INAI RAMBUT HALAL DI MALAYSIA

Bismillah dan Assalammualaikum kepada seluruh umat islam di muka bumi ini...Harini saya nak cerita pasal Inai rambut serbuk yang kerapkali orang bertanya kepada saya adakah inai rambut haram...Hurmmm...kadang-kadang saya pun keliru nak jawab pertanyaan itu...

INAI RAMBUT HALAL DI MALAYSIA

Disini saya sertakan sedikit penjelasan mengenai hukum inai rambut dengan warna hitam dan hukum inai rambut dalam islam

"Perkataan halal pada kebiasaannya adalah digunakan untuk barang makanan termasuklah sumber pendapatan sebagaimana yang biasa disebut iaitu rezeki yang halal. Adapun barang gunaan umpamanya pewarna rambut, minyak rambut dan barang-barang kosmetik, penggunaan perkataan halal itu tidak tepat. Jika tujuan penamaan label HALAL itu adalah untuk membolehkan orang Islam memakai atau menggunakannya, perkataan yang tepat ialah suci bererti tidak najis kerana kita dilarang menggunakan atau memakai barang-barang yang najis. Inilah pemakaian atau penggunaan yang patut diketahui oleh orang-orang Islam.

Rambut merupakan bahagian yang wajib dibasuh ketika mandi junub atau mengangkat hadas kecil (wudhu). Ini bererti air yang bersih mesti sampai ke semua bahagian rambut termasuklah kulit kepala ketika mandi junub itu atau sebahagiannya ketika berwudhu. Jika ada sesuatu yang menghalang air untuk sampai membasahi rambut, maka tidaklah sah mandi hadas besar dan wudhu berkenaan. Sehubungan dengan itu ibadat-ibadat yang dilakukan seperti sembahyang menjadi tidak sah kerana hadas atau wudhunya itu tidak terangkat.

Dari itu sekiranya pewarna rambut itu sifatnya melekat atau melapis rambut, sekalipun ianya suci maka ia sudah pasti menghalang air untuk sampai ke rambut. Jika ini terjadi, maka mandi junub umpamanya dalam keadaan rambut diwarnakan dengan bahan tersebut adalah tidak sah dan ini akan menyebabkan ibadahnya seperti sembahyang tidak sah kerana hadasnya tidak terangkat.

Berbeza halnya, jika pewarna rambut itu tidak melekat di atas rambut seperti sifatnya meresap sepertimana meresapnya inai (pacar) pada jari dan kuku. Ini tidak menghalang air daripada sampai ke bahagian yang wajib dibasuh" 


INAI RAMBUT HALAL DI MALAYSIA

Saya ada jual inai rambut. Inai yang saya jual adalah daripada 100% serbuk inai rambut asli.Serbuk inai kebanyakkannya sama je seperti inai rambut dipasaran cuma yang membezakannya adalah harga,saiz dan bahan. 

Semua orang pun dah sedia maklum bahawa penggunaan inai asli untuk inai rambut boleh bawa sembahyang...Tetapi yang menimbulkan kekeliruannya adalah adakah inai yang kita pakai adalah 100% asli tanpa pewarna?

Cara mudah untuk membezakan inai asli dengan inai yang sudah dicampurkan dengan pewarna adalah hasil warna yang tidak sama dengan warna asal inai. Warna inai yang original adalah warna oren @ jingga kemerahahn...Selain daripada warna itu adalah bukan inai. Saya akan bagi contoh rambut inai yang halal...Baca penjelasan saya dibawah...

Apabila inai asli dipakai pada rambut yang berwarna gelap @ hitam...hasil inai tidak boleh dilihat dengan mata kasar melainkan rambut selepas inai tu berada dibawah cahaya lampu @ matahari. Kalau inai untuk rambut uban akan dapat hasil warna inai asli tersebut...Dan jika di inai ke atas rambut uban akan dapat hasil warna hitam...maka inai itu adalah tidak asli...inai tersebut telah dicampurkan dengan bahan pewarna

INAI RAMBUT HALAL DI MALAYSIA
~ Beli inai rambut online ~

FUNGSI INAI RAMBUT/KEBAIKAN INAI RAMBUT
~ Inai kuatkan rambut
~ Inai mencantikkan rambut
~ Inai mengilatkan rambut secara semulajadi
~ Inai menyihatkan rambut
~ Inai lebatkan rambut
~ Inai merawat akar rambut yang rosak
~ Inai mewarnakan rambut uban
~ Inai untuk rambut gugur

Kebanyakan customer saya yang beli inai adalah golongan mereka yang sudah mula beruban. Jika ada diantara korang yang ada masalah rambut uban,rambut gugur,rambut rosak dan sebagainya inai adalah pilihan yang terbaik untuk selesaikan masalah tersebut.

TUTORIAL INAI RAMBUT
Cara inai rambut guna inai serbuk 
( yang saya jual seperti gambar di atas )
1) Masukkan sejumlah inai serbuk yang diperlukan ke dalam mangkuk
2) Campurkan dengan air sehingga menjadi adunan
(jangan terlalu pekat @ cair)
3) Lumurkan inai paste tadi keseluruh rambut menggunakan sikat
4) Pastikan letak inai tersebut disetiap layer rambut( ratakan )
5) Bungkus kepala dengan plastik cap( tak bungkuspun takpe )
6) Biarkan sehingga 3 jam kemudian boleh bilas
7) Keringkan rambut

Take noted :
~ Pastikan korang bersihkan rambut dahulu( syampu )
~ Proses inai ketika rambut kering
~ Bilas inai tak perlu guna syampu...bilas sehingga bersih( tiada warna inai lagi pada air bilasan )

Begitulah step yang paling simple cara pakai inai kat rambut...Korang boleh Inai rambut DIY je...tak perlu susah-susah pergi salon. Ada yang tanya kat saya sebenarnya inai rambut berapa jam? Sebab ada yang cakap sejam...ada yang cakap 3 jam...Sebenarnya tempoh masa bergantung pada individu tu sendiri...

Semakin lama dia pakai semakin banyak warna yang diserap ke dalam rambut...tapi paling lama saya rasa 4 jam la...lepas 4 jam dah tiada proses penyerapan dah sebab dah kering....Nak tahu waktu bila korang dah boleh mula bilas adalah bila inai yang korang lumurkan kat rambut tadi dah kering sepenuhnya dan rambut korang dah mengeras dek inai tersebut...Kalau korang bungkus kepala korang guna plastic cap maybe jangkamasa nak kering tu akan lebih panjang

Oklah...rasanya dah panjang lebar pula penerangan saya kat sini...Kepada yang nak mencuba guna inai 100% asli boleh whatsapp saya terus 01132484182. Korang pun boleh tengok saya ada jual inai ni di SHOPEE  juga ya...

Nasihat saya kepada korang kalau boleh janganlah guna pewarna selain inai sebab benda ni bersangkut paut dengan solat...nanti kita tak sedar yang solat kita tidak sah disebabkan benda remeh macamni...Dapatkan INAI RAMBUT HALAL DI MALAYSIA hanya dari saya...Thank you pada yang sudi singgah...In Sya Allah kita jumpa lagi next entri...

" SELAMAT BERJUANG DI BULAN RAMADHAN "

Wassalam




0 ulasan:

Post a Comment