ZURAINI.COM

Image
Showing posts with label SHOPEE. Show all posts
Showing posts with label SHOPEE. Show all posts

PLASTIK POS MURAH

Bismillah dan Assalammualaikum ...
Perasan tak lately ramai sesangat orang buat bisnes online...boleh dikatakan majoriti yang ada facebook buat bisnes online. Lebih-lebih lagi sekarang ada marketplace yang sangat mudah digunakan untuk dijadikan platform menjual seperti shopee & lazada contohnya,sebenarnya ada banyak lagi tapi saya sebut 2 je hehee... Dah terlanjur sebut pasal shopee korang yang masih belum tahu nak niaga kat shopee boleh rujuk BELAJAR FREE NIAGA KAT SHOPEE ...korang boleh baca sendiri dan tak payah bayar pon hehehe...Tapi harini saya bukan nak cerita tentang shopee @ lazada tau,tapi saya nak cerita tentang PLASTIK POS MURAH dan cantik yang mampu dimiliki oleh semua peniaga online

PLASTIK POS

Sebelum saya lanjutkan penulisan saya,saya nak ingatkan kepada korang plastik yang saya akan ceritakan ini bukan plastik pos laju taw...coz sebelum ni ramai yang tanya saya kalau beli plastik ni dapat slip pos laju tu ke tidak?So,saya akan explain satu persatu tentang plastik pos ni supaya korang lebih jelas

Plastik pos yang korang tengok kat gambar kat atas ni adalah satu-satunya plastik pos eksklusif di design untuk saya. Tiada orang yang jual plastik pos serupa macamni. Saya yang design dan hantar kepada kilang untuk di cetak untuk dijadikan mata pencarian saya.Sebab apa??? sebab terlalu ramai yang tanya saya mana nak beli gara-gara artikel DIY  plastik pos yang saya buat sebelum ini

PLASTIK POS

Terdapat dua size yang ada iaitu size S dan size M...dan terdapat dua pakej yang saya jual iaitu dengan poket dan tanpa poket kerana saya tidak buat plastik pos yang ada poket,so poket kena beli berasingan...Saya nak bagitahu juga kat sini warna plastik pos yang cun melecun ini adalah warna pink pekat...bukan warna merah taw,dia ala-ala pink dicampurkan merah giteww....tapi seriously memang cantik dan menarik sangat

PLASTIK POS

Kenapa saya buat pakej ada poket dan tiada poket? ini kerana kadang-kadang ada buyer yang taknak poket dan ada buyer yang nak poket...sebenarnya poket pos kita boleh dapatkan di pejabat pos secara percuma tetapi dalam kuantiti yang kecil,so mana yang tak berapa suka minta banyak kali di kaunter pejabat pos mereka lebih rela beli sendiri lebih-lebih lagi kalau kerani pos yang jenis banyak soal kan...hehe

PLASTIK POS

Poket pos tu apa?
Ada juga yang tanya saya soalan ni...sebab masa mereka nak beli tu saya tanya mereka nak sekali poket pos ke? terus terbit soalan tadi tu...orang tanya dia...dia tanya orang balik huhuhu...tapi takpe saya boleh je explain baik-baik kat sini

Poket pos ni adalah sejenis plastik jernih yang bergam untuk letak slip pos @ consignment note masa korang nak pos barang korang tu. Biasa kalau korang beli plastik @ kotak pos laju korang perasan tak ada plastik jernih macam poket melekat kat plastik @ kotak tu...haaaa itulah yang dinamakan poket tu...

PLASTIK POS

Poket untuk slip pos @ consignment note ni adalah sangat penting kerana ia menempatkan detail penting penerima. Kalau detail penting tu hilang maka tak sampailah barang korang ke pelanggan korang nanti. So,kalau korang rasa nak dapatkan yang free korang boleh dapatkan di kaunter pejabat pos...korang bagitahulah kat kerani tu korang nak guna untuk shopee/lazada or easy parcel...nanti dia akan bagi. Tapi kalau korang malas nak nak minta korang boleh beli je...we make it easy ok

PLASTIK POS MURAH

Ok jom kita berbalik kepada plastik pos,plastik pos ini istimewanya tertulis perkataan seolah-olah satu ucapan penghargaan untuk pelanggan iaitu " THANK YOU FOR SHOPPING WITH US " dan terdapat juga perkataan "FRAGILE" disana sebagai amaran bahawa barang yang ada dalam plastik bungkusan itu perlu diuruskan dengan berhati-hati...so,korang tak perlulah nak tampal sticker "FRAGILE" lagi dah

PLASTIK POS

Lagi keistimewaan plastik pos yang cantik ni adalah material yang digunakan adalah yang virgin iaitu bukan yang recycle...biasanya dulu saya pernah beli plastik pos yang recycle tapi tak tahan dengan bau nya yang busuk...tetapi plastik pos yang ini tidak berbau malah ia tebal dan tahan lasak

Disini saya sertakan sekali kedua-dua size plastik pos ini untuk rujukan korang. Size M berukuran 25cm x 35cm dan size S berukuran 17cm x 30cm...ingin saya ingatkan disini bahawa plastik pos ini tidak ada bubble wrap didalamnya,sekiranya korang nak pos barang yang mudah pecah korang perlu bungkus dengan bubble wrap dahulu

PLASTIK POS

Plastik pos ini sangat sesuai untuk membungkus barang seperti tudung,pakaian,produk-produk kosmetik dan sebagainya mengikut ukuran yang saya telah berikan

Kepada korang yang nak cuba guna plastik pos ni saya ada jual dalam kuantiti yang sikit sebab biasanya orang mesti nak try & error dulu kan macam saya juga hehehe...so,saya ada jual dalam kuantiti 25pcs,50pcs dan 100pcs,korang boleh pilih sendiri mana yang jimat ok

PLASTIK POS

Kalau korang pengguna shopee korang boleh direct beli kat shopee untuk jimat pos,nanti saya sertakan link untuk korang beli terus ya...setakat ini semua stok adalah available so korang boleh dapatkan segera sebelum kehabisan...

...nak beli plastik pos klik dibawah...

PLASTIK POS 
Rasanya cukup dah info yang saya titipkan kat sini,kalau ada apa-apa soalan korang boleh tekan button wasap kat bawah ni untuk bagi soalan kat saya,in Sya Allah saya akan jawab kalau soalan tu berkaitan dengan plastik pos @ sewaktu dengannya...sebelum berundur saya sertakan sekali harga plastik pos untuk rujukan korang semua. Terima kasih sudi singgah di artikel PLASTIK POS MURAH tulisan saya ini. Jumpa lagi next story...

PLASTIK POS MURAH

Wassalam
-
-
-

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :
 DIRECT WHATSAPP

CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI

Bismillah dan Assalammualaikum 
Hi korang...harini jadual saya agak padat tapi saya lari jap untuk tulis short artikel untuk korang yang belum tahu lagi CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI 

Korang tahu kan kalau kita niaga kat shopee kita perlu ikut rules yang telah ditetapkan mesti pos barang sebelum 3@5@7hari mengikut yang korang telah pilih. Macam saya,saya pilih 3 hari,bermakna order saya mesti di pos keluar dalam masa 3 hari berkerja...so,kalau korang nak balik kampung or pergi kursus or ada urusan lain yang menyebabkan korang tak dapat nak uruskan kedai shopee korang dengan sempurna baiklah tutup sementara bagi mengelakkan sebarang amaran dan penalti dikenakan kepada korang

Bagi mereka yang sangat mementingkan kredibiliti dan servis yang baik mereka sangat perlu tutup kedai shopee mereka sementara dan buka balik selepas selesai urusan lain itu. Tapi bagi mereka yang tak kisah akan penalti @ diajukan soalan bila nak pos barang saya??? dari pelanggan,saya rasa tak perlu kot nak tutup kedai sementara yang saya cakapkan tu...

Setiap kali saya balik kampung saya akan tutup kedai shopee saya sementara bagi mengelakkan "bad rating" pada kedai saya. Ada juga tanya saya "Macamana nak tutup kedai tu,pintu pun tadak...huhuhu" dan ada juga yang tanya saya "Apa jadi kat kedai saya kalau dah tutup tu..."

Saya jawab jap 2 soalan ni kat sini. Memang kedai shopee tadak pintu tapi tuan kedai berhak untuk menutup pandangan mata orang pada isi kedai mereka hehehe...dan jawapan kepada soalan kedua,Kedai shopee korang tak jadi apa-apa masih ada seperti biasa tetapi pembeli tidak nampak produk-produk yang ada dalam kedai korang tu. Semua barang korang menjadi lut sinar hehehe,so tiada sebarang urusniaga akan berlaku ketika korang tutup kedai korang untuk sementara itu...Haaa jom la saya tunjukkan cara-caranya yang sangat mudah dengan 3 step sahaja...

CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI
Step pertama :
Pastikan korang berada di ruangan menjual "selling" dan korang cari bahagian seller assistant seperti yang ditunjuk oleh anak panah di dalam gambar

CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI

Step kedua :
Selepas step pertama korang akan sampai ke halaman ini. Korang terus tekan shop setting seperti dalam gambar

CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI

Step terakhir :
Bila korang sampai kat halaman ini korang akan nampak perkataan "vacation mode" betul tak?? kalau nampak jadikan ia enable(button hijau muncul) Tadaaaaa...dah siap!!! anda sekarang berada dalam mood cuti. Proses ini akan berkuatkuasa selepas 1 jam di apply,please note hokey...takut nanti korang try buat dan terus check tak jadi la,cikgu ajar salah la,tak pandai la...nak pandai perlu cuba buat okeyyy

So,ini sahaja untuk hari ini,next saya tunjuk cara nak daftar free shipping program ya...Terima kasih sudi baca CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI sampai habis...kalau ada yang tak lengkap boleh bagitahu saya untuk saya perbetulkan. Yang baik datang dari ALLAH dan yang tak baik adalah kelemahan diri saya...In Sya Allah jumpa lagi...Daaaa
Wassalam
-
-
-

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :
 DIRECT WHATSAPP

Page : neembalmHQ

KENAL PASTI SCAMMER DI SHOPEE - PENTING & WAJIB BACA!!!

Bismillah dan Assalammualaikum 
Selamat pagi semua...Harini saya nak sentuh sikit tentang KENAL PASTI SCAMMER DI SHOPEE - PENTING & WAJIB BACA!!! sebagai panduan kat korang. Saya bukan apa,kesian tengok mangsa-mangsa scammer yang semakin meningkat setiap hari dek kerakusan manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab kat luar sana

Buat pengetahuan korang scammer online ni ada dimana-mana. Tak kira dari marketplace manapun mereka akan muncul...mereka akan target penjual online sebab mereka fikir penjual online ni akan senang ditipu kalau ditawarkan duit yang banyak. Maksudnya kalau dia tawarkan untuk membeli barang dagangan korang tu dengan kuantiti yang banyak dan "up" sikit harga confirm korang akan suka...Siapa yang tak suka kalau buka-buka je handphone ada orang nak beli barang dagangan korang dalam kuantiti yang banyak kan...betoi dak???
KENAL PASTI SCAMMER DI SHOPEE - PENTING & WAJIB BACA!!!

Gambar di atas adalah satu contah menunjukkan si penghantar mesej itu adalah scammer. Dia berminat untuk membeli tetapi ingin meneruskan di luar shopee sedangkan shopee adalah tempat yang selamat untuk berurusniaga. Selepas di balas jika berminat membeli boleh teruskan melalui shopee si penghantar mesej terus block akaun shopee tersebut...

Okey,terlanjur saya dah cerita tentang scammer jom saya kupas secara ringkas tentang ciri-ciri scammer yang seringkali mangsa-mangsa terlepas pandang. Biasanya scammer akan berminat untuk membeli dengan jumlah yang banyak dan sanggup bayar dengan harga yang tinggi. Contohnya kalau barang kita jual berharga RM30, mereka sanggup bayar 2 kali ganda daripada harga itu...cuba korang fikir,dah la bayar dua kali ganda,amik pula dalam kuantiti yang banyak,adakah ini logik??? Mereka akan memberi alasan ingin membuat event la,jual la,sedekah la,koleksi la dan macam-macam lagi...sila hati-hati dengan mereka!!!

Apa yang mereka fikirkan adalah mereka akan menjanjikan duit yang banyak untuk menjayakan misi mereka yang pertama iaitu "gelapkan mata" mangsa dengan jumlah duit yang banyak. Kebanyakan mangsa akan mudah tertipu dengan amaun yang ditawarkan

Step kedua mereka akan minta nombor akaun dan email...kenapa mereka minta 2 benda ni? Sebab mereka nak hantar bukti konon-konon mereka dah transfer duit dan perlukan mangsa membayar yuran transaksi untuk meneruskan urusniaga. Untuk pengetahuan korang yuran transaksi memang wujud untuk proses transfer duit ke ke luar negara tetapi ia ditanggung oleh si pembayar(si pembeli) dan jumlah fee adalah sedikit sahaja. Dan untuk pengetahuan korang juga transfer duit merentasi negara perlukan swift code dari bank penerima...bukan terus boleh transfer gitu je...ini yang seringkali mangsa abaikan...mereka terlalu mudah percaya si scammer cakap dah masuk 30k usd dalam akaun then perlu bayar fee terus fikir "aku kaya,aku kaya" huhuhu...please ya korang...ini adalah ciri-ciri scammer

KENAL PASTI SCAMMER DI SHOPEE - PENTING & WAJIB BACA!!!

Lepastu saya nak pesan,kepada korang yang dah terlanjur bagi nombor akaun dan email kat si scammer tu korang tak perlu kalut kalau mereka ugut nak block akaun ka...nak report FBI ka...nak report polis ka...semua ni palsu,mereka sekadar nak ugut sahaja sebab nak duit...mereka akan claim korang ambil duit mereka yang mereka transfer konon-kononnya,korang tak perlu rasa takut dengan ugutan itu sebab mereka pun sebenarnya takut tapi buat-buat berani huhuhu...

Senang cerita macamni,selagi kita berpegang pada konsep akad jual beli iaitu ada duit ada barang selagi itu kita akan selamat dalam urusniaga. Shopee adalah platform untuk berniaga online dengan selamat. So,kalau ada yang mesej kat shopee minta nak teruskan urusniaga di luar shopee tolong elakkan sebab mereka adalah scammer melainkan mereka bayar dahulu dan korang check duit ada dalam akaun boleh teruskan urusniaga korang hokeyyyy

So,harap korang alert dengan peringatan ni,Maybank sendiri pun dah bagitahu Maybank cuma kenakan bayaran RM5 sahaja untuk terima duit dari luar tu...itupun mereka tolak dari akaun huhuhu...so,jelas fee yang si scammer tu minta adalah palsu dan kalau mereka adalah real seller mereka yang kena tanggung fee itu...

Saya harap artikel ini serba sedikit memberi pencerahan kepada korang dan harap sangat korang tak akan menjadi mangsa penipuan online. Sila hati-hati dengan sebarang transaksi @ urusniaga yang nampak pelik... Terima kasih kepada yang sudi membaca artikel KENAL PASTI SCAMMER DI SHOPEE - PENTING & WAJIB BACA!!! ini...saya doakan korang semua mendapat sales yang bagus di kedai shopee korang. Jika rasa artikel ini bermanfaat dan boleh mengurangkan kadar mangsa scammer di Malaysia silalah ringankan jari untuk tekan button share...Jumpa lagi next story about Shopee...I Love SHOPEE
Wassalam

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Bismillah dan Assalammualaikum 
Hi semua...semalam baru je selesai saya buat satu artikel cara nak buka akaun shopee harini saya nak sambung sikit TUTORIAL  CARA SETTING AKAUN SHOPEE SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE sebab kalau dah buka akaun tapi setting tak betul tak boleh juga...kita nak niaga mesti nak kasi cun semuanya kan...samalah umpamanya kalau kita buka kedai yang sebenar mesti nak cantik-cantik kan...kedai shopee ni walaupun tak nampak bentuk kedainya kita perlu setting kasi cantik supaya kita tak serabut & kalut bila nak sambut customer...gitewwww...

Saya bermula dari yang paling basic dari celah bedah mana yang nak disentuh semua saya sentuh supaya jelas semuanya walaupun benda tu nampak mudah dan tak perlu di ajar tapi kita kena faham bukan semua orang celik IT macam kita kan....nak share ilmu biar ilmu tu betul-betul membantu huhuhu...pinjam kata-kata sifu aiiii...Dah dahhh jom kita jalan-jalan tengok gambar...sambil sambil tu jangan lupa praktikkan terus taw...

Kita sambung hat semalam punya pelajaran noh...Apaaa? tak tahu??? ok fine saya letak link sini ...yang tak baca lagi boleh baca ni dulu nanti terus lompat hat nih lagi korang terkunang-kunang tak faham...BACA NIH !!!TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE 


Okeh dah baca??? Let's go...kita tengok satu persatu apa yang nak di isi ya...maaf ya ada banyak gambar kali ni supaya korang boleh faham dengan jelas hokeyy...


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 1 :

Buka dashboard bahagian selling(jual) @ buying(beli) mana-mana pun boleh ...pastu klik my account(akaun saya)...(sila rujuk gambar di atas)

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 2 :

Korang akan sampai ke halaman ini bila korang ikut step 1 tadi...korang perhatikan baik-baik setiap list kat setting tu perlu dibuka dan perlu di isi dengan betul...jom kita buka satu-satu dan makesure korang isi sekali sambil-sambil belajar ni...

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 3 :

MY PROFILE - Dalam bahagian edit profile ada banyak benda yang nak di isi tapi senang sangat nak isi ala-ala isi borang cabutan bertuah gitew...tapi mula-mula sekali kita edit gambar...korang nampak kan anak panah 2 ketoi tu? dua anak panah tu korang edit letak gambar cun cun bagi menarik kedai korang tu...bila gambar menarik mesti orang tertarik nak singgah betoi dak??

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 4 :

MY PROFILE - Masih lagi di bawah segmen edit profile...korang perlu masukkan gender(jantina) korang...

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 5 :
MY PROFILE - Selepas masukkan jantina tadi korang masukkan tarikh lahir korang pula...kalau boleh jangan la palsukan detail yang korang letak tu sebab nanti kalau ada masalah tentang payment boleh timbul huru hara pula kan hehehe...so untuk memudahkan baik kita tulis detail yang sah hokeyyy...


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 6 :
MY PROFILE - Step seterusnya masih berada dalam mood profile iaitu email...korang tekan je "set now" tu then shopee akan hantar email kat korang ...pastu korang confirmkan je pastu settle hokeyyy...jangan takut-takut 


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 7 :

MY PROFILE - Seterusnya bawah email adalah sosial media account...Klik je kat situ korang akan sampai ke halaman ini then teruskan update media sosial korang kat tempat yang berkenaan...kenapa benda ni perlu untuk korang isi??? Sebab senang korang nak share kedai shopee korang kat Facebook,Instagram @ twiiter nanti...klik je terus muncul kat media sosial korang tu hokeyyy...ini adalah salah satu cara korang nak promote kedai shopee korang nanti

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 8 :

MY ADDRESS : ok,kita dah sampai ke part isikan alamat...sila isi alamat yang betul untuk tujuan urusniaga dalam shopee @ untuk rujukan pihak pos laju untuk collect parcel korang bila korang dah join PROGRAM POS LAJU FREE SHIPPING nanti

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 9 & 10 :
BANK ACCOUNTS/CARDS : Bila korang klik bahagian bank akaun korang perlu masukkan password dulu sebab benda ni sensitif dan private,so tuan empunya kedai sahaja yang boleh edit bahagian ini...( PENTING!!! JANGAN SESUKA HATI BAGI PASSWORD KORANG KAT ORANG LAIN ) Selepas berjaya masuk boleh isi bahagian bank akaun @ kad kredit...buat pengetahuan korang bahagian kad kredit boleh diabaikan...ada juga yang bertanya saya kalau takde kad kredit tak boleh berniaga kat shopee ke...so,inilah jawapannya...kad kredit tiadapun tak apa hokeyyyy...pastikan korang masukkan no akaun yang betul...chek 19 kali sebelum proceedpun takpe,takde siapapun nak marah,janji no akaun tu betul bagi mengelakkan sebarang kesilapan dimasa akan datang...

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 11 :
CHAT SETTING : Sampai ke next step untuk setting bahagian mesej/chat ...Perhatikan anak panah yang pertama...enable kan button tersebut(maksudnya hidupkan butang tu...jadikan dia warna hijau macam dalam gambar) ini untuk memudahkan korang nak berchat @ customer nak bertanya...korang terus nampak mesej pemberitahuan di skrin shopee korang,so takdelah mesej yang terlepas pandang nanti...dan anak panah yang kedua untuk korang setting sendiri ayat untuk reply mesej mereka contohnya "terima kasih kerana berminat berurusan dengan kami,mesej anda akan kami reply sebentar lagi" soooo...takdelah bakal customer korang rasa mesej mereka takde respond kan...huhuhu

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 12 & 13 :
NOTIFICATION SETTING(tetapan pemberitahuan)
Dalam bahagian ni ada 2 jenis tetapan iaitu Push Notification & Email Notification...Korang follow je button yang perlu di enable(hijaukan) seperti dalam gambar dan saya akan terangkan fungsinya. Push notification bertindak sebagai pemberitahuan sebarang progress yang berlaku di dalam kedai korang nanti...semua apa yang berlaku,akan shopee update kepada korang melalui push notification dan Email Notification melalui email...maknanya korang boleh tengok progress dari apps shopee korang @ melalui email


Apakah kelebihan Email notification???

Kelebihan Email Notification digunakan apabila korang membuka lebih dari satu akaun shopee tetapi cuma menggunakan 1 handphone...mesti sukar korang nak log-in & log-out untuk tengok notification kannnn??? betoi dakkk? So,disini lah bergunanya Email Notification,korang boleh tengok progress kedai-kedai shopee korang melalui email...akaun google kan boleh setting email banyak-banyak untuk satu apps kannnnn...oooo yeahhhh itulah kelebihannya

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 14 :
PRIVACY SETTING : Aaahaaaa...hat ni saya tak boleh nak paksa korang ikut setting saya sebab saya ni lebih suka privacy,so semua tu saya "disable"kan untuk mengelakkan jiwa kacau hehe...bukanlahhh,ini untuk memprivacykan diri korang,so segala aktiviti korang semua orang tak boleh tengok...kalau korang like ke,beli ke semua tu rahsia gitewww...

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 15 :

LANGUAGE : Haaa inipun penting...setting bahasa yang selesa korang gunakan...tak kira bahasa yang korang gunakan yang penting korang faham taw...jangan tukar bahasa cina pastu tanya soalan kat saya sudah,satgi saya ligan korang huhuhu...

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE


Step 16 :

SUPPORT CENTRE : Meh sini rapat rapat...adik adik abang abang kakak kakak...saya nak bagitahu korang kalau korang ada apa-apa masalah berkaitan shopee nih korang terus je boleh contact nombor yang tertera kat atas ni or korang boleh terus emailkan juga...korang tak perlu risau @ stress diorang lambat layan sebab mengikut pengalaman saya service shopee memang mantap,tiptop dan mabeles...tak pernah lagi kecewa dengan servis mereka...call pon cepat je mereka respond...email pon cepat mereka reply...


Korang toksah nak risau tak pandai cakap omputih masa tulis email,korang tulis je bahasa melayu diorang boleh faham sebab kat sana ada staff yang boleh berbahasa melayu hokey...yang penting korang jangan cakap loghat utagha...kechek kelate,ganu,nogori dan sebagainya udah le...gunakan bahasa melayu sebenar in Sya Allah mereka akan usaha untuk membantu....Pssstttt...ini cakap ikhlas taw,bukan nak bodek..huhuhu



Rasanya macam banyak sangat input dalam TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE ni...kita berhenti kat sini dulu ya,next saya cerita apa yang perlu korang buat kalau tetiba korang nak cuti balik kampung tapi takut order masuk takde orang nak pos kan...dan saya nak tunjuk ciri-ciri scammer yang perlu korang elakkan daripada berurusan di shopee...Jumpa lagi next entri taw...yang rasa artikel ni bermanfaat sila share ya...maafkan saya jika ada kekurangan...
Wassalam
-
-
-

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :
 DIRECT WHATSAPP

Page : neembalmHQ

CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE

Bismillah dan Assalammualaikum semua...Alhamdulillahhhh...saya masih disini...Excited sebenarnya harini nak kongsikan content tentang CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE ...ilmu ini sangat berguna bagi mereka yang mempunyai agent dalam bisnes mereka...

CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE

Sebenarnya saya suka sangat nak share apa yang saya tahu tentang shopee kat orang lain...Saya sedar bukan semua orang tak tahu,tapi saya lebih fokus untuk kongsikan kepada mereka yang tak tahu...yang dah tahu tu takpe...boleh abaikan cerita saya hehehe...

Sejak akhir-akhir ni ramai betul yang mula berniaga kat shopee...walaupun platform ni dah agak lama tapi baru sekarang nampak macam ada popular sikit pasainya konsep yang dibawakan oleh shopee membuatkan ramai yang tertarik untuk meneruskan urusniaga...lepas tu mungkin sebab dah masuk TV kan...hihihi

Sebelum saya cerita tentang CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE ni meh layan saya membebel sambil panaskan engine nak menulis hehehe... Konsep yang dibawakan oleh shopee sama je dengan market place yang lain...tapi bagi saya,saya berasa selesa berurusniaga dalam shopee sebab dimata hati saya ada sesuatu yang istimewa bila berurusan menggunakan platform shopee(hahaha...ayat tak boleh tahan...for sure,saya bukan nak bodek shopee taw...tapi saya buat pengakuan jujur ni...)

KELEBIHAN PLATFORM SHOPEE :
Jom saya cerita apa kelebihan menggunakan shopee ni...yang pertamanya saya rasa menggunakan shopee ni mudah,daripada setting hingga ke selesai bayaran...itu cerita kalau kita nak setting barang jualan kat dalam shopee la kan...kalau tak betul dia terus tulis error dan guide kita macamana nak buat dengan betul...then part yang saya suka kalau ada apa yang kita tak faham kita boleh terus tanya kat customer service...

Bab customer service saya bagi 5 bintang,sebab saya tak pernah sekalipun letak telefon dengan perasaan hampa masalah tak settle,sebab bila saya ada masalah berkaitan shopee saya akan terus call customer service dan alhamdulillah setakat ini saya berpuashati dengan layanan mereka dan masalah settle dengan cepat...Lagi satu yang saya suka customer service tak sukar untuk dihubungi...cepat je tembus talian dan dapat bercakap...dan kalau kita malas nak call pun tiada masalah,kita boleh guna email sebagai penghubung...mereka akan reply dengan cepat...I like it....

Ada juga yang belum kenal platform shopee ni taw korang...buktinya bila saya sebut shopee mereka tanya saya balik..."shopee tu apa ya puan?" hehee...krik krik kejap saya...so,ni saya nak bagitahu,shopee ni adalah satu platform untuk semua orang jual produk mereka secara online dengan selamat...kenapa saya cakap selamat??? sebab setiap pembelian di kedai korang,wang akan dimasukkan kedalam akaun shopee sehingga customer betul-betul sudah terima barang barulah shopee akan bagi kita duit tu...Korang yang belum tahu bagaimana nak buat kedai shopee boleh tengok tutorial kat SINI

Tiada satu seller pun yang boleh menipu menggunakan platform ini...korang yang nak beli belah kat shopee ni korang tak perlu risau kena tipu,sebab barang pasti akan sampai...tapi kalau andaikata barang tak sampai pada masa yang telah ditetapkan kita sebagai customer boleh mintak duit kita balik dari shopee...selamat kan...so,mana-mana seller yang ada niat nak menipu kat shopee sila batalkan niat korang tu,sebab korang tidak akan berjaya...

Apa lagi kelebihan yang shopee tawarkan kepada kita as pengguna shopee adalah program bersama pos laju..."Apa program shopee bersama pos laju tu?"okey...jom saya terangkan secara ringkas apa kelebihan join program ni...Program ini membolehkan korang mendapat servis penghantaran percuma untuk barang berharga RM30 keatas dan barang berat 5KG ke bawah...nak tahu lebih lanjut bagaimana nak join boleh baca info lengkap langkah-langkah yang perlu dibuat DISINI

...ni pon saya suka sangat sebab kita ada option yang boleh bagi pada customer...contoh kalau kita berniaga di FB ada customer nak beli barang kita...then kita boleh offer mereka free postage jika customer tersebut buat pemelian melalui kedai shopee kita...win win situation...customer dapat free postage...kita pula dapat rating...ada pembelian..ada rating...

Rating ni sangat penting tau untuk menjamin perkembangan bisnes kita kat shopee tu...kenapa saya cakap macamtu??? sebab,cuba tanya diri korang sendiri...kalau korang beli barang online...kedai A ramai pembeli dan kedai B tiada pembeli...so,kita as pembeli mesti akan beli dengan kedai A kan...tak kiralah harga berbeza tapi kita pasti akan pilih kedai A sebab nampak kedai ada pernah buat urusniaga...begitu juga kalau di kedai-kedai fizikal,contohnya kedai makan...biasanya orang akan lebih tertarik untuk masuk ke kedai makan yang ramai orang pergi berbanding yang lengang...betoii tak????Sebab tu rating @ pembeli adalah penting untuk sesebuah kedai online untuk terus maju...

So,kesimpulannya,bagi saya shopee adalah platform jual beli yang sangat seronok untuk digunapakai walaupun banyak saingan dari luar negara huhuhu...tapi rezeki masing-masing kan...yang penting minat...kalau minat takde,buat apapun gagal hokeyyy

Okey,engine dah panas...kita balik kepada tajuk asal kita CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE ni...inipun satu lagi kelebihan shopee...agent @ stokis mahupun dropship boleh berurusniaga melaluinya...Korang baca betul-betul taw...fokus hehehe...sebab kadang2 saya rasa dah jelas dah apa yang saya terangkan tetapi masih ada yang mesej saya cakap kurang faham...so kali ni saya nak cuba guna bahasa yang paling mudah dan ringkas supaya korang faham...tapi kalau masih tak faham maafkan saya hokey...korang boleh mesej saya untuk tanya....

Gambar yang saya paparkan adalah sebagai contoh sahaja...korang boleh praktikkan bila korang nak beli kat shopee dengan harga agent...dan sebelum saya lupa,harga agent tersebut orang lain tak nampak...itu antara kita dengan seller sahaja...dalam erti kata yang lebih mudahnya tak kantoi la kita dapat harga lebih murah...gitewwww....jom kita start....

CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE

Step 1 :
 Pilih dulu barang yang korang nak beli tu...

CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE

Step 2 :
 Korang cari perkataan "chat now" dan klik disitu...

CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE

Step 3 :
Bila korang dah klik "chat now" tu korang akan sampai ke skrin yang seterusnya seperti gambar kat atas ni...Korang nampak kan perkataan "make offer" tu??? then korang klik kat situ...

CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE
Step 4 :
Korang akan sampai di paparan skrin ini dan korang boleh masukkan harga agent@stokis@dropship dibahagian price dan isikan juga kuantiti...kemudian boleh proceed dengan menekan "make an offer"(bawah sekali)

CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE

Sejurus selepas seller bersetuju dengan harga yang diberikan korang boleh terus proceed order tersebut dengan harga yang korang tulis tu...settle...tapi sebelum korang nak gunakan method ni pastikan korang dah siap-siap setting dulu ya...sebab kalau tak setting tak dapat pula mereka "make offer" dengan korang...jom saya tunjuk macamana nak setting....

Step 1 :
CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE

Step 2 :
CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE

Step 3 :
CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE

Okeyyy...dah siap...korang faham tak apa yang saya sharekan tadi? Mudahkan kita nak beli barang kat supplier kita guna harga agent...dahla dapat free postage...selamat pula tu...kalau semua orang guna method ni saya rasa tiada lagi kes customer meroyan barang tak sampai sebulan kat pesbuk...betul tak...barang tak sampai kita report kat shopee then kita minta duit kita balik...tapi jangan lah baru 3 hari barang tak sampai dah meroyan...mungkin ada masalah dengan kurier yang kita tak tahu....shopee pun dah estimate kan masa 3 hari untuk seller proses barang(handling) untuk keluar...man-man la...tolak ansur sikit hokeyyy...

CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE
~ Jom lah singgah kat Kedai saya...hehe...cer klik gambar tu kita skodeng jap ~

Syukran-syukran...berakhir sudah tutorial CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE kepada sidang pembaca sekalian...harap semua yang membaca dapat faham apa yang dibaca dan dapat mempraktikkan dengan sebaik-baiknya...kalau ada masa boleh ajar kat orang sekali...share-share ilmu gitewww...hehehe...dan tiba masa saya nak berundur dah...nak p bungkus barang pula...kang meroyan pula customer barang lambat sampai huhuhuhu...take care & see you tomorrow...In Sya Allah...
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :