KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL

Bismillah dan Assalammualaikum semuaaa...lamanya saya tak update blog ni..macam dah bersawang-sawang je masa saya masuk tadi huhuhu...bukan apa,macam biasalah saya ni busy memanjang je tak sempat nak duduk menghadap laptop,last saya update blog masa dalam kursus last week,lepastu balik kampung cuti raya korban...semalam baru balik dari kampung baru ada kesempatan nak duduk menulis...rindu rasanya nak membebel. So...harini saya nak cerita pasal kursus yang saya join last week iaitu KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL

KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL

By the way,kursus ini adalah tajaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga MATRADE yang membuka peluang kepada syarikat enterprise dan sdn bhd untuk belajar memperluaskan perniagaan melalui media sosial. MATRADE juga memberi sedikit taklimat mengenai fungsi mereka dalam membantu usahawan-usahawan tempatan untuk lebih berjaya

KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL

Untuk pengetahuan korang KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL ni adalah percuma ditaja oleh kementerian. Rugi kan kalau siapa yang tak join...Dapat ilmu percuma,makan percuma dan tempat tinggalpun percuma. Kalau kita pergi kelas yang sama kat luar harganya tak kurang RM1500 tau korang...So,korang kalau dapat peluang pergi kursus-kursus yang macamni cuba usahakan untuk turut serta sebab ada banyak ilmu dan tenaga pengajar yang share ilmu yang kita mungkin tidak tahu disini

Kursus ini diadakan di makmal komputer Perpustakaan Raja Zarith Sofiah UTM Skudai. Seriously memang seronok join kursus ni sebab kita bukan mendengar sahaja tetapi ada sesi praktikal juga. Apa yang di ajar kita boleh terus buat dan kalau tak faham boleh tanya secara langsung. Then,kita diberi peluang untuk memperkenalkan diri serta perniagaan yang kita jalankan

Antara modul yang diajar dalam kursus ini adalah bagaimana nak mengiklankan produk dan perkhidmatan melalui FB Ads,menjual di Instagram,Page dan Market Place. Banyak ilmu yang saya dapat dengan menyertai KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL ni. 

Dan yang paling best saya dapat tambah kawan-kawan baru yang memberi semangat saya untuk terus berniaga. Inilah kelebihan bila kita sertai kursus,kita dapat menambah kawan dan mungkin boleh terus berurusniaga dengan kawan-kawan yang kita kenal disana

KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL

Ini adalah muka-muka kawan saya saya dapat jumpa dan kenali semasa sertai kursus. KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL ni diadakan selama 2 hari,so kami bermalam. Cuba bayangkan kalau 4 orang "bisnesswomen" bermalam bersama...huhuhu memang riuh lah kami,pukul 3 baru tidur padahal esok nak kena bangun pagi ni...Takpelah bukan selalupun kan...macam-macam topik yang kami cerita dan share...memang best sangat kenal mereka...Mereka semua ada bisnes sendiri

KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL

Esoknya selepas sarapan sempat bergambar kenangan sebelum pergi bilik seminar. Semua muka happy go lucky je walaupun tak cukup tidur huhuhu...Kakak yang tudung biru tu tidur sebilik dengan saya dan kakak lagi 2 orang tu tidur bilik sebelah hehehe...memang best sangat dapat serumah dengan korang,hope selepas ni kita ada peluang macamni lagi kan...

KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL

Kat sini lah kami bermalam. Hotel ni adalah under UTM sendiri untuk mereka yang nak bermalam disini kalau ada event kat UTM ni. Hotelnya selesa dan sesuai untuk family...Saya bagitahu base on bilik yang saya bermalam taw...bilik lain saya tak tahulah hehehe...tak sempat nak check...Sempat berposing jap kat depan hotel...Bahagian kaki tak dapat nak crop,abaikan stoking dan selipar tu eh hehehe...dah macam orang lepas pantang pun ado...

Hari ke-2 KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL lebih kepada praktikal. Kami diberi tunjuk ajar bagaimana nak set-up FB ads dan market place. Pukul 5 petang kelas bersurai selepas sesi penyerahan sijil penyertaan...

KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL

Inilah buktinya saya telah berjaya mengikuti KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL dengan jayanya. Apa yang saya dapat dari program ini adalah ilmu baru yang saya belum tahu @ samar-samar lagi dan kawan-kawan yang memang dalam bidang yang sama. Congrat's pada semua peserta yang lain. Saya memandu bersendirian balik ke Simpang Renggam dengan penuh rasa rindu kepada anak-anak yang saya tinggalkan bersama suami...

Kesimpulannya saya bersyukur sebab diberi peluang untuk menyertai KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL tajaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan berharap ada lagi peluang untuk sertai kursus-kursus seumpama ini selepas ini untuk memantapkan lagi ilmu perniagaan saya...Lastly,terima kasih kepada yang sudi singgah dan jumpa lagi next entri...Saya akan review pasal bisnes kawan-kawan saya pula ya...
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

2 ulasan:

  1. Hello, hope boleh follow balik untuk lihat produk ekzema.Kalau boleh share kepada mereka yang ada masalah Ekzema. TQ.

    https://tipsrawateczema.blogspot.my/

    ReplyDelete