ZURAINI.COM

Image
Showing posts with label SCRUB HOMEMADE. Show all posts
Showing posts with label SCRUB HOMEMADE. Show all posts

SCRUB KILO MALAYSIA UNTUK BUAT JENAMA SENDIRI DENGAN MODAL KECIL

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Harini saya dengan nekadnya nak buat satu lagi entri yang berkisar tentang SCRUB KILO MALAYSIA UNTUK BUAT JENAMA SENDIRI DENGAN MODAL KECIL. Kalau korang perasan memang saya selalu cerita pasal ni sebab saya nak ajak kawan-kawan semua untuk kembangkan ekonomi keluarga dengan berniaga

Sebelum saya bermula...sebenarnya saya dah bertahan selama setahun membuat scrub untuk mereka yang nak buat jenama sendiri. Sekejap je rasanya...diam tak diam dah setahun dah produk organik saya berada dipasaran...Walaupun tidak sehebat mana tetapi saya tetap bersyukur kerana ada yang dah mula sedar akan kebaikan menggunakan produk organik

SCRUB KILO MALAYSIA UNTUK BUAT JENAMA SENDIRI DENGAN MODAL KECIL

SCRUB KILO MALAYSIA UNTUK BUAT JENAMA SENDIRI DENGAN MODAL KECIL

Ni semalam punya cerita,bertungkus lumus menyiapkan order scrub kopi dan lip scrub untuk adik Amy dari KL. Bulan-bulan puasa ginipun ada yang order ek...Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga...Semua yang borong scrub-scrub saya majoritinya adalah untuk berniaga. Ada juga yang beli untuk pakai sendiri dan akhirnya akan borong untuk jual pula...

SCRUB KILO MALAYSIA UNTUK BUAT JENAMA SENDIRI DENGAN MODAL KECIL
Bercerita tentang tajuk artikel ni,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka-mereka yang mempercayai saya untuk membekalkan produk organik saya untuk mereka buat jenama sendiri

Ramai orang yang masih tak berapa jelas dengan misi saya sebenarnya...tapi takpe...kali ni saya akan jelaskan apakah misi saya yang sebenarnya dalam bisnes produk organik ini...Saya bukan buat bisnes besar-besar. Pada mulanya saya hanya buat produk organik untuk kegunaan saya sendiri rentetan masalah yang saya hadapi akibat tersalah guna produk muka

Selepas saya berjaya buat dan alhamdulillah serasi dengan jiwa saya,saya mula cuba untuk jual dengan kawan-kawan group...tujuan saya jual bukan untuk menjadi seorang usahawan yang kaya raya tetapi sekadar ingin berkongsi kebaikan produk organik kepada orang lain

Pada satu hari saya terfikir why not saya buka peluang pada orang yang ada minat nak berniaga untuk saya supply produk saya kepada mereka. Saya jual produk saya secara retail dibawah jenama ZM BEAUTY dan dalam masa yang sama saya berkongsi peluang dengan orang lain untuk jual benda yang sama tetapi saya izinkan mereka letak jenama mereka sendiri

SCRUB KILO MALAYSIA UNTUK BUAT JENAMA SENDIRI DENGAN MODAL KECIL
~ ni saya selitkan adik Amy punya komen pasal scrub tu...excited nak try semua ~

Bukan apa,saya selalu tengok kat media sosial terlalu ramai orang buat jenama sendri dengan cara mudah guna produk dari thailand yang dia sendiri tidak tahu bahan-bahannya. Kalau ok takpe...kalau tak ok macamana???Siapa yang harus bertanggungjawab? Boleh ke jawapan "mungkin tidak serasi dengan kulit awak" tu terus menerus digunakan???? Krikk krikkk

Walaupun produk yang saya hasilkan tiada KKM tetapi In Sya Allah produk saya adalah selamat...Kenapa saya yakin untuk beri kenyataan itu adalah sebab bahan yang saya gunakan adalah natural. Ia tidak akan beri kesan sampingan kepada pengguna walaupun termasuk dalam mulut(tertelan)

Lagi satu,semua produk yang saya buat sesuai untuk semua peringkat umur dari bayi hingga ke tua...Anak saya kulit kering boleh je saya ambil serum sapu...Every weekend saya akan scrub badan anak-anak saya supaya daki-daki degil tak melekat terus kat kulit...Belum pernah lagi sepanjang saya scrub badan anak-anak saya menimbulkan kesan alergik...Lagi suka adalah mereka bila saya tonyoh guna scrub hehehe...

Ramai yang cakap saya gila sebab tabur pasir kat dalam periuk nasi sendiri,tetapi bagi saya ini adalah satu perkongsian rezeki. Saya tidak takutkan persaingan sebab saya pasti rezeki Allah itu pasti...Kita yang perlu berusaha untuk dapatkannya

Dan...saya nak tekankan disini saya langsung tidak berniat untuk meniru-niru bisnes orang...segalanya saya ikut apa yang Allah rancangkan untuk saya...Saya bukan nak wujudkan persaingan tetapi niat saya ikhlas untuk mencari rezeki yang halal disamping memberi jalan kepada orang lain..Tak salah kalau kita bersaing dengan cara yang sihat...

Buat pengetahuan korang semua,produk organik saya adalah dibuat oleh saya sendiri. Sepenuhnya dengan tangan saya tanpa bantuan sesiapa...Mungkin belum masanya untuk saya gajikan pekerja untuk membantu saya...tetapi segala proses dari A hingga Z adalah dibawah tanggungjawab saya sepenuhnya

SCRUB KILO MALAYSIA UNTUK BUAT JENAMA SENDIRI DENGAN MODAL KECIL

Produk organik saya seperti scrub,sabun,lipbalm,lipscrub dan yang terbaru toner & serum adalah 100% menggunakan bahan asli...Saya tidak meletakkan sebarang bahan kimia supaya status 100% organik itu saya boleh sebut dengan tenang dan bangga...hehehe

SCRUB KILO MALAYSIA UNTUK BUAT JENAMA SENDIRI DENGAN MODAL KECIL
Bila berniaga tak cerita pasal harga terasa janggal pula kan...Tapi nak cerita pasal harga kat umum terasa segan pula bukan sebab apa sebab saya taknak ada yang salah anggap kepada keikhlasan hati saya. Saya tak nak ada yang cakap saya nak bolot semua...

Faham-faham jela apa yang saya cuba sampaikan tu ye...Saya lebih selesa untuk berbincang secara personal berkenaan harga sebab saya nak jaga hati semua orang. Kalau ada yang berminat berurusan dengan saya boleh terus whatsapp saya...

In Sya Allah saya akan reply dengan pantas dan efisyen kalau saya tak busy...Kalau busy pun takdelah sampai 2 3 jam saya tak reply...So...toksah malu-malu....nak bertanyapun saya layan...itu normal bagi saya kalau bertanya sahaja tapi tak beli ...jangan risau saya profesional hokeyyyy

Kali ni saya lebih fokus cerita pasal scrub kilo ya...so saya taknak sentuh pasal botol or bekas scrub...sebab buat masa sekarang saya hanya bekalkan 1 jenis bekas sahaja sebab saya tak simpan stok bekas banyak-banyak kat rumah...

Tetapi kalau korang berminat nak beli scrub kilo ni saya akan bagitahu kat mana korang boleh dapat bekalan botol harga kilang...Itupun kalau korang nak la kann...hehehe

Scrub kilo saya open minimum order 6KG untuk dapat harga borong yang murah...kalau beli 1kg pun still murah tetapi lebih banyak lebih berbaloi...Tapi saya lebih suka suggest pada customer untuk try dahulu dan kalau ok boleh order yang lain...Dannn Alhamdulillah semuanya akan proceed order kalau dah cuba...

Kepada semua kawan-kawan kat luar sana yang masih lagi tercari-cari idea untuk buat bisnes why not korang try bisnes scrub organik...Scrub ni adalah salah satu produk evergreen yang dari dulu hingga sekarang orang dok guna...dan saya pasti ia akan bertahan lebih lama dan berterusan...Tak salah mencuba kan...

Sebenarnya tak perlu modal yang besarpun untuk buat bisnes tapi bohongla kalau ada yang cakap modal RM30 boleh berjaya jadi jutawan....zaman dulu bolehlah...zaman sekarang apapun guna duit...

Apa-apapun dalam bisnes ni kita kena ada minat dan usaha yang berterusan...Tak boleh putus asa dan perlu ada istiqomah walau apapun badai yang mendatang...Ini resepi saya sendiri...saya share sikit kat sini hehehehe

Rasanya cukuplah setakat ni penjelasan tentang SCRUB KILO MALAYSIA UNTUK BUAT JENAMA SENDIRI DENGAN MODAL KECIL...Nasihat ikhlas saya kalau nak berniaga biarlah dengan ikhlas kerana Allah...Janganlah menipu pelanggan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan...Biar untung kecil tapi keberkatan itu yag kita dambakan...In Sya Allah kita berjumpa lagi next entri...Terima kasih kepada yang sudi singgah dan kalau rajin sudi-sudikan diri untuk share entri ini jika korang rasa ia bermanfaat...

Wassalam


TAHAP KEBERKESANAN SCRUB KOPI - MASALAH TUMIT MEREKAH

Bismillah....
Assalammualaikum...
Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk mencoret lagi disini. Korang apa khabar? Dah lunch ke? Harini saya jalani kehidupan seperti biasa. Tapi petang sikit nanti ada projek nak buat hehehe...Ada customer order inai rambut untuk jenama sendiri...So,lepas zuhur ni boleh lah saya start packing sebab esok nak pos...

Kali ni saya nak cerita pasal TAHAP KEBERKESANAN SCRUB KOPI - MASALAH TUMIT MEREKAH ni kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya. Harini saya nak fokus kepada masalah tumit kaki merekah. Walaupun sesetengah orang menganggap masalah ini tidak terlalu penting untuk diperkatakan tetapi saya sekadar ingin berkongsi penyelesaian kepada masalah ini

Saya adalah seorang surirumah...saya juga ada masalah tumit kaki merekah. Apa yag bakal saya kongsikan ini adalah hasil percubaan saya sendiri dan tiada kaitan langsung dengan orang lain juga tiada niat untuk memanipulasi dengan tujuan mendapatkan sale. Tiada unsur-unsur penipuan dalam gambar...gambar yang saya paparkan adalah telus tanpa di edit @ menggunakan aplikasi canggih sebab saya guna handphone cokia je untuk ambil gambar ni huhuhu...

TAHAP KEBERKESANAN SCRUB KOPI - MASALAH TUMIT MEREKAH

Gambar diatas merujuk kepada perkara yang saya nak fokus harini iaitu tumit merekah. Korang perhatikan gambar sebelum tu kaki memang sangat teruk rekahannya dan gambar selepas sudah kurang rekahannya. Saya tak cakap guna sekali boleh terus hilang semua ya...Penggunaan kali pertama akan membuang kulit-kulit keras yang mengakibatkan tumit korang nampak sangat teruk rekahannya

Masalah di atas saya settle hanya menggunakan scrub kopi dan penonyoh tumit untuk menghilangkan kesan rekahan buruk yang boleh mencacatkan penampilan seseorang. OK...saya faham...kaki letaknya dibawah...boleh cover dengan kasut...tapi bagi saya ia adalah perkara yang perlu juga dipelihara...takdelah nanti nak tidur pun tersangkut-sangkut tumit kasar kat selimut kannn...hehehe

TAHAP KEBERKESANAN SCRUB KOPI - MASALAH TUMIT MEREKAH

Ok. Gambar kat atas ni pula saya tunjuk cara merawat tumit kaki yang merekah teruk itu dengan bantuan scrub kopi dan penonyoh tumit yang akan saya beri percuma dengan setiap pembelian scrub saya. Tapi ingin di ingatkan bahawa stok penonyoh kaki adalah terhad kepada 20 orang pertama sahaja sebab stok dah nak habis hehehe...

CARA-CARA MERAWAT TUMIT MEREKAH DENGAN SCRUB KOPI
Sebenarnya cukup mudah saya nak settlekan masalah ni sebab saya sendiri memang nak buat...Ini bermakna kalau nak selesaikan satu-satu masalah tu korang sendiri perlu rasa nak buat...sebab kalau korang malas nak buat memang takkan settlelah masalah korang tu...ye tak?

1) Mula-mula,korang ambil penonyoh tumit(cosmetik tools) tu dan korang gosok pada permukaan tumit korang yang merekah tu dan makesure tumit kaki korang dalam keadaan 100% kering. Gosok sehingga keluar semua kulit mati yang kering kat tumit korang tu

2) Selepas selesai menggosok guna penonyoh tumit tu korang terus ambil scrub kopi dan letak kat tumit yang korang gosok tadi tu dan terus urut selama 5minit. Kalau korang ada masa boleh buat lebih lama supaya tumit korang dapat menyerap lembapan dan khasiat yang terkandung dalam scrub kopi tersebut. Terpulang pada korang nak letak air sikit ke bagi mudah nak urut. 

TAHAP KEBERKESANAN SCRUB KOPI - MASALAH TUMIT MEREKAH

3) Selepas tamat tempoh mengurut & menggosok menggunakan scrub kopi korang dah boleh bilas dengan air. Kemudian lap kering tumit kaki korang dan lepas tu bolehlah selpie dengan tumit kaki korang macam saya buat kikiki...Korang akan dapat hasilnya sejurus selepas penggunaan pertama

TAHAP KEBERKESANAN SCRUB KOPI - MASALAH TUMIT MEREKAH

Saya bukan menjanjikan bulan dan bintang. Ia bukanlah satu magik kerana korang perlu ulangi step ini sehingga korang berpuashati dengan tumit kaki korang nanti. Mungkin ada yang akan pulih serta merta selepas sekali guna berdasarkan tahap rekahan tumit korang la...

Kalau teruk sangat merekah tu jangan lah nak tembak saya seolah-olah saya menipu korang pula huhuhuhu...Saya sendiri dah cuba dan buktikan TAHAP KEBERKESANAN SCRUB KOPI untuk membantu masalah tumit merekah dan hasilnya memang ke arah positif seperti yang korang boleh tengok dalam gambar. 

Terpulang pada korang nak mencuba @ tidak. Untuk percubaan kali pertama ni terasa tumit lebih licin dan kesan rekahan berkurangan

Korang boleh tengok sendiri gambar tumit yang dah selesai di scrub kopi kan...Memang ada perbezaan sebelum dan selepas dari segi saiz rekahan dan tahap kelembapan kulit. Kepada mereka yang berhasrat nak mencuba dan nak rebut penonyoh kaki free sila direct wasap saya ya...

Terima kasih kepada yang sudi membaca review saya. Saya doakan agar saya dapat membantu mereka yang memerlukan. Jumpa lagi dalam pengisian yang seterusnya. Kepada mereka yang rasa info ini bermanfaat sila share untuk kebaikan kita bersama. Alhamdulillah

Wassalam

KULIT RASA SANGAT BERSIH GUNA SCRUB KOPI (TESTIMONI PART 4)

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Masa saya sedang menaip di blog ini hujan turun mencurah-curah kat luar. Pagi-pagi dah hujan dah...Hujan rahmat kat orang tua-tua...Sejuk je...Kalau tak hujan pagi-pagi dah rasa bahang panas dah...tapi harini rasa sangat selesa. Kebetulan harini anak saya ada appointment dengan doktor pakar Audio kat hospital Kluang,so korang tolonglah doakan anak saya baik baik je eh...hehehe...

Harini saya nak share 3 testimoni pengguna scrub organik homemade saya. Scrub yang dimaksudkan adalah scrub kopi dan scrub oat...Saya kan ada 4 jenis scrub takut nanti tak mention korang confuse scrub mana yang dimaksudkan dalam perbualan tu...

KULIT RASA SANGAT BERSIH GUNA SCRUB KOPI (TESTIMONI PART 4)

Adik yang atas ni beli scrub kopi.... katanya bila lepas pakai kulit terasa lembut dan sangat best. Ini kerana scrub kopi ni saya masukkan minyak zaitun dan minyak argan untuk kesan yang memang powerfull untuk kulit. Scrub ini dapat membantu korang membuang sel-sel kulit mati...parut-parut jerawat...blackhead,whitehead dan melembabkan kulit. 

Adik ni dah pun order scrub kopi ni untuk branding jenama sendiri...Alhamdulillah...Produk bagus mesti orang suka kan...tak kiralah ada KKM ke tidak sebab saya buat scrub ni kat rumah...celah mana saya nak apply KKM...KKM takde tapi selawat dan doa-doa mengiringi proses pembuatan scrub ni...IN SYA ALLAH...

KULIT RASA SANGAT BERSIH GUNA SCRUB KOPI (TESTIMONI PART 4)

Testimoni kedua ni pula bagitahu yang kulitnya juga terasa lembut dan bersih selepas guna scrub kopi ni. Sebenarnya semua orangpun memang perlu guna scrub untuk kulit muka dan badan sebab scrub ni boleh mencuci kotoran-kotoran degil kat atas kulit. Tekstur scrub yang berbiji-biji mampu menggosok daki-daki degil dipermukaan kulit korang dan celah-celahan yang selalu menjadi tempat bakteria membiak

KULIT RASA SANGAT BERSIH GUNA SCRUB KOPI (TESTIMONI PART 4)

Dan testimoni yang ini pula seorang ustaz yang ambil scrub daripada saya. Dia dah pun branding jenama dia sendiri. Ustaz ni berpuashati dengan hasil tangan saya. Alhamdulillah scrub saya dapat diterima pakai oleh semua orang

Kepada mereka yang belum pernah mengamalkan penggunaan scrub untuk muka dan badan bolehlah try lepas ni bagi buang semua kerak-kerak daki dan sel kulit mati. Tapi sebelum tu saya nak pesan kalau nak beli scrub kalau boleh beli yang 100% organik sebab yang 100% organik ni tiada bahan kimia...

So,lebih selamat untuk korang pakai. Segala jenis scrub dalam dunia ni sama je...yang membezakannya adalah bahan dan kesannya...Apa salahnya korang guna yang organik takdelah kulit korang dapat kesan samping untuk jangkamasa panjang kan...

Ok lah,inilah perkongsian saya untuk KULIT RASA SANGAT BERSIH GUNA SCRUB KOPI (TESTIMONI PART 4)...Jangan lupa singgah lagi kat sini ya korang. Jumpa lagi

Wassalam


LAGI ORDER UNTUK SCRUB KOPI ORGANIK HOMEMADE...ALHAMDULILLAH

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Selamat datang ke teratak HOMEMADE BEAUTY MALAYSIA kepada mereka yang baru firstime menjejak kaki disini. Blog ini saya sediakan untuk mencoret aktiviti harian saya sebabgai pembuat produk organik homemade untuk tatapan mereka yang mencari pembekal scrub,sabun atau produk organik homemade. Buat pengetahuan semua,segala produk yang digelar organik homemade disini diproses oleh saya sendiri. Saya bukan orang kedua,ketiga @ keberapapun...Saya adalah pemilik a.k.a pembuat produk-produk ini

Review saya hari ini LAGI ORDER UNTUK SCRUB KOPI ORGANIK HOMEMADE...ALHAMDULILLAH. Firstly saya memanjat rasa sangat bersyukur kerana semakin ramai yang mempercayai saya untuk menghasilkan produk mereka. Saya berdoa agar produk organik homemade yang saya hasilkan dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya. Semoga kita sama-sama dapat keberkatan atas apa kita usahakan.

LAGI ORDER UNTUK SCRUB KOPI ORGANIK HOMEMADE...ALHAMDULILLAH

Maafkan saya jika ada yang tidak selesa dengan setiap entri saya dalam blog ini kerana saya asyik cerita tentang produk organik homemade sahaja tak sudah-sudah. Bukan saya nak menunjuk-nunjuk ya...tapi sekadar perkongsian aktiviti saya...kalau saya tak buat macamtu macammana saya nak bagitahu orang apa yang saya buat dan macammana pula mereka nak percaya kalau tiada bukti untuk saya tunjukkan huhuhu...So...blog ni lebih kurang macam bukti lah ye...sebenarnya lebih kepada memberi kemudahan kepada saya untuk menerangkan perkhidmatan saya kepada bakal pelanggan...sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dilihat...Harap semua orang faham tentang tujuan saya itu...

Harini saya terima lagi satu order untuk scrub kopi. Buat pengetahuan korang saya ada buat 2 jenis scrub kopi iaitu scrub jenis lembab(berderai) dan scrub jenis cair. Harini customer saya request scrub yang jenis cair. Korang tak perlu pelik dengan 2 jenis scrub ni sebab ia mempunyai fungsi yang sama...cuma fizikal sahaja yang berbeza...So,korang tak payah risau kalau nak beli yang lembab atau cair ni...terpulang pada tuan badan yang nak pakai

Jap saya nak share kat korang pasal isu scrub cair dan lembab ni. Kenapa scrub cair lebih digemari berbanding scrub jenis lembab adalah kerana scrub yang lembab mudah keras. Maksud keras itu adalah tekstur fizikalnya akan berubah kerana sifat kopi itu sendiri yang cepat masuk angin bila terdedah. Saya pun tak tahu nak terangkan macamana sebab tiada contoh nak ditunjukkan. Tapi korang boleh test sendiri kat rumah korang...Kopi terdedah 5 minit pun akan menjadi keras @ berubah tekstur...hehehe...Tapi korang tak perlu risau kerana hanya tekstur sahaja yang berubah,kualiti tetap sama...Solution daripada permasalahan scrub jadi keras ini adalah guna scrub cair hehehe...

LAGI ORDER UNTUK SCRUB KOPI ORGANIK HOMEMADE...ALHAMDULILLAH

Gambar kat atas ni adalah scrub kopi cair untuk customer dah pun siap diproses...bagi scrub tu rileks dulu 10 minit sebab baru angkat dari mesin mixer. Dah sebulan lebih dah mixer ni membantu saya buat scrub. Dulu-dulu saya proses scrub guna tangan je...manual...Tapi sebabkan tak berdaya nak guna tangan saya usahakan untuk membeli mesin mixer ni. Dengan mesin mixer ni saya dapat menjimatkan masa untuk memproses scrub dan bahan-bahan scrubpun 100% tergaul mesra hehehe...Kalau tak dulu nak siapkan 20kg scrub macam nak buat kenduri gamaknya ...huhuhu...Alhamdulillah...ini semua berkat sokongan korang semua

LAGI ORDER UNTUK SCRUB KOPI ORGANIK HOMEMADE...ALHAMDULILLAH

Ni pula gambar scrub dah siap masukkan kedalam bekas tunggu masa nak tutup dengan penutup je. Korang tengok gambar tu,nampak tak penutup putih tu? Haaa....botol ni ada "inner cap" tak macam botol saya sebelum ni...So,korang tak perlu risau scrub korang tumpah bagai sebab inner cap ini adalah penyelamatnya hehehe... Selepas siap masukkan scrub dalam bekas tu saya diamkan dalam 5 minit supaya scrub tu betul-betul stabil berada dalam bekas tu...bagi rileks juga dulu hehe...Kemudian baru saya tutup dengan inner cap dan penutupnya...Scrub ni nampak macam cair tapi teksturnya likat dan padat...Bila korang nak guna just colek sikit dan boleh guna terus...bukan cair macam air tuh ya...

LAGI ORDER UNTUK SCRUB KOPI ORGANIK HOMEMADE...ALHAMDULILLAH

Akhirnya...
selesai sudah scrub untuk customer untuk hari ini...Hari ini payment dan alhamdulillah saya berjaya pos hari ini juga. Begitulah tekstur sebenar scrub kopi saya yang jenis cair...Beruntung saya buat scrub sendiri sebab ada lebih boleh guna untuk diri sendiri dan keluarga...Bekas besar yang ada sudu tu scrub untuk saya( hehehe...stok sebulan dua ...jangan jelezz ) I'm organik lover that's why memang tak boleh move on kalau takde scrub ni huhuhu... Cer korang try mesti dengan korang korang sekali berjangkit penyakit organik lover nih...

Kepada customer yang membeli ni,saya harap awak happy dengan apa yang saya hidangkan. Kalau ada yang tak kena jangan segan-segan nak komplen sebab itu adalah kayu pengukur untuk saya jadi lebih baik. Saya seorang yang positif...In Sya Allah saya boleh terima teguran...tapi minta maaf saya paling alergik dengan cara customer yang "meroyan"...Maka,kalau ada yang nak komplen sila bercakap dengan berhemah dengan saya ok...Hehehe...( saya tak suka kekerasan )

Ok dah...Cukup setakat ini ya...Sesiapa yang nak berurusan dengan saya klik je icon Whatsapp yang ada dalam blog ni...korang akan dapat berwhatsapp terus dengan saya...Jumpa lagi next entri...Terima kasih atas kunjungan korang...Tq Allah...

Wassalam

KULIT LEMBUT DAN SHINING GUNA SCRUB KOPI - TESTIMONI (PART 3)

Assalammualaikum dan selamat pagi uolllssss...
Korang dah breakfast ke? Breakfast ni penting tau untuk kesihatan perut...Kalau nak jadualkan masa makan untuk kurus make sure jangan tinggalkan breakfast...sebab perut kita dah kosong dalam jangka masa yang lama ketika kita tidur...so jangan seksa perut yang rajin nak bekerja tu(perut perlukan sesuatu untuk dihadam) Tapi boleh abaikan nasihat ni kalau korang tidur sambil makan hehehe(gurau je...)

Harini pagi-pagi saya dah buka laptop sebab nak share testimoni scrub. Bukan apa...saya kalau boleh nak letak seberapa banyak mengenai scrub organik homemade dan adik beradiknya yang lain( produk homemade lain yang saya buat ) sebab jimat masa saya nak explain kat orang pasal apa yang saya buat. Ramai customer yang dari pesbuk tanya pasal scrub dan sabun homemade. Kalau 10 orang yang tanya maun berdarah gak hidung nak jawab...huhuhu. Sekarang baru saya tahu kenapa orang cakap blog untuk bisnes ni penting. Sekarang bila orang nak tahu lebih lanjut pasal apa yang saya buat saya terus bagi link blog ni je...sebab tu setiap hari saya perlu untuk update cerita yang berkaitan dengan apa yang saya lakukan. 

KULIT LEMBUT DAN SHINING GUNA SCRUB KOPI - TESTIMONI (PART 3)

 Dua gambar di atas adalah testimoni original pengguna scrub organik homemade saya. Alhamdulillah customer berpuashati dan suka dengan hasil yang mereka dapat. Korang kena fahamkan betul-betul ya...saya buat scrub organik...100% guna bahan semulajadi...tiada campuran bahan kimia yang boleh rosakkan kulit mahupun bahan yang boleh buat korang jadi bidadari. Keberkesanan yang korang akan dapat tidak akan sama setiap individu kerana ia bergantung kepada hormon yang ada dalam badan korang...melainkan korang mempunyai hormon yang sama dengan orang lain...erkkk ada ke yang sama hormon??? hurmmmm...hehehe

Customer cakap masa firstime pakai pun dah rasa kulit lembut je kulit selepas pakai scrub...Selepas 3 kali pakai kulit dia semakin serasi menggunakan scrub organik homemade saya ni taw...siap cakap kulit dia nampak shining lagi...Happy sangat saya dengar...Jangan cakap produk organik tak bagus...tu dia buktinya produk organik masih relevan untuk diguna pakai malah  lebih selamat

KULIT LEMBUT DAN SHINING GUNA SCRUB KOPI - TESTIMONI (PART 3)

Apa yang istimewanya tentang produk organik homemade ni adalah ia 100% selamat digunakan. Korang tak perlu risau kulit korang terbakar ke...sesuai ke dengan kulit korang atau bahaya tak dengan kulit korang. Sepanjang saya mengamalkan penggunaan produk-produk homemade, saya rasa sangat selesa dan selamat. Saya dah boleh tolak tepi dah kerisauan saya pada kesihatan kulit sebab saya yakin tiada apa yang akan merosakkan kulit saya dengan produk natural

Jerawat??? Jerawat tu normal la sayang oiiii... Patung lilin kat I-City je yang tak naik jerawat dikkk ( hehehe bercanda je taw) Sape yang muka dia tumbuh jerawat itu adalah petanda kulit korang sihat...Tapi awas pada yang jerawat tak timbul timbul tu...sebab jerawat pun takut nak tunjuk muka sebab lapisan atas kulit tu ada bahan kimia...uikkkk gerunnya...

Mana ada orang yang takde jerawat...mesti ada punya...Janganlah korang terpedaya sangat dengan muka model dan artis semua tu...dah mekap nampak licin...glowing dan shining lah muka diorang tu....tapi kalau perhatikan betul betul mesti ada jerawat seketul dua yang menghiasi muka diorang hehehe...Ni semua teknik mekap dikkk...Tapi bukan semua lah macamtu...Ramai juga yang mempunyai kulit jenis bersih sejak azali...ini kurniaan Allah tak boleh dipertikaikan hokeyyy...

Sebenarnya semua produk kat dunia ni sama je...semua guna bahan natural...mana diorang nak ambil bahan lain lagi...mesti ambil kat muka bumi ni juga....tapi yang meragukan adalah kaedah campuran bahan kimia yang berlebihan untuk tujuan mencantikan dengan segera. Dengan bahasa yang lebih mudah faham bukan 100% natural @ semulajadi...Faham tak saya cakap apa?? krikk krikkk krikkk

Rasanya cukup setakat ni perkongsian saya kali ni...macam dah ke angkasa lepas pun ada gamaknya kalau dah start menaip ni huhuhu...Terima kasih sudi membaca perkongsian saya...Saya akan berkongsi lagi next entri...Kalau tak bosan boleh la datang jenguk...Jumpa lagi

Wassalam


HILANGKAN DAKI DEGIL ANAK GUNA SCRUB KOPI HOMEMADE

Assalammualaikum...
Semalam cuti hari pekerja...walaupun saya ni surirumah je tapi kadang-kadang sibuk juga buat kerja lain...ala-ala kerja lebihlah sebab nak siapkan order scrub dan sabun customer...Tapi oleh kerana semalam cuti hari pekerja sayapun ambil kesempatan untuk bercuti daripada kerja sambilan tu huhuhu...Tapi kerja hakiki mana boleh cuti...tak berasap dapur nanti

Oleh kerana cuti,saya lebihkan masa untuk membelek anak-anak...Lebihkan masa nak bersama-sama diorang. Anak saya yang sulung kalau masa sekolah dari pagi pukul 8 sampai petang pukul 7 memang busy je...jumpa kejap-kejap je..Yang no 2 tu ok lah..pagi je pergi sekolah tadika...pukul 12 dah balik lebihlah sikit masa bersama...tapi kalau tiba masa saya sibuk betul memang tak dapatlah nak berkepit je kan..Dan yang paling beruntung adalah yang bongsu,24jam memang bersama saya hehehe

Ni la dia projek saya semalam scrub badan anak-anak saya. Saya memang akan scrub badan anak-anak saya seminggu sekali bagi buang semua daki daki degil yang melekat kat badan diorang ni. Yela...seminggu mandi pakai sabun je,sekali sekala kena sental juga...baru puashati saya hahaha...

HILANGKAN DAKI DEGIL ANAK GUNA SCRUB KOPI HOMEMADE
~ Ammar yang dulu geli-geli nak pegang scrub sampai muka pun nak scrub...wat muka syok kalau ibu gosok scrub kat muka huhuhu...~

Sempat juga saya ambil gambar aksi diorang berscrub kopi by ibunya. Ibunya tokey scrub takkan nak beli scrub lain untuk pakai kannnn...mestilah guna yang ibunya buat...macam-macam perisa ada hehehe...Mula-mula dulu nak scrub badan diorang cukup kemain payah sebab diorang rasa geli dan sakit bila saya tonyoh kot...Tapi sekarang bila cakap "jom mandi guna scrub" berebut-rebut nak tunjuk aksi huhuhu...

HILANGKAN DAKI DEGIL ANAK GUNA SCRUB KOPI HOMEMADE
~ Aksi Amsyar berscrubbing...suka sangattt ~

Scrub ni bukan untuk bagi daki je yang tanggal tau...ia akan buang sel kulit mati sekali...Macam budak kecik takde la susah sangat nak hilangkan sel kulit mati tu...sebab diorang pun takde kot sel kulit mati yang banyak macam kita...daki yang bertimbun adalah hahaha...sebab diorang kan aktif...bila berpeluh banyak maka daki pun banyaklahhhh...lagi-lagi kalau yang jenis mandi ala kadar je mesti berbelak-belak tengkuk anak korang tu kannn huhuhuhu...

Macam budak kecik diorang ada kesan gigitan nyamuk atau kudis boleh hilangkan dengan penggunaan scrub ni,sebab scrub ni mengandungi minyak zaitun dan argan yang sangat bagus untuk kulit. Scrub ni tidak bahaya guna kat budak...kat baby pun korang boleh pakaikan sebab scrub ni organik tanpa bahan kimia,tapi jangan tonyoh kuat sangat takut baby tak tahan pula...

HILANGKAN DAKI DEGIL ANAK GUNA SCRUB KOPI HOMEMADE
 ~ Amsyar nak jadi model scrub ibu eh? ~

Ada yang tanya kat saya kalau lepas guna scrub tu nak cuci dengan sabun ke? Jawapannya terpulang pada korang...Kalau korang sayangkan kelembapan scrub tu tak perlulah korang cuci dengan sabun...Bagi minyak tu betul-betul meresap dalam kulit...Tapi kalau korang takut nanti nak berwudhuk tak yakin lantas air ke tak,korang sabunlah anggota-anggota wudhuk je...Sayanglah nak cuci hukhukhukkk...macam saya kalau pakai scrub saya buat macamtu la...

Cara ni kalau korang nak amik wudhuk selepas berscrub...tapi kalau nak solat lagi sejam dua tak perlu lah...sebab minyak tu dah meresap habis dah kedalam kulit korang tu masa nak berwudhuk nanti...Lepas korang guna scrub ni takde lah berminyak sangat kulit korang...macamne eh saya nak cakap...hurmmmm....Haaaa....kulit korang akan rasa lembab dan sangat lembut...macamtu lah...Takde pun kesan berminyak sangat macam korang letak losyen...memang selesa lah...

HILANGKAN DAKI DEGIL ANAK GUNA SCRUB KOPI HOMEMADE
~ Scrub kopi/koko/oat/green tea organik homemade ~

Itulah projek saya untuk anak-anak sempena cuti hari buruh semalam,seronok betul diorang berendam dalam bilik mandi. Sebelum terlupa...sedikit tips untuk korang kalau nak scrub badan anak-anak korang...Sebelum korang nak scrub tu bagi diorang main air dulu bagi daki-daki dan kekotoran yang melekat kat badan diorang tu kembang...senang sikit keluar daki masa korang scrub badan diorang. Lepastu bila dah scrub bagi lama sikit scrub tu atas badan diorang...Sebab tu aktiviti scrub badan anak ni saya buat masa free sebab nak buat dengan cara yang betul dan sempurna. Nak buat satu benda mestilah kena dengan gayanya baru nampak hasilnya betul ke idokkk?? hehehe

Begitula cerita yang nak saya kongsikan dengan korang...Korangpun nak scrub badan anak korang ??? Meh whatsapp saya...Terima kasih ya baca cerita saya ...jumpa lagi next story...

Wassalam

PEMBORONG SCRUB & SABUN HOMEMADE TERMURAH - TIADA BAHAN KIMIA

Assalammualaikum korang...
Harini macam dah lewat malam sangat baru berkesempatan nak menulis. Semalam adalah hari yang sibuk buat saya sebab nak menyiapkan pesanan scrub dan sabun untuk customer. Saya ni buat kecil kecilan je...takde pembantu...tapi bila dapat order besar nak tak nak kena lah hadap seorang diri...Ini lah dugaan dan cabaran untuk mencari rezeki...Apapun saya bersyukur kerana Allah telah mengirimkan seseorang untuk berurusan dengan saya...maka saya perlu memberikan persembahan yang terbaik untuk membalas rezeki yang dikirimkan buat saya...Ewahhhh...bermadah pula kat sini...Jom layan review PEMBORONG SCRUB & SABUN HOMEMADE TERMURAH - TIADA BAHAN KIMIA jap...hehehe

Order kali ni customer request 5 jenis scrub...5 jenis sabun. Bagi saya ini adalah kuantiti yang biasa saya dapat seperti sebelum ini tetapi yang mencabarnya kali ni customer nak campur-campur...hehehe itulah cabarannya sebab saya nak kena buat banyak benda

PEMBORONG SCRUB & SABUN HOMEMADE TERMURAH - TIADA BAHAN KIMIA
~ Sabun koko,kopi,madu asli,kunyit dan oat ~

 Sabun ni beratnya 35gram ya...comel je kan...Biasa saya akan buka order RM360 untuk 80pcs sabun...Korang boleh pilih sabun apa yang korang nak...Boleh campur campur takde masalah...Sabun yang saya buat khas untuk muka,tiada letak extract ya...semua saya letak bahan yang asli...serbuk asli...dan saya akan letak sedikit minyak zaitun supaya bila korang pakai sabun ni muka korang akan lembab je huhuhu...Ingin di ingatkan disini...sabun dan scrub dari saya adalah 100% homemade. Saya sendiri yang bancuh...saya sendiri yang buat...tiada istilah repacking dengan saya...In sya Allah korang boleh pakai dan jual tanpa ragu-ragu sebab saya langsung tak letak bahan kimia

Ramai yang tanya saya,berapa lama produk-produk ini boleh bertahan? Buat pengetahuan korang...Saya hanya akan proses order korang bila saya dapat payment...bukan saya takut saya tak dapat jual kalau saya buat banyak-banyak ya...tetapi saya nak bagi produk yang "fresh" kepada customer...So...korang jangan risau...setiap barang yang sampai dari saya adalah produk yang "fresh"..In Sya Allah korang boleh pakai lebih lama. 

PEMBORONG SCRUB & SABUN HOMEMADE TERMURAH - TIADA BAHAN KIMIA
~ scrub kopi,oat,koko dan greentea bergabung di situ..hehehe~

Sebelum ini saya tak buka order macamni...Sebelum ni saya letak minimum order untuk satu flavour scrub organik homemade adalah 6kg untuk dapat harga borong RM50/kg...tetapi ramai pula yang request " kak,bolehla campur-campur kak...kami ni baru nak belajar bisnes...nak try-try dulu.." Oleh kerana dah lebih dari 5 orang yang dok merintih macamni saya pun buat keputusan untuk akur dengan permintaan customer...Lagipun sekarang saya dah beli mixer besar...so,masa untuk proses scrub tak ambil masa yang lama seperti sebelum ini patah pinggang saya menyiapkan 20kg order...huhuhuhu

Sekarang,kepada mereka yang nak order scrub saya dah bagi campur-campur dah...Kalau nak beli kilo-kilo korang boleh campur 3 flavour...setiap flavour 2kg...Kalau nak order yang dah siap packing dalam botol 100gram tu RM360 untuk 60botol...boleh campur-campur juga...no hal...Saya nak bagi kemudahan kepada orang-orang yang betul-betul memerlukan...Sebab kebanyakan mereka yang nak order scrub ni adalah student...Hebat betul student sekarang...mereka berusaha untuk mencari duit poket sendiri...

Alhamdulillah...semuanya dah selesai...esok boleh la saya pos semua order ni...Jumaat dan sabtu johor cuti...so ahad baru dapat pergi pos ye kakak...harap posmen dapat menghantar order akak ni dengan cepat dan selamat...Taknak dah jadi macam order sebelum ni...Pos 2 kotak tapi sampai sekotak je,rupa-rupanya sekotak lagi posmen lagi satu yang hantar...hahahaha...malas saya nak fikir sistem diorang ni,sabar jela...nasib baik lah dapat customer semuanya baik hati...tak pernah nak marah-marah saya. Macam tau-tau je saya ni alergik sangat dengan sikap pemarah...Syukur Alhamdulillah...

Begitulah serba sedikit cerita tentang projek saya semalam...Saya bersyukur sangat semuanya berjalan lancar sebab kebetulan sekolah cuti hujung minggu...takdelah nak terkejar-kejar uruskan anak-anak sekolah. Kepada yang berminat berurusan dengan saya boleh terus whatsapp saya ya...In sya Allah saya akan memberikan harga yang termurah di pasaran dengan servis yang tiptop disamping kualiti produk yang terbaik...Terima kasih kepada yang sudi membaca cerita saya...Jumpa lagi next entri...

Wassalam


PACKAGING TERBARU SCRUB MUKA DAN BADAN HOMEMADE BY ZM BEAUTY

Assalammualaikum semua yang sampai ke blog ini. Harini hari cuti...Anak-anak tak sekolah tapi petang petang ni diorang aktiviti bebas...so ibunya ada kesempatan sikit untuk menulis kat dalam blog ni

Khamis lepas label terbaru untuk scrub muka dan badan yang saya buat sampai. lama juga nak tunggu label ni siap sebab kawan yang tolong saya buatkan label ni cakap mesin printing dia rosak...Sebab lama tak rosak kan...syukur mesin tu rosak time buat label untuk saya...so boleh adjust lagi la...kalau ada customer yang urgent mesti sakit otak dia nak layan customer meroyan...

PACKAGING TERBARU SCRUB MUKA DAN BADAN HOMEMADE BY ZM BEAUTY

PACKAGING TERBARU SCRUB MUKA DAN BADAN HOMEMADE BY ZM BEAUTY

Haaaa ni dia label dan packaging yang terbaru. Pek terbaru ni isinya 100gram je...Sebelum ni saya buat 200gram tapi ada customer cakap banyak sebab jenuh nak habiskan. Ni mesti yang jenis tak sabar nak try next produk untuk dicuba nih...hehehe...Kalau yang pek 100gram ni kalau pakai khas kat muka ja boleh tahan sebulan ke sebulan lebih sebab kita tak pakai banyak kan...Tapi kalau pakai kat badan sekali saya tak rasa ia cukup untuk sebulan...sebab size badan kita tak tau nak kira macamne...hehehe

Apa yang menarik tentang packaging baru ni adalah ia tidak sama dengan pek pek sebelum ini. Kali ini packaging saya pilih yang simple dan selamat. Apa yang selamat?? Macam sebelum ni mula mula saya pakai bekas yang macam ni juga tapi materialnya tak sama...mudah pecah walaupun plastik. Bila nak pos saya terpaksa guna bubble wrap untuk bungkus sebab takut pecah bila kena baling dek abang posmen. Dah jadi satu hal pula saya nak kena beli bubble wrap

PACKAGING TERBARU SCRUB MUKA DAN BADAN HOMEMADE BY ZM BEAUTY
~ botol 1st batch ~

Selepas tu,saya tukar packaging plastik pouch yang warna silver tu. memang menarik....simple dan senang nak pos...selamat...Tapi ada juga kelemahannya,sebab bila letak dalam bilik mandi tangan dah basah susah nak buka zipper dia...pastu plastik tu jadi basah dan kadang kadang air termasuk dalam plastik...ini yang customer komplen la...sebab tu saya dah pesan sebelum berscrubbing ambil sedikit yang kita perlu je letak dalam bekas lain...In kerana saya nak elakkan kejadian di atas berlaku...huhuhu. Dan...biasanya mereka akan tanya ada yang 100gram tak...Ramai yang suggest buat pek 100gram pula...huhuhu...inilah pancarobanya bila kita jual produk homemade banyak sangat request

PACKAGING TERBARU SCRUB MUKA DAN BADAN HOMEMADE BY ZM BEAUTY
~ plastik 2nd batch ~

So...Kali ni saya rasa adalah yang terakhir saya tukar. Botol yang saya pilih memang menepati ciri-ciri keselamatan menyeluruh rentetan kelemahan 2 packaging sebelum ini. Packaging yang terbaru ni adalah bekas plastik juga tapi tidak akan pecah walaupun kena baling @ jatuh. Di dalamnya ada "inner cap" bagi mengelakkan isi scrub tumpah ketika tutup botol di buka. Dan label scrub saya pilih yang jenis plastik kalis air...so korang yang guna scrub ni akan terus bersemangat untuk terus guna sebab tengok labelnya macam baru je walaupun dah sebulan beli...dah nak habis dah pon isinya hahaha...

Lepas korang ambil scrub tu,tutup baik-baik guna inner cap dia...pastu tutup kemas kemas pastu boleh cuci sikit bahagian luarnya...sebab takut ada pula scrub yang tercalit-calit kat badan botol scrub tu tadi...Kalau tak cuci nanti semut or lipas suka nak datang...sebab diorang ni sangat sangat suka menziarah produk produk organik ni...dia pun nak cantik juga...hahaha

Maka,itulah cerita pendek untuk korang baca harini ya...Just nak bagitahu je...Korang korang yang belum rasa pakai scrub by zm beauty ni memang patut try...ada banyak testimoni yang best-best saya belum sempat nak tepek lagi. Saya dah amalkan scrub ni dari awal saya buat dulu...Alhamdulillah walaupun tidak secantik bidadari tapi saya rasa selamat bersama bahan semulajadi tanpa bahan kimia bertempek kat muka saya. Terima kasih sudi baca entri saya,Jumpa lagi ya...

Wassalam


SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA

Assalammualaikum semua...
Alhamdulillah saya dengan penuh semangat jitu nak juga selitkan diri untuk menulis lagi..Bukan apa kita nak berjaya kenalah ada usaha lebih...Jangan dok meratap susah susah susah tapi takde wat pape pun untuk keluar dari kesusahan yang disebut-sebut tadi. Saya tidak tujukan kepada sesiapa taw...ini adalah peringatan untuk diri saya supaya terus bersemangat untuk meneruskan apa yang telah saya mulakan.

Seperti yang dijanjikan sebelum ni saya nak review sikit pasal seorang kakak dari KL yang order 3 jenis scrub saya untuk buat jenama dia sendiri. Puas saya fikir apakah tajuk yang paling sesuai untuk diletakkan untuk entri kali ni last last saya memilih SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA  sebagai tajuknya. Amacam ok tak? Dapat search tak? hehehe

Semalam saya buat 4jenis scrub dari pagi sampai malam. Tapi kakak ni order scrub muka  dan badan je. Betul-betul seronok saya menguasai arena dapur untuk melaksanakan order kakak ni hahaha...Pukul satu pagi baru saya siap semuanya. Kalau cerita pasal letih memang sangat sangat letih tapi saya tetap berpuashati sebab saya dapat menyiapkan dengan sempurna demi kepuasan pelanggan saya. 

SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA
~ Scrub siap untuk dihantar ~

Mula-mula sekali sebagai pembuka operasi saya proses scrub koko terlebih dahulu. Selepas 2jam selesai sambung pula dengan scrub oat dan kopi...Pukul 2 selesai siap bungkus untuk kakak tu terus pos. Alhamdulillah saya berjaya pos hari yang sama selepas kakak tu buat bayaran pagi tu. Saya sangat-sangat mementingkan servis dan kualiti dalam urusniaga saya...Bagi saya ini adalah salah satu cara yang boleh diguna pakai oleh saya untuk bersaing dengan peniaga-peniaga seperti saya...Apa orang kata tu...Bersaing dengan cara sihat ye tak...

Selesai maghrib saya sambung balik buat Lipscrub yang saya dah cerita pada entri sebelum ni..Tak baca lagi??? Meh tengok kat SINI . Jangan tanya saya kenapa scrub bibir lebih mahal daripada scrub muka dan badan. Ini kerana scrub bibir lebih susah(renyah) nak buat dan bahannya lebih mahal...so kenalah kira sekali kos nya kan...hehehehe

SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA   SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA
~ ni salah satu scrub yang kakak tu ambil...in progress scrub oat & koko ~

Ramai orang tanya saya mahsyuk sangat ke jual scrub organik ni? Sebab saya dah buat kerja ni setahun lebih dah, tak henti-henti cerita pasal scrub. Kat group cerita scrub organik...kat facebook cerita scrub organik...kat IG pon cerita scrub organik...Kat blog HOMEMADE BEAUTY MALAYSIA apatah lagi asyik membebel je...Itu belum kat twiter segala bagai tu lagi..." kenapa eh kau masih lagi dengan scrub organik kau? Kau tak jemu ke? ke...kau untung gila dengan scrub organik ni?"


Hurmmm...apa jenis soalan la dia bagi kat saya pun saya tak tahu...nak kata dia cuba nak kritik tak mungkin sebab takkan la dia nak buat macamtu kat saya kan...Itulah yang ramai orang belum tahu kenapa saya masih disini dengan scrub organik saya tanpa rasa jemu. Income mahsyukk??? Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah kirimkan buat saya. Kalau ada order saya penuhi kalau tiada order saya anggap belum masanya untuk saya terima rezeki dari Allah. Saya hanya perlu berusaha sahaja...Yang Maha Pemberi Rezeki adalah Allah. 


SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA
~ Sempat ambil gambar sebelum tutup kotak...hehehe(selit sikit gambar nanti boring pula baca) ~

Itulah prinsip yang saya pegang hingga sekarang dan saya sentiasa berdoa agar selama-lamanya saya akan pegang prinsip itu. Saya berniaga bukan untuk kaya raya tetapi saya ingin membantu mereka yang memerlukan perkhidmatan saya. Kena faham ya konteks membantu versi saya...jangan ada yang cakap kalau nak bantu kenapa bagi harga yang lebih kurang je dengan orang lain yang jual scrub organik ni... Kena faham ya...Kalau saya menjual dengan harga sesuka hati dengan rate harga yang jauh lebih murah daripada peniaga lain saya akan menjadi seorang peniaga yang zalim sebab membolot semua rezeki yang mungkin mereka lebih perlukan. Saya bukan seperti itu

Lebih kurang 4 tahun lepas kami berpindah dari selangor ke johor kerana tuntutan kerja suami saya. Nak tak nak saya terpaksa berhenti kerja dan ikut pindah. Mungkin ada hikmahnya saya ditakdirkan berpindah ke sini. Masa mula mula pindah ada juga saya usaha nak cari kerja sebab dah biasa bekerja pegang duit tetiba takde kerja...sedih juga saya. Tapi saya tak berjaya dapatkan pengasuh yang berkualiti macam pengasuh anak-anak saya sebelum ni. Saya takut nak tinggalkan anak-anak saya dengan orang. Dan mungkin inilah hikmahnya yang Allah nak bagi pada saya. Dia nak saya sendiri yang mengasuh anak-anak saya...bukan orang lain..Maka...berputih mata lah saya untuk makan gaji mulai saat itu...huhuhuhu

Kalau korang nak tahu saya ni memang buta IT...sebelum ni nak buka FB pun terketaq-ketaq...Memang zero...Blog?? Apatah lagi...setahun saya buat research pasal macammana nak create blog...sebab masa mula-mula cuba create blog guna telefon bila preview jadi lain dari yang dibuat. Banyak kali cuba tak berjaya...Tanya orang semua cakap tak tahu...Tak tau macamana nak ajar saya hehehe(buta IT la katakan)...Lepastu saya cuba menjahit kerongsang bunga,kerongsang felt. Tapi tak menjadi sebab tiada sambutan...susah nak jual,mungkin tiada rezeki saya dalam bidang itu...Selepas tu saya cuba buat berniaga acar buah hantar kat kedai-kedai sekitar kawasan tempat saya tinggal...Pada mulanya ok tapi pusingan yang ke-2 saya tengok tempat saya letak acar buah saya tu tak jaga barang saya dengan betul. Tumpah-tumpah...berhabuk...sedih sangat...Korang taw kan modal buat acar buah ni besar juga...tapi takpelah bukan rezeki saya

Selepas saya gagal kali ke-2 saya join dropship produk kecantikan pula...haaa...yang ini saya buat sampai sekarang. Walaupun saya sibuk dengan scrub tapi masih ada yang mencari saya kalau diorang nak beli produk kecantiakan. Kalau korang nak tahu...daripada buat dropship inilah saya menjadi diri saya sekarang. Saya tak keluar satu sen pun modal untuk mula berniaga...

Tapi itu dulu...bukan sekarang...sekarang dah ramai sangat dropshipper sampai dah takde pelanggan yang nak membeli...Penjual lebih ramai daripada pembeli hahaha...Saya rasa memang patutpun pemborong atau pembekal atau owner produk ni letak yuran tinggi tinggi kat sesiapa yang nak jadi dropshipper supaya yang join tu adalah orang yang betul-betul minat berniaga nak cari rezeki. Ini tak...yang nak beli untuk diri sendiri sebulan sekali pun layak jadi dropshipper...Abis tu siapa yang nak beli dari kamiiiii!!!!! Huhuhuhu...pstttt korang kalau nak beli produk kecantikan dengan saya boleh tengok kat SINI

Tiada sesiapa dalam dunia perniagaan ni nak berniaga tapi tak nak untung. Semua orang berniaga sebab nak cari rezeki(daripada keuntungan). 99% sumber rezeki adalah dari perniagaan...Perniagaan adalah sunnah Rasullullah(s.a.w). Jika kita ada peluang dan ruang janganlah sia-siakan peluang untuk berniaga kerana berniaga adalah sunnah.   Tanda kita cintakan Rasullullah salah satunya adalah mengikut apa yang di ajar. Haaa kannn...dapat tak?Berniaga mampu membawa sesiapa sahaja keluar daripada masalah kewangan jika dilakukan dengan betul. Niat kena betul.

SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA
~ Alhamdulillah...masa saya sedang menaip entri ni kakak tu bagitahu barang yang saya kirim sudah sampai...~

Jangan cakap tajuk SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA ni tiada kaitan dengan apa yang saya bebelkan ni sebab saya cuma nak bagitahu korang baru sekarang(lebih kurang 6bulan yang lepas la) saya dijejaki sedikit setelah sekian lama saya berjuang untuk mendapatkan tempat dihati pengguna produk organik. Bukan saya cakap saya dah cukup berjaya saat ini tetapi saya cuma nak bagitahu sudah ada orang yang nampak saya...Kalau saya dah berjaya kaya raya mana ada masa nak membebel kat sini dik oiiii...Kalau dah berjaya sejaya jaya nya mesti sibuk sana sini...takde masa nak menaip sepatah sepatah kat blog ni...Sebab belum cukup berjayalah saya masih berada disini untuk kenalkan diri kepada orang...Tolong jangan salah anggap dengan kenyataan saya...fahamkan betul-betul ya...Tak faham boleh tanya...saya tak garang...hehehe

Jadi kesimpulan yang dapat saya rumuskan dalam tajuk SCRUB ORGANIK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGGUNA  ni adalah dalam berniaga kita harus istiqomah...bukan senang nak senang,orang yang berjaya sekarang mungkin pernah gagal 10 kali sebelum ini yang kita tidak tahu sebab kita tak pernah nak ambil tahu...yang kita ambil tahu adalah kisah kejayaannya..Bersabar dengan apa jua cabaran dan rintangan. Ingat!!! Allah sentiasa ada bersama-sama kita selagi kita bersama-samaNya...Mintalah bantuanNya disaat kita kesusahan kerana Dia sentiasa berharap untuk membantu kita...Cuma tunggu kita minta sahaja

Saya berasa sangat bersyukur dengan rezeki yang diberi untuk saya. Walaupun bisnes saya tidak sehebat mana tetapi lebih baik daripada saya langsung tidak berbuat apa-apa(buang masa) sekurang-kurangnya saya dapat membantu meringankan beban suami dan keluarga. Itu sudah cukup untuk saya berpuashati. Saya doakan semoga Allah menemukan saya dengan mereka yang benar-benar memerlukan perkhidmatan saya dan mereka juga diberi kekuatan dan istiqomah untuk berjaya suatu hari nanti

Akhir sekali terima kasih kepada korang korang yang baca sampai habis entri saya kali ni. Maafkan saya jika saya ada menyakiti hati sesiapa dalam bicara saya kali ini. Segala yang saya coretkan adalah mengenai diri saya sendiri dan tiada kaitan dengan sesiapapun . Jumpa lagi dalam entri yang akan datang ya...Wassalam