Image

HIDANGAN RINGKAS UNTUK BERBUKA

Bismillah...
Assalammualaikum kalian...
Buat kali kedua saya nak bercerita pasal makanan dalam entri saya. Sebelum ni saya cerita pasal TEMPAHAN KEK DAN COOKIES RAYA EXCLUSIVELY BY AYU'S SUGAR BITE yang memang aummm tu...

Tapi harini saya nak cerita pasal HIDANGAN RINGKAS UNTUK BERBUKA... Lauk ni korang boleh start masak setengah jam sebelum berbuka...sebab memang sangat-sangat ringkas dan sedap(kat tekak saya la...)

HIDANGAN RINGKAS UNTUK BERBUKA

Nampak macam biasa-biasa je tapi kalau dapat makan dengan nasi panas memang terangkat. Anak saya yang sulung memang suka sangat menu ni. Ikan tu korang boleh ganti dengan apa-apa ikan yang korang suka...Kalau dapat ikan keli lagi sedap...

Jom saya share resepi kat korang yang nak try menu ni esok hehehe...Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak...boleh kira dengan jari...Sekali baca je dah boleh ingat

BAHAN-BAHAN :
1) Ikan (ikut suka)
2) Serbuk kunyit & Garam (untuk lumur kat ikan sebelum goreng)
3) Minyak (untuk goreng ikan & tumis sambal)
4) 20 biji lada besar (untuk 4 orang makan)
5) 2 biji bawang besar

Haaa...kan...ni je bahan yang diperlukan hehehe...senang nak ingat kan...Tapi kalau korang nak letak macam-macam bahan lain boleh je macam potongan tomato atau cili api untuk rasa pedas. 

Kalau korang guna lada besar je memang tak pedas sebab anak-anak saya tak reti makan pedas. Tak pasal-pasal reject masakan saya nanti kalau pedas . Macam saya tak letak msg or gula dalam masakan so saya tak tulis la...

CARA MEMASAKNYA :
1) Goreng ikan (lumur garam & kunyit dulu)
2) Kisar 20 biji lada besar dan 2 biji bawang besar tadi sehingga hancur
3) Tumis bahan kisar dan masak sehingga naik minyak
4) Letak garam secukup rasa

Dah siap!!! Boleh dah makan...Bagi nak jimat masa memasak ni korang boleh sekali jalan je memasak, dapur sebelah goreng ikan dan sebelah lagi buat sambal...Tak sampai setengah jam siap!!!

Kalau korang nak tahu sambal ni tahan lama tau,selalunya saya akan buat sekali banyak dan simpan dalam peti sejuk. Kalau kemalasan melanda panaskan je lauk ni hehehe...Dan yang paling best makin lama sambal ni disimpan makin sedap pula rasanya

Betul @ tak fakta lagi sedap bila dah lama disimpan tu tak dapat saya nak buktikan melainkan korang sendiri cuba. Cuba sekali mesti korang suka

Terjebak pula saya share resepi kat blog penyudahnya. Firstime ni hehehe...Thank's pada yang sudi baca resepi HIDANGAN RINGKAS UNTUK BERBUKA sempoi saya ni...Jumpa lagi nohhh...Babayyy

"SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM YANG BERNAFAS DI BUMI ALLAH, SEMOGA KITA DIKURNIAKAN KEBERKATAN DALAM MENGHARUNGI SETIAP HELA NAFAS KITA"

Wassalam