CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK

Bismillah...
Assalammualaikum semua...Tadi saya dapat satu order daripada Australia...Mula-mula kaget gak saya nak jawab panggilan dari Australia sebab takut scammer,ramai yang cerita pasal scammer sampai saya pun naik takut... Tapi sebabkan banyak kali sangat telefon saya tak angkat dia terus whatsapp saya...Bila buka whatsapp rupa-rupanya orang malaysia la...dia menetap di Australia...huhuhu...So,harini saya nak buat satu artikel bertajuk CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK...tapi kalau korang nak pos syiling lama lebih afdal korang baca artikel CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH




CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK


Ni dia barang yang customer nak beli hehehe...coffee scrub dan inai rambut halal...Katanya kat sana takde orang jual inai rambut yang halal so terpaksalah dia import dari tanah air tercinta...huhuhu...Nak pos barang ke luar negara ni mahal tau korang...harga pos lagi mahal daripada harga barang...sabar jela...tapi kalau dah nak beli tak kiralah mahal manapun kan...mesti nak juga( ini saya punya perangai...huhuhu )


CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK


Gambar kat atas ni plastik FlexiPack 500gram yang saya guna untuk pos barang customer. Setiap negara tempat kita nak hantar barang berbeza-beza rate harga postage taw...bukan semua sama...Korang boleh tanya kat pejabat pos berdekatan korang berapa rate untuk tempat korang nak hantar barang tu...Macam saya nak ke Australia adalah zone 2...tak boleh lebih tau sebab nanti tak lepas naik flight huhuhu...

Korang mesti macam blur-blur lagi kan dengan apa yang saya cerita ni...jom kita tengok jadual harga plastik FlexiPack ni...Sebelum tu saya bagitahu dulu FlexiPack ni ada 2 warna yang mewakili zone...Zone 1 plastiknya warna pink dan zone 2 plastiknya warna biru...FlexiPack boleh guna untuk hantar barang ke 200 buah negara yang telah ditetapkan...


CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK

Haaa...besar sungguh jadual ni saya ambil dari website pos Malaysia sebagai rujukan...nanti cerita je tak bagi bahan rujukan susah pula nak faham...Korang tengok kat jadual tu yang warna pink tu zone 1 dan biru zone 2. Apa yang bestnya tentang Flexipack ni adalah ia sama macam pos laju,kita boleh beli plastik siap-siap standby di rumah...bila nak pos barang just packing dan tulis butiran yang diperlukan dan boleh terus drop by kat pejabat pos...senang kan...


Ni saya nak bagitahu ni kat korang...Dengar baik-baik tau...yang dah tahu tak payah cakap "eleh...takkan tak tahu" ... ni saya nak bagitahu pada yang baru firstime nak buat pengeposan ke luar negara...Kalau korang nak gunakan perkhidmatan FlexiPack korang digalakkan untuk beli tracking number...

WAJIB BELI UNTUK BALIK KAMPUNG BERAYA!!!
KLIK SINI UNTUK BELI!!!

FlexiPack ni hanya sekadar plastik untuk pos macam kita pos kad raya kat kawan-kawan tu...tampal je setem pastu pos...Kalau korang rasa nak lebih terjamin better korang beli tracking number supaya korang boleh kesan kedudukan barang korang @ sebagai rujukan untuk customer


Tapi......


Kalau korang rasa taknak guna tracking number korang tak perlu beli...Itu tak jadi masalah...Pos malaysia tetap akan bertanggungjawab untuk menghantar kiriman korang...Cuma kita tak dapat nak trace barang kita berada dimana...perlu pasrah menunggu hehehe...


Kalau korang adalah orang bisnes...nak hantar barang kepada customer,saya nasihatkan better korang guna tracking number...kang kalau customer meroyan barang tak sampai minta claim...padahal barang sampai...siapa nak tanggung??? Krik krikkkk...Menagislah korang kat tepi peti ais sensorang...


CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK

Taraaaa...ni dia tracking number yang korang kena beli...Harganya RM4.60 je...nanti korang kena tulis detail penerima kat bahagian belakang tracking number tu...Korang nampak tak nombor yang tegak tu? Haaa itulah tracking number yang korang jadikan rujukan nanti...Korang cabut sticker yang ada tulis "recommande" tu dan tampal di ruang petak yang ada kat plastik FlexiPack tu...

CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK

Ni rupanya tracking number yang korang dah cabut tadi...Yang ini korang kena simpan baik-baik...nanti kalau dah sampai barang tu baru boleh buang...Tapi kalau nak buat collection pun apa salahnya...untuk tatapan generasi korang...nanti cucu korang tanya...nenek..nenek...nenek hantar barang ke luar negara ni untuk siapa?...ada gak bahan nak bercerita tua-tua nanti kan...hehehe...merepek dah ni...

CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK

Macamni rupanya saya tulis...guna pen marker yang permenant lagi sebab takut barang tak sampai...huhuhu...Korang nampakkan sebelah butiran penerima tu ada kotak kosong besar...kat situlah korang perlu lekatkan tracking number...Bila dah settle semua korang boleh terus drop by kat kaunter...tak payah beratur...korang letak je kat tempat yang selalu orang letak parcel pos laju tu...nanti pandai-pandai lah akak@abang pejabat pos tu ambil dan asingkan mana yang local mana yang international kan...


Tapi kalau korang takut ada yang tak lengkap@kurang yakin betul ke tidak apa yang korang buat, korang boleh je terus pergi kat tepi kaunter tu korang bisik je kat akak tu bagitahu tolong check kejap parcel korang lengkap ke idok...



WAJIB BELI UNTUK BALIK KAMPUNG BERAYA!!!
KLIK SINI UNTUK ORDER!!!

Jangan risau dia tak akan suruh ambil nombor hokeyyy...Tapi janganlah setiap kali nak pos nak tanya...bila dah tahu tu korang sematkan betul-betul dalam otak supaya nextime dah tak perlu nak susah payah bertanya lagi...

FlexiPack ni ibarat macam pos biasa tau...Murah kan...takkan nak murah tapi nak sampai cepat...mesti ambil masa yang panjang lebih kurang 6-9hari gitu...habis lama 2 minggu kalau ada masalah kat kastam...Depends on situation la juga...

Apa-apapun kalau korang dah ikut setiap langkah yang di ajar In Sya Allah barang korang akan sampai dengan selamat mengikut masa yang ditetapkan. Korang tunggu jela penerima bagi khabar gembira barang yang korang pos dah sampai...Kalau korang nak check hari-hari tracking number tu pun takde masalah hehehe...





KAT MANA NAK BELI FLEXIPACK NI???

Ayakkk...FlexiPack ni korang boleh beli kat pejabat pos sahaja....tempat lain takde jual

Oklah...rasanya cukup lengkap dah penerangan yang saya berikan...kalau korang tak faham korang boleh tanya @ korang terus check it out kat  INTERNATIONAL FLEXIPACK untuk lebih detail terperinci. Semoga perkongsian CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK ini memberi manfaat kepada korang...Kalau tak dapat banyak dapat kenal FlexiPack pun dah kira ok dah tu huhuhu...Terima kasih sudi kunjungi zuraini.com dan jumpa lagi next celoteh...



Dah dapat order dari luar negara??? 

AMARAN KERAS!!!
Sila pastikan anda bukan mangsa penipuan antarabangsa...

Wassalam



Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :



Post a Comment

13 Comments

  1. Apa beza flexi pack dan international post eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak sure jawapan saya betul or tidak tapi sebenarnya dua2 ni sama cuma flexi pack ada limit berat ikut plastik...kalau lebih dari limit guna international post dan pej pos akan timbang dulu...macam flexi pack kita boleh siap-siap beli plastik...Untuk lebih faham boleh tanya kat pejabat pos yang berdekatan

      Delete
  2. Macam mane nak post barang ke nigeria ? Same je ke cara nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama dik...but makesure duit dah terima baru pos...jangan tertipu

      Delete
  3. kak nak tny.. hari tu org tu nak oder brg pd akak, dia byar by transfer ke?, duit tu terus masok dlm akaun akak ke? ke akak kena confirm kat email dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya cuma guna paypal untuk transaksi dari luar negara...lebih selamat

      Delete
  4. berapa lama ye ambil masa utk brg ni sampai kpd penerima? sbb saya nak post barang ke singapore

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang saya tahu biasanya klu guna flexi pack international akan ambil masa 3minggu...tapi kalau nk cepat guna pos laju ke singapore...saya pernah pos ke singapore lebih kurang 3 4 hari je sampai...tapi mahal sikit la postagenya hehehe...awak boleh tanya dengan pegawai pos berdekatan untuk info yang lebih tepat...

      Delete
  5. Terima kasih berkongsi. Kami ada sediakan web khas untuk tracking parcel poslaju. Jemput masuk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama- kasih...kat mana jalan masuk nih...tak nampak pintu...hehehe

      Delete
  6. boleh...xde masalah,but makesure duit dah betul-betul masuk dalam akaun awak sebelum nk pos barang tu...sebelum tu check sama ada customer awak tu scammer or not...sila rujuk dibahagian scammer alert kat blog label ...tq2

    ReplyDelete
  7. saya nak tanya, kalau saya nak post barang seperti minyak wangi dan food supplemen (dalam kotak), boleh ke pakai flexi pack ni? lepas ke kt kastam luar negara? contohnya kt us, asia, europe?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi...lepas dik as long as awak declare barang apa yang awak pos sebab mereka nak tahu bbarang tu bahaya ke tidak...klu tak declare mereka akan buka...tapi sometime ada juga yang dh declare mereka buka juga...bergantung pada kastam tapi mereka tak rosakkan pun...food suppliment yang jenis cecair saya rasa tak boleh...tapi awak boleh refer di pej pos berdekatan untuk info lebih tepat...tq

      Delete