ZURAINI.COM

Image

BUAT SERUM MUKA ORGANIK UNTUK CUSTOMER

Bismillah...
Assalammualaikum sahabat-sahabat semua...Harini agak terlewat saya punya kesempatan nak update entri sebab tak berapa nak sihat...Dari pagi sakit kepala yang teramat sangat...Suami saya pun alami sakit kepala juga...Bila fikir-fikir balik apakah puncanya baru kami perasan semalam kami beli sup tulang dari kedai dan ada kemungkinan dalam sup tulang tu ada mengandungi ajinomoto...Kami satu family memang alah dengan ajinomoto ni...so,redho jela dengan ketentuan Ilahi yang kami terpaksa sakit kepala...Harini saya nak share aktiviti BUAT SERUM MUKA ORGANIK UNTUK CUSTOMER

Semalam saya dapat request dari dua orang customer yang nak beli serum organik. Macam biasa yang pernah saya bagitahu saya cuma akan proses produk bila ada yang request supaya produk yang sampai ke tangan customer adalah fresh...

BUAT SERUM MUKA ORGANIK UNTUK CUSTOMER

Mula-mula get ready kelengkapan untuk buat serum organik ni. Bagi saya sangat mudah nak buat sebab saya buat dalam kuantiti yang kecil so tak perlu bekas yang besar...Untuk 2 orang customer saya buat 2 kali bancuhan...Semua barang dah ready siap ada buku nota lagi untuk rujukan resepi...nanti tersalah resepi susah juga saya...hasil tak sama...

BUAT SERUM MUKA ORGANIK UNTUK CUSTOMER

Serum dah jadi untuk satu bancuhan. Serum ini adalah 100% menggunakan bahan yang natural tanpa bahan kimia ya...So korang akan rasa lebih selamat guna...Bahan yang saya gunakan adalah aloevera,olive oil,gliserin dan air mawar...Serum organik ini berfungsi melembabkan kulit,menghilangkan garis halus,menegangkan kulit,menghilangkan kesan jerawat,menghilangkan jerawat pasir,melembutkan kulit,menyegarkan kulit,menghilangkan kulit kusam dan banyak lagi manfaat daripada bahan-bahan semulajadi yang saya gunakan. Korang boleh search satu persatu kebaikan bahan yang saya gunakan untuk kecantikan

BUAT SERUM MUKA ORGANIK UNTUK CUSTOMER

BUAT SERUM MUKA ORGANIK UNTUK CUSTOMER

Siap dah masuk botol serum untuk customer ni...Korang jangan pelik pula kenapa serum tu tak penuh satu botol. Botol serum ni besar...botol yang sepatutnya untuk serum dah habis so saya pinjam botol toner untuk letak serum tu huhuhu...Proses buat serum ni pun tak ambil masa yang lama...Kalau setakat 2 orang punya serum bolehlah buat cepat tapi kalau 50botol agak mencabar juga tuh huhuhu...Takpela...rezeki besar kerja mestilah kena guna lebih tenaga kan....

BUAT SERUM MUKA ORGANIK UNTUK CUSTOMER

BUAT SERUM MUKA ORGANIK UNTUK CUSTOMER

Tadaaa....Dah siap-siap nak packing dah ni...Sebelum tu ambil gambar dulu...Kalau tak macamne nak tepek kat entri ni kan...hehehe...Saya doakan customer ni serasi dengan serum dan produk-produk lain yang mereka beli dari saya...Alhamdulillah...semakin hari semakin ramai yang mencuba untuk bertukar kepada organik...Tahniah korang

Berakhir sudah perkongsian singkat BUAT SERUM MUKA ORGANIK UNTUK CUSTOMER daripada saya...Kepada yang berminat berurusan dengan saya boleh terus whatsapp saya. Yang berminat nak buat jenama sendiri dengan produk saya juga sangat dialu-alukan sebab saya kalau boleh saya nak sebarkan kepentingan menggunakan produk organik kepada semua orang...Sampai disini sahaja...jumpa lagi next entri...Terima kasih sudi singgah...

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH

Bismillah...
Hi Assalammualaikum sahabat semua...Alhamdulillah saya punya lagi kesempatan untuk update blog saya harini...Tapi kali ni saya tak cerita pasal aktiviti homemade saya tetapi saya nak cerita pasal TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH . Kebiasaannya mereka yang berminat nak buat jenama sendiri dengan modal rendah akan patah semangat bab nak tempah kotak produk...Mula-mula semangat berkobar-kobar nak buat produk sendiri tapi bila nak tempah kotak je akan sedikit kecewa sebab rata-rata pengusaha kotak produk akan letak MOQ yang tinggi

Saya sekadar meluahkan apa yang saya alami. Kalau korang perasan setiap produk saya satu pun tidak mempunyai kotak produk...Korang nak tahu kenapa??? ini lah masalah yang saya hadapi,bukan saya tak nak buat kotak tetapi MOQ yang diberikan bagi saya terlalu tinggi untuk saya yang bisnes kecil-kecilan ni....Sama juga seperti customer saya yang menghadapi masalah yang sama bila part nak tempah kotak produk

So...harini saya nak kenalkan kepada korang-korang yang patah semangat sebab tak dapat buat kotak produk dengan seorang pengusaha /designer kotak produk & sticker. Setakat ini saya baru jumpa seorang sahaja pembuat kotak produk yang bagi MOQ rendah bertepatan dengan misi dia untuk membantu mereka-mereka yang baru nak start bisnes...Tahniah saya ucapkan kepada adik ni sebab memberi ruang dan peluang pada kami semua

TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH

Ini adalah contoh kotak produk yang telah di buat dan saya kira cukup cantik dan memenuhi citarasa. Selalunya tempahan akan siap bergantung pada jumlah tempahan yang dibuat dan tempahan yang sedia ada. Saya bagitahu awal-awal ya...Tempahan kotak @ sticker memang akan ambil masa sebab kita tak tahu berapa banyak tempahan sediaada yang perlu diselesaikan oleh mereka sebelum terima tempahan kita. Biasanya akan ambil masa seminggu untuk siap

TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH

TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH

TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH

TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH

Ini pula lain-lain contoh design yang pernah dibuat untuk customer mereka...Amacam??? Cantik & kemas right? Korang boleh request design dan bentuk macamana yang korang nak. Buat masa sekarang saya difahamkan design untuk setiap tempahan adalah percuma(promosi) dan akan berubah bergantung pada pihak pengurusan. Korang boleh tanya pihak mereka sendiri. Di akhir artikel ini saya akan letak detail mereka bagi senang korang nak contact terus untuk berurusan

TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH

Saya ada satu je gambar contoh design sticker yang mereka buat...Sebenarnya tak boleh nak letak banyak-banyak gambar...Kalau korang nak tengok gambar design mereka korang boleh tengok kat Instagram @ facebook page mereka...Senang dapat tengok semua...saya tak dapat nak tepek semua gambar kat sini...

TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH

Ini pula salah satu testimoni pelanggan mereka yang berpuashati dengan servis yang mereka berikan. Kalau tak ok takkan dapat feedback ohsem macamni kan...Dah la MOQ rendah...servis terbaik...Saya syorkan servis Grafcreations ni kepada sesiapa sahaja yang memang nak cari servis buat kotak @ sticker dalam jumlah yang kecil bagi permulaan bisnes dengan modal yang kecil

Oklahh...Kalau korang nak buat produk organik homemade jenama sendiri bolehlah tempah kat saya dan kotak tempah kat Grafcreations hahaha...Ok tak gitu??? Hehehe...Kepada yang berminat nak berurusan dengan saya macam biasa terus wasap saya taw...

Korang yang nak TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH pula tengok kat bawah saya share detail pasal designer kotak ni...Korang boleh terus wasap je untuk lebih detail sebab saya tak berani nak terangkan lebih-lebih sebab takut salah info huhuhu...Nak tengok design boleh tengok kat IG @ page hokeyyyyy...

TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH!!!


Korang boleh terus klik link diatas untuk terus hubungi mereka...Saya harap perkongsian TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH dapat membantu meringankan beban korang semua...hehehe...So...jumpa lagi next entri...Terima kasih sudi singgah

Wassalam



HOMEMADE SCRUB BY ME

Bismillah...
Assalammualaikum semua..
Alhamdulillah harini masih ada kesempatan untuk saya update blog...harap esokpun sama juga diberi kesempatan begini...Harini saya akan update HOMEMADE SCRUB BY ME yang baru saya selesaikan baru-baru ini...Artikel ini saya buat sekadar perkongsian untuk gambaran proses sebenar bila saya dapat order


Kali ini saya dapat order coffee scrub. Sepanjang saya menghasilkan scrub muka dan scrub badan coffee scrub adalah yang paling ramai peminat. Majoriti customer akan order coffee scrub. Mungkin kelebihan kopi ini menjadi daya penarik pengguna untuk mencuba dan semestinya sangat efektif


HOMEMADE SCRUB BY ME

Seawal pagi saya dah mulakan proses mengadun scrub menggunakan mesin mixer berkapasiti 6kg hehehe...detail sungguh penerangan. Mesin ni selalunya saya akan buat 6kg scrub. Macam coffee scrub saya lebih prefer yang jenis pekat macamni sebab sifat kopi ni cepat masuk angin...Boleh jadi keras...Tapi kalau dalam bentuk ini coffee scrub ini tidak akan keras. Sebab tu kalau korang ikuti saya dari awal akan perasan dulu saya buat coffee scrub dalam bentuk serbuk lembab macam scrub-scrub yang lain...Tetapi sekarang saya dah tukar ya sebab nak jamin kualiti yang baik...Tapi saya masih buat yang jenis lembab kalau ada permintaan...Rata-rata customer lebih suka coffee scrub yang versi likat macamni sebab senang nak guna katanya....

Bila dah siap bancuh dan semua bahan dah mesra saya akan diamkan selama setengah jam untuk bagi scrub tu rehat...Tadikan berpusing2 pening dia hehehe...Sementara rehatkan scrub saya buat benda lain dulu...

HOMEMADE SCRUB BY ME

Haaa...ni adapun kerja...kena susun bekas ni dulu takdelah proses nak isi coffee scrub tu nanti terganggu dek nak ambil botol punya pasal. Biasanya 1 batch proses coffee scrub akan hasilkan 60botol...So...macam layan je packing scrub 60botol seorang diri huhuhu

HOMEMADE SCRUB BY ME

Nampak tak? Ni scrub yang saya dah isi dalam bekas. Satu bekas isinya 100gram tapi saya akan masukkan lebih 10-15gram.. Proses masukkan scrub dalam bekas kena buat dengan sabar dan cermat sebab kalau comot-comot akan ambil masa saya untuk bersihkan pula...Saya tak suka bazir masa huhuhu...nanti tak sempat nak kejar masa...faham-faham jela saya ni supermom...banyak benda nak kena buat...Lepas dah pastikan semua bekas terisi dengan scrub,timbangan ok dan tak comot saya akan ke next proses iaitu pasang inner cap...

HOMEMADE SCRUB BY ME

Haaa...gini rupanya bila dah pasang inner cap...Inner cap ini sangat perlu digunakan untuk menjaga kualiti scrub dan yang paling penting untuk mengelakkan scrub meleleh keluar...bila dah pasang inner cap ni korang dah tak perlu risau tumpah sebab confirm memang tak tumpah...Dan lagi satu ada customer tanya kalau nak pos scrub ni nak kena wrapping tak?? Jawapannya tak perlu sebab material bekas ni adalah PP,so bekas ni tak cepat pecah kalau terjatuh,terbaling,terhempas @ sebagainya

HOMEMADE SCRUB BY ME

HOMEMADE SCRUB BY ME

Lepastu macam biasalah kita pasang tutup...Kang tak pasang tutup tak cantik pula rupanya hehehe...Pasang tutup tak mabil masa lama sangat pun...bak kata orang tutup mata pun boleh buat kan...tapi saya tak tutup mata sebab saya nak pastikan semuanya dalam keadaan sempurna hehehe...(belum expert lagi)

Usai semua proses saya akan terus packing masuk dalam kotak sebab nak terus pos...Customer yang ni request nak cepat. Biasanya setakat ini customer akan terima barang paling lewat 3 hari sahaja selepas buat payment. Contohnya mereka bayar harini saya akan terus proses memandangkan saya memang standby bahan siap-siap kat rumah...Saya akan pos barang keesokkan harinya bergantung pada masa customer buat payment...Kalau malam hari bankin saya akan pos esoknya...Kalau subuh bankin In Sya Allah saya akan berusaha untuk pos hari yang sama...Tapi kalau bankin pukul 12 tengahari sila jangan request untuk pos hari yang sama...kesian kat saya huhuhuhu...

HOMEMADE SCRUB BY ME

Ni proses menyusun coffee scrub dalam kotak...60 botol scrub saya akan pakai kotak pos 10kg tapi still ada ruang kosong...biasanya customer akan request untuk penuhkan kotak untuk jimat pos...1 kotak 10kg boleh muatkan lebih kurang 80botol scrub...Alhamdulillah kali ni customer tambah lagi 20botol dari order asal sebab nak penuhkan kotak hehehe...Dan pesanannya berjaya di pos hari yang sama juga dan sampai keesokkan harinya..Syabas pos laju(kadang2 lambat juga huhuhu)

HOMEMADE SCRUB BY ME

Habissss...Begitulah perkongsian saya proses HOMEMADE SCRUB BY ME hari ini...Customer dah pun selamat menerima coffee scrub yang di pesan untuk buat jenama sendiri...Selamat ber bisness online awakkk...Setakat ini semua customer saya berpuashati dengan servis yang saya berikan. Saya harap perniagaan kecil saya ini akan berterusan dan dapat membantu sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah pendapatan walaupun dengan modal kecil...Jumpa lagi esok di lain artikel...Maaf jika ada tersilap bahasa...Terima kasih kerana sudi singgah disini...

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

RAWAT SELSEMA ANAK DENGAN BAWANG PUTIH

Bismillah...
Assalammualaikum semua...Harini saya bersiaran lagi sebab dah janji semalam kan nak cuba archive target...Harini saya nak share tips RAWAT SELSEMA ANAK DENGAN BAWANG PUTIH. Bawang putih ni sebenarnya sangat bagus digunakan untuk menghilangkan selsema dan batuk untuk bayi dan kanak-kanak. Selain ia adalah antiseptik semulajadi untuk merawat secara natural,kita dapat menerapkan sikap tidak bergantung kepada ubat(drug) bila anak-anak dijangkiti selsema@batuk

RAWAT SELSEMA ANAK DENGAN BAWANG PUTIH

Cuba bayangkan kalau anak-anak kita sedang dilanda selsema dan batuk mesti tak senang duduk kita dibuatnya. Anak saya yang bongsu lahir tak cukup bulan dan sangat mudah dijangkiti selsema so saya memang tak bagi ubat kalau dia selsema...Saya akan cari solution yang natural untuk menghilangkan selsamanya

Kalau anak saya "block" means hidung tersumbat saya akan guna air panas campur dengan minyak kayu putih dan wap kan pada mukanya...In Sya Allah akan lega sikit hidung tersumbatnya...Makesure air panas tu yang betul-betul panas supaya ada banyak wap yang terhasil dan pastikan kalau nak cuba cara ni korang balut badan anak korang dulu(bedung) untuk keselamatan supaya tangan mereka tak menggapai2 masa proses nak wap muka mereka

Cara yang kedua saya akan guna minyak yang dicampur dengan bawang putih untuk sapu di dada dan belakang serta tapak kaki anak saya untuk tujuan supaya selsemanya cepat kering. Rasanya ramai yang dah pernah review cara ini sebagai solusi untuk merawat selsema @ batuk secara natural tanpa ubat, korang boleh search review mereka di google sebab ada banyak cara yang mereka share. Macam saya,saya akan ketuk @ grind bawang putih untuk keluarkan airnya dan masukkan semua bawang putih yang dah di grind tadi kedalam minyak...Minyak tu yang saya gunakan untuk sapu...

RAWAT SELSEMA ANAK DENGAN BAWANG PUTIH

Oleh kerana saya ni malas nak buat setiap kali nak guna saya telah ambil inisiatif RAWAT SELSEMA ANAK DENGAN BAWANG PUTIH dengan membuat minyak bawang putih dalam bentuk balm...Hehehe...nampak sangat malasnya saya kan...So,saya dah tak payah nak fikir tentang minyak bawang putih lagi dah...Balm ni saya standby letak dalam bilik untuk guna malam hari sebelum tidur

Bagi saya Garlic Balm @ Bam Bawang Putih lebih mudah digunakan berbanding minyak bawang putih sebab balm ni tak payah risau tertumpah dah...Bila dah guna tutup je letak tepi katil...sorok2 la sikit nanti anak nampak dia ambil pula huhuhu...Kalau guna minyak bawang putih susah juga sebab dalam bentuk cecair,risiko untuk tumpah tu agak tinggi even letak dalam botolpun bila nak apply still ada risiko untuk meleleh...Ini pendapat saya la...sebab saya ni jenis kurang cermat...semua nak cepat jek...hehehe

RAWAT SELSEMA ANAK DENGAN BAWANG PUTIH
~ sekadar gambar hiasan...comel kan...~

Baru-baru ni saya ada buat 10 botol garlic balm untuk testing market dan Alhamdulillah dalam sehari saya berjaya jual semuanya...huhuhu terharu sangat...Semua bagi respond yang baik...So,untuk projek selepas ini saya akan buat lagi untuk dijual dengan orang luar pula In Sya Allah...Apa yang penting kandungan garlic balm ni adalah 100% organik

Dalam garlic balm saya tidak menggunakan apa-apa jenis essential oil sebab saya takut ada bayi yang tidak serasi dengan essential oil tersebut...So,bau garlic balm ini adalah 100% bau bawang putih asli...Tiada pewarna @ pewangi tambahan diletakkan didalam garlic balm homemade saya

Cara guna garlic balm ni senang je...Sapukan garlic balm ni pada tapak kaki anak dan pakaikan sarung kaki...Kemuadian sapukan garlic balm dibelakang badan dan bahagian hadapan sehingga leher...Kalau anak dah lena boleh sapu dibahagian sinus dan dahi ... Bawang putih kaya dengan antiseptik yang bertindak untuk melegakan selsema dan batuk dengan cepat dan semulajadi

Setakat ini saya berpuashati dengan rawatan natural yang saya berikan untuk si manja sebab anak-anak saya memang susah sangat kalau nak bagi makan ubat. Alhamdulillah cara ini membantu saya untuk menyelesaikan masalah anak takut makan ubat VS saya memang taknak biasakan drugs untuk anak...hehehe

Sampai disini sahaja perkongsian saya...Harap kita ada berpeluang lagi untuk bertemu di next entri...In Sya Allah esok saya akan share aktiviti homemade saya yang dah beratur untuk di update...Terima kasih kepada yang sudi baca sampai habis topik RAWAT SELSEMA ANAK DENGAN BAWANG PUTIH ini dan semoga perkongsian saya serba sedikit dapat membantu meringankan beban kerisauan ibu-ibu semua...Jumpa lagi...


Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

PROGRAM E-USAHAWAN PONTIAN

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Lama dah tak bersiaran akibat dari kekangan masa yang selalu cemburu dengan saya bila saya nak start menaip...Kalau ikutkan hati nak mencoret kat sini setiap hari..Nak share aktiviti homemade saya untuk tatapan orang lain tapi tidak kesampaian...Tapi harini saya kuatkan semangat untuk tulis sebab saya dah buat target untuk update blog setiap hari...tapi tak tahu la berjaya @ tak nak archive target tu huhuhuhu...Harini saya nak share cerita saya pergi ke PROGRAM E-USAHAWAN hari ahad yang lepas

PROGRAM E-USAHAWAN

Saya dah daftar untuk join PROGRAM E-USAHAWAN dari awal tahun lepas lagi... Saya memang suka join any seminar yang berkaitan dengan usahawan ni sebab saya berpeluang timba ilmu keusahawanan...Atleast adalah ilmu sikit untuk bekalan saya buat bisnes...Kalau takde ilmu susah juga kan...Setelah setahun lebih menunggu akhirnya saya berpeluang join PROGRAM E-USAHAWAN ni...

PROGRAM E-USAHAWAN

PROGRAM E-USAHAWAN ni diadakan di Pontian...tapi saya duduk di Simpang Renggam...agak jauh juga untuk saya ke sana tapi demi untuk menimba ilmu saya beranikan diri untuk drive seorang diri ke sana... sebab saya seorang sahaja peserta dari simpang renggam,kalau ada yang dari area sini memang adalah kawan untuk pergi sama-sama...tapi apakan daya huhuhu....firstime jalan jauh sorang-sorang...

PROGRAM E-USAHAWAN ini bermula jam 9pagi dan berakhir pada jam 6.30 petang...Bagi saya terlalu banyak ilmu yang ditaburkan oleh Coach Azs yang tak lokek ilmu tentang selok-belok bisnes online...Semua di ajar dari A hingga ke Z...Kalau ikutkan hati saya memang banyak lagi yang saya nak tanyakan dari Coach tapi masa tidak cukup untuk kami terus menadah telinga...

PROGRAM E-USAHAWAN

PROGRAM E-USAHAWAN ni bertujuan untuk memberi info @ mengajar usahawan/bakal usahawan/yang berminat untuk berniaga tentang ilmu perniagaan online...Cuba korang tengok modul yang di ajar sepanjang PROGRAM E-USAHAWAN ni...semuanya berkaitan dengan perniagaan atas talian..Dan...yang bestnya Coach Asz bukan ajar yang tertulis dalam modul sahaja...dia share lebih banyak ilmu yang saya belum tahu sebelum ini...Alhamdulillah tak sia-sia saya datang...

PROGRAM E-USAHAWAN
Semua orang tekun mendengar Coach Asz mencurahkan ilmu

Saya bersyukur sangat sebab diberi peluang untuk join PROGRAM E-USAHAWAN ni...Kalau korang nak tahu PROGRAM E-USAHAWAN ni percuma...Tak perlu bayar apa-apapun...Cuma kita perlu hadirkan diri dan beri komitmen sepenuhnya sepanjang tempoh seminar dijalankan...Itu sahaja...Makan tengahari disediakan dan petang sebelum balik ada salah seorang peserta sponsor air kurma madu untuk kami semua...Terima kasih kepada yang sponsor tu....

PROGRAM E-USAHAWAN ini adalah usaha kerajaan Malaysia dan MDEC untuk meningkatkan taraf ekonomi negara melalui perniagaan online. Siapa kata orang yang tidak berkerja tak boleh dapat gaji...tak boleh ada income...Inilah salah satu manfaat PROGRAM E-USAHAWAN untuk membantu mereka-mereka yang berminat nak buat income secara online terutamanya surirumah yang tidak berkerja...Bukan semua orang pandai selok belok bisnes online ni,sebab tu kerajaan nak bantu bagi ilmu supaya senang kita nak berniaga...

PROGRAM E-USAHAWAN

Jangan pula cakap PROGRAM E-USAHAWAN ni khas untuk surirumah sebab semua warganegara Malaysia layak untuk menyertai PROGRAM E-USAHAWAN ni,janji korang ada minat nak meningkatkan taraf hidup korang ke level yang lebih baik...Minat nombor satu dan yang keduanya mesti praktikkan apa yang di ajar sebab kalau minat je tapi tak buat apa-apa memang sia-sia jela korang pergi seharian duduk dalam seminar tu...Rugi je ilmu free...Kalau kat luar perlu bayar paling minimum RM500 untuk satu kelas seperti PROGRAM E-USAHAWAN ni taw...

Kalau korang pergi PROGRAM E-USAHAWAN ni jangan lupa bawa kelengkapan tau...maksud saya korang perlu bawa smartphone korang tu sebab dalam kelas nanti akan ada praktikal...masa tu memang perlu guna telepon korang tuh...Kalau yang ada laptop tu bawa sekali sebab lebih mudah korang nak buat kerja...Sebab kebanyakkan slide ditunjukkan dalam versi desktop...Tapi kalau yang takde laptop tu janganlah sedih...handphone pun boleh guna...jangan risau...yang paling pentig siapkan diri untuk beri komitmen semasa dalam kelas hokeyyyy....

Alhamdulillah...Apa-apapun saya bersyukur dengan ilmu yang diberikan dan saya akan menggunakan ilmu itu sebaik-baiknya untuk archive target jualan saya...Semoga kawan-kawan PROGRAM E-USAHAWAN yang lain juga dapat menggunakan semua ilmu yang kita dapat dengan lebih sempurna...Pesan saya kepada sesiapa yang berpeluang dipanggil untuk menghadiri PROGRAM E-USAHAWAN ni janganlah korang tolak melainkan ada hal yang lebih penting daripada itu sebab rugi kalau korang tak rebut peluang keemasan ni...

Ada tak yang nak join program ni??? Kalau korang nak join korang boleh daftar di link yang saya letak kat bawah ni ya...Jangan risau pendaftaran percuma...program pun percuma....Korang daftar dan tunggu je nama korang dipilih...Mereka akan hubungi korang sendiri kalau nama korang terpilih...


PROGRAM E-USAHAWAN

Kepada Coach Asz dan fasilitator En. Syahril terima kasih yang tidak terhingga atas komitmen yang terbaik diberikan kepada kami selaku peserta PROGRAM E-USAHAWAN di Pontian...Rasanya cukup setakat ini perkongsian saya tentang PROGRAM E-USAHAWAN...Usai program sempat saya berselfie dengan Puan Norazlina @ Coach Asz untuk kenangan dan sebagai pembakar semangat saya untuk teruskan perjuangan hehehe...Terima kasih kepada yang sudi singgah disini dan jumpa lagi next entry...

Wassalam


PEMBORONG PRODUK HOMEMADE

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Harini nak membebel lebih sikit ya...Sejak balik dari kampung haritu banyak sangat aktiviti yang saya tak sempat nak update kat sini...Kalau tak update macamana orang nak tahu progress aktiviti homemade saya kan...So harini saya nak cerita aktiviti yang saya buat balik dari kampung haritu...Oleh kerana ada banyak aktiviti bercampur-campur saya letak tajuk harini sebagai PEMBORONG PRODUK HOMEMADE...haaa senang takyah nak pening-pening fikir tajuk hahahaha

Balik je dari kampung haritu saya dapat order dari customer nak scrub kopi,lipscrub dan lipbalm....Saya balik hari jumaat selepas seminggu beraya di kampung...Hari sabtu saya start operasi buat lipbalm dulu sebab lipbalm ni lebih mudah prosesnya berbanding lipscrub kan hehehe...

PEMBORONG PRODUK HOMEMADE

PEMBORONG PRODUK HOMEMADE

Sorryla...gambar tak berapa nak lawa sebab guna handphone biasa je...Sebelum ni saya buat lipbalm mood pink je kan...Start now on dah ada warna merah...Warna nampak macam maroon kan...tapi sebenarnya merah tu...bila calit kat bibir keluar warna merah...jangan panik hokeyyy...

Sebelum ni saya dah banyak kali dah cerita pasal lipbalm ni tapi harini saya nak jugak cerita lagi...Tak kira...nak jugak cerita...Lipbalm ni adalah 100% buatan tangan saya menggunakan pewarna dan perisa yang boleh di telan...Bila sebut boleh ditelan maknanya ia 100% selamat digunakan dari kecil hingga ke tua...Bila cakap pula pasal selamat lipbalm ini tidak akan memberi kesan sampingan kepada yang menggunakannya hokeyyy hahahaha....

Lipbalm ni berfungsi sebagai alat untuk mempercantikkan bibir...Kikiki...ayat tak boleh tahan... Lipbalm ni digunakan untuk melembabkan bibir yang kering,rosak,kusam,pucat,lebam dan sealiran dengannya. Bahan yang saya gunakan untuk menghasilkan lipbalm ini mampu merawat bibir korang yang rosak akibat penggunaan lipstik or merokok or bibir pecah2 dan kering. Saya letak olive oil dan vit E dalam lipbalm ni ya...So,bila korang guna lipbalm ni bibir korang akan rasa lembut dan lembab...pinkish ala-ala korea gitewww....

PEMBORONG PRODUK HOMEMADE
Haaa giteww....dak kecik pun leh pakai...selamatttt...

Settle wat lipbalm 15 dozen rehat jap pastu sambung buat lipscrub pula...Haaa...scrub bibir ni agak renyah kerjanya...Ambil masa yang lama nak siapkan sampai finishing...Kalau setakat buat scrub je memang senang tapi nak packing tu yang rasa nak nangis tepi peti ais dibuatnya...Biasala kan...buat produk homemade ni perlukan kesabaran...lebih-lebih lagi saya takde pembantu...Satu satu saya kena packing masuk dalam botol...Pastu kena tutup,kena lap...dah lap tu kena balut pula dengan bubble wrap...Mencabar juga la nak cari rezeki zaman milenia ni

PEMBORONG PRODUK HOMEMADE

PEMBORONG PRODUK HOMEMADE

Sambil-sambil saya packing tu saya buka youtube dengar Shamsul Debat berceloteh...dapat ilmu dan takde la saya rasa bosan sangat kerja sorang-sorang kan hehehe...orang kerja kilang pun ada kawan sebelah boleh gossip-gossip wehhhh...

Lipscrub ni pun saya nak share gak sekali lagi tentang manfaatnya. Orang selalu cakap nak buat apa lipscrub ni...membazir je beli...Oh no no no...Lipscub ni nampak bodoh-bodoh je korang...tapi manfaatnya dapat mengembalikan keceriaan bibir korang macam zaman kanak-kanak dulu taw...Ni la kelebihan produk homemade

Saya malas nak gebang-gebang ni( cerita panjang...kang ada pula yang tak faham huhuhu) lipscrub homemade ni kaya dengan nutrien dan vitamin yang pure...Tidak tercemar dengan bahan kimia...Saya tak uli dengan tangan ya...tak sentuh dengan tangan pasainya saya tak nak ia tercemar dengan suhu badan manusia yang kita semuapun tahu ada bakteria tersendiri hahaha... Lipscrub ni saya proses guna mesin khas yang saya beli untuk proses produk homemade saya

PEMBORONG PRODUK HOMEMADE

Lipscrub dibuat daripada gabungan bahan seperti gula,madu,vitamin E,olive oil,lavender,papermit,perisa strawberry dan pewarna strawberry...So bila korang guna lipscrub tu jangan terkejut pula kalau fefeling makan strawberry segar sebab memang aromanya sebijik macam strawberry.

Lipscrub ni berfungsi untuk membuang sel kulit mati kat bibir ya...kalau bibir yang kering dan kusam boleh pakai lipscrub ni...Kalau bibir orang yang merokok tu perasan tak bibirnya macam lebam-lebam tu...Boleh pakai lipscrub ni untuk mengembalikan warna bibir asal...Pakai lipscrub ni akan melembutkan permukaan bibir...takde dah kulit-kulit kering kat bibir tuh...senang nak pakai lipstik....Bibir akan nampak lebih segar dan munggil

PEMBORONG PRODUK HOMEMADE

Setelah seharian mengadap 300 botol lipscrub akhirnya saya berjaya menyiapkannya seorang diri huhuhu...Alhamdulillah...Syukur ada shamsul debat temankan...hahahaha...The next day nya saya start buat scrub kopi pula ada seorang customer order...tak banyak pun...1 batch je dia order...1 batch order 60botol...

Scrub kopi tak susah manapun nak buat...macam biasa proses nak packing je yang ambil masa...Macam scrub kopi ni kalau nak buat kena grind kopi dulu...Selalunya bila ada orang order baru saya akan grind biji kopi ni...Proses nak grind ni pun ambil masa sikit

PEMBORONG PRODUK HOMEMADE

Ni je gambar saya sempat snap...kalau korang perasan saya memang supply 1 jenis botol je...Botol warna gelap dan tutup hitam...Korang jangan ingat saya share gambar yang sama pula setiap kali...huhuhu...Lebih kurang 3 4 jam settle semuanya ready to pos...Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...kali ni saya tak perlukan khidmat shamsul debat untuk hilangkan tension hehehe...

Dalam banyak-banyak scrub yang saya buat scrub kopi adalah scrub yang menduduki carta pertama yang paling laris...tak tahu lah sebab apa...Tapi mungkin sebab kesan penggunaannya nampak lebih cepat atau kelebihan kopi yang kaya dengan antioksidan dah tersemat dalam kepala semua orang...So orang ramai lebih suka pakai scrub kopi...Ke?? boleh pakai ke andaian saya nih??? krik krik...krik krikkkk...

Bila cerita pasal carta pertama mesti nak cerita pasal carta keduakan...Sekadar nak bagitahu je...nanti orang ingat saya buat scrub kopi je pula...Selepas scrub kopi scrub oat dah mula mengejar-gejar manja untuk merampas kedudukan scrub kopi hahahaha...macam mengulas bola pula rasanya...Scrub oat pun ramai orang order...

Scrub oat ni lebih kurang je dengan scrub kopi tinggal lagi scrub oat lebih soft...Oat lebih menjurus pada effect mencerahkan dan melembutkan...Bila pakai scrub oat rasa macam tengah lepak dalam jakuzzi yang dipenuhi dengan susu...hurmmm...macamne ek saya nak explain...tak pat nak bayangkan macamne...bila pakai scrub oat rasa macam nak kunyah-kunyah je badan ni...bau sangat makanan ala-ala caremel

Selain tu saya ada buat scrub coklat,scrub green tea dan scrub beras kunyit...Yang scrub coklat serius rasa macam terjun dalam kawah coklat kalau korang scrub badan korang....Best giler arrr...Scrub green tea pula rasanya macam kasar sikit...Kalau korang nak hilangkan kulit-kulit kasar dan kering boleh guna scrub greentea ni...Green tea akan menegang dan menganjalkan kulit korang balik

Scrub beras kunyit saya akan review nextime sebab lama dah tak buat sebab stop kejap haritu untuk bagi laluan pada produk-produk yang lain...Sekarang dah start buat balik dah...Kalau ada yang nak order dah boleh request kat whatsapp ya...Scrub-scrub yang saya dok bebelkan tadi berfungsi untuk mencerahkan kulit,menghilangkan parut jerawat,jeragat,melembabkan kulit,membuang sel kulit mati,melembutkan kulit,menghilangkan jerawat pasir,membersihkan permukaan kulit dengan lebih baik,menghilangkan masalah black/whitehead dan merawat muka yang bermasalah

Korang tak perlu risau untuk guna scrub-scrub ni sebab scrub ni 100% organik...pakai selalupun tak akan rosakkan kulit malah akan cantikkan lagi kulit korang taw...sebab ramuan yang ada dalam scrub adalah 100% bahan asli natural...No chemical added hokeyy...buktinya kalau termasuk dalam mulut tu tak akan menjejaskan kesihatan korang...toksah susah payah panggil ambulans huhuhuhu...tapi jangalah korang amik sudu kat dapur pastu sudukan ke mulut...Sayang wooo...hahahaa...kang lari bajet untuk muka....

PEMBORONG PRODUK HOMEMADE
Ni je yang sempat saya snap...sebab nak cepat masa nak pos barang ni...

Sebenarnya ada lagi aktiviti yang saya buat tapi saya akan update dalam entri yang akan datang sebab macam dah panjang sangat entri ni nak sumbat semua info...Saya ada buat Garlic Balm untuk bayi dan kanak-kanak selsema @ batuk...Biasanya orang tua2 akan buat minyak bawang putih untuk legakan baby yang selsema dan batuk kannn...Haaaa saya buat minyak bawang putih dalam bentuk balsem supaya senang korang nak hangkut masa travel or lebih selamat...takdelah tertumpah2 nanti ek....Nanti saya update next entri ya...Stay tuned....

Kepada saudara dan saudari di luar sana yang berminat nak borong produk homemade saya untuk diniagakan dengan jenama sendiri jangan malu jangan segan untuk whatsapp saya ya...Saya tak garang dan saya tak sombong...bila berkerjasama semua jadi mudahhh...eh...macam kenal je ayat ni kannn...hahahaha...gurau je eh...Pape korang roger je saya...Terima kasih sudi baca artikel bebelan saya PEMBORONG PRODUK HOMEMADE ni...Jumpa lagi taw...babaiiii

Wassalam


AGEN SAH MEERACLE GEMSTONE BEAUTY

Bismillah...
Assalammualaikum semua....
Lama rasanya saya tak bersiaran...Rindu nak mencoret disini tapi apakan daya masa tak mengizinkan...Dari sebelum raya sampailah lepas raya banyak benda yang perlu saya selesaikan sampai tak sempat nak update kat sini. Lebih-lebih lagi sebelum balik kampung raya haritu ada satu kejadian yang menyedihkan saya...

Sedih yang teramat sangat sebab saya terpadam satu tag dalam blog ni yang memuatkan 10 entry...Huaaaa...sedih sangat tapi nak buat macamana saya terpaksa akur dengan kecuaian diri saya yang tersalah tekan akibat mengadap blog sambil menjaga anak yang tak reti duduk diam huhuhuhu...kejap panjat meja...kejap nak turun,pastu nak panjat balik...hilang fokus ibu nak fefeling editor majalah hahahaha...

Okeh,kita tutup cerita sedih kita buka cerita yang best-best noh...Harini saya nak share satu bisnes seorang kawan saya...Apa salahnya kan kita tolong kawan-kawan berbisnes...Diorangpun nak cari rezeki juga...Kitakan hidup bermasyarakat kenalah bantu membantu...mana tau satu hari nanti diorang pula yang bantu kita kannnnnnnnn...Hehehe...Kawan saya ni adalah agen sah Meeracle Gemstone Beauty yang dikenali Product no1 Asia yg menggunakan gemstone

Haaaa? Tak pernah dengar??? Alahaiii...yang dutanya pelakon Izreen Azminda tula...Korang kalau follow IG Izreen mesti tau dah...Dia selalu dok tunjuk je produk ni ala-ala promote la jugak...Korang perasan tak kulit izreen sekarang macamne...Berbezakan dengan dulu-dulu...Sekarang makin cantik glowing dan tegang gitew...

AGEN SAH MEERACLE GEMSTONE BEAUTY

Masa balik kampung haritu banyak kali jugalah terserempak dengan papan iklan Meeracle Gemstone Beauty nih...huhuhu...

AGEN SAH MEERACLE GEMSTONE BEAUTY

SERUM PERTAMA DI ASIA YANG MENGGUNAKAN BATU PERMATA SEBAGAI RAWATAN MASALAH KULIT ANDA.

✔ 100% diperbuat dari alam semulajadi
✔ Kelulusan dari KKM:  NOT151001568K
✔ Diproses oleh kilang bertaraf GMP yang berkualiti dan 
      HALAL
✔ 100% HALAL & mempunyai sijil iktiraf dari JAKIM.
      Gunakan tanpa was-was kerana 100% produk 
      BUMIPUTERA.
.
.
.
19 MASALAH KULIT DAPAT DISELESAIKAN DENGAN
   MEERACLE GEMSTONE SERUM , SESUAI JUGA UNTUK BAYI 
   HINGGALAH DEWASA
   
Antara masalah yang telah berjaya dirawat :
 ✔ Eczema
✔ Ruam
✔ Kulit sensitif
✔ Sunburn 
✔ Menghilangkan Oliseed (kolestrol bawah mata)
✔Mengatasi kulit kering / bersisik
✔ Menghilangkan garis-garis halus pada wajah
✔ Masalah kulit berminyak
✔ Masalah KOMEDO
✔ Parut 
✔ Jerawat / Jeragat
✔ Wajah kusam / tidak bermaya

AGEN SAH MEERACLE GEMSTONE BEAUTY

Meeracle Gemstone Beauty ni datang dalam 2 produk berasingan ya iaitu cleanser dan serum

1)MEERACLE CLEANSER
Berfungsi untuk mengecutkan jerawat, pudarkan parut jerawat, hilangkan jeragat, melembutkan kulit wajah, merawat kulit kusam, mencerahkan wajah, rawat masalah kulit berminyak, galakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru, melambatkan proses penuaan, serta merawat pelbagai masalah kulit yang lain. 

LULUS KKM

No KKM : 170302488K

2) MEERACLE SERUM :
Kelebihan serum untuk firming or shape kan muka kita taw...dan diawal pemakaian serum ini keluar jerawat, ini bermakna muka korang sebelum ini ada pakai produk yang ada bahan kimia...Jerawat tu keluar hanya pada permulaan penggunaan sebab serum ni membantu mengeluarkan bahan kimia yang dah beranak pinak kat bawah lapisan kulit korang tu hokeyyyy...Jangan risau...serahkan semuanya kepada MEERACLE SERUM...biar dia yang buat kerja huhuhuhu

Sapu serum setiap kali lepas cuci muka pada waktu PAGI dan MALAM sebelum tidur

AGEN SAH MEERACLE GEMSTONE BEAUTY

~ Pamkan 1 atau 2 pam (1 pam pun dah memadai) ke atas tapak tangan.
~ Calit kan di dahi, pipi kiri dan kanan, dagu & hidung.
~ Lebihan di jari/tapak tangan letak di permukaan muka lain. 
~ Sapu di seluruh wajah. 
~ Dap dap kan muka biar ia meresap ke seluruh wajah.

AGEN SAH MEERACLE GEMSTONE BEAUTY

Sebelum kita nak guna jom kita siasat dulu apakah bahan yang terkandung dalam produk MEERACLE ni baru senang hati nak guna sambil berkobar-kobar semangat nak cun melecun macam Izreen kan hehehe...

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

MEERACLE GEMSTONE SERUM
✅ diperbuat dari ” FORMULA GEMSTONE “, formula TERBARU yg terdiri dari “ BATUAN PERMATA “ yg xclusif spt , DIAMOND , RUBY & PEARL yg DIIMPORT dari luar Negara.

💋DIAMOND 
    – mampu menghilangkan parut dan garis2 halus dan kedutan, dan mencerahkan kulit dgn tahap paling MAKSIMUM!

💋RUBY 
     – membuatkan pengaliran darah lebih lancar, mengembalikan seri wajah kulit Nampak lebih sihat dan glowing.

💋PEARL 
     – mencerahkan, memutihkan dan membuatkan kadar resapan 10x ganda lebih cepat.

💋RASTEM 
     – mengembalikan seri wajah, membuatkan kulit lebih sihat, anjal dan awet muda

💋 ARBUTIN – membuatkan kulit lebih cerah , putih dan bersinar 10x lebih pantas dari kaedah yg biasa org gunakan.

--------------
❗ TEKSTUR yg lembut dan ringan, menyerupai foam , mampu membuatkan kadar resapan 20x ganda lebih cepat meresap jauh ke dalam kulit.

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

MEERACLE CLEANSER
🍃 Malachite Stone
      - mengeluarkan minyak Yang berlebihan, anti radang, anti penuaan,Naik seri wajah
🍃 Green tea
      - hilang jerawat, segarkan kulit, cegah penuaan, melindungi kulit dari sinaran UV
🍃 Aloe Vera
     - pelembap kulit, mengurangkan stretch mark, melawan masalah penuaan, lindung kulit dari sinaran UV

Begitulah serba sedikit perkongsian saya tentang PRODUK MEERACLE GEMSTONE BEAUTY dalam entri AGEN SAH MEERACLE GEMSTONE BEAUTY ini...Saya cuma nak perkenalkan agen sah produk ini kepada mereka-mereka yang diluar sana yang ingin mendapatkan produk ini...

Korang nak beli produk ni boleh contact semua channel yang saya letak kat bawah ni ya...
FB : Jue
FB PAGES : Beautyjue

Saya harap perkongsian saya ini dapat menjawab persoalan korang berkenaan produk ini...Yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah kelemahan saya sebagai seorang insan...Jumpa lagi next entri...Jom sambung pergi open house....hehehe

Wassalam