ZURAINI.COM

Image

SEMAKAN DAFTAR MEMILIH SPR 2017

Bismillah dan Assalammualaikum reader...eh ada ke reader nih??? macam krik krik je kan hehehe...Hai korang selamat pagi ahad harini...Ada negeri yang selamat berhujung minggu dan ada negeri yang selamat awal minggu hehehe...macam saya di Johor adalah awal minggu...takpelah...yang penting kita duduk dalam Malaysia yang aman sentosa ye idokk? Harini saya nak share link SEMAKAN DAFTAR MEMILIH SPR 2017

SEMAKAN DAFTAR MEMILIH SPR 2017

Sekarang ni heboh sana sini orang cerita pasal PRU...korang perasan tak? sampai ada yang terover pula hentam sana...hentam sini kat media sosial padahal isu kecil je tapi dijadikan isu besar...hehehe...takpela,kita abaikan je orang macamni ok...

Saya ni daftar memilih di Subang Jaya pada PRU yang lepas tapi sekarang saya dah duduk Johor...Ni dok fikir lagi ni nak pergi mengundi kat mana huhuhu

Semua rakyat malaysia yang berumur 23tahun ke atas adalah layak mengundi...Kenapa mengundi ni penting adalah sebab mungkin 1 undi boleh mengubah nasib rakyat....Jangan ambil enteng je perkara ni...

Korang kalau nak daftar mengundi @ nak tukar tempat mengundi senang je...Korang boleh berurusan di pejabat pos berdekatan. Kalau tak tahu korang tanya je kat pegawai pos tu mesti diorang tunjuk ajar


SEMAKAN DAFTAR MEMILIH SPR 2017

Sekarang ni dah boleh start uruskan semua ni sebab taknak last minit baru nak selesaikan. Faham-faham jela kan korang...kerja yang dilakukan last minit ni kurang sempurna...nanti ada pula kekurangan yang boleh merugikan 1 undi ...hehehe...

Jangan kecam saya...saya rakyat Malaysia biasa je...bukan ahli politik...Saya teringat nasihat cikgu sekolah dulu-dulu ...so saya share la nasihat cikgu saya tu kat sini...kata sharing is caring...kan kan kan...

SEMAKAN DAFTAR MEMILIH SPR 2017
Bagaimana nak semak daftar memilih spr ?Senang je korang...sekarang zaman milenia...sekarang dah boleh buat semakan daftar pemilih spr online,bukan macam dulu-dulu ...
sekarang klik klik terus dapat...sepantas kilat kita dah boleh tahu dimana tempat kita akan mengundi...Kalau yang belum berdaftar tak perlu la check kat link SEMAKAN DAFTAR MEMILIH SPR 2017 ni sebab tak akan keluar nama korang pun huhuhu...Korang pergi daftar dulu baru merasa nama naik kat situ hokeyyy...


Korang dapat check tak??? Korang tekan je link yang warna kuning tu dan masukkan nombor kad pengenalan dan salin kod yang diberi...pastu proceed...lepastu korang akan dapat tengok status korang...dah settle...

SEMAKAN DAFTAR MEMILIH SPR 2017

Saya dah check...korang bila nak check hehehe...selesai sudah cerita saya pasal SEMAKAN DAFTAR MEMILIH SPR 2017...nanti ada masa korang pula check...yang belum daftar boleh pergi daftar ya...Jadilah rakyat Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab...pesanan khidmat masyarakat dibawakan oleh saya sendiri...Terima kasih sudi singgah...jumpa lagi...daaaaa

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM

Assalammualaikum semua...Harini saya nak cerita ringkas je kat sini...tiada update pasal produk sebab saya tak berapa nak sihat harini...tapi nak juga update blog ...hehe. Harini saya pilih topik 5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM

5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM

KENAPA SAYA PILIH TAJUK NI???


Saya pilih tajuk ni sebab pagi tadi teringat satu soalan yang kawan saya tanya pada cikgu masa pergi kelas online marketing...Katanya sekarang dah dikuatkuasakan kepada semua online seller untuk menulis harga produk pada posting @ iklan di media sosial...Alasannya tak dapat saya nak jelaskan sebab saya takut nanti ada yang salah faham...




Yang saya nak cerita ni bukan pasal penguatkuasaan untuk memaparkan harga pada posting tetapi saya nak cerita pasal 5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM. 



Saya adalah seorang online seller...Dan saya percaya beribu-ribu orang di luar sana juga online seller seperti saya. Korang rasa online seller ni suka-suka ke tak paparkan harga bila posting kat Facebook @ Instagram @ media sosial lain...


Kalau korang perasan lah kan...memang selalunya seller-seller online tak letak hargapun kat posting diorang...Korang nak tahu sebab apa??? Meh baca  5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM

1) NAK ELAKKAN PERSAINGAN HARGA
Dunia sekarang dunia internet...Semua orang berebut-rebut ambil kesempatan berniaga online termasuklah saya hehehe...Sebab apa? Sebab jual online lebih praktikal dan kos nya rendah berbanding offline(buka kedai)...Jual online lebih global...dan macam-macam lagi kelebihannya...Oleh sebab itu terlalu banyak persaingan harga berlaku...kalau barang tak sama ok lagi...masalahnya barang sama sebab kebanyakan perniagaan sekarang adalah berkonsepkan dropship...so 1 jenis barang beribu-ribu orang menjual...maka berlaku persaingan harga di situ

2) NAK JAGA 'PERIUK NASI' RAKAN NIAGA
Ini adalah alasan yang saya gunakan sendiri sebab taknak rakan niaga yang jual barang yang sama dengan saya terasa mereka bersaing dengan saya untuk dapatkan sale...Dengan ekonomi sekarang ni RM1 pun sangat bernilai...Diskaun RM1 pun berebut-rebut orang nak beli...huhuhu...So,demi untuk menjaga hati rakan niaga lain baik kita rahsiakan harga daripada umum...kita bagi harga secara personal kepada buyer...tapi kalau buyer tu jenis rajin nak personal semua seller untuk cari harga yang paling rendah kita serahkan kepada rezeki masing-masing ye tak???

5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM

3) TAKNAK KEHILANGAN PROSPEK YANG BERPOTENSI
Saya bagitahu kat sini ya prospek yang saya maksudkan disini adalah bakal pelanggan...saya bagitahu pada yang belum tahu...nanti terpinga-pinga pula fikir prospek tu siapa...hehehe...Apa yang saya maksudkan taknak kehilangan prospek yang berpotensi tinggi disini adalah sebagai contoh kalau kita letak satu harga prospek tengok dan rasa mahal(mindset) tanpa mengetahui apa kelebihan barang tersebut yang menyebabkan harganya mahal sedangkan prospek tersebut memang nak beli...So,kalau seller tak paparkan harga sekurang-kurangnya seller ada peluang untuk berinteraksi dengan prospek dan peratusan untuk close sale adalah lebih tinggi

4) WUJUDKAN PERHUBUNGAN MESRA ANTARA SELLER & BUYER JIKA BERINTERAKSI SECARA PERSONAL
Sebelum tu korang fahamkan betul-betul ya...perhubungan ya bukan hubungan hehehe...Kat sini saya nak bagi contoh...kita pergi kedai A & B...kedai A ada salesgirl yang layan kita dan Kedai B ada info sahaja...kadang-kadang info tak lengkap...size takde tak tahu nak cari kat mana...Mesti Kedai A lebih selesa untuk kita berurusan kan???senang nak tanya itu ini... begitu la maksudnya kat sini...bila kita berurusan secara personal lebih jelas dan tepat infonya...mungkin ada info lain yang tidak diletakkan di ruang iklan....lebih jimat masa berurusan...saya yakin kalau letak harga buyer akan fikir soal value berbanding kualiti produk

5) DAH LETAK HARGA TAPI MASIH TANYA HARGA
Rasa macam kejam je alasan ni tapi saya letak juga ditangga ke 5 sebab inilah rungutan yang biasa saya dengar daripada orang yang berjual online...Ye...saya tahu customer always right...tapi dah letak harga tapi still tanya harga dekat ruangan komen...So,saya tertanya-tanya apakah fungsinya harga dipampangkan disitu? krik krikkk tak??...Kadang-kadang yang menyedihkan ada seller yang dah letak harga dah...ada yang tanya harga kat komen...bila tak reply komplen pasal sikap buyer yang tak reti nak layan customer...huhuhu...ni lagi kesian...secara tak langsung situasi ini akan memburukkan kredibiliti seorang seller...betul kan???

5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM

Inilah 5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM . Kita sebagai buyer haruslah bertimbang rasa sikit...sebab kebanyakkan mereka yang berjual online adalah surirumah @ student @ yang berkerja...Diorang bukan 24jam hadap FB @ IG je...ada yang nak merempit hantar jemput anak sekolah...nak memasak,membasuh bagai...Yang student mungkin ada yang dalam kelas masa korang komen @ pm tu...so,kalau korang nak berurusan dengan penjual online ni kenalah kenal erti sabar dulu ye...hehehe

Lagi satu saya nak pesan...kita sebagai buyer janganlah anggap seller yang perlukan kita sebab nak cari rezeki...Lebih baik kita anggap yang kita saling memerlukan...Ada akad jual dan beli...aku nak barang ...engkau nak duit...haaaa kan bagus gitu...

Ishhhh ada lagi ni nak pesan...banyak betul pesanan khidmat masyarakat kat sini ha...saya buat rumusan jela pasal moral of story daripada 5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM ni...Korang mesti perasan kan sekarang seller kebanyakkannya letak link whatsapp kat iklan mereka...tapi saya selalu perhatikan masih ada yang komen "pm"...

Korang rasa la kan...seller suka-suka ke letak link whatsapp mereka kat iklan mereka tu??? Saje je tanya...Kalau tak berapa nak faham kenapa link tu diletakkan kat sana harini saya bagitahu korang...Sebenarnya link whatsapp diletakkan di iklan sebab mereka nak memudahkan korang untuk terus tekan dan tembus kat mereka...

Sekarang dah mudah tak macam dulu...dulu kena ambil pen untuk salin nombor...pastu kena save dulu nombor tu baru leh wasap....Dah bagi kemudahan taknak gunakan huhuhu...kan lebih senang tekan je link tu dan terus bagi salam....Cara ini juga untuk memudahkan seller daripada terlepas pandang urusniaga 

5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM


Kalau korang tulis "pm" kat komen akan ambil masa nak dapat reply...lainlah kalau jenis buyer yang 24jam on FB...sebab tu ada kes bila seller reply pm,buyer termangu-mangu fikir "barang apa yang aku suh pm tadi ek???" sebab banyak sangat letak komen "pm" sampai tak ingat apa yang nak beli...

Sedih beb kalau macamni...huhuhu...Yang kesiannya siapa??? Seller beb...seller yang kesian...dengan penuh harapan dia reply sambil dalam hati berkata-kata "rezeki is coming" tapi bila pm buyer tak ingat barang apa yang nak dibeli...itu ok lagi kalau si buyer tu tanya"awak jual apa ek? saya lupalah saya pm untuk beli apa" boleh lagi kita explain barang apa yang kita jual... 

Yang tahap menangis gigit jari tepi peti ais ni kalau si seller beria-ia dok pm tapi si buyer hilang dari radar...dah "seen" dah tapi macam kaku dan kelu untuk berkata-kata...hahaha...Ini biasa saya jumpa,bila dah pm rajin-rajinlah reply...

5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM

Sebenarnya seller bukanlah memaksa korang membeli setidak-tidaknya berilah satu penghargaan kat mereka yang cuba beri yang terbaik...mereka cari rezeki beb...kalau korang nak tahu yang seller-seller dalam facebook @ media sosial ni semuanya bukan orang senang...mereka ni cari rezeki untuk tambah-tambah pendapatan tau...bohonglah kalau saya cakap seller tu taknak sale tapi bukanlah tahap memaksa...kalau paksapun bukan boleh letak pisau kat leher pun kan...

Apalah salahnya ucapkan terima kasih bila dah dapat pm tu...kalau malas nak taip "T-E-R-I-M-A- K-A-S-I-H" tu korang taip "TQ" pun takpe...diorang faham...Kalau kemalasan tu dah sampai tahap gaban korang layangkan satu icon pun takpe...sekarang dengan icon pun orang dah boleh faham apa yang korang cuba ucapkan...macam-macam icon korang boleh guna...seketul je kot...takkan tak bolehhhh...Tapi kalau tak boleh juga takpela...saya sekadar memberi teguran...ikutlah cara masing-masing...yang penting enjoy!!!! huhuhu

5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM

Dan pesanan terakhir sekali janganlah kecam seller yang tak letak harga kat posting @ iklan diorang tu...sampaikan menarik orang lain untuk tambah komen mengecam lagi...kadang-kadang tu sampai berlarutan komen kecaman pasal takde harga...kesian buyer nak iklan tapi dapat kecaman...kita mudahkan orang lain In Syaa Allah kita juga akan dapat kemudahan hokey...

5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM

Rasanya cukup setakat ini catatan saya tentang 5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM...Segala apa yang saya tulis ini tiada kaitan dengan sesiapa...saya menulis mengikut pegalaman saya sendiri...Terima kasih kepada yang sudi membaca sampai habis...Jumpa lagi next entri...

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

PEMBEKAL PRODUK ORGANIK

Bismillah dan Assalammualaikum semua...Alhamdulillah saya masih lagi disini untuk update blog saya setelah lama menghilangkan diri...Maaflah lama dah tak muncul sebab saya busy buat sabun,scrub,toner,serum....ada customer order...Alhamdulillah rezeki anak-anak...Harini saya nak cerita pasal SCRUB GREEN TEA lagi sekali sebab saya teruja sangat lately ramai pula yang order scrub green tea...Saya adalah PEMBEKAL PRODUK ORGANIK di Malaysia

Baru-baru ni seorang customer dari W.P.Labuan yang order scrub green tea ni 5kg. Macam biasa la selalunya customer yang beli semuanya untuk berniaga...takkan nak guna sendiri 5kg ye tak? hehehe...Thank God sebab ada juga yang prihatin dengan kelebihan produk organik ni


PEMBEKAL PRODUK ORGANIK

Korang nak tahu tak??? Dalam pada saya bersemangat membuat produk organik untuk sama-sama membantu kawan-kawan nak berniaga ada juga yang cuba untuk mematahkan semangat saya. Ada yang mempertikaikan produk yang saya hasilkan sendiri...dengan tangan saya sendiri tak boleh pakai...bahaya sebab tiada KKM...tiada GMP...tiada HALAL...

Bagaikan kena panah jiwa saya ni diperkatakan macam gitu...Saya dah setahun dah buat kerja ni untuk sara anak-anak saya...belum pernah lagi orang datang kat saya bagitahu mukanya hancur lebur sebab produk homemade saya...belum pernah lagi yang datang kat saya cakap produk homemade saya tak sesuai dengan mereka...Alhamdulillah semuanya bagi feedback yang positif bila pakai produk homemade saya

Mereka yang beli produk homemade saya untuk berniaga pula siap repeat order lagi...Saya ada letak screen shot testimoni di bahagian testimoni korang boleh tengok...Bukan saya nak cakap produk homemade saya paling bagus in the world but...janganlah pandang serong pada usaha saya untuk cari rezeki

So...harini saya nak declare yang produk homemade saya @ produk bawah jenama ZM BEAUTY memang tiada KKM,GMP @ HALAL sebab saya buat produk di rumah je...bukan di kilang besar...Saya bisnes homebase je sayang-sayang semua...Kalau korang nak berurusan dengan saya korang boleh terus whatsapp saya dan kita cerita baik-baik...

Saya tak pernah mengaku dimana-mana yang saya ni syarikat besar yang ada KKM semua tu...Saya berterus terang yang saya adalah seorang pengusaha produk organik homemade...So bila korang dengar je perkataan "homemade" sila sematkan dalam otak yang homemade tiada KKM,GMP @ HALAL okey...Tiada paksaan untuk beli produk homemade saya


PEMBEKAL PRODUK ORGANIK

Kat sini saya nak ambil kesempatan untuk bagitahu korang facebook page saya yang lama PEMBORONG SCRUB ORGANIK MALAYSIA telah bertukar ke page yang baru taw...Sekarang korang boleh tengok page saya yang baru di HOMEMADE BEAUTY MALAYSIA

Oklah...kita berbalik pada cerita tadi pasal scrub green tea. Antara kebaikan scrub green tea adalah untuk membuang sel kulit mati,menegangkan kulit,melembutkan kulit,melembabkan kulit dan banyak lagi manfaatnya yang korang boleh rasa bila korang pakai...Semua orang tahu kan manfaat scrub green tea ni sangat kaya dengan antioksidan dan sangat baik untuk kulit

Dan untuk pengetahuan semua scrub-scrub saya adalah dalam bentuk lembab ya...bukan kering macam debu tu...sebab ada yang tanya pasal tekstur scrub saya...Scrub saya bercampur dengan minyak zaitun dan vitamin E...Teksturnya agak lembab


PEMBEKAL PRODUK ORGANIK

Haaa...jelas tak teksturnya kat gambar tu??? Scrub green tea ni bukan macam debu...mmmmm jap saya bagi contoh...apa eh???...haaaa...macam serbuk kunyit @ kari @ kopi @ teh...scrub saya bukan macam tu...Scrub saya kalau kena angin tak terbang...hahahaha...Haaa...inilah ayat yang senang sikit saya nak explain...


PEMBEKAL PRODUK ORGANIK

Alhamdulillah selesai juga permintaan customer scrub green tea 5kg...Harap-harap customer ni berjaya memulakan bisnes dengan produk organik


PEMBEKAL PRODUK ORGANIK

Dan korang...saya nak share ni...sangat-sangat amazing sebab barang yang saya pos tu esoknya sampai ke W.P.Labuan...Terkejut saya...huhuhu...Macamana pos laju boleh buat pun saya tak sure tapi saya rasa itu semua rezeki dia untuk dapat barang sampai awal...Sebab kadang-kadang ada yang saya pos lewat sampainya...Wallahualam...semua ni adalah perancangan Allah...Terima kasih awak sebab sudi berurusan dengan saya

Apa yang penting yang saya nak sampaikan kat sini kalau boleh bertukarlah pakai produk yang organik...lebih selamat untuk kulit kita sebab produk yang 100% organik never ever rosakkan kulit ye sayang-sayang semua...memang lambat sikit nak cantik tapi apa yang penting kulit kita sihat dan tidak memudaratkan...Betul ke betul??? hehehe

Rasanya cukup setakat ini perkongsian PEMBEKAL PRODUK ORGANIK saya hari ini ...esok saya akan update lagi pasal aktiviti lain ya...maafkan saya kalau cerita saya buat korang terasa sebab saya hanya insan biasa yang sering buat silap...Jumpa lagi next entri...Terima kasih

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :


SCRUB MUKA GREEN TEA

Assalammualaikum semua organic lover's yang sudi singgah kat sini...Selamat datang kepada yang pertama kali menjejakkan mata di blog simple saya ni..Harini saya nak share pasal SCRUB MUKA GREEN TEA sebab baru-baru ni ramai pula yang order SCRUB MUKA GREEN TEA ni...So...untuk kemudahan mereka refer manfaat scrub green tea eloklah rasanya saya tulis siap-siap disini...hehehe



SCRUB MUKA GREEN TEA

Ni salah seorang customer yang nak try dulu SCRUB MUKA GREEN TEA,so dia beli 1kg dulu...Dia cakap nak cuba berniaga untuk cari duit lebih...Harap-harap niat murni dia tercapai lah kan...

Alhamdulillah barang dia dah pun sampai dan dia dah pun cuba guna SCRUB MUKA GREEN TEA tu...Masa saya pos kan ordernya saya ada selitkan sabun muka green tea juga...itupun dia dah try...Syukur alhamdulillah customer suka dengan produk saya...


SCRUB MUKA GREEN TEA
Sebenarnya SCRUB MUKA GREEN TEA ni boleh je korang buat sendiri kat rumah. Saya akan kongsi green tea scrub diy untuk tatapan korang semua... Caranya sangat simple...Ambil 5 sudu gula campurkan 1 sudu teh hijau dan campurkan 2 sudu minyak kegemaran korang...Minyak apa-apapun boleh...Macam saya lebih suka guna olive oil sebab olive oil ni sangat-sangat baik untuk kecantikan kulit. Lepastu korang letakkan vitamin E untuk bagi lebih power...Kalau korang nak lebih best boleh letak madu masa korang nak pakai scrub tu...

Senang kan cara nak buat SCRUB MUKA GREEN TEA...Pastikan korang tutup rapat-rapat scrub tu selepas guna sebab nanti ramai pula yang nak kongsi guna scrub tu hehehe...

FUNGSI SCRUB GREEN TEA 
SCRUB MUKA GREEN TEA

Ini adalah salah satunya fungsi SCRUB MUKA GREEN TEA...Tapi bagi saya fungsi ni bukan khas untuk SCRUB MUKA GREEN TEA je sebab semua scrub pun berfungsi untuk membuang sel kulit mati...Kita anggap ia fungsi umum untuk semua jenis scrub okey...Kita ambil fungsi yang lain pula hehehe...


SCRUB MUKA GREEN TEA

Ini adalah lain-lain manfaat scrub green tea yang perlu korang tahu...Setiap apa yang kita nak guna kita perlu ambil tahu sebab takut nanti ada yang tersalah pilih produk pula ye tak...Apa yang penting green tea sangat kaya dengan antioksidan dan vitamin yang sangat bagus untuk kulit...yang lain-lain korang baca sendiri ek...hehehe

Saya bersyukur kerana sehingga hari ini masih mendapat permintaan produk green tea scrub diy dan produk-produk diy saya yang lain. Saya harap saya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk korang...dan semua orang berpuashati dengan servis yang saya berikan. 

Korang boleh jenguk-jenguk blog ni untuk tengok produk homemade saya yang lain...Terima kasih kepada yang layan artikel SCRUB MUKA GREEN TEA saya ni...Jumpa lagi next story

Wassalam


Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH

Bismillah...
Assalammualaikum semua...Harini saya nak share beberapa tips untuk merawat bayi @ anak-anak yang dijangkiti virus selesema @ batuk dengan cara tradisional. Bila sebut tradisional semua orang tahu bahawa rawatan ini tanpa menggunakan ubat-ubatan moden...So...let's go...kita layan PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH ...hehe ingat bawang putih untuk masak je...

PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH
Bila bayi diserang selsema ibulah yang paling menghadapi masalah...Contohnya kalau anak saya selsema memang tak boleh tidur malam...saya perlu letak dia atas riba sambil peluk sampai ke pagi...bila letak atas tilam dia akan menangis macam kena pukul...Baby ni kalau dijangkiti selsema akan menyebabkan dia sukar bernafas dan kurang selera...Dan kalau selsema yang agak teruk akan menyebabkan keradangan,mata merah,rongga hidung membengkak yang akan mengakibatkan suhu meningkat dan demam



PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH



Petua anak selsema paling murah guna bawang putih...bukan hanya murah tetapi ia sangat mujarab dan selamat. Bawang putih mempunyai antiseptiknya yang tersendiri untuk mengubati selsema dan batuk pada kanak-kanak




Saya akan ajar bagaimana cara buat minyak bawang putih untuk bayi selsema. Cara ini saya sendiri dah cuba dan alhamdulillah ia berkesan jika diamalkan...Bukan sekali pakai terus baik ya...Tapi kalau Allah izinkan in Sya Allah sekali pakai dah berkesan...Wallahualam



PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH




Sangat mudah nak buat minyak bawang putih petua menghilangkan selsema bayi ni...Bahan yang diperlukan hanyalah bawang putih dan minyak...Saya cadangkan korang guna extra virgin olive oil sebab ia sesuai untuk guna pada kulit...Kalau guna minyak kelapa dara pun ok...Kalau tiada 2 minyak ni minyak masak pun boleh....

Cara nak buatpun tak susah...Korang letak minyak 5 sudu dalam bekas kecil kemudian ambil bawang putih dalam 5 ulas dan pecah-pecahkan bagi keluar getahnya dan masukkan dalam minyak tadi. Biarkan minyak dan bawang putih tadi bercampur...Lagi lama mereka bergaul lagi bagus







PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH



Lepas korang dah siap buat tu dah boleh terus guna...Ada orang yang suka bakar dulu bawang putih tu tapi saya tak bakarpun still mujarab petua ni...Pastikan korang nak pecah-pecahkan bawang putih tu guna peralatan yang bersih. Jangan main ketuk je kat mana-mana sat lagi selsema baik penyakit lain pula yang dapat...




Korang boleh beli grinder plastik yang kecil kat kedai standby kat rumah senang nak pecahkan bawang putih incase anak perlukan minyak bawang putih...hehehe...saya bagi cadangan je sebab saya memang standby dah 1...beli kat DIY baru RM15...ada yang lagi murah kalau tak silap


PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH



Cara guna minyak bawang putih ni mudah je...Korang boleh sapu dibahagian dada,belakang,rusuk dan tapak kaki...Pakaikan anak korang stoking bagi rasa hangat ...Kalau boleh amalkan setiap hari sebelum anak tidur...

Haritu saya pernah buat satu entri pasal PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH ni dan ada yang tanya cara mengatasi hidung tersumbat bila bayi selsema. Saya tiada cara yang tepat dengan citarasa korang tetapi saya ada cara yang saya sendiri guna bila saya menghadapi situasi hidung anak tersumbat akibat selsema



PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH

Bila hidung anak tersumbat memang saya tidak akan tidur sebab anak saya akan terhenti bernafas @ tersedak. Ini kerana bayi belum pandai nak tukar gaya bernafas...Dia tahu bernafas ikut hidung...menyusu ikut mulut...So,agak sukar untuk dia menghadapi situasi dimana dia perlu tukar bernafas ikut mulut bila hidung tersumbat huhuhuhu


RAWAT HIDUNG TERSUMBAT BAYI CARA SAYA 
Saya akan guna cara stim muka bayi guna wap air panas. Saya akan guna 2 jenis bahan samaada minyak kayu putih @ bawang putih. Caranya...masukkan air mendidih dalam besen kecil dan masukkan minyak kayu putih @ bawang putih kedalam air tadi. Kemudian halakan muka bayi pada wap yang sedang berkepul-kepul naik dek air panas tu...


Anak korang menangis??? Tak pe...Anak korang menangis kuat tanpa henti??? Tak pe...buat rawatan ni tak lama...dalam 5 ke 8minit je...sebab air dalam besen tu akan habis wap nya habis lah rawatan...Sebab apa saya cakap anak menangis takpe sebab kalau dia menangis lagi senang wap tu nak masuk dalam liang-liang sinusnya...



PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH





Korang akan tengok selsemanya meluncur-luncur keluar. In Sya Alllah selepas korang wapkan bayi korang dia akan selesa dan dapat tidur. Ini lah cara yang saya gunakan sejak anak pertama hingga anak ke 3...Alhamdulillah ia mujarab dengan anak-anak saya




AMARAN!!!

Sila pastikan korang pegang anak korang kuat-kuat masa nak wap kan mukanya...takut nanti dia tertepuk air panas dalam besen tu nanti...Macam saya bila nak buat rawatan ni saya akan gulung anak saya dalam kain batik siap-siap...dia tak boleh buat apa dah hehehe...

⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩
( Gambar botol lama )

PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH

Oleh kerana anak-anak saya adalah pengguna tegar minyak bawang putih saya telah ambil inisiatif untuk jadikan minyak bawang putih tu dalam bentuk bam @ garlic balm sebagai cara tradisional merawat bayi selsema. Sebab saya ni pemalas sikit nak buat minyak bawang putih ni pastu bila nak sapu tu menitis-nitis...Nampak kepayahannya di situ...lagi-lagi saya ni jenis semua nak cepat...So,saya jadikan balm yang mudah digunakan...tak akan menitis dan selamatttt...

Garlic balm ni saya hanya gunakan minyak extra virgin olive oil dan bawang putih sahaja...Tiada EO apapun saya letak...Ia adalah natural organik...Jangan risau garlic balm ni takde rasa panas yang @ sejuk...Ia betul-betul rasa bawang putih dan bau pun sebiji macam bawang putih huhuhuhu...


PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH

Entri yang lepas bagi gambar garlic balm togel je sebab sticker tak sampai lagi...Haaaa ni tadi sticker sampai terus test lekat dan ambil gambar...Nampak simple dan comel je kan...Satu botol ni saya jual RM15 je...Kalau rasa-rasa nak try boleh whatsapp saya terus ya...

Untuk makluman,Garlic balm sekarang sudah tukar packaging kepada yang lebih besar dan telah mempunyai KKM dan telah dihantar untuk ujian makmal bagi memastikan ia selamat digunakan oleh semua orang...Harga terkini garlic balm by zm beauty adalah RM25/botol dan charge postage adalah RM8sm & RM12ss...Stokis dan agent sangat dialu-alukan untuk sama-sama menjana pendapatan terutamanya suri rumah...

Senarai stokis sah Garlic balm :
Penang (kak cun ) - 0195743799
Kepong KL (Ubai rahman) - 0169677675
Tanjung Kling Melaka(Farhah) - 0166401202
Klang(Umi) - 0132405031
Kuching & Sarekei(Liana) - 0145983539
Parit Buntar(Aini) - 0134036390

PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH


PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH



Begitulah serba sedikit PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH cara saya...Saya gunakan cara ini sahaja kalau hadapi masalah anak selsema...Sebab ubat selsema dan batuk memang tak digalakkan diberi kepada bayi. Kita ikhtiar cara yang lebih selamat untuk si manja kita. Semoga berjumpa lagi next story...Terima kasih sudi singgah
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

SABUN HOMEMADE UNTUK KEGUNAAN HARIAN

Bismillah dan Assalammualaikum semua...Harap korang-korang semua sihat sentiasa dibawah lindungan Allah swt...Dah tiga hari saya tak menjenguk blog sebab busy sangat menyiapkan order...So harini saya nak cerita-cerita pasal SABUN HOMEMADE UNTUK KEGUNAAN HARIAN sebab terlanjur buat sabun semalam kan...

Semalam saya buat sabun kunyit dicampur dengan madu asli untuk customer yang nak branding. Sebelum ni dia dah beli seketul untuk testing...bila dah rasa puashati baru dia berminat nak jual pula dengan jenama dia sendiri. Saya bukan nak ajak orang berangan untuk jadi kaya-raya dengan jual sabun tapi saya cuba buka peluang pada orang yang nak berniaga...bukan untuk kaya tapi untuk tambah mana yang kurang...ringankan beban kewangan...


SABUN HOMEMADE UNTUK KEGUNAAN HARIAN

Ni dia sabun yang bernama sabun kunyit madu. Dalam sabun ni saya letak kunyit asli,madu,olive oil dan vitamin E. Sabun ni berfungsi untuk membersihkan muka setiap hari disamping memelihara kecantikan kulit secara natural sebab tiada langsung bahan kimia yang terkandung dalam sabun ini

Korang tahukan kalau kita pakai sabun yang jenis ada bahan kimia akan rasa pedih-pedih kan...tapi dengan sabun ni korang tak akan rasa langsung pedih-pedih...kering atau mengelupas. Korang akan rasa sangat selesa dengan sabun ni walaupun korang guna sabun ni dengan kerap


SABUN HOMEMADE UNTUK KEGUNAAN HARIAN

Ini antara koleksi sabun yang saya buat untuk sample photoshot untuk video usahawan baru-baru ni. Sebenarnya bukan sabun ni je yang saya buat...Saya boleh je buat sabun lain ikut request daripada customer...Kalau customer request bahan lain selain yang saya tetapkan kita perlu berbincang dahulu soal harga sebab saya pun tak tahu apa yang korang nak letak dalam sabun korang kan....so kena bincang dulu la ye...


SABUN HOMEMADE UNTUK KEGUNAAN HARIAN

Kali ni customer bersetuju untuk guna mould segiempat tepat ni...Setakat harini saya ada 3 variasi mould...segiemapat tepat ni,bunga rose besar dan mould kecil-kecil yang comel tu...Mould kecil-kecil tu saya lebih prefer kepada customer yang baru nak start edarkan sample kat customer mereka...lebih jimat kan...Jap saya tunjuk gambar sabun yang comel tu ya...


SABUN HOMEMADE UNTUK KEGUNAAN HARIAN

Ada 3 jenis bentuk mould yang korang boleh pilih selain bentuk love ni...Nanti korang nak order saya akan tunjukkan eh...Berat 1biji sabun comel bdalam gambar ni 11-12gram seketul. Ramai customer yang request nak guna mould yang kecil-kecil juga kalau nak beli sabun sebab pertama bentuknya comel...satu lagi sebab senang diorang dah tak perlu nak potong-potong lagi dah...Seketul tu mungkin boleh pakai seminggu..


SABUN HOMEMADE UNTUK KEGUNAAN HARIAN

Alhamdulillah selesai misi saya menyiapkan order customer...Harap adik ni dapat jual semua sabun ni dengan jayanya. Apa yang penting setiap apa yang kita lakukan mesti ada kesungguhan...jangan cepat mengalah dan wajib istiqomah...Selalu berfikiran positif untuk dapat aura positif...hehehe...rasa macam pakar motivasi pun ada gak nih...

Cuma saya nak pesan satu je kepada sesiapa yang baca artikel saya...Saya bercakap bukan sebagai seorang seller tapi saya cuma nak war-warkan tentang kebaikan menggunakan produk organik berbanding produk yag kita tak pasti isi kandungannya...Tidak perlu terlalu mudah terpedaya dengan kecantikan sementara yang akan memberi kesan pada diri kita suatu hari nanti...dan yang akan menyusahkan kita kelak...

Saya bukan paksa korang beli barang saya taw...Jangan salah faham...sebab saya tahu bukan semua orang berminat dengan produk organik homemade ni...tapi saya juga sedar yang produk homemade ni ada peminatnya yang tersendiri...Buktinya banyak permintaan yang saya dapat...Alhamdulillah dan tahniah kepada yang dah mula bertukar kepada organik...

Apa-apapun setiap orang mempunyai citarasa mereka sendiri...Tepuk dada tanya hati...Sampai disini coretan ringkas episod SABUN HOMEMADE UNTUK KEGUNAAN HARIAN saya harini...Maafkan saya jika ada kekasaran melemparkan kata-kata...Jumpa lagi next entri ya...Terima kasih

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :