ZURAINI.COM

Showing posts with label TONER & SERUM HOMEMADE. Show all posts
Showing posts with label TONER & SERUM HOMEMADE. Show all posts

KELAS MEKAP MAMPU BAYAR BY MUA AMANDATOUCH

Bismillah dan Assalammualaikum kepada sesiapa sahaja yang menjejakkan mata kat laman sesawang saya ni ya hehe...Harini saya nak review satu story yang berkenaan dengan dunia kecantikan yang menjadi topik kegemaran wanita la ni...KELAS MEKAP MAMPU BAYAR BY MUA AMANDATOUCH adalah topik yang saya pilih untuk saya war-warkan kat korang yang berminat nak belajar mekap

KELAS MEKAP MAMPU BAYAR BY MUA AMANDATOUCH

Bila sebut bab mekap sekarang ni dah jadi macam satu kemestian dan jadi topik yang menarik untuk diperkatakan. Saya yang memang anti mekap pun kadang-kadang terjebak layan live mekap kat FB...bukannya apa korang,saya teruja nak tengok hasilnya daripada tanpa mekap kepada view selepas mekap...saya belum pernah lagi jumpa orang buat live mekap ni hasilnya tak cantik...semuanya cantik-cantik belaka. Lagipun sekarang dah trend orang pandai mekap je boleh buat income...Surirumahpun dah boleh jana income kalau pandai mekap ni

So,harini saya nak share tentang seorang MUA dari simpang renggam yang selalu buat kelas mekap kat area sini. Disebabkan selalu sangat dia buat saya bagi promote sikit pasal MUA ni. Kalau korang nak tahu MUA ni berasal dari Pahang dan sekarang menetap di Simpang Renggam sebab dia kahwin dengan orang sini...MUA ini lebih dikenali sebagai AMANDATOUCH

KELAS MEKAP MAMPU BAYAR BY MUA AMANDATOUCH

Sebelum ini AMANDATOUCH adalah seorang penari kebudayaan sebelum  terjebak kedalam arena conteng menyonteng muka ni hehehe...Beliau bermula sebagai seorang penari kebudayaan semasa dibangku sekolah lagi dan meneruskan kerjaya sebagai penari selepas habis sekolah. Tahun 2008 - 2011 berpeluang menjadi seorang penari dalam pertonas performance art group dan selepas itu masih meneruskan kerjaya sebagai dancer untuk show RTM dan show-show dancer yang lain. Beliau sering menjelajah ke luar negara selama menceburi bidang tarian ni...antara negara yang pernah beliau pergi adalah london,pakistan,india,argentina,china,karachi,singapore dan paris...

KELAS MEKAP MAMPU BAYAR BY MUA AMANDATOUCH

KELAS MEKAP MAMPU BAYAR BY MUA AMANDATOUCH

KELAS MEKAP MAMPU BAYAR BY MUA AMANDATOUCH
~ Kenangan indah yang tak akan pernah dilupakan adalah menjadi seorang penari kebudayaan yang membawa beliau ke serata dunia

Wowww kannn...daripada penari kebudayaan terus jadi MUA...mana tahu suatu hari nanti dia akan jadi MUA no.1 Malaysia pula...rezeki kita tak boleh nak teropong kannn...yang penting usaha

Sebelum saya pergi lebih lanjut saya nak share tempat korang nak skodeng MUA AMANDATOUCH ni :
Norazilah binti musa(amandatouch)
Facebook~norazilah musa(amandahud)
IG~amandatouch_beauty
Page~amandatouch

KELAS MEKAP MAMPU BAYAR BY MUA AMANDATOUCH

Amandatouch start berkecimpung dalam bidang mekap ni sejak awal tahun lepas sehingga sekarang. AmandaTouch telah mengajar banyak sesi kelas mekap yang basic dan advance. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal perbezaan basic dengan advance korang boleh tanya beliau ni sendiri sebab takut saya tersalah info pula susah...hehehe...Beliau juga sangat suka join pertandingan mekap setiap kali berpeluang...So,sekarang beliau lebih fokus kepada membuat service makeup nikah,tunang,sanding,shoot,dinner,show dan yang sewaktu dengannya....

Selain tu beliau juga ada buat servis kelas mekap luar dari Johor tapi bergantung kepada penyertaan. Kalau sorang yang nak belajar tak pasal-pasal beliau drive sambil teresak-esak nanti hahaha...Tapi kalau bayar untuk personal apa salahnya kannnn hehehe....Tapi kalau kelas area JB ni celah gigi je dia boleh terbang...Kalau ada sesiapa teringin nak belajar mekap dengan AmandaTouch ni korang pakat-pakat dengan kengkawan buat satu group pastu calling-calling je MUA ni buat temujanji ...Apa yang penting kelas AmandaTouch memang seriously mampu bayar dengan layanan first class oleh cikgu lagi...hehe...tapi jangan ambil kesempatan taw...belajar betul-betul...jangan buli cikgu...

KELAS MEKAP MAMPU BAYAR BY MUA AMANDATOUCH

Baru-baru ni AmandaTouch ada buat review tentang serum organik saya dan berpuashati dengan perfomance serum ni bukan sahaja masa apply sebelum mekap malah masa guna sebelum tidur. By the way,serum ni boleh digunakan bila-bila masa setiap hari...Guna dengan kerap pun tiada masalah sebab serum ini adalah 100% organik...Kulit korang tidak akan rosak kalau pakai banyak kali pun for sure...

So,rasanya cukuplah setakat ni penerangan saya tentang KELAS MEKAP MAMPU BAYAR BY MUA AMANDATOUCH. Kalau ada yang korang tak jelas korang boleh tanya MUA cantik tu sendiri supaya lebih jelas...Saya dah jumpa dah MUA ni...sempoi dan baik orangnya...so,kalau join kelasnya In Sya Allah boleh terus masuk dalam jiwa hehehe...Apa yang saya nak bagitahu kat sini rupa beliau ada iras-iras artis Sherry Ibrahim tu kan???Betul tak?? ke saya je yang perasan macamtu...krik krikkk...Apa-apapun thank's kepada yang sudi singgah...jumpa lagi next story...babaiiii
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

PRODUK HOMEMADE SELAMAT DIGUNAKAN - SERUM ZM BEAUTY BERWAJAH BARU

Bismillah dan Assalammualaikum semua...Hai korang,harini saya berpeluang muncul kat sini lagi hehehe...Harini saya nak update sesuatu yang berkaitan produk homemade saya iaitu PRODUK HOMEMADE SELAMAT DIGUNAKAN - SERUM ZM BEAUTY BERWAJAH BARU... Serum ni sebenarnya dah lama saya jual tetapi oleh kerana ramai yang minat nak guna dan so saya cari inisiatif lain untuk menambahbaik botol. Bukan saya terikut-ikut dengan trend semasa orang buat serum pakai botol macamtu saya pun nak pakai macamtu tetapi ada sebabnya saya terpaksa guna botol begitu

PRODUK HOMEMADE SELAMAT DIGUNAKAN - SERUM ZM BEAUTY BERWAJAH BARU

Tadaaaa....inilah dia rupa botol serum organik saya yang terbaru. Botol ni isinya 20ml sama macam botol yang lama cuma bezanya botol ni kaca dan botol lama tu plastik. Kalau korang nak tahu alasan saya terpaksa tukar botol ini adalah sebab saya nak menjaga kualiti serum ni. Kalau guna botol sebelum ni serum tu boleh meleleh bila kita picit then saki bakinya tertinggal kat muncung spray tu...

Korang kena faham,serum saya ni organik...so memang perlu dijaga rapi supaya tiada anasir-anasir lain yang boleh menyebabkan serum ini tercemar...giteww...kukuh tak alasan saya? hehehehe...Kalau guna botol ni kita cuma ambil 2 ke 3 drop sahaja untuk guna then boleh terus tutup botolnya...saya rasa agak kurang risiko untuk tercemar

Asyik cerita pasal botol je,bila nak cerita pasal serum?? hehehe...macamlah botol tu yang nak dioleskan ke kulit wajah gamaknya kan...Serum organik ni saya dah banyak kali review kot fungsinya. Serum ini menggunakan aloevera sebagai bahan dasarnya. Semua orangpun dah tahukan,aloevera ni adalah satu tumbuhan ajaib yang dikurniakan Allah untuk para wanita dalam dunia ni untuk memelihara kecantikan mereka

PRODUK HOMEMADE SELAMAT DIGUNAKAN - SERUM ZM BEAUTY BERWAJAH BARU

Kenapa aloevera ni ajaib??? Aloevera mempunyai terlalu banyak khasiat untuk kecantikan...malah dalam kesihatan pun ia turut bermanfaat. Aloevera boleh membantu menyelesaikan masalah kulit wajah akibat radiasi bebas @ kesilapan menggunakan produk yang mempunyai bahan kimia berlebihan. Selain daripada aloevera terdapat campuran air mawar,gliserin,minyak zaitun dam vitamin E untuk melengkapkan lagi keberkesanan serum organik ini

Ada yang tanya saya boleh ke serum ni kalau nak pakai kerap??? Boleh dikkk...tiada masalah langsung...then boleh ke pakai waktu siang? Boleh juga dik...serum organik ni boleh pakai anytime,anywhere,everyday...giteww...terus cakap omputeh den...Berapa lama serum ni boleh tahan ek?? Selagi korang habiskan selepas 2 bulan buka botol ni selagi itu serum ni masih selamat/boleh digunakan tanpa was-was. Serum ni boleh pakai kat muka je ke kak?? Serum ni boleh pakai kat seluruh kulit korang,selagi ada kulit selagi tu boleh apply...kalau korang ada masalah rambut keringpun korang boleh apply serum ni dan tengok keajaiban apakah yang akan berlaku jeng...jeng...jeng...

Dan yang paling best tentang serum organik ni adalah ia boleh digunakan oleh semua peringkat usia dan jantina...tak kira budak kecik ke,orang tua ke,remaja ke boleh guna...Tiada sebarang peraturan diperlukan untuk menggunakan serum organik ini cuma korang perlu jaga serum ini dengan baik. Maksud jaga dengan baik lepas korang drop serum ni korang terusla tutup baik2...ketat2 supaya kualiti serum ini terpelihara...janganla korang dek nak cepat pergi kerja lepas guna terus biarkan terdedah...dropper korang letak je atas table solek terdedah...lepastu bagi soalan kat saya "kenapa serum saya ni lain macam je ek???" So,itu sahaja syaratnya untuk pakai serum organik ni,sebab ia adalah organik kita kena pelihara dia sebagai organik juga...hokeyyy...jangan sampai dropper tu merayu kat korang suruh letakkan dia ke tempat asal sudahhhh(hahaha...gurau je taw)

PRODUK HOMEMADE SELAMAT DIGUNAKAN - SERUM ZM BEAUTY BERWAJAH BARU

Maaf ya,gambar semua sama,cuma design sahaja berbeza...bukan apa,kalau takde gambar boring pula korang nak baca nanti...so,kalau rasa bosan nak baca korang belek-belekla gambar tu hehehe...sabar jela admin nih...Dipendekkan cerita organik serum ini berfungsi untuk merawat kulit kusam,parut jerawat,kulit rosak,melembabkan kulit,menyejukkan kulit,merawat kulit kering,jerawat pasir dan sebagainya...Yang saya sebut ni bukan main sebut syok sendiri je taw...saya ambil testimoni daripada customer...

Bagi mereka yang nak dapatkan @ nak testing2 guna produk organik boleh whatsapp saya terus ya...ataupun korang boleh dapatkan di Butik NY Beauty simpang renggam bagi mereka yang duduk area sana... Kalau yang jauh saya boleh pos jangan risau eh heheheee...Saya harap apa yang saya usahakan dapat membantu mereka yang memerlukan...Akhir kata terima kasih kepada yang tersinggah kat entri PRODUK HOMEMADE SELAMAT DIGUNAKAN - SERUM ZM BEAUTY BERWAJAH BARU saya untuk kali ini...In Sya Allah kita jumpa lagi...Babayyy
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

SERUM WAJAH YANG BAGUS DAN MURAH

Bismillah dan Assalammualaikum sahabat semua...harini saya akan buat satu update ringkas pasal SERUM WAJAH YANG BAGUS DAN MURAH...Haaaa...siapa yang tak nak bagus dan murah kan...zaman sekarang ni semua orang nak berjimat...

SERUM WAJAH YANG BAGUS DAN MURAH

Sambil-sambil saya nak cerita pasal serum wajah yang bagus dan murah ni saya cerita sekali aktiviti buat sample serum untuk customer. Dek saya ni buat serum organik saya nak share la kelebihan menggunakan serum organik ni

SERUM WAJAH YANG BAGUS DAN MURAH

Serum ni last week saya buat untuk customer yang request sample serum organik yang tiada bahan kimia katenye...hahaha...so saya buatkan serum yang dibuat daripada Aloevera. Macam biasalah olive oil memang wajib saya letak dalam produk yang saya hasilkan sebab dengan olive oil kulit kita akan lebih lembab

Sambil saya review serum wajah yang bagus ni saya share kelebihan serum yang saya buat ni...Sudah semestinya kelebihan utama adalah organik tanpa bahan kimia yang boleh merosakkan kulit wajah korang. Serum ni sesuai untuk semua jenis kulit dan semua peringkat usia

Kelebihan yang lain pula melembabkan kulit,menghilangkan jerawat pasir,mengecutkan jerawat,memudarkan parut jerawat,menghilangkan kesan penuaan,menegangkan kulit,mencerahkan kulit,menyerap minyak berlebihan pada kulit dan banyak lagi. Serum ni korang boleh pakai sebelum korang masuk tidur. Jom kita putihkan kulit muka dengan serum organik tanpa bahan kimia secara natural jom...

Macam biasalah ye...apapun yang kita buat dalam kehidupan seharian ni kena istiqomah,baru dapat hasil yang memberangsangkan...Kalau kita kerja bagus dapat bonus lebih...sama gak macam kita pakai skincare  @ consume produk kesihatan...nak hasil terbaik kena konsisten hokeyy

Apa yang menarik tentang serum ini adalah korang boleh pakai dengan kerap...Kalau rasa macam kulit kering korang boleh sapukan pada kulit kering tu...Kalau yang dok kerja dalam air cond tu ada masalah kulit kering boleh letak serum ni...Pastu kalau korang nak pakai mekap boleh letak serum ni dulu kat muka...

SERUM WAJAH YANG BAGUS DAN MURAH

Ni dia dah siap packing dah serum untuk customer. Customer ambil sample sabun kunyit madu juga untuk testing

SERUM WAJAH YANG BAGUS DAN MURAH

Dan next day barang yang saya pos tu sudah pun berada ditangan customer...Alhamdulillah,Allah memudahkan urusan saya...Baru-baru ni saya ada tanya feedback daripada customer tentang serum wajah organik tu tapi dia belum try lagi...Cuma sabun je dia dah try...so saya tepek feedback sabun jela ye....next entri saya letak feedback serum pula

SERUM WAJAH YANG BAGUS DAN MURAH


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan ramai yang berpuashati dengan hasil tangan saya. Apa-apapun pilihan terletak pada tangan sendiri...Kepada yang berminat nak try serum terbaik untuk kulit berminyak boleh try serum wajah organik saya ni juga...But,serum ni sesuai untuk semua jenis kulit...coz ia adalah organic

SERUM WAJAH YANG BAGUS DAN MURAH

Yang baik itu milik Allah dan yang kurang itu adalah kelemahan saya...Setiap kelebihan mesti ada kekurangan...Tapi sebelum kita cuba kita takkan tahu apa kekurang itu betul takkkk? Soooo...betul lah orang selalu kata "belum cuba belum tau tauuuu" hahaha...so kalau korang nak tahu kelemahan serum ni korang kena cuba hokeyyy...

Harga??? Tengok tajuk ada tulis murah...memang harga murah je saya jual sebab saya lebih suka jual sebagai sample sebab kebanyakan customer saya adalah mereka yang nak berniaga...ada yang nak bisnes skincare organik...ada yang nak scrub organik...so kita jual murah-murah sudah bagi orang testing kan...Harga mampu milik tau  jangan risau...

Dapatkan SERUM WAJAH YANG BAGUS DAN MURAH dengan saya tentunya 100% organik. Jumpa lagi next entri...Terima kasih singgah...

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

BUAT SERUM MUKA ORGANIK UNTUK CUSTOMER

Bismillah...
Assalammualaikum sahabat-sahabat semua...Harini agak terlewat saya punya kesempatan nak update entri sebab tak berapa nak sihat...Dari pagi sakit kepala yang teramat sangat...Suami saya pun alami sakit kepala juga...Bila fikir-fikir balik apakah puncanya baru kami perasan semalam kami beli sup tulang dari kedai dan ada kemungkinan dalam sup tulang tu ada mengandungi ajinomoto...Kami satu family memang alah dengan ajinomoto ni...so,redho jela dengan ketentuan Ilahi yang kami terpaksa sakit kepala...Harini saya nak share aktiviti BUAT SERUM MUKA ORGANIK UNTUK CUSTOMER

Semalam saya dapat request dari dua orang customer yang nak beli serum organik. Macam biasa yang pernah saya bagitahu saya cuma akan proses produk bila ada yang request supaya produk yang sampai ke tangan customer adalah fresh...

BUAT SERUM MUKA ORGANIK UNTUK CUSTOMER

Mula-mula get ready kelengkapan untuk buat serum organik ni. Bagi saya sangat mudah nak buat sebab saya buat dalam kuantiti yang kecil so tak perlu bekas yang besar...Untuk 2 orang customer saya buat 2 kali bancuhan...Semua barang dah ready siap ada buku nota lagi untuk rujukan resepi...nanti tersalah resepi susah juga saya...hasil tak sama...

BUAT SERUM MUKA ORGANIK UNTUK CUSTOMER

Serum dah jadi untuk satu bancuhan. Serum ini adalah 100% menggunakan bahan yang natural tanpa bahan kimia ya...So korang akan rasa lebih selamat guna...Bahan yang saya gunakan adalah aloevera,olive oil,gliserin dan air mawar...Serum organik ini berfungsi melembabkan kulit,menghilangkan garis halus,menegangkan kulit,menghilangkan kesan jerawat,menghilangkan jerawat pasir,melembutkan kulit,menyegarkan kulit,menghilangkan kulit kusam dan banyak lagi manfaat daripada bahan-bahan semulajadi yang saya gunakan. Korang boleh search satu persatu kebaikan bahan yang saya gunakan untuk kecantikan

BUAT SERUM MUKA ORGANIK UNTUK CUSTOMER

BUAT SERUM MUKA ORGANIK UNTUK CUSTOMER

Siap dah masuk botol serum untuk customer ni...Korang jangan pelik pula kenapa serum tu tak penuh satu botol. Botol serum ni besar...botol yang sepatutnya untuk serum dah habis so saya pinjam botol toner untuk letak serum tu huhuhu...Proses buat serum ni pun tak ambil masa yang lama...Kalau setakat 2 orang punya serum bolehlah buat cepat tapi kalau 50botol agak mencabar juga tuh huhuhu...Takpela...rezeki besar kerja mestilah kena guna lebih tenaga kan....

BUAT SERUM MUKA ORGANIK UNTUK CUSTOMER

BUAT SERUM MUKA ORGANIK UNTUK CUSTOMER

Tadaaa....Dah siap-siap nak packing dah ni...Sebelum tu ambil gambar dulu...Kalau tak macamne nak tepek kat entri ni kan...hehehe...Saya doakan customer ni serasi dengan serum dan produk-produk lain yang mereka beli dari saya...Alhamdulillah...semakin hari semakin ramai yang mencuba untuk bertukar kepada organik...Tahniah korang

Berakhir sudah perkongsian singkat BUAT SERUM MUKA ORGANIK UNTUK CUSTOMER daripada saya...Kepada yang berminat berurusan dengan saya boleh terus whatsapp saya. Yang berminat nak buat jenama sendiri dengan produk saya juga sangat dialu-alukan sebab saya kalau boleh saya nak sebarkan kepentingan menggunakan produk organik kepada semua orang...Sampai disini sahaja...jumpa lagi next entri...Terima kasih sudi singgah...

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

5 SEBAB WAJIB GUNA TONER DAN SERUM ORGANIK

Bismillah....
Assalammualaikum semua...
Macamana korang harini ok tak? dah masuk hari ke-7 puasa dah ni...Sekejap je rasanya dah 7 hari semua umat islam berpuasa kan...Saya tengok kedai kat pekan dah mula sesak dengan orang pergi shopping raya...Tahun ni saya macam cool down sikit nak shopping hehehe...Last year belum puasa lagi saya dah pergi beli siap-siap baju anak-anak sebab kalau dah puasa tak larat dah...ditambah dengan orang ramai bersesak-sesak shopping juga....haruuu

Harini saya nak kongsi 5 SEBAB WAJIB GUNA TONER DAN SERUM ORGANIK. Perkongsian saya ni bukan sebab saya nak paksa korang beli produk organik saya taw...Tapi saya anggap sebagai perkongsian pengalaman dan secubit ilmu buat korang yang sudi mencedok hehehe...

Sebelum saya mulakan saya akan tunjuk gambar dulu ya...macam biasa la eh...tak berseri satu-satu artikel tu tanpa gambar

5 SEBAB WAJIB GUNA TONER DAN SERUM ORGANIK

Ni saya dah siap-siap kombo kan dia. Mereka yang beli kombo dapat lagi murah la...saya jual pun tak mahal mana pun...Kalau korang rasa macam macam teringin nak cuba boleh la roger saya. In Sya Allah korang tidak akan rasa kecewa

5 SEBAB WAJIB GUNA TONER DAN SERUM ORGANIK

Ini saya namakan sebagai toner organik. Toner ni dibuat hasil gabungan 2 bahan sahaja iaitu air mawar dan gliserin. Toner ni boleh digunakan selepas mekap juga supaya mekap korang tahan lama. Maksudnya sebelum mekap letak dan selepas mekap pun pssttt pssttttt sekali...hahaha

Toner ni saya letak dalam botol mist yang mudah nak spray kat muka...keluar je bilik mandi lap muka terus capai toner ni sembur 4 penjuru kiri,kanan,atas dan bawah bahagian muka...Jangan korang sembur hujung jari kiri dan kanan pastu atas kepala dan kaki sudah...(hehehe gurau je tawww)

Toner ni kalau korang nak sembur kat rambutpun tiada masalah sebab air mawar memang bagus juga untuk rambut. Antara manfaat toner organik ni adalah untuk melembabkan kulit muka korang...Kalau korang ada masalah sunburn boleh guna untuk repair balik struktur kulit korang

Air mawar kaya dengan antioksidan dan vitamin c so memang sangat bagus lah kalau korang hari-hari tepek vitamin c kat muka...Kulit korang akan terasa tegang dan lembab. Toner organik ni tiada campuran bahan lain taw...hanya 2 bahan sahaja yang terkandung dalam toner ni...Takde campur air or what okeyy...Lepastu tiada campuran pewangi didalam toner ni...Takde rasa berangin ke...pedih ke okeyy...tapi rasa syok ada ...hehehe

5 SEBAB WAJIB GUNA TONER DAN SERUM ORGANIK

Yang in pula serum organik. Serum organik ni dihasilkan gabungan air mawar asli,gliserin,aloevera dan olive oil. Kalau korang nak tahu sebelum saya keluarkan toner dan serum ni saya sendiri dah testing 123 guna serum dan toner ni. 

Alhamdulillah saya berpuashati dan ambil keputusan untuk packing dan berkongsi keriangan bersama-sama korang hehehe...Apa yang saya dapat hasil daripada proses R&D yang saya buat sendiri adalah sebelum saya guna toner dan serum ni saya ada masalah jerawat pasir yang halus-halus tu dibahagian rahang dan pipi selepas seminggu saya guna jerawat pasir saya makin menghilang dan sekarang dah takde dah..

Dan yang paling best bila bangun tidur muka sangat lembut. Kulit muka yang kusam dah cabut lari dah...Apa yang buat saya happy sangat adalah sebab serum dan toner ini 100% organik...Saya sendiri buat...Wowww...saya macam tak percaya yang produk homemade pun mampu merawat kulit. 

Saya sarankan untuk korang pakai toner waktu siang atau setiap kali lepas cuci muka dan serum guna waktu malam sebelum korang masuk tidur. Serum tu korang urut sampai die meresap kedalam kulit...satu badanpun boleh letak serum ni jangan risau tiada kesan sampinganpun

Produk organik ni saya nak bagitahu korang kalau terlebih guna takde effect kalau terlupa guna pun tak akan jadikan kulit korang merah-merah. Macam dulu saya pernah pakai skincare bila lupa nak guna je terus jadi ruam-ruam...pastu tersembul jerawat

Saya tak cakap kalau guna produk organik muka pasti tiada jerawat...muka pasti macam biadadari...saya bukan maksudkan macamtu...Tetapi yang selalu saya tekan kan kalau kita pakai produk organik kita tak perlu risau kesan sampingannya...100% selamat digunakan hatta tertelan sekali pun...

5 SEBAB WAJIB GUNA TONER DAN SERUM ORGANIK

Dan ia sesuai untuk semua peringkat umur...budak darjah 6 boleh pakai ...baby boleh pakai...nenek jiran sebelah pon boleh pakai...tiada masalah...Apa yang penting kalau dah guna tutup baik-baik...kemas-kemas...sebab saya takut nanti ada lipas,semut or tikus pun nak tumpang pakai...(it's realiti...serangga pun suka yang organik tawww)

5 SEBAB WAJIB GUNA TONER DAN SERUM ORGANIK :
1) Murah - ini yang paling penting sebab zaman sekarang duit memang sangat perlu dikawal hehee
2) Berkesan - bahan yang asli lebih memberi kesan yang optimum daripada bahan yang dicampur aduk @ yang terlalu banyak bahannya,menurut pemerhatian saya 
3) Tiada bahan kimia - ini penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan kulit kita
4) Tiada kesan sampingan - ini juga penting sebab ia tidak akan memberi kesan yang buruk pada pengguna untuk jangkamasa panjang
5) 100% organik - saya tidak meletakkan unsur-unsur bahan asing dalam produk saya dengan tujuan untuk mempercepatkan proses jadi cantik,jadikan produk wangi mahupun untuk bagi produk tahan lama...semuanya adalah semulajadi

Kenapa produk saya dalam bekas yang kecil adalah supaya korang boleh pakai dalam tempoh 1 bulan. Korang tak guna produk yang sudah lama. Dan untuk pengetahuan korang saya tidak buat stok banyak-banyak taw...bila ada orang order baru saya akan buat...Maka korang tak perlu risau produk saya adalah fresh...hehehe

Begitulah kisahnya 5 SEBAB WAJIB GUNA TONER DAN SERUM ORGANIK yang sempat saya kongsikan kat korang sementara menunggu masa memulakan operasi menyiapkan juadah berbuka. Kalau berminat nak mencuba bolehlah terus whatsapp saya eh...jangan malu-malu. Ok saya berhenti disini dulu...jumpa lagi lain kali...Terima kasih banyak-banyak nohhhh...

Wassalam

TONER DAN SERUM ORGANIK HOMEMADE UNTUK R&D

Bismillah...
Assalamualaikum sahabat semua...
Salam Jumaat penuh barakah...penghulu segala hari...Diharapkan para sahabat sentiasa dipayungi rahmat Ilahi dan berjaya dunia dan akhirat. Pagi ni sempat saya luangkan sedikit masa untuk memproses Toner organik dan Serum organik homemade untuk percubaan sebelum dibuka untuk branding. 

Sebenarnya toner dan serum organik ni ada permintaan dari customer sebab tu saya buat. Seperti biasa saya akan buat produk menggunakan bahan-bahan organik ya...tiada sebarang bahan kimia yang terkandung dalam toner dan serum yang saya hasilkan. Kesan sampingan dan kesan positif penggunaan belum dapat saya komen lagi sebab baru buat kan hehehe...Saya akan testing dulu baru boleh dijual...Artikel ni sekadar nak cerita yang saya dah pun mula buat R&D...So...lepas ni jika keputusan menunjukkan positif saya akan beritahu dan akan buka untuk dijual @ branding jenama sendiri

TONER DAN SERUM ORGANIK HOMEMADE UNTUK R&D

Botol ni je yang saya jumpa dalam simpanan...so layan jela guna botol ni...boleh tahan lama sikit sebab banyak kan hehehe...Yang botol besar tu adalah serum organik dan yang lagi satu adalah toner organik...Dua produk ni sesuai digunakan oleh mereka yang suka penjagaan muka organik dan ringkas. Macam saya,saya memang jenis malas nak belek muka kat cermin lama-lama so memang sangat sesuai la dengan jiwa saya

Toner boleh digunakan sebelah siang. Sebelum korang guna krim siang boleh sembur toner ni dulu. Toner ni saya pilih untuk packing dalam botol yang jenis mist sebab bagi saya lebih memudahkan kita nak spray...risiko tumpah pun dapat dikurangkan...Tak payah susah-susah korang nak pakai kapas nak tonyoh kat muka...nanti sel kulit korang pun boleh keronyok kalau asyik kena gosok dek kapas tu huhuhuhu...Inilah yang dinamakan natural..tak perlu tonyoh-tonyoh...biar ia berlaku secara natural

Toner ni sesuai digunakan oleh semua jenis kulit. Tak kira kulit korang jenis kering atau berminyak boleh pakai sebab toner ni dihasilkan daripada air mawar asli dan gliserin. Bila korang pakai toner ni akan rasa sangat segar dan kulit korang akan rasa lembab. Air mawar ni semua orang pun tahu banyak khasiatnya. Antara khasiat air mawar yang saya ingat boleh mencerahkan kulit,menghilangkan kesan jerawat,melembabkan kulit,menyegarkan kulit,menegangkan kulit,merawat kulit sensitif,awet muda dan banyak lagi. 

Gliserin juga tidak kurang hebatnya kerana banyak manfaat yang kita boleh dapat dari penggunaan gliserin. Antaranya...gliserim berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati,melembabkan kulit...membuat muka kelihatan bercahaya dan awet muda. Selain itu gliserin membantu melembutkan kulit yang kasar,menghilangkan kesan jerawat,mencerahkan kulit dan memberi perlindungan daripada sinaran matahari. Saya sarankan toner ni pakai waktu siang @ setiap kali lepas cuci muka. 

Serum juga sesuai digunakan oleh semua jenis kulit. Bahan yang saya gunakan juga adalah 100% organik iaitu Air mawar,gliserin,minyak zaitun dan aloevera. Segala bahan yang saya campurkan untuk mengadun serum organik ini adalah yang terbaik untuk kulit korang. Semua bahan ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri untuk perawatan kecantikan yang semulajadi. Serum ini boleh dipakai sebelum tidur. Sebelum korang masuk tidur ambil serum ni sapu kat muka dan urut selama seminit bagi semua meresap. Kenapa serum digalakkan untuk dipakai pada waktu malam sebelum tidur adalah supaya serum boleh bertindakbalas dengan kulit wajah ketika kita sedang tidur (rileks)

Haaa...lupa saya nak bagitahu...toner organik dan serum organik yang saya buat ni langsung tidak dicampurkan dengan essential oil atau pewangi...sebab takut ada yang tidak serasi...so,saya biarkan yang natural sahaja berada dalam produk saya. Kalau korang perasan saya ni jenis tak suka buat produk campur bahan bayak-banyak sebab kalau letak bahan terlalu banyak akan buat kulit korang konfius nak bertindakbals. Kita pilih bahan yang terbaik untuk dapat kesan yang optimum...Boleh faham tak??? hehehe...

Mulai harini saya akan menjadi bahan ujikaji TONER DAN SERUM ORGANIK HOMEMADE UNTUK R&D. Hehehe...kebetulan Alovera facemist saya dah habis terus sambung yang ni pula...tak perlu nak rehatkan muka pun sebab produk organik kan...tidak akan menjejaskan kulit muka...tiada kesan sampingan dan semestinya bebas daripada bahan kimia...Harap-harap menjadilah R&D saya ni.

Terima kasih kepada yang sudi baca review saya. Terima kasih juga pada yang request toner organik dan serum organik ni...Saya akan update hasilnya nanti ya...I'm organik lover...Saya bangga guna produk organik homemade hehehe...wallaaaa...Jumpa lagi next entri

Wassalam