...

Kebetulan tadi pergi kedai beli lauk dapat beli karipap frozen ni...Saya dah hampir 4 tahun pindah ke Johor dan 4 tahun juga lah saya tengok owner karipap frozen ni dok hantar karipap frozennya kat kedai ni...

KARIPAP SEGERA SEDAP DAN MURAH

Haaaa...ni gambar yang dah siap goreng..Menyelerakan sungguh...anak-anak saya suka sangat makan karipap ni. Karipap frozen ni dimiliki oleh Tini Frozen Food yang bertempat di Batu Pahat Johor. Kat label ada tulis nombor telefon kalau korang rasa nak buat tempahan korang boleh terus contact mereka

Karipap ni ada 4 jenis rasa iaitu karipap daging,ayam,sardin dan kentang...Semuanya saya dah makan dan seriously memang sedap. Satu plastik ada 12 pcs dan harga saya beli kat kedai tu RM4. Setakat harini daripada 4 tahun yang lepas saya berpuashati dengan rasa karipap ini. Sangat tidak mengecewakan

Inti karipap ni memang terbaik bagi saya. Sedap dan tidak terlalu pedas...Anak kecil boleh makan...Isi intinya banyak...Bila dah goreng kulit karipap tu rangup...sedap sangat makan masa panas-panas...Dan yang paling saya suka sangat bila goreng karipap ni tak resap minyak...

Korang mesti pernah makan karipap yang jenis berminyak kan??? Saya memang tolak tepi kalau karipap gini...Memang serius tak boleh nak telan...

Oleh kerana anak-anak saya suka makan karipap,saya memang beli untuk standby dalam peti sejuk senang nak goreng. Saya lebih suka makan karipap yang ini berbanding yang beli tepi jalan tu sebab tahap kebersihannya tak memuaskan hati saya

Walaupun saya tidak pasti juga pasal tahap kebersihan karipap yang frozen ni tetapi sekurang-kurangnya ia tidak terdedah dengan pencemaran lalat dan habuk jalan yang kita pun tak tahu berapa banyak dah bertempel kat karipap tersebut huhuhuhu...

Bukan saya cakap semua kedai tepi jalan ni kotor...bergantung kepada cara penjual itu display kuih muih mereka la...Saya memang cerewet bab ini...Maka alternatifnya adalah beli yang frozen dan saya sendiri yang goreng untuk anak-anak...nak buat sendiri tak reti...

KARIPAP SEGERA SEDAP DAN MURAH

Korang kalau nak try karipap ni korang boleh contact nombor telefon yang ada kat label tu eh...Itulah rupanya karipap frozen yang saya beli tadi...Sekali goreng habis 12pcs...Kejap je habis makan panas-panas masa berbuka tadi...

Oklahh...Kepada korang yang nak cari KARIPAP SEGERA SEDAP DAN MURAH boleh try Tini Frozen Food Batu Pahat punya karipap memang sangat recomended...Selamat bersahur korang untuk esok...Jumpa lagi next entri...babai...

Wassalam



HIDANGAN RINGKAS UNTUK BERBUKA

Bismillah...
Assalammualaikum kalian...
Buat kali kedua saya nak bercerita pasal makanan dalam entri saya. Sebelum ni saya cerita pasal TEMPAHAN KEK DAN COOKIES RAYA EXCLUSIVELY BY AYU'S SUGAR BITE yang memang aummm tu...

Tapi harini saya nak cerita pasal HIDANGAN RINGKAS UNTUK BERBUKA... Lauk ni korang boleh start masak setengah jam sebelum berbuka...sebab memang sangat-sangat ringkas dan sedap(kat tekak saya la...)

HIDANGAN RINGKAS UNTUK BERBUKA

Nampak macam biasa-biasa je tapi kalau dapat makan dengan nasi panas memang terangkat. Anak saya yang sulung memang suka sangat menu ni. Ikan tu korang boleh ganti dengan apa-apa ikan yang korang suka...Kalau dapat ikan keli lagi sedap...

Jom saya share resepi kat korang yang nak try menu ni esok hehehe...Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak...boleh kira dengan jari...Sekali baca je dah boleh ingat

BAHAN-BAHAN :
1) Ikan (ikut suka)
2) Serbuk kunyit & Garam (untuk lumur kat ikan sebelum goreng)
3) Minyak (untuk goreng ikan & tumis sambal)
4) 20 biji lada besar (untuk 4 orang makan)
5) 2 biji bawang besar

Haaa...kan...ni je bahan yang diperlukan hehehe...senang nak ingat kan...Tapi kalau korang nak letak macam-macam bahan lain boleh je macam potongan tomato atau cili api untuk rasa pedas. 

Kalau korang guna lada besar je memang tak pedas sebab anak-anak saya tak reti makan pedas. Tak pasal-pasal reject masakan saya nanti kalau pedas . Macam saya tak letak msg or gula dalam masakan so saya tak tulis la...

CARA MEMASAKNYA :
1) Goreng ikan (lumur garam & kunyit dulu)
2) Kisar 20 biji lada besar dan 2 biji bawang besar tadi sehingga hancur
3) Tumis bahan kisar dan masak sehingga naik minyak
4) Letak garam secukup rasa

Dah siap!!! Boleh dah makan...Bagi nak jimat masa memasak ni korang boleh sekali jalan je memasak, dapur sebelah goreng ikan dan sebelah lagi buat sambal...Tak sampai setengah jam siap!!!

Kalau korang nak tahu sambal ni tahan lama tau,selalunya saya akan buat sekali banyak dan simpan dalam peti sejuk. Kalau kemalasan melanda panaskan je lauk ni hehehe...Dan yang paling best makin lama sambal ni disimpan makin sedap pula rasanya

Betul @ tak fakta lagi sedap bila dah lama disimpan tu tak dapat saya nak buktikan melainkan korang sendiri cuba. Cuba sekali mesti korang suka

Terjebak pula saya share resepi kat blog penyudahnya. Firstime ni hehehe...Thank's pada yang sudi baca resepi HIDANGAN RINGKAS UNTUK BERBUKA sempoi saya ni...Jumpa lagi nohhh...Babayyy

"SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM YANG BERNAFAS DI BUMI ALLAH, SEMOGA KITA DIKURNIAKAN KEBERKATAN DALAM MENGHARUNGI SETIAP HELA NAFAS KITA"

Wassalam



TEMPAHAN KEK DAN COOKIES RAYA EXCLUSIVELY BY AYU'S SUGAR BITE

Bismillah...
Assalammualaikum...
Tak sesabar sangat rasanya nak tulis entry ni sebab terpesona dengan kesedapan yang membuka selera bila tengok gambar-gambar kek & cookies by AYU'S SUGAR BITE ni. Nak menyebutpun berbelit-belit lidah saya...hahaha...Kalau boleh nak beli semuanya...

Kenapa saya teruja sangat nak buat review pasal TEMPAHAN KEK DAN COOKIES RAYA EXCLUSIVELY BY AYU'S SUGAR BITE ni pasal saya dah try semuanya dan alhamdulillah semuanya diluluskan oleh anak tekak saya yang agak memilih bila nak makan benda-benda macamni... 

Buat masa sekarang masih lagi buka tempahan untuk raya yang bakal menjelang. Kalau korang nak try hasil tangan tokey kek ni korang boleh berurusan dengan AYU'S SUGAR BITE ni sendiri. Korang pilihlah nak berurusan melalui saluran mana...Kat bawah ni saya dah siap-siap linkkan korang pada saluran yang betul hahaha...korang tekan je terus tembus ke talian AYU'S SUGAR BITE tuh...

Tapi saya rasa kalau korang nak skodeng koleksi kek dan cookies better korang klik kat IG sebab kat IG lebih tersusun gambarnya...Kalau kat facebook pun boleh tapi biasalah kan kat facebook banyak sangat post yang bercampur-campur. Tapi sebenarnya boleh je ikut suka korang lah nak tengok kat mana. Atleast kat facebook korang boleh kenal macammana rupa dan aktiviti harian tokey kek tu kan...

WHATSAPP ( STRICTLY NO CALL)

TEMPAHAN KEK DAN COOKIES RAYA EXCLUSIVELY BY AYU'S SUGAR BITE

TEMPAHAN KEK DAN COOKIES RAYA EXCLUSIVELY BY AYU'S SUGAR BITE

TEMPAHAN KEK DAN COOKIES RAYA EXCLUSIVELY BY AYU'S SUGAR BITE

TEMPAHAN KEK DAN COOKIES RAYA EXCLUSIVELY BY AYU'S SUGAR BITE

Serius saya memang tak boleh nak tahan tengok gambar-gambar ni. Kalau korang nak tahu AYU'S SUGAR BITE ni ambil tempahan bukan masa raya je...masa tak rayapun memang dia ambil tempahan sepenuh masa...

Tapi kalau korang nak order mesti order 3 hari awal daripada tarikh korang nak kek tu hokey...Jangan korang nak kek tu harini semalam baru nak order...bila tak dapat nak dipenuhi permintaan korang tu,korang menangis kat bucu katil...hahaha..memang tak dapat nak nolong dooo...

Lepastu AYU'S SUGAR BITE ni ada buat perkhidmatan COD juga dikawasan-kawasan tertentu. Area COD kakak ni dia pernah bagitahu saya,area Shah Alam,Kuala selangor,KLIA,Sepang,Putrajaya,Seremban,Nilai,Jelebu...Lebih kurang macamni lah area yang boleh COD seingat saya...nanti korang tanyalah sendiri kot-kot dia ada buat penambahan area pula sekarang

AYU'S SUGAR BITE beroperasi di Kuala Selangor dan kalau nak hantar ke area yang jauh-jauh tu ada syaratnya juga...Inipun korang boleh terus tanya kat tokey terus sebab takut saya tersalah ngomong sat lagi kena tembak plak saya nanti hehehe...

Kepada semua yang berminat berurusan dengan AYU'S SUGAR BITE boleh terus jenguk-jenguk IG @ FB dia cuci mata dulu. Banyak lagi pilihan yang korang boleh tengok kat sana. Dia ada ambil tempahan kek & goodies untuk majlis harijadi,tunang,kahwin dan semua majlis yang korang nak buat asalkan dia boleh ikut apa yang korang nak tempah tu...jangan korang mintak rendang itik untuk majlis korang tu sudah...time ni dia pula yang menangis kat bucu katil hehehe( gurau jek taw)

Oklah...cukup kot setakat ni saya nak membebel pasal TEMPAHAN KEK DAN COOKIES RAYA EXCLUSIVELY BY AYU'S SUGAR BITE. Sebelum terlambat baik korang bertindak sekarang buat tempahan sebab kalau dah tutup order memang dah tak buka lagi dah...Jangan lupa share-share entri ni bagi semua orang dapat rasa kesedapan kek dan cookies BY AYU'S SUGAR BITE ni...Jumpa lagi eh next story...

Wassalam