Bismillah dan Assalammualaikum
Hi korang...seperti yang saya janjikan kat semua yang mesej saya tanya "how to start selling at shopee", harini saya gagahkan diri untuk tulis sesuatu supaya korang dapat input... maka terciptalah satu artikel baru berjudul TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE setelah sekian lama blog ini sepi tanpa artikel...Chupp chuppp bukan sengaja taw taknak menulis tapi saya busy bangat deh...nak cerita busy kang panjang pula ceritanya so cut it short paham-paham sendiri maksud busy eh...
Lately setiap hari beratus-ratus mesej masuk di whatsap saya tanya tentang berniaga di shopee...bukan di whatsapp sahaja melalui chat di shopee pon ramai tapi maaflah adik-adik,kakak kakak dan abang abang semua saya tak dapat nak layan semua orang sebab saya pun ada kerja lain yang perlu diuruskan...belum cerita lagi kerja hakiki as tarzan rimba di dalam rumah mengerjakan hero 3 ketoi saya nih huhuhu...maka dengan ini saya rasa perlulah saya tulis artikel ini sebab mungkin ada yang tak berapa faham dengan artikel saya sebelum ini atau artikel sebelum ini tak lengkap ataupun kurang jelas....
Saya akan bermula dari first step yang paling bawah levelnya sebab banyak juga mesej saya dapat begini bunyinya " salam sis,saya ada baca artikel sis tentang berniaga di shopee,boleh tak sis ajar macamana?" lagi satu soalan " saya tak tahu bagaimana nak start dan saya baru firstime ni sis,boleh ajar saya dari mula tak sis?" Kalau boleh saya nak ajar semua orang tapi saya tak mampu nak buat begitu...nak tubuhkan group pun saya tak mampu sebab takut ada yang tertinggal @ tak faham then saya kena ulang banyak kali...better saya buat artikel supaya korang @ newbie boleh tengok banyak kali dan info takkan hilang sampai bila-bila..betoi dakkk?
Maaf ya intro terlalu panjang...ni lah akibatnya kalau lama sangat tak mengarang,bila start mengarang habis semua nak di karang...kepada yang dah tahu tentang step yang saya akan bagi nanti boleh abaikan artikel ini @ korang boleh tolong share supaya ramai orang boleh belajar dan yang belum tahu @ ingin belajar sila teliti betul langkah-langkah mudah yang saya cuba sampaikan...
PESANAN PENTING !!!
Orang yang nak bermula shopee bukan sekadar baca tutorial tapi baca tutorial sambil praktikkan. Orang yang bertindak sekarang pasti akan dapat hasil lebih cepat berbanding baca sahaja tanpa bertindak...dan lagi satu selepas korang buat baru korang akan faham...membaca tak semudah mempraktikkan dan mempraktikkan tak seindah dapat customer pertama...ooooyeahhhhh
1st step :
Bagi mereka yang belum download aplikasi shopee boleh berbuat demikian di google playstore...( sila rujuk gambar di atas )
2nd step :
Bila dah download korang buka dan akan keluarlah halaman seperti lampiran yang disediakan...terus tekan sign up untuk yang belum pernah sign up...dan yang dah ada akaun dengan shopee boleh abaikan step ini...( sila rujuk gambar di atas )

3rd step :
Korang akan sampai ke halaman ini selepas korang tekan sign up...( sila rujuk gambar di atas )
4rd step :
Isikan nombor telefon korang yang korang guna untuk berurusan...jangan guna nombor yang dah expired sebab nanti shopee nak bagi kod rahsia herherher...pastu jangan lupa klik continue pulak,kang sampai ke sudah tak dapat kod rahsia korang...( sila rujuk gambar di atas )
5th step :
Dapat tak kod rahsia kat no telefon yang korang bagi tuh? kalau dapat isi nombor kod tu kat tempat yang disediakan...kalau tak dapat korang kena check balik betul ke tidak nombor telepon yang korang bagi tu,takut tersilap...Kalau semuanya dah ok,kod yang diletakkan dah sempurna sila tekan continue( sila rujuk gambar di atas )
6th & 7th step :
Selesai korang tekan continue di step ke 5 tadi korang akan automatik sampai ke halaman ini( sila rujuk gambar di atas ) Then apa lagi korang isilah usernama dan password yang korang nak guna...pastikan korang guna password yang mudah korang nak ingat sebab nanti takdelah asyik lupa je...nanti kurang pula semangat nak buka shopee sebab asyik lupa password jek...just soft remind from me hukhuk...Eh eh...jangan lupa tekan continue tu taw...
8th step :
Bila korang tekan continue kat step kat atas tu korang terus akan sampai ke halaman ini...ini adalah halaman umum taw...kalau korang nak ke halaman korang sendiri @ profile korang @ biasa orang panggil dashboard korang tekan "me" ...tu yang saya letak anak panah tuh...haaa tekan kat situ( sila rujuk gambar di atas )
Info :
Dashboard adalah tempat korang nak edit apa jua aktiviti di kedai shopee korang termasuk edit stok,profile,withdraw dan sebagainya...saya akan ajar dengan lebih detail nanti
9th step :
Dan akhir sekali bila korang tekan anak panah "me" tadi korang akan terus sampai ke ruangan dashboard korang sendiri...nampak tak nama usernama yang saya isikan tadi ada kat bahagian atas yang saya letak anak panah tu??? nampak kan...haaa itulah nama kedai korang...so,masa nak tulis username korang kena pilih nama yang sesuai untuk melambangkan kedai shopee korang tu ya...( sila rujuk gambar di atas )
So,untuk kali ni saya share ini sahaja untuk TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE ...namapun langkah pertama...saya kena bagi sikit-sikit,tak boleh bagi sekali gus nanti ada yang tak faham pula...slow slow fahamkan in Sya Allah korang boleh faham sebab saya rasa inilah step yang paling jelas sekali untuk difahami...yang dah tahu jangan kecam-kecam saya nak tunjuk pandai ,saya cuma nak memudahkan diri saya untuk bagi jawapan pada mereka yang tanya saya bagaimana nak bermula...kalau yang rasa artikel ini boleh membantu kawan-kawan @ adik beradik yang baru nak belajar boleh share...tutorial untuk next step akan menyusul selepas ini...Jumpa lagi taw...terima kasih kepada yang sudi membaca sampai habis,maaf taw kalau saya terover bebel...
FB : Zuraini Muhammad
Page : neembalmHQ
IG : @neembalmhq
FB : Zuraini Muhammad
Page : Vacum Kereta - Jimat,Mudah & Murah
IG : @zmbeautybrand
FB : Zuraini Muhammad
Page : Garlic BALM zm beauty
IG : @garlicbalmhq
FB : Zuraini Muhammad
Page : Produk Homemade ZMBeauty
IG : @zmbeautybrand
FB : Zuraini Muhammad
Page : Plastik pos murah & cantik
IG : @zmbeautybrand
FB : Zuraini Muhammad
Page : Vacum Kereta - Jimat,Mudah & Murah
IG : @zmbeautybrand
FB : Zuraini Muhammad
Page : Garlic BALM zm beauty
IG : @garlicbalmhq
FB : Zuraini Muhammad
Page : Produk Homemade ZMBeauty
IG : @zmbeautybrand
FB : Zuraini Muhammad
Page : Plastik pos murah & cantik
IG : @zmbeautybrand
0 Comments