ZURAINI.COM

Showing posts with label INAI HALAL. Show all posts
Showing posts with label INAI HALAL. Show all posts

BERHATI-HATI DENGAN PENIPU ONLINE YANG JUAL INAI RAMBUT HALAL BY ZM BEAUTY

Bismillah...
Assalammualaikum korang semua...Selamat datang ke zuraini.com...hehehe. Korang,harini saya nak buat pengumuman je sebenarnya...BERHATI-HATI DENGAN PENIPU ONLINE YANG JUAL INAI RAMBUT HALAL BY ZM BEAUTY ...Saya buat entri ini semata-mata sebagai secure pada diri saya di masa akan datang...bukan nak berlagak suci dan mengembar-gemburkan benda yang tidak pasti

BERHATI-HATI DENGAN PENIPU ONLINE YANG JUAL INAI RAMBUT HALAL BY ZM BEAUTY



Korang pandang betul-betul gambar inai rambut halal kat atas nih. Inai rambut ini adalah hak milik saya sendiri. Saya packing sendiri dan guna sticker saya sendiri. Atas nama saya sendiri iaitu zm beauty. Saya tak pernah melantik mana-mana agent @ orang perseorangan untuk menjual @ mempromosikan inai rambut halal saya. Hanya satu tempat sahaja yang ada jual inai rambut halal saya iaitu di Butik NY Beauty simpang renggam



Kenapa saya nak declare macamtu? Apa yang kecoh-kecoh ni? ?? tak faham laaaa...Ok,saya nak cerita la ni huhuhuhu...Baru-baru ni saya dapat mesej daripada seseorang yang saya tak kenal(assume customer) tanya saya inai rambut ada tak...then orang dah tanya saya jawablah ada sebab memang inai rambut saya sentiasa ready stok semenjak dari awal saya jual...Lepastu dia mintak gambar...saya pun bagi gambar,then dia tanya lagi berapa harga...Saya pun jawab sebab itu adalah situasi yang biasa saya lalui kalau ada yang nak beli inai...Tapi yang saya terkejut selepas 1 saat saya bagitahu harga makhluk Allah ni terus block saya...apa kes??? Untuk memastikan betul ke idok dia block saya,saya try hantar 1 mesej lagi...mesej tu tak lepas...maka sah lah dia block saya huhuhuhu....

BERHATI-HATI DENGAN PENIPU ONLINE YANG JUAL INAI RAMBUT HALAL BY ZM BEAUTY

BERHATI-HATI DENGAN PENIPU ONLINE YANG JUAL INAI RAMBUT HALAL BY ZM BEAUTY



Apa yang saya cuba nak sampaikan kat sini adalah...saya tak takut ada persaingan dalam arena menjual inai rambut ni ye ...tapi saya cuma risaukan kalau ada yang menggunakan gambar inai saya untuk tujuan menipu...Saya tak kisah kalau dia nak survey harga dan nak tahu packaging ke...tapi janganlah buat macamtu...ia menimbulkan perasaan tak sedap hati dan pelik dalam hati saya...Oleh hal yang demikian saya nak bagitahu kat semua orang saya tak pernah ada agent untuk jual inai rambut halal seperti gambar yang saya bagi kat atas tu...Saya nak tanya korang...kalau korang berada dalam situasi saya,korang akan fikir apa? Korang akan buat apa???




Sesiapa sahaja yang nak beli inai rambul halal saya adalah melalui saya 
(wasap 01132484182) 
@ SHOPEE 
@ LAZADA 



Selain daripada itu adalah palsu dan saya tidak akan bertanggungjawab sama sekali jika ada yang tertipu dengan seller yang jual inai rambut halal by zm beauty. Seriously saya tak kisah kalau ada yang jual inai rambut...sebab bukan saya seorang dalam malaysia ni yang jual inai rambut...ada ramai seller yang jual...apa yang saya risaukan adalah jika ada yang iklan guna gambar saya then bila buyer bankin duit seller tak pos...ini yang saya taknak...saya takut nama saya yang akan jadi busuk angkara ketamakan orang lain...

BERHATI-HATI DENGAN PENIPU ONLINE YANG JUAL INAI RAMBUT HALAL BY ZM BEAUTY

BERHATI-HATI DENGAN PENIPU ONLINE YANG JUAL INAI RAMBUT HALAL BY ZM BEAUTY



Ini adalah label saya dan packaging saya...jika ada sesiapa yang terjumpa iklan menggunakan gambar saya ia adalah palsu melainkan orang tersebut ciplak packaging & label saya...Kalau dia ciplak saya tak kisah...yang saya kisah ada yang kena tipu dan akan memburukkan nama saya...Saya harap sesiapa sahaja yang baca artikel ini tolong saya untuk sebarkan...saya bukan nak jadi viral untuk buat sale ye korang-korang semua...sebab saya sentiasa percaya rezeki Allah yang bagi...tetapi percayalah...niat saya ikhlas...saya taknak ada yang akan tertipu nanti kalau modus operandi orang yang chat dengan saya seperti gambar diatas adalah untuk menipu...



Akhir kata...Artikel ini bukan satu jenis hasutan @ tuduhan melulu kepada pihak yang lain...artikel ini saya buat adalah sebagai secure pada diri saya sekiranya tanggapan saya pada makhluk Allah yang chat saya itu benar. Saya rasa ini cara terbaik untuk saya beritahu semua orang dan sekurang-kurangnya saya dah bagi peringatan kepada korang semua.Terima kasih kepada yang sudi share dan harap Allah melindungi saya dan korang semua. Terima kasih juga pada yang sudi berkunjung...jumpa lagi next entri
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

KOLEKSI INAI DI BUTIK NY BEAUTY

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Pstttt...korang saya nak habaq mai kat korang ni pasal KOLEKSI INAI DI BUTIK NY BEAUTY. Semalam saya baru hantar stok ke sana,kalau korang nak pakai inai masa raya nanti korang boleh dapatkan di Butik NY Beauty taw...Alamat saya ada sertakan kat gambar

Saya selalu perasan ada ramai orang yang suka pakai inai masa raya. Sayapun tak tahu apa sebabnya tapi memang selalu saya jumpa terutamanya golongan kanak-kanak. Maknanya orang guna inai ni bukan masa majlis kahwin je la kan...

KOLEKSI INAI DI BUTIK NY BEAUTY

Ada 4 jenis inai yang korang boleh dapatkan kat sana. Ada inai jari serbuk,inai celup,inai kuku dan inai rambut. Inai kuku ni sama je dengan inai celup...yang membezakannya adalah size dan bentuk bekas je

Inai ni adalah salah satu perhiasan yang popular dikalangan wanita sejak zaman dulu lagi. Selain berfungsi sebagai perhiasan inai juga dapat memelihara kesihatan kuku kita...Haaa...2in1 gitewww...

Bahan yang terkandung dalam inai mampu membunuh kuman pada kuku dan mencantikkan kuku. Perasan tak bila pakai inai kuku kita akan jadi shining...Inai juga boleh menguatkan kuku...Banyak juga manfaat pakai inai ni kalau korang nak tahu...

Dalam KOLEKSI INAI DI BUTIK NY BEAUTY ni ada juga inai untuk rambut. Korang jangan risau sebab inai tu inai asli...Ramai yang dok tanya kat saya rambut akan jadi warna apa kalau guna inai tu. Boleh jadi perang atau merah tak???

Ni saya nak bagi penjelasan bagi terang dan tenang hati mereka yang nak membeli inai rambut ni...Inai rambut yang asli akan menghasilkan warna inai asli. Warna inai asli adalah warna bayang-bayang perang yang boleh nampak bawah cahaya.

Kalau inai yang menjadikan rambut berubah dengan ketara itu namanya inai kurang asli...hehehe...inai yang asli tidak akan merubah rambut dengan sangat ketara melainkan inai asli itu telah dicemari keasliannya dengan campuran pewarna

Tujuan orang dulu-dulu mrnginaikan rambut bukan untuk jadikan rambut tu perang ala-ala artis hollywood tapi tujuannya adalah untuk menguatkan akar rambut,merawat rambut rosak,mengilatkan rambut,melembutkan rambut dan menyejukkan kulit kepala...Menginai rambut adalah merupakan satu terapi kepala yang popular pada zaman dahulu

Kesimpulan pada cerita inai rambut ni adalah bila kita pakai inai rambut rambut kita akan menjadi lebih sihat luar dan dalam. Dari segi warnanya pula tidak akan nampak dengan ketara melainkan korang duduk bawah sinar matahari akan nampak bayang-bayang perang inai tersebut

KOLEKSI INAI DI BUTIK NY BEAUTY

Ok...kita tutup cerita inai dah eh sebab saya nak cerita sikit pasal vendor inai saya ni. Sebenarnya banyak lagi koleksi produk saya kat butik ni tapi harini saya nak cerita pasal inai je sebab kalau cerita pasal yang lain-lain panjang menjela entri ni korangpun menguap 10 kali baru habis baca nanti hahaha...

Butik NY Beauty terletak di Pusat Perniagaan Pelangi di Simpang Renggam. Kalau orang simpang renggam mesti kenal siapa owner butik ni,sebab owner ni ada rangkainan produk kosmetik bawah jenama NY BEAUTY GLOW SKINCARE yang tengah hangat sekarang

KOLEKSI INAI DI BUTIK NY BEAUTY
~haaa...inilah founder NY BEAUTY GLOW SKINCARE...amacam??~

Korang yang nak usya-usya boleh tengok kat page NY BEAUTY SKINCARE HQ banyak koleksi testimoni produk yang best-best korang boleh tengok sendiri. Terdapat banyak jenis produk yang berada dibawah rangkaian NY BEAUTY GLOW SKINCARE

Kalau korang tercari-cari produk untuk glowingkan muka korang raya ni, boleh dapatkan set NY BEAUTY. Set skincare ini juga boleh digunakan oleh mereka yang pernah tersalah pilih produk yang menyebabkan kulit rosak...kita kasi repair guna NY BEAUTY GLOW SKINCARE hokeyy...

Kepada mereka yang berminat mendapatkan produk yang saya dok bebel dari tadi tu bolehlah korang serbu Butik NY Beauty di simpang renggam dan kalau korang jauh dari simpang renggam korang boleh pm je kat page HQ tu. Nanti mereka akan reply...

Haaa...sebelum saya terlupa kat butik ni ada macam-macam taw...boleh dikatakan semua produk kosmetik yang hangat dipasaran ada jual disana. Ramai yang hantar barang as vendor kat sini sebab owner butik ni nak tolong semua orang untuk kembangkan bisnes taw...Kalau korang ada barang nak letak kat sana pun boleh...Korang boleh terus pm je mereka...

KOLEKSI INAI DI BUTIK NY BEAUTY

Rasanya cukup setakat ni saya nak membebel. Harini dah puasa ke-6 rasanya dah boleh mula shopping dah ni...Kat sini ada jual tudung dan pakaian juga...Jom la p jenguk-jenguk..Nampak tak kat gambar banyak betul produk kecantikan bermacam-macam brand kat sana...Rambang mata iollllssss...

Terima kasih kepada yang sudi singgah meninjau disini. Jumpa lagi next time ya...Selamat meneruskan puasa...

Wassalam

INAI RAMBUT HALAL DI MALAYSIA

Bismillah dan Assalammualaikum kepada seluruh umat islam di muka bumi ini...Harini saya nak cerita pasal Inai rambut serbuk yang kerapkali orang bertanya kepada saya adakah inai rambut haram...Hurmmm...kadang-kadang saya pun keliru nak jawab pertanyaan itu...

INAI RAMBUT HALAL DI MALAYSIA

Disini saya sertakan sedikit penjelasan mengenai hukum inai rambut dengan warna hitam dan hukum inai rambut dalam islam

"Perkataan halal pada kebiasaannya adalah digunakan untuk barang makanan termasuklah sumber pendapatan sebagaimana yang biasa disebut iaitu rezeki yang halal. Adapun barang gunaan umpamanya pewarna rambut, minyak rambut dan barang-barang kosmetik, penggunaan perkataan halal itu tidak tepat. Jika tujuan penamaan label HALAL itu adalah untuk membolehkan orang Islam memakai atau menggunakannya, perkataan yang tepat ialah suci bererti tidak najis kerana kita dilarang menggunakan atau memakai barang-barang yang najis. Inilah pemakaian atau penggunaan yang patut diketahui oleh orang-orang Islam.

Rambut merupakan bahagian yang wajib dibasuh ketika mandi junub atau mengangkat hadas kecil (wudhu). Ini bererti air yang bersih mesti sampai ke semua bahagian rambut termasuklah kulit kepala ketika mandi junub itu atau sebahagiannya ketika berwudhu. Jika ada sesuatu yang menghalang air untuk sampai membasahi rambut, maka tidaklah sah mandi hadas besar dan wudhu berkenaan. Sehubungan dengan itu ibadat-ibadat yang dilakukan seperti sembahyang menjadi tidak sah kerana hadas atau wudhunya itu tidak terangkat.

Dari itu sekiranya pewarna rambut itu sifatnya melekat atau melapis rambut, sekalipun ianya suci maka ia sudah pasti menghalang air untuk sampai ke rambut. Jika ini terjadi, maka mandi junub umpamanya dalam keadaan rambut diwarnakan dengan bahan tersebut adalah tidak sah dan ini akan menyebabkan ibadahnya seperti sembahyang tidak sah kerana hadasnya tidak terangkat.

Berbeza halnya, jika pewarna rambut itu tidak melekat di atas rambut seperti sifatnya meresap sepertimana meresapnya inai (pacar) pada jari dan kuku. Ini tidak menghalang air daripada sampai ke bahagian yang wajib dibasuh" 


INAI RAMBUT HALAL DI MALAYSIA

Saya ada jual inai rambut. Inai yang saya jual adalah daripada 100% serbuk inai rambut asli.Serbuk inai kebanyakkannya sama je seperti inai rambut dipasaran cuma yang membezakannya adalah harga,saiz dan bahan. 

Semua orang pun dah sedia maklum bahawa penggunaan inai asli untuk inai rambut boleh bawa sembahyang...Tetapi yang menimbulkan kekeliruannya adalah adakah inai yang kita pakai adalah 100% asli tanpa pewarna?

Cara mudah untuk membezakan inai asli dengan inai yang sudah dicampurkan dengan pewarna adalah hasil warna yang tidak sama dengan warna asal inai. Warna inai yang original adalah warna oren @ jingga kemerahahn...Selain daripada warna itu adalah bukan inai. Saya akan bagi contoh rambut inai yang halal...Baca penjelasan saya dibawah...

Apabila inai asli dipakai pada rambut yang berwarna gelap @ hitam...hasil inai tidak boleh dilihat dengan mata kasar melainkan rambut selepas inai tu berada dibawah cahaya lampu @ matahari. Kalau inai untuk rambut uban akan dapat hasil warna inai asli tersebut...Dan jika di inai ke atas rambut uban akan dapat hasil warna hitam...maka inai itu adalah tidak asli...inai tersebut telah dicampurkan dengan bahan pewarna

INAI RAMBUT HALAL DI MALAYSIA
~ Beli inai rambut online ~

FUNGSI INAI RAMBUT/KEBAIKAN INAI RAMBUT
~ Inai kuatkan rambut
~ Inai mencantikkan rambut
~ Inai mengilatkan rambut secara semulajadi
~ Inai menyihatkan rambut
~ Inai lebatkan rambut
~ Inai merawat akar rambut yang rosak
~ Inai mewarnakan rambut uban
~ Inai untuk rambut gugur

Kebanyakan customer saya yang beli inai adalah golongan mereka yang sudah mula beruban. Jika ada diantara korang yang ada masalah rambut uban,rambut gugur,rambut rosak dan sebagainya inai adalah pilihan yang terbaik untuk selesaikan masalah tersebut.

!!!Perhatian : 
Hati-hati dengan scammer yang jual inai rambut halal zm beauty...info lanjut DISINI

TUTORIAL INAI RAMBUT
Cara inai rambut guna inai serbuk 
( yang saya jual seperti gambar di atas )
1) Masukkan sejumlah inai serbuk yang diperlukan ke dalam mangkuk
2) Campurkan dengan air sehingga menjadi adunan
(jangan terlalu pekat @ cair)
3) Lumurkan inai paste tadi keseluruh rambut menggunakan sikat
4) Pastikan letak inai tersebut disetiap layer rambut( ratakan )
5) Bungkus kepala dengan plastik cap( tak bungkuspun takpe )
6) Biarkan sehingga 3 jam kemudian boleh bilas
7) Keringkan rambut

Take noted :
~ Pastikan korang bersihkan rambut dahulu( syampu )
~ Proses inai ketika rambut kering
~ Bilas inai tak perlu guna syampu...bilas sehingga bersih( tiada warna inai lagi pada air bilasan )

Begitulah step yang paling simple cara pakai inai kat rambut...Korang boleh Inai rambut DIY je...tak perlu susah-susah pergi salon. Ada yang tanya kat saya sebenarnya inai rambut berapa jam? Sebab ada yang cakap sejam...ada yang cakap 3 jam...Sebenarnya tempoh masa bergantung pada individu tu sendiri...

Semakin lama dia pakai semakin banyak warna yang diserap ke dalam rambut...tapi paling lama saya rasa 4 jam la...lepas 4 jam dah tiada proses penyerapan dah sebab dah kering....Nak tahu waktu bila korang dah boleh mula bilas adalah bila inai yang korang lumurkan kat rambut tadi dah kering sepenuhnya dan rambut korang dah mengeras dek inai tersebut...Kalau korang bungkus kepala korang guna plastic cap maybe jangkamasa nak kering tu akan lebih panjang

Oklah...rasanya dah panjang lebar pula penerangan saya kat sini...Kepada yang nak mencuba guna inai 100% asli boleh whatsapp saya terus 01132484182. Korang pun boleh tengok saya ada jual inai ni di SHOPEE  juga ya...

Nasihat saya kepada korang kalau boleh janganlah guna pewarna selain inai sebab benda ni bersangkut paut dengan solat...nanti kita tak sedar yang solat kita tidak sah disebabkan benda remeh macamni...Dapatkan INAI RAMBUT HALAL DI MALAYSIA hanya dari saya...Thank you pada yang sudi singgah...In Sya Allah kita jumpa lagi next entri...

⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩
Klik pada gambar untuk info lanjut...
GARLIC BALM

" SELAMAT BERJUANG DI BULAN RAMADHAN "

Wassalam