ZURAINI.COM

TEMPAHAN SAMPUL DUIT RAYA EXCLUSIVELY BY RAIHAN PRINTING

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Rindu rasanya nak menulis tapi tak tahulah kenapa mood menulis bulan puasa tiba-tiba hilang...rasa macam malas je nak buka blog ni...Adakah sebab saya tak sabar nak beraya??? Hehehehe...no no no...tak mungkin seawal ni saya dah berangan-angan pasal baru hari ke-5 berpuasa...ish ish ish...

Harini saya nak cerita pasal TEMPAHAN SAMPUL DUIT RAYA EXCLUSIVELY BY RAIHAN PRINTING...korang pernah tak teringin nak ada sampul duit raya sendiri macam bank-bank selalu buat tu? 

Boleh dikatakan setiap bank ada keluarkan sampul duit raya untuk diedarkan kepada pelanggan bila tiba hari raya. 

Raihan printing ni ada buat servis buat "angpau" ni...
Rasa-rasa ada tak yang nak buat angpau sendiri ni? Macam best je...

TEMPAHAN SAMPUL DUIT RAYA EXCLUSIVELY BY RAIHAN PRINTING

Raihan printing juga memberikan perkhidmatan membuat sticker,label,banner,bunting,flyer dan macam-macam lagi mengikut kehendak pelanggan yang berurusan dengan mereka. Kalau korang jenis yang memang guna benda-benda ni semua bolehlah berurusan dengan Raihan printing ni

TEMPAHAN SAMPUL DUIT RAYA EXCLUSIVELY BY RAIHAN PRINTING dibuka sehingga 2 minggu sebelum raya dan semua tempahan akan sampai ke tangan korang sebelum raya. Dan yang bestnya design adalah ikut gaya yang korang nak...nak letak muka korangpun boleh hehehe...

Kepada mereka yang berminat nak buat tempahan korang boleh hubungi nombor yang ada kat gambar tu atau korang boleh add facebook Raihan printing. Kalau korang duduk area melaka lagilah senang terus pergi je ke lokasi mereka di bukit katil(opposite JPJ)

TEMPAHAN SAMPUL DUIT RAYA EXCLUSIVELY BY RAIHAN PRINTING

Saya merupakan pelanggan tetap Raihan printing. Semua label produk saya adalah hasil design Raihan printing dan saya sangat berpuashati dengan hasil kerja mereka

TEMPAHAN SAMPUL DUIT RAYA EXCLUSIVELY BY RAIHAN PRINTING

Ini adalah salah satu contoh gambar label sedang diproses. Kebiasaannya tempahan sticker/label akan selesai paling awal 5 hari berkerja bergantung kepada jumlah order semasa. Tapi kalau ada berlaku kelewatan korang boleh tanya apa masalah mungkin diorang ada job menimbun-nimbun sebelum dapat job dari korang

Apa yang penting sebelum korang nak order korang perlu tanya dulu berapa lama boleh siap...berapa banyak lagi job yang beratur sebelum order korang...jangan sibuk nak reka design je...pastu nak bincang harga tapi benda yang penting taknak tanya...kannnn...nanti bila order lambat siap mengamuk...hentam sana...hentam sini..krik krikkk betul...

Apa-apapun pilihan terletak pada tangan korang. Ok juga kalau ada "angpau" sendiri. Kalau yang berbisnes nampak sikit kredibiliti sebagai seorang usahawan tu...(pada pandangan saya la..) 

Cuba korang bayangkan kat angpau tu korang letak media sosial korang tak ke berkembang rangkaian korang...Tapi kalau bagi angpau tu kat anak-anak maka telan air liur jela korang nak kembangkan sayap perniagaan korang tu...hahaha...

Dah ke laut pula rasanya cerita saya ni...Korang kalau nak tempah cepat-cepat bertindak sekarang sebab harini je dah puasa ke-5,sekejap je masa berlalu. 

Ni saya ingatkan kembali tarikh tutup TEMPAHAN SAMPUL DUIT RAYA EXCLUSIVELY BY RAIHAN PRINTING adalah 2 minggu sebelum raya (10 jun 2017). So...korang jangan lepaskan peluang tawww...

Kalau taknak buat sampul duit raya pun takpe...korang boleh tempah macam-macam lagi kat Raihan printing ni.

Just save the phone number dan get back when you need...maybe next month...next year...or next 10 year hehehe(In Sya Allah kalau umur panjang...abaikan bahasa omputeh terabur tu...acting je lebih hehehe) 

Dan lebih baik kalau korang kongsikan entri ni supaya kita dapat bantu orang lain mencari rezeki...apa kata korang???

Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi singgah ke blog sendu saya...In Sya Allah saya akan berusaha untuk menjadi yang lebih baik sebagai seorang blogger. Maafkan saya jika ada tersilap kata...Jumpa lagi nanti ya...Sayang semua

" PUASA MENGAJAR ERTI KESABARAN DAN KEIKHLASAN "

Wassalam




MELANCONG 5 STAR DENGAN TUPPERWARE - JOM DAFTAR AHLI

Bismillah...
Assalammualaikum kawan-kawan semua...
Siapa sini belum pernah dengar @ langsung tak kenal TUPPERWARE? Rasa-rasa saya tiada orang yang tak kenal jenama bekas plastik no .1 di dunia ni melainkan anak-anak kecil...Tapi macam saya dulu kecik-kecik lagi dah dengar pasal Tupperware ni sebab mak saya ada beli...hehehe...

Dek terlalu hot nya Tupperware ni sampaikan orang terbiasa panggil Tupperware kat semua bekas plastik, padahal bukan brand Tupperwarepun. Macam mak mertua saya suruh bungkus makanan bawa balik rumah kalau kami balik kampung 

" Bungkus rendang ayam tu dalam Tupperware kat dalam almari tu ha...senang tak tumpah" padahal bekas bekas plastik tu beli kat kedai RM2 je,hihihi...tapi suka nak sebut Tupperware. Korang mesti pernah dengar macam tu kan???


MELANCONG 5 STAR DENGAN TUPPERWARE - JOM DAFTAR AHLI


SALASILAH TUPPERWARE


JENAMA Tupperware antara barangan yang menjadi pilihan utama isi rumah di Malaysia. Produk itu merangkumi bekas penyediaan, penyimpanan dan produk hidangan untuk dapur dan rumah.


Tupperware membangun, mengeluar dan mengedarkan produknya di peringkat antarabangsa sebagai sebuah anak syarikat milik penuh Tupperware Brands.

Ia dibangunkan oleh Earl Silas Tupper pada 1946 di Leominster, Massachusetts, Amerika Syarikat yang membangunkan bekas plastik mengandungi makanan dan menyimpannya dalam kedap udara.

Bekas yang dicipta beliau kemudian dipatenkan sebagai bekas ‘burping seal’, yang menjadikan jenama Tupperware berbeza dengan pesaing lain.

Beliau mula mencipta plastik untuk Tupperware pada 1938, tetapi hanya mula dijual menerusi parti-parti sahaja. Pada 1949, Tupperware memperkenalkan ‘Wonderlier Bowl’ yang membawa kepada permulaan pelbagai revolusi peralatan dapur. Tupperware mempelopori strategi pemasaran langsung yang dipopularkan pihak Tupperware.

Sekitar 1950-an, parti-parti Tupperware hanya dibenarkan untuk  wanita bagi mereka bekerja dan menikmati pendapatan, semasa Perang Dunia Kedua. Selama ini, tumpuan wanita hanyalah dalam bidang rumah tangga.

Earl Silas Tupper kemudian melantik bekas jurujual Stanley Home Products, Brownie Wise sebagai naib presiden pemasaran pada 1951 sebelum wanita itu membangunkan Tupperware Parties Inc.

Pada awal 1950-an, jualan Tupperware dan populariti produk itu meletup dan menyambut kejayaan wanita Tupperware dengan sambutan ‘jubli’ bertema mewah serta pelik bagi memberi ganjaran ke atas jualan laris dan merekrut individu, pasukan dan organisasi.

Pada 1958, Earl Tupper memecat Wise akibat perbezaan pendapat dalam operasi perniagaan Tupperware.

Akhirnya Rexall membeli Tupperware pada tahun yang sama dan jenama itu mula berkembang ke Eropah pada 1960 apabila Mila Pond menganjurkan parti Tupperware di Weybridge, England dan di seluruh dunia.

Tupperware kini dijual hampir 100 buah negara selepas memuncak pada lebih 100 selepas 1996. Jualan Tupperware kebanyakannya masih menerusi parti-parti sama ada di rumah, sekolah mahupun tempat kerja dengan ganjaran diberikan kepada tuan rumah.

Parti akan dikendalikan perunding Tupperware dan tuan rumah pula akan mengajak rakan-rakan dan jiran-jiran ke rumahnya untuk melihat produk Tupperware. Tuan rumah akan diberikan ganjaran produk percuma berdasarkan tahap jualan.

Namun, kini produk Tupperware boleh dibeli daripada 1.9 juta jurujual kontraknya menerusi agen dan stokis yang dilantik.

( SUMBER : SINAR HARIAN )

MELANCONG 5 STAR DENGAN TUPPERWARE - JOM DAFTAR AHLI


KEISTIMEWAAN TUPPERWARE

Sebenarnya terlalu banyak keistimewaan menggunakan produk Tupperware ni. Yang paling saya ingat dan suka nak dengar adalah lifetime warranty..Mana ada produk dalam dunia ni yang punya warranty serupa ini tapi Tupperware ada...Itu yang paling istimewa menjadi pengguna tegar Tupperware. Ni saya sediakan senarai keistimewaan menggunakan produk Tupperware


BEBAS TOKSIK
Diperbuat daripada bahan yg selamat, bebas toksik dan bebas karsinogen, produk Tupperware tidak menyebarkan bahan kimia berbahaya kepada kandungan makanan atau minuman. Produk Tupperware melepasi tahap piawaian global seperti piawaian US Food and Drug Administration (FDA) dan piawaian Japan Polyolefin Hygienic Association



WARNA SELAMAT

Warna warna produk Tupperware yg terang dan menarik boleh dinikmati tanpa sebarang kerisauan. Kesemua pewarna didaftarkan di bawah senarai French Positive List, Circular Letter No. 176 dan menepati piawaian Council of Europer Committee of Ministers Resolutions AP (89) 1.


MESRA ALAM

Tupperware memainkan peranan proaktif dalam menyelamatkan alam sekitar dari pencemaran dan kerosakan dengan menghasilkan produk yg tahan lama, agar tidak menyumbang kepada pembuangan dan pembaziran berlebihan.


WARANTI SEPANJANG HAYAT

Produk Tupperware dijamin dari sebarang keretakan, mahupun sebarang kerosakan di bawah penggunaan biasa sepanjang penggunaan produk tersebut.


TAHAN GELOMBANG MIKRO

Produk kalis gelombang mikro diperbuat drpd bahan yg khusus utk tujuan penggunaan gelombang mikro dan menepati badan-badan berikut ; USA-Toxic Substances Contol Act Inventory (TSCA), Canada-Domestic Substances List (DSL), European-Inventory of Existing Chemical Substances (EINECS), Australia-Australia Inventory of Chemical Substances (AICS), Korea-Korean Existing Chemical List (KECL), Japan-Japanese Inventory (ENCS)


KUALITI YG TINGGI

Produk Tupperware tahan lama dan diperbuat drpd bahan berkualiti tinggi, serta telah melepasi pelbagai pemeriksaan bagi memastikan tahap rekaan dan pembuatan yang teliti.
Usaha usaha ini menjadikan produk kami sesuatu yang menarik utk digunakan bagi sebarang perayaan.  
( SUMBER : STOKIS TUPPERWARE )                    

MELANCONG 5 STAR DENGAN TUPPERWARE - JOM DAFTAR AHLI


Uikkk...botol susu pun ada. Kenapa anda MESTI menjadi pengguna tegar TUPPERWARE BRANDS? Botol susu Tupperware bebas daripada BPA dan GLUTEN...maka ia adalah sangat selamat digunakan oleh anak korang. Sifat puting yang lembut  dan multiflow mengikut keselesaan anak menggunakannya. Dan yang paling penting lifetime warranty hokeyyy...hehehe(sentiasa ingat)



Cerita punya cerita lupa nak bagitahu...sebenarnya saya dok cerita ni bukan sebab saya menjual Tupperware,tapi saya nak cerita kat korang yang masih belum ada peluang nak jadi ahli bolehla join jadi ahli...Sebab saya baru je daftar jadi ahli dengan seorang stokis dari terengganu. Korang boleh tengok kat PAGE TUPPERWARE HUDA untuk daftar jadi ahli



Sebenarnya banyak lagi design Tupperware ni tapi saya tak dapat nak letak semua kat sini. Nanti bila korang dah contact kakak HUDA tu korang boleh minta gambar daripada dia or korang boleh tengok kat page  PAGE TUPPERWARE HUDA ni ya...

Kalau korang dah jadi ahli senang sikit kalau korang nak beli sebab kakak HUDA ni ada bagi servis untuk pos terus ke depan pintu rumah korang. Kalau korang dah jadi ahli boleh juga menyambil-nyambil menjual. 

Tapi kalau taknak jual pun takpe...korang pakai sendiri jek...Jadi ahli Tupperware ni takde pun target jualan yang korang nak kena capai hehee...Tapi kalau dah ada rezeki nak masuk takkan korang nak tengok je kan...

"Saya takde masa nak pergi daftar la...Boleh tak kalau nak daftar online?" Bolehhhh sayang oiiii...sape cakap tak boleh...Korang terus je whatsapp TUPPERWARE HUDA  (Klik je) dan korang boleh terus berurusan dengan kak HUDA...Senang korang nak tanya A-Z pasal Tupperware ni....Pasal saya nak cakap lebih-lebihpun tak boleh...sebab saya masih mentah lagi...Cakap dengan otai lagi banyak ilmu boleh dapat...Ye ke idok???



" Psstttt...nak bagitau ni...daftar ahli dapat hadiah istimewa taw...saya dah dapat dah...hehehe"


MELANCONG 5 STAR DENGAN TUPPERWARE - JOM DAFTAR AHLI
~ jangan jeles nohh...kami dapat free gift masa daftar ahli kelmarin...hehe ~

Sebelum saya terlupa...kakak HUDA ni ada buat servis buat hamper guna Tupperware. Kalau korang nak buat hamper @ hadiah boleh lah buat tempahan. Charge postagenya pun tak begitu mahal. Puashati lah dengan servis dia...layanan tiptop,lemah lembut orangnya...Layak dijadikan mentor huhuhu...Jom la korang daftar ahli macam saya...

Raya pun dah nak dekat ni...Kalau dah daftar ahli dapatlah beli set hidangan raya dengan harga murah sikit...yela...dah jadi ahli mestilah dapat harga murah sikit...Bolehlah bergaya dengan Tupperware di pagi raya...Ingat badan je ke nak bergaya dengan pakaian yang cantik? Meja makan korang pun boleh digayakan dengan set Tupperware taw...Cer cuba...cer cuba...


MELANCONG 5 STAR DENGAN TUPPERWARE - JOM DAFTAR AHLI
~ Comel kan...~


Begitulah kisahnya MELANCONG 5 STAR DENGAN TUPPERWARE - JOM DAFTAR AHLI...Lama sungguh brand ni bertapak dari sebelum kita merdeka hingga sekarang masih ramai lagi yang tergila-gilakan brand ni. Hebat sungguh...Syabas Tupperware Brands. Bukan dapat guna barang je...dapat manfaat berlipat kali ganda lagi...Lagi dapat pergi melancong...serius memang best...

Terima kasih sudi singgah disini kali ni. Jumpa lagi dilain siaran. Sayang korang ketat-ketat seketat tutup Tupperware melekap dibadannya sampai jadi kedap udara...Huhuhu...ayat power nohhh...Babai darling semua...




Wassalam

PERSIAPAN BARANG UNTUK HANTAR KE VENDOR

Bismillah...
Assalammualaikum teman-teman semua...Harini dah masuk hari ke-3 puasa...ramainya orang share resepi...terliur saya bila masuk blog korang wehhh...Semalam saya tak sempat nak tulis entri sebab busy dengan PERSIAPAN BARANG UNTUK HANTAR KE VENDOR

Dari puasa pertama sehingga hari ini baru selesai saya buat...sorang-sorang macamni la...ambil masa nak siapkan. Syukur bulan puasa,so rutin harian kurang sikit...boleh lebih masa mengadap semua ni kan...hehehe

PERSIAPAN BARANG UNTUK HANTAR KE VENDOR

Ni last batch saya buat sabun...Yang last baru teringat nak amik gambar sebab asyik sangat kesana kemari lompat pagar...jap sorang panggil ibu...jap lagi si abang pulak menjerit kena buli dengan si adik...huhuhuhu...Dah la rumah saya kaya dengan pagar keselamatan...setiap pintu semua berpagar...setiap hari saya melangkah pagar hampir 100 kali rasanya kot hikhikhik...

PERSIAPAN BARANG UNTUK HANTAR KE VENDOR

Baru siap satu kotak packing dah tak larat rasanya nak mengadap...Malam nanti siapkan semua dan esok hantar kat semua vendor yang saya pilih...Harap-harap ada tercatat rezeki untuk saya disana.

PERSIAPAN BARANG UNTUK HANTAR KE VENDOR

Haaa...ni formula baru sabun oat dan greentea. Saya memang pengguna tegar sabun ni...best sangat sebab sabun ni lembabkan kulit dan cepat pudarkan parut jerawat. Saya pakai kerapkali pun tiada masalah...Tak buatkan kulit muka jadi kering or what...Sebab tu saya olah balik sabun lama dengan formula yang baru untuk kesan yang lebih umphhhhh....Sabun saya tak guna pewangi ya...so,baunya adalah bau natural hehehe...( macamne ek bau natural...mmmm)

PERSIAPAN BARANG UNTUK HANTAR KE VENDOR

Ni gambar saya ambil lepas subuh pagi tadi...sambil-sambil mengadap laptop sempat capai handphone ambil gambar kihkihkih...Selagi tak selamat sampai semua barang ni ke vendor selagi tu jiwa saya tak tenang. Ada je benda nak dibuatnya...Adoiiii...

Banyak juga barang yang saya hantar kat vendor. Semua produk homemade yang saya hasilkan saya hantar dengan harapan saya dapat memperkenalkan hasil tangan saya kepada orang diluar sana. Sebelum nak packing semua barang saya perlu buat checklist dulu supaya tiada kekeliruan antara saya dengan vendor

Barang yang saya letak kat vendor :
~ Scrub kopi
~ Scrub oat
~ Scrub koko
~ Scrub greentea
~ Sabun kunyit madu
~ Sabun oat
~ Sabun kopi
~ Sabun greentea
~ Sabun aloevera
~ Sabun greentea + oat
~ Pembersih miss v
~ Pil manjakani original
~ Inai rambut
~ Inai jari
~ Inai kuku
~ Inai celup
~ Lipscrub 
~ Lipbalm
~ Garlic oil capsule
~ Vitamin c rosehip
~ Multivitamin booster
~ Serum organik
~ Toner organik
~ Manuka honey bee venom
~ Perfect beauty foundation
~ Serum jerawat & jeragat

Haaaa...ini adalah checklist yang sempoi je mengenai barang yang saya akan hantar ke vendor. Semua barang ini adalah bawah jenama saya sendiri...Kebanyakannya adalah produk organik homemade saya dan ada juga yang saya import dari UK dan NZ. 

Macam pil-pil vitamin semua saya ambil dari UK dan Manuka honey bee venom(royal nectar facelift moisturiser) saya ambil dari New zealand...Itu saya repack bagi kecilkan size...Kalau korang nak beli yang besar boleh terus whatsapp saya...

Buat masa sekarang saya tak boleh lagi share lokasi vendor sebab barang belum selamat tiba...takut-takut ada perubahan or sesuatu berlaku susah pula saya nak padamkan info yang dah tersebar...kan...hehehe...Kita hanya merancang....

Begitulah sengitnya projek PERSIAPAN BARANG UNTUK HANTAR KE VENDOR sampaikan semalam saya terlepas nak tulis entri walaupun banyak point yang saya nak share dekat sini...Letihnya berkerja "one men show" ( huhuhu...apakan daya...doakan saya murah rezeki dapatlah saya upah staff)

Oklah...saya tinggalkan korang disini dulu...Nak masak untuk berbuka pula...huhuhu...Jumpa lagi lain kali ya...Kalau korang sudi follow lah saya ....Terima kasih

"SELAMAT BERBUKA SEMUA"

Wassalam




PEMBERSIH WANITA YANG BAGUS

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Harini macam lewat nak update blog...Dari petang semalam sakit kepala berdenyut-denyut tak lalu rasanya nak buat apapun. Huhuhu...

Masa tulis entri ni pun masih sakit kepala tapi tetap nak tulis juga sebab kalau tak update rasa macam ada yang tak kena...So,saya akan buat cerita yang simple je tentang PEMBERSIH WANITA YANG BAGUS

Seperti yang kita semua maklum setiap wanita memerlukan pembersih wanita dalam kehidupan harian mereka. Boleh dikatakan ia sebagai keperluan juga la bagi saya sebab kalau takde pembersih wanita saya rasa macam tak selesa

Dipasaran sekarang terlalu banyak jenama pembersih wanita dari yang mahal hingga ke murah tetapi fungsinya adalah sama iaitu untuk membersihkan bahagian sulit wanita daripada menjadi tempat pembiakan bakteria

Sebenarnya harini saya nak perkenalkan dekat korang pembersih wanita bawah brand saya iaitu By ZM beauty. Sebelum tu saya perlu beritahu korang yang Pembersih Miss V Sireh & Manjakani ini juga merupakan produk organik homemade

 Pembersih Miss V Sireh & Manjakani ini diproses oleh kakak ipar saya ya...Bukan saya yang buat. Kakak ipar saya adalah seorang pengamal tegar perubatan tradisional yang berasal dari Indonesia. Ibu kepada kakak ipar saya adalah seorang bidan yang agak terkenal di Indonesia. 

Maka,tidak hairanlah si anak juga mempunyai kepakaran dalam menghasilkan produk kesihatan yang alami. Kakak ipar saya juga menyediakan perkhidmatan berurut dan berbekam dari rumah ke rumah mereka yang memerlukan perkhidmatannya

PEMBERSIH WANITA YANG BAGUS


Saya sendiri dah mencuba  Pembersih Miss V Sireh & Manjakani selama lebih kurang 4 bulan. Apa yang menariknya tentang pembersih wanita ini adalah ia merupakan produk yang dibuat sendiri menggunakan daun sireh,manjakani dan daun neem. 

Gabungan 3 bahan yang sangat hebat kerana daun neem dan sireh berfungsi sebagai antibakteria untuk memastikan miss v kita dalam keadaan yang bersih dan sihat sepanjang hari. Manjakani pula berfungsi sebagai penyembuh kepada masalah keputihan,kendur,berbau,becak dan banyak lagi masalah-masalah sulit wanita yang selalu dirahsiakan

Manjakani adalah satu tumbuhan ajaib yang Allah ciptakan hanya untuk wanita. Terdapat 1001 manfaat yang kita akan dapat dengan buah ajaib ini. Manjakani dapat menganjalkan dinding vagina yang kendur ibarat getah kendur yang digantikan dengan getah baharu

Bila korang pakai  Pembersih Miss V Sireh & Manjakani ni,korang akan rasakan sensasi sejuk dingin yang sangat menyegarkan dengan bau haruman yang sangat natural. Satu bilik mandi akan rasa harum dan segar. 

Dan yang paling bestnya korang boleh guna setiap kali korang pergi tandas...tiada had masa korang boleh guna...Kalau korang pergi tandas 10kali dan korang nak guna 10kali juga tiada masalah...hehehe

 Apa yang penting daerah V kita akan rasa sejuk dan segar. Wahhhhhh....100% recomaded by me...bukan sebab saya jual tetapi ikhlas saya bagitau korang serius memang best sangat guna...Sebotol  Pembersih Miss V Sireh & Manjakani ni mengandungi 180ml. In Sya Allah kalau korang pandai guna boleh tahan hingga sebulan @ lebih...bergantung pada cara korang guna ok

PEMBERSIH WANITA YANG BAGUS

Harga ????
Serius saya cakap harga sangat mampu milik...Dan kalau korang sekadar nak mencubapun korang takkan rasa ralat sangat sebab harga bukan mahal sangatpun. Tapi please...jangan ingat benda tu murah ia tiada kualiti...

Korang dah rasa pakai baru korang akan faham apa itu kualiti yang ada pada  Pembersih Miss V Sireh & Manjakani ni...Nak cakap banyak pun tak guna sebab bila dah cuba & guna sendiri baru boleh tahu apa perasaannya hehehe...

So...Korang kalau berminat nak dapatkannya or nak mencuba boleh direct whatsapp saya. Saya hanya buat  Pembersih Miss V Sireh & Manjakani limited 100botol sahaja untuk buat testimoni. In Sya Allah jika diterima ramai saya akan teruskan...

Rezeki hanya dari Allah. Saya harap  Pembersih Miss V Sireh & Manjakani dapat diterima pakai kerana ia juga tergolong dalam organik homemade sebab ia 100% diproses secara manual dirumah. Tiada bahan kimia yang ditambah

Terima kasih kepada yang sudi singgah disini dan diharapkan kita akan bertemu lagi di lain entri. Berakhir sudah entri bertajuk PEMBERSIH WANITA YANG BAGUS daripada saya...Love u all

Wassalam

LIPBALM YANG SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK

Bismillah...
Assalammualaikum...
Hi korang semua...jumpa lagi harini. Kali ni saya nak cerita pasal LIPBALM YANG SESUAI UNTUK KANAK-KANAK sebab raya dah nak dekat ni,saya perhatikan ramai ibu-ibu kat luar sana suka sangat pakaikan lipstik kat anak-anak perempuan mereka bila keluar berjalan lebih-lebih lagi time raya...

Korang sedar tak yang lipstik ni bahaya untuk kita semua sebab kita tak tahu apa bahan yang terkandung dalam lipstik tersebut. Bukan semua lipstik dalam dunia ni tak selamat tetapi ada sebilangannya tidak selamat dari segi bahan yang terkandung dalam lipstik tersebut

Kita guna lipstik dibibir dan bila kita makan lipstik itu akan ikut sekali masuk kedalam mulut kita. Bila dah masuk ke dalam mulut peratusan untuk masuk ke dalam perut itu adalah 100% melainkan ada yang makan lepas kunyah tu keluarkan balik...haaa itu mungkin 50% je yang masuk hehehe....Tapi ada ke yang makan kunyah-kunyah kemuadian keluarkan balik???

LIPBALM YANG SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK

Adik ni pakai lipbalm homemade saya...tengok kat tangan dia siap show lipbalm strawberry lagi tawww...hehehe...Untuk pengetahuan semua lipbalm ini akan ada kesan pinkish ya...tapi korang tak perlu risau sebab kesan warna tu bukan sebab pewarna yang selalu ada kat lipstik tu...serbuk mica pun saya tak letak

Lipbalm saya 100% organik sebab bahan yang saya letak adalah daripada sumber pewarna dan perisa makanan. So...ianya selamat dipakai pada kanak-kanak...lebih-lebih lagi anak kecil ni mana tahu benda tu bahaya ke idok...Kita yang salahnya bagi mereka guna lipstik sebarangan kan...

LIPBALM YANG SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK

Korang tahu kan kalau tertelan bahan lipstik ni akan menyebabkan kanser? Sebab itu wanita lebih cenderung mendapat kanser berbanding lelaki...Maka,nasihat saya elakkan anak kecil pakai lipstik sebagai langkah mencegah...Walaupun nampak simple je tetapi ia adalah penting...

Cuba bayangkan kalau dari kecil dah telan bahan kimia bila dah besar agak-agak berapa banyak yang ditelan? Saya menulis bukan sebab nak bagi korang takut...atau bukan sebab saya nak jual barang...Tetapi saya nak bagi kesedaran kepada mereka-merka yang masih belum tahu bahaya penggunaan lipstik pada kanak-kanak

Terdetiknya hati untuk saya buat lipbalm ini selepas saya membaca sebuah artikel mengenai bahan yang terkandung dalam lipstik. Saya bukan nak menggantikan tempat lipstik-lipstik dalam dunia ini tetapi saya mula sedar yang saya dah telan bahan kimia berguni-guni dah dalam perut

Oleh itu saya mencuba untuk buat lipbalm ini untuk menggantikan lipstik yang selalu saya guna...Dan dalam masa yang sama saya nak ajak korang pun bertukar...hehehe...itupun kalau sudi...

Kalau korang tak sudi bertukar kepada yang organik takpe...it's ok...tetapi saya lebih berharap supaya korang jangan teruskan letak lipstik dibibir anak-anak korang. Hentikan kerja yang sia-sia itu hokeyyy...Carilah LIPBALM YANG SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK

Rasanya itu sahaja coretan ikhlas dari saya harini. Kepada mereka yang berminat mendapatkan lipbalm organik saya korang boleh terus whatsapp saya taw...Jumpa lagi next entri...Selamat berpuasa

Wassalam





TEMPAHAN KEK AREA SELANGOR

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Harini hari ke-10 kita semua berpuasa...Makin hari makin cepat rasanya masa berlalu...Orang ramai dah start dah jual kuih raya...merata-rata semua orang jual kuih raya,so saya macam nak juga menyelitkan diri promotekan bisnes kek orang...

Yela kan...mana tahu ada yang nak order kek pergi order kat tempat yang jauh padahal jiran sebelah ada buat kek huhuhuhu...kita tak tahu kan...Oleh hal yang demikian saya nak mencanangkan kepada korang yang duduk kawasan selangor bahawa TEMPAHAN KEK AREA SELANGOR untuk raya atau tak raya boleh order kat nombor telefon yang saya selitkan kat bawah sat lagi ni

TEMPAHAN KEK AREA SELANGOR

TEMPAHAN KEK AREA SELANGOR

Haaa...tudia besaq sepanduk cheq pasang bagi semua orang nampaq...Kalau tak nampaq jugak boleh komen kat bawah cheq habaq nombor telefon terus panas-panas boleh terus tempah nohhh...Hehehehe...tetiba cakap utagha pulak

Tokey kek ni bukan buat cookies dan kek masa raya ja tau...Dia sentiasa buka tempahan sepanjang masa untuk apapun majlis...birthday ke,kahwin ke,tunang ke...semua dia layan...Korang boleh bincang terus dengan dia

Jap saya belanja gambar-gambar kek hasil nurkilan tokey kek ni eh...Sebelum tu sorrylah kalau saya macam tak senonoh pasal tayang gambar yang meruntun jiwa disaat-saat genting ni...hahaha...Sabaq nohhh...Astagfirullahhh...Astagfirullahhh..

TEMPAHAN KEK AREA SELANGOR

Tak payahlah bagi gambar banyak-banyak...nanti rambang mata nak pilih. Gambar ni nak tunjuk je...Kalau korang tempah sok korang mintak la design apa yang korang nak...nak bentuk bulan...nak bentuk bintang...suka korangla...tapi kena bincang dulu dengan orang yang buat...Saya tukang mencanang je nih...huhuhuhu

TEMPAHAN KEK AREA SELANGOR

Huishhh....biskut peberet anak-anak saya pun ada nih...Kalau dapat sekali hadap je satu bekas licin...Ini kalau buat goodies cantik sangat nih...Dulu saya pernah pergi kenduri kahwin kat Shah Alam bagi goodies biskut ni...sedap wehhhh...apa ke namanya?? hurmmm.... lidah kucing kalau tak silap...kalau salah sorry eh...saya tau makan je...nama tak tahu...

Haaaa...ni lagi satu nak pesan kalau korang nak contact hakak ni kalau boleh korang whatsapp jela pasalnya lebih mudah nak tunjuk gambar kan...Pastu kalau lambat reply korang banyak-banyak bersabar...dia mesti reply punya sebab mungkin dia tengah bersilat kat gelanggang oven dia masa korang whatsapp tu...mana taw kan...

TEMPAHAN KEK AREA SELANGOR

So...sebelum korang nak whatsapp dia korang duk berangan dulu nak kek rupa macamna supaya senang korang terus straight to the point bagitahu kannn...Dah macam cikgu sekolah pulak saya ajar cara-cara mengorder kek...hahaha

Oklah...kepada semua yang berada di kawasan selangor nak order kek boleh try di Ayu's Sugar Bite ni...memang mantop...meletop's...super delicious...apa lagi nak tulispun saya tak tahu...memang serius sedap sebab saya dah try...Gila engko citer-citer tak try...

Apa??? Malas nak save nombor??? Ooooo...takpe-takpe...kalau korang malas nak save nombor telefon korang klik je kat SINI dan korang akan terus dapat chat dengan tokey kek atau lebih dikenali sebagai hakak Ayu...

Oklah...habis dah isi-isi penting untuk dirungkaikan...saya nak beransur-ansur menjengah dapur dah ni...belum ada idea lagi nak masak apa harini...Papepun terima kasih pada korang yang sudi singgah kat sini...Jumpa lagi nanti ya...Babaiiii

"SELAMAT BERBUKA PUASA"



Wassalam

CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017

Bismillah...
Assalammualaikum korang-korang semua...
Seperti yang saya pernah cakap before this saya nak kongsi tutorial CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017...Saya tak pasti adakah ini cara yang paling latest atau tidak tetapi saya rasa inilah cara yang paling mudah sekali...Saya topup paypal guna cara ni tak sampai satu minit pun dah settle masuk ke akaun paypal

Saya akan kongsi step by step caranya dan kalau korang tak faham @ tidak berjaya buat korang boleh tanya...Akaun paypal ni diperlukan untuk memudahkan sebarang transaksi duit di antara negara...Tapi kalau dalam malaysia pun korang boleh je guna takde masalah. Sebab saya perasan sekarang website e-commerce kebanyakkannya dah guna paypal untuk transaksi penjualan

Ada 9 step mudah yang korang perlu lalui dalam proses cara topup paypal ni...Kalau korang lepasi semua step ni bermakna topup korang berjaya. Saya share topup paypal RHB tau sebab setahu saya RHB bank sahaja yang ada buat servis topup untuk Paypal yang boleh direct tanpa guna credit card,debit card,visa,mastercard dan yang sewaktu dengannya...Setahu saya lahhh...Kalau ada yang lebih tahu boleh share kat komen sebab saya pun ingin nak tahu hehehe...

Sebenarnya ada 2 cara nak topup paypal ni. Pertama melalui akaun paypal. Maksudnya kita perlu login dahulu akaun paypal kita. Dan satu lagi kita topup secara manual daripada akaun bank RHB kita. Kali ni saya share cara yang pertama iaitu cara topup paypal ketika kita login akaun paypal

CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017

Step 1 
Korang perlu login akaun paypal korang. Korang akan berada dihalaman seperti dalam gambar di atas. Korang perlu klik Topup(rujuk gambar)

CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017
CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017

Step 2
Korang akan sampai kehalaman yang saya tulis step 2 dan korang perlu klik 'continue'

Step 3
Bila korang klik 'continue' akan keluar halaman seperti yang saya tulis step 3...Ini bermakna mereka sedang proses permintaan korang dan terus akan muncul halaman 'TOPUP TO YOUR PAYPAL ACCOUNT'...Disini korang perlu berhati-hati sebab korang perlu letak jumlah duit yang korang nak topup...Kalau korang nak topup guna USD boleh nak topup guna MYR pun boleh tapi please make sure korang tekan ' RECALCULATE' selepas korang isikan jumlah yang korang nak topup tu...Ini adalah wajib pasal kalau korang tak tekan korang memang tidak akan berjaya pergi ke step yang seterusnya. Lepas dah yakin dengan jumlah yang korang isikan kat situ korang boleh proceed

CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017

Step 4
Selepas melepasi step 3 korang kan sampai ke halaman seperti yang saya letak step 4 tu...Korang perlu login akaun RHB korang

Step 5
Selepas korang klik login sahaja korang akan dibawa terus kehalaman seperti tertera step 5...Masa dah masuk ke akaun RHB dah takde dah proses isi jumlah duit...Kat akaun RHB cuma proses mengesahkan yang duit korang akan dipindahkan ke akaun paypal korang. Bahagian 'from account' tu pastikan tidak kurang daripada jumlah yang korang nak topup taw...nanti tak cukup pula duit nak topup paypal korang hehehe... Then you can proceed

CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017

Step 6
Selepas klik proceed di step 5 korang akan tiba dihalaman step 6...Kat sini korang perlu isikan kod OTP yang korang akan dapat daripada RHB melalui sms. Lebih kurang TAC la...Kalau korang guna online banking mesti korang clear sangat perkataan TAC ni...tapi di RHB gunakan perkataan OTP ( one time password kalau tak silap maksudnya) Bila korang dah isikan OTP then boleh submit

Step 7
Once korang tekan submit di step 6 korang akan sampai kehalaman yang saya mark step 7. Korang boleh tengok kat bahagian status samaada dah berjaya atau tidak...Macam dalam gambar saya tu statusnya successful dan bahagian payment type tu tertera immediate bermakna terus masuk ke akaun paypal dah tu...Then korang klik button 'close'...

CARA MUDAH TOPUP PAYPAL 2017

Step 8
Korang akan sampai ke halaman step 8 selepas korang klik button close di step 7 tadi...Kemudian korang klik button 'continue' untuk check it out sama ada confirm ke duit yang korang topup tu dah berjaya masuk ke akaun paypal korang

Step 9
Tadaaaa....Heeee aku berjaya! aku berjaya!...Tengok pada transaksi tu ada tertera jumlah duit yang kita request topup tadi. Maka...dengan ini proses topup akaun paypal korang berjaya 100%

Yeayyyyy...Mudah kan korang...Lepas korang dah pandai buat nanti memang kejap je prosesnya...Tak sampai 1 minit dah siap...tak perlu nak beratur ambil nombor kikiki...Boleh faham tak langkah-langkah yang saya ajar tu??? huhuhuhu

Saya create paypal account ni sejak tahun 2009 sebab saya beli barang dari luar negara. Sehingga sekarang akaun ni masih aktif sebab sekarang saya menjual pula ke luar negara hehehe...itupun bukan selalupun guna paypal. Saya beli vitamin C pun dari UK sebelum ni sebab saya takut kalau beli dari pemborong sini saya dapat yang tak original huhuhu....

Korang yang belum ada akaun paypal bolehlah buka akaun paypal ni. Senang je....mana tau akan datang korang boleh berjual barang malaysia ke merata duni guna paypal...Kalau korang nak tahu guna paypal ni lebih selamat dan mudah berbanding cara lain....Dan yang paling bestnya kalau kita topup paypal duit terus masuk sepantas kilat...tak perlu nak tunggu lama dah....Tapi kalau nak withdraw je amik masa tapi dah tak lama dah macam dulu...Baru-baru ni saya withdraw 2 hari je terus masuk akaun...

Saya rasa itu sahaja perkongsian saya cara top up paypal account malaysia yang mungkin boleh membantu korang yang baru first time nak guna paypal...Saya harap perkongsian saya kali ini dapat memberi manfaat kepada semua dan korang dapat faham langkah-langkah cara topup paypal yang saya sediakan. Kalau korang tak faham korang boleh tanya,saya sedia membantu...Cukup setakat ini dahulu ya...next time saya akan share bagaimana pula nak hantar duit @ nak bayar melalui paypal secara manual...Jumpa lagi...Kalau ada kesilapan boleh beritahu saya untuk saya perbetulkan ya...

Wassalam