LAGI ORDER UNTUK SCRUB KOPI ORGANIK HOMEMADE...ALHAMDULILLAH

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Selamat datang ke teratak HOMEMADE BEAUTY MALAYSIA kepada mereka yang baru firstime menjejak kaki disini. Blog ini saya sediakan untuk mencoret aktiviti harian saya sebabgai pembuat produk organik homemade untuk tatapan mereka yang mencari pembekal scrub,sabun atau produk organik homemade. Buat pengetahuan semua,segala produk yang digelar organik homemade disini diproses oleh saya sendiri. Saya bukan orang kedua,ketiga @ keberapapun...Saya adalah pemilik a.k.a pembuat produk-produk ini

Review saya hari ini LAGI ORDER UNTUK SCRUB KOPI ORGANIK HOMEMADE...ALHAMDULILLAH. Firstly saya memanjat rasa sangat bersyukur kerana semakin ramai yang mempercayai saya untuk menghasilkan produk mereka. Saya berdoa agar produk organik homemade yang saya hasilkan dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya. Semoga kita sama-sama dapat keberkatan atas apa kita usahakan.

LAGI ORDER UNTUK SCRUB KOPI ORGANIK HOMEMADE...ALHAMDULILLAH

Maafkan saya jika ada yang tidak selesa dengan setiap entri saya dalam blog ini kerana saya asyik cerita tentang produk organik homemade sahaja tak sudah-sudah. Bukan saya nak menunjuk-nunjuk ya...tapi sekadar perkongsian aktiviti saya...kalau saya tak buat macamtu macammana saya nak bagitahu orang apa yang saya buat dan macammana pula mereka nak percaya kalau tiada bukti untuk saya tunjukkan huhuhu...So...blog ni lebih kurang macam bukti lah ye...sebenarnya lebih kepada memberi kemudahan kepada saya untuk menerangkan perkhidmatan saya kepada bakal pelanggan...sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dilihat...Harap semua orang faham tentang tujuan saya itu...

Harini saya terima lagi satu order untuk scrub kopi. Buat pengetahuan korang saya ada buat 2 jenis scrub kopi iaitu scrub jenis lembab(berderai) dan scrub jenis cair. Harini customer saya request scrub yang jenis cair. Korang tak perlu pelik dengan 2 jenis scrub ni sebab ia mempunyai fungsi yang sama...cuma fizikal sahaja yang berbeza...So,korang tak payah risau kalau nak beli yang lembab atau cair ni...terpulang pada tuan badan yang nak pakai

Jap saya nak share kat korang pasal isu scrub cair dan lembab ni. Kenapa scrub cair lebih digemari berbanding scrub jenis lembab adalah kerana scrub yang lembab mudah keras. Maksud keras itu adalah tekstur fizikalnya akan berubah kerana sifat kopi itu sendiri yang cepat masuk angin bila terdedah. Saya pun tak tahu nak terangkan macamana sebab tiada contoh nak ditunjukkan. Tapi korang boleh test sendiri kat rumah korang...Kopi terdedah 5 minit pun akan menjadi keras @ berubah tekstur...hehehe...Tapi korang tak perlu risau kerana hanya tekstur sahaja yang berubah,kualiti tetap sama...Solution daripada permasalahan scrub jadi keras ini adalah guna scrub cair hehehe...

LAGI ORDER UNTUK SCRUB KOPI ORGANIK HOMEMADE...ALHAMDULILLAH

Gambar kat atas ni adalah scrub kopi cair untuk customer dah pun siap diproses...bagi scrub tu rileks dulu 10 minit sebab baru angkat dari mesin mixer. Dah sebulan lebih dah mixer ni membantu saya buat scrub. Dulu-dulu saya proses scrub guna tangan je...manual...Tapi sebabkan tak berdaya nak guna tangan saya usahakan untuk membeli mesin mixer ni. Dengan mesin mixer ni saya dapat menjimatkan masa untuk memproses scrub dan bahan-bahan scrubpun 100% tergaul mesra hehehe...Kalau tak dulu nak siapkan 20kg scrub macam nak buat kenduri gamaknya ...huhuhu...Alhamdulillah...ini semua berkat sokongan korang semua

LAGI ORDER UNTUK SCRUB KOPI ORGANIK HOMEMADE...ALHAMDULILLAH

Ni pula gambar scrub dah siap masukkan kedalam bekas tunggu masa nak tutup dengan penutup je. Korang tengok gambar tu,nampak tak penutup putih tu? Haaa....botol ni ada "inner cap" tak macam botol saya sebelum ni...So,korang tak perlu risau scrub korang tumpah bagai sebab inner cap ini adalah penyelamatnya hehehe... Selepas siap masukkan scrub dalam bekas tu saya diamkan dalam 5 minit supaya scrub tu betul-betul stabil berada dalam bekas tu...bagi rileks juga dulu hehe...Kemudian baru saya tutup dengan inner cap dan penutupnya...Scrub ni nampak macam cair tapi teksturnya likat dan padat...Bila korang nak guna just colek sikit dan boleh guna terus...bukan cair macam air tuh ya...

LAGI ORDER UNTUK SCRUB KOPI ORGANIK HOMEMADE...ALHAMDULILLAH

Akhirnya...
selesai sudah scrub untuk customer untuk hari ini...Hari ini payment dan alhamdulillah saya berjaya pos hari ini juga. Begitulah tekstur sebenar scrub kopi saya yang jenis cair...Beruntung saya buat scrub sendiri sebab ada lebih boleh guna untuk diri sendiri dan keluarga...Bekas besar yang ada sudu tu scrub untuk saya( hehehe...stok sebulan dua ...jangan jelezz ) I'm organik lover that's why memang tak boleh move on kalau takde scrub ni huhuhu... Cer korang try mesti dengan korang korang sekali berjangkit penyakit organik lover nih...

Kepada customer yang membeli ni,saya harap awak happy dengan apa yang saya hidangkan. Kalau ada yang tak kena jangan segan-segan nak komplen sebab itu adalah kayu pengukur untuk saya jadi lebih baik. Saya seorang yang positif...In Sya Allah saya boleh terima teguran...tapi minta maaf saya paling alergik dengan cara customer yang "meroyan"...Maka,kalau ada yang nak komplen sila bercakap dengan berhemah dengan saya ok...Hehehe...( saya tak suka kekerasan )

Ok dah...Cukup setakat ini ya...Sesiapa yang nak berurusan dengan saya klik je icon Whatsapp yang ada dalam blog ni...korang akan dapat berwhatsapp terus dengan saya...Jumpa lagi next entri...Terima kasih atas kunjungan korang...Tq Allah...

Wassalam

0 ulasan:

Post a Comment