ZURAINI.COM

Image

CARA BUAT SABUN OAT

Assalammualaikum kepada mereka yang menerjah masuk ke blog saya ni...pas terjah ajak la kawan-kawan sekali terjah heheehehe...

Harini saya nak share sikit pasal projek yang baru saya nak update tetapi dah lama dah saya buat hehehe...bukan apa sebenarnya saya berkira-kira nak letak mana entri pasal sabun homemade ni sebabnya blog ni pasal scrub tetiba nak update pasal sabun ...terasa cuak pula saya nak mengomel huhuhuhu...

Tapi setelah berbulan lamanya memeram gambar ni saya rasa tak salah kot kalau saya cerita kat sini pasal sabun homemade ni. Alaaa... boleh je kan...

Macam biasalah...saya ni seorang yang terlalu cintakan produk organik. Semua produk kecantikan semuanya saya pilih yang organik dan 90% adalah yang saya bikin sendiri sebab tak tahu kenapa saya dah terbiasa nak guna produk yang saya sendiri buat selepas saya kecundang sebab tersalah guna skincare...hahahaha...padan muka sendiri...

CARA BUAT SABUN OAT

Berbalik pada cerita tadi. Haritu saya buat sabun Oat sebab ada sorang customer scrub oat ni order...Nak buat set katanya...dah ada scrub why not buat sabun oat sekali baru gojes kan. So gambar kat atas nun sempat saya ambil sebagai bukti saya buat sabun tuh heheehe...

Hahh? Korang nak juga buat sabun sendiri???
Boleh je saya ajar sat...nak ke?? Hehehehehe...

Senang je korang kalau nak buat sabun homemade ni...Bahan-bahan utamanya yang paling penting sekali mesti nak ada ... kalau tak ada kompom tak leh jadi...yang jadinya angan-angan jek...hahaha...

Bahan utamanya adalah :
1) Rajin(kalau malas memang tak jadi la kan...)
2) Serius (kalau tak serius jadi bubur satgi sabun korang)
3) Minat (kalau tak minat hangus sabun korang dok busy on9 sambil wat sabun)

3 Bahan ni wajib ada taw korang...kalau tak ada korang berhentila berangan-angan nak belajar buat sabun gojes macam saya buat tuh...

Poyo???
Eh mana ada...saya nak gurau je sikit-sikit...yang dah siap 3 bahan tadi boleh belajar kat sini. Senang je...hehehehe...Alaaaa...tak yah la sentap,saya gurau je kan...

Yang gambar kat atas tu saya buat sabun oat macam saya cakap tadi. Biasanya saya akan buat sebanyak 1kg base sabun. Terpulang kat korang nak guna base sabun transparent atau Opa(sabun tu warna putih susu macam dalam gambar). Same je base sabun ni...fizikal sahaja berbeza...emosi,spiritual..mental semua sama...hahaha(gurau je korang)

Mula-mula korang potong sabun tu kecil-kecil supaya proses mencairkan sabun tu amik masa yang lebih pendek. Lepas tu korang boleh masak sabun tu atas api. Jangan masak direct tau...masak cara double boiler...Jap saya cari gambar contoh...kang tersalah ajar tak pasal-pasal kena viral plak ...huhuhu...jap ek...

CARA BUAT SABUN OAT

Haaaa...ni dia contoh memasak double boiler...kuali tu dikahwinkan berdua hahahaa...kuali yang kat bawah tu korang letak air dan pasangkan api ...lepastu korang tenggek kan satu kuali lagi kat atas kuali yang ada air tu...eh eh...kuali eh..bukan periuk...ish...apa-apa jela yang penting korang faham apa yang saya sampaikan

Kemudian bila base sabun tu dah 100% cair korang boleh la letak bahan-bahan yang korang nak letak dalam sabun korang tu. Terpulang pada korang nak letak apa yang penting jangan letak terlalu banyak. Bukan apa sat gi kang banyak sangat tak boleh pulak nak panggil " sabun oat ". Oleh kerana oat dah terlalu banyak terpaksa panggil " Oat bersabun " kikiki....faham tak apa yang saya maksudkan nih???

CARA BUAT SABUN OAT

Macam ni rupanya bila saya dah letak oat kedalam sabun base yang telah cair tadi. Lepas tu saya akan letak vitamin E untuk kulit, Olive oil, Extra whitening dan extract vanila. Semua bahan ni korang boleh cari kat kedai buat sabun yang jual essential oil. tapi kena ingat korang tak perlu letak bahan-bahan tu terlalu banyak sebab essential oil ni adalah pati. Letak sikit je pun dah mencukupi

CARA BUAT SABUN OAT

Okeh...tu dia gambar sabun oat yang saya dah siapkan...yang warna hitam tu sabun kopi dan yang warna hijau tu sabun aloevera. Suka sangat tengok warnanya...lepasni nak try buat sabun warna apa pula ye hurmmmm...

Eh lupa nak bagitahu korang kalau korang nak buat sabun kopi korang letakla serbuk kopi sikit kat dalam sabun korang tu...kalau sabun kunyit letak serbuk kunyit,kalau sabun madu letak madu hehehe...takkan sabun madu letak racun pulak kan..hikhikhik(gurau je...takut korang lupa...)

Pastikan korang letak bahan-bahan yang organik taw baru leh panggil sabun organik hahahaha...yela kita kan nak pakai kat muka dan badan sendiri mestilah nak buat dari bahan-bahan yang bagus dan berkualiti barula kulit kita terjamin  cantik dan sihat semulajadi....yang penting tiada kesan sampingan untuk jangka masa panjang kan...

Kebetulan dah terjatuh hati dengan produk organik dan tersuka tanpa sengaja kat produk-produk organik ni saya pon dah terbuat banyak untuk mereka-mereka yang mengalami masalah terjatuh hati untuk berbisnes produk organik ni...hahaha...Cut to short...sesiapa yang malas nak buat sendiri tapi nak rasa pakai sabun homemade sila roger-roger saya nohhh...Terima kasih sudi terjah entri saya...jangan lupa share-share dengan kawan-kawan hehehe...

#organiklover
#sabunorganik
#scruborganik

WASSALAM

SCRUB ORGANIK

Assalamualaikum,salam sejahtera,Tuan/Puan/Cik…

Saya Zuraini owner @pemborong scrub organik
#organiklover
#scruborganik
#tiadabahankimia
#selamatdansuci

Terima kasih kerana sudi respond dengan iklan saya…Saya berbesar hati untuk cerita serba sedikit mengenai misi dan visi yang saya ingin ketengahkan dalam kegiatan yang saya jalankan hampir 2tahun ini.

Saya adalah salah seorang pembuat/pembekal/pemborong scrub 100% organik tanpa bahan kimia yang selamat digunakan tanpa kesan sampingan oleh semua lapisan umur dari bayi hinggalah dewasa. Mengapa saya sangat yakin bahawa scrub saya selamat digunakan? Kerana scrub ini dihasilkan oleh saya sendiri menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Bagaimana bermulanya episode mencipta scrub ni?
Firstly saya minta maaf jika saya ni lari tajuk. Sebab soalan korang “BERAPA HARGA?”
Tapi jawapan saya meleret-leret tak kena dengan tajuk. Saya nak share sedikit kisah bagaimana bermulanya episod scrub organik dihasilkan

SCRUB ORGANIKSCRUB ORGANIK


SCRUB ORGANIK

Bermula satu ketika dahulu saya cuba menggunakan 1 set produk penjagaan muka. Tak sampai seminggu muka saya berubah menjadi cerah dan glowing. Ramai yang tegur perubahan pada muka saya. Saya dengan gembira dan senang hati meneruskan penggunaan produk tersebut tetapi ‘kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari’ Masuk set yang ke 2 saya mengalami perubahan muka yang teruk. 

Saya tak pasti dimana silapnya…yang pasti set yang ke 2 itu adalah produk yang sama dengan set yang pertama. Muka saya naik bintik-bintik merah,berminyak,gatal dan paling menyedihkan jerawat batu kat muka saya berbiji-biji keluar serentak. Allah je yang tahu apa yang saya rasa masa tu. Saya seorang yang positif maka saya tidak pernah menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana kuasa memilih dan membeli adalah kuasa saya…semua yang berlaku adalah pilihan saya

Apabila berlaku situasi begini saya dengan drastik menghentikan penggunaan produk tersebut dan mula mencari produk-produk lain untuk saya guna bagi mengembalikan wajah asal saya. Untuk pengetahuan Tuan/Puan/Cik Puan saya dah cuba lebih dari 10 set produk penjagaan muka selepas kejadian itu dari yang murah hinggalah yang mahal mencecah RM200 lebih tetapi GAGAL. Saya banyak kali berputih mata kerana tidak dapat hasil yang diharapkan berbanding duit yang saya keluarkan malahan bertambah teruk.

Dipendekkan cerita saya mula buat research tentang produk-produk organik untuk membantu saya membaiki kesilapan yang telah saya lakukan. Maka terciptalah scrub organik pertama dalam hidup saya untuk saya guna sendiri dengan satu tekad untuk membaiki muka saya kembali dan untuk menguatkan lagi hasil scrub organik itu,saya dalam masa yang sama telah menghasilkan sabun organik juga untuk diguna sekali. 

Hampir 2 bulan saya gunakan scrub dan sabun ini untuk saya rasa sendiri keberkesanannya dan syukur Alhamdulillah berhasil. Jika dulu bila saya balik kampung saya terlupa letak krim muka,muka saya akan keluar bintik-bintik merah dan bila balik dari kampung muka akan jadi sunburn. Setiap kali balik dari kampung saya akan mengalami masalah ini. Tetapi setelah saya gunakan produk organik segala masalah ini selesai 100%..Saya tak perlu risau pasal muka jadi “rashes” atau jerawat lagi. Alhamdulillah…

Sehingga hari ini saya masih lagi mengamalkan produk organik saya sendiri. Saya sudah selesa menggunakan produk saya sendiri dan rasa lebih selamat kerana ia adalah 100% tanpa bahan kimia untuk menjaga kesihatan kulit dalam jangkamasa yang panjang. Biarlah ambil masa untuk cantik supaya ia berkekalan dan sihat dari dalam daripada cantik dengan cepat dan tidak pasti kesihatan kulit terjamin atau tidak dan belum pasti selamat untuk jangkamasa panjang

Setelah saya berpuashati dengan keberkesanannya saya cuba untuk berkongsi manfaat tentang produk ini kepada orang lain. Bermula dengan adik-beradik,saudara mara dan kawan-kawan sehinggalah saya kongsi manfaatnya kepada orang awam di google. Alhamdulillah sehingga hari ini saya belum dapat feedback negatif dari pengguna. Setiap hari saya dapat khabar gembira tentang produk hasil tangan saya. Setelah 6 bulan saya kenalkan produk saya kepada umum timbul idea why not saya share rezeki bersama-sama mereka yang berhasrat untuk tambah pendapatan. 

Sekarang ekonomi agak goyah…ramai yang mengambil inisiatif berniaga online…maka dengan niat membantu saya buka peluang kepada mereka yang betul-betul serius nak berniaga atau yang ingin buat duit poket terutamanya student,surirumah atau yang sedang bekerja nak buat ‘side income’ dengan cara saya bekalkan scrub dan produk-produk organik saya yang lain untuk mereka jual dengan jenama mereka sendiri. Dan Alhamdulillah…Allah masih memberi pertolongan kepada saya, ramai yang merebut peluang untuk bersama-sama saya dan sehingga kini saya masih membekalkan scrub untuk mereka yang memerlukan

Ok, berbalik kepada persoalan Tuan/Puan/Cik Puan tadi mengenai harga…
Terdapat 2 jenis scrub yang saya hasilkan iaitu dalam bentuk lembab dan dalam bentuk cair. Biasanya saya akan buat ikut permintaan pelanggan. Saya hanya akan proses scrub apabila saya sudah dapat payment. Saya tidak akan simpan stok scrub sudah siap kerana Visi saya adalah “ PRODUK FRESH,BERKUALITI  & SERVIS TIPTOP” Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada pelanggan tetapi saya akan memberikan servis yang In SyaAllah memberi kepuasan kepada pelanggan saya. 

Setiap yang berurusan dengan saya dengan tujuan nak buat bisnes scrub saya akan bagi contact nombor “supplier botol/bekas” dan “supplier sticker/label” saya sendiri bagi memudahkan urusan dan mengurangkan kos Tuan/Puan/Cik Puan untuk mencari rezeki. Konsep saya mudah “ rezeki Allah yang tentukan,maka tiada istilah berebut rezeki dalam kamus hidup saya…saya yakin dan pasti semakin banyak saya membantu semakin banyak saya menikmati manfaatnya”

SCRUB ORGANIK
FLAVOUR : KOPI/KOKO/OAT/GREEN TEA

HARGA :
RM70/KG
RM60/KG (MOQ 3KG)
RM50/KG (MOQ 6KG)
RM40/KG (MOQ 12KG)

Tuan/Puan/Cik Puan,
Sekiranya berminat untuk berurusan dengan saya boleh direct whatsapp saya di 01132484182 atau Tuan/Puan/Cik Puan boleh reply email saya in dengan no whatsapp Tuan/Puan/Cik Puan untuk saya hubungi. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi membaca sehingga habis.

“ FIRST STEP IS THE MOST IMPORTANT TO CHANGE YOUR LIFE”

Ikhlas,


Zuraini muhammad

HASRUL HASSAN BANTU TRAFIK BLOG MEROKET

Bismillah....
Assalammualaikum semua...
Jangan terkejut dengan tajuk entri saya kali ni...sebab biasanya cerita pasal scrub tiba-tiba harini Hasrul Hassan pula jadi tajuk utama...hahaha...

Sebenarnya saya baru firstime nak join segmen dari blogger lain sebab saya ni "newbie" dalam dunia blog...masih mentah dan tak pandai sangat lagi tentang dunia blog. Kadang-kadang rasa down sangat bila langsung tiada trafik yang masuk...

Saya nak cerita sikit pasal Hasrul Hassan ni. Saya tak kenal beliau tetapi saya selalu baca entri beliau tentang perkongsian ilmu berblogging,ilmu SEO dan macam-macam lagi. Saya agak teruja sebab seorang yang bernama Hasrul Hassan sudi follow saya balik dalam masa yang singkat selepas saya follow beliau. Rasa malu pun ada sebab difollow oleh seorang yang sudah pakar. Itulah yang membuat saya bersemangat untuk terus menulis walaupun tiada sesiapa yang baca cerita saya huhuhu...Apa-apa pun saya sangat berterima kasih kepada beliau sebab memberi inspirasi kepada saya untuk terus meneroka dunia baru saya

So...bila saya terbaca pasal segmen HASRUL HASSAN BANTU TRAFIK BLOG MEROKET saya tidak mahu melepaskan peluang ini sebab beliau bukan calang-calang orang. Beliau sudah sebati dengan dunia blogging ini dan yang paling penting beliau tidak kedekut ilmu. For sure,saya yakin sangat beliau mampu memberikan trafik yang mencanak-canak untuk segmen ini. In Sya Allah....

Dengan berbesar hati saya telah melengkapkan semua syarat yang terlalu mudah dilakukan bak kata omputeh 'like a piece of cake' heheeh(betul ke ni?)...
HASRUL HASSAN BANTU TRAFIK BLOG MEROKET


Kepada sesiapa yang teringin nak meroket trafik masuk ke blog korang bolehla join segmen ni terutama kepada newbie seperti saya yang masih terkulat-kulat nak kenal dunia blogging...( Tarikh tutup 10 mac 2017 pukul 12 tengahari )

Syarat ringkas untuk join segmen ni :

1) Peserta wajib ada blog
2) Peserta perlu buat satu entri mengenai segmen ini dengan meletakkan banner yang di link kan ke SINI
3) Wajib LIKE page HASRUL HASSAN.COM( klik sekarang dan LIKE)
4) Wajib LIKE page BISNES ONLINE TANPA MODAL ( klik sekarang dan LIKE)
5) Wajib FOLLOW INSTAGRAM HASRUL HASSAN (klik sekarang dan FOLLOW)

Selepas settle semua syarat ni,entripun dah siap korang bolehla tinggalkan link entri tentang segmen tu kat bahagian komen DISINI


Okeh...settle semua dah korang tunggu jela trafik korang mencanak-canak naik dengan bantuan otai blogger bernama HASRUL HASSAN  ini...In Sya Allah


Kalau korang rasa tak berapa faham dengan penjelasan saya korang boleh klik je banner tu untuk tengok syaratnya dengan lebih jelas...


saya nak meroket trafik di URL blogpost saya yang ini :


"Semoga saya berpeluang untuk menjadi peserta segmen Hasrul Hassan...Terima Kasih "

SCRUB KOPI

SCRUB KOPI
Salam semua kepada yang sempat singgah ke blog saya ni...

Ramai lagi rupanya yang belum pernah cuba kehebatan scrub kopi. Kebanyakan mereka merungut sebab muka nampak kusam walaupun dah pakai skincare dengan konsisten. Bila terskip pakai mula keluar bintik-bintik halus...pastu kulit kusam seolah-olah terbakar....korang pernah tak alami situasi ni?

Kat group saya cerita ni seringkali menjadi satu isu,bila ada sorang yang cerita pasal kulit kusam mereka habis semua muncul dan komen mereka juga alami benda yang sama kerana majoriti kaum wanita sekarang bekerjaya dan terlalu banyak menggunakan barang kosmetik untuk menjaga penampilan.Betul tak?So...salah satu punca masalah ini adalah penggunaan mekap yang terlalu kerap dan lama

Walaupun ada yang tidak bekerja tetapi mengikut pemerhatian saya mereka sibuk kehulu kehilir naik motor menguruskan anak ke sekolah,jemput anak balik dari sekolah...saya duduk di Johor,di johor sekolah pagi dan petang...setiap hari saya lihat kaum ibu menguruskan anak dari pagi hingga petang...kalau yang ada anak 2 3 orang dan sesi persekolahan tak sama lagi banyak kali diorang ke hulu kehilir "merempit" menguruskan anak-anak mereka. Ini merupakan salah satu sebab muka dan kulit menjadi kusam,"sunburn",tidak bermaya dan sebagainya


Oleh kerana itu saya buat artikel ini untuk perkongsian bersama.Di sini saya akan share satu kaedah yang sangat mudah dan berkesan untuk menghilangkan masalah kulit kusam yang menjadi masalah utama hampir 90% wanita asia rentetan iklim panas sepanjang tahun umumnya di Malaysia.

scrub kopi

Kaedah yang paling berkesan,murah dan mudah adalah menggunakan scrub kopi. Sangat mudah sebab korang boleh guna masa nak mandi. Masa nak mandi tu korang basahkan muka dulu....lepas 5 minit korang letak scrub kopi kat seluruh muka....urut dengan lembut dan biarkan scrub kopi tu kat atas muka sementara korang boleh mandi macam biasa....dah siap mandi semua baru korang cuci muka yang korang scrub tadi.


Nak tahu kenapa saya cadangkan supaya biarkan scrub kopi tu duduk kat muka lebih lama sementara korang mandi tu??? sebab biar semua bahan yang terkandung dalam scrub itu meresap dalam rongga-rongga kulit korang untuk membantu menghilangkan kusam kulit,menyerap semua vitamin-vitamin yang ada dalam scrub tu,melembutkan kulit,mencerahkan kulit,melembabkan kulit dan banyak lagi manfaatnya

Scrub kopi ni korang tak perlu risau kalau nak guna hari-hari sebab kesemua bahan yang terkandung dalam scrub ini adalah 100% organik dan tidak sama sekali akan merosakkan kulit korang. Tiada sebarang bahan kimia yang terkandung dalam scrub ini malah bayi pun boleh menggunakannya jika ada gatal-gatal ruam atau eczema

Selain tu scrub kopi ini boleh digunakan diseluruh permukaan kulit. Biasanya orang yang beli scrub kopi dengan saya akan tanya scrub kopi ni boleh pakai kat muka ke? hehehehe....Ni saya bagi jawapannya...Scrub kopi saya boleh digunakan ke seluruh permukaan kulit bermakna dari muka,bibir,telinga,ketiak,celah-celahan,kaki,tapak kaki da yang sewaktu dengannya boleh ditepek scrub kopi ini. Tapi janganla guna atas kulit kepala sayang-sayang oiii...nanti susah pula nak cuci huhuhu...

Kalau boleh masa proses scrub tu korang basahkan badan dengan air dulu sebab nak bagi daki-daki,sel-sel kulit mati yang bertakhta di atas kulit korang tu kembang....bila dah kembang baru senang nak keluar. Macam kita cuci pakaian la kan...kalau pakaian tu kotor sangat mesti kena rendam dulu untuk bagi kotoran tu senang nak dicuci....kan?


Bagi saya inilah satu kaedah yang sangat berkesan dan mudah untuk dipraktikkan sebab ia tak perlu ditetapkan masa untuk guna macam kita makan ubat...cukup masa kena makan. Tapi kalau pakai scrub kopi ni bila mandi korang boleh pakai...bak kata orang "sambil menyelam minum air" ehhhh...sesuai ke pepatah ni...hehehe

Oklah rasanya cukup setakat ni perkongsian saya mengenai teknik untuk kembalikan keceriaan wajah dengan scrub kopi. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua yang tersesat masuk blog saya ye...Papepun terima kasih kepada mereka-mereka yang sentiasa support saya. Jumpa lagi di lain entri...sayang korang...Wassalam


SURIRUMAH JUAL SCRUB KOPI UNTUNG RM5000 SEBULAN SAMBIL KEJAR ANAK

SURIRUMAH JUAL SCRUB KOPI UNTUNG RM5000 SEBULAN SAMBIL KEJAR ANAK
"Wowww"
"Betul ke ni???"
"Boleh ke?"
"Macam tak percaya je...gimik je ni..."


Inilah jawapan spontan yang selalu keluar dari mulut kita bila ada status-status pelik yang ditulis di facebook,twitter,Instagram dan sebagainya. Kadang-kadang bila fikirkan balik macam tak logik pun ada kan....



Tapi...tak mustahil kalau semua ini adalah izin Allah,yang penting kita usaha...betul tak?




KENAPA PILIH SCRUB KOPI UNTUK BISNES?



Mula-mula jom saya cerita sikit apa definisi scrub dan apa pula kelebihan scrub sampaikan boleh buat bisnes yang berjaya



Scrub adalah salah satu produk kecantikan yang berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati dan menjaga kecantikan kulit dengan selamat dan berkesan. Manfaat berscrub saya rasa semua orang pun dah tahu ia mampu menghilangkan jerawat dan jeragat serta jerawat yang menjadi mimpi ngeri setiap wanita di luar sana. Selain itu scrub kopi boleh melembabkan dan melembutkan kulit.



Sebenarnya scrub kopi adalah scrub yang paling popular masakini kerana kesan dan manfaat kopi yang sangat-sangat terbaik untuk kulit. Khasiat kopi yang mengandungi antioksidan dapat membantu meremajakan kulit dan mencerahkan kulit


SURIRUMAH JUAL SCRUB KOPI UNTUNG RM5000 SEBULAN SAMBIL KEJAR ANAK


Saya rasa begitu mudah untuk menjual scrub kopi berbanding produk lain sebab scrub kopi ni mempunyai nilai kualiti yang tinggi iaitu ia tergolong dalam produk 100% organik. Scrub kopi ini dihasilkan daripada bahan-bahan organik tanpa bahan kimia sebagai penambah bagi membuatkan ia tahan lama.



Ini adalah salah satu keistimewaan scrub kopi ini. Korang dah tak payah rasa ragu-ragu lagi bila nak menjual kerana scrub ini pasti tidak akan menjejaskan kulit pelanggan korang. Kenapa saya sangat yakin berkata demikian? Sebab saya sendiri dah jual kepada beratus-ratus orang yang tidak pernah memberi komplen yang mengatakan scrub ini tidak bagus.



Ini merupakan satu kelebihan scrub kopi bila kita pilih sebagai mata pencarian. kita dah tak perlu fikir lagi pasal pelanggan komplen muka teruk lepas guna produk ita sebab kita dah tahu scrub kopi ini tidak akan merosakkan kulit sesiapa sahaja yang menggunakannya malah bayi pun boleh guna.



MODAL MINIMA



Rasanya belum pernah ada lagi mana-mana kilang yang bagi peluang kepada peniaga baru atau kecil-kecilan untuk modal minima RM300 untuk membuat produk jenama kita sendiri,adapun mungkin produk dari thailand yang kita belum pasti isi kandungannya. Paling minima saya pernah tanya RM2000. Itupun puas merayu untuk mendapatkan kuantiti minima dengan alasan baru nak mencuba pasaran.



Tetapi dengan scrub kopi organik ini modal paling minima hanya RM300 untuk membuat scrub kopi jenama anda sendiri. Saya kira korang sangat beruntung kerana ada peluang yang sangat baik ini kerana jalan untuk menambah pendapatan terbuka luas bagi mereka yang memang sedang mencari peluang ini



Kalau korang rasa RM300 ini pun sangat besar dan tidak mampu untuk korang laburkan untuk memulakan perniagaan saya rasa ia sangat melampau. Habis korang nak keluar modal RM50 ke untuk buat jenama korang sendiri? hehehee....memang sampai ke sudahla korang duduk di takuk tu je....




5 PERKA YANG PERLU KORANG ELAKKAN UNTUK BERJAYA



Yang PERTAMA adalah bertangguh. Orang yang berjaya sentiasa mengejar masa untuk menempa kejayaan lebih awal supaya suati hari nanti dia tidak berlu berkata-kata seperti ini " kalau aku tahu macamni dari dulu lagi aku dah buat"



Yang KEDUA jangan dikenang perkara yang lepas kerana ia sudahpun menjadi sejarah. Sama ada perkara itu berupa kegagalan mahupun kejayaan,jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk kita berjaya lagi dan lagi



Yang KETIGA adalah berkaitan dengan yang pertama tadi. Kadang-kadang ada juga orang yang selalu memberi alasan untuk menunggu masa yang sesuai baru nak mula. Inilah kesilapan yang selalu kita lakukan kerana masa tidak akan menunggu kita. Kejayaan tidak akan berlaku jika kita menunggu ia,kerana kita yang mencipta kejayaan bukan kejayaan yang mencipta kita. Heheheehe...Masa yang sesuai adalah SEKARANG!!!! Kerana tiada masa yang spesifik untuk berjaya,bila-bila masa pun boleh berjaya,yang penting adalah langkah pertama kita menuju kejayaan



Yang KEEMPAT adalah takutkan kegagalan. Kegagalan ni sangat subjektif untuk dirungkaikan kerana ia adalah satu situasi yang semua orang pernah dan akan lalui. Cuba korang tanya orang yang berjaya ada tak yang tak pernah gagal? 99% orang berjaya adalah kerana mereka gagal dahulu barulah mereka belajar dari kesilapan seterusnya menempa kejayaan



Dan yang KELIMA selalu sangat berfikiran negatif. Belum buat lagi dah fikir yang negatif padahal kita belum tahu lagi apa yang akan berlaku dimasa akan datang. Buang sikap berfikiran negatif ini tukarkan kepada positif maka korang akan merasai aura positif ini muncul dalam diri sekaligus menjadi pembakar semangat korang untuk memulakan langkah menempa kejayaan. Berhenti berfikiran negatif kerana jika negatif dalam mindset kita maka negatiflah jadinya dan jika positif fikiran kita maka positiflah semuanya




NAK JUAL KAT MANA???



Zaman sekarang zaman Facebook,Instagram,Wechat....whatsapp dan sebagainya. Macam-macam cara kita boleh jual. Sekarang budak sekolah rendah pun dah pandai bersosial di facebook. Inilah satu kelebihan media sekarang. Maka,kita perlu ambil kesempatan atas kelebihan ini. Sekarang bila buka je facebook penuh dengan bermacam-macam iklan jualan,majoriti pengguna facebook menjadikan facebook sebagai medium perniagaan mereka. Tak salah kita untuk mencuba merebut peluang ini. 



Jika kita buta IT,takde facebook semua tu kita boleh jual dengan kawan-kawan,jiran tetangga....adik beradik. Kalau kita seorang pelajar kita boleh perkenalkan pada kawan-kawan belajar. Ada seorang pelanggan saya seorang pelajar Universiti berjaya menjual scrub kopi atas jenama dia sendiri walaupun dia adalah seorang lelaki. Untuk berjaya tidak kira masa,dimana mahupun jantina. Dimana ada kemahuan disitu kejayaan menanti kita



Haaaaa.....baru tadi cakap jangan berfikiran negatif,ni dah kalut takut tak leh jual....Banyak-banyak berdoa minta Allah permudahkan urusan kita...In Sya Allah yang susah akan menjadi senang




KENAPA TUNGGU LAGI????



JOM BERMULA DARI SEKARANG!!!!



Mari kita ubah ekonomi hidup kita. Kita tolong suami kita menambah pendapatan. Lepas ni tak perlu dah minta suami duit untuk beli barang yang kita nak....yang kita idamkan....yang kita suka



Sebab bukan mudah nak minta duit dari suami ni lebih-lebih lagi kalau suami jenis gaji cukup-cukup makan. Bukan kedekut tapi lebih kepada berjaga-jaga. Jadi,kita pun terpaksa telan air liur je bila apa yang kita idamkan terpaksa dipendamkan. Kalau kita punya duit pendapatan sendiri kita mampu untuk mendapatkan sendiri disamping boleh juga membantu suami jika ada masalah. Betul tak?



Ini lah salah satu punca kebanyakan wanita di luar sana berniaga sambilan secara online walaupun mereka sudah ada kerja hakiki. Kebanyakan mereka berniaga online untuk mendapatkan kebebasan kewangan bagi memenuhi tuntutan ekonomi mereka. Mungkin bukan sebab gaji tak cukup tetapi mungkin ada pelbagai alasan lain untuk mereka cari duit lebih




SAYA PUN SAMA SEPERTI KORANG...



MASA MULA-MULA NAK BERMULA SANGAT TAKUT...



TAKUT TAK BOLEH JUAL...



TAKUT SCRUB KOPI TAK MENJADI....



TAPI.....



Saya kuatkan semangat,saya tabahkan hati...Saya berkata "belum cuba belum tahu" saya teruskan sebab saya nak tahu apakah kesudahan percubaan saya. Adakah saya buat benda yang betul. Adakah percubaan saya berjaya...



Alhamdulillah percubaan saya berjaya dengan izin Allah. Pada mulanya sambutan kurang memuaskan sebab saya ni sedikit malas bab-bab nak promosi. Kalau tak promosi macamana orang nak kenal barang kita betul tak?? Inilah kesilapan yang saya lakukan di awal-awal saya mula berniaga scrub. Tetapi saya tetap kuatkan hati untuk teruskan dengan istiqomah. Setiap hari saya berdoa supaya apa yang saya usahakan mendatangkan hasil yang setimpal dengan tawakkal yang saya gadaikan.



Alhamdulillah scrub yang saya hasilkan mendapat perhatian dihati pengguna. Saya sedar ini baru tempias hasil sahaja Allah kirimkan buat saya buat membakar lagi semangat. Walaupun hanya tempias saya dah rasa seperti satu kejayaan yang besar buat saya kerana pada awalnya saya ragu-ragu dengan apa yang bakal saya lakukan. 



Walaupun belum ramai yang tahu kewujudan scrub kopi saya,belum ramai yang pernah cuba tetapi saya bersyukur sebab sepanjang saya menghasilkan scrub kopi organik ini belum pernah dapat satu pun "bad feedback" dari pelanggan. 100% pelanggan menyukai scrub kopi organik saya. Alhamdulillah...Allah mendengar doa saya...Allah mendengar rintihan saya supaya memelihara kesucian niat saya menghasilkan scrub ini untuk memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya bukan untuk keuntungan dan menjadi kaya raya semata.




BETULKAN NIAT



Selepas lebih 4 bulan saya jual scrub kopi secara retail timbul satu idea untuk saya berkongsi manfaat scrub kopi saya kepada mereka yang minat berniaga atau yang berniat nak menambah pendapatan tapi belum ada idea nak jual apa. Mak saya pernah cakap dulu,benda baik elok kita kongsi bersama. Bukan mak saya je cakap...ramai juga yang cakap macamni rupanya...mungkin mak diorang pun cakap macamtu juga kot kat diorang dulu...hehehe...



Dengan niat yang ikhlas saya war-warkan dimedia sosial bahawasanya saya sudi menyediakan scrub kopi organik yang terbaik untuk mereka letak atas jenama mereka sendiri dengan modal yang sangat-sangat minima yang mampu untuk semua orang. Kita sama-sama ubah kehidupan kita...sama-sama ubah ekonomi kita...Alhamdulillah...Syukur kepada Ilahi kerana dengan rahmatnya saya dipilih untuk menerima rezekiNya...ramai yang menghubungi saya untuk buat scrub atas jenama mereka dan Alhamdulillah juga mereka terus bertahan hingga hari ini untuk terus "repeat order". Testimoni boleh rujuk dibahagian menu ya...Sehingga hari ini saya masih menerima tempahan secrub kopi tanpa putus-putus...Syukur Ya Allah




PEMBEKAL STICKER/LABEL MURAH



Saya berbesar hati untuk berkongsi pembekal sticker yang murah dan mudah berurusan dengan korang semua. Bukan saya nak pancing supaya korang beli scrub dengan saya tapi ada dikalangan orang-orang yang baru nak terjun ke bidang ni terkulat-kulat nak cari orang buat sticker. Bila dapat orang buat sticker terpaksa pula ikut minimum order yang besar sampai 200pcs sedangkan nak mulakan bisnes scrub pakej paling kecil adalah 30 peket. Takkan la diorang nak tempah sticker sampai 200pcs untuk memenuhi MOQ. kesian kan?? Oleh itu saya akan rekomenkan seorang sahabat saya yang merupakan sorang pembuat sticker untuk berkerjasama dengan anda bagi menyokong niat murni saya membantu sesama kita berniaga. In Sya Allah dia akan memberikan MOQ order untuk sticker 50pcs untuk sekali order . Tapi janganlah korang minta dia buatkan sticker 10pcs,kesian dia...dia nak tolong kita tup tup dia pula terpaksa tanggung kos elektik untuk buat sticker 10pcs huhuhuhu...



Bermula dari takut-takut...tak yakin saya akhirnya berjaya menghasilkan scrub kopi yang memberi manfaat kepada semua orang. 



Kesimpulannya,kejayaan ini tidak kira masa,darjat,warna kulit,jantina dan sebagainya. Yang penting niat kita dan usaha kita untuk merebut kejayaan tersebut. Saya seorang surirumah yang menjaga 3 orang anak saya sendiri mampu melakukannya sudah pasti korang pun mampu juga. Pilihan terletak pada tangan sendiri. In Sya Allah,setiap kebaikan pasti ada kebaikan juga...Ini janji Allah



Akhir kata,terima kasih kepada semua kerana sudi membaca perkongsian ringkas mengenai scrub kopi organik saya. Kepada yang berminat boleh terus hubungi saya. In Sya Allah saya akan memberikan servis dan kualiti terbaik untuk korang semua. Rezeki hanya datang dari Allah...Wassalam...



PEMBORONG SCRUB KOPI JENAMA SENDIRI

PEMBORONG SCRUB KOPI JENAMA SENDIRI

BOSAN JUAL PRODUK ORANG LAIN???TERINGIN NAK JUAL PRODUK JENAMA SENDIRI???TAK TAHU NAK JUAL APA UNTUK CARI DUIT TEPI???TAK TAHU NAK BUAT BISNES APA YANG BOLEH BUAT DUIT???

Assalammualaikum dan Salam sejahtera saya ucapkan kepada anda yang telah bertemu blog saya ini. Blog ini direka khas untuk mereka-meraka yang mencari info @ jawapan atas persoalan di atas. Zaman sekarang adalah zaman cari duit secara online. Rata-rata masyarakat Malaysia berebut-rebut nak cari duit tepi untuk menanggung kos sara hidup yang semakin lama semakin meningkat rentetan kelembapan ekonomi global yang semakin mencengkam. Tidak perlu salahkan sesiapa dalam hal ini, ini adalah lumrah kehidupan,selagi kita bernafas selagi itu kita perlu mencari rezeki untuk menampung dan meneruskan kehidupan bezanya adalah cara kita mengolah jalan mencari rezeki itu.

Seperti yang diketahui umum saya adalah seorang pengeluar Scrub Organik Homemade di Malaysia. Tiada siapa yang mengikhtiraf saya sebagai sebagai pengeluar yang bertauliah dan tersohor tetapi saya telah membekalkan scrub ini selama lebih kurang setahun daripada tarikh artikel ini ditulis. Saya telah membekalkan scrub di salon-salon dan untuk peniaga kecil-kecilan terutama surirumah dan pelajar-pelajar universiti untuk mereka menambah pendapatan.

PEMBORONG SCRUB KOPI JENAMA SENDIRI

Pada mulanya saya hanya membuat scrub organik untuk jual sendiri sehinggalah suatu hari terbit idea untuk membuat scrub dengan jumlah yang lebih banyak dan membuka peluang kepada mereka yang baru ingin mencuba terjun ke bidang perniagaan. Kenapa saya buat begitu??? Kerana saya juga seperti anda semua suatu masa dulu,saya tidak punya modal yang besar untuk menjual produk sendiri sedangkan kebanyakan tawaran untuk membuat produk sendiri perlukan modal yang besar

Cita-cita nak ada produk sendiri memang pasti ada dalam hati sesiapa sahaja yang memang meminati bidang perniagaan,kerana jual produk sendiri lebih memberi kepuasan kepada kita berbanding menjual produk orang lain yang cuma makan "komisen" Tiada salah untuk jual produk orang jika kita belum mampu untuk keluarkan modal untuk "built" produk sendiri kerana satu ketika dahulu hingga kini saya masih menjual produk orang dengan tujuan untuk mempelajari dan merasai sendiri selok belok dunia perniagaan.


PEMBORONG SCRUB KOPI JENAMA SENDIRI

Dahulu saya adalah salah seorang peniaga barang kecantikan dan kesihatan secara dropship. Ada tujuan saya berniaga secara dropship...pertama saya ingin mengumpul modal kerana dropship tidak perlu modal dan yang kedua saya ingin belajar selok belok berniaga kerana saya "zero" dalam bisnes. Dulu saya nak buat "online transfer" pun saya tak pandai. Belajar selok belok berniaga ini sangat penting terutamanya part "bagaimana nak kawal pelanggan"

Berani saya katakan disini 90% peniaga baru akan kecundang jika tidak mendalami ilmu bisnes dengan hati yang tulus ikhlas. Maksud saya berniaga ni bukan campak duit modal kemudian pegang kalkulator kira untung...itu adalah difinisi yang salah. Jika anda adalah tergolong dalam orang yang seperti ini anda bukan peniaga yang sejati.

Memulakan perniagaan tidak kiralah sekecil @ sebesar manapun saiz perniagaan anda,anda perlu menyediakan bukan sahaja modal tetapi anda perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Bermulalah dari bawah untuk belajar erti perniagaan dan faham apa yang anda sedang lakukan. Tiada bisnes dalam dunia ni bermula dari atas...semuanya bermula dari bawah umpama lumrah kehidupan bermula dari meniarap,menjalar,merangkak,berdiri,bertatih,berjalan hinggalah berlari. Kita perlu untuk mengharungi semua langkah ini barulah kita faham erti perniagaan.

Apa yang saya tulis adalah apa yang saya lalui untuk dijadikan inspirasi kepada mereka yang baru nak mula terjun ke bidang ini. Bukan saya nak kata saya sudah berjaya sepenuhnya tetapi saya berbangga dengan apa yang saya dapat sekarang daripada "tidak tahu" kepada "tahu" tentang sesuatu dengan usaha saya sendiri. Semua ilmu saya dapatkan sendiri secara percuma di google kerana saya bukan orang senang untuk keluarkan modal pergi kelas bisnes...saya sedar masih banyak lagi ilmu yang belum saya dapat tetapi saya percaya saya masih boleh adaptasikan ilmu percuma mr.google untuk saya berjaya

Baiklah ...terasa panjang pula mukadimah saya,saya akan terus cerita tentang apa yang saya tawarkan untuk membantu anda yang betul-betul berminat untuk membuat "Scrub Organik Homemade" jenama sendiri. Ingin saya tekankan disini bahawa scrub yang saya ciptakan adalah gabungan bahan-bahan organik dan langsung tiada bahan kimia untuk tahan lama atau sebagainya. Dan saya memproses scrub secara homemade iaitu saya buat scrub ini dirumah saya...tiada kilang yang besar dengan pekerja yang beratur setiap pagi dan petang untuk "punch card"

Persoalan mengenai "SCRUB NI ADA KKM TAK?" sudah biasa saya dapat. Ada sesetengah pelanggan yang sinis dengan saya kerana saya tawarkan produk yang tiada "KKM"kepada pelanggan, maka disini saya jelaskan lebih awal dan jelas bahawa scrub saya memang tiada KKM kerana saya hanya menjalankan proses pembuatan dirumah. "HOMEMADE" tu bererti buatan tangan sendiri. 

Dan bahan-bahan yang saya gunakan adalah organik tanpa bahan kimia,selamat digunakan,tiada kesan sampingan...sehinggakan jika tertelanpun tidak akan memberi kesan yang buruk kerana bahan yang saya gunakan selamat jika tertelan tapi janganlah sengaja ambil sudu masukkan dalam mulut pula hahaha... 


Maka dengan ini kepada mereka yang nak produk yang ada KKM tempat anda bukan disini. Tapi...jika anda ada cara untuk buat KKM tidak menjadi keberatan unuk anda mohon sendiri KKM tersebut tidak menjadi masalah kepada saya. 

"BERKESAN KE SCRUB NI?"Ini pun salah satu soalan yang kerap kali saya terima daripada bakal pembeli. Oleh hal yang demikian saya telah mengumpulkan semua testimoni-testimoni yang saya dapat daripada mereka yang telahpun menggunakan scrub saya untuk tatapan orang lain. 

Bukan mudah untuk memberi kepuasan kepada pelanggan lebih-lebih lagi kepada mereka yang betul-betul cerewet untuk mendapatkan hasil yang berkualiti. Tetapi semua ini adalah asam garam saya sebagai pembuat scrub, saya sudah biasa... Saya memang sangat menitikberatkan soal kualiti dan servis kerana hanya itu sahaja yang boleh menjadi kayu pengukur mengenai kredibiliti kita sebagai peniaga yang berjaya. Saya akan menunjukkan kepada anda proses pembuatan scrub sebelum urusniaga bermula...

"BAGAIMANA DENGAN HARGA PULA?"

Harga yang saya tawarkan rasanya sangat-sangat berbaloi dan mampu milik. Ada 2 cara anda boleh dapatkan scrub saya samaada anda beli secara borong(kilo-kilo) ataupun saya ada menyediakan plastik percuma untuk mereka yang berminat mengikut pakej yang disediakan. Saya menawarkan "MOQ" yang rendah untuk tidak membebankan mereka yang baru berniaga nak keluarkan modal. 

Selain itu saya juga berbesar hati berkongsi pembekal sticker/label dengan anda jika anda belum ada pembekal sticker. In Sya Allah anda boleh berurusan dengan Raihan Printing untuk membuat sticker produk jenama anda dengan tenang kerana dia adalah sahabat saya yang boleh dipercayai. Tidak salah kita berkongsi rezeki untuk menyatukan ukhwah sesama insan. Sila add dia di facebook @ boleh terus whatsapp untuk sebarang urusan.

Saya rasa cukup lengkap dah penerangan saya berkaitan "BUAT SCRUB JENAMA SENDIRI" ini. Segala urusan pembayaran boleh direct call atau whatsapp saya dan urusan penghantaran barang saya gunakan perkhidmatan pos laju . Sekiranya anda berminat untuk berurusan dengan saya anda boleh terus hubungi saya @ Whatsapp di talian 01132484182.


"FIRST STEP IS THE MOST IMPORTANT TO CHANGE YOUR LIFE"

Semoga ada sinar baru untuk anda dan kita berjumpa ditalian @ whatsapp...Saya doakan anda semua beroleh kejayaan didunia dan diakhirat...Terima Kasih...Wassalam

TESTIMONI SCRUB KOPI (PART 1)

TESTIMONI SCRUB KOPI (PART 1)
Assalammualaikum korang...Dah beberapa hari nak update blog tapi asyik tak kesampaian je.. Harini saya curi sikit masa sebelum tidur untuk tepek testimoni fresh dari customer scrub kopi organik zm beauty. 

TESTIMONI SCRUB KOPI (PART 1)

TESTIMONI SCRUB KOPI (PART 1)

Fungsinya memang untuk mencerahkan kulit,membuang sel kulit mati...yang ada jerawat pasir...jerawat tak pasir(hehehe)...jeragat ...dan sebagainya boleh la try...Scrub ini adalah 100% organik sebab tiada bahan kimia yang terkandung dalam scrub ini dan ia adalah selamat dan suci...

Sebenarnya ada banyak lagi testimoni saya nak share tapi saya akan share next entri sebab kekangan masa buat saya tak sempat nak mengadap laptop...terkejar-kejar saya nak uruskan macam-macam...ala-ala supermom juga lah saya setiap hari....

Dalam blog ni saya akan khaskan satu label Testimoni untuk tatapan korang kalau-kalau nak tengok testimoni. Yelahkan kadang-kadang ada yang nak beli barang nak tengi=ok testimoni dulu. lagipun testimoni ni adalah salah satu aspek yang terpenting dalam teknik pemasaran sesuatu produk. Kalau takde testimoni macam mana orang nak percaya keberkesanan produk kita tu

Apa-apapun kepada korang yang sedang mencari scrub yang organik bolehla tinjau-tinjau testimoni di sini...nanti saya akan post lagi testimoni yang lain...ada banyak lagi...tunggu testimoni scrub part 2,3 dan seterusnya...

So...cut the story kepada yang berminat nak try or nak jual sebagai jenama korang sendiri boleh roger saya 01132484182....saya dah menaip super express dah ni...anak dah tarik nak masuk tidoq...jumpa lagi eh next entri...Lebiu korang...

~ SALAM ~


SCRUB ORGANIK TERLARIS

SCRUB ORGANIK TERLARIS
Salam semua...
Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk saya mencoret lagi disini...rasanya dah lama betul saya tak tulis entri...sejak akhir-akhir ni agak sibuk menguruskan bermacam-macam perkara...anak-anak cuti sekolah dan dah naik sekolah pon untuk sesi 2017 maka saya pun mencuri masa sikit sementara ada peluang ni untuk tulis sesuatu...

Macam yang korang sendiri dah tahu saya adalah seorang pengeluar @ pemborong scrub kopi organik homemade di Malaysia. So...semakin hari semakin ramai yang mempercayai produk yang saya hasilkan kerana setiap hari ada sahaja orang yang bertanyakan tentang scrub kopi ini...Alhamdulillah...rezeki datang dari Allah...selagi kita berusaha dengan ikhlas maka Allah akan memberi tanpa batasan.

Harini saya nak share sikit pasal scrub terbaru yang saya hasilkan. Sebelum iniv saya buat scrub dalam bentuk serbuk lembab dalam plastik pouch 200g... Untuk versi tahun 2017 ni saya dah keluarkan scrub organik dalam bentuk cecair yang dibotolkan 200ml. Bahan scrub masih daripada bahan yang sama seperti scrub serbuk lembab...yang membezakan ia adalah serbuk dan cair...itu sahaja

Sebelum ini selain scrub kopi saya ada buat scrub oat dan koko tetapi untuk yang terbaru ini saya ada tambah satu lagi flavour iaitu aloevera. Cuba korang tengok gambar...yang warna hijau tu aloevera. Fungsi dan kelebihannya lebih kurang sama dengan scrub-scrub saya yang lain ya...oleh kerana ada yang request nak scrub aloevera saya terus buat R&D bagi memastikan scrub ini boleh digunakan dengan berkesan



SCRUB ORGANIK TERLARIS

Haaaa....nampak tu...comelkan...saya buat scrub ni pun atas permintaan ramai sebab diorang cakap lecehla guna yang serbuk...kalau yang cair senang terus letak kat tangan dan scrub muka dan badan tak perlu susah payah nak bancuh. Kegunaannya masih sama untuk menghilangkan daki,sel kulit mati,parut jerawat,jeragat dan mencerahkan kulit serta melembabkan kulit. 

Scrub ini boleh digunakan dengan kerap kerana ia dihasilkan 100% daripada bahan semulajadi tanpa bahan kimia sedikitpun sama ada untuk mencerahkan mahupun untuk membuatkan ia tahan lama. Bahan asasnya masih lagi menggunakan gula bertapis,kopi,oat dan extrak aloevera,argan oil,olive oil,lavender oil,vitamin E dan sebagainya

Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba boleh direct whatsapp saya 01132484182 ya macam biasa. Saya juga ada menawarkan perkhidmatan membuat scrub untuk dijadikan jenama sendiri. Korang yang berminat untuk branding kepada nama korang boleh try beli satu untuk guna sendiri dan bila berpuashati bolehlah jual pula ye tak...hehehehe...yang pastinya scrub yang saya hasilkan adalah 100% semulajadi dan selamat digunakan tanpa kesan sampingan...IN SYA ALLAH...

SCRUB ORGANIK TERLARIS
~ customer ni 3 botol beli scrub kopi...sangat2 berpuashati sebab kulitnya sebelum ni kering dan bila guna scrub kulit jadi lembab ~

Sekian sahaja coretan saya buat korang kali ni...jumpa lagi di lain entri ya,,,pape roger nah...babai...SALAM