SELESAI MISI LIPSCRUB DAN LIPBALM HOMEMADE UNTUK CUSTOMER BRANDING

Assalammualaikum...
Hai korang semua...dah lunch ke belum...
Harini saya lunch nasi goreng je...sebab dah terlewat nak masak. Memandangkan nasi goreng mudah nak masak dan paling laju anak-anak nak makan...so,harini buat nasi goreng jela...tapi masa tengah syok menggoreng tetiba api padam...gas habissss huhuhuhu...nak beli ambil masa pula...terus saya dengan efisyennya keluarkan nasi putih yang ada dalam periuk nasi karen(hehehe elektrik) terus sambung aksi menggoreng nasi dalam periuk elektrik tu...hahaha...ni aksi pertama saya sepanjang hidup saya...menjadi juga nasi goreng tu...korang kalau dah emergency sangat bolehlah ikut cara ni hehehe...

Harini saya nak cerita sikit pasal aktiviti saya pagi ni.Macam biasalah,kat blog ni saya akan cerita tentang aktiviti yang berkaitan produk homemade saya. Pagi ni settle buat Lipscrub dan Lipbalm untuk customer dari Selangor. Dia berminat nak buat brand dia sendiri...nak cuba-cuba katanya sebab nak cari duit raya....Alhamdulillah...makin ramai yang dah nampak keistimewaan produk organik ni kan...Saya harap customer ni dapat mencapai apa yang dihajati...

SELESAI MISI LIPSCRUB DAN LIPBALM UNTUK CUSTOMER BRANDING

SELESAI MISI LIPSCRUB DAN LIPBALM UNTUK CUSTOMER BRANDING

Sempat saya ambil dua gambar ni untuk saya tepek kat blog ni. malam tadi baru saya baca satu artikel ni supaya kalau kita berniaga perlu untuk kita ambil gambar dan update kat blog supaya boleh dijadikan bahan rujukan untuk bakal customer dan boleh menjadi satu "backup story" untuk kita bila ada orang tanya tentang apa yang kita niagakan. Bagus juga artikel tu sebab ia mengajar kita bagaimana nak kembangkan bisnes melalui blog

SELESAI MISI LIPSCRUB DAN LIPBALM UNTUK CUSTOMER BRANDING

SELESAI MISI LIPSCRUB DAN LIPBALM UNTUK CUSTOMER BRANDING
~ Order customer...semuanya produk organik homemade taw...Alhamdulillah...tq Allah ~

Dah terlanjur cerita pasal Lipscrub dan Lipbalm ni saya ceritalah sikit apakah fungsinya si lipscrub dan lipbalm ni...walaupun sebelum ni saya dah cerita,tapi saya memang suka je nak cerita lagi...harap korang tak bosan eh

APAKAH FUNGSI LIPSCRUB?
Lipscrub ni kalau korang nak tahu adalah satu cara untuk korang pelihara bibir korang daripada rosak. Apa yang dimaksudkan dengan bibir rosak pula? Bibir rosak  ni sebagai contohnya adalah bibir yang kering...hitam...pecah dan apa-apa yang menyebabkan bibir kelihatan tak cantik hahaha...boleh tak bagi contoh macamtu? Punca bibir rosak ini adalah akibat daripada penggunaan lipstik yang tidak sesuai,merokok,kekeringan akibat cuaca,tabiat suka menarik kulit bibir yang kering hingga menjadi luka dan banyak lagi. Maka,disinilah fungsinya lipscrub sebagai medium mencegah daripada bibir korang menjadi rosak dan terus rosak.

APAKAH KEBAIKAN MENGGUNAKAN LIPSCRUB?
Apabila korang menggunakan lipscrub bibir korang akan menjadi lembut dan lembab. Kulit kering dibibir akan terkeluar dari bibir bila korang scrub bibir korang tu. Kandungan scrub yang terdiri daripada madu,minyak zaitun,gula dan sebagainya akan membantu membekalkan vitamin kepada bibir korang supaya lebih sihat dan cantik. Selepas scrub bibir korang akan dapat rasakan bibir lebih cerah 

APA PULA FUNGSI LIPBALM?
Bestnye dapat soalan ni...sebab senang je nak jawab hehehe...Lipbalm ni korang guna lepas korang scrub bibir korang tu...Bagi berganda-ganda lembab dan munggil bibir korang. Ramai wanita-wanita di luar sana yang tidak suka mengenakan lipstik,so...bolehlah guna lipbalm sikit bagi mengelakkan bibir korang terlalu kering nanti boleh jadi luka...Lainlah kalau korang jenis kuat minum air kan...tapi takkan sepanjang masa nak minum air pulak kan huhuhuhu...
"Ala...senang je nak kasi bibir lembab...jilat je bibir tu...kena air liur lembab la.." 

"JANGAN JILAT BIBIR UNTUK LEMBABKAN BIBIR..."

eh...no no no...kalau korang lembabkan bibir guna air liur bukan menjadi lembab tau...malah akan menjadikan bibir korang lebih kering dan pecah-pecah...Sesiapa yang ada tabiat ni sila berhenti daripada menjilat bibir untuk basahkan bibir,kerana air liur mempunyai bakteria yang akan memburukkan lagi keadaan bibir korang yang sedia kering itu...Cara mudah nak atasi masalah bibir kering adalah minum air mencukupi setiap hari dan guna lipbalm hehehe...

Oklah...cukup dah rasanya info yang berkaitan MISI LIPSCRUB DAN LIPBALM HOMEMADE UNTUK CUSTOMER BRANDING ni. Diharapakan korang dapat manfaat daripada apa yang saya sampaikan. Kepada mereka yang berhasrat nak mendapatkan lipscrub dan Lipbalm seperti dalam gambar tu boleh whatsapp saya terus. Begitu juga untuk mereka yang nak cuba berniaga produk organik buat tambah pendapatan boleh whatsapp saya...Tekan je icon whatsapp yang ada kat blog ni terus dapat chatting dengan saya hokeyyy...Jumpa lagi next celoteh...nak tidokan anak jap hehehe

Wassalam

0 ulasan:

Post a Comment