ZURAINI.COM

Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

LAGI MANGSA SCAMMER ONLINE

Bismillah...
Assalammualaikum uolllsss...harini saya nak tulis lagi satu artikel tentang LAGI MANGSA SCAMMER ONLINE... Korang tahu tak betapa sedihnya hati saya bila ramai lagi yang jadi mangsa scammer ni...Sebelum ini saya tak pernah ambil tahu tetapi selepas saya tulis tentang artikel mengenai penipu online ni setiap hari ramai sangat mangsa-mangsa scammer yang mesej saya cerita nasib mereka...ada yang sempat saya selamatkan dan ada yang tak dapat diselamatkan...

Baca tentang scammer 


Kenapa saya cakap tak dapat diselamatkan? sebab diorang dah bertindak dulu baru nak mengkaji...Ada yang dah siap pos barang...ada yang dah siap bayar duit kat scammer baru nak tanya saya adakah diorang sedang berurusan dengan scammer...Macamana saya nak bantu korang kalau korang dah start berurusniaga dengan scammer tanpa mengkaji dulu status urusan tu samaada betul atau palsu...Saya bukan dari mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta yang membuka kaunter perkhidmatan untuk mangsa-mangsa scammer @ untuk pastikan korang tak jadi mangsa scammer...Saya adalah orang perseorangan yang ikhlas menyebarkan maklumat mengenai scammer supaya saya dapat kurangkan statistik mangsa penipuan manusia yang pemalas nak cari duit sendiri di luar sana...

LAGI MANGSA SCAMMER ONLINE

Harini saya nak cerita satu lagi kisah mangsa scammer yang menjual coin lama kepada scammer yang sentiasa cari mangsa yang lemah pada jumlah duit yang banyak. Adik ni jual coin lama dan scammer tersebut tawarkan duit sebanyak 25k untuk beli coin terseut. Seperti biasa modus operandi yang sama iaitu mangsa perlu membayar "activation fee" untuk mendapatkan bayaran tersebut masuk ke akaun mereka...hurmmmm...bank of America keluarkan resit cokia macam gitu je ke?? Then kalau korang perhatikan betul-betul amaun dalam digit dan perkataan tidak sama...Alasannya sebab pertukaran wang huhuhu...

LAGI MANGSA SCAMMER ONLINE

LAGI MANGSA SCAMMER ONLINE

Si scammer minta untuk bayar fee tersebut untuk 25k muncul di dalam akaun mangsa...agak-agak korang logik tak transaksi yang macamni??? Tak logik kan??? Tapi ramai yang tertipu dengan jumlah duit yang banyak..."apalah sangat fee yang tak sampai 2k tu dibandingkan dengan 25k yang akan aku dapat...aku kayooo..aku kayooo..." hahaha...mesti ramai yang berkata-kata macamni dalam hati bila dapat urusniaga macamni tapi tak sedar mereka sedang diperdayakan...Come on la kawan-kawan semua...mana ada rezeki datang bergolek macamni rupa...melainkan korang dalam situasi menipu...kalau rezeki bergolek tanpa korang dalam situasi menipu bermakna korang adalah dalam situasi "ditipu"

Korang nak tahu apa jadi dengan adik ni??? Sedih saya nak story...adik ni dah pun buat transaksi pembayaran "activation fee" konon-kononnya...si scammer janji duit akan terus aktif di akaun mangsa sebaik selepas fee di bayar...Macam-macam cara si scammer buat untuk mempercepatkan proses mereka dapat duit dari mangsa...Macam adik ni si scammer siap bagi bukti slip pos dari Malaysia konon-kononnya bukti ada transaksi yang telus sebelum ni tetapi malangnya no telefon ditutup(kenapa tutup pula??)

LAGI MANGSA SCAMMER ONLINE


Yang menyedihkan sekali sebaik sahaja adik ni bayar fee tersebut berjumlah RM1850 dia terima email daripada BNM dan perlu bayar lagi RM25k...apa korang rasa?? kesian kan...dah terbukti dengan jelas dan nyata bahawa dia adalah mangsa scammer yang tak berhati perut...pemalas...tak takut Allah dan @%*$# bagai kan...(dah tiada bahasa yang baik lagi dah nak menggambarkan keterukan sikap mereka)

LAGI MANGSA SCAMMER ONLINE

LAGI MANGSA SCAMMER ONLINE

Tengok pada bahasa email BNM pon dah nampak kepalsuannya(perkataan it's okay mana ada dalam surat formal...contoh simple) mana ada rundingan harga dalam waktu yang singkat...boleh pula nak ubah-ubah rules...saya ni bukan lah pandai sangat bab-bab perbankan ni tapi setahu saya sesiapa sahaja boleh buat transfer international melalui telegraphic transfer...tidak akan menjadi kesalahanpun...ini siap cakap kalau tak bayar akaun akan di"block" dan tidak boleh buka akaun di mana-mana bank dalam malaysia...are you crazy scammer???

Nak marah scammer pun tak guna sebab memang hatinya dah hitam...memang kerja dia menipu orang je...tapi saya tulis ni untuk orang yang nak ambil tahu...jangan mudah terpedaya dengan jumlah duit yang banyak...Allah takkan bagi rezeki melebihi apa yang kita usahakan...percayalah...sesiapa yang rasa mereka dapat rezeki tanpa usaha yang setimpal maka mereka adalah orang yang rugi...Elakkan daripada menjadi friend orang luar yang tidak dikenali di Facebook...

Pernah satu kes yang saya dapat rakan facebook dari UK baik hati sangat nak bagi hadiah barang yang sangat bernilai...kalau saya jadi dia pun saya akan terpedaya tetapi dia perlu bayar fee untuk proses hantar..."kata hadiah...kalau hadiah kenapa kena bayar??? sila berhati-hati dengan sebarang urusniaga korang...pastikan duit dah betul-betul masuk ke dalam akaun korang baru teruskan langkah urusniaga yang berikutnya(pos barang) Tiada istilah "activation fee" dibayar oleh penjual...siapa yang nak membeli(membayar) dialah yang kena bayar fee tersebut...

LAGI MANGSA SCAMMER ONLINE
LAGI MANGSA SCAMMER ONLINE

Ini adalah akaun IG dan nombor akaun scammer tersebut...Sila elakkan berurusniaga dengan mereka. Bukan scammer ini sahaja tau...sebab scammer biasanya akan tukar maklumat sosial media dan akaun seperti tukar baju...mereka boleh berubah-ubah tetapi modus operandi lebih kurang sama...sesiapa yang rasa mereka sedang dalam dilema penipuan boleh whatsapp saya untuk nasihat...tetapi saya tak boleh tolong jika transaksi sudah berlaku...

Nasihat saya kepada yang pernah jadi mangsa scammer jadikan kejadian ini sebagai pengajaran dan kalau boleh sebarkan info-info berkaitan penipuan ini. Saya yakin perancangan Allah lebih baik dari segala-gala perancangan di muka bumi ini...mesti ada hikmahnya ia berlaku pada korang...Yang masih belum jadi mangsa sila jangan anggap perkara ini tak penting sebab ada salah seorang mangsa cakap dia selalu baca tentang mangsa scammer tapi tak sangka dia jadi mangsa juga...see...dah pernah baca pun terjebak juga...sila berhati-hati

Bagi mengurangkan statistik mangsa scammer dan menambahkan info tentang scammer korang tolong share artikel ni ke FB @ sosial media korang yang lain. Mungkin dengan pertolongan korang dapat menyelamatkan mangsa penipuan di Malaysia. LAGI MANGSA SCAMMER ONLINE adalah artikel ketiga saya tentang scammer...alhamdulillah dah ramai mangsa scammer yang dapat saya nasihatkan daripada terus menjadi mangsa...Saya berhenti disini dan saya akan update lagi berkaitan scammer di masa akan datang untuk info kita bersama...Terima kasih kepada yang sudi baca dan share...

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

SCAMMER YANG BERLELUASA DI MALAYSIA - AMBIL TAHU SEBELUM TERLEWAT

Bismillah dan Assalammualaikum sahabat-sahabat sekalian. Sebenarnya harini saya tak sabar nak mencoret disini sebab tajuk SCAMMER YANG BERLELUASA DI MALAYSIA - AMBIL TAHU SEBELUM TERLEWAT ni saya tulis sebab saya nak peringatkan kepada semua seller online yang ada dalam Malaysia ni supaya berhati-hati. Jangan jadi mangsa scammer semata-mata terpedaya dengan jumlah duit yang ditawarkan oleh scammer tersebut

SCAMMER YANG BERLELUASA DI MALAYSIA - AMBIL TAHU SEBELUM TERLEWAT

Sejak saya menulis artikel mengenai CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA saya dapat banyak sangat mesej bertanyakan tentang cara pos barang ke luar negara dengan lebih detail..Woww...hebatkan anak Malaysia berniaga international...tetapi apa yang menyedihkan saya adalah mereka yang bertanya adalah mangsa scammer yang tidak bertanggungjawab tetapi mereka tidak tahu pun yang mereka adalah mangsa scammer sebelum saya bagitahu... Walaupun sebelum ini saya pernah tulis satu artikel tentang MODUS OPERANDI PENIPU ONLINE  tetapi mungkin ramai yang tak perasan dengan artikel saya itu

Saya menulis artikel tersebut bertujuan untuk memberitahu kepada semua supaya lebih berhati-hati ketika berurusniaga dengan orang luar. Bukan saya cakap korang tak boleh berniaga dengan orang luar tetapi sila berniaga dengan berwaspada. Pegang prinsip urusniaga betul-betul...sebab yang jadi mangsa penipuan ni saya yakin mereka hanyalah peniaga kecil-kecilan yang baru nak belajar berniaga. Sebab itu mereka mudah diperdayakan dengan jumlah duit yang tak masuk akal. Pegang akad berniaga betul-betul...Ada duit ada barang...yang dijadikan pertukaran dalam urusniaga...Bak kata orang putih " no money no talk" hehehe....

SCAMMER YANG BERLELUASA DI MALAYSIA - AMBIL TAHU SEBELUM TERLEWAT

SCAMMER YANG BERLELUASA DI MALAYSIA - AMBIL TAHU SEBELUM TERLEWAT

SCAMMER YANG BERLELUASA DI MALAYSIA - AMBIL TAHU SEBELUM TERLEWAT

SCAMMER YANG BERLELUASA DI MALAYSIA - AMBIL TAHU SEBELUM TERLEWAT

SCAMMER YANG BERLELUASA DI MALAYSIA - AMBIL TAHU SEBELUM TERLEWAT

SCAMMER YANG BERLELUASA DI MALAYSIA - AMBIL TAHU SEBELUM TERLEWAT

SCAMMER YANG BERLELUASA DI MALAYSIA - AMBIL TAHU SEBELUM TERLEWAT

Gambar-gambar yang saya share di atas adalah pemberian mangsa scammer yang minta dia bayar duit sebelum dia dapat bayaran atas barang yang hendak dijual. Sebenarnya banyak lagi gambar yang saya dapat tetapi saya tak dapat nak share semua sebab modus operandi mereka sama je...cuma teknik mereka sahaja yang berbeza huhuhu...Agak-agak korang adakah releven seseorang penjual nak jual barang tetapi perlu bayar dahulu untuk mendapatkan bayaran?

Ada seorang wanita mesej saya cakap dia dah dapat bukti payment untuk jual barangnya untuk di jual ke luar negara...bukti payment itu berbentuk gambar resit transfer(macam slip bank) tetapi duit masih belum terima...Bila saya tengok resit tersebut tertulis di situ "activation fee" sebanyak rm800...bermaksud untuk mendapatkan RM8000 perlu bayar RM800 dahulu sebagai activation fee...sedangkan dia hanyalah menjual barang biasa-biasa je...

Nampak tak kat situ scammer tersebut menggunakan angka duit yang besar untuk mengaburi mata mangsa-mangsa mereka yang cetek ilmu(baru nak berjinak-jinak berniaga) Kalau silap perhitungan ada yang terpedaya akan berusaha dapatkan duit RM800 semata-mata untuk bayar kepada scammer tersebut sedangkan dia tidak sedar dia sedang diperdayakan...Ada yang sanggup pinjam duit orang " alahhh...pinjam jela dulu...nanti dapat RM8000 bukan tak boleh bayar balik" ada juga yang yang berfikiran macamtu...Sanggupkah korang ambil risiko duit lesap sebanyak RM800...barang jualan dah di pos...tapi duit satu sen pun tak dapat...masa tu nak report polis pun polis tak layan sebab semua dokumen adalah palsu....Sanggup tak???

Kesimpulannya...selagi kita berpegang pada prinsip ada duit ada barang kita tidak akan mudah diperdayakan oleh scammer yang tidak akan pernah jemu mencari mangsa. Tetapi sekiranya duit RM8000 itu betul-betul sudah melepasi akaun korang,korang boleh abaikan mesej saya ini. Apa yang penting sebelum korang nak pos barang yang mereka nak beli pastikan duit sudah berada dalam genggaman korang barulah korang boleh pergi ke next step(pos barang tersebut)

Saya menyeru kepada semua yang membaca artikel ini tolonglah kongsikan untuk orang lain supaya tiada lagi mangsa scammer selepas ini. Kadang-kadang sikap tak suka ambil tahu juga boleh memakan diri sendiri sebab selalu memandang enteng benda yang remeh tetapi tidak sedar mereka juga mungkin adalah bakal mangsa scammer.  Sekurang-kurangnya bila kita ambil tahu kita boleh share kepada orang lain yang tidak tahu dan dapat menyelamatkan lebih ramai mangsa scammer....jangan mudah terpedaya dengan jumlah duit yang banyak dan tidak masuk akal dengan apa yang kita jual

Akhir sekali,pesan saya berhati-hatilah semasa berurusniaga. Kalau yang nak berurusniaga dengan negara luar better korang gua akaun Paypal sebab setakat ini itulah satu-satunya akaun yang selamat dan mudah digunakan untuk sebarang transaksi berkaitan duit dengan negara luar selain telegraphic transfer dan western union...Dengan paypal korang tak perlu risau scammer @ tidak...kalau dah transfer duit ke akaun paypal korang means korang terus boleh sahkan samaada duit dah diterima @ tidak...Senangkn...

Saya doakan korang semua selamat daripada jadi mangsa penipuan dan perniagaan korang akan terus menuju kejayaan....Sebelum saya akhiri coretan SCAMMER YANG BERLELUASA DI MALAYSIA - AMBIL TAHU SEBELUM TERLEWAT ni saya nak bagitahu bahawa artikel ini adalah sekadar untuk ingat memperingati sesama insan...sekiranya ada kesilapan @ perbezaan pendapat tentang isi artikel ini korang boleh komen untuk saya perbaiki kesilapan saya...Terima kasih sudi singgah & share this artikel...Jumpa lagi....
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

MODUS OPERANDI PENIPU ONLINE - PENIAGA ONLINE WAJIB AMBIL TAHU

Bismillah...
Assalammualaikum dan selamat petang online seller...hehe disebabkan tajuk MODUS OPERANDI PENIPU ONLINE - PENIAGA ONLINE WAJIB AMBIL TAHU ni saya fokuskan kepada online seller,so saya mention online seller kat sini...tapi kalau yang baca ni bukan online seller selamat petang juga kat korang hehehe...

Harini saya nak cerita sedikit pengalaman saya menghadapi beberapa orang scammer a.k.a penipu online dari luar negara yang saya rasa perlu saya share kat korang semua yang masih belum tahu. Biasanya scammer ini akan menyerang peniaga online yang selalu aktif membuat jualan di media sosial terutamanya di market place yang kurang selamat

MODUS OPERANDI PENIPU ONLINE - PENIAGA ONLINE WAJIB AMBIL TAHU

"Market place tu apa?"
Bukan semua orang tahu apa itu market place right...market place adalah satu laman web berkonsepkan E-commerce yang membenarkan sesiapa sahaja dalam dunia ini untuk menjual barang mereka seantero dunia. Kalau korang jual barang korang di market place peluang untuk jual barang ke luar negara agak cerah dan peluang untuk orang kenal korang juga agak cerah. Antara contoh market place yang biasa kita dengar di Malaysia adalah Lazada,11 street,Shopee,Mudah,Avana,Lelong,Carousell dan banyak lagi

" Apa pula yang di maksudkan dengan market place yang kurang selamat?"
Apa yang saya maksudkan market place yang kurang selamat adalah market place yang tiada direct shopping chart. Segala urusan pembelian boleh berurusan diluar market place seperti urusan di whatsapp dan sebagainya. Sebagai contoh di mudah kita perlu berurusniaga dengan seller secara pribadi untuk membeli sesuatu. Begitu juga dengan carousell,setiap buyer perlu mesej secara personal kepada seller. Ini akan membuka peluang untuk penipuan jual beli secara online berlaku. Tetapi bukan semua pembeli adalah scammer...korang kena lebih alert dengan mereka yang berurusan dengan korang

"Bagaimana pula dengan market place yang selamat? Selamat dari segi apa?"
Bagi market place yang membolehkan kita membeli secara terus di website tersebut adalah lebih selamat kerana setiap urusniaga jual beli adalah dilindungi oleh pemilik website tersebut. Buat pengetahuan korang setiap market place E-commerce yang mempunyai shopping chart akan mengambil bayaran daripada customer. Customer tidak akan buat bayaran terus ke akaun kita. Apabila customer sudah terima barang dengan selamat baru kita dibayar untuk apa yang kita jual. Bagi saya ia adalah selamat untuk pembeli 

" Bagi permbeli selamat...bagi penjual selamat ke?"
Sebelum kita mula menjual di setiap market place yang ada,korang perlu faham akan perjanjian yang dibuat. Bagi saya,market place adalah nama yang besar dan tak mungkin kita tertipu dengan mereka kerana kalau mereka menipu mereka yang akan rugi kerana menutup peluang perniagaan mereka sendiri. Sebagai contoh Lazada tidak mungkin akan tipu sebab mereka mempunyai berjuta-juta pengikut huhuhu...

Baiklah...dah faham kan semua?? kita berbalik kepada tajuk MODUS OPERANDI PENIPU ONLINE - PENIAGA ONLINE WAJIB AMBIL TAHU ni. Baru-baru ni saya dapat mesej daripada 2 market place yang saya guna untuk jual barang saya yang kononnya ingin membeli barang yang saya jual. Pada masa tu saya belum terfikir yang saya sedang berhadapan dengan seorang scammer

MODUS OPERANDI PENIPU ONLINE - PENIAGA ONLINE WAJIB AMBIL TAHU

Tetapi mereka yang mesej saya menggunakan bahasa Inggeris untuk berinteraksi. Merka bagitahu yang mereka ada di Malaysia then nak beli barang yang saya jual. Ada seorang lagi cakap dia ada di Dubai sebab ada urusan kerja tetapi ingin belikan untuk sahabat. Pada mulanya saya layan sebab saya fikir mungkin ini adalah rezeki saya. Seperti biasa mereka minta no akaun dan email untuk transfer duit.Itu yang biasa dilakukan oleh semua customer saya

MODUS OPERANDI PENIPU ONLINE - PENIAGA ONLINE WAJIB AMBIL TAHU

Selepas beberapa minit saya terima email yang beritahu ada duit masuk daripada si buyer tadi tetapi duit itu terpaksa di"hold" sebab kononnya mereka terlebih transfer duit sebanyak RM800 kedalam akaun saya. Saya perlu transfer dahulu duit RM800 tu untuk mendapatkan bayaran mereka untuk beli barang saya. Pada masa tu barang saya harga RM22 je...kenapa saya perlu nak ambil risiko kena tipu RM800 semata-mata untuk mendapatkan RM22 kan...tetapi ada sahabat saya sudah terkena dengan scammer sebegini rupa kerana nilai barangnya tinggi...Demi untuk mendapatkan sale sanggup dia mengetepikan risiko...kesian dia

MODUS OPERANDI PENIPU ONLINE - PENIAGA ONLINE WAJIB AMBIL TAHU

MODUS OPERANDI PENIPU ONLINE - PENIAGA ONLINE WAJIB AMBIL TAHU

Saya sekadar berkongsi kepada orang yang rasa perkongsian saya bernilai...kalau tak percaya terpulang pada korang. Cuba korang perhatikan pada perbualan saya tu,scammer tu siap ugut saya untuk naik mahkamah kalau saya tak buat bayaran tersebut. Bagi saya as seller korang kena ingat...kita berniaga ada akad...ada duit = ada barang...jangan mudah terpedaya dengan benda yang tidak logik...jangan mudah terpedaya dengan janji manis dan jangan mudah terpedaya dengan duit yang bukan hak kita...

MODUS OPERANDI PENIPU ONLINE - PENIAGA ONLINE WAJIB AMBIL TAHU

MODUS OPERANDI PENIPU ONLINE - PENIAGA ONLINE WAJIB AMBIL TAHU

Macam scammer kat atas ni bagitahu dia ada di oversea then minta saya pos kepada kawannya di kelantan dan saya setuju. Kemudian dia minta no akaun dan email adress,bila dia minta email address sahaja saya dah dapat baca yang dia adalah scammer sebab sangat-sangat jarang orang malaysia yang nak transfer duit minta email address ni melainkan buyer tu baru pertama kali guna online banking @ atas permintaan seller. Then bila saya beritahu yang saya tahu dia adalah scammer dia terus block saya...huhuhu

MODUS OPERANDI PENIPU ONLINE - PENIAGA ONLINE WAJIB AMBIL TAHU

MODUS OPERANDI PENIPU ONLINE - PENIAGA ONLINE WAJIB AMBIL TAHU

MODUS OPERANDI PENIPU ONLINE - PENIAGA ONLINE WAJIB AMBIL TAHU

Kat atas ni adalah contoh email yang diterima daripada scammer tersebut. Memang ada yang cakap kalau Spam email dah boleh tahu scammer tetapi ada juga email scammer yang masuk di inbox. Bagi semua online seller yang dapat email lebih kurang begini sila abaikan kerana ini adalah 100% scammer. Ada email yang saya dapat mintak saya transfer balik dalam masa 1 jam...dah macam ugut pun ada huhuhu...

Kepada semua online seller diluar sana ingin saya berpesan supaya berhati-hati bila berinteraksi dengan buyer. Selalu orang cerita ramai seller yang menipu tetapi ini adalah tidak benar sama sekali. Sebenarnya dua-dua pun sama...ada seller penipu dan ada buyer penipu...Yang jujur terpalit sama...Apa-apapun sebagai seorang seller kita harus yakin dengan rezeki Allah. Ingat!!! mereka bukan menipu di market place sahaja,dimedia sosial lain pun mereka muncul...Sila berhati-hati

Saya harap perkongsian saay tentang MODUS OPERANDI PENIPU ONLINE - PENIAGA ONLINE WAJIB AMBIL TAHU dapat manfaat kepada semua online seller. Kita berniaga bukan untuk di tipu...Sila elakkan diri daripada diperbodohkan oleh manusia yang pemalas dan tiada hati perut. I hate scammer!!!! So korang thank's pada yang sudi baca dan kalau rasa perkongsian saya bermanfaat boleh share untuk tatapan online seller yang lain...See you next entri...
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :