RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP

Bismillah...
Assalammualaikum semua...Good morning...pagi-pagi saya dah start mencoret idea disini sebab taknak idea berlalu pergi sebelum sempat untuk disebarkan. Harini saya nak share sedikit RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP

RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP

Saya rasa semua orangpun dah kenal popia nestum. Setiap kali musin nak raya mesti ramai yang jual popia nestum kat FB mereka. Kenapa ramai yang jual? Jawapan yang tepat untuk soalan ini adalah kerana popia nestum sangat-sangat mudah nak buat

Bila sebut pasal mudah,mana ada dalam dunia ni orang taknak buat kerja yang mudah kan??? Betul tak? Hehehe...semua orang sepakat bab nak buat kerja mudah...Terlanjur saya nak share resepi RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP ni saya selitkan sedikit info mengikut pengalaman saya hokeyy

RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP

Sedikit info sebagai tips nak buat popia nestum lebih efisyen atau ayat lebih mudahnya masa nak proses buat popia nestum ni lebih cepat. Kalau nak pilih kulit popia mesti pilih yang jenis mudah untuk dikopek. Saya dah pernah cuba macam-macam kulit popia tapi kulit popia jenama "FRIZZ SPRING ROLL PASTRY" adalah kulit popia yang paling mudah nak diuruskan. Seriously saya banyak jimat masa ketika peel kulit popia ni kalau guna brand Frizz ni

Lupa saya nak cerita,saya sebenarnya buat popia nestum ni untuk jual pada budak sekolah. Ada 2 tujuan saya buat popia nestum ni,yang pertama saya nak buat duit tambahan untuk belanja anak saya,daripada duit jual popia nestum secara kecil-kecilan ni saya boleh tampung duit belanja sekolah anak saya...so,saya dah tak payah fikir pasal belanja sekolah anak saya dah...semua collection khas untuk belanja sekolah anak saya...

Tujuan yang keduanya saya cuba nak jual benda yang lebih berkhasiat daripada makanan ringan kepada budak sekolah. Sebab saya perhatikan banyak makanan ringan dijual kepada budak sekolah yang saya rasa tidak sesuai dimakan berlebihan oleh pelajar tetapi apakan daya saya tak mampu mengubahnya. Oleh itu,saya cuba jual popia nestum ni,sekurang-kurangnya saya dapat mengurangkan jumlah mereka yang beli makanan ringan. Itupun kalau teori yag saya fikirkan ini relevan hehehehe...

RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP

Okey,berbalik pada cerita kulit popia brand frizz tadi. Kalau korang tengok gambar di awal artikel ni korang boleh nampak yang popia nestum saya ni saya tak gulung. Saya buat potongan biasa sahaja sebab sebelum ni saya pernah buat yang gulung tapi macam kurang selesa bila kunyah(penat nak kunyah). Oleh kerana target market saya adalah kanak-kanak sekolah saya lebih suka buat potongan begini lebih nampak macam makanan ringan yang menarik dan lebih ringan untuk dikunyah

Saya akan potong terlebih dahulu kulit popia seperti dalam gambar kemudian baru saya akan peel. Kenapa saya tak peel dulu sebelum potong??? Jawapannya sebab saya nak potongan yang saya dapat tu sekata. Kalau saya peel dulu baru potong saya takut kerja saya kurang efisyen. Tapi terpulang pada kretiviti sendiri bagaimana cara nak buat

RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP

Ini adalah gambar selepas saya berjaya peel semua kulit popia untuk melaksanakan misi popia nestum saya. Untuk pengetahuan korang saya dah buat perbandingan hasil antara kulit popia yang biru dengan yang hijau tau. Untuk dapatkan hasil yang lebih banyak untuk resepi popia nestum yang saya akan bagi nanti korang perlu gunakan kulit popia frizz(7.5inch) yang pek warna hijau(8.5inch)

RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP

Ok,taknak buang masa kita teruskan kepada RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP. Resepi ni sangat mudah...sesiapa sahaja boleh cuba dan akan berjaya buat tanpa ragu-ragu(hehehe) Tapi pastikan kalau adik-adik bawah umur nak cuba resepi ni korang bagitahu mak korang dulu taw...Yela...mana tau ada pula yang nak buat jual-jualan kat kawan-kawan sekolah pula kan...

RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP :
Frizz Spring Roll Pastry 1peket
Nestum Original/Madu 10 sudu 
Susu Nespray 10sudu(@ susu yang korang suka )
Gula halus 6 sudu(kalau nak manis sikit letak 5 sudu)
Minyak 500ml(ikut keperluan)

WAJIB BELI UNTUK BALIK KAMPUNG BERAYA!!!

(klik pada gambar)
KLIK SINI UNTUK ORDER!!!

Selepas korang siap peel semua kulit popia korang dah boleh start menggoreng. Pastikan semasa menggoreng korang tak tinggalkan aktiviti menggoreng tu...Korang kena tunggu sampai settle. Yela kan...orang pempuan ni kalau buat kerja multitask sikit...boleh wat 3 4 kerja dalam satu masa tapi kalau sedang goreng kulit popia buang sifat multitask tu ke tepi dulu sebab masa goreng kena jaga betul-betul takut nanti warna tak sekata...ada yang kuning @ hangit dan ada yang warna cerah...Alaaaa...kejap je kot nak siap goreng...tak sampai 5 minit pun. Inilah bab yang paling cepat nak buat...

Selepas siap goreng korang terus angkat dan toskan minyak atas kertas minyak/tisu/penapis minyak ikut korang punya keselesaan. Korang gorenglah habis-habis dulu(maksud saya goreng habis-habis 1 pek popia yang korang dah peel tadi) Agak-agak dah tos minyak yang berlebihan tu korang dah boleh campurkan bahan-bahan tadi dengan kulit popia yang siap digoreng tadi. Bahan-bahan tadi korang ada 2 pilihan samaada nak kisar @ tidak. Macam saya tak kisarpun sebab saya nak nampak tekstur nestum tu hehehe...then,jimat kos sedikit dan rasanya tetap sama 

Inilah hasilnya popia nestum versi saya. Saya pek kecil-kecil untuk jual RM1 pada budak sekolah dan yang 4 biji botol besar tu saya letak kat butik area rumah saya,mana tau kalau-kalau ada yang berminat nak beli hehehe

RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP

Masa yang saya perlukan untuk selesaikan 1 batch popia nestum(untuk 1 peket kulit popia) tak sampai 1jam. Korang boleh cuba kat rumah untuk buat makanan sampingan untuk anak-anak daripada bagi makanan ringan yang tidak berfaedah tu. Bagi yang nak jualpun boleh...Selamat mencuba,saya pasti ramai yang suka. Apa yang penting korang guna kulit popia brand Frizz sebab boleh kurangkan masa korang nak kopek kulit popia tu nanti...Tu pun kalau korang jumpa kulit popia ni kat pasaraya yang berhampiran rumah korang. Setahu saya kulit popia ni ada jual di Econsave,Aeon Big,Mydin,Jusco dan semua pasaraya 99 speedmart...Wahhh rasanya macam mudah je nak dapatkan "FRIZZ SPRING ROLL PASTRY" ni. Selain daripada kulit popia korang boleh dapatkan macam-macam lagi produk frozen yang berkualiti dibawah brand Frizz ni...Korang boleh refer di http://www.frizz.com.my/

RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP
~ aktiviti seal plastik ~

Oklah,rasanya cukup untuk kali ni saya membebel...Nanti ada masa bolehlah korang try RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP ni ya...Jangan stress-stress sangat sebab korang pasti berjaya buat dengan sedap sebab resepi ni sangat mudah nak buat...Saya pasti yang dah cuba buat mesti akan buat lagi dan lagi hehehe...Saya harap perkongsian saya memberi manfaat pada orang lain...Apa-apapun terima kasih sudi singgah kat blog saya...Kita jumpa lagi next entri...

WAJIB BELI UNTUK BALIK KAMPUNG BERAYA!!!
(klik pada gambar)
KLIK SINI UNTUK ORDER!!!

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

Post a Comment

0 Comments