ZURAINI.COM

Image
Showing posts with label TUTORIAL. Show all posts
Showing posts with label TUTORIAL. Show all posts

CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017

Bismillah...
Assalammualaikum korang-korang semua...
Seperti yang saya pernah cakap before this saya nak kongsi tutorial CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017...Saya tak pasti adakah ini cara yang paling latest atau tidak tetapi saya rasa inilah cara yang paling mudah sekali...Saya topup paypal guna cara ni tak sampai satu minit pun dah settle masuk ke akaun paypal

Saya akan kongsi step by step caranya dan kalau korang tak faham @ tidak berjaya buat korang boleh tanya...Akaun paypal ni diperlukan untuk memudahkan sebarang transaksi duit di antara negara...Tapi kalau dalam malaysia pun korang boleh je guna takde masalah. Sebab saya perasan sekarang website e-commerce kebanyakkannya dah guna paypal untuk transaksi penjualan

Ada 9 step mudah yang korang perlu lalui dalam proses cara topup paypal ni...Kalau korang lepasi semua step ni bermakna topup korang berjaya. Saya share topup paypal RHB tau sebab setahu saya RHB bank sahaja yang ada buat servis topup untuk Paypal yang boleh direct tanpa guna credit card,debit card,visa,mastercard dan yang sewaktu dengannya...Setahu saya lahhh...Kalau ada yang lebih tahu boleh share kat komen sebab saya pun ingin nak tahu hehehe...

Sebenarnya ada 2 cara nak topup paypal ni. Pertama melalui akaun paypal. Maksudnya kita perlu login dahulu akaun paypal kita. Dan satu lagi kita topup secara manual daripada akaun bank RHB kita. Kali ni saya share cara yang pertama iaitu cara topup paypal ketika kita login akaun paypal

CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017

Step 1 
Korang perlu login akaun paypal korang. Korang akan berada dihalaman seperti dalam gambar di atas. Korang perlu klik Topup(rujuk gambar)

CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017
CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017

Step 2
Korang akan sampai kehalaman yang saya tulis step 2 dan korang perlu klik 'continue'

Step 3
Bila korang klik 'continue' akan keluar halaman seperti yang saya tulis step 3...Ini bermakna mereka sedang proses permintaan korang dan terus akan muncul halaman 'TOPUP TO YOUR PAYPAL ACCOUNT'...Disini korang perlu berhati-hati sebab korang perlu letak jumlah duit yang korang nak topup...Kalau korang nak topup guna USD boleh nak topup guna MYR pun boleh tapi please make sure korang tekan ' RECALCULATE' selepas korang isikan jumlah yang korang nak topup tu...Ini adalah wajib pasal kalau korang tak tekan korang memang tidak akan berjaya pergi ke step yang seterusnya. Lepas dah yakin dengan jumlah yang korang isikan kat situ korang boleh proceed

CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017

Step 4
Selepas melepasi step 3 korang kan sampai ke halaman seperti yang saya letak step 4 tu...Korang perlu login akaun RHB korang

Step 5
Selepas korang klik login sahaja korang akan dibawa terus kehalaman seperti tertera step 5...Masa dah masuk ke akaun RHB dah takde dah proses isi jumlah duit...Kat akaun RHB cuma proses mengesahkan yang duit korang akan dipindahkan ke akaun paypal korang. Bahagian 'from account' tu pastikan tidak kurang daripada jumlah yang korang nak topup taw...nanti tak cukup pula duit nak topup paypal korang hehehe... Then you can proceed

CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017

Step 6
Selepas klik proceed di step 5 korang akan tiba dihalaman step 6...Kat sini korang perlu isikan kod OTP yang korang akan dapat daripada RHB melalui sms. Lebih kurang TAC la...Kalau korang guna online banking mesti korang clear sangat perkataan TAC ni...tapi di RHB gunakan perkataan OTP ( one time password kalau tak silap maksudnya) Bila korang dah isikan OTP then boleh submit

Step 7
Once korang tekan submit di step 6 korang akan sampai kehalaman yang saya mark step 7. Korang boleh tengok kat bahagian status samaada dah berjaya atau tidak...Macam dalam gambar saya tu statusnya successful dan bahagian payment type tu tertera immediate bermakna terus masuk ke akaun paypal dah tu...Then korang klik button 'close'...

CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017

Step 8
Korang akan sampai ke halaman step 8 selepas korang klik button close di step 7 tadi...Kemudian korang klik button 'continue' untuk check it out sama ada confirm ke duit yang korang topup tu dah berjaya masuk ke akaun paypal korang

Step 9
Tadaaaa....Heeee aku berjaya! aku berjaya!...Tengok pada transaksi tu ada tertera jumlah duit yang kita request topup tadi. Maka...dengan ini proses topup akaun paypal korang berjaya 100%

Yeayyyyy...Mudah kan korang...Lepas korang dah pandai buat nanti memang kejap je prosesnya...Tak sampai 1 minit dah siap...tak perlu nak beratur ambil nombor kikiki...Boleh faham tak langkah-langkah yang saya ajar tu??? huhuhuhu

Saya create paypal account ni sejak tahun 2009 sebab saya beli barang dari luar negara. Sehingga sekarang akaun ni masih aktif sebab sekarang saya menjual pula ke luar negara hehehe...itupun bukan selalupun guna paypal. Saya beli vitamin C pun dari UK sebelum ni sebab saya takut kalau beli dari pemborong sini saya dapat yang tak original huhuhu....

Korang yang belum ada akaun paypal bolehlah buka akaun paypal ni. Senang je....mana tau akan datang korang boleh berjual barang malaysia ke merata duni guna paypal...Kalau korang nak tahu guna paypal ni lebih selamat dan mudah berbanding cara lain....Dan yang paling bestnya kalau kita topup paypal duit terus masuk sepantas kilat...tak perlu nak tunggu lama dah....Tapi kalau nak withdraw je amik masa tapi dah tak lama dah macam dulu...Baru-baru ni saya withdraw 2 hari je terus masuk akaun...

Saya rasa itu sahaja perkongsian saya cara top up paypal account malaysia yang mungkin boleh membantu korang yang baru first time nak guna paypal...Saya harap perkongsian saya kali ini dapat memberi manfaat kepada semua dan korang dapat faham langkah-langkah cara topup paypal yang saya sediakan. Kalau korang tak faham korang boleh tanya,saya sedia membantu...Cukup setakat ini dahulu ya...next time saya akan share bagaimana pula nak hantar duit @ nak bayar melalui paypal secara manual...Jumpa lagi...Kalau ada kesilapan boleh beritahu saya untuk saya perbetulkan ya...

Wassalam

CARA WITHDRAW PAYPAL KE BANK MALAYSIA

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Harini saya nak kongsi sedikit ilmu tentang paypal kepada mereka yang masih belum tahu sebagai panduan kita semua. Kebetulan pagi tadi saya terima bayaran dari customer melalui akaun paypal maka saya berpeluang untuk berkongsi tutorial cara withdraw paypal ke bank malaysia

Ada tak yang masih belum buka akaun paypal ke kat sini?...Hehehehe...Yela kan...saya nak cerita pasal paypal mestilah orang yang sedang baca artikel saya ni orang yang dah ada akaun paypalkan...huhuhu...saje tanya manalah tahu ada yang baru-baru nak cari ilmu pasal paypal...

Sebenarnya semua orang memang sangat digalakkan membuat akaun paypal kerana akaun paypal ni boleh digunakan untuk shopping online dari luar negera taw...hehee... Kalaupun korang tak shopping dari luar negera korang boleh terima bayaran juga dari luar negara melalui paypal....Saya rasa paypal adalah cara nak transfer duit international yang selamat 

Lagipun buka akaun paypal percuma tanpa apa-apa bayaran...Cuma perlu ada email...Dan yang bestnya akaun paypal tidak guna nombor akaun...So korang tak perlu risau kalau lupa nombor akaun...korang hanya perlu ingat alamat email masa korang daftar paypal dan pasword je...Saya rasa ini adalah kelebihan akaun paypal yang sangat mudah digunakan...

Paypal withdraw review kali ni saya akan kongsi cara withdraw paypal ke Maybank ...In Sya Allah lain kali saya akan kongsi cara nak topup pula ya...Jom ikuti step yang saya sediakan

CARA WITHDRAW PAYPAL KE BANK MALAYSIA

Gambar ni menujukkan duit diterima daripada customer dalam matawang ringgit malaysia. Kalau korang nak withdraw duit tu korang perlu klik button withdraw funds dibawah bahagian kiri( bawah currencies)

CARA WITHDRAW PAYPAL KE BANK MALAYSIA

Selepas korang klik button withdraw funds korang akan dibawa kehalaman seperti dalam gambar di atas. Korang pilih akaun bank mana yang korang nak guna untuk withdraw okey...Macam saya setting dua akaun so saya pilih maybank untuk withdraw...

CARA WITHDRAW PAYPAL KE BANK MALAYSIA

Bila korang dah pilih akaun bank untuk proses withdraw korang akan sampai kehalaman macam dalam gambar ni...Tibalah masanya korang request nak withdraw banyak mana. Pagi tadi saya withdraw RM200 dan dikenakan fee sebanyak RM3...Maknanya saya akan terima duit sebanyak RM197 sahaja...Lepas korang isi jumlah yang korang nak withdraw korang terus klik button continue...

CARA WITHDRAW PAYPAL KE BANK MALAYSIA

Tadaaaaa...Congratulations bebehh korang dah pun berjaya melalui proses withdraw dari paypal ke maybank...Clap clap clappp....withdraw paypal tanpa verifikasi semudah 123 kan...saya withdraw sekejap je dah settle...Maksud settle tu adalah settle proses request withdraw je...Duit yang korang withdraw tu akan settle masuk ke akaun bank korang selepas 2-3 hari berkerja hokeyyyy...Bawa bersabar hehehehe(pesanan untuk diri sendiri)

Settle ni korang boleh terus log out...Tapi kalau nak pastikan betul ke duit tu dah transfer korang boleh klik button Go to wallet untuk check it out...hehehe

CARA WITHDRAW PAYPAL KE BANK MALAYSIA

Haaaa korang nampak tak kat summary tu yang tunjuk duit baki dah berubah dan ada transaksi sebanyak RM197 tapi masih pending...Dia dah siap-siap tolak fee letewww...hehehe...Bersabar lah hati tunggu 2-3 hari ni kan...boleh buat belanja raya nanti ek......

Begitulah berakhirnya episod cara withdraw paypal ke bank malaysia. Saya rasa ini cara yang paling latest sebab tak banyak step yang susah untuk diikuti...Sangat mudah berbanding sebelum ini...Korang cubalah ye...kalau tak faham boleh tanya kat bawah saya tolong jelaskan ye...Minta maaf sangat dengan kualiti gambar sebab saya edit guna excell je...Terima kasih sudi singgah disini ...See you again bebehh...

Wassalam

BUAT KEDAI ONLINE MUDAH DENGAN SHOPEE

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Korang pernah dengar tak tentang aplikasi Shopee? Shopee ni adalah satu aplikai pembelian dalam talian macam lazada tu. Kalau korang berniaga saya sarankan korang daftarlah dengan shopee ni dan senang korang nak display barang yang korang jual kat pengguna shopee yang lain. Jom kita layan celoteh saya BUAT KEDAI ONLINE MUDAH DENGAN SHOPEE

BUAT KEDAI ONLINE MUDAH DENGAN SHOPEE

Saya dah buka dah akaun dengan shopee ni. Macam biasalah setiap aplikasi jualan memang kita sendiri kena setting tapi saya tak rasa susah mana pun nak setting sendiri. Gambar kat atas tu adalah dashboard saya iaitu tempat saya nak menyelenggara kedai online saya

BUAT KEDAI ONLINE MUDAH DENGAN SHOPEE

Dan gambar ni pula adalah laman kedai online shopee ni. Kalau korang daftar korang boleh cari apapun barang yang korang nak beli. Yang bestnya guna shopee ni adalah mereka tanggung kos pos sebanyak RM5...so korang bolehla kurangkan sikit kos pos untuk customer korang @ korang boleh murahkan sikit harga barang. 

Mereka akan bayar kos postage kepada kita balik masa mereka membuat pembayaran pada kita. Mungkin cara ini mempunyai daya tarikan untuk orang membeli sebab barang murah @ postage murah...Betul tak ???

Tak semestinya daftar dengan shopee korang wajib menjual. Korang boleh juga membeli. Bila korang dah siap isi barang kat kedai online korang tu,bolehlah share ke media sosial korang untuk tujuan promosi. Saya rasa ia sangan mudah dan best sebab korang tak perlu bayarpun untuk menggunakan aplikasi Shopee ni

Setakat harini saya dah pernah jual 4 kali guna shopee...Masa mula-mula memang macam tak reti sangat nak guna aplikasi ni,tapi bila dah lama-lama macam best pula...hehehe

BUAT KEDAI ONLINE MUDAH DENGAN SHOPEE

Ni saya nak ingatkan kat korang...Sesiapa yang nak berniaga guna aplikasi shopee ni makesure korang bukan seorang agent dropship sebab takut korang takde modal pula nak bayar dulu barang yang customer korang nak beli tu,melainkan korang banyak duit...hehehe

Dengan shopee korang tidak akan dapat duit korang on the sport taw...Duit korang akan dapat selepas customer korang terima barang. Pihak shopee akan tahu barang korang selamat diterima melalui tracking nombor yang korang imbas masa korang bagitahu order dah selamat di pos 

Haaa...korang nampak tak...Bagi saya shopee ni adalah satu tempat shopping yang 100% selamat sebab kalau seller dalam shopee menipu,korang akan dapat balik duit yang korang dah bayar tu. Mudah je ceritanya...

Kalau korang jadi pembeli, korang akan bayar kepada pihak shopee bukan direct seller. Sebab tu saya cakap yang semua orang selamat shopping kat shopee...Kalau tak dapat barang terus je bagitahu Shopee untuk claim

Sebagai penjual pula...bila korang dapat order korang perlu pos secepat mungkin dalam masa 3 hari. Bila dah pos korang perlu bagitahu kat shopee yang korang dah pos barang. Nanti akan ada button hantar pada order yang masuk.Korang tekan dah hantar dan shopee akan mintak korang update nombor tracking

Bila korang dah update nombor tracking yang betul kat sana korang dah boleh rileks tunggu customer korang terima barang. Selepas customer terima barang dia akan update bahawa mereka sudahpun terima barang dan korang akan terima bayaran untuk order tu ... Biasanya tak ambil masa yang lama pun untuk clearkan semua urusan

Sebab itu saya nasihatkan,kalau korang nak jual kat shopee better jual barang yang ada kat tangan korang.Senang korang nak uruskan sendiri. Kalau dropship saya risau ada yang pending susah korang nak beri penjelasan sebab shopee akan cancel order kalau tidak dihantar dalam masa 3 hari. Tak pasal-pasal korang akan rugi sale...Faham ke idok ni????

Masa mula-mula saya daftar dulu shopee bagi macam servis free postage sebanyak RM5 untuk setiap order yang kita dapat dengan syarat order tu mesti bernilai RM25 keatas...Maknanya kalau harga barang korang RM30 korang layak la dapat duit extra RM5 tu...Tapi baru-baru ni saya perasan nilai RM25 tu dah tak available lagi dah. Shopee dah naikkan ke RM30 ke RM35 saya tak berapa ingat...huhuhu

JOM BELAJAR BASIC SHOPEE PERCUMA!!!

BUAT KEDAI ONLINE MUDAH DENGAN SHOPEE

BUAT KEDAI ONLINE MUDAH DENGAN SHOPEE

BUAT KEDAI ONLINE MUDAH DENGAN SHOPEE

BUAT KEDAI ONLINE MUDAH DENGAN SHOPEE

BUAT KEDAI ONLINE MUDAH DENGAN SHOPEE

BUAT KEDAI ONLINE MUDAH DENGAN SHOPEE

Saya berpuashati juga la berjual kat shopee ni sebab saya rasa shopee sangat caring.Bila kita macam slow down mereka akan ingatkan kita untuk kemaskini kedai kita. Lepas tu kita boleh naikkan iklan kita setiap 4 jam bagi orang lain nampak iklan kita. Dan kita boleh follow je sesiapa yang kita suka untuk dapat update terkini. Bestkan...

Kalau customer puashati dengan servis dan layanan korang kat shopee diorang akan bagi rating kat korang. Rating tu akan display kat kedai shopee korang. Jangan pandang enteng je kat rating ni tau,sebab dengan rating ni la akan memberi kepercayaan kepada bakal-bakal customer korang nanti

Jom lah korang join sekali kita niaga sama-sama kat shopee. Boleh tambah kawan-kawan..Hehehe...Kat kedai shopee saya ni saya cuma masukkan produk-produk saya sendiri je...kalau korang willing to skodeng & follow,korang boleh klik link ni https://shopee.com.my/zurainimuhammad 

Saya pun baru-baru je nak berjinak-jinak guna aplikasi ni...masih banyak yang perlu diperbaiki..Kalau korang ada nasihat bolehla tinggalkan kat komen...hehehe...nanti saya repair. 

Oklah setakat ni je cerita saya pasal BUAT KEDAI ONLINE MUDAH DENGAN SHOPEE ni. Korang kalau nak daftar boleh daftar kat SINI ...Dan kalau macam tak berapa nak faham korang boleh tanya...nanti saya tolong jawab...Sebab masa mula-mula dulupun saya tak faham...kesian ada sorang hamba Allah ni asyik kena tanya je dengan saya...hehehe

Thank you pada korang yang sudi meneliti entri saya..Maafkan saya kalau cerita ni membosankan. Jangan serik untuk datang sini lagi.Salam kenal buat mereka yang pertama kali datang ketempat saya...Akhir kalam selamat berbisnes dengan shopee...

Wassalam