TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Bismillah dan Assalammualaikum 
Hi semua...semalam baru je selesai saya buat satu artikel cara nak buka akaun shopee harini saya nak sambung sikit TUTORIAL  CARA SETTING AKAUN SHOPEE SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE sebab kalau dah buka akaun tapi setting tak betul tak boleh juga...kita nak niaga mesti nak kasi cun semuanya kan...samalah umpamanya kalau kita buka kedai yang sebenar mesti nak cantik-cantik kan...kedai shopee ni walaupun tak nampak bentuk kedainya kita perlu setting kasi cantik supaya kita tak serabut & kalut bila nak sambut customer...gitewwww...

Saya bermula dari yang paling basic dari celah bedah mana yang nak disentuh semua saya sentuh supaya jelas semuanya walaupun benda tu nampak mudah dan tak perlu di ajar tapi kita kena faham bukan semua orang celik IT macam kita kan....nak share ilmu biar ilmu tu betul-betul membantu huhuhu...pinjam kata-kata sifu aiiii...Dah dahhh jom kita jalan-jalan tengok gambar...sambil sambil tu jangan lupa praktikkan terus taw...

Kita sambung hat semalam punya pelajaran noh...Apaaa? tak tahu??? ok fine saya letak link sini ...yang tak baca lagi boleh baca ni dulu nanti terus lompat hat nih lagi korang terkunang-kunang tak faham...BACA NIH !!!TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE 


Okeh dah baca??? Let's go...kita tengok satu persatu apa yang nak di isi ya...maaf ya ada banyak gambar kali ni supaya korang boleh faham dengan jelas hokeyy...


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 1 :

Buka dashboard bahagian selling(jual) @ buying(beli) mana-mana pun boleh ...pastu klik my account(akaun saya)...(sila rujuk gambar di atas)

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 2 :

Korang akan sampai ke halaman ini bila korang ikut step 1 tadi...korang perhatikan baik-baik setiap list kat setting tu perlu dibuka dan perlu di isi dengan betul...jom kita buka satu-satu dan makesure korang isi sekali sambil-sambil belajar ni...

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 3 :

MY PROFILE - Dalam bahagian edit profile ada banyak benda yang nak di isi tapi senang sangat nak isi ala-ala isi borang cabutan bertuah gitew...tapi mula-mula sekali kita edit gambar...korang nampak kan anak panah 2 ketoi tu? dua anak panah tu korang edit letak gambar cun cun bagi menarik kedai korang tu...bila gambar menarik mesti orang tertarik nak singgah betoi dak??

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 4 :

MY PROFILE - Masih lagi di bawah segmen edit profile...korang perlu masukkan gender(jantina) korang...

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 5 :
MY PROFILE - Selepas masukkan jantina tadi korang masukkan tarikh lahir korang pula...kalau boleh jangan la palsukan detail yang korang letak tu sebab nanti kalau ada masalah tentang payment boleh timbul huru hara pula kan hehehe...so untuk memudahkan baik kita tulis detail yang sah hokeyyy...


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 6 :
MY PROFILE - Step seterusnya masih berada dalam mood profile iaitu email...korang tekan je "set now" tu then shopee akan hantar email kat korang ...pastu korang confirmkan je pastu settle hokeyyy...jangan takut-takut 


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 7 :

MY PROFILE - Seterusnya bawah email adalah sosial media account...Klik je kat situ korang akan sampai ke halaman ini then teruskan update media sosial korang kat tempat yang berkenaan...kenapa benda ni perlu untuk korang isi??? Sebab senang korang nak share kedai shopee korang kat Facebook,Instagram @ twiiter nanti...klik je terus muncul kat media sosial korang tu hokeyyy...ini adalah salah satu cara korang nak promote kedai shopee korang nanti

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 8 :

MY ADDRESS : ok,kita dah sampai ke part isikan alamat...sila isi alamat yang betul untuk tujuan urusniaga dalam shopee @ untuk rujukan pihak pos laju untuk collect parcel korang bila korang dah join PROGRAM POS LAJU FREE SHIPPING nanti

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 9 & 10 :
BANK ACCOUNTS/CARDS : Bila korang klik bahagian bank akaun korang perlu masukkan password dulu sebab benda ni sensitif dan private,so tuan empunya kedai sahaja yang boleh edit bahagian ini...( PENTING!!! JANGAN SESUKA HATI BAGI PASSWORD KORANG KAT ORANG LAIN ) Selepas berjaya masuk boleh isi bahagian bank akaun @ kad kredit...buat pengetahuan korang bahagian kad kredit boleh diabaikan...ada juga yang bertanya saya kalau takde kad kredit tak boleh berniaga kat shopee ke...so,inilah jawapannya...kad kredit tiadapun tak apa hokeyyyy...pastikan korang masukkan no akaun yang betul...chek 19 kali sebelum proceedpun takpe,takde siapapun nak marah,janji no akaun tu betul bagi mengelakkan sebarang kesilapan dimasa akan datang...

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 11 :
CHAT SETTING : Sampai ke next step untuk setting bahagian mesej/chat ...Perhatikan anak panah yang pertama...enable kan button tersebut(maksudnya hidupkan butang tu...jadikan dia warna hijau macam dalam gambar) ini untuk memudahkan korang nak berchat @ customer nak bertanya...korang terus nampak mesej pemberitahuan di skrin shopee korang,so takdelah mesej yang terlepas pandang nanti...dan anak panah yang kedua untuk korang setting sendiri ayat untuk reply mesej mereka contohnya "terima kasih kerana berminat berurusan dengan kami,mesej anda akan kami reply sebentar lagi" soooo...takdelah bakal customer korang rasa mesej mereka takde respond kan...huhuhu

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 12 & 13 :
NOTIFICATION SETTING(tetapan pemberitahuan)
Dalam bahagian ni ada 2 jenis tetapan iaitu Push Notification & Email Notification...Korang follow je button yang perlu di enable(hijaukan) seperti dalam gambar dan saya akan terangkan fungsinya. Push notification bertindak sebagai pemberitahuan sebarang progress yang berlaku di dalam kedai korang nanti...semua apa yang berlaku,akan shopee update kepada korang melalui push notification dan Email Notification melalui email...maknanya korang boleh tengok progress dari apps shopee korang @ melalui email


Apakah kelebihan Email notification???

Kelebihan Email Notification digunakan apabila korang membuka lebih dari satu akaun shopee tetapi cuma menggunakan 1 handphone...mesti sukar korang nak log-in & log-out untuk tengok notification kannnn??? betoi dakkk? So,disini lah bergunanya Email Notification,korang boleh tengok progress kedai-kedai shopee korang melalui email...akaun google kan boleh setting email banyak-banyak untuk satu apps kannnnn...oooo yeahhhh itulah kelebihannya

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 14 :
PRIVACY SETTING : Aaahaaaa...hat ni saya tak boleh nak paksa korang ikut setting saya sebab saya ni lebih suka privacy,so semua tu saya "disable"kan untuk mengelakkan jiwa kacau hehe...bukanlahhh,ini untuk memprivacykan diri korang,so segala aktiviti korang semua orang tak boleh tengok...kalau korang like ke,beli ke semua tu rahsia gitewww...

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 15 :

LANGUAGE : Haaa inipun penting...setting bahasa yang selesa korang gunakan...tak kira bahasa yang korang gunakan yang penting korang faham taw...jangan tukar bahasa cina pastu tanya soalan kat saya sudah,satgi saya ligan korang huhuhu...

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 16 :

SUPPORT CENTRE : Meh sini rapat rapat...adik adik abang abang kakak kakak...saya nak bagitahu korang kalau korang ada apa-apa masalah berkaitan shopee nih korang terus je boleh contact nombor yang tertera kat atas ni or korang boleh terus emailkan juga...korang tak perlu risau @ stress diorang lambat layan sebab mengikut pengalaman saya service shopee memang mantap,tiptop dan mabeles...tak pernah lagi kecewa dengan servis mereka...call pon cepat je mereka respond...email pon cepat mereka reply...


Korang toksah nak risau tak pandai cakap omputih masa tulis email,korang tulis je bahasa melayu diorang boleh faham sebab kat sana ada staff yang boleh berbahasa melayu hokey...yang penting korang jangan cakap loghat utagha...kechek kelate,ganu,nogori dan sebagainya udah le...gunakan bahasa melayu sebenar in Sya Allah mereka akan usaha untuk membantu....Pssstttt...ini cakap ikhlas taw,bukan nak bodek..huhuhu



Rasanya macam banyak sangat input dalam TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE ni...kita berhenti kat sini dulu ya,next saya cerita apa yang perlu korang buat kalau tetiba korang nak cuti balik kampung tapi takut order masuk takde orang nak pos kan...dan saya nak tunjuk ciri-ciri scammer yang perlu korang elakkan daripada berurusan di shopee...Jumpa lagi next entri taw...yang rasa artikel ni bermanfaat sila share ya...maafkan saya jika ada kekurangan...
Wassalam
-
-
-

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :
 DIRECT WHATSAPP

Page : neembalmHQ

Post a Comment

0 Comments