ZURAINI.COM

Image
Showing posts with label BALSEM HOMEMADE. Show all posts
Showing posts with label BALSEM HOMEMADE. Show all posts

MANFAAT GARLIC BALM HOMEMADE

Bismillah dan Assalammualaikum semua. Syukur Alhamdulillah saya masih disini...di bumi Allah...masih diberi peluang untuk menghirup udara setakat harini...Harini saya nak update pasal satu produk homemade saya yang semakin hari semakin orang minat nak ambil tahu. So,oleh kerana orang dah mula nak ambil tahu saya akan sekali lagi kongsikan MANFAAT GARLIC BALM HOMEMADE

MANFAAT GARLIC BALM HOMEMADE

Ini adalah garlic balm homemade milik saya sepenuhnya yang saya sendiri buat menggunakan kedua tangan saya dengan niat untuk mencari rezeki. Firstly saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi beli garlic balm homemade saya. Then yang keduanya saya nak bagitahu kepada semua bahawa mulai hari ini botol garlic balm homemade saya akan di tukar kepada yang lebih besar sedikit berbanding yang dalam gambar ini 

MANFAAT GARLIC BALM HOMEMADE


Ini adalah batch terakhir saya yang menggunakan botol size 20g. Batch yang terakhir saya proses baru-baru ini telah habis terjual semuanya dan buat masa sekarang saya kekeringan stok dan In Sya Allah stok akan kembali normal minggu hadapan. Korang kalau yang baru nak mencuba boleh terus whatsapp saya untuk beli @ korang boleh beli di market place yang saya telah upload semua produk saya disana. Ikut suka korang yang mana satu korang selesa. Korang boleh cari Garlic Balm Homemade di Lazada,Shopee,Avana,Carousell,Mudah dan My bazar dibawah jenama zm beauty

MANFAAT GARLIC BALM HOMEMADE

Buat pengetahuan korang saya jual garlic balm homemade by zm beauty dengan harga RM15 untuk 20gram ini dan selepas ini saya akan jual dengan harga RM25(update latest price 2018) untuk 30gram...Harga promosi pengenalan RM10 telah tamat dan jangan tanya lagi tentang harga promosi tu ye sayang-sayang semua

Baru-baru ni ada customer bagi feedback yang dia gunakan garlic balm homemade ni pada bisul dan alhamdulillah bisulnya cepat baik...Memang saya pernah dengar orang tua-tua cakap kalau nak bagi bisul cepat elok guna bawang putih,tapi tak sangka pula yang guna garlic balm juga bagi effect yang sama kan...hehehe terharu sat...

Garlic balm homemade ini dibuat menggunakan Extra Virgin Olive Oil taw...so korang tak perlu risau tentang keselamatan pada kulit baby korang sebab ia tidak panas. Sayapun tiada letak any essential oil sebab biasanya bukan semua baby sesuai dengan essential oil. So,saya lebih selesa menggunakan pure garlic sebagai bahan utama garlic balm homemade ini

MANFAAT GARLIC BALM HOMEMADE

Garlic balm ini adalah satu alternatif untuk merawati gejala batuk dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak tanpa ubat...Tapi saya rasa bukan hanya untuk mereka sahaja,orang dewasa juga sesuai menggunakannya sebab kami sekeluargapun menggunakannya dan tiada memberi apa-apa infection setakat ini. Pernah baru-baru ni anak saya hidung tersumbat dan tak dapat tidur,lepas saya sapukan garlic balm di dada,belakang,tapak kaki,sinus area dan ubun-ubun dia terus tidur lena sampai pagi

Alhamdulillah,ini adalah satu ikhtiar sahaja,sebab yang menyembuhkan bukan kita...kita sekadar berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita...kann...Bagi yang ada penyakit asma juga boleh amalkan garlic balm ini sebagai rawatan alternatif

MANFAAT GARLIC BALM HOMEMADE

Kat gambar atas ni saya ada selitkan MANFAAT GARLIC BALM HOMEMADE untuk tatapan korang. Apa yang saya sarankan baiklah kita gunakan ubatan tradisional yang natural sebelum kita membuka peluang kepada anak kita mengambil ubat-ubatan moden. Tak salah mencuba kerana ikhtiar tu wajib...saya tak sarankan baby untuk ambil ubat selsema @ batuk sebab ia sangat tidak sesuai di ambil oleh mereka

Anak istimewa saya dari kecil hingga umur 6 tahun tidak pernah ambil sebarang ubat dan dia seorang yang sihat...tapi yela kan...dia kan istimewa...anak syurga...pasti ada malaikat yang melinduginya. Kalau dia batuk @ selsema saya just apply garlic balm then dia akan sendiri recover. Alhamdulillah mungkin ia serasi dengan anak-anak saya

MANFAAT GARLIC BALM HOMEMADE

MANFAAT GARLIC BALM HOMEMADE

Ini adalah batch yang terakhir yang sempat saya ambil gambar sebelum saya pos. Tiba-tiba rasa sedih pula huhuhu...Lepas ni akan keluar botol yang baru...Semuanya sama cuma size sahaja berbeza. Terima kasih kepada seorang customer dari JB yang order 100 botol dan 50 botol dari Selangor...Terima kasih kepada semua yang sudi berurusan dengan saya. Saya harap garlic balm saya dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan

Terima kasih kerana sudi singgah di entri MANFAAT GARLIC BALM HOMEMADE...Saya doakan semua yang mencuba garlic balm homemade saya akan dapat kesembuhan dengan izin Allah s.w.t...kita jumpa lagi di lain masa okeyyy...Salam sayang dari saya
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH

Bismillah...
Assalammualaikum semua...Harini saya nak share beberapa tips untuk merawat bayi @ anak-anak yang dijangkiti virus selesema @ batuk dengan cara tradisional. Bila sebut tradisional semua orang tahu bahawa rawatan ini tanpa menggunakan ubat-ubatan moden...So...let's go...kita layan PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH ...hehe ingat bawang putih untuk masak je...

PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH
Bila bayi diserang selsema ibulah yang paling menghadapi masalah...Contohnya kalau anak saya selsema memang tak boleh tidur malam...saya perlu letak dia atas riba sambil peluk sampai ke pagi...bila letak atas tilam dia akan menangis macam kena pukul...Baby ni kalau dijangkiti selsema akan menyebabkan dia sukar bernafas dan kurang selera...Dan kalau selsema yang agak teruk akan menyebabkan keradangan,mata merah,rongga hidung membengkak yang akan mengakibatkan suhu meningkat dan demam



PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH



Petua anak selsema paling murah guna bawang putih...bukan hanya murah tetapi ia sangat mujarab dan selamat. Bawang putih mempunyai antiseptiknya yang tersendiri untuk mengubati selsema dan batuk pada kanak-kanak




Saya akan ajar bagaimana cara buat minyak bawang putih untuk bayi selsema. Cara ini saya sendiri dah cuba dan alhamdulillah ia berkesan jika diamalkan...Bukan sekali pakai terus baik ya...Tapi kalau Allah izinkan in Sya Allah sekali pakai dah berkesan...Wallahualam



PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH




Sangat mudah nak buat minyak bawang putih petua menghilangkan selsema bayi ni...Bahan yang diperlukan hanyalah bawang putih dan minyak...Saya cadangkan korang guna extra virgin olive oil sebab ia sesuai untuk guna pada kulit...Kalau guna minyak kelapa dara pun ok...Kalau tiada 2 minyak ni minyak masak pun boleh....

Cara nak buatpun tak susah...Korang letak minyak 5 sudu dalam bekas kecil kemudian ambil bawang putih dalam 5 ulas dan pecah-pecahkan bagi keluar getahnya dan masukkan dalam minyak tadi. Biarkan minyak dan bawang putih tadi bercampur...Lagi lama mereka bergaul lagi bagus







PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH



Lepas korang dah siap buat tu dah boleh terus guna...Ada orang yang suka bakar dulu bawang putih tu tapi saya tak bakarpun still mujarab petua ni...Pastikan korang nak pecah-pecahkan bawang putih tu guna peralatan yang bersih. Jangan main ketuk je kat mana-mana sat lagi selsema baik penyakit lain pula yang dapat...




Korang boleh beli grinder plastik yang kecil kat kedai standby kat rumah senang nak pecahkan bawang putih incase anak perlukan minyak bawang putih...hehehe...saya bagi cadangan je sebab saya memang standby dah 1...beli kat DIY baru RM15...ada yang lagi murah kalau tak silap


PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH



Cara guna minyak bawang putih ni mudah je...Korang boleh sapu dibahagian dada,belakang,rusuk dan tapak kaki...Pakaikan anak korang stoking bagi rasa hangat ...Kalau boleh amalkan setiap hari sebelum anak tidur...

Haritu saya pernah buat satu entri pasal PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH ni dan ada yang tanya cara mengatasi hidung tersumbat bila bayi selsema. Saya tiada cara yang tepat dengan citarasa korang tetapi saya ada cara yang saya sendiri guna bila saya menghadapi situasi hidung anak tersumbat akibat selsema



PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH

Bila hidung anak tersumbat memang saya tidak akan tidur sebab anak saya akan terhenti bernafas @ tersedak. Ini kerana bayi belum pandai nak tukar gaya bernafas...Dia tahu bernafas ikut hidung...menyusu ikut mulut...So,agak sukar untuk dia menghadapi situasi dimana dia perlu tukar bernafas ikut mulut bila hidung tersumbat huhuhuhu


RAWAT HIDUNG TERSUMBAT BAYI CARA SAYA 
Saya akan guna cara stim muka bayi guna wap air panas. Saya akan guna 2 jenis bahan samaada minyak kayu putih @ bawang putih. Caranya...masukkan air mendidih dalam besen kecil dan masukkan minyak kayu putih @ bawang putih kedalam air tadi. Kemudian halakan muka bayi pada wap yang sedang berkepul-kepul naik dek air panas tu...


Anak korang menangis??? Tak pe...Anak korang menangis kuat tanpa henti??? Tak pe...buat rawatan ni tak lama...dalam 5 ke 8minit je...sebab air dalam besen tu akan habis wap nya habis lah rawatan...Sebab apa saya cakap anak menangis takpe sebab kalau dia menangis lagi senang wap tu nak masuk dalam liang-liang sinusnya...



PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH





Korang akan tengok selsemanya meluncur-luncur keluar. In Sya Alllah selepas korang wapkan bayi korang dia akan selesa dan dapat tidur. Ini lah cara yang saya gunakan sejak anak pertama hingga anak ke 3...Alhamdulillah ia mujarab dengan anak-anak saya




AMARAN!!!

Sila pastikan korang pegang anak korang kuat-kuat masa nak wap kan mukanya...takut nanti dia tertepuk air panas dalam besen tu nanti...Macam saya bila nak buat rawatan ni saya akan gulung anak saya dalam kain batik siap-siap...dia tak boleh buat apa dah hehehe...

⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩
( Gambar botol lama )

PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH

Oleh kerana anak-anak saya adalah pengguna tegar minyak bawang putih saya telah ambil inisiatif untuk jadikan minyak bawang putih tu dalam bentuk bam @ garlic balm sebagai cara tradisional merawat bayi selsema. Sebab saya ni pemalas sikit nak buat minyak bawang putih ni pastu bila nak sapu tu menitis-nitis...Nampak kepayahannya di situ...lagi-lagi saya ni jenis semua nak cepat...So,saya jadikan balm yang mudah digunakan...tak akan menitis dan selamatttt...

Garlic balm ni saya hanya gunakan minyak extra virgin olive oil dan bawang putih sahaja...Tiada EO apapun saya letak...Ia adalah natural organik...Jangan risau garlic balm ni takde rasa panas yang @ sejuk...Ia betul-betul rasa bawang putih dan bau pun sebiji macam bawang putih huhuhuhu...


PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH

Entri yang lepas bagi gambar garlic balm togel je sebab sticker tak sampai lagi...Haaaa ni tadi sticker sampai terus test lekat dan ambil gambar...Nampak simple dan comel je kan...Satu botol ni saya jual RM15 je...Kalau rasa-rasa nak try boleh whatsapp saya terus ya...

Untuk makluman,Garlic balm sekarang sudah tukar packaging kepada yang lebih besar dan telah mempunyai KKM dan telah dihantar untuk ujian makmal bagi memastikan ia selamat digunakan oleh semua orang...Harga terkini garlic balm by zm beauty adalah RM25/botol dan charge postage adalah RM8sm & RM12ss...Stokis dan agent sangat dialu-alukan untuk sama-sama menjana pendapatan terutamanya suri rumah...

Senarai stokis sah Garlic balm :
Penang (kak cun ) - 0195743799
Kepong KL (Ubai rahman) - 0169677675
Tanjung Kling Melaka(Farhah) - 0166401202
Klang(Umi) - 0132405031
Kuching & Sarekei(Liana) - 0145983539
Parit Buntar(Aini) - 0134036390

PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH


PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH



Begitulah serba sedikit PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH cara saya...Saya gunakan cara ini sahaja kalau hadapi masalah anak selsema...Sebab ubat selsema dan batuk memang tak digalakkan diberi kepada bayi. Kita ikhtiar cara yang lebih selamat untuk si manja kita. Semoga berjumpa lagi next story...Terima kasih sudi singgah
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

GARLIC BALM HOMEMADE

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Alhamdulillah saya masih lagi berpeluang untuk bertemu korang disini. Harini saya nak update tentang aktiviti saya semalam. Semalam saya dah siapkan tempahan GARLIC BALM HOMEMADE saya. Garlic balm ni berfungsi sebagai pengganti ubat batuk dan selsema untuk bayi...Yang ada lelah pun boleh cuba...Kita ikhtiar cara tradisional ya...sampai bila kita nak biarkan anak-anak bergantung pada ubat ye tak???

GARLIC BALM HOMEMADE

GARLIC BALM HOMEMADE

GARLIC BALM HOMEMADE

Haaaa...inilah rupanya garlic balm yang saya buat tu...Garlic balm ni adalah menggunakan 100% bahan natural...Saya tak guna sebarang ekstrak @ essential oil pun...Baunya pure bau bawang putih...Saya gunakan minyak Extra Virgin Olive Oil (EVOO) dan bawang putih serta sedikit beeswax sebagai agent untuk menjadikannya berbentuk balm...Saya tidak menggunakan petroleum jelly langsung ya

Kenapa saya memilih beeswax? Kenapa saya tak pilih patroleum jelly sebagai agen untuk dijadikan balm? Sebab...beeswax ini adalah sangat bagus untuk pelindungan kulit. Beeswax akan meresap dalam kulit dengan baik...Beeswax adalah lilin lebah yang diambil pada sarang lebah yang berfungsi untuk memelihara sarang lebah. Sama juga dengan kulit kita...beeswax juga akan memelihara kulit kita. Korang perasan tak...kebanyakan barangan kosmetik menggunakan beeswax untuk penjagaan kulit...

Kita berbalik pada cerita GARLIC BALM HOMEMADE. Garlic balm ni boleh digunakan untuk bayi juga ya sebab dia tak panas...Saya tak letak bahan yang panas...Rasanya sama seperti bawang putih yang dicampur minyak...Cuma saya jadikan balm supaya ia lebih mudah digunakan...Lebih mudah dibawa kemana-mana dan dapat kurangkan risiko tertumpah atas lantai @ tilam

Bagi pengguna minyak bawang putih @ cara tradisional saya pasti mereka akan tahu kebaikan garlic balm ini untuk gejala selsema,hidung tersumbat,batuk,batuk berkahak,semput dan sebagainya. Ia sangat selesa digunakan...Tapi saya tak cakap ia terbaik untuk merawat gejala penyakit yang saya sebut diatas...tetapi ia sebgai alternatif lain merawat penyakit tersebut tanpa ubat

Lagi satu sebelum saya terlupa...Sebelum ni saya pernah update pasal GARLIC BALM HOMEMADE ni...Masa tu saya bagi gambar dalam botol yang besar 30gram tapi yang kali ni saya buat dalam botol lebih kecil 20gram sebab yang saya update 30gram tu adalah sample sahaja untuk saya perkenalkan GARLIC BALM HOMEMADE  saya tu...Dan saya jual harga RM20 untuk 30gram tu...Tapi yang 20gram ni saya jual RM15...kira okla kan...kurangkan kuantiti...hargapun saya kurang kan hehe...Harap takde yang salah faham dengan saiz botol lepas ni hokey

Oklah...habis dah idea nak tulis...apa-apapun saya harap topik GARLIC BALM HOMEMADE saya pagi ini dapat memberi manfaat kepada korang ye...Jumpa lagi next entri dan terima kasih sudi baca sampai habis...

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

RAWAT SELSEMA ANAK DENGAN BAWANG PUTIH

Bismillah...
Assalammualaikum semua...Harini saya bersiaran lagi sebab dah janji semalam kan nak cuba archive target...Harini saya nak share tips RAWAT SELSEMA ANAK DENGAN BAWANG PUTIH. Bawang putih ni sebenarnya sangat bagus digunakan untuk menghilangkan selsema dan batuk untuk bayi dan kanak-kanak. Selain ia adalah antiseptik semulajadi untuk merawat secara natural,kita dapat menerapkan sikap tidak bergantung kepada ubat(drug) bila anak-anak dijangkiti selsema@batuk

RAWAT SELSEMA ANAK DENGAN BAWANG PUTIH

Cuba bayangkan kalau anak-anak kita sedang dilanda selsema dan batuk mesti tak senang duduk kita dibuatnya. Anak saya yang bongsu lahir tak cukup bulan dan sangat mudah dijangkiti selsema so saya memang tak bagi ubat kalau dia selsema...Saya akan cari solution yang natural untuk menghilangkan selsamanya

Kalau anak saya "block" means hidung tersumbat saya akan guna air panas campur dengan minyak kayu putih dan wap kan pada mukanya...In Sya Allah akan lega sikit hidung tersumbatnya...Makesure air panas tu yang betul-betul panas supaya ada banyak wap yang terhasil dan pastikan kalau nak cuba cara ni korang balut badan anak korang dulu(bedung) untuk keselamatan supaya tangan mereka tak menggapai2 masa proses nak wap muka mereka

Cara yang kedua saya akan guna minyak yang dicampur dengan bawang putih untuk sapu di dada dan belakang serta tapak kaki anak saya untuk tujuan supaya selsemanya cepat kering. Rasanya ramai yang dah pernah review cara ini sebagai solusi untuk merawat selsema @ batuk secara natural tanpa ubat, korang boleh search review mereka di google sebab ada banyak cara yang mereka share. Macam saya,saya akan ketuk @ grind bawang putih untuk keluarkan airnya dan masukkan semua bawang putih yang dah di grind tadi kedalam minyak...Minyak tu yang saya gunakan untuk sapu...

RAWAT SELSEMA ANAK DENGAN BAWANG PUTIH

Oleh kerana saya ni malas nak buat setiap kali nak guna saya telah ambil inisiatif RAWAT SELSEMA ANAK DENGAN BAWANG PUTIH dengan membuat minyak bawang putih dalam bentuk balm...Hehehe...nampak sangat malasnya saya kan...So,saya dah tak payah nak fikir tentang minyak bawang putih lagi dah...Balm ni saya standby letak dalam bilik untuk guna malam hari sebelum tidur

Bagi saya Garlic Balm @ Bam Bawang Putih lebih mudah digunakan berbanding minyak bawang putih sebab balm ni tak payah risau tertumpah dah...Bila dah guna tutup je letak tepi katil...sorok2 la sikit nanti anak nampak dia ambil pula huhuhu...Kalau guna minyak bawang putih susah juga sebab dalam bentuk cecair,risiko untuk tumpah tu agak tinggi even letak dalam botolpun bila nak apply still ada risiko untuk meleleh...Ini pendapat saya la...sebab saya ni jenis kurang cermat...semua nak cepat jek...hehehe

RAWAT SELSEMA ANAK DENGAN BAWANG PUTIH
~ sekadar gambar hiasan...comel kan...~

Baru-baru ni saya ada buat 10 botol garlic balm untuk testing market dan Alhamdulillah dalam sehari saya berjaya jual semuanya...huhuhu terharu sangat...Semua bagi respond yang baik...So,untuk projek selepas ini saya akan buat lagi untuk dijual dengan orang luar pula In Sya Allah...Apa yang penting kandungan garlic balm ni adalah 100% organik

Dalam garlic balm saya tidak menggunakan apa-apa jenis essential oil sebab saya takut ada bayi yang tidak serasi dengan essential oil tersebut...So,bau garlic balm ini adalah 100% bau bawang putih asli...Tiada pewarna @ pewangi tambahan diletakkan didalam garlic balm homemade saya

Cara guna garlic balm ni senang je...Sapukan garlic balm ni pada tapak kaki anak dan pakaikan sarung kaki...Kemuadian sapukan garlic balm dibelakang badan dan bahagian hadapan sehingga leher...Kalau anak dah lena boleh sapu dibahagian sinus dan dahi ... Bawang putih kaya dengan antiseptik yang bertindak untuk melegakan selsema dan batuk dengan cepat dan semulajadi

Setakat ini saya berpuashati dengan rawatan natural yang saya berikan untuk si manja sebab anak-anak saya memang susah sangat kalau nak bagi makan ubat. Alhamdulillah cara ini membantu saya untuk menyelesaikan masalah anak takut makan ubat VS saya memang taknak biasakan drugs untuk anak...hehehe

Sampai disini sahaja perkongsian saya...Harap kita ada berpeluang lagi untuk bertemu di next entri...In Sya Allah esok saya akan share aktiviti homemade saya yang dah beratur untuk di update...Terima kasih kepada yang sudi baca sampai habis topik RAWAT SELSEMA ANAK DENGAN BAWANG PUTIH ini dan semoga perkongsian saya serba sedikit dapat membantu meringankan beban kerisauan ibu-ibu semua...Jumpa lagi...


Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :