ZURAINI.COM

Showing posts with label PENCUCI WANITA HOMEMADE. Show all posts
Showing posts with label PENCUCI WANITA HOMEMADE. Show all posts

PEMBERSIH WANITA YANG BAGUS

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Harini macam lewat nak update blog...Dari petang semalam sakit kepala berdenyut-denyut tak lalu rasanya nak buat apapun. Huhuhu...

Masa tulis entri ni pun masih sakit kepala tapi tetap nak tulis juga sebab kalau tak update rasa macam ada yang tak kena...So,saya akan buat cerita yang simple je tentang PEMBERSIH WANITA YANG BAGUS

Seperti yang kita semua maklum setiap wanita memerlukan pembersih wanita dalam kehidupan harian mereka. Boleh dikatakan ia sebagai keperluan juga la bagi saya sebab kalau takde pembersih wanita saya rasa macam tak selesa

Dipasaran sekarang terlalu banyak jenama pembersih wanita dari yang mahal hingga ke murah tetapi fungsinya adalah sama iaitu untuk membersihkan bahagian sulit wanita daripada menjadi tempat pembiakan bakteria

Sebenarnya harini saya nak perkenalkan dekat korang pembersih wanita bawah brand saya iaitu By ZM beauty. Sebelum tu saya perlu beritahu korang yang Pembersih Miss V Sireh & Manjakani ini juga merupakan produk organik homemade

 Pembersih Miss V Sireh & Manjakani ini diproses oleh kakak ipar saya ya...Bukan saya yang buat. Kakak ipar saya adalah seorang pengamal tegar perubatan tradisional yang berasal dari Indonesia. Ibu kepada kakak ipar saya adalah seorang bidan yang agak terkenal di Indonesia. 

Maka,tidak hairanlah si anak juga mempunyai kepakaran dalam menghasilkan produk kesihatan yang alami. Kakak ipar saya juga menyediakan perkhidmatan berurut dan berbekam dari rumah ke rumah mereka yang memerlukan perkhidmatannya

PEMBERSIH WANITA YANG BAGUS


Saya sendiri dah mencuba  Pembersih Miss V Sireh & Manjakani selama lebih kurang 4 bulan. Apa yang menariknya tentang pembersih wanita ini adalah ia merupakan produk yang dibuat sendiri menggunakan daun sireh,manjakani dan daun neem. 

Gabungan 3 bahan yang sangat hebat kerana daun neem dan sireh berfungsi sebagai antibakteria untuk memastikan miss v kita dalam keadaan yang bersih dan sihat sepanjang hari. Manjakani pula berfungsi sebagai penyembuh kepada masalah keputihan,kendur,berbau,becak dan banyak lagi masalah-masalah sulit wanita yang selalu dirahsiakan

Manjakani adalah satu tumbuhan ajaib yang Allah ciptakan hanya untuk wanita. Terdapat 1001 manfaat yang kita akan dapat dengan buah ajaib ini. Manjakani dapat menganjalkan dinding vagina yang kendur ibarat getah kendur yang digantikan dengan getah baharu

Bila korang pakai  Pembersih Miss V Sireh & Manjakani ni,korang akan rasakan sensasi sejuk dingin yang sangat menyegarkan dengan bau haruman yang sangat natural. Satu bilik mandi akan rasa harum dan segar. 

Dan yang paling bestnya korang boleh guna setiap kali korang pergi tandas...tiada had masa korang boleh guna...Kalau korang pergi tandas 10kali dan korang nak guna 10kali juga tiada masalah...hehehe

 Apa yang penting daerah V kita akan rasa sejuk dan segar. Wahhhhhh....100% recomaded by me...bukan sebab saya jual tetapi ikhlas saya bagitau korang serius memang best sangat guna...Sebotol  Pembersih Miss V Sireh & Manjakani ni mengandungi 180ml. In Sya Allah kalau korang pandai guna boleh tahan hingga sebulan @ lebih...bergantung pada cara korang guna ok

PEMBERSIH WANITA YANG BAGUS

Harga ????
Serius saya cakap harga sangat mampu milik...Dan kalau korang sekadar nak mencubapun korang takkan rasa ralat sangat sebab harga bukan mahal sangatpun. Tapi please...jangan ingat benda tu murah ia tiada kualiti...

Korang dah rasa pakai baru korang akan faham apa itu kualiti yang ada pada  Pembersih Miss V Sireh & Manjakani ni...Nak cakap banyak pun tak guna sebab bila dah cuba & guna sendiri baru boleh tahu apa perasaannya hehehe...

So...Korang kalau berminat nak dapatkannya or nak mencuba boleh direct whatsapp saya. Saya hanya buat  Pembersih Miss V Sireh & Manjakani limited 100botol sahaja untuk buat testimoni. In Sya Allah jika diterima ramai saya akan teruskan...

Rezeki hanya dari Allah. Saya harap  Pembersih Miss V Sireh & Manjakani dapat diterima pakai kerana ia juga tergolong dalam organik homemade sebab ia 100% diproses secara manual dirumah. Tiada bahan kimia yang ditambah

Terima kasih kepada yang sudi singgah disini dan diharapkan kita akan bertemu lagi di lain entri. Berakhir sudah entri bertajuk PEMBERSIH WANITA YANG BAGUS daripada saya...Love u all

Wassalam