Latest post

Monday, 15 May 2017

KULIT RASA SANGAT BERSIH GUNA SCRUB KOPI (TESTIMONI PART 4)

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Masa saya sedang menaip di blog ini hujan turun mencurah-curah kat luar. Pagi-pagi dah hujan dah...Hujan rahmat kat orang tua-tua...Sejuk je...Kalau tak hujan pagi-pagi dah rasa bahang panas dah...tapi harini rasa sangat selesa. Kebetulan harini anak saya ada appointment dengan doktor pakar Audio kat hospital Kluang,so korang tolonglah doakan anak saya baik baik je eh...hehehe...

Harini saya nak share 3 testimoni pengguna scrub organik homemade saya. Scrub yang dimaksudkan adalah scrub kopi dan scrub oat...Saya kan ada 4 jenis scrub takut nanti tak mention korang confuse scrub mana yang dimaksudkan dalam perbualan tu...

KULIT RASA SANGAT BERSIH GUNA SCRUB KOPI (TESTIMONI PART 4)

Adik yang atas ni beli scrub kopi.... katanya bila lepas pakai kulit terasa lembut dan sangat best. Ini kerana scrub kopi ni saya masukkan minyak zaitun dan minyak argan untuk kesan yang memang powerfull untuk kulit. Scrub ini dapat membantu korang membuang sel-sel kulit mati...parut-parut jerawat...blackhead,whitehead dan melembabkan kulit. 

Adik ni dah pun order scrub kopi ni untuk branding jenama sendiri...Alhamdulillah...Produk bagus mesti orang suka kan...tak kiralah ada KKM ke tidak sebab saya buat scrub ni kat rumah...celah mana saya nak apply KKM...KKM takde tapi selawat dan doa-doa mengiringi proses pembuatan scrub ni...IN SYA ALLAH...

KULIT RASA SANGAT BERSIH GUNA SCRUB KOPI (TESTIMONI PART 4)

Testimoni kedua ni pula bagitahu yang kulitnya juga terasa lembut dan bersih selepas guna scrub kopi ni. Sebenarnya semua orangpun memang perlu guna scrub untuk kulit muka dan badan sebab scrub ni boleh mencuci kotoran-kotoran degil kat atas kulit. Tekstur scrub yang berbiji-biji mampu menggosok daki-daki degil dipermukaan kulit korang dan celah-celahan yang selalu menjadi tempat bakteria membiak

KULIT RASA SANGAT BERSIH GUNA SCRUB KOPI (TESTIMONI PART 4)

Dan testimoni yang ini pula seorang ustaz yang ambil scrub daripada saya. Dia dah pun branding jenama dia sendiri. Ustaz ni berpuashati dengan hasil tangan saya. Alhamdulillah scrub saya dapat diterima pakai oleh semua orang

Kepada mereka yang belum pernah mengamalkan penggunaan scrub untuk muka dan badan bolehlah try lepas ni bagi buang semua kerak-kerak daki dan sel kulit mati. Tapi sebelum tu saya nak pesan kalau nak beli scrub kalau boleh beli yang 100% organik sebab yang 100% organik ni tiada bahan kimia...

So,lebih selamat untuk korang pakai. Segala jenis scrub dalam dunia ni sama je...yang membezakannya adalah bahan dan kesannya...Apa salahnya korang guna yang organik takdelah kulit korang dapat kesan samping untuk jangkamasa panjang kan...

Ok lah,inilah perkongsian saya untuk KULIT RASA SANGAT BERSIH GUNA SCRUB KOPI (TESTIMONI PART 4)...Jangan lupa singgah lagi kat sini ya korang. Jumpa lagi

Wassalam