ZURAINI.COM

BAGAIMANA NAK BACA WHATSAPP DI LAPTOP

Bismillah dan Assalammualaikum semua...Salam penghulu hari...Salam tahun baru...Salam awal Muharam buat semua yang menjejakkan mata kat blog saya...Salam kenal buat yang firstime ke sini,nanti lain kali datang lagi tau...hehehe...Harini saya nak buat tutorial simple yang saya rasa ramai dah tahu tapi masih ada yang belum tahu.Walaupun jumlah yang belum tahu sangat sedikit berbanding yang dah tahu tapi saya tetap nak share supaya yang sedikit tak tahu tu akan jadi tahu hehehe...Saya nak buat tutorial BAGAIMANA NAK BACA WHATSAPP DI LAPTOP


BAGAIMANA NAK BACA WHATSAPP DI LAPTOP

Memandangkan saiz jari saya yang sasa ni,maka saya lebih selesa menggunakan laptop untuk berwhatsapp @ berinteraksi dengan customer melalui media sosial @ tulis blog @ yang berkaitan dengannya. Saya sangat jarang menggunakan handphone melainkan ketika keluar dari rumah @ balik kampung. Lagipun saya suka guna laptop sebab skrin lebih besar dan boleh menaip dengan lebih cepat

Baiklah...kita straight to the point sahaja okey...Saya menggunakan banyak gambar untuk tunjuk contoh supaya lebih jelas dan senang korang nak faham...Kalau masih tak faham boleh tanya...In Sya Allah saya akan cuba tolong

Mula-mula macam biasa korang kena pergi buka google search...contoh yang saya bagi adalah menggunakan google chrome. Kalau korang guna yahoo @ bing boleh juga tiada masalah...

BAGAIMANA NAK BACA WHATSAPP DI LAPTOP


Apa yang korang perlu taip adalah " whatsapp web" dibahagian search. Lepas taip korang terus tekan search dan korang akan sampai di halaman ini...sila lihat gambar


BAGAIMANA NAK BACA WHATSAPP DI LAPTOP
Korang hanya perlu tekan di link yang saya tunjukkan menggunakan anak panah berwarna merah. Jangan tekan tempat lain taw. Selepas itu korang akan sampai di halaman seperti gambar di bawah


BAGAIMANA NAK BACA WHATSAPP DI LAPTOP

Ok...bila dah sampai disini korang jangan buat apa-apa lagi. Sekarang korang tinggalkan halaman ni kejap dan ambil telefon yang korang guna untuk berwhatsapp. Kemuadian korang buka bahagian whatsapp dan klik bahagian menu. Selepas itu klik bahagian whatsapp web seperti yang saya tunjukkan dengan anak panah


BAGAIMANA NAK BACA WHATSAPP DI LAPTOP
Bila korang klik sahaja whatsapp web di handphone korang tu automatik akan keluar imbas kod seperti gambar dibawah...Sama seperti gambar dibawah ya...ada kotak 4 segi yang korang boleh scan kod QR seperti yang saya tunjuk dengan anak panah


BAGAIMANA NAK BACA WHATSAPP DI LAPTOP

Selepas itu korang scan pada kod QR yang ada dilaptop tadi...Tengok gambar kat bawah...saya bagi contoh


BAGAIMANA NAK BACA WHATSAPP DI LAPTOP

Dalam masa 2 saat selepas korang scan korang akan sampai ke halaman seterusnya seperti gambar di bawah


BAGAIMANA NAK BACA WHATSAPP DI LAPTOP

Tahniah !!!! Dah siap...korang dah boleh start merempit menaip bait-bait kata dengan senang berbanding menggunakan handphone...Itupun kalau jari jemari korang sasa macam saya jugalah...Kalau runcing-runcing tu mungkin tiada masalah kan...hehehe...

NOTE :
Pastikan handphone korang yang guna whatsapp tadi bersambung dengan data ketika korang guna whatsapp di laptop ( maksudnya kalau handphone korang Off @ korang tutup data memang tak boleh nak buka la whatsapp di laptop)

Korang faham tak tutorial simple ni? Kalau ada yang tak faham boleh tanya ya...Saya tinggalkan korang kat sini eh nak masak untuk dinner jap lagi...Jumpa lagi next entri...Terima kasih sudi singgah di tutorial BAGAIMANA NAK BACA WHATSAPP DI LAPTOP
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

RISSMART SIMPANG RENGGAM BANTU PASARKAN PRODUK USAHAWAN TEMPATAN

Bismillah...Assalammualaikum sahabat-sahabat semua. I'm back...yuhuuuu...hehehe,tiba-tiba dalam hati banyak girang sebab saya nak review satu usaha murni RISDA untuk membantu usahawan untuk terus maju...So...kita guna RISSMART SIMPANG RENGGAM BANTU PASARKAN PRODUK USAHAWAN TEMPATAN sebagai tajuk artikel saya kali ni ya

RISSMART SIMPANG RENGGAM BANTU PASARKAN PRODUK USAHAWAN

Gambar kat atas ini adalah gambar Rissmart Simpang Renggam. Buat pengetahuan korang  Rissmart adalah pusat pengumpulan dan pengedaran produk usahawan dibawah bimbingan Risda. Ini adalah satu lagi usaha kerajaan Malaysia membantu usahawan-usahawan dan pekebun kecil Risda untuk melonjakkan nama dan mampu bersaing dalam pasaran hari ini. Lokasi Rissmart Simpang Renggam betul-betul berada dibawah pejabat Risda Simpang Renggam yang baharu

Hari ini saya berkesempatan untuk singgah di Rissmart Simpang Renggam sebab saya mempunyai produk makanan untuk dijual dan berhasrat untuk merebut peluang perkhidmatan Rissmart ini. Rissmart Simpang Renggam baru beroperasi selama sebulan dan masih ramai yang belum perasan dengan kehadiran Rissmart di situ

RISSMART SIMPANG RENGGAM BANTU PASARKAN PRODUK USAHAWAN

Rissmart Simpang Renggam dikendalikan oleh sepasang suami isteri usahawan Risda yang berjaya iaitu Encik Hairul Anuar dan Puan Zarah...tetapi saya hanya berpeluang untuk jumpa dengan Puan Zarah je...Mungkin di lain kali saya punya kesempatan untuk jumpa dua icon usahawan Risda ni lagi

Okeyy...dipendekkan cerita saya teruja sebenarnya bila jejakkan kaki kedalam Rissmart Simpang Renggam ni sebab design kedainya nampak sangat unik dan cantik. Tapi masih ada ruang kosong untuk di isi lebih banyak barang,maklumlah kedaipun baru sebulan di buka...masih dalam proses penyusunan barang

RISSMART SIMPANG RENGGAM BANTU PASARKAN PRODUK USAHAWAN


Dek kerana teruja sangat dengan peluang yang ada disini tak sedar saya duduk berbincang hampir 2 jam disini. Rupa-rupanya Puan Zarah adalah pemilik kepada produk mee siput. Selalu jumpa dan beli je tetapi harini dapat jumpa pemilik mee siput sendiri...Kalau korang nak dapatkan mee siput yang sedap boleh singgah kat sini

RISSMART SIMPANG RENGGAM BANTU PASARKAN PRODUK USAHAWAN

Lupa saya nak bagitahu korang. Ini mengikut pemerhatian saya la...sebab saya lupa nak tanya. Saya lihat konsep yang dibawakan di Rissmart ni lebih kepada menjual makanan,sebab saya tak nampak selain makanan disini. Banyak makanan yang dipamerkan disini...jap saya sebut mana yang saya ingat ya...Tempeyek ada,tempeyek mini ada,kuih bahulu ada,cookies coklat ada,biskut-biskut bakar ada,telur masin ada dan macam-macam lagi....nak sebut kat sinipun nanti jadi panjang sangat cerita saya hehehe...

Kalau nak jual selain daripada makanan korang boleh tanya owner Rissmart ni terus...Jangan risau mereka sangat friendly. Apa yang diberitahu kepada saya hanya produk usahawan sendiri sahaja boleh diletakkan disitu...Maksudnya produk yang korang nak jual tu korang buat sendiri bukan produk orang lain

RISSMART SIMPANG RENGGAM BANTU PASARKAN PRODUK USAHAWAN

Kuih ni yang menarik perhatian saya sebab warna yang menarik dan nampak cantik. Sengaja saya letak gambar Puan Zarah kat sebelah gambar kuih yang cantik ni...bila ingat kuih ni ingat owner Rissmart nih kannnn...giteww...hahaha...Kalau korang nak tahu kuih yang cantik tu adalah kuih kapit yang di inovasikan untuk nampak lebih menarik. Kreatif sungguh usahawan-usahawan kita

RISSMART SIMPANG RENGGAM BANTU PASARKAN PRODUK USAHAWAN

Yang ini lagi satu produk yang saya dah pun try. Seriously sedap dan unik sebab ramuan rahsianya tapi saya tak boleh la bagitahu ramuan rahsianya kat sini kan hehehe...Tapi cookies ni memang menepati citarasa anak tekak saya dan harganyapun ok...nice...tu ada tertera kat situ korang tengoklah...kannn...murah je

Usai bercerita tentang bisnes saya pun beransur pulang tapi sebelum tu sempat saya mintak Puan Zarah belanja satu gambar dengan popia nestum saya. Popia nestum in Sya Allah akan dipamerkan disini nanti ya...so...gambar tu ala-ala teaser la nak bagitahu korang upcoming produk kan...hehee

RISSMART SIMPANG RENGGAM BANTU PASARKAN PRODUK USAHAWAN

Sebelah gambar tu ada saya selitkan nombor telefon Puan Zarah dan alamat Rissmart Simpang Renggam...Sesiapa yang berminat nak pasarkan produk @ ada urusan lain yang berkaitan boleh contact nombor ini @ terus je datang ke alamat yang tertera...Haaaa lagi satu nak pesan kalau korang nak datang korang pastikan calll dulu ya...takut mereka tiada di kedai sebab kadang-kadang mereka ada urusan di luar

Ada satu lagi info yang saya dapat bahawa korang boleh temui Puan Zarah di lokasi pasar pagi simpang renggam setiap hari jumaat dikawasan berhampiran YongKah. Korang jalan sikit je boleh nampak dah gerai Puan Zarah tu...Gambar dah bagi kan,dah kenalkan...kalau jumpa Puan Zarah bolehlah tegur-tegur,minta sahre ilmu dan tips kejayaan sikit kan...hehehe

Rasanya cukup penerangan saya tentang RISSMART SIMPANG RENGGAM BANTU PASARKAN PRODUK USAHAWAN TEMPATAN. Itu sahaja gambar yang sempat saya snap. Kalau ada apa-apa info terbaru akan datang in Sya Allah saya akan buka topik lagi supaya info dapat disebarkan kepada yang memerlukan info hehehe...Ayuh warga Simpang Renggam,rebut peluang yang ada untuk pasarkan produk korang...Jumpa lagi next story...Terima kasih sudi singgah
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

MANFAAT GARLIC BALM HOMEMADE

Bismillah dan Assalammualaikum semua. Syukur Alhamdulillah saya masih disini...di bumi Allah...masih diberi peluang untuk menghirup udara setakat harini...Harini saya nak update pasal satu produk homemade saya yang semakin hari semakin orang minat nak ambil tahu. So,oleh kerana orang dah mula nak ambil tahu saya akan sekali lagi kongsikan MANFAAT GARLIC BALM HOMEMADE

MANFAAT GARLIC BALM HOMEMADE

Ini adalah garlic balm homemade milik saya sepenuhnya yang saya sendiri buat menggunakan kedua tangan saya dengan niat untuk mencari rezeki. Firstly saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi beli garlic balm homemade saya. Then yang keduanya saya nak bagitahu kepada semua bahawa mulai hari ini botol garlic balm homemade saya akan di tukar kepada yang lebih besar sedikit berbanding yang dalam gambar ini 

MANFAAT GARLIC BALM HOMEMADE


Ini adalah batch terakhir saya yang menggunakan botol size 20g. Batch yang terakhir saya proses baru-baru ini telah habis terjual semuanya dan buat masa sekarang saya kekeringan stok dan In Sya Allah stok akan kembali normal minggu hadapan. Korang kalau yang baru nak mencuba boleh terus whatsapp saya untuk beli @ korang boleh beli di market place yang saya telah upload semua produk saya disana. Ikut suka korang yang mana satu korang selesa. Korang boleh cari Garlic Balm Homemade di Lazada,Shopee,Avana,Carousell,Mudah dan My bazar dibawah jenama zm beauty

MANFAAT GARLIC BALM HOMEMADE

Buat pengetahuan korang saya jual garlic balm homemade by zm beauty dengan harga RM15 untuk 20gram ini dan selepas ini saya akan jual dengan harga RM20 untuk 30gram...Harga promosi pengenalan RM10 telah tamat dan jangan tanya lagi tentang harga promosi tu ye sayang-sayang semua

Baru-baru ni ada customer bagi feedback yang dia gunakan garlic balm homemade ni pada bisul dan alhamdulillah bisulnya cepat baik...Memang saya pernah dengar orang tua-tua cakap kalau nak bagi bisul cepat elok guna bawang putih,tapi tak sangka pula yang guna garlic balm juga bagi effect yang sama kan...hehehe terharu sat...

Garlic balm homemade ini dibuat menggunakan Extra Virgin Olive Oil taw...so korang tak perlu risau tentang keselamatan pada kulit baby korang sebab ia tidak panas. Sayapun tiada letak any essential oil sebab biasanya bukan semua baby sesuai dengan essential oil. So,saya lebih selesa menggunakan pure garlic sebagai bahan utama garlic balm homemade ini

MANFAAT GARLIC BALM HOMEMADE

Garlic balm ini adalah satu alternatif untuk merawati gejala batuk dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak tanpa ubat...Tapi saya rasa bukan hanya untuk mereka sahaja,orang dewasa juga sesuai menggunakannya sebab kami sekeluargapun menggunakannya dan tiada memberi apa-apa infection setakat ini. Pernah baru-baru ni anak saya hidung tersumbat dan tak dapat tidur,lepas saya sapukan garlic balm di dada,belakang,tapak kaki,sinus area dan ubun-ubun dia terus tidur lena sampai pagi

Alhamdulillah,ini adalah satu ikhtiar sahaja,sebab yang menyembuhkan bukan kita...kita sekadar berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita...kann...Bagi yang ada penyakit asma juga boleh amalkan garlic balm ini sebagai rawatan alternatif

MANFAAT GARLIC BALM HOMEMADE

Kat gambar atas ni saya ada selitkan MANFAAT GARLIC BALM HOMEMADE untuk tatapan korang. Apa yang saya sarankan baiklah kita gunakan ubatan tradisional yang natural sebelum kita membuka peluang kepada anak kita mengambil ubat-ubatan moden. Tak salah mencuba kerana ikhtiar tu wajib...saya tak sarankan baby untuk ambil ubat selsema @ batuk sebab ia sangat tidak sesuai di ambil oleh mereka

Anak istimewa saya dari kecil hingga umur 6 tahun tidak pernah ambil sebarang ubat dan dia seorang yang sihat...tapi yela kan...dia kan istimewa...anak syurga...pasti ada malaikat yang melinduginya. Kalau dia batuk @ selsema saya just apply garlic balm then dia akan sendiri recover. Alhamdulillah mungkin ia serasi dengan anak-anak saya

MANFAAT GARLIC BALM HOMEMADE

MANFAAT GARLIC BALM HOMEMADE

Ini adalah batch yang terakhir yang sempat saya ambil gambar sebelum saya pos. Tiba-tiba rasa sedih pula huhuhu...Lepas ni akan keluar botol yang baru...Semuanya sama cuma size sahaja berbeza. Terima kasih kepada seorang customer dari JB yang order 100 botol dan 50 botol dari Selangor...Terima kasih kepada semua yang sudi berurusan dengan saya. Saya harap garlic balm saya dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan

Kepada sesiapa yang berminat nak borong @ buat brand sendiri korang boleh terus whatsapp saya juga. Terima kasih kerana sudi singgah di entri MANFAAT GARLIC BALM HOMEMADE...Saya doakan semua yang mencuba garlic balm homemade saya akan dapat kesembuhan dengan izin Allah s.w.t...kita jumpa lagi di lain masa okeyyy...Salam sayang dari saya
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP

Bismillah...
Assalammualaikum semua...Good morning...pagi-pagi saya dah start mencoret idea disini sebab taknak idea berlalu pergi sebelum sempat untuk disebarkan. Harini saya nak share sedikit RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP

RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP

Saya rasa semua orangpun dah kenal popia nestum. Setiap kali musin nak raya mesti ramai yang jual popia nestum kat FB mereka. Kenapa ramai yang jual? Jawapan yang tepat untuk soalan ini adalah kerana popia nestum sangat-sangat mudah nak buat

Bila sebut pasal mudah,mana ada dalam dunia ni orang taknak buat kerja yang mudah kan??? Betul tak? Hehehe...semua orang sepakat bab nak buat kerja mudah...Terlanjur saya nak share resepi RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP ni saya selitkan sedikit info mengikut pengalaman saya hokeyy

RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP

Sedikit info sebagai tips nak buat popia nestum lebih efisyen atau ayat lebih mudahnya masa nak proses buat popia nestum ni lebih cepat. Kalau nak pilih kulit popia mesti pilih yang jenis mudah untuk dikopek. Saya dah pernah cuba macam-macam kulit popia tapi kulit popia jenama "FRIZZ SPRING ROLL PASTRY" adalah kulit popia yang paling mudah nak diuruskan. Seriously saya banyak jimat masa ketika peel kulit popia ni kalau guna brand Frizz ni

Lupa saya nak cerita,saya sebenarnya buat popia nestum ni untuk jual pada budak sekolah. Ada 2 tujuan saya buat popia nestum ni,yang pertama saya nak buat duit tambahan untuk belanja anak saya,daripada duit jual popia nestum secara kecil-kecilan ni saya boleh tampung duit belanja sekolah anak saya...so,saya dah tak payah fikir pasal belanja sekolah anak saya dah...semua collection khas untuk belanja sekolah anak saya...

Tujuan yang keduanya saya cuba nak jual benda yang lebih berkhasiat daripada makanan ringan kepada budak sekolah. Sebab saya perhatikan banyak makanan ringan dijual kepada budak sekolah yang saya rasa tidak sesuai dimakan berlebihan oleh pelajar tetapi apakan daya saya tak mampu mengubahnya. Oleh itu,saya cuba jual popia nestum ni,sekurang-kurangnya saya dapat mengurangkan jumlah mereka yang beli makanan ringan. Itupun kalau teori yag saya fikirkan ini relevan hehehehe...

RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP

Okey,berbalik pada cerita kulit popia brand frizz tadi. Kalau korang tengok gambar di awal artikel ni korang boleh nampak yang popia nestum saya ni saya tak gulung. Saya buat potongan biasa sahaja sebab sebelum ni saya pernah buat yang gulung tapi macam kurang selesa bila kunyah(penat nak kunyah). Oleh kerana target market saya adalah kanak-kanak sekolah saya lebih suka buat potongan begini lebih nampak macam makanan ringan yang menarik dan lebih ringan untuk dikunyah

Saya akan potong terlebih dahulu kulit popia seperti dalam gambar kemudian baru saya akan peel. Kenapa saya tak peel dulu sebelum potong??? Jawapannya sebab saya nak potongan yang saya dapat tu sekata. Kalau saya peel dulu baru potong saya takut kerja saya kurang efisyen. Tapi terpulang pada kretiviti sendiri bagaimana cara nak buat

RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP

Ini adalah gambar selepas saya berjaya peel semua kulit popia untuk melaksanakan misi popia nestum saya. Untuk pengetahuan korang saya dah buat perbandingan hasil antara kulit popia yang biru dengan yang hijau tau. Untuk dapatkan hasil yang lebih banyak untuk resepi popia nestum yang saya akan bagi nanti korang perlu gunakan kulit popia frizz(7.5inch) yang pek warna hijau(8.5inch)

RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP

Ok,taknak buang masa kita teruskan kepada RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP. Resepi ni sangat mudah...sesiapa sahaja boleh cuba dan akan berjaya buat tanpa ragu-ragu(hehehe) Tapi pastikan kalau adik-adik bawah umur nak cuba resepi ni korang bagitahu mak korang dulu taw...Yela...mana tau ada pula yang nak buat jual-jualan kat kawan-kawan sekolah pula kan...

RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP :
Frizz Spring Roll Pastry 1peket
Nestum Original/Madu 10 sudu 
Susu Nespray 10sudu(@ susu yang korang suka )
Gula halus 6 sudu(kalau nak manis sikit letak 5 sudu)
Minyak 500ml(ikut keperluan)

Selepas korang siap peel semua kulit popia korang dah boleh start menggoreng. Pastikan semasa menggoreng korang tak tinggalkan aktiviti menggoreng tu...Korang kena tunggu sampai settle. Yela kan...orang pempuan ni kalau buat kerja multitask sikit...boleh wat 3 4 kerja dalam satu masa tapi kalau sedang goreng kulit popia buang sifat multitask tu ke tepi dulu sebab masa goreng kena jaga betul-betul takut nanti warna tak sekata...ada yang kuning @ hangit dan ada yang warna cerah...Alaaaa...kejap je kot nak siap goreng...tak sampai 5 minit pun. Inilah bab yang paling cepat nak buat...

Selepas siap goreng korang terus angkat dan toskan minyak atas kertas minyak/tisu/penapis minyak ikut korang punya keselesaan. Korang gorenglah habis-habis dulu(maksud saya goreng habis-habis 1 pek popia yang korang dah peel tadi) Agak-agak dah tos minyak yang berlebihan tu korang dah boleh campurkan bahan-bahan tadi dengan kulit popia yang siap digoreng tadi. Bahan-bahan tadi korang ada 2 pilihan samaada nak kisar @ tidak. Macam saya tak kisarpun sebab saya nak nampak tekstur nestum tu hehehe...then,jimat kos sedikit dan rasanya tetap sama 

Inilah hasilnya popia nestum versi saya. Saya pek kecil-kecil untuk jual RM1 pada budak sekolah dan yang 4 biji botol besar tu saya letak kat butik area rumah saya,mana tau kalau-kalau ada yang berminat nak beli hehehe

RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP

Masa yang saya perlukan untuk selesaikan 1 batch popia nestum(untuk 1 peket kulit popia) tak sampai 1jam. Korang boleh cuba kat rumah untuk buat makanan sampingan untuk anak-anak daripada bagi makanan ringan yang tidak berfaedah tu. Bagi yang nak jualpun boleh...Selamat mencuba,saya pasti ramai yang suka. Apa yang penting korang guna kulit popia brand Frizz sebab boleh kurangkan masa korang nak kopek kulit popia tu nanti...Tu pun kalau korang jumpa kulit popia ni kat pasaraya yang berhampiran rumah korang. Setahu saya kulit popia ni ada jual di Econsave,Aeon Big,Mydin,Jusco dan semua pasaraya 99 speedmart...Wahhh rasanya macam mudah je nak dapatkan "FRIZZ SPRING ROLL PASTRY" ni. Selain daripada kulit popia korang boleh dapatkan macam-macam lagi produk frozen yang berkualiti dibawah brand Frizz ni...Korang boleh refer di http://www.frizz.com.my/

RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP
~ aktiviti seal plastik ~

Oklah,rasanya cukup untuk kali ni saya membebel...Nanti ada masa bolehlah korang try RESEPI MUDAH POPIA NESTUM YANG RANGUP DAN SEDAP ni ya...Jangan stress-stress sangat sebab korang pasti berjaya buat dengan sedap sebab resepi ni sangat mudah nak buat...Saya pasti yang dah cuba buat mesti akan buat lagi dan lagi hehehe...Saya harap perkongsian saya memberi manfaat pada orang lain...Apa-apapun terima kasih sudi singgah kat blog saya...Kita jumpa lagi next entri...

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

SERVIS VIDEO IKLAN PRODUK

Bismillah dan Assalammualaikum semua...Harini dua kali saya muncul disini sebab saya nak review satu servis yang saya rasa orang lain patut tahu terutamanya bagi mereka yang mempunyai bisnes. Yang tiada bisnes juga perlu ambil tahu sebab mungkin masa akan datang rezeki korang berbisnes pula @ korang boleh share info kepada kawan-kawan/saudara mara/adik beradik/jiran yang dalam aliran bisnes kerana mungkin mereka memerlukan servis ini. Okey...kali ni saya tertarik nak share tentang SERVIS VIDEO IKLAN PRODUK

SERVIS VIDEO IKLAN PRODUK

Penting ke video iklan dalam bisnes??? Apa tujuan nak buat video bisnes???Haaaaa...Meh sini rapat-rapat saya nak cerita kenapa video iklan dalam bisnes ni penting. Sebenarnya zaman sekarang orang lebih puashati nak tengok video daripada tengok gambar. Sayapun tak begitu pasti berkenaannya mungkin sebab video lebih menarik dan padat dengan info tentang sesuatu produk

Iklan adalah satu medium yang penting untuk memperkenalkan produk kepada umum. Tanpa iklan maka matilah produk tersebut. Kalau tiada videopun still boleh iklan juga sebagai contoh tunjuk kat jiran sebelah rumah...orang kawasan taman dan cara yang paling hot sekarang iklan kat facebook

SERVIS VIDEO IKLAN PRODUK

"Ekeleeehhh...kat facebook boleh je iklan letak gambar then letak jela info produk nanti orang baca la iklan kita..."
Beb...orang sekarang semua nak rushing...diorang malas nak baca penerangan korang yang menjela-jela tentang info produk korang tu...

"senang je...letak gambar jela...kalau diorang berminat diorang pm then saya boleh terangkan pasal info" 
Itu kalau sorang dua yang berminat beb...kalau 100 orang yang berminat takkan korang nak reply satu-satu pasal info...pastu pm korang diorang tak reply pasal malas nak baca huhuhu...

"nak buat video ni kalau buat sendiri memang ke laut lah hasilnya...nak tayangkan kat facebook pun segan...nak upah orang buat memang taklah...mahal sangat,tak dayo den nak membayar eh do..(bak kata nabil hehehe)"
Haaaa...inilah yang saya nak bagitahu ni...Tiada yang mustahih dalam dunia bisnes yang penting korang kena cekal dan cepat bertindak rebut peluang. Ini tak...belum cuba lagi dah say 'no'...baca dulu apa saya nak cerita pasal SERVIS VIDEO IKLAN PRODUK ni...peluang yang terbaik datang sekali je...so baca sampai habis dan cepat rebut peluang sebelum peluang tu berlalu...(hahaha...ayat manis semanis honey...)

Apa tujuan nak buat video bisnes???
Seperti yang saya cakap tadi tujuan utama video bisnes ni untuk iklan dan sekaligus membantu meningkatkan jualan kita. Melainkan ada yang buat bisnes tapi tak mahu tingkatkan jualan boleh abaikan kepentingan buat video bisnes huhuhu...

SERVIS VIDEO IKLAN PRODUK

Perbezaannya sangat ketara antara iklan menggunakan gambar dan artikel berbanding iklan menggunakankan video lebih-lebih lagi video bisnes yang tampak profesional kerana lebih ramai orang suka menonton video berbanding membaca yang katanya membosankan. Tapi...haaaa ada tapinya huhuhu...video perlulah sebuah video yang menarik dan profesional...kalau video yang 'janji ado' je tu risiko untuk dikritik tu agak tinggi. 

Video perlu lebih infomatik dan praktikal sebagai contoh nak cerita pasal sabun muka...Iklan sabun muka menggunakan gambar dan artikel VS Iklan video orang sabun muka... Orang akan lebih tertarik untuk melihat video berbanding membaca artikel lebih-lebih lagi kalau artikel yang panjang menjela...font kecil...tulisan tak jelas dan sebagainya...inilah yang cuba saya maksudkan...faham tak korang?

Nota kaki (pesanan dari motivator tempat saya pergi kursus) :-
" Kalau kita nak produk kita orang kenal kita perlu selalu muncul bagi orang nampak...tapi pastikan orang nampak yang cantik-cantik...yang baik-baik...bila orang selalu nampak barulah orang rasa minat....dannnn...bila orang rasa minat baru orang percaya dengan produk kita...bila orang dah percaya apa lagi mestilah orang nak beli "

Cuba korang renung-renungkan apa yang dicakapkan ada benarnya...kalau iklan sekali sekala je macamana orang nak kenal dan ingat...kalau janji hado je iklannya macamna orang nak minat then beli...hurmmm betul juga ya...Kalau video yang menarik mesti ramai yang suka nak tengok pastu share...pastuuuu...korang sambunglah sendiri ye...

Baiklah...Back to the title SERVIS VIDEO IKLAN PRODUK yang ditawarkan oleh rangkaian JOHORBIZ. Apa yang saya faham JOHORBIZ membantu para usahawan johor untuk membuat video usahawan yang lebih profesional dengan harga yang mampu bertujuan untuk meningkatkan lagi ekonomi johor dalam bidang keusahawanan. Kalau ambil servis luar lebih mahal berbanding di JOHORBIZ...(gitu lah lebih kurang maksudnya)

SERVIS VIDEO IKLAN PRODUK

Dan yang terbaru servis yang ditawarkan oleh JOHORBIZ untuk para Usahawan Johor adalah pakej "Business Marketing Video" menggunakan Fully Drone,  DJI osmo +, DSLR dan video camera dengan harga yang cukup menakjubkan khas untuk 400 usahawan johor semua daerah. Inilah yang dinamakan peluang baik yang langsung tak boleh dilepaskan. 

Harga pakej sangat-sangat murah tak sampai seribu ringgitpun. Tapi jangan ada yang membayangkan kos nya RM100 pula ya...memang kena boom satgi nanti...hahaha...Come on beb,guna Fully Drone,  DJI osmo +, DSLR dan video camera takkan nak bayangkan RM100 lagi kan...wakeup!!!wakeup!!!Korang boleh buat research tentang servis begini untuk buat perbandingan

" Di mana lokasi shooting video?"
Haaa...saya suka soalan adik ni...shooting video boleh dibuat di premis korang...Tak perlu risau korang nak kena hangkut produk-produk korang sebab pihak JOHORBIZ  yang akan hangkut alatan mereka ke premis korang hokey

" Luar dari kawasan Johor tak dapat ke guna servis JOHORBIZ?"
Jawapan pada soalan ni korang boleh tanya sendiri kepada CMO JOHORBIZ

Alhamdulillah...telah ramai yang menggunakan perkhidmatan JOHOR BIZ dan berpuashati dengan hasilnya dan salah seorangnya adalah saya hehehe...Korang boleh refer page CMO JOHOR BIZ @ IG IFASYAIFUL untuk lebih jelas. ( kang saya cakap lebih-lebih silap info pula huhuhu) Ataupun kalau korang takut terlepas peluang @ macam dah yakin sangat nak rebut pakej "Business Marketing Video" ni korang boleh terus tekan icon whatsapp yang gedabak kat bawah ni,korang boleh terus tanya dengan CMO JOHOR BIZ ( Cik Ifa ) yang sangat mesra alam...Korang jangan contact saya pula kalau nak tanya pasal video taw hehehe...

Klik sini

Sebelum saya tamatkan artikel ni saya nak tunjukkan rupa Drone yang akan menyempurnakan projek "Business Marketing Video" yang bakal korang rebut tu...Macam comel jek...macam best jek...

SERVIS VIDEO IKLAN PRODUK

SERVIS VIDEO IKLAN PRODUK

Wink...wink...teruja sangat tengok benda putih dalam gambar atas ni...( saya yang tak teruja...kalau korang tak teruja takpelah hehehe) Kesimpulan yang boleh saya buat daripada artikel SERVIS VIDEO IKLAN PRODUK ini adalah untuk bersaing dengan cara sihat dalam bidang bisnes yang sangat mencabar pada harini adalah perlu untuk kita memiliki video bisnes yang profesional untuk memperkenalkan servis/produk/perniagaan kita kepada orang. Apa-apapun pilihan terletak pada tangan korang, saya sekadar berlapang dada untuk berkongsi info kepada orang yang memerlukan. Terima kasih kepada yang sudi membaca dan harap info ini dapat dipanjangkan kepada orang lain sebagai manfaat bersama

"Ayuh warga johor sama-sama kita rebut peluang keemasan ini"
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

TEMPAHAN ACAR BUAH JOHOR

Bismillah dan Assalammualaikum semua...Rindunya rasa nak mencoret disini tapi apakan daya saya tiada kesempatan tapi harini saya ada sedikit masa terluang dapatlah saya update entri untuk tatapan korang. Harini saya nak cerita pasal TEMPAHAN ACAR BUAH JOHOR 

TEMPAHAN ACAR BUAH JOHOR

Kalau ada yang masih belum kenal acar buah johor, gambar di atas ni adalah rupa acar buah johor yang selalu korang boleh makan bila ada hidangan nasi beriani di kenduri kahwin atau di restoran nasi beriani. Sebenarnya acar ni ada banyak jenis tapi yang dalam gambar itu adalah acar buah versi saya hasil resepi turun temurun daripada mak saya

TEMPAHAN ACAR BUAH JOHOR
  
TEMPAHAN ACAR BUAH JOHOR

Tak rugi belajar resepi daripada mak sebab rasanya memang sedap giloss sebab itulah saya namakan acar buah saya acar buah sedap hehehehe...Sebenarnya dah lama saya belajar cara buat acar ni dan saya pernah jual acar ni tahun 2014 tapi terpaksa stop sebab saya pragnent then start kembali bulan puasa tahun ni (hehehe...lama betul cuti bersalin)

TEMPAHAN ACAR BUAH JOHOR

Semalam saya dapat tempahan sebanyak 20kg daripada sebuah restoran curry house yang terletak di KL. Buat pengetahuan korang saya ada ya mengambil tempahan untuk majlis atau catering sebab mungkin sebelum ni orang tak jelas samaada saya terima tempahan @ tidak,so saya nak bagitahu yang saya sememangnya menerima tempahan untuk jumlah yang besar

Sebelum ni saya ada terima tempahan dari singapore sebanyak 3kg. Alhamdulillah mereka berpuashati dengan rasa acar buah sedap ni dan willing to order lagi next time

TEMPAHAN ACAR BUAH JOHOR

Selepas beberapa jam berhempas pulas akhirnya saya siap memproses acar buah johor yang ditempah oleh customer. Saya packing dalam plastik 1kg setiap bungkus supaya senang saya nak susun dalam kotak. Saya menggunakan kurier untuk hantar ke KL sebab saya tak dapat arrange hantar dengan bas memandangkan tempat saya nak jumpa bas menuju ke KL jauh dari rumah saya. Postage ke KL untuk 20kg acar buah lebih kurang RM55 sahaja

TEMPAHAN ACAR BUAH JOHOR

Acar buah siap disusun dalam kotak dengan rapi supaya customer terima barang dengan sempurna nanti. Harap customer terima barang dengan selamat dan cepat sebab saya paling takut bab servis tak bagus ni. Kalau servis tak bagus customerpun tak sudi nak berurusan lagi dimasa akan datang

TEMPAHAN ACAR BUAH JOHOR

Korang perasan tak gambar yang paling acar buah yang paling atas sekali nampak cantik je kan. Ni saya nak share bagaimana nak dapatkan gambar yang cantik. Masa saya pergi kursus pengiklanan baru-baru ni ada disentuh tentang kuasa gambar boleh menarik minat untuk customer memilih kita sebgai seller tau. Bukan kita nak tipu tentang gambar tetapi kita nak tunjukkan keadaan sebenar barang jualan kita dengan lebih jelas dan sedap mata memandang

TEMPAHAN ACAR BUAH JOHOR

Saya hanya menggunakan kamera telefon biasa-biasa sahaja untuk ambil gambar dalam light box yang saya buat sendiri menggunakan kotak dan letakkan 4 biji lampu kecil yang disambungkan menggunakan usb. Kotak tu saya ubah suai sedikit dengan meletakkan kertas putih dikeliling kotak(kertas mahjung) supaya cahaya nampak lebih terang dan hasil gambar yang saya dapat sangat memuaskan hati sebab saya tak perlu keluarkan kos yang banyak untuk ambil gambar yang cantik. Korangpun boleh cuba buat light box ni sendiri kat rumah...Senang kalau nak ambil gambar yang cantik untuk korang buat iklan

Begitulah serba sedikit cerita berkenaan TEMPAHAN ACAR BUAH JOHOR dan sempat saya selitkan tips mendapat gambar yang cantik untuk tujuan iklan. Kepada sesiapa yang berminat nak cuba acar buah sedap saya boleh direct whatsapp saya. Tapi pastikan untuk order yang banyak jangan harini order esok dah nak sampai sebab saya perlukan masa untuk buat dan cari bahan...Apa-apapun terima kasih kepada yang sudi membuat tempahan dengan saya sebelum ini dan yang akan datang. Jumpa lagi dilain cerita. Terima kasih sudi singgah
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :