ZURAINI.COM

Image

DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM

Bismillah dan Assalammualaikum semuaaaa...
Pagi-pagi ni dengan penuh semangat saya nak menulis sebuah artikel yang bertajuk DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM ...sebenarnya dua benda yang saya sebutkan tadi adalah sama tapi berbeza...wahhhh,apakah itu sama tapi berbeza?...sebelum tu saya bagi contoh rupa paras daun semambu @neem sebab takut ada yang terpinga-pinga fikir apetu daun semambu

DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM

Dalam masyarakat Melayu, daun semambu sering dikaitkan dengan penyakit campak dan cacar air pada kanak-kanak. Ini kerana ianya dipercayai dapat mengurangkan ruam dan rasa gatal serta miang akibat penyakit yang disebabkan oleh virus measles dan penyakit cacar air (chicken pox) yang disebabkan oleh virus varisela zoster. Dan amalan ini masih lagi dipraktikkan hingga ke hari ini walaupun kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (imun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan

Korang perasan tak,kalau anak kita kena cacar air mesti ada orang tua-tua cakap " ko poie la ambik daun mambu kek topi simpang jalan rumah mak Bedah tu ha...ambik banyak-banyak nak buat mandi dak Ali tu...daun mambu tu elok bagi hilang miang-miang badan tu(loghat negeri sembilan)"

Orang dulu-dulu percaya tentang keajaiban daun mambu nih...Ni saya bagitahu siap-siap,yang di sebut "daun mambu" tu adalah daun semambu @ daun neem...orang tua-tua memang suka panggil daun mambu,senang nak ingat kot...hehehe

Sebenarnya daun mambu ni banyak gunanya bukan untuk buat mandi dak Ali je...kalau hat yang cacar air tu daunnya ditumbuk pastu di tempel-tempel kat cacar tu bagi cepat kering gitewww...eloknya campur dengan bedak sejuk bagi rasa sejukkk je masa kita apply kat kulit anak...Cacar air ni menyakitkan(merenyam-renyam), so bila kita letak bedak sejuk diorang akan kurang stress

DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM

Terdapat kandungan anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus pada pokok semambu. Daunnya yang dikisar menjadi serbuk atau pes dikatakan sangat berkesan untuk melegakan penyakit kulit seperti ekzema, alahan kulit, ruam, gatal-gatal, kurap dan ia juga sangat berkesan apabila digunakan untuk merawat kecederaan kulit akibat terluka atau terbakar

Selain dari itu, minyak pokok semambu boleh memberi hasil yang menakjubkan. Ia boleh mencegah keguguran rambut, uban dan merawat kelemumur. Ia juga sering digunakan sebagai minyak urut atau salap untuk melegakan kesakitan seperti rheumatoid arthritis, gout, osteoarthritis dan sakit belakang

Banyakkan manfaat daun semambu ni,teruja sangat bila dapat info pasal daun semambu @ neem ni...Oleh kerana istimewanya daun samambu ini kami hasilkan satu produk mudah guna yang menjadikan daun semambu @ neem sebagai bahan utama untuk memudahkan sesiapa sahaja menggunakan pada bila-bila masa...

DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM

Gambar kat atas nih adalah produk berasaskan daun semambu yang di beri nama NEEM BALM. Produk ini adalah keluaran ZMBEAUTY dan telah diuji di makmal. Produk ini mengandungi campuran extra virgin olive oil,beeswax dan essential oil. NEEM BALM telah mendapat kelulusan KKM dan akan berada dipasaran pada penghujung bukan Febuari 2019

DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM

Ini adalah gambar sebenar NEEM BALM yang saya snap di atas meja sewaktu saya menulis artikel ni. Nampak tak tekstur balm tu? Tekstur yang sangat lembut dan tidak terlalu berminyak...ia sangat sesuai untuk melembabkan kulit...if korang nak gantikan losyen korang dengan NEEM BALM ni pun tiada masalah sebab ia cepat meresap dan tidak melekit,kulit akan terasa lembab,lembut dan wangi


DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM

Korang mesti perasan kan termometer comel yang selalu ada dengan NEEMBALM ni...ramai yang tanya termometer comel ni dapat sekali dengan NEEM BALM ke masa beli nanti? Jawapannya adalah "YA" ...korang akan dapat sekali free gift berupa termometer ekslusif dari ZMBEAUTY ni tapi hanya untuk 10,000 pelanggan yang terawal...selepas 10,000 dah tiada free gift termometer dah taw...tapi bekas hitam dan key chain comel tu memang akan dapatlah...

Sebelum melancarkan NEEM BALM ini kami telah menghantar sample kepada individu-individu yang mempunyai masalah berkaitan kulit untuk mencuba NEEM BALM ini sebagai langkah pertama untuk menguji secara terus tentang keberkesanan produk ini dan dijadikan testimoni sebagai rujukan pelanggan akan datang

DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM
DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM

DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM
DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM

DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk kami melahirkan produk natural dan mendapat feedback yang sangat positif. Kami masih menanti lagi feedback dari pelanggan lain untuk mengumpul testimoni original pengguna NEEM BALM ini

Ada pelbagai soalan yang saya dapat daripada orang ramai tentang NEEM BALM ni dan saya kumpulkan jawapan untuk menambah pengetahuan umum serba sedikit tentang NEEM BALM ini...kalau korang ada apa-apa soalan lagi korang boleh tanya dan saya dengan besar hati akan menjawabnya tanpa ragu-ragu hehehe...Jom kita layan jawapan bergambar yang saya sediakan khas untuk korang

DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM

DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM

DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM

DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM

DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM

DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM

DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM

DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM

Oleh kerana NEEM BALM baru lagi dipasaran kami masih mencari sesiapa yang berminat untuk menjadi agent sah produk baru ini...Kepada yang berminat nak join team NEEM BALM boleh terus hubungi saya okey...

Saya cuba yang terbaik untuk memudahkan semua orang...daripada dedaun semambu saya jadikan NEEM BALM supaya orang ramai mudah untuk gunakan...itulah yang dimaksudkan dengan sama tapi berbeza...yang membezakan ia adalah rupa fizikal tetapi tetap sama fungsinya daripada tradisional menjadi moden. Itulah sedikit info saya tentang DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM . Jika ada info saya yang tertinggal korang boleh tambah di ruangan komen ya,sebab mana tau ada info yang tercicir pula...Maka berakhirlah celoteh saya untuk kali ini,kepada yang berminat boleh roger-roger taw...
Wassalam
-
-
-

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :
 DIRECT WHATSAPP

Page : neembalmHQ

PETUA MENGHILANGKAN BATUK DAN SELSEMA CARA TRADISIONAL

Bismillah dan Assalammualaikum...
Lama sungguh rasanya tak menyusun kata menyusun bicara kat sini...rinduuuuu sangat-sangat nak berkarya walaupun karya saya tak diiktiraf sangat pun hehehe...tetapi puas rasanya dapat menggodek-godek keyboard(heppp heppp bukan keyboard worrior taw...)oleh kerana kesibukan yang melampau saya terpaksa lupakan sejenak(sejenak ke???rasanya hampir setahun menyepi)...saya sedang bertekad nih nak menulis balik tapi tak tahu lah apa kesudahan tekad saya ni huhuhu...setelah lama menyepi ni saya nak buat satu artikel comeback tentang PETUA MENGHILANGKAN BATUK DAN SELSEMA CARA TRADISIONAL ...korang mesti dah muak dengar petua ni kan,tapi bagi la "can" kat saya nak membebel nih,lama dah tak membebel...boleh kannn

PETUA MENGHILANGKAN BATUK DAN SELSEMA CARA TRADISIONAL
Korang bila tengok gambar nih mesti korang dah tahu kan apa benda nih? eh ehhhh...korang tahu tak bermakna semua orang tahu,ramai lagi yang belum tahu tau apa benda ni...kita tinggalkan kejap tentang gambar ni sebab saya nak cerita pasal petua dulu...

PETUA MENGHILANGKAN BATUK DAN SELSEMA CARA TRADISIONAL

Orang dulu-dulu kalau anak mereka batuk & selsema tak panik macam orang sekarang.Orang dulu-dulu kalau anak batuk selsema bergegas ke dapur cari bawang putih dengan minyak...dibakarnya bawang putih...ditenyeh-tenyeh dalam piring kaca ...dicurahkan minyak kelapa...dikacau-kacau hingga sebati lalu bergegas mendapatkan anak dibilik...ditenyeh-tenyeh pula kat anak,pastu si anak sambung tidur sampai ke pagi...esoknya bangun dengan riang hati,settle masalah...itu cerita orang dulu-dulu,kalau korang tak percaya cuba korang tanya kat orang tua-tua ada tak yang pernah buat gitu  huhuhu...
PETUA MENGHILANGKAN BATUK DAN SELSEMA CARA TRADISIONAL

Itu tadi cerita orang dulu-dulu,sekarang saya cerita orang-orang zaman la ni...anak batuk selsema mereka bergegas juga taw...tapi bergegas cari kunci kereta sebab nak bergegas bawa anak pergi klinik hehe...betul dakk? haaaa jangan tak mengaku tu huhuhu...itu normal la korang,anak sakit mana ada parent yang boleh senang hati tarik selimut,senang hati bershopping hatta nak pergi kerjapun hati tak tenang bila anak tak sihat...jangankan bergegas cari kunci kereta,kalau boleh pegang anak tutup mata buka balik mata dah sampai klinik dek terlalu takut & risaunya kalau anak sakit...

PETUA MENGHILANGKAN BATUK DAN SELSEMA CARA TRADISIONAL

Sebenarnya saya bukan nak cerita pasal tajuk bergegas taw tapi saya nak cerita pasal PETUA MENGHILANGKAN BATUK DAN SELSEMA CARA TRADISIONAL ...bagi ibu-ibu moden yang belum tahu tentang kebaikan @ keajaiban tumbuhan ciptaan Ilahi yang bernama Bawang Putih ini mampu membantu kita semua untuk menghilangkan gejala batuk & selsema secara natural...meh saya cerita secara ringkas...(maaf ya kalau tak begitu ringkas coz saya ni kalau dah start menaip memang susah nak tulis pendek-pendek...layan eh,membaca jambatan ilmu cikgu saya cakap hehehe)

PETUA MENGHILANGKAN BATUK DAN SELSEMA CARA TRADISIONAL

Orang dulu-dulu percaya bawang putih sangat banyak manfaatnya untuk kesihatan. Bukan hanya untuk merawat batuk dan selsema malah bawang putih dapat mencegah daripada kanser,menurunkan kadar kolestrol dalam darah,membuang angin dalam badan,merawat jangkitan kuman pada kulit,sebagai antibakteria semulajadi dan banyak lagi manfaatnya. Kalau orang dewasa diserang batuk @ selsema @ demam bolehlah korang buat sup bawang putih untuk cepatkan proses penyembuhan..kalau korang rajin bolehlah buat minyak bawang putih macam saya ceritakan tadi...tak susahpun nak buat. Dan yang ajaibnya kepercayaan orang dulu-dulu di iktiraf kerana ramai jemaah sains yang mengesahkan bahawa bawang putih memang banyak manfaatnya untuk kesihatan.
PETUA MENGHILANGKAN BATUK DAN SELSEMA CARA TRADISIONAL
Di zaman yang serba moden ni semua orang nak cepat...tak larat dah nak kekalkan tradisi bersimpuh sambil mengetuk bawang putih bakar huhuhu...sekarang zaman canggih,semua di hujung jari dah...sebab itulah petua tradisi minyak bawang putih yang menjadi kebanggaan nenek moyang kita dulu diinovasikan kepada GARLIC BALM dengan tujuan untuk memudahkan mak-mak pak-pak moden untuk kekalkan tradisi sekaligus mengurangkan penggunaan ubat-ubatan moden yang jelas sekali tidak bagus untuk di amalkan...Chuppp chuppppp...apa benda Garlic Balm ni kak oiiii?...Jappp jappp sabaq,baru nak cerita nihhhh...buat perenggan baru jap nohh...

PETUA MENGHILANGKAN BATUK DAN SELSEMA CARA TRADISIONAL

Korang nampakkan gambar yang firstttt sekali kat dalam artikel nih? haaa itulah dia Garlic Balm,haaa itulah dia petua nenek moyang yang di inovasikan kan tuh...MANA??? penat cheq membebel...sampai hati korang tanya mana...cer scrolll atas sekali yang gambar ada dengan tabung menara maybank tuh,ha itulah Garlic Balm ZMBeauty tu(nih nak gossip sikit nih,menara tabung menara maybank tuh ada orang hadiah kat saya tau...erkkk...apasal lari tajuk nihhh...)

PETUA MENGHILANGKAN BATUK DAN SELSEMA CARA TRADISIONAL

Okeh...
Kita cut it short...dah nak ending dah nih,Garlic balm dengan minyak bawang putih ni adalah benda yang sama...yang membezakan ia adalah rupa fizikalnya sahaja tetapi ada banyak kelebihan pada si Garlic Balm ini sebenarnya walaupun ianya hanyalah satu inovasi tetapi inovasi ini di buat dengan penuh kasih sayang,sudah tentulah banyak kelebihannya...gitewwww...

PETUA MENGHILANGKAN BATUK DAN SELSEMA CARA TRADISIONAL

Kelebihan GARLIC BALM ZMBEAUTY :
(secara keseluruhannya)
  • Diinovasikan menjadi balm untuk memanjangkan jangkahayat sebab minyak bawang putih kalau dibuat hanya boleh bertahan selama 2-3 hari sahaja,tetapi Garlic Balm boleh bertahan sehingga 1 tahun
  • Balm di packing didalam botol kaca dengan teliti untuk mengelakkan terdedah dengan persekitaran,bakteria dan kulat bagi memelihara kualiti Balm tersebut
  • Botol kaca Garlic Balm diletakkan dalam sebuah kotak yang sempurna untuk mengelakkan botol kaca itu pecah akibat kecuaian pengguna @ ketika proses penghantaran
  • Kandungan Garlic Balm adalah 100% Natural tanpa sebarang bahan kimia dan essential oil
  • Bawang putih asli yang digunakan dalam proses pembuatan Garlic Balm zmbeauty,bukan serbuk yang dijual dipasaran
  • Hanya lilin lebah digunakan untuk membentuk minyak bawang putih menjadi bentuk solid
  • Extra Virgin Olive Oil digunakan untuk menghasilkan Garlic Balm ini dimana ia sangat bagus untuk merawat kulit
PETUA MENGHILANGKAN BATUK DAN SELSEMA CARA TRADISIONAL

GARLIC BALM ZMBEAUTY membantu :
  • Mengurangkan gejala batuk & selsema secara semulajadi dengan penggunaan yang konsisten
  • Sapuan melegakan bagi bayi kembung perut 
  • Membantu membuang angin
  • Membantu masalah gastrik @ masuk angin
  • Membantu masalah resdung
  • Menghangatkan badan
  • Melegakan gatal-gatal akibat gigitan serangga
  • Boleh dijadikan sebagai minyak bayi
PETUA MENGHILANGKAN BATUK DAN SELSEMA CARA TRADISIONAL

Cara betul guna GARLIC BALM ZMBEAUTY  :
" Boleh amalkan setiap kali lepas mandi dan sebelum tidur. Sapu tapak kaki dengan Garlic Balm dan pakaikan sarung kaki...kemudian sapukan dibahagian pelipat kaki,belakang punggung(untuk yang susah nak buang air besar) belakang badan,rusuk kira dan kanan,dada,perut(urutan i love u)hingga ke ari-ari(bagi yang kembung)...kemudian dibahagian leher dan tengkuk,ubun-ubun dan bahagian sinus(dahi,batang hidung ,sebelah hidung kira & kanan)

PETUA MENGHILANGKAN BATUK DAN SELSEMA CARA TRADISIONAL

NOTA KAKI :
Pastikan kalau nak letak kat baby dibahagian sinus bila baby dah tidur taw,takut di tenyeh-tenyeh pula ke mata

Sebenarnya Garlic Balm zmbeauty dah lama berada di pasaran mungkin masih ada yang belum tahu sebab bukan senang nak sebarkan kepada semua orang melainkan korang yang baca artikel ni tolong sebarkan...cikgu saya dulu pernah cakap benda baik wajib dikongsikan hehehe...Kalau ada yang berminat nak mencuba korang boleh terus tekan link yang saya tinggalkan di bawah nanti dan saya akan arrangekan agent yang berdekatan dengan korang untuk knock! knock! knock! pintu rumah korang okeyy...jangan risau,agent yang menjual Garlic Balm zmbeauty ni ada di seluruh negara...entah-entah jiran sebelah rumah korang pun ada jual cuma korang je tak tahu hehehe...Korang boleh tinjau-tinjau TESTIMONI GARLIC BALM ZMBEAUTY kat SINI

PETUA MENGHILANGKAN BATUK DAN SELSEMA CARA TRADISIONAL

Rasanya cukup sampai kat sini saya membebel,nanti saya sambung lagi noh,saya nak pergi jemput anak balik tusyen jap...Korang yang berhasrat nak jadi agent Garlic Balm zmbeauty ni pun boleh roger-roger saya,nanti saya akan arrangekan orang untuk layan korang taw...ok ok ok...babaiiii...jumpa lagi taw
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI

Bismillah dan Assalammualaikum 
Hi korang...harini jadual saya agak padat tapi saya lari jap untuk tulis short artikel untuk korang yang belum tahu lagi CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI 

Korang tahu kan kalau kita niaga kat shopee kita perlu ikut rules yang telah ditetapkan mesti pos barang sebelum 3@5@7hari mengikut yang korang telah pilih. Macam saya,saya pilih 3 hari,bermakna order saya mesti di pos keluar dalam masa 3 hari berkerja...so,kalau korang nak balik kampung or pergi kursus or ada urusan lain yang menyebabkan korang tak dapat nak uruskan kedai shopee korang dengan sempurna baiklah tutup sementara bagi mengelakkan sebarang amaran dan penalti dikenakan kepada korang

Bagi mereka yang sangat mementingkan kredibiliti dan servis yang baik mereka sangat perlu tutup kedai shopee mereka sementara dan buka balik selepas selesai urusan lain itu. Tapi bagi mereka yang tak kisah akan penalti @ diajukan soalan bila nak pos barang saya??? dari pelanggan,saya rasa tak perlu kot nak tutup kedai sementara yang saya cakapkan tu...

Setiap kali saya balik kampung saya akan tutup kedai shopee saya sementara bagi mengelakkan "bad rating" pada kedai saya. Ada juga tanya saya "Macamana nak tutup kedai tu,pintu pun tadak...huhuhu" dan ada juga yang tanya saya "Apa jadi kat kedai saya kalau dah tutup tu..."

Saya jawab jap 2 soalan ni kat sini. Memang kedai shopee tadak pintu tapi tuan kedai berhak untuk menutup pandangan mata orang pada isi kedai mereka hehehe...dan jawapan kepada soalan kedua,Kedai shopee korang tak jadi apa-apa masih ada seperti biasa tetapi pembeli tidak nampak produk-produk yang ada dalam kedai korang tu. Semua barang korang menjadi lut sinar hehehe,so tiada sebarang urusniaga akan berlaku ketika korang tutup kedai korang untuk sementara itu...Haaa jom la saya tunjukkan cara-caranya yang sangat mudah dengan 3 step sahaja...

CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI
Step pertama :
Pastikan korang berada di ruangan menjual "selling" dan korang cari bahagian seller assistant seperti yang ditunjuk oleh anak panah di dalam gambar

CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI

Step kedua :
Selepas step pertama korang akan sampai ke halaman ini. Korang terus tekan shop setting seperti dalam gambar

CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI

Step terakhir :
Bila korang sampai kat halaman ini korang akan nampak perkataan "vacation mode" betul tak?? kalau nampak jadikan ia enable(button hijau muncul) Tadaaaaa...dah siap!!! anda sekarang berada dalam mood cuti. Proses ini akan berkuatkuasa selepas 1 jam di apply,please note hokey...takut nanti korang try buat dan terus check tak jadi la,cikgu ajar salah la,tak pandai la...nak pandai perlu cuba buat okeyyy

So,ini sahaja untuk hari ini,next saya tunjuk cara nak daftar free shipping program ya...Terima kasih sudi baca CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI sampai habis...kalau ada yang tak lengkap boleh bagitahu saya untuk saya perbetulkan. Yang baik datang dari ALLAH dan yang tak baik adalah kelemahan diri saya...In Sya Allah jumpa lagi...Daaaa
Wassalam
-
-
-

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :
 DIRECT WHATSAPP

Page : neembalmHQ

KENAL PASTI SCAMMER DI SHOPEE - PENTING & WAJIB BACA!!!

Bismillah dan Assalammualaikum 
Selamat pagi semua...Harini saya nak sentuh sikit tentang KENAL PASTI SCAMMER DI SHOPEE - PENTING & WAJIB BACA!!! sebagai panduan kat korang. Saya bukan apa,kesian tengok mangsa-mangsa scammer yang semakin meningkat setiap hari dek kerakusan manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab kat luar sana

Buat pengetahuan korang scammer online ni ada dimana-mana. Tak kira dari marketplace manapun mereka akan muncul...mereka akan target penjual online sebab mereka fikir penjual online ni akan senang ditipu kalau ditawarkan duit yang banyak. Maksudnya kalau dia tawarkan untuk membeli barang dagangan korang tu dengan kuantiti yang banyak dan "up" sikit harga confirm korang akan suka...Siapa yang tak suka kalau buka-buka je handphone ada orang nak beli barang dagangan korang dalam kuantiti yang banyak kan...betoi dak???
KENAL PASTI SCAMMER DI SHOPEE - PENTING & WAJIB BACA!!!

Gambar di atas adalah satu contah menunjukkan si penghantar mesej itu adalah scammer. Dia berminat untuk membeli tetapi ingin meneruskan di luar shopee sedangkan shopee adalah tempat yang selamat untuk berurusniaga. Selepas di balas jika berminat membeli boleh teruskan melalui shopee si penghantar mesej terus block akaun shopee tersebut...

Okey,terlanjur saya dah cerita tentang scammer jom saya kupas secara ringkas tentang ciri-ciri scammer yang seringkali mangsa-mangsa terlepas pandang. Biasanya scammer akan berminat untuk membeli dengan jumlah yang banyak dan sanggup bayar dengan harga yang tinggi. Contohnya kalau barang kita jual berharga RM30, mereka sanggup bayar 2 kali ganda daripada harga itu...cuba korang fikir,dah la bayar dua kali ganda,amik pula dalam kuantiti yang banyak,adakah ini logik??? Mereka akan memberi alasan ingin membuat event la,jual la,sedekah la,koleksi la dan macam-macam lagi...sila hati-hati dengan mereka!!!

Apa yang mereka fikirkan adalah mereka akan menjanjikan duit yang banyak untuk menjayakan misi mereka yang pertama iaitu "gelapkan mata" mangsa dengan jumlah duit yang banyak. Kebanyakan mangsa akan mudah tertipu dengan amaun yang ditawarkan

Step kedua mereka akan minta nombor akaun dan email...kenapa mereka minta 2 benda ni? Sebab mereka nak hantar bukti konon-konon mereka dah transfer duit dan perlukan mangsa membayar yuran transaksi untuk meneruskan urusniaga. Untuk pengetahuan korang yuran transaksi memang wujud untuk proses transfer duit ke ke luar negara tetapi ia ditanggung oleh si pembayar(si pembeli) dan jumlah fee adalah sedikit sahaja. Dan untuk pengetahuan korang juga transfer duit merentasi negara perlukan swift code dari bank penerima...bukan terus boleh transfer gitu je...ini yang seringkali mangsa abaikan...mereka terlalu mudah percaya si scammer cakap dah masuk 30k usd dalam akaun then perlu bayar fee terus fikir "aku kaya,aku kaya" huhuhu...please ya korang...ini adalah ciri-ciri scammer

KENAL PASTI SCAMMER DI SHOPEE - PENTING & WAJIB BACA!!!

Lepastu saya nak pesan,kepada korang yang dah terlanjur bagi nombor akaun dan email kat si scammer tu korang tak perlu kalut kalau mereka ugut nak block akaun ka...nak report FBI ka...nak report polis ka...semua ni palsu,mereka sekadar nak ugut sahaja sebab nak duit...mereka akan claim korang ambil duit mereka yang mereka transfer konon-kononnya,korang tak perlu rasa takut dengan ugutan itu sebab mereka pun sebenarnya takut tapi buat-buat berani huhuhu...

Senang cerita macamni,selagi kita berpegang pada konsep akad jual beli iaitu ada duit ada barang selagi itu kita akan selamat dalam urusniaga. Shopee adalah platform untuk berniaga online dengan selamat. So,kalau ada yang mesej kat shopee minta nak teruskan urusniaga di luar shopee tolong elakkan sebab mereka adalah scammer melainkan mereka bayar dahulu dan korang check duit ada dalam akaun boleh teruskan urusniaga korang hokeyyyy

So,harap korang alert dengan peringatan ni,Maybank sendiri pun dah bagitahu Maybank cuma kenakan bayaran RM5 sahaja untuk terima duit dari luar tu...itupun mereka tolak dari akaun huhuhu...so,jelas fee yang si scammer tu minta adalah palsu dan kalau mereka adalah real seller mereka yang kena tanggung fee itu...

Saya harap artikel ini serba sedikit memberi pencerahan kepada korang dan harap sangat korang tak akan menjadi mangsa penipuan online. Sila hati-hati dengan sebarang transaksi @ urusniaga yang nampak pelik... Terima kasih kepada yang sudi membaca artikel KENAL PASTI SCAMMER DI SHOPEE - PENTING & WAJIB BACA!!! ini...saya doakan korang semua mendapat sales yang bagus di kedai shopee korang. Jika rasa artikel ini bermanfaat dan boleh mengurangkan kadar mangsa scammer di Malaysia silalah ringankan jari untuk tekan button share...Jumpa lagi next story about Shopee...I Love SHOPEE
Wassalam

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Bismillah dan Assalammualaikum 
Hi semua...semalam baru je selesai saya buat satu artikel cara nak buka akaun shopee harini saya nak sambung sikit TUTORIAL  CARA SETTING AKAUN SHOPEE SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE sebab kalau dah buka akaun tapi setting tak betul tak boleh juga...kita nak niaga mesti nak kasi cun semuanya kan...samalah umpamanya kalau kita buka kedai yang sebenar mesti nak cantik-cantik kan...kedai shopee ni walaupun tak nampak bentuk kedainya kita perlu setting kasi cantik supaya kita tak serabut & kalut bila nak sambut customer...gitewwww...

Saya bermula dari yang paling basic dari celah bedah mana yang nak disentuh semua saya sentuh supaya jelas semuanya walaupun benda tu nampak mudah dan tak perlu di ajar tapi kita kena faham bukan semua orang celik IT macam kita kan....nak share ilmu biar ilmu tu betul-betul membantu huhuhu...pinjam kata-kata sifu aiiii...Dah dahhh jom kita jalan-jalan tengok gambar...sambil sambil tu jangan lupa praktikkan terus taw...

Kita sambung hat semalam punya pelajaran noh...Apaaa? tak tahu??? ok fine saya letak link sini ...yang tak baca lagi boleh baca ni dulu nanti terus lompat hat nih lagi korang terkunang-kunang tak faham...BACA NIH !!!TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE 


Okeh dah baca??? Let's go...kita tengok satu persatu apa yang nak di isi ya...maaf ya ada banyak gambar kali ni supaya korang boleh faham dengan jelas hokeyy...


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 1 :

Buka dashboard bahagian selling(jual) @ buying(beli) mana-mana pun boleh ...pastu klik my account(akaun saya)...(sila rujuk gambar di atas)

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 2 :

Korang akan sampai ke halaman ini bila korang ikut step 1 tadi...korang perhatikan baik-baik setiap list kat setting tu perlu dibuka dan perlu di isi dengan betul...jom kita buka satu-satu dan makesure korang isi sekali sambil-sambil belajar ni...

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 3 :

MY PROFILE - Dalam bahagian edit profile ada banyak benda yang nak di isi tapi senang sangat nak isi ala-ala isi borang cabutan bertuah gitew...tapi mula-mula sekali kita edit gambar...korang nampak kan anak panah 2 ketoi tu? dua anak panah tu korang edit letak gambar cun cun bagi menarik kedai korang tu...bila gambar menarik mesti orang tertarik nak singgah betoi dak??

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 4 :

MY PROFILE - Masih lagi di bawah segmen edit profile...korang perlu masukkan gender(jantina) korang...

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 5 :
MY PROFILE - Selepas masukkan jantina tadi korang masukkan tarikh lahir korang pula...kalau boleh jangan la palsukan detail yang korang letak tu sebab nanti kalau ada masalah tentang payment boleh timbul huru hara pula kan hehehe...so untuk memudahkan baik kita tulis detail yang sah hokeyyy...


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 6 :
MY PROFILE - Step seterusnya masih berada dalam mood profile iaitu email...korang tekan je "set now" tu then shopee akan hantar email kat korang ...pastu korang confirmkan je pastu settle hokeyyy...jangan takut-takut 


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 7 :

MY PROFILE - Seterusnya bawah email adalah sosial media account...Klik je kat situ korang akan sampai ke halaman ini then teruskan update media sosial korang kat tempat yang berkenaan...kenapa benda ni perlu untuk korang isi??? Sebab senang korang nak share kedai shopee korang kat Facebook,Instagram @ twiiter nanti...klik je terus muncul kat media sosial korang tu hokeyyy...ini adalah salah satu cara korang nak promote kedai shopee korang nanti

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 8 :

MY ADDRESS : ok,kita dah sampai ke part isikan alamat...sila isi alamat yang betul untuk tujuan urusniaga dalam shopee @ untuk rujukan pihak pos laju untuk collect parcel korang bila korang dah join PROGRAM POS LAJU FREE SHIPPING nanti

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 9 & 10 :
BANK ACCOUNTS/CARDS : Bila korang klik bahagian bank akaun korang perlu masukkan password dulu sebab benda ni sensitif dan private,so tuan empunya kedai sahaja yang boleh edit bahagian ini...( PENTING!!! JANGAN SESUKA HATI BAGI PASSWORD KORANG KAT ORANG LAIN ) Selepas berjaya masuk boleh isi bahagian bank akaun @ kad kredit...buat pengetahuan korang bahagian kad kredit boleh diabaikan...ada juga yang bertanya saya kalau takde kad kredit tak boleh berniaga kat shopee ke...so,inilah jawapannya...kad kredit tiadapun tak apa hokeyyyy...pastikan korang masukkan no akaun yang betul...chek 19 kali sebelum proceedpun takpe,takde siapapun nak marah,janji no akaun tu betul bagi mengelakkan sebarang kesilapan dimasa akan datang...

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 11 :
CHAT SETTING : Sampai ke next step untuk setting bahagian mesej/chat ...Perhatikan anak panah yang pertama...enable kan button tersebut(maksudnya hidupkan butang tu...jadikan dia warna hijau macam dalam gambar) ini untuk memudahkan korang nak berchat @ customer nak bertanya...korang terus nampak mesej pemberitahuan di skrin shopee korang,so takdelah mesej yang terlepas pandang nanti...dan anak panah yang kedua untuk korang setting sendiri ayat untuk reply mesej mereka contohnya "terima kasih kerana berminat berurusan dengan kami,mesej anda akan kami reply sebentar lagi" soooo...takdelah bakal customer korang rasa mesej mereka takde respond kan...huhuhu

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 12 & 13 :
NOTIFICATION SETTING(tetapan pemberitahuan)
Dalam bahagian ni ada 2 jenis tetapan iaitu Push Notification & Email Notification...Korang follow je button yang perlu di enable(hijaukan) seperti dalam gambar dan saya akan terangkan fungsinya. Push notification bertindak sebagai pemberitahuan sebarang progress yang berlaku di dalam kedai korang nanti...semua apa yang berlaku,akan shopee update kepada korang melalui push notification dan Email Notification melalui email...maknanya korang boleh tengok progress dari apps shopee korang @ melalui email


Apakah kelebihan Email notification???

Kelebihan Email Notification digunakan apabila korang membuka lebih dari satu akaun shopee tetapi cuma menggunakan 1 handphone...mesti sukar korang nak log-in & log-out untuk tengok notification kannnn??? betoi dakkk? So,disini lah bergunanya Email Notification,korang boleh tengok progress kedai-kedai shopee korang melalui email...akaun google kan boleh setting email banyak-banyak untuk satu apps kannnnn...oooo yeahhhh itulah kelebihannya

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 14 :
PRIVACY SETTING : Aaahaaaa...hat ni saya tak boleh nak paksa korang ikut setting saya sebab saya ni lebih suka privacy,so semua tu saya "disable"kan untuk mengelakkan jiwa kacau hehe...bukanlahhh,ini untuk memprivacykan diri korang,so segala aktiviti korang semua orang tak boleh tengok...kalau korang like ke,beli ke semua tu rahsia gitewww...

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 15 :

LANGUAGE : Haaa inipun penting...setting bahasa yang selesa korang gunakan...tak kira bahasa yang korang gunakan yang penting korang faham taw...jangan tukar bahasa cina pastu tanya soalan kat saya sudah,satgi saya ligan korang huhuhu...

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 16 :

SUPPORT CENTRE : Meh sini rapat rapat...adik adik abang abang kakak kakak...saya nak bagitahu korang kalau korang ada apa-apa masalah berkaitan shopee nih korang terus je boleh contact nombor yang tertera kat atas ni or korang boleh terus emailkan juga...korang tak perlu risau @ stress diorang lambat layan sebab mengikut pengalaman saya service shopee memang mantap,tiptop dan mabeles...tak pernah lagi kecewa dengan servis mereka...call pon cepat je mereka respond...email pon cepat mereka reply...


Korang toksah nak risau tak pandai cakap omputih masa tulis email,korang tulis je bahasa melayu diorang boleh faham sebab kat sana ada staff yang boleh berbahasa melayu hokey...yang penting korang jangan cakap loghat utagha...kechek kelate,ganu,nogori dan sebagainya udah le...gunakan bahasa melayu sebenar in Sya Allah mereka akan usaha untuk membantu....Pssstttt...ini cakap ikhlas taw,bukan nak bodek..huhuhu



Rasanya macam banyak sangat input dalam TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE ni...kita berhenti kat sini dulu ya,next saya cerita apa yang perlu korang buat kalau tetiba korang nak cuti balik kampung tapi takut order masuk takde orang nak pos kan...dan saya nak tunjuk ciri-ciri scammer yang perlu korang elakkan daripada berurusan di shopee...Jumpa lagi next entri taw...yang rasa artikel ni bermanfaat sila share ya...maafkan saya jika ada kekurangan...
Wassalam
-
-
-

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :
 DIRECT WHATSAPP

Page : neembalmHQ