Image

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI

Bismillah dan Assalammualaikum semua...hai korang-korang semua...harini adalah hari ke-2 dalam tahun 2018...saya masih ada kesempatan nak mencoret lgi disini...kali ni saya pilih tajuk CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH  PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI...haaa korang mesti dah tau kan yang saya ni nak promote garlic balm saya kan...hehehe...itu normal lah sayang-sayangku...kang tak promote kang acano orang nak tahu kewujudan garlic balm ni kan...betoi tak???

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH  PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI

Tapi sebelum saya nak cerita lebih lanjut tentang garlic balm ni saya nak share juga petua sebenar minyak bawang putih ni...korang jangan confuse pula...minyak bawang putih dengan garlic balm ni adalah 2 benda yang sama tetapi fizikalnya tidak serupa

Okey...semua orang pun tahu dah yang bawang putih ni memang terer sangat bab-bab nak clearkan penafasan kalau kita dijangkiti selsema dan batuk...Orang dulu-dulu zaman nenek moyang kita,mereka hanya ada option ini sahaja untuk rawat anak-anak mereka bila dijangkiti selsema dan batuk...tapi yang "miracle"nya cara ni menjadi tau...saya pun tak boleh nak fikir macamana mereka boleh dapat idea ni huhuhu...

"Allicin adalah suatu komponen bersifat sulfur yang terhasil apabila bahagian dalam bawang putih terdedah setelah dipotong, dicincang, dilumatkan atau dikunyah. Bahan inilah yang memberikan bau masam menyengat yang agak kuat pada bawang putih. Memang ramai yang tidak gemar dengan aroma tengik yang dihasilkan oleh allicin ini, namun allicin inilah bahan ajaib yang bertanggungjawab mewujudkan ciri-ciri anti-bakteria, anti virus, anti radang dan anti oksida yang menjadikan bawang putih suatu remedi semulajadi yang sungguh hebat"

Kalau korang nak tahu,bawang putih ni bukan untuk selsema dan batuk je tau...bawang putih juga boleh merawat panau dan salit kulit,boleh menguruskan badan,boleh merawat jerawat,boleh merawat keracunan makanan dan boleh meningkatkan stamina tubuh badan manusia...banyak kelebihan dalam setiap ulas bawang putih ni....

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH  PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI

Bagaimana caranya nak buat minyak bawang putih ni?
Saya perasan kat luar sana ramai sangat orang kongsikan cara-cara nak buat minyak bawang putih petua hilangkan batuk dan selsema yang biasa orang tua-tua buat...tak semestinya kita orang muda kita tak perlu ambil tahu kan...sebenarnya banyak cara nak buat minyak bawang putih ni...tak kira lah korang bakar @ tidak bawang putih tu hasilnya tetap sama...sebab kuasa menyembuh bukan pada bawang putih tu..kannnn...hehehe...kita ikhtiar je guna bahan kurniaan Allah kat muka bumi ni...so,bila korang gunakan method ini korang kena yakin hokeyyyy....

Caranya mudah je...korang ambil bawang putih kat raga bawang rumah korang tu...tak perlu banyak seketul dua pun dah cukup kalau nak buat sekali pakai...kang banyak-banyak sangat panas pula baby korang kang...Then korang pecahkan bawang putih tersebut...tak kiralah korang nak buat aksi macamana pun...asalkan bawang putih itu berkecai hohohooo...sebab air yang keluar dari bawang putih tu yang kita nak guna...haaa itulah dia "allicin" ...rasa macam melekit-lekit gitu...

Bila korang dah berjaya menghentak,menumbuk,mengetuk dan sebagainya korang boleh letak bawang putih tu dalam 1 bekas kecil dan tuangkan minyak ke dalam bekas yang di isi dengan bawang putih hancur berderai tadi tuuuu..."minyak apa nak guna???" Minyak apa-apapun boleh guna...jangan minyak petrol @ minyak gas udah le hahahaa...minyak terpulang pada korang nak guna minyak apa...hatta kalau darurat minyak masak kelapa sawitpun boleh je layan...tapi minyak goreng ikan janganlahhh...sob...sob...kesian baby kena lumur dengan minyak goreng ikan huhuhuhu....

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH  PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI

Lepas korang dah aduk-aduk minyak dengan bawang putih tu,korang dah boleh terus guna...Kalau nak lagi cun korang simpan minyak bawang putih korang buat tadi tu dalam botol yang bermuncung supaya korang senang nak guna dan tahan lama sikit...kalau korang letak dalam mangkuk je nanti sat lagi korang nak guna korang main celup-celup je...pas celup sapu kat badan ..pastu celup balik...pastu sapu...celup...sapu...haaaa itulah yang akan sebabkan minyak tu tak tahan lama...huhuhu...korang paham kan maksud saya???

Then selepas guna pastikan korang tutup baik-baik minyak tu,kang terjatuh dan tumpah jenuh pula nak bersihkan...Tapi kalau korang rasa macam renyah sangat nak buat minyak bawang putih ni saya ada cadangan untuk solusi kerenyahan a.k.a kemalasan korang tu...sebab saya ada buat minyak bawang putih versi balm yang diberi nama garlic balm

Garlic balm ini adalah 100% sama macam minyak bawang putih...it's totally menggunakan bawang putih dan minyak zaitun versi "dara" punya hehehe...dan garlic balm ini tiada menggunakan sebarang essential oil sebab saya nak ia 100% sama sebijik macam minyak bawang putih asli...bau nya pun sebijik macam bbawang putih sebab tiada cover dengan apa-apa jenis pewangi hokeyy...

Manfaat Garlic Balm :
Manfaatnya masih sama seperti minyak bawang putih iaitu untuk membantu merawat batuk dan selsema,gatal-gatal ringan,buang angin,kembung perut,asma ringan dan boleh juga digunakan sebagai minyak bayi kalau mommy-mommy tahan dengan baunya...bila sapukan pada anak sebelum mereka tidur akan buat anak kita tidur dengan lena sekali wowwww...tapi sebenarnya bau tak berapa penting sangat kalau dibandingkan dengan kesihatan anak-anak kita betoi tak??? itu pendapat saya sendiri la kannn...Cara guna saya dah selitkan pada gambar...so,korang boleh belajar dari sana cara yang betul untuk apply garlic balm ni...

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH  PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI


Tepuk dada tanya poket...terpulang pada korang nak buat sendiri @ nak beli yang instant...sebabnya yang instant tetap mempunyai kelebihan seperti mudah nak guna...lelap matapun korang boleh apply...toksah fikir minyak menitik kat tilam bagai...then minyak zaitun sangat baik untuk kulit taw...yang hat baby ada masalah kulit kering,bersisik,eczema semua tu boleh dirawat sekali...lagipun zaman sekarang mommy-mommy semua nak cepat right...so,yang instant agak membantu menyenangkan kerja pembikinan minyak bawang putih untuk anak korang...

"apa yang instant tu??...dari tadi dok sebut-sebut...instant...instant.."

"eh,hehehe...maksud saya yang instant tu GARLIC BALM la..."

Dah terlanjur saya berbiaca tentang garlic balm ni,bolehlah kiranya saya bagitahu kat korang yang garlic balm saya ni dalam botol kaca...ada pula yang sok sek sok sek cakap yang botol kaca bahaya lah kalau anak main...kalau pecah tak ke luka tangan anak tu...siapa yang susah??? hakak jugak...Baik guna yang dalam bekas plastik...

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH  PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI

Meh sini saya nak bagitahu...Garlic Balm ni bukannya "toys" ye korang...so,ia bukan untuk diberi kepada anak-anak as "toys"...sekarang cuba korang fikir,ada tak korang bagi anak korang main minyak cap kapak korang? takde kannn... ada tak korang bagi anak korang main ubat batuk korang? takde kannn...ade ke korang bagi anak korang main panadol korang?? takde kannn....so...apa masalahnya dengan garlic balm dalam botol kaca??? Yang dalam botol plastik tu yang perlu dipertikaikan sebab plastik mempunyai tindakbalas kimia bila ia berada dalam suhu panas...korang fikirlah sendiri mana yang baik...mana yang buruk....jangan main sedap tekak je nak buruk-burukkan garlic balm aiii taw...giteww...

Ishhhh....tak baik tunding-tunding jari pagi-pagi ni ek...saya rasa macam dah habis dah benda saya share...nak beransur ke tugasan lain pula...korang jangan lupa...kalau ada yang nak try garlic balm boleh terus beli kat blog ni je...korang cari gambar yang macam kat bawah ni dalam blog ni then terus je klik...korang akan dapat beli terus kat shopee...jimat sikit postage korang hokeyy....

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH  PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI

Haaa...ada satu lagi saya lupa nak bagitahu korang...Garlic balm saya telah ada KKM dan telahpun saya hantar ke makmal untuk di ujikaji...Alhamdulillah keputusannya garlic balm saya selamat digunakan oleh semua peringkat usia...no worries...hip hip horeyyyy....

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH  PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI

So,terima kasih kerana sudi singgah di content CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH  PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI saya kali ini...ingat!!! kurangkan kontroversi...takmo pelik-pelik lagi dah kenapa garlic balm saya dalam botol kaca...sebab botol kaca lebih selamat untuk simpan garlic balm tu hehehe...jumpa lagi esok taw...babaiiiii

PENGUMUMAN !!!
Pencarian stokis masih berjalan...siapa yang berminat boleh terus wasap saya...dan saya tidak lagi mengambil sebarang tempahan garlic balm untuk jenama sendiri 
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :