Image

SERVIS VIDEO IKLAN PRODUK

Bismillah dan Assalammualaikum semua...Harini dua kali saya muncul disini sebab saya nak review satu servis yang saya rasa orang lain patut tahu terutamanya bagi mereka yang mempunyai bisnes. Yang tiada bisnes juga perlu ambil tahu sebab mungkin masa akan datang rezeki korang berbisnes pula @ korang boleh share info kepada kawan-kawan/saudara mara/adik beradik/jiran yang dalam aliran bisnes kerana mungkin mereka memerlukan servis ini. Okey...kali ni saya tertarik nak share tentang SERVIS VIDEO IKLAN PRODUK

SERVIS VIDEO IKLAN PRODUK

Penting ke video iklan dalam bisnes??? Apa tujuan nak buat video bisnes???Haaaaa...Meh sini rapat-rapat saya nak cerita kenapa video iklan dalam bisnes ni penting. Sebenarnya zaman sekarang orang lebih puashati nak tengok video daripada tengok gambar. Sayapun tak begitu pasti berkenaannya mungkin sebab video lebih menarik dan padat dengan info tentang sesuatu produk

Iklan adalah satu medium yang penting untuk memperkenalkan produk kepada umum. Tanpa iklan maka matilah produk tersebut. Kalau tiada videopun still boleh iklan juga sebagai contoh tunjuk kat jiran sebelah rumah...orang kawasan taman dan cara yang paling hot sekarang iklan kat facebook

SERVIS VIDEO IKLAN PRODUK

"Ekeleeehhh...kat facebook boleh je iklan letak gambar then letak jela info produk nanti orang baca la iklan kita..."
Beb...orang sekarang semua nak rushing...diorang malas nak baca penerangan korang yang menjela-jela tentang info produk korang tu...

"senang je...letak gambar jela...kalau diorang berminat diorang pm then saya boleh terangkan pasal info" 
Itu kalau sorang dua yang berminat beb...kalau 100 orang yang berminat takkan korang nak reply satu-satu pasal info...pastu pm korang diorang tak reply pasal malas nak baca huhuhu...

"nak buat video ni kalau buat sendiri memang ke laut lah hasilnya...nak tayangkan kat facebook pun segan...nak upah orang buat memang taklah...mahal sangat,tak dayo den nak membayar eh do..(bak kata nabil hehehe)"
Haaaa...inilah yang saya nak bagitahu ni...Tiada yang mustahih dalam dunia bisnes yang penting korang kena cekal dan cepat bertindak rebut peluang. Ini tak...belum cuba lagi dah say 'no'...baca dulu apa saya nak cerita pasal SERVIS VIDEO IKLAN PRODUK ni...peluang yang terbaik datang sekali je...so baca sampai habis dan cepat rebut peluang sebelum peluang tu berlalu...(hahaha...ayat manis semanis honey...)

Apa tujuan nak buat video bisnes???
Seperti yang saya cakap tadi tujuan utama video bisnes ni untuk iklan dan sekaligus membantu meningkatkan jualan kita. Melainkan ada yang buat bisnes tapi tak mahu tingkatkan jualan boleh abaikan kepentingan buat video bisnes huhuhu...

SERVIS VIDEO IKLAN PRODUK

Perbezaannya sangat ketara antara iklan menggunakan gambar dan artikel berbanding iklan menggunakankan video lebih-lebih lagi video bisnes yang tampak profesional kerana lebih ramai orang suka menonton video berbanding membaca yang katanya membosankan. Tapi...haaaa ada tapinya huhuhu...video perlulah sebuah video yang menarik dan profesional...kalau video yang 'janji ado' je tu risiko untuk dikritik tu agak tinggi. 

Video perlu lebih infomatik dan praktikal sebagai contoh nak cerita pasal sabun muka...Iklan sabun muka menggunakan gambar dan artikel VS Iklan video orang sabun muka... Orang akan lebih tertarik untuk melihat video berbanding membaca artikel lebih-lebih lagi kalau artikel yang panjang menjela...font kecil...tulisan tak jelas dan sebagainya...inilah yang cuba saya maksudkan...faham tak korang?

Nota kaki (pesanan dari motivator tempat saya pergi kursus) :-
" Kalau kita nak produk kita orang kenal kita perlu selalu muncul bagi orang nampak...tapi pastikan orang nampak yang cantik-cantik...yang baik-baik...bila orang selalu nampak barulah orang rasa minat....dannnn...bila orang rasa minat baru orang percaya dengan produk kita...bila orang dah percaya apa lagi mestilah orang nak beli "

Cuba korang renung-renungkan apa yang dicakapkan ada benarnya...kalau iklan sekali sekala je macamana orang nak kenal dan ingat...kalau janji hado je iklannya macamna orang nak minat then beli...hurmmm betul juga ya...Kalau video yang menarik mesti ramai yang suka nak tengok pastu share...pastuuuu...korang sambunglah sendiri ye...

Baiklah...Back to the title SERVIS VIDEO IKLAN PRODUK yang ditawarkan oleh rangkaian JOHORBIZ. Apa yang saya faham JOHORBIZ membantu para usahawan johor untuk membuat video usahawan yang lebih profesional dengan harga yang mampu bertujuan untuk meningkatkan lagi ekonomi johor dalam bidang keusahawanan. Kalau ambil servis luar lebih mahal berbanding di JOHORBIZ...(gitu lah lebih kurang maksudnya)

SERVIS VIDEO IKLAN PRODUK

Dan yang terbaru servis yang ditawarkan oleh JOHORBIZ untuk para Usahawan Johor adalah pakej "Business Marketing Video" menggunakan Fully Drone,  DJI osmo +, DSLR dan video camera dengan harga yang cukup menakjubkan khas untuk 400 usahawan johor semua daerah. Inilah yang dinamakan peluang baik yang langsung tak boleh dilepaskan. 

Harga pakej sangat-sangat murah tak sampai seribu ringgitpun. Tapi jangan ada yang membayangkan kos nya RM100 pula ya...memang kena boom satgi nanti...hahaha...Come on beb,guna Fully Drone,  DJI osmo +, DSLR dan video camera takkan nak bayangkan RM100 lagi kan...wakeup!!!wakeup!!!Korang boleh buat research tentang servis begini untuk buat perbandingan

" Di mana lokasi shooting video?"
Haaa...saya suka soalan adik ni...shooting video boleh dibuat di premis korang...Tak perlu risau korang nak kena hangkut produk-produk korang sebab pihak JOHORBIZ  yang akan hangkut alatan mereka ke premis korang hokey

" Luar dari kawasan Johor tak dapat ke guna servis JOHORBIZ?"
Jawapan pada soalan ni korang boleh tanya sendiri kepada CMO JOHORBIZ

Alhamdulillah...telah ramai yang menggunakan perkhidmatan JOHOR BIZ dan berpuashati dengan hasilnya dan salah seorangnya adalah saya hehehe...Korang boleh refer page CMO JOHOR BIZ @ IG IFASYAIFUL untuk lebih jelas. ( kang saya cakap lebih-lebih silap info pula huhuhu) Ataupun kalau korang takut terlepas peluang @ macam dah yakin sangat nak rebut pakej "Business Marketing Video" ni korang boleh terus tekan icon whatsapp yang gedabak kat bawah ni,korang boleh terus tanya dengan CMO JOHOR BIZ ( Cik Ifa ) yang sangat mesra alam...Korang jangan contact saya pula kalau nak tanya pasal video taw hehehe...

Klik sini

Sebelum saya tamatkan artikel ni saya nak tunjukkan rupa Drone yang akan menyempurnakan projek "Business Marketing Video" yang bakal korang rebut tu...Macam comel jek...macam best jek...

SERVIS VIDEO IKLAN PRODUK

SERVIS VIDEO IKLAN PRODUK

Wink...wink...teruja sangat tengok benda putih dalam gambar atas ni...( saya yang tak teruja...kalau korang tak teruja takpelah hehehe) Kesimpulan yang boleh saya buat daripada artikel SERVIS VIDEO IKLAN PRODUK ini adalah untuk bersaing dengan cara sihat dalam bidang bisnes yang sangat mencabar pada harini adalah perlu untuk kita memiliki video bisnes yang profesional untuk memperkenalkan servis/produk/perniagaan kita kepada orang. Apa-apapun pilihan terletak pada tangan korang, saya sekadar berlapang dada untuk berkongsi info kepada orang yang memerlukan. Terima kasih kepada yang sudi membaca dan harap info ini dapat dipanjangkan kepada orang lain sebagai manfaat bersama

"Ayuh warga johor sama-sama kita rebut peluang keemasan ini"
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :