ZURAINI.COM

Image

TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE

Bismillah dan Assalammualaikum 
Hi korang...seperti yang saya janjikan kat semua yang mesej saya tanya "how to start selling at shopee", harini saya gagahkan diri untuk tulis sesuatu supaya korang dapat input... maka terciptalah satu artikel baru berjudul TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE setelah sekian lama blog ini sepi tanpa artikel...Chupp chuppp bukan sengaja taw taknak menulis tapi saya busy bangat deh...nak cerita busy kang panjang pula ceritanya so cut it short paham-paham sendiri maksud busy eh...


Lately setiap hari beratus-ratus mesej masuk di whatsap saya tanya tentang berniaga di shopee...bukan di whatsapp sahaja melalui chat di shopee pon ramai tapi maaflah adik-adik,kakak kakak dan abang abang semua saya tak dapat nak layan semua orang sebab saya pun ada kerja lain yang perlu diuruskan...belum cerita lagi kerja hakiki as tarzan rimba di dalam rumah mengerjakan hero 3 ketoi saya nih huhuhu...maka dengan ini saya rasa perlulah saya tulis artikel ini sebab mungkin  ada yang tak berapa faham dengan artikel saya sebelum ini atau artikel sebelum ini tak lengkap ataupun kurang jelas....



Saya akan bermula dari first step yang paling bawah levelnya sebab banyak juga mesej saya dapat begini bunyinya " salam sis,saya ada baca artikel sis tentang berniaga di shopee,boleh tak sis ajar macamana?" lagi satu soalan " saya tak tahu bagaimana nak start dan saya baru firstime ni sis,boleh ajar saya dari mula tak sis?" Kalau boleh saya nak ajar semua orang tapi saya tak mampu nak buat begitu...nak tubuhkan group pun saya tak mampu sebab takut ada yang tertinggal @ tak faham then saya kena ulang banyak kali...better saya buat artikel supaya korang @ newbie boleh tengok banyak kali dan info takkan hilang sampai bila-bila..betoi dakkk?



Maaf ya intro terlalu panjang...ni lah akibatnya kalau lama sangat tak mengarang,bila start mengarang habis semua nak di karang...kepada yang dah tahu tentang step yang saya akan bagi nanti boleh abaikan artikel ini @ korang boleh tolong share supaya ramai orang boleh belajar dan yang belum tahu @ ingin belajar sila teliti betul langkah-langkah mudah yang saya cuba sampaikan...



PESANAN PENTING !!!

Orang yang nak bermula shopee bukan sekadar baca tutorial tapi baca tutorial sambil praktikkan. Orang yang bertindak sekarang pasti akan dapat hasil lebih cepat berbanding baca sahaja tanpa bertindak...dan lagi satu selepas korang buat baru korang akan faham...membaca tak semudah mempraktikkan dan mempraktikkan tak seindah dapat customer pertama...ooooyeahhhhh

TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE


1st step :

Bagi mereka yang belum download aplikasi shopee boleh berbuat demikian di google playstore...( sila rujuk gambar di atas )

TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE


2nd step :

Bila dah download korang buka dan akan keluarlah halaman seperti lampiran yang disediakan...terus tekan sign up untuk yang belum pernah sign up...dan yang dah ada akaun dengan shopee boleh abaikan step ini...( sila rujuk gambar di atas )


TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE




























3rd step :

Korang akan sampai ke halaman ini selepas korang tekan sign up...( sila rujuk gambar di atas )

TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE


4rd step :

Isikan nombor telefon korang yang korang guna untuk berurusan...jangan guna nombor yang dah expired sebab nanti shopee nak bagi kod rahsia herherher...pastu jangan lupa klik continue pulak,kang sampai ke sudah tak dapat kod rahsia korang...( sila rujuk gambar di atas )

TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE


5th step :

Dapat tak kod rahsia kat no telefon yang korang bagi tuh? kalau dapat isi nombor kod tu kat tempat yang disediakan...kalau tak dapat korang kena check balik betul ke tidak nombor telepon yang korang bagi tu,takut tersilap...Kalau semuanya dah ok,kod yang diletakkan dah sempurna sila tekan continue( sila rujuk gambar di atas )

TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE


TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE


6th & 7th step :

Selesai korang tekan continue di step ke 5 tadi korang akan automatik sampai ke halaman ini( sila rujuk gambar di atas ) Then apa lagi korang isilah usernama dan password yang korang nak guna...pastikan korang guna password yang mudah korang nak ingat sebab nanti takdelah asyik lupa je...nanti kurang pula semangat nak buka shopee sebab asyik lupa password jek...just soft remind from me hukhuk...Eh eh...jangan lupa tekan continue tu taw...




TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE

8th step :
Bila korang tekan continue kat step kat atas tu korang terus akan sampai ke halaman ini...ini adalah halaman umum taw...kalau korang nak ke halaman korang sendiri @ profile korang @ biasa orang panggil dashboard korang tekan "me" ...tu yang saya letak anak panah tuh...haaa tekan kat situ( sila rujuk gambar di atas )


Info : 

Dashboard adalah tempat korang nak edit apa jua aktiviti di kedai shopee korang termasuk edit stok,profile,withdraw dan sebagainya...saya akan ajar dengan lebih detail nanti

TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE



9th step :

Dan akhir sekali bila korang tekan anak panah "me" tadi korang akan terus sampai ke ruangan dashboard korang sendiri...nampak tak nama usernama yang saya isikan tadi ada kat bahagian atas yang saya letak anak panah tu??? nampak kan...haaa itulah nama kedai korang...so,masa nak tulis username korang kena pilih nama yang sesuai untuk melambangkan kedai shopee korang tu ya...( sila rujuk gambar di atas )


So,untuk kali ni saya share ini sahaja untuk TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE ...namapun langkah pertama...saya kena bagi sikit-sikit,tak boleh bagi sekali gus nanti ada yang tak faham pula...slow slow fahamkan in Sya Allah korang boleh faham sebab saya rasa inilah step yang paling jelas sekali untuk difahami...yang dah tahu jangan kecam-kecam saya nak tunjuk pandai ,saya cuma nak memudahkan diri saya untuk bagi jawapan pada mereka yang tanya saya bagaimana nak bermula...kalau yang rasa artikel ini boleh membantu kawan-kawan @ adik beradik yang baru nak belajar boleh share...tutorial untuk next step akan menyusul selepas ini...Jumpa lagi taw...terima kasih kepada yang sudi membaca sampai habis,maaf taw kalau saya terover bebel...
Wassalam
-
-
-

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :
 DIRECT WHATSAPP

Page : neembalmHQ

SABUN HABBATUSSAUDA HOMEMADE TERBAIK - NATURAL

Bismillah dan Assalammualaikum ..hi korang,selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak...Lamanya tak munculkan diri kat sini...bukan apa saya tak punya cukup masa untuk merenung monitor lagi seperti dulu hukhukhuk...tapi kali ni saya lari kejap untuk menaip...jom layan cerita SABUN HABBATUSSAUDA HOMEMADE TERBAIK - NATURAL ...saya  akan buat sesimple mungkin cerita ni sebab saya nak buat kerja lain pula pasni hehee...

SABUN HABATUSSAUDA HOMEMADE TERBAIK - NATURAL

Ha...ni dia rupa sabun SABUN HABBATUSSAUDA HOMEMADE yang saya nak tunjuk kat korang tu..korang tahu kan habbatussauda ni adalah salah satu makanan sunnah tapi kali ni kita proses dia bukan untuk makan tapi untuk gosok kat muka sebagai sabun

Lagi satu,korang jangan terkejut kenapa ada bintik-bintik hitam macamtu tak macam sabun kat pasaran yang ada habbatussauda...ini kerana saya kisar dulu habbatussauda tu sebelum saya masukkan dalam sabun sebab kalau tak hancurkan khasiatnya takkan keluar...so dengan cara ini dapat membantu kita menerima manfaat sepenuhnya daripada habbatussauda

Antara fungsi sabun ini :
  • Meremajakan kulit
  • Menghilangkan kulit kusam
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Menghilangkan jerawat pasir
  • Mengelakkan jerawat tumbuh
  • Melembabkan kulit
  • Melindungi kulit secara natural
  • Menghaluskan kulit
SABUN HABATUSSAUDA HOMEMADE TERBAIK - NATURAL

Korang mesti tertanya-tanya apahal sabun tuh warnanya kuning kan...kan kan kannn...hehehe. Tula saya lupa nak habaq sabun ni bukan semata-mata ada habbatussauda je uolllsss...saya ada campurkan sekali kunyit india...bukan kunyit goreng ikan taw...kunyit india memang sangat win untuk tujuan kecantikan muka...semua orang pun taw kan...sebab tu saya masukkan kunyit india ni bagi hasilnya win...selain itu ada beberapa bahan lain lagi yang saya campurkan untuk bagi hasilnya lebih bagus...apa yang penting bahan wajib yang memang ada dalam semua produk saya iaitu olive oil

SABUN HABATUSSAUDA HOMEMADE TERBAIK - NATURAL

Kenapa saya pilih olive oil dalam setiap produk homemade saya? sebabnya olive oil ni adalah minyak yang terbaik untuk kulit...ada banyak vitamin dan ia mampu melembabkan kulit secara semulajadi...saya dah jatuh hati gila kat olive oil uolllssss...

Buat masa sekarang saya belum lagi keluarkan SABUN HABATUSSAUDA HOMEMADE di pasaran sebab saya masih lagi dalam tempoh mengedarkan sample kepada agent-agent terdahulu sebabnya sebelum nak jual semestinya kita perlu tahu tahap keberkesanannya dahulu...apa kelemahannya dan apa kelebihannya...betul tak? bukan main taram je jual kan kan kannn...hehe

In Sya Allah selepas sebulan dua nanti feedback cukup positif dan saya berpuashati bolehlah saya keluarkan dalam jumlah yang banyak...masa tu saya akan buka peluang untuk bantu surirumah untuk cari duit poket as usual hokeyy...sebab itu saya perlu test dulu sabun ni barulah kita boleh jual dengan tenang aman dan sentosa gitew...Alahai tengok Ammar tolong angkat barang...ditegah kang menangis...redho jela budak istimewa ni...rajin dia tolong ibunya hukhuk

SABUN HABATUSSAUDA HOMEMADE TERBAIK - NATURAL

oklah...rasanya cukup setakat ini update aktiviti saya yang terbaru,saya akan cuba untuk mengupdate lagi dan lagi...sebenarnya setiap hari banyak aktiviti yang saya buat tapi cuma tak dan nak update...terima kasih sudi membaca cerita SABUN HABATUSSAUDA HOMEMADE TERBAIK - NATURAL ni sampai habis...kita jumpa next story ya..."Selamat Berpuasa"

Wassalam

Any Question? Find me here :
Whatsapp
Facebook
Page : ZM Beauty
IG : zmbeautybrand

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK

Bismillah dan Assalammualaikum semua...Hiii uollssss...lama tak bersiaran rentetan order garlic balm melonjak-lonjak kebelakangan ni...tak dapat buat apa dah...saya bertungkus lumus menyiapkan order supaya saya boleh memberikan servis paling molek sekali buat stokis,agent dan semua pengguna garlic balm...Thank you taw kepada yang dah membeli garlic balm saya...saya doakan garlic balm ni dapat membantu mengurangkan beban masalah korang ye...

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK

Harini sekali lagi saya nak umumkan stokis baharu saya...sebenarnya stokis ni dah lama daftar tapi saya je yang tak ada masa nak update...ada lagi beberapa orang yang akan saya update kemudian dan harini saya nak kenalkan STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK ...Jom kita skodeng wall facebook beliau...macam biasa saya memang akan tepek gambar wall facebook stokis saya kat sini supaya senang uolllsss nak berkenalan...gitewww...hehehe...

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK

Yang ini pula adalah page khas STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK ni...kalau nak info berkaitan korang boleh follow kat sini ya...

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK

Nampak pada gayanya memang nampak serius beliau dalam bisnes "membawang" ni...korang yang nak join team STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK ni korang boleh terus contact beliau ya...mana yang hat dekat-dekat dengan area sana bolehlah meramaikan team membawang...yela..sekarang ni kan zaman cari duit tepi...so,apa salahnya kita beramal menyebarkan manfaat petua tradisional ni kat semua orang...bukan free-free...sambil-sambil tu boleh buat income juga...

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK

Saya rasa artikel kali ni saya taknak cakap banyak dah pasal garlic balm ni sebab sebelum ni saya asyik ulang-ulang cakap benda yang sama...sat lagi ada yang bosan dengar saya merapu...tapi korang toksah risau sebab gambar-gambar yang saya hidangkan semuanya sarat dengan info berkaitan garlic balm a.k.a minyak bawang putih ni...so korang boleh baca terus dengan tekun sambil menikmati pemandangan gambar garlic balm tu hokeyyy...

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK

Cuma satu saya nak bagitahu,garlic balm ini adalah inovasi petua tradisional yang digunakan oleh nenek moyang kita zaman dulu-dulu sejak berabad-abad lamanya...korang tahu kan hat yang sebelum inovasi tu apa dia petuanya??? Tak tahu??? Oooooo tahu...ok2...yang tahu duduk diam-diam...yang tak tahu baca baik-baik...petua tradisional yang saya maksudkan tadi adalah minyak bawang putih...lepas diinovasikan maka jadilah ia garlic balm yang orang dok jual-jual kat pesbuk tu...yang hat orang dok kata untuk rawat selsema dan batuk tu...haaaa betoi la...itulah dia...hahahaa....korang tengoklah gambar-gambar tu sendiri ya...

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK

Yang hat ni pon wajib saya nak bagitahu...garlic balm ni dah dihantar ke makmal untuk di uji keselamatannya jika digunapakai pada orang...Alhamdulillah keputusannya adalah positif, dengan itu maka keluarlah Certificate of Anaylisis buat garlic balm by zm Beauty....

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK

Saya dok canang-canang ni bukan sebab nak eksyen ka apa ya...jangan salah sangka...tapi benda macamni memang kena bagitahu...sebab kalau tak bagitahu macamana orang nak tahu kan hehehe...so,sesiapa yang nak guna garlic balm ni korang boleh guna dengan hati yang tenang...dan yang nak cari duit tepi dengan menjual garlic balm pon korang boleh menjual dengan tenang...In sya Allah garlic balm ni tidak akan merosakkan buah pinggang korang(eh...ada kaitan ke.?? huhuhuhu)

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK

So,kepada sesiapa yang berminat nak beli @ nak jadi agent boleh contact STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK di talian www.wasap.my/60134036390 atau korang boleh add facebook beliau ya...maka habislah sudah sesi memperkenalkan STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK saya kali ini...Kita jumpa lagi next entri sebab ada 2 orang lagi stokis dah berdaftar tapi saya tak sempat nak kenalkan lagi...Apa yang terkurang maafkan saya,semoga garlic balm dapat memberi manfaat kepada semua...
Wassalam



STOKIS SAH GARLIC BALM TAWAU SABAH

Bismillah dan Assalammualaikum mommies-mommies semua...sejak akhir-akhir ni ramai yang dok cari garlic balm...kenapa ek?...dan tetiba saya tengok banyak pula produk garlic balm yang keluar...tapi takpe...apa salahnya kita bersaing cara sihat kan...rezeki Allah kan maha luas...so,harini sekali lagi saya nak bagitahu korang tentang seorang lagi stokis yang baru mendaftar iaitu STOKIS SAH GARLIC BALM TAWAU SABAH ...orang sabah bolehlah dapatkan garlic balm dekat stokis sabah ba ni ye...hikhik

STOKIS SAH GARLIC BALM TAWAU SABAH

Macam biasa saya akan tepek gambar wall Facebook tuan empunya STOKIS SAH GARLIC BALM TAWAU SABAH ni supaya yang datang mencari disini dapat kenal siapakah orangnya...kadang-kadang nama kat facebook ni ramai tuan empunya nama...tapi sekurang-kurangnya bila saya letak gambar mudahlah korang nak mencarinya kan...

STOKIS SAH GARLIC BALM TAWAU SABAH

Zaara merupakan stokis garlic balm yang paling bongsu sekali dalam family garlic balm...kalau korang tengok-tengok FB dia masih belum banyak cerita tentang garlic balm ni...selain garlic balm dia ada jual produk yang berkaitan dengan bayi juga...so,korang yang shopping-shoping barang baby dengan dia jangan lupa dapatkan garlic balm sekali ya...hehehe

STOKIS SAH GARLIC BALM TAWAU SABAH

Kenapa garlic balm perlu ada bersama ibu-ibu sekarang??? Sebabnya ibu-ibu sekarang busy...tak sempat nak buat minyak bawang putih....sekarang minyak bawang putih dah dipermodenkan...dah diinovasikan menjadi bentuk yang lebih mudah digunapakai...mudah dibawa kemana-mana...
"Lorrr...bukan wajib pon benda tuh nak dibawa kehulu-kehilir"

Masa kita tak nak guna memang ayat ini releven untuk dikeluarkan...tapi masa ia sangat diperlukan akan berkata-kata di dalam hati "menyesai cheq tak beli garlic balm haghituh...si Irfan(bukan nama sebenar) nih batuk selsema pula...hurmmm...malas betul la cheq nak numbuk bawang putih" ...sambil melangkah malas ke dapur...hehehe...ini situasi kekonon jek...saya membayangkan kalau ada standby garlic balm kan senang...buka penutup dan terus apply...kat atas katil pun boleh terus buat...tak payahla korang nak angkat anak korang bawa keluar bilik...kalau guna minyak bawang putih yang buat sendiri tu memang kena buka mata luas-luas la masa nak apply...walaupun terpisat-pisat masa tuh...yela kan...cadar baru petang tadi tukar...kang menitis atas tilam satu hal pulak nak cuci huhuhuhu....

STOKIS SAH GARLIC BALM TAWAU SABAH

Haaa...kalau korang nak tahu,sememangnya garlic balm ini diciptakan untuk memberi kemudahan kepada semua orang menggunakannya secara instant pon...maksud instant tu adalah buka penutup dan terus pakai...tak perlu susah payah lagi nak buat sendiri kat dapur mengetuk bawang putih malam-malam buta giteww...

Dan tujuan lainnya adalah untuk menggalakkan penggunaan petua tradisional sebagai alternatif merawat batuk dan selsema anak-anak...bukan batuk /selsema je taw...ia juga boleh dijadikann sebagai minyak bayi.gatal-gatal,gigitan serangga,kembung perut,hangatkan badan...bisul dan seangkatan dengannya pun boleh ikhtiar guna garlic balm ini sebagai satu cara untuk mengurangkan kesakitan dan bagi cepat kecut...Lagi satu kita nak kurangkan anak-anak kecil terlalu bergantung kepada ubatan moden ni sedangkan kita mempunyai option untuk mencegah @ merawat diperingkat awal...

STOKIS SAH GARLIC BALM TAWAU SABAH
Isi kandungan : 30g

" Puan,terima kasih sangatlah sebab perkenalkan kat saya garlic balm ni...Alhamdulillah,baby saya dah semakin ok...bila lepas mandikan baby saya,saya terus apply garlic balm ni kat tapak kaki dia,kat dada,kat belakang...rusuk kiri dan kanan dan ubun-ubun dia macam yang puan ajar saya tu...yang kat bahagian dahi dan tepi hidung tu saya letak masa baby dah tidur...sebab baby saya tak nak dibedung,saya pakaikan stoking jela...takut tangan dia dok kais-kais tepi hidung nanti masuk mata pula hehee..." 

...Lega rasanya bila ada yang bagi feedback macamni kat saya...baby ni ada masalah bila bernafas berbunyi-bunyi ...macam ada sesuatu dalam dada dia...parent dia risau,then suami dia call saya tanya tentang garlic balm...sebab masa tu baby dia masih dalam hari(isteri masih berpantang) dia cerita baby dia batuk dan nak nafas macam susah...dah pergi hospital tapi tiada apa-apa...so,dia ambil keputusan untuk try garlic balm ni...dan dengan izin Allah baby dia semakin baik...dan dia dah amalkan penggunaan garlic balm ni kat babynya dan dah 3 botol dia beli...Syukur sangat sebab garlic balm dapat membantu...

STOKIS SAH GARLIC BALM TAWAU SABAH

JAP...JAP...!!!
saya tulis cerita kat atas ni bukan sebab nak goreng korang tau...bukan sebab nak cerita sana-sini garlic balm saya ni bagus...paling tersohor,tak boleh lawan dengan garlic balm orang lain...takkkk....saya tulis ni bukan sebab nak korang buat pilihan membeli...tetapi saya sekadar berkongsi apakah manfaat garlic balm ni...Saya menulis bukan kerana nama...bukan sebab nak popular...bukan sebab nak jadi viral...saya menulis sebab saya nak sampaikan benda yang baik-baik...sampaikan info yang bagi manfaat pada orang lain hokeyyyy...Chilllax

Buat pengetahuan semua,garlic balm seperti dalam gambar yang saya tepek-tepekkan dalam artikel ini telah saya hantar ujikaji ke makmal untuk mengesahkan bahawa ia selamat digunakan...bukan senang nak jual benda yang main hentam je selamat ke tak selamat ni...oleh kerana ia ada kaitan dengan kesihatan dan anak-anak kecil,maka saya hantar untuk dibuat ujiakaji...barulah tenang jiwa kita nak menjual...barulah yakin nak cerita tentang kebaikkannya...

STOKIS SAH GARLIC BALM TAWAU SABAH

Tapi korang kena ingat...yang buat garlic balm ni adalah manusia biasa...dan yang memakainya juga adalah manusia biasa...mungkin ada yang jenis allergik pada bawang putih kita tak tahu kan...oleh kerana itu,sebaik abang posmen hantar garlic balm tu kat depan muka pintu rumah korang sebaik-baiknya janganlah terus korang nak buka tutup garlic balm tu tercolek-colek...tercium-cium...tangan korang tu pastikan bersih dulu barulah buka...tah tadi korek hidung ka...garu ketiak ka...tak cuci tangan terus nak colek garlic balm hukhukhuk...

Kalau nak apply garlic balm tu yang beragama islam bacalah selawat,minta disembuhkan apa yang sakit...tawakal dengan ikhtiar...yang bukan islam ikutlah tatacara agama korang untuk berdoa...supaya diberi kesembuhan dengan ikhtiar yang kita buat...sebab garlic balm ni bukannya ubat...ia adalah satu bahan natural anugerah Ilahi pada manusia untuk dimanfaatkan...so kita gunakanlah dengan sebaik-baiknya...

STOKIS SAH GARLIC BALM TAWAU SABAH

Oklah...rasanya cukuplah setakat ini saya membebel...tujuan sebenar saya tulis artikel ni untuk bagitahu tentang kewujudan STOKIS SAH GARLIC BALM TAWAU SABAH ni tapi macam dah tulis cerpen pun hado hahaha...maafkan saya kalau ada terkasar bahasa masa saya ber"cerpen" kat atas tadi...saya insan biasa dan yang baca artikel ni pun insan biasa juga...so,jangan stress-stress...senyum sikit...hehehe...Sesiapa yang berminat nak dapatkan garlic balm area Tawau atau nak jadi agent boleh dapatkan dengan STOKIS SAH GARLIC BALM TAWAU SABAH @ 

BELI SEKARANG


Wassalam



STOKIS SAH GARLIC BALM KEPONG KL

Bismillah dan Assalammualaikum semua....alhamdulillah sekali lagi saya nak mengucap syukur kehadrat Ilahi kerana dititipkan rezeki atas usaha saya sendiri...Sekali lagi hari ini saya nak umumkan STOKIS SAH GARLIC BALM KEPONG KL yang baru mendaftar...terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada saya...So,harini saya nak perkenalkan stokis ni dan serba sedikit info tentang garlic balm...

Ini adalah Facebook milik STOKIS SAH GARLIC BALM KEPONG KL,kepada mereka yang berhampiran dengan kawasan kepong boleh dapatkan garlic balm daripada beliau...

STOKIS SAH GARLIC BALM KEPONG KL

Yang baru pertama kali dengan pasal garlic balm mesti tertanya-tanya apetu garlic balm??? Sebab walaupun garlic balm ni dah lama berada dalam pasaran tetapi tak ramai orang kenal sebab ia bukan produk viral...So,disebabkan dia bukan produk viral dan sayapun tidak membuat sebarang iklan melalui FB,maka garlic balm ini berada dalam pasaran dalam mood "sendu" hehehe....

STOKIS SAH GARLIC BALM KEPONG KL

Oleh hal yang demikian saya tak pernah jemu untuk memberi info berkaitan garlic balm dengan harapan suatu hari nanti ramai yang akan sedar kewujudan dan manfaat garlic balm ini...By the way,saya nak sentuh sikit tentang apa sebenarnya garlic balm ni....

Garlic balm adalah rawatan alternatif tanpa ubat bagi merawat masalah selsema,batuk,asma ringan,gigitan serangga,kembung perut,gatal-gatal dan banyak lagi...Garlic balm ni sebenarnya adalah satu produk inovasi saya daripada petua orang tua-tua sejak zaman berzaman,turun temurun berabad lamanya yang menggunakan minyak bawang putih untuk merawat anak-anak mereka kalau batuk dan selsema...yela...dulu-dulukan susah nak pergi hospital....jauh...kenderaan takde,so inilah cara mereka gunakan untuk bagi rawatan kepada anak-anak mereka...

STOKIS SAH GARLIC BALM KEPONG KL

Sebenarnya banyak manfaat bawang putih ni taw...memanglah baunya kurang menyenangkan...tapi tak boleh nak compare dengan khasiatnya...daripada baby hingga ke orang tua boleh menikmati khasiat dalam setiap ulas bawang putih ni...

Garlic balm ini dicipta hanyalah untuk memberi kemudahan pada orang zaman moden untuk merasai kehebatan petua zaman berzaman ni...ia juga dapat mengurangkan penggunaan ubat-ubatan moden pada anak....kalau boleh jangan bagi terus ubat batuk dan selsema tu...tapi kalau dah parah sangat batuk & selsemanya jangan pula leka nak menenyeh garlic balm je..."takpelaaaa...kena istiqomah pakai..." padahal anak dah tercungap-cungap semput...itu dah teruk perlulah dapatkan nasihat doktor...sila beristiqomah bertempat huhuhu...Kalau yang dalam peringkat awal nak batuk/selsema @ dah makan ubat still tak baik-baik bolehlah kita ikhtiarkan dengan cara menggunakan garlic balm ni...

STOKIS SAH GARLIC BALM KEPONG KL

Secara teknikalnya banyak bahan lain yang boleh merawat masalah batuk dan selsema terutamanya yang hidung tersumbat...Saya memilih bawang putih kerana ia sangat mudah dan efisyen...hidung tersumbat adalah kerana rongga hidung tersebut meradang akibat kehadiran selsema...jadi kalau ada yang mengalami hidung tersumbat rajin-rajinlah wapkan hidung dengan bawang putih...cara ini juga efisyen untuk meredakan hidung tersumbat..

Baru-baru ni ada yang tanya kat saya "kenapa garlic balm u bau macam bawang putih? Kenapa tak tutup bau dia dengan bau-bauan lain...macam tak selesalah bau dia" Sebenarnya saya memang sengaja nak garlic balm saya bau bawang putih...sebab namanyapun garlic balm"kok garlic balm baunya lavender???....hehehehe(bercandak aja dong)" 

STOKIS SAH GARLIC BALM KEPONG KL

...sebenarnya saya nak garlic balm saya natural minyak bawang putih macam nenek moyang kita pakai dulu....dulu-dulu kan...nenek moyang kita buat minyak bawang putih diorang tak letak perfume pun...diorang tak letak essential oil pun...still boleh gunapakai juga minyak bawang putih mereka...so,saya nak garlic balm saya adalah sama seperti nenek moyang kita buat dulu...cuma saya ubah bentuknya dari cecair ke solid...that's it....

Lagi satu,if korang kurang mengertilah kan tentang tatacara penggunaan essential oil...essential oil ni bukan suka-suka boleh letak...sebab essential oil kalau dicampur sesuka hati boleh menyebabkan infection...saya nak bagi bayi yang pakai,so saya kena pastikan ia bebas daripada sebarang kemungkinan berlakunya kesan negatif...dan akhirnya saya ambil keputusan untuk tidak meletakkan sebarang bau-bauan @ essential oil dalam garlic balm ni...

STOKIS SAH GARLIC BALM KEPONG KL

Dan disebabkan itu jugalah saya telah berusaha untuk hantar garlic balm untuk menjalani ujian makmal bagi memastikan ia adalah 100% selamat digunakan oleh semua orang...tapi seriously garlic balm ni sebijik macam bau bawang putih...acah-acah kita kembali ke zaman sebelum merdeka gitew....hehehe...tapi ada yang cakap bau macam garlic bread taw...rasa nak makan...sampai hati....hukhuk

STOKIS SAH GARLIC BALM KEPONG KL

Baiklah...itu adalah antara sedikit info yang berkaitan garlic balm...setiap pembelian garlic balm akan diselitkan info bagaimana cara nak guna garlic balm tu dengan betul...korang pula janganlah guna sehari dah pelik-pelik pehal selsema anak aku ni ada je lagi nih...batuk pun tak surut-surut...kata garlic balm ni untuk batuk & selsema...hurmmmm...tak pasal-pasal kena viral garlic balm sebab tak hentikan selsema dan batuk

Setiap apa jua yang kita buat @ guna kita kena istiqomah dik...kena konsisten pakai in Sya Allah akan dapat lihat kesannya...Amalkan baca selawat semasa nak sapukan kat anak tu minta diberi kesembuhan dengan ikhtiar ni...Sebab yang menyembuhkan bukan garlic balm ni...Allah yang menyembuhkan...Garlic balm bukan ubat tetapi rawatan alternatif untuk merawat gejala selsema & batuk...kalau nampak anak macam nak selsema/batuk boleh apply terus...gunakan sebagai minyak bayipun tiada masalah...sebab minyak ni original tiada rasa panas @ berangin...

So,kepada mereka yang berminat nak dapatkan garlic balm ni boleh direct beli dengan STOKIS SAH GARLIC BALM KEPONG KL ni...Yang berminat nak cari duit poket sambil jual-jual garlic balm kat jiran tetangga pun boleh contact STOKIS SAH GARLIC BALM KEPONG KL ni untuk jadi agent...atau korang macam tetiba rasa nak beli sekarang...tak sabar sesangat dah nak beli....jap...jap...

BELI SEKARANG

Harga sebotol Garlic balm adalah RM25 dan kos postage RM8 untuk semenanjung manakala untuk pos ke sabah dan sarawak RM12 ...harga tersebut adalah harga tetap ye...

Oklah...Dah habis cerita pasal STOKIS SAH GARLIC BALM KEPONG KL ...harap lepas ni akan muncul lagi stokis garlic balm dari tempat lain...dan harap semua stokis-stokis yang dah mendaftar akan terus maju jaya mencari duit poket...semoga garlic balm memberi manfaat kepada semua orang...Terima kasih kepada yang sudi singgah dan jumpa lagi next story...In Sya Allah....
Wassalam



STOKIS SAH GARLIC BALM TANJUNG KLING MELAKA

Bismillah dan Assalammualaikum semua...alhamdulillah...syukran² saya masih berpeluang untuk menulis sesuatu untuk tatapan korang...today saya nak umumkan STOKIS SAH GARLIC BALM TANJUNG KLING MELAKA yang baru masuk ke dalam keluarga garlic balm kami....



First of all,saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada adik ni sebab sudi menjadi sebahagian dari keluarga garlic balm kami...Alhamdulillah,walaupun banyak ujian yang perlu saya lalui,tetapi saya tetap juga terus kehadapan dengan menganggap ujian itu sebagai satu cabaran untuk saya....

STOKIS SAH GARLIC BALM TANJUNG KLING MELAKA



Gambar yang saya selitkan di atas ini adalah facebook milik STOKIS SAH GARLIC BALM TANJUNG KLING MELAKA...kepada sesiapa yang berada di Melaka teringin nak beli garlic balm boleh roger² cik adik ni...korang boleh add FB adik ni...kalau yang nak jadi agentpun sangat dialu-alukan...semua korang boleh refer kat STOKIS SAH GARLIC BALM TANJUNG KLING MELAKA ni...

STOKIS SAH GARLIC BALM TANJUNG KLING MELAKA
Kalau korang berada di IG korang boleh follow adik ni juga...jemput² la follow😘



Jom korang,macam biasa saya tak pernah jemu nak bagitahu korang yang garlic balm ini adalah satu alternatif rawatan batuk dan selsema yang telah digunapakai sejak turun temurun berabad lamanya...bukan sahaja untuk batuk dan selsema malah boleh digunakan untuk gatal-gatal,asma ringan,kembung perut,hangatkan badan masa demam,sakit kulit,gigitan serangga,bisul dan sebagainya...ini bukan "overclaim" taw...tapi apa yang saya habaq ni memang tertulis dalam manfaat bawang putih dan juga telah dibuktikan oleh pengguna...apa yang paling penting garlic balm adalah 100% organik tanpa sebarang pewangi @ essential oil...

STOKIS SAH GARLIC BALM TANJUNG KLING MELAKA

Baru-baru ni suami saya kena sengat kat lebah..tertinggal bontot lebah tu kat lutut dia...lepas cabut sengat tu terus saya sapukan garlic balm...bukanlah saya nak cakap garlic balm ni power rangers sangat tapi alhamdulillah lutut suami saya tak bengkak sebab sengatan tu...kalau dulu pernah kena sengat mau bertelur gak la kat tempat kena sengat tuh...huhuhuhu...Wallahualam...yang Maha Penyembuh hanyalah Allah jua...

STOKIS SAH GARLIC BALM TANJUNG KLING MELAKA

Kelebihan yang saya nak sentuh kat sini hanyalah memudahkan mommy-mommy kat luar sana untuk apply kat anak...saya faham...orang perempuan zaman sekarang semuanya superb busy...tak payah dah susah-susah nak numbuk bawang putih dah la ni...buka je penutup garlic balm terus boleh tenyeh-tenyeh kat anak...kok masa nak tenyeh kat anak tu masa emergency(masa tengah tido,tengah malam hidung anak block) tak payah dah nak gosok-gosok mata cari bawang putih...raba-raba ja bawah bantal,buka tutup terus leh apply...tutup mata pun boleh buat baq hangggg...

STOKIS SAH GARLIC BALM TANJUNG KLING MELAKA

Then,bila dah guna garlic balm ni dah tak payah nak fikir menitik ka...meleleh ka...sebab garlic balm ni bentuk solid...tak tumpah punya...kalau ada saki baki garlic balm tu kat tangan lepas apply kat anak korang tuh...tak payah kalut-kalut nak pergi cuci...korang usap-usap je kat celah-celah jari korang tuh...biar kasi lembab jari jemari korang...hehehe...sebab dalam garlic balm ni ada beeswax dan minyak zaitun...the best moisturizer ever gitewww...tapi sebelum usap-usap tu korang bau-bau dulu tangan korang tuh...amik aura hahahaha....

STOKIS SAH GARLIC BALM TANJUNG KLING MELAKA

Haaaa...benda wajib yang saya nak bagitahu,garlic balm ni saya dah hantar pergi buat ujian makmal di Permulab taw...so korang tak perlu risau nak guna...yela...zaman sekarang ni macam-macam produk kat pasaran...Demi untuk rasa tenang dan yakin untuk menjual saya usahakan garlic balm ni untuk dihantar ke makmal...supaya kami boleh jual dengan tanpa rasa ragu-ragu...dan korang pun tak perlu rasa ragu-ragu guna garlic balm sebab ia terbukti selamat digunakan oleh semua orang...Alhamdulillah...

Isi kandungan :
30g

STOKIS SAH GARLIC BALM TANJUNG KLING MELAKA

Last sekali benda wajib saya nak ajar adalah cara nak guna...Mudah sesangat....korang apply kat tapak kaki anak korang then pakai kan stoking...then korang apply kat dada,rusuk kiri & kanan,belakang,tengkuk,ubun-ubun,bahagian sinus....Kalau korang tak tahu bahagian sinus tu apa,meh kakak bagitahu hehehe...bahagian sinus adalah bahagian dahi dan sebelah hidung kiri & kanan...make sure bahagian sinus korang letak masa anak dah tidur...

ORDER GARLIC BALM

Rasanya itu je kot yang saya nak share...Kepada sesiapa sahaja yang berada di area berdekatan STOKIS SAH GARLIC BALM TANJUNG KLING MELAKA ni korang boleh dapatkan dengan beliau...Harga sebotol garlic balm adalah RM25 postage RM8sm dan RM12ss...tiada tawar menawar sebab harga itu adalah fix...saya harap semua orang dapat akur dengan harga yang telah ditetapkan...Apalah sangat nilai RM25 demi kesihatan anak-anak kita...ye idokkk?hehehe...Jumpa lagi next entri In Sya Allah...
Wassalam