Image

TEMPAHAN ACAR BUAH JOHOR

Bismillah dan Assalammualaikum semua...Rindunya rasa nak mencoret disini tapi apakan daya saya tiada kesempatan tapi harini saya ada sedikit masa terluang dapatlah saya update entri untuk tatapan korang. Harini saya nak cerita pasal TEMPAHAN ACAR BUAH JOHOR 

TEMPAHAN ACAR BUAH JOHOR

Kalau ada yang masih belum kenal acar buah johor, gambar di atas ni adalah rupa acar buah johor yang selalu korang boleh makan bila ada hidangan nasi beriani di kenduri kahwin atau di restoran nasi beriani. Sebenarnya acar ni ada banyak jenis tapi yang dalam gambar itu adalah acar buah versi saya hasil resepi turun temurun daripada mak saya

TEMPAHAN ACAR BUAH JOHOR
  
TEMPAHAN ACAR BUAH JOHOR

Tak rugi belajar resepi daripada mak sebab rasanya memang sedap giloss sebab itulah saya namakan acar buah saya acar buah sedap hehehehe...Sebenarnya dah lama saya belajar cara buat acar ni dan saya pernah jual acar ni tahun 2014 tapi terpaksa stop sebab saya pragnent then start kembali bulan puasa tahun ni (hehehe...lama betul cuti bersalin)

TEMPAHAN ACAR BUAH JOHOR

Semalam saya dapat tempahan sebanyak 20kg daripada sebuah restoran curry house yang terletak di KL. Buat pengetahuan korang saya ada ya mengambil tempahan untuk majlis atau catering sebab mungkin sebelum ni orang tak jelas samaada saya terima tempahan @ tidak,so saya nak bagitahu yang saya sememangnya menerima tempahan untuk jumlah yang besar

Sebelum ni saya ada terima tempahan dari singapore sebanyak 3kg. Alhamdulillah mereka berpuashati dengan rasa acar buah sedap ni dan willing to order lagi next time

TEMPAHAN ACAR BUAH JOHOR

Selepas beberapa jam berhempas pulas akhirnya saya siap memproses acar buah johor yang ditempah oleh customer. Saya packing dalam plastik 1kg setiap bungkus supaya senang saya nak susun dalam kotak. Saya menggunakan kurier untuk hantar ke KL sebab saya tak dapat arrange hantar dengan bas memandangkan tempat saya nak jumpa bas menuju ke KL jauh dari rumah saya. Postage ke KL untuk 20kg acar buah lebih kurang RM55 sahaja

TEMPAHAN ACAR BUAH JOHOR

Acar buah siap disusun dalam kotak dengan rapi supaya customer terima barang dengan sempurna nanti. Harap customer terima barang dengan selamat dan cepat sebab saya paling takut bab servis tak bagus ni. Kalau servis tak bagus customerpun tak sudi nak berurusan lagi dimasa akan datang

TEMPAHAN ACAR BUAH JOHOR

Korang perasan tak gambar yang paling acar buah yang paling atas sekali nampak cantik je kan. Ni saya nak share bagaimana nak dapatkan gambar yang cantik. Masa saya pergi kursus pengiklanan baru-baru ni ada disentuh tentang kuasa gambar boleh menarik minat untuk customer memilih kita sebgai seller tau. Bukan kita nak tipu tentang gambar tetapi kita nak tunjukkan keadaan sebenar barang jualan kita dengan lebih jelas dan sedap mata memandang

TEMPAHAN ACAR BUAH JOHOR

Saya hanya menggunakan kamera telefon biasa-biasa sahaja untuk ambil gambar dalam light box yang saya buat sendiri menggunakan kotak dan letakkan 4 biji lampu kecil yang disambungkan menggunakan usb. Kotak tu saya ubah suai sedikit dengan meletakkan kertas putih dikeliling kotak(kertas mahjung) supaya cahaya nampak lebih terang dan hasil gambar yang saya dapat sangat memuaskan hati sebab saya tak perlu keluarkan kos yang banyak untuk ambil gambar yang cantik. Korangpun boleh cuba buat light box ni sendiri kat rumah...Senang kalau nak ambil gambar yang cantik untuk korang buat iklan

Begitulah serba sedikit cerita berkenaan TEMPAHAN ACAR BUAH JOHOR dan sempat saya selitkan tips mendapat gambar yang cantik untuk tujuan iklan. Kepada sesiapa yang berminat nak cuba acar buah sedap saya boleh direct whatsapp saya. Tapi pastikan untuk order yang banyak jangan harini order esok dah nak sampai sebab saya perlukan masa untuk buat dan cari bahan...Apa-apapun terima kasih kepada yang sudi membuat tempahan dengan saya sebelum ini dan yang akan datang. Jumpa lagi dilain cerita. Terima kasih sudi singgah
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

2 ulasan: