ZURAINI.COM

Image
Showing posts with label LIFESTYLE. Show all posts
Showing posts with label LIFESTYLE. Show all posts

CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK

Bismillah...
Assalammualaikum semua...Tadi saya dapat satu order daripada Australia...Mula-mula kaget gak saya nak jawab panggilan dari Australia sebab takut scammer,ramai yang cerita pasal scammer sampai saya pun naik takut... Tapi sebabkan banyak kali sangat telefon saya tak angkat dia terus whatsapp saya...Bila buka whatsapp rupa-rupanya orang malaysia la...dia menetap di Australia...huhuhu...So,harini saya nak buat satu artikel bertajuk CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK...tapi kalau korang nak pos syiling lama lebih afdal korang baca artikel CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH




CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK


Ni dia barang yang customer nak beli hehehe...coffee scrub dan inai rambut halal...Katanya kat sana takde orang jual inai rambut yang halal so terpaksalah dia import dari tanah air tercinta...huhuhu...Nak pos barang ke luar negara ni mahal tau korang...harga pos lagi mahal daripada harga barang...sabar jela...tapi kalau dah nak beli tak kiralah mahal manapun kan...mesti nak juga( ini saya punya perangai...huhuhu )


CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK


Gambar kat atas ni plastik FlexiPack 500gram yang saya guna untuk pos barang customer. Setiap negara tempat kita nak hantar barang berbeza-beza rate harga postage taw...bukan semua sama...Korang boleh tanya kat pejabat pos berdekatan korang berapa rate untuk tempat korang nak hantar barang tu...Macam saya nak ke Australia adalah zone 2...tak boleh lebih tau sebab nanti tak lepas naik flight huhuhu...

Korang mesti macam blur-blur lagi kan dengan apa yang saya cerita ni...jom kita tengok jadual harga plastik FlexiPack ni...Sebelum tu saya bagitahu dulu FlexiPack ni ada 2 warna yang mewakili zone...Zone 1 plastiknya warna pink dan zone 2 plastiknya warna biru...FlexiPack boleh guna untuk hantar barang ke 200 buah negara yang telah ditetapkan...


CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK

Haaa...besar sungguh jadual ni saya ambil dari website pos Malaysia sebagai rujukan...nanti cerita je tak bagi bahan rujukan susah pula nak faham...Korang tengok kat jadual tu yang warna pink tu zone 1 dan biru zone 2. Apa yang bestnya tentang Flexipack ni adalah ia sama macam pos laju,kita boleh beli plastik siap-siap standby di rumah...bila nak pos barang just packing dan tulis butiran yang diperlukan dan boleh terus drop by kat pejabat pos...senang kan...


Ni saya nak bagitahu ni kat korang...Dengar baik-baik tau...yang dah tahu tak payah cakap "eleh...takkan tak tahu" ... ni saya nak bagitahu pada yang baru firstime nak buat pengeposan ke luar negara...Kalau korang nak gunakan perkhidmatan FlexiPack korang digalakkan untuk beli tracking number...

WAJIB BELI UNTUK BALIK KAMPUNG BERAYA!!!
KLIK SINI UNTUK BELI!!!

FlexiPack ni hanya sekadar plastik untuk pos macam kita pos kad raya kat kawan-kawan tu...tampal je setem pastu pos...Kalau korang rasa nak lebih terjamin better korang beli tracking number supaya korang boleh kesan kedudukan barang korang @ sebagai rujukan untuk customer


Tapi......


Kalau korang rasa taknak guna tracking number korang tak perlu beli...Itu tak jadi masalah...Pos malaysia tetap akan bertanggungjawab untuk menghantar kiriman korang...Cuma kita tak dapat nak trace barang kita berada dimana...perlu pasrah menunggu hehehe...


Kalau korang adalah orang bisnes...nak hantar barang kepada customer,saya nasihatkan better korang guna tracking number...kang kalau customer meroyan barang tak sampai minta claim...padahal barang sampai...siapa nak tanggung??? Krik krikkkk...Menagislah korang kat tepi peti ais sensorang...


CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK

Taraaaa...ni dia tracking number yang korang kena beli...Harganya RM4.60 je...nanti korang kena tulis detail penerima kat bahagian belakang tracking number tu...Korang nampak tak nombor yang tegak tu? Haaa itulah tracking number yang korang jadikan rujukan nanti...Korang cabut sticker yang ada tulis "recommande" tu dan tampal di ruang petak yang ada kat plastik FlexiPack tu...

CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK

Ni rupanya tracking number yang korang dah cabut tadi...Yang ini korang kena simpan baik-baik...nanti kalau dah sampai barang tu baru boleh buang...Tapi kalau nak buat collection pun apa salahnya...untuk tatapan generasi korang...nanti cucu korang tanya...nenek..nenek...nenek hantar barang ke luar negara ni untuk siapa?...ada gak bahan nak bercerita tua-tua nanti kan...hehehe...merepek dah ni...

CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK

Macamni rupanya saya tulis...guna pen marker yang permenant lagi sebab takut barang tak sampai...huhuhu...Korang nampakkan sebelah butiran penerima tu ada kotak kosong besar...kat situlah korang perlu lekatkan tracking number...Bila dah settle semua korang boleh terus drop by kat kaunter...tak payah beratur...korang letak je kat tempat yang selalu orang letak parcel pos laju tu...nanti pandai-pandai lah akak@abang pejabat pos tu ambil dan asingkan mana yang local mana yang international kan...


Tapi kalau korang takut ada yang tak lengkap@kurang yakin betul ke tidak apa yang korang buat, korang boleh je terus pergi kat tepi kaunter tu korang bisik je kat akak tu bagitahu tolong check kejap parcel korang lengkap ke idok...



WAJIB BELI UNTUK BALIK KAMPUNG BERAYA!!!
KLIK SINI UNTUK ORDER!!!

Jangan risau dia tak akan suruh ambil nombor hokeyyy...Tapi janganlah setiap kali nak pos nak tanya...bila dah tahu tu korang sematkan betul-betul dalam otak supaya nextime dah tak perlu nak susah payah bertanya lagi...

FlexiPack ni ibarat macam pos biasa tau...Murah kan...takkan nak murah tapi nak sampai cepat...mesti ambil masa yang panjang lebih kurang 6-9hari gitu...habis lama 2 minggu kalau ada masalah kat kastam...Depends on situation la juga...

Apa-apapun kalau korang dah ikut setiap langkah yang di ajar In Sya Allah barang korang akan sampai dengan selamat mengikut masa yang ditetapkan. Korang tunggu jela penerima bagi khabar gembira barang yang korang pos dah sampai...Kalau korang nak check hari-hari tracking number tu pun takde masalah hehehe...





KAT MANA NAK BELI FLEXIPACK NI???

Ayakkk...FlexiPack ni korang boleh beli kat pejabat pos sahaja....tempat lain takde jual

Oklah...rasanya cukup lengkap dah penerangan yang saya berikan...kalau korang tak faham korang boleh tanya @ korang terus check it out kat  INTERNATIONAL FLEXIPACK untuk lebih detail terperinci. Semoga perkongsian CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK ini memberi manfaat kepada korang...Kalau tak dapat banyak dapat kenal FlexiPack pun dah kira ok dah tu huhuhu...Terima kasih sudi kunjungi zuraini.com dan jumpa lagi next celoteh...



Dah dapat order dari luar negara??? 

AMARAN KERAS!!!
Sila pastikan anda bukan mangsa penipuan antarabangsa...

Wassalam



Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :



PROGRAM E-USAHAWAN PONTIAN

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Lama dah tak bersiaran akibat dari kekangan masa yang selalu cemburu dengan saya bila saya nak start menaip...Kalau ikutkan hati nak mencoret kat sini setiap hari..Nak share aktiviti homemade saya untuk tatapan orang lain tapi tidak kesampaian...Tapi harini saya kuatkan semangat untuk tulis sebab saya dah buat target untuk update blog setiap hari...tapi tak tahu la berjaya @ tak nak archive target tu huhuhuhu...Harini saya nak share cerita saya pergi ke PROGRAM E-USAHAWAN hari ahad yang lepas

PROGRAM E-USAHAWAN

Saya dah daftar untuk join PROGRAM E-USAHAWAN dari awal tahun lepas lagi... Saya memang suka join any seminar yang berkaitan dengan usahawan ni sebab saya berpeluang timba ilmu keusahawanan...Atleast adalah ilmu sikit untuk bekalan saya buat bisnes...Kalau takde ilmu susah juga kan...Setelah setahun lebih menunggu akhirnya saya berpeluang join PROGRAM E-USAHAWAN ni...

PROGRAM E-USAHAWAN

PROGRAM E-USAHAWAN ni diadakan di Pontian...tapi saya duduk di Simpang Renggam...agak jauh juga untuk saya ke sana tapi demi untuk menimba ilmu saya beranikan diri untuk drive seorang diri ke sana... sebab saya seorang sahaja peserta dari simpang renggam,kalau ada yang dari area sini memang adalah kawan untuk pergi sama-sama...tapi apakan daya huhuhu....firstime jalan jauh sorang-sorang...

PROGRAM E-USAHAWAN ini bermula jam 9pagi dan berakhir pada jam 6.30 petang...Bagi saya terlalu banyak ilmu yang ditaburkan oleh Coach Azs yang tak lokek ilmu tentang selok-belok bisnes online...Semua di ajar dari A hingga ke Z...Kalau ikutkan hati saya memang banyak lagi yang saya nak tanyakan dari Coach tapi masa tidak cukup untuk kami terus menadah telinga...

PROGRAM E-USAHAWAN

PROGRAM E-USAHAWAN ni bertujuan untuk memberi info @ mengajar usahawan/bakal usahawan/yang berminat untuk berniaga tentang ilmu perniagaan online...Cuba korang tengok modul yang di ajar sepanjang PROGRAM E-USAHAWAN ni...semuanya berkaitan dengan perniagaan atas talian..Dan...yang bestnya Coach Asz bukan ajar yang tertulis dalam modul sahaja...dia share lebih banyak ilmu yang saya belum tahu sebelum ini...Alhamdulillah tak sia-sia saya datang...

PROGRAM E-USAHAWAN
Semua orang tekun mendengar Coach Asz mencurahkan ilmu

Saya bersyukur sangat sebab diberi peluang untuk join PROGRAM E-USAHAWAN ni...Kalau korang nak tahu PROGRAM E-USAHAWAN ni percuma...Tak perlu bayar apa-apapun...Cuma kita perlu hadirkan diri dan beri komitmen sepenuhnya sepanjang tempoh seminar dijalankan...Itu sahaja...Makan tengahari disediakan dan petang sebelum balik ada salah seorang peserta sponsor air kurma madu untuk kami semua...Terima kasih kepada yang sponsor tu....

PROGRAM E-USAHAWAN ini adalah usaha kerajaan Malaysia dan MDEC untuk meningkatkan taraf ekonomi negara melalui perniagaan online. Siapa kata orang yang tidak berkerja tak boleh dapat gaji...tak boleh ada income...Inilah salah satu manfaat PROGRAM E-USAHAWAN untuk membantu mereka-mereka yang berminat nak buat income secara online terutamanya surirumah yang tidak berkerja...Bukan semua orang pandai selok belok bisnes online ni,sebab tu kerajaan nak bantu bagi ilmu supaya senang kita nak berniaga...

PROGRAM E-USAHAWAN

Jangan pula cakap PROGRAM E-USAHAWAN ni khas untuk surirumah sebab semua warganegara Malaysia layak untuk menyertai PROGRAM E-USAHAWAN ni,janji korang ada minat nak meningkatkan taraf hidup korang ke level yang lebih baik...Minat nombor satu dan yang keduanya mesti praktikkan apa yang di ajar sebab kalau minat je tapi tak buat apa-apa memang sia-sia jela korang pergi seharian duduk dalam seminar tu...Rugi je ilmu free...Kalau kat luar perlu bayar paling minimum RM500 untuk satu kelas seperti PROGRAM E-USAHAWAN ni taw...

Kalau korang pergi PROGRAM E-USAHAWAN ni jangan lupa bawa kelengkapan tau...maksud saya korang perlu bawa smartphone korang tu sebab dalam kelas nanti akan ada praktikal...masa tu memang perlu guna telepon korang tuh...Kalau yang ada laptop tu bawa sekali sebab lebih mudah korang nak buat kerja...Sebab kebanyakkan slide ditunjukkan dalam versi desktop...Tapi kalau yang takde laptop tu janganlah sedih...handphone pun boleh guna...jangan risau...yang paling pentig siapkan diri untuk beri komitmen semasa dalam kelas hokeyyyy....

Alhamdulillah...Apa-apapun saya bersyukur dengan ilmu yang diberikan dan saya akan menggunakan ilmu itu sebaik-baiknya untuk archive target jualan saya...Semoga kawan-kawan PROGRAM E-USAHAWAN yang lain juga dapat menggunakan semua ilmu yang kita dapat dengan lebih sempurna...Pesan saya kepada sesiapa yang berpeluang dipanggil untuk menghadiri PROGRAM E-USAHAWAN ni janganlah korang tolak melainkan ada hal yang lebih penting daripada itu sebab rugi kalau korang tak rebut peluang keemasan ni...

Ada tak yang nak join program ni??? Kalau korang nak join korang boleh daftar di link yang saya letak kat bawah ni ya...Jangan risau pendaftaran percuma...program pun percuma....Korang daftar dan tunggu je nama korang dipilih...Mereka akan hubungi korang sendiri kalau nama korang terpilih...


PROGRAM E-USAHAWAN

Kepada Coach Asz dan fasilitator En. Syahril terima kasih yang tidak terhingga atas komitmen yang terbaik diberikan kepada kami selaku peserta PROGRAM E-USAHAWAN di Pontian...Rasanya cukup setakat ini perkongsian saya tentang PROGRAM E-USAHAWAN...Usai program sempat saya berselfie dengan Puan Norazlina @ Coach Asz untuk kenangan dan sebagai pembakar semangat saya untuk teruskan perjuangan hehehe...Terima kasih kepada yang sudi singgah disini dan jumpa lagi next entry...

Wassalam


LIRIK LAGU SUMAYYAH HIJJAZ

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Korang mesti pernah dengar lagu sumayyah...Ada tak yang bila dengar lagu ni nak ulang-ulang banyak kali???Kalau ada yang macamtu meh sepp dengan saya sebab saya pun macamtu sampai naik lancar dah LIRIK LAGU NASYID SUMAYYAH HIJJAZ...Dari zaman anak dara sampai dah beranak pinak masih lagi jadikan lagu Sumayyah sebagai sumber inspirasi hidup saya


LIRIK LAGU SUMAYYAH HIJJAZ

Lagu Sumayyah ni menceritakan kisah ketabahan seorang wanita yang dianggap wanita terbaik sebaik manusia kerana rela nyawanya diambil demi mempertahankan agama Allah...Betapa mulianya hati Sumayyah tak tergambar dengan kata-kata. Setiap kali dengar LIRIK LAGU SUMAYYAH HIJJAZ mesti terasa meremang bulu roma dan menitis airmata dek terlalu menghayati kehebatan wanita bernama Sumayyah

Sementara saya nak sambung cerita jom kita layan LIRIK LAGU NASYID SUMAYYAH HIJJAZ ni...

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

(Chorus)
Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga di sana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumayyah kau dibunuh di dunia sementara
Untuk hidup di syurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah


Bila korang baca lirik ni korang hayati dengan sepenuhnya maksud yang tersurat dan tersirat dalam LIRIK LAGU SUMAYYAH HIJJAZ ni sure akan membuat hati meruntun...rasa nak nangis dan bangga sebab seorang wanita yang menjadi hebat semata-mata kerana ketaatan kepada Allah...Tiada kata-kata hebat yang boleh diberikan kepadanya...hanya Allah yang layak memberi ganjaran syurga untuk selama-lamanya buat Sumayyah

Saya ingat lagi masa malam pertama konsert Gema Gegar Vaganza kumpulan Hijjaz mengalunkan LAGU SUMAYYAH...Masa tu saya tengok live depan TV taw(hehehe...depan tv je pon)...berjurai-jurai airmata...tak tahu kenapa rasa terkesan sangat dalam diri ni...Saya ingat saya sorang je fefeeling gitu...penonton yang tengok live pon terkedu...Yang paling tersentuh juri tetap GGV tu sendiri iaitu Oki Setiana Dewi sebak mendengar kisah Sumayyah sehingga mengalirkan airmata

Siapa yang tak kenal Sumayyah? Dalam pendidikan islam disekolah pun ada dimasukkan tajuk Sumayyah sebagai srikandi islam yang mempertahankan agama Allah...Sebenarnya cerita Sumayyah nampak agak simple tetapi maksudnya pengorbanan itu mampu memberi pengajaran dan semangat

Apa-apapun dari dulu hingga kini saya menjadikan Sumayyah sebagai idola saya yang mampu membakar semangat walaupun ceritanya tinggal sejarah tetapi namanya tetap diingati dan semangatnya menjadi tauladan. Jom layan lagu ni...

Oklah ini sahaja perkongsian video dan lirik lagu Sumayyah yang menjadi lagu yang paling saya suka...Terima kasih sudi singgah disini dan jumpa lagi ya...Nak layan lagu ni jap hehehe

Wassalam

TIPS MENAHAN LAPAR KETIKA PUASA

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Harini adalah hari ke-18 semua umat islam sedunia berpuasa. Bermacam dugaan yang dilalui dan dugaan yang paling besar adalah menahan lapar dan dahaga....Harini saya nak kongsi cara agar tahan puasa ketika di bulan ramadhan

TIPS MENAHAN LAPAR KETIKA PUASA

Biasanya orang perempuan akan meletakkan satu target puasa sambil diet. Sebab  nanti di pagi raya nak pakai baju cantik mestilah nak nampak langsing dan bergaya kan...so bolehlah gunakan puasa ni sebagai salah satu tips puasa sambil diet...hahahaha...harap-harap berjayalah diet kita kan...

Tips yang saya nak kongsikan harini adalah cara saya sendiri guna sepanjang ramadhan sebab saya ada masalah gastrik. Tetapi setelah saya apply tips ni alhamdulillah saya tiada masalah gastrik sepanjang saya menjalani ibadah puasa dibulan ramadhan

TIPS MENAHAN LAPAR KETIKA PUASA

Inilah menu wajib saya minum selepas ambil hidangan sahur saya. Minuman ini mampu membuatkan saya rasa kenyang sepanjang hari ketika berpuasa. Selain itu ia membantu saya mengelak dari diserang gastrik yang menghantui saya setiap kali bulan puasa

Tadi saya ada terbaca satu artikel tentang cara elakkan rasa haus ketika berpuasa. Bagi elakkan rasa haus @ kering ketika berpuasa kita perlu elakkan makanan yang masin ketika bersahur kerana garam yang berlebihan akan mengeringkan badan kita yang akan mengakibatkan kita cepat rasa haus. Makanan yang sesuai kita ambil ketika bersahur adalah dari jenis kekacang,oat,kurma,sayur,buah dan benda yang manis

TIPS MENAHAN LAPAR KETIKA PUASA

Saya nak share resepi ringkas minuman wajib saya ni untuk korang cuba...In Sya Allah korang akan lebih bertenaga untuk mengharungi ibadah puasa korang.Tiga bahan sahaja yang saya gunakan iaitu Oatmeal,kurma dan air panas...Cara-caranya ambil 5@7 biji kurma dibuang biji masukkan kedalam cawan dan letakkan air panas...Hancurkan kurma sedikit menggunakan sudu dan letak oatmeal sebanyak 4 sudu( terpulang pada korang nak letak lebih@kurang ) Kacau sehingga sebati dan boleh terus minum

Resepi yang saya bagi ni korang tak perlu dah nak tambah susu@gula sebab memang dah lengkap dah rasa manisnya yang original dari kurma. Hidangan ini juga terselit diet yang bagus untuk kesihatan sebab oatmeal ni bagus untuk membuang kolestrol dalam darah disamping memelihara kesihatan jantung kita

Kurma yang dalam gambar ni memang kurma pilihan saya yang terbaik sebab belum pernah jumpa isi yang tidak elok lagi seperti yang orang ramai viral kurma busuk tu...Saya yakin je nak terus makan tanpa kopek dulu...rasanyapun sedap dan lembut walaupun harganya agak mahal...hehehe

Tips menahan lapar ketika puasa ni bukan khas untuk bulan puasa je tau...Kalau bukan bulan puasa pun korang boleh gunakan cara ini untuk diet...Korang jadikan menu ini sebagai hidangan pertama setiap hari selepas korang subuh...

Dan yang bestnya korang boleh jadikan resepi ini sebagai menu utama korang...Maksudnya kalau korang memang tengah nak diet kaw-kaw tu korang tak perlu makan pil kurus...korang ambil menu ni sebagai pengganti makanan utama korang...In Sya Allah korang akan dapat hasilnya...

Begitulah sedikit tips tahan lapar dibulan puasa yang saya gunakan sejak 1 ramadhan sehingga harini dan ia menjadi dengan saya. Saya tiada rasa kering dan lembik sepanjang hari. Kepada ibu-ibu yang ada masalah merekrut anak untuk berpuasa boleh try tips ni kepada anak-anak supaya mereka lebih bertenaga untuk kesekolah masa bulan puasa ni. Terima kasih sudi baca artikel saya...Jumpa lagi next entri...

" SEMOGA PUASA KITA DITERIMA ALLAH"

Wassalam

PENGALAMAN ANAK LAMBAT BERCAKAP

Bismillah...
Assalammualaikum semua...harini agak lewat saya buka blog untuk story mory sebab tak berapa sihat akhir-akhir ni...Cuaca panas sangat lebih-lebih bulan puasa buatkan migrain saya selalu berdamping...Harini saya nak cerita pasal bila anak lambat bercakap yang benar-benar dialami oleh saya sendiri...Ikuti cerita pahit getir BILA ANAK LAMBAT BERCAKAP

Saya punya anak yang lambat bercakap walaupun usianya sudah menginjak 6 tahun tetapi masih belum dapat membuat ayat...Perkataan yang dia tahu pun tidak banyak...Tetapi setakat hari ini dia dah kenali semua anggota badannya....Alhamdulillahhh...berkat kami suami isteri yang tak pernah jemu mengajar walaupun acapkali tidak diendahkan

PENGALAMAN ANAK LAMBAT BERCAKAP

Sebelum ni saya pernah ceritakan tentang anak saya ni...Namanya Ammar...Ammar ada masalah lambat bercakap. Saya mula sedar Ammar tidak bercakap sejak umurnya 2tahun tetapi saya anggap itu adalah normal sebab ada yang cakap anak lelaki lambat bercakap...So saya anggap ini adalah perkara biasa dan saya cuma menunggu saatnya Ammar mula bercakap

Tunggu punya tunggu saya kecewa sebab saban tahun Ammar masih tidak tunjukkan minat untuk bercakap walaupun kami bercakap dengannya. Kami bercakap dengannya seolah-olah mencurah air ke daun keladi...Ammar langsung tidak peduli dengan kami...Ammar buat hal dia je...sedih sangat...Kami mula risau sebab anak lambat bercakap



TANDA ANAK LAMBAT BERCAKAP
Kepada ibu bapa diluar sana saya nasihatkan supaya ambil lebih perhatian kepada anak-anak ketika mereka sampai di stage mula bercakap kerana ini adalah saat yang paling penting untuk kesan anak lambat bercakap. Seeloknya kita dapat kesan dari awal supaya kita dapat cari cara mengatasi masalah anak lambat bercakap. Tips untuk mengesan anak lambar bercakap mudah sahaja bila sampai tahap masa sepatutnya seorang kanak-kanak bercakap sedangkan anak kita masih tidak bercakap kita perlu lakukan sesuatu seperti mendapatkan nasihat doktor dan sebagainya

CIRI-CIRI ANAK LAMBAT BERCAKAP
Mengikut pengalaman saya anak yang lambat bercakap akan kurang menunjukkan minat untuk berinteraksi dengan sesiapapun termasuk ibubapanya sendiri. Apabila kita bercakap dengannya mereka tidak fokus atau langsung tidak pandang ke arah orang yang bercakap. Lagi satu mereka tiada minat untuk berkawan dengan sesiapa walaupun dengan adik beradik sendiri. Mereka lebih suka menyendiri

PUNCA ANAK LAMBAT BERCAKAP
Bagi pendapat saya antara penyebabnya anak lambat bercakap ada kemungkinan disebabkan kita kurang berinteraksi dengannya sejak kecil. Mengikut pengalaman saya,ketika Ammar kecil saya jarang berinteraksi dengannya atas sebab berkerja....Saya tak punya masa dengannya...Hidupnya lebih banyak dihabiskan dengan pengasuh yang menjaga bayi lain juga ketika itu. Ketika Ammar berumur 20bulan saya berhenti kerja dan baru saya sedar yang saya dah terlepas sesuatu yang berharga iaitu kominikasi yang perlu saya terapkan padanya sejak dia bayi...Untuk pengetahuan semua...komunikasi dengan bayi seawal ketika dalam perut sangat penting untuk perkembangan otak bayi tersebut. 

MENANGANI ANAK LAMBAT BERCAKAP
Sekiranya ibubapa diluar sana perasan anak lambat bercakap boleh segera bawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk mendapatkan nasihat daripada pegawai perubatan. Mereka akan buat siasatan dahulu sebelum dirujuk kepada pakar sekiranya anak tersebut perlukan rawatan. Sebagai ibu bapa kita harus peka dengan perkembangan anak dan ambil tahu kenapa anak lamabt bercakap. Kita perlu mengikuti beberapa prosedur untuk mendapatkan rawatan untuk anak lambat bercakap

PENGALAMAN ANAK LAMBAT BERCAKAP

Surat buat Ammar daripada JKM untuk ambil kad OKU dah sampai...Oleh kerana kegagalan saya memberi perhatian kepada anak semasa Ammar kecil membuatkan saya menerima padahnya. Saya redha dengan ketentuan Ilahi...Ini akan menjadi pengajaran untuk saya

Saya menyeru kepada semua ibubapa diluar sana jangan mengambil enteng dengan perkembangan anak-anak kita. Nampak seperti perkara kecil sahaja tetapi bakal memberi kesan yang besar jika kita sendiri tidak ambil serius dengan perkara ini. Buangkan rasa malu punya anak istimewa kerana bagi saya itu adalah satu anugerah ALLAH  yang tidak ternilai

Saya mengaku saya kurang berkomunikasi dengan Ammar sejak dia bayi sebab saya terlalu pentingkan kerja...Bukan maksudnya saya tak pentingkan Ammar tetapi masa saya lebih kepada kerja kerana saya dianggap penting ditempat kerja suatu masa dahulu sehinggalah saya terpaksa berhenti kerja kerana berpindah...

Bila saya dah tak kerja dan hadap Ammar 24 jam baru saya sedar apa yang saya lakukan sebelum ini adalah salah..Tetapi masa tak dapat nak ubah...semuanya salah saya...sayalah punca anak lambat bercakap...Ya Allah...sedihnya hati...Ammar terpaksa harungi semua ini sebab kecuaian kami

Sekarang Ammar masih dapatkan rawatan untuk anak lambat bercakap di klinik kesihatan dan hospital. Ammar dah pun mulakan sesi persekolahan di sekolah pendidikan khas supaya dia lebih dapat perhatian dan bimbingan yang sepatutnya daripada guru yang terlatih mendidik anak istimewa sepertinya

Maafkan ibu Ammar sebab telah gagal untuk menjaga Ammar ketika Ammar perlukan ibu dulu...Ibu mengaku ibu yang salah...Ibu sibuk dengan kerja...Pagi pergi kerja Ammar tidur lagi ...Malam ibu balik Ammar dah pun tidur...Butanya ibu masa tu...Ibu lupa diri semata-mata kerana kerja...ibu lupa yang Ammar perlukan ibu..Tapi sekarang semuanya dah terlambat...ibu dah tak boleh ubah apa-apa lagi...Cuma ibu mampu menjaga Ammar dan mengajar Ammar untuk berdikari...Ibu janji akan jaga Ammar sebaik mungkin sampai Ammar kenal siapa Ibu dan Ayah...sehingga Ammar kenal dunia ini...Maafkan Ibu Ammar...Ibu berdosa pada Ammar...Ibu doakan Ammar akan cepat mengerti apakah erti kehidupan ini...Maafkan ibu Ammar...Ibu akan sentiasa menanti saatnya Ammar akan pulih seperti biasa

Hati saya sentiasa disaluti rasa bersalah terhadap Ammar sehingga kini. Saya sangat berharap agar suatu hari nanti Ammar akan faham tentang kehidupan ini dan sedar tentang kewujudan ibunya ... Ya Allah ...besar sungguh dugaan buatku...Aku pasrah ya Allah...Jika ada yang mengalami masalah seperti saya cepatlah bertindak sebelum terlambat...Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian mengatasi anak lambat bercakap...Terima kasih kepada yang sudi baca cerita PENGALAMAN ANAK LAMBAT BERCAKAP (AMMAR)

Wassalam



JUADAH BERBUKA HARI PERTAMA BERPUASA

Bismillah...
Assalammualaikum kepada semua umat islam yang berpuasa harini...Harini adalah hari pertama umat islam seluruh dunia menjalani ibadah puasa. Biasanya hari pertama memang layu sikit...Hehehe...Apa JUADAH BERBUKA HARI PERTAMA BERPUASA korang harini?

 Hari pertama puasa saya dikirimkan ujian sakit kepala akibat migrain dari selepas sahur hingga sekarang dah nak berbuka dah...Tapi saya anggap itu adalah ujian buat saya...Mungkin orang lain ujiannya dalam bentuk lain pula kan...

Saya bersyukur sebab saya dapat mengatasi ujian ini dengan cara menyibukkan diri buat sesuatu yang saya suka untuk melupakan migrain tuh...Dan sebab itu jugalah harini macam tertinggal bas juga untuk tulis entri ...orang lain dah kebintang saya masih lagi kat bumi huhuhuhu

Harini saya tengok banyak sungguh posting pasal juadah berbuka puasa. Buka facebook je gerun tengok pelbagai makanan yang mereka post...tak berani saya nak lama-lama dalam facebook sebab saya ni jenis kuat makan ...

Pastu perut pula jenis yang suka merengek...Nampak je makanan sedap mulalah submit form kat hati suh pilih makanan mana yang sedap...adoiiii...itu yang saya tak larat,nanti banyak ceritanya...baik saya jangan tengok je makanan tuh...hehehe

JUADAH BERBUKA HARI PERTAMA BERPUASA


Jom layan story saya JUADAH BERBUKA HARI PERTAMA BERPUASA. Korang jenis suka beli kat bazar ramadhan ke suka masak sendiri? Saya tengok orang sekarang lebih suka beli je kat bazar ramadhan sebab lebih mudahkan...lebih-lebih lagi awal puasa ni ramai yang berebut-rebut berniaga kat bazar ramadhan....tapi bila dah hujung-hujung puasa nanti mesti dah rongak-rongak gerai kat bazar tu kan...hehehe

Saya adalah seorang yang paling tak suka tempat crowded. Maka,sepanjang ramadhan memang saya tak akan pergi bazar ramadhan dan anak-anak saya pun tak tahu bazar ramadhan tu apa...hehehe

Lagi satu alasan saya tak dapat pergi bazar ramadhan sebab saya tak pandai nak pilih makanan dan takut terikut nafsu bila membeli...Lagipun agak sukar untuk saya heret anak-anak saya semua ke bazar sebab faham-faham jela anak semuanya hero,bukan reti nak control cute ala-ala princess gitu...Kang tak pasal-pasal diorang yang berjual kang...haru

JUADAH BERBUKA HARI PERTAMA BERPUASA

Harini saya buat lauk kari ayam dengan telur masin je untuk makan berbuka...Simple-simple je...lauk ni kitorang makan untuk berbuka dan bersahur nanti...senang kan...sekali masak je...Kami dah terbiasa minum air dengan kurma dulu waktu berbuka. 

Lepas solat maghrib baru kami makan nasi,so tak sempat kami nak makan juadah lain dah...Sebenarnya saya teringin nak makan sambal sardin tapi suami request kari ayam,maka saya dulukan selera sang suami dulu esok baru selera saya pula...

Hidangan ini cukup untuk kami sekeluarga menikmati ketika berbuka puasa. Syukur dengan rezeki yang Allah kirimkan buat kami sekeluarga sebagai JUADAH BERBUKA HARI PERTAMA BERPUASA 

Pesan saya buat kawan-kawan semua,tak perlulah kita mengikut hawa nafsu ketika membeli di bazar ramadhan sebab semua itu adalah godaan syaitan yang ingin menyesatkan.Tak salah kalau nak membeli tapi asuh diri untuk membeli secukupnya dan elakkan pembaziran

Sampai berjumpa lagi...Selamat menunaikan tarawih malam ke-2. 

Wassalam


BLOG ZM BEAUTY IN PROGRESS - ORANG BERNIAGA WAJIB ADA BLOG

Bismillah...
Assalammualaikum...
"Selamat hari Ibu" kepada semua kaum ibu diluar sana. Pengorbanan seorang insan bergelar ibu terlalu tinggi martabatnya dan tidak boleh dipertikaikan keunggulannya di mata dunia. Maka,sebagai seorang insan kita wajib memberi penghargaan yang tiada tandingan kepada insan yang digelar ibu...Teremosi kejap dengan cerita pengorbanan seorang ibu melahirkan insan ke muka bumi. Harini saya tiada aktiviti pemprosesan produk,so...harini kerja saya hanya update blog ZM BEAUTY, dan masih dalam proses pembinaan hehehe..."BLOG ZM BEAUTY IN PROGRESS"

BLOG ZM BEAUTY IN PROGRESS - ORANG BERNIAGA WAJIB ADA BLOG


Sebenarnya blog ZM BEAUTY ni dah lama dibina tetapi kerana kecelaruan fahaman mengenai fungsi blog saya telah merosakkan reputasi blog tersebut. Dah macam pasar malam dah blog tu jadinya sebab saya terikut-ikut dengan blog yang carca marba....Semua cerita saya masukkan sampai kadang tu tiada kaitan pun dengan konsep blog ZM BEAUTY tu. Inilah akibatnya kalau belajar takde guru hehehe

 Oleh hal yang demikian saya berhasrat untuk repair balik blog tersebut untuk menjadikan blog tersebut khas untuk info mengenai produk ZM BEAUTY. Nampak sangat kan saya ni betul betul naif tentang blog huhuhu...Saya mengaku yang saya memang tak pandai bab bab blog...memang buta IT sungguh...tapi saya mencuba untuk buat sesuatu untuk saya perkenalkan produk organik homemade saya kepada orang...Tak salah kan???

Macam orang selalu kata,kita nak berjaya mesti berani mencuba...Selagi kita tidak melakukan kesilapan kita tidak akan sedar yang kita buat silap. Haaaa inilah contohnya yang saya sedang hadapi...Kalau saya tak cuba saya tak tahupun...daripada percubaan sayalah berlakunya pelbagai kesilapan dan kesilapan itulah yang mengajar saya untuk menjadi lebih baik. Kepada kawan-kawan yang berada diluar sana,jangan la korang takut untuk melangkah ke hadapan...korang kena mencuba...kerana selagi korang tak melangkah korang tidak akan tahu apa yang menanti dihadapan korang...Mungkin kejayaan dan mungkin juga kegagalan...Tapi jangan korang selalu berfikiran negatif kerana orang yang berfikiran negatif ni tidak akan kemana-manapun. Kehadapan tidak...kebelakang pun tidak...rugi masa je kan hehehe...

Blog ZM BEAUTY masih dalam pembinaan...Banyak lagi benda yang perlu diperbaiki. Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk meletakkan info dan harga produk saya disana untuk dijadikan sebagai tester. Sayakan buat perkhidmatan membuat jenama sendiri,kalau korang berminat nak bekerjasama dengan saya korang boleh beli dulu untuk testing dan kalau kena dengan citarasa korang bolehlah kita berjabat tangan hehehe...Kepada organik lover diluar sana yang berminat bolehlah jenguk jenguk blog saya. Harga yang saya tulis tu murah berbanding harga yang korang boleh jual sebab saya jual lebih kepada menjual untuk testing 123 hehehe...

KENAPA ORANG BERNIAGA WAJIB ADA BLOG ?
Saya cerita ringkas je tau pasal persoalan di atas. Orang yang berniaga wajib ada blog sebab blog mempunyai satu kuasa yang besar berbanding media sosial lain.Blog adalah satu channel dibawah kuasa google. Kebanyakan pencarian di google akan berakhir diblog mengikut apa yang mahu dicari. Blog tiada hadnya untuk dibaca oleh semua orang dari setiap penjuru dunia. Berbanding dengan media sosial lain sebagai contoh facebook mempunyai had seperti yang kita setting...kalau kita setting untuk friend sahaja maka hanya friend sahaja yang boleh tahu apa yang ingin kita warwar kan...

Orang yang berniaga perlu perkenalkan produk @ apa yang dijual secara meluas,maka blog adalah jawapan untuk mereka yang berbisnes. Orang yang guna facebook,IG dan sebagainya juga memerlukan google(blog) untuk mencari informasi. Maka saya rasa blog memang wajib ada oleh mereka yang berniaga untuk membantu mereka memperluaskan dan memperkenalkan produk mereka kepada umum. Dan yang paling syok nak cerita adalah orang yang nak guna blog tak perlu keluar duit...Semuanya free...korang search je cara-cara nak buat blog...Ramai otai-otai blog yang baik hati share tutorial buat blog dari A-Z. 

Blog akan memudahkan korang untuk memperkenalkan perniagaan korang kepada orang. Blog juga akan menampakkan perniagaan korang lebih profesional walaupun korang hanya buat di dalam bilik tidur korang sambil enjut anak korang dalam buaian hehehe...Blog juga dapat menjana pendapatan secara tak sengaja kalau korang layak menjadi pengiklan Adsense...Haaaa...banyak sungguh kebaikan mempunyai blog ni terutama bagi merka yang berniaga. Itu baru sikit saya tulis taw...ada banyak lagi korang boleh baca kat blog-blog sifu...

Kepada mereka yang berniaga tetiba tersangkut pula masuk dalam blog saya dan terbaca pula entri ni bolehlah bermula untuk buat blog seperti saya. Kalau dah ada blog abaikan ajakan saya ini. Tak perlu hebat-hebat sangat. Bermula dulu dari bawah...Saya pun bukan hebat sangat...baru nak bermula dan masih banyak yang perlu belajar...Kita sama-sama belajar ye...

Inilah sedikit ilmu yang dapat saya selitkan untuk hari ini. Kepada yang berminat untuk mencuba produk oraganik homemade saya boleh tengok di SINI @ whatsapp je saya terus. Terima kasih kepada yang berhenti singgah disini. Jumpa lagi kalau ada kesempatan...

Wassaalam