ZURAINI.COM

Showing posts with label LIFESTYLE. Show all posts
Showing posts with label LIFESTYLE. Show all posts

KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL

Bismillah dan Assalammualaikum semuaaa...lamanya saya tak update blog ni..macam dah bersawang-sawang je masa saya masuk tadi huhuhu...bukan apa,macam biasalah saya ni busy memanjang je tak sempat nak duduk menghadap laptop,last saya update blog masa dalam kursus last week,lepastu balik kampung cuti raya korban...semalam baru balik dari kampung baru ada kesempatan nak duduk menulis...rindu rasanya nak membebel. So...harini saya nak cerita pasal kursus yang saya join last week iaitu KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL

KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL

By the way,kursus ini adalah tajaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga MATRADE yang membuka peluang kepada syarikat enterprise dan sdn bhd untuk belajar memperluaskan perniagaan melalui media sosial. MATRADE juga memberi sedikit taklimat mengenai fungsi mereka dalam membantu usahawan-usahawan tempatan untuk lebih berjaya

KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL

Untuk pengetahuan korang KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL ni adalah percuma ditaja oleh kementerian. Rugi kan kalau siapa yang tak join...Dapat ilmu percuma,makan percuma dan tempat tinggalpun percuma. Kalau kita pergi kelas yang sama kat luar harganya tak kurang RM1500 tau korang...So,korang kalau dapat peluang pergi kursus-kursus yang macamni cuba usahakan untuk turut serta sebab ada banyak ilmu dan tenaga pengajar yang share ilmu yang kita mungkin tidak tahu disini

Kursus ini diadakan di makmal komputer Perpustakaan Raja Zarith Sofiah UTM Skudai. Seriously memang seronok join kursus ni sebab kita bukan mendengar sahaja tetapi ada sesi praktikal juga. Apa yang di ajar kita boleh terus buat dan kalau tak faham boleh tanya secara langsung. Then,kita diberi peluang untuk memperkenalkan diri serta perniagaan yang kita jalankan

Antara modul yang diajar dalam kursus ini adalah bagaimana nak mengiklankan produk dan perkhidmatan melalui FB Ads,menjual di Instagram,Page dan Market Place. Banyak ilmu yang saya dapat dengan menyertai KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL ni. 

Dan yang paling best saya dapat tambah kawan-kawan baru yang memberi semangat saya untuk terus berniaga. Inilah kelebihan bila kita sertai kursus,kita dapat menambah kawan dan mungkin boleh terus berurusniaga dengan kawan-kawan yang kita kenal disana

KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL

Ini adalah muka-muka kawan saya saya dapat jumpa dan kenali semasa sertai kursus. KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL ni diadakan selama 2 hari,so kami bermalam. Cuba bayangkan kalau 4 orang "bisnesswomen" bermalam bersama...huhuhu memang riuh lah kami,pukul 3 baru tidur padahal esok nak kena bangun pagi ni...Takpelah bukan selalupun kan...macam-macam topik yang kami cerita dan share...memang best sangat kenal mereka...Mereka semua ada bisnes sendiri

KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL

Esoknya selepas sarapan sempat bergambar kenangan sebelum pergi bilik seminar. Semua muka happy go lucky je walaupun tak cukup tidur huhuhu...Kakak yang tudung biru tu tidur sebilik dengan saya dan kakak lagi 2 orang tu tidur bilik sebelah hehehe...memang best sangat dapat serumah dengan korang,hope selepas ni kita ada peluang macamni lagi kan...

KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL

Kat sini lah kami bermalam. Hotel ni adalah under UTM sendiri untuk mereka yang nak bermalam disini kalau ada event kat UTM ni. Hotelnya selesa dan sesuai untuk family...Saya bagitahu base on bilik yang saya bermalam taw...bilik lain saya tak tahulah hehehe...tak sempat nak check...Sempat berposing jap kat depan hotel...Bahagian kaki tak dapat nak crop,abaikan stoking dan selipar tu eh hehehe...dah macam orang lepas pantang pun ado...

Hari ke-2 KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL lebih kepada praktikal. Kami diberi tunjuk ajar bagaimana nak set-up FB ads dan market place. Pukul 5 petang kelas bersurai selepas sesi penyerahan sijil penyertaan...

KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL

Inilah buktinya saya telah berjaya mengikuti KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL dengan jayanya. Apa yang saya dapat dari program ini adalah ilmu baru yang saya belum tahu @ samar-samar lagi dan kawan-kawan yang memang dalam bidang yang sama. Congrat's pada semua peserta yang lain. Saya memandu bersendirian balik ke Simpang Renggam dengan penuh rasa rindu kepada anak-anak yang saya tinggalkan bersama suami...

Kesimpulannya saya bersyukur sebab diberi peluang untuk menyertai KURSUS PENGIKLANAN MENERUSI MEDIA SOSIAL tajaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan berharap ada lagi peluang untuk sertai kursus-kursus seumpama ini selepas ini untuk memantapkan lagi ilmu perniagaan saya...Lastly,terima kasih kepada yang sudi singgah dan jumpa lagi next entri...Saya akan review pasal bisnes kawan-kawan saya pula ya...
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

AKHIRNYA SAYA BERJAYA LULUS GOOGLE ADSENSE

Assalammualaikum semua...
AKHIRNYA SAYA BERJAYA LULUS GOOGLE ADSENSE...Happy tak terkata,setelah sekian lama saya menantikan dan berusaha untuk mendapatkannya...

AKHIRNYA SAYA BERJAYA LULUS GOOGLE ADSENSE

Sebenarnya saya dah putus asa nak teruskan usaha apply google adsense ni sehinggakan jumpa satu entri dari blog HelloAiman yang cerita macamana cara dia boleh lulus google adsense...masa tu saya teruja dan kembali bersemangat untuk mencuba lagi

Sebenarnya nak lulus google adsense ni mudah je kalau ikut tips-tips yang diberikan...Saya pernah baca entri blogger yang share tips nak lulus google adsense bagitahu kalau nak lulus google adsense ni kat blog kena ada ni...Jap saya senaraikan bagi mudah korang nak buat checklist...hehehe
AKHIRNYA SAYA BERJAYA LULUS GOOGLE ADSENSE

Kalau korang nak tahu saya dah lebih 10 kali apply tapi tak pernah diterima huhuhu...saya dah repair dan ikut apa yang disarankan tetapi masih tiada jawapan...Bila saya check akaun adsense jawapan tetap sama

Sehinggalah saya jumpa artikel HelloAiman tadi saya ikut idea dia yang terakhir iaitu tukar email...Sebenarnya ini kali ke-2 saya tukar email...Email yang pertama tiada jawapan masa saya apply 1 mei lepas...masih krik krikkk sampai sekarang...

AKHIRNYA SAYA BERJAYA LULUS GOOGLE ADSENSE

Inilah jawapan yang saya dapat setiap kali login google adsense huhuhu...rasa nak nangis je tau...Akhirnya saya tekad tukar email kali ke-2. Kalau ada yang tak tahu cara nak tukar email meh saya tunjuk...semoga korang pun berjaya apply google adsense lepas ni...

AKHIRNYA SAYA BERJAYA LULUS GOOGLE ADSENSE

Mula-mula korang kena ada akaun gmail yang baru tau...bila dah ada korang invite jadi admin di blog korang yang nak apply google adsense tu...Korang rujuk gambar kat atas ni...Pergi kat bahagian setting ~ asas..Lepastu korang tekan kat bahagian tambah pengarang dan isikan alamat gmail yang korang nak guna untuk apply google adsense

AKHIRNYA SAYA BERJAYA LULUS GOOGLE ADSENSE

Kemuadian korang akan dapat email kebenaran untuk jadi pengarang diblog korang tu...(email baru tau...yang korang nak guna untuk apply adsense) Lepastu korang "accept invitation". Lepas korang accept korang adalah seorang pengarang di blog korang tu...Kemudian korang masuk balik ke blog korang dan tukarkan status pengarang tu menjadi pentadbir(admin) 

Bila dah settle korang jadi admin korang dah boleh apply google adsense balik guna email yang baru. Inilah cara saya buat untuk lulus google adsense dengan akaun gmail baru. Selepas 5 hari submit akaun google adsense saya diluluskan...Alhamdulillah...Terima kasih sangat kat HelloAiman yang share tips tu...

Tips-tips yang saya sharekan ini adalah yang telah saya gunakan sendiri. Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman dan tips...Kalau tips yang tidak betul tolong betulkan ya otai-otai blogger hehehe...saya ni newbie je...masih mentah lagi... Saya harap korang boleh faham apa yang saya cuba sampaikan...

Kepada korang yang masih tercari-cari tips untuk berjaya lulus google adsense boleh cuba cara saya. Terima kasih pada yang sudi baca cerita AKHIRNYA SAYA BERJAYA LULUS GOOGLE ADSENSE saya ni...Jangan mudah putus asa macam saya sebab setiap masalah tu pasti ada jalan untuk selesaikannya...Happy sangat dapat lulus google adsense...Thank you Allah...

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

SEMAKAN DAFTAR MEMILIH SPR 2017

Bismillah dan Assalammualaikum reader...eh ada ke reader nih??? macam krik krik je kan hehehe...Hai korang selamat pagi ahad harini...Ada negeri yang selamat berhujung minggu dan ada negeri yang selamat awal minggu hehehe...macam saya di Johor adalah awal minggu...takpelah...yang penting kita duduk dalam Malaysia yang aman sentosa ye idokk? Harini saya nak share link SEMAKAN DAFTAR MEMILIH SPR 2017

SEMAKAN DAFTAR MEMILIH SPR 2017

Sekarang ni heboh sana sini orang cerita pasal PRU...korang perasan tak? sampai ada yang terover pula hentam sana...hentam sini kat media sosial padahal isu kecil je tapi dijadikan isu besar...hehehe...takpela,kita abaikan je orang macamni ok...

Saya ni daftar memilih di Subang Jaya pada PRU yang lepas tapi sekarang saya dah duduk Johor...Ni dok fikir lagi ni nak pergi mengundi kat mana huhuhu

Semua rakyat malaysia yang berumur 23tahun ke atas adalah layak mengundi...Kenapa mengundi ni penting adalah sebab mungkin 1 undi boleh mengubah nasib rakyat....Jangan ambil enteng je perkara ni...

Korang kalau nak daftar mengundi @ nak tukar tempat mengundi senang je...Korang boleh berurusan di pejabat pos berdekatan. Kalau tak tahu korang tanya je kat pegawai pos tu mesti diorang tunjuk ajar


SEMAKAN DAFTAR MEMILIH SPR 2017

Sekarang ni dah boleh start uruskan semua ni sebab taknak last minit baru nak selesaikan. Faham-faham jela kan korang...kerja yang dilakukan last minit ni kurang sempurna...nanti ada pula kekurangan yang boleh merugikan 1 undi ...hehehe...

Jangan kecam saya...saya rakyat Malaysia biasa je...bukan ahli politik...Saya teringat nasihat cikgu sekolah dulu-dulu ...so saya share la nasihat cikgu saya tu kat sini...kata sharing is caring...kan kan kan...

SEMAKAN DAFTAR MEMILIH SPR 2017
Bagaimana nak semak daftar memilih spr ?Senang je korang...sekarang zaman milenia...sekarang dah boleh buat semakan daftar pemilih spr online,bukan macam dulu-dulu ...
sekarang klik klik terus dapat...sepantas kilat kita dah boleh tahu dimana tempat kita akan mengundi...Kalau yang belum berdaftar tak perlu la check kat link SEMAKAN DAFTAR MEMILIH SPR 2017 ni sebab tak akan keluar nama korang pun huhuhu...Korang pergi daftar dulu baru merasa nama naik kat situ hokeyyy...


Korang dapat check tak??? Korang tekan je link yang warna kuning tu dan masukkan nombor kad pengenalan dan salin kod yang diberi...pastu proceed...lepastu korang akan dapat tengok status korang...dah settle...

SEMAKAN DAFTAR MEMILIH SPR 2017

Saya dah check...korang bila nak check hehehe...selesai sudah cerita saya pasal SEMAKAN DAFTAR MEMILIH SPR 2017...nanti ada masa korang pula check...yang belum daftar boleh pergi daftar ya...Jadilah rakyat Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab...pesanan khidmat masyarakat dibawakan oleh saya sendiri...Terima kasih sudi singgah...jumpa lagi...daaaaa

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM

Assalammualaikum semua...Harini saya nak cerita ringkas je kat sini...tiada update pasal produk sebab saya tak berapa nak sihat harini...tapi nak juga update blog ...hehe. Harini saya pilih topik 5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM

5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM

KENAPA SAYA PILIH TAJUK NI???


Saya pilih tajuk ni sebab pagi tadi teringat satu soalan yang kawan saya tanya pada cikgu masa pergi kelas online marketing...Katanya sekarang dah dikuatkuasakan kepada semua online seller untuk menulis harga produk pada posting @ iklan di media sosial...Alasannya tak dapat saya nak jelaskan sebab saya takut nanti ada yang salah faham...




Yang saya nak cerita ni bukan pasal penguatkuasaan untuk memaparkan harga pada posting tetapi saya nak cerita pasal 5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM. 



Saya adalah seorang online seller...Dan saya percaya beribu-ribu orang di luar sana juga online seller seperti saya. Korang rasa online seller ni suka-suka ke tak paparkan harga bila posting kat Facebook @ Instagram @ media sosial lain...


Kalau korang perasan lah kan...memang selalunya seller-seller online tak letak hargapun kat posting diorang...Korang nak tahu sebab apa??? Meh baca  5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM

1) NAK ELAKKAN PERSAINGAN HARGA
Dunia sekarang dunia internet...Semua orang berebut-rebut ambil kesempatan berniaga online termasuklah saya hehehe...Sebab apa? Sebab jual online lebih praktikal dan kos nya rendah berbanding offline(buka kedai)...Jual online lebih global...dan macam-macam lagi kelebihannya...Oleh sebab itu terlalu banyak persaingan harga berlaku...kalau barang tak sama ok lagi...masalahnya barang sama sebab kebanyakan perniagaan sekarang adalah berkonsepkan dropship...so 1 jenis barang beribu-ribu orang menjual...maka berlaku persaingan harga di situ

2) NAK JAGA 'PERIUK NASI' RAKAN NIAGA
Ini adalah alasan yang saya gunakan sendiri sebab taknak rakan niaga yang jual barang yang sama dengan saya terasa mereka bersaing dengan saya untuk dapatkan sale...Dengan ekonomi sekarang ni RM1 pun sangat bernilai...Diskaun RM1 pun berebut-rebut orang nak beli...huhuhu...So,demi untuk menjaga hati rakan niaga lain baik kita rahsiakan harga daripada umum...kita bagi harga secara personal kepada buyer...tapi kalau buyer tu jenis rajin nak personal semua seller untuk cari harga yang paling rendah kita serahkan kepada rezeki masing-masing ye tak???

5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM

3) TAKNAK KEHILANGAN PROSPEK YANG BERPOTENSI
Saya bagitahu kat sini ya prospek yang saya maksudkan disini adalah bakal pelanggan...saya bagitahu pada yang belum tahu...nanti terpinga-pinga pula fikir prospek tu siapa...hehehe...Apa yang saya maksudkan taknak kehilangan prospek yang berpotensi tinggi disini adalah sebagai contoh kalau kita letak satu harga prospek tengok dan rasa mahal(mindset) tanpa mengetahui apa kelebihan barang tersebut yang menyebabkan harganya mahal sedangkan prospek tersebut memang nak beli...So,kalau seller tak paparkan harga sekurang-kurangnya seller ada peluang untuk berinteraksi dengan prospek dan peratusan untuk close sale adalah lebih tinggi

4) WUJUDKAN PERHUBUNGAN MESRA ANTARA SELLER & BUYER JIKA BERINTERAKSI SECARA PERSONAL
Sebelum tu korang fahamkan betul-betul ya...perhubungan ya bukan hubungan hehehe...Kat sini saya nak bagi contoh...kita pergi kedai A & B...kedai A ada salesgirl yang layan kita dan Kedai B ada info sahaja...kadang-kadang info tak lengkap...size takde tak tahu nak cari kat mana...Mesti Kedai A lebih selesa untuk kita berurusan kan???senang nak tanya itu ini... begitu la maksudnya kat sini...bila kita berurusan secara personal lebih jelas dan tepat infonya...mungkin ada info lain yang tidak diletakkan di ruang iklan....lebih jimat masa berurusan...saya yakin kalau letak harga buyer akan fikir soal value berbanding kualiti produk

5) DAH LETAK HARGA TAPI MASIH TANYA HARGA
Rasa macam kejam je alasan ni tapi saya letak juga ditangga ke 5 sebab inilah rungutan yang biasa saya dengar daripada orang yang berjual online...Ye...saya tahu customer always right...tapi dah letak harga tapi still tanya harga dekat ruangan komen...So,saya tertanya-tanya apakah fungsinya harga dipampangkan disitu? krik krikkk tak??...Kadang-kadang yang menyedihkan ada seller yang dah letak harga dah...ada yang tanya harga kat komen...bila tak reply komplen pasal sikap buyer yang tak reti nak layan customer...huhuhu...ni lagi kesian...secara tak langsung situasi ini akan memburukkan kredibiliti seorang seller...betul kan???

5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM

Inilah 5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM . Kita sebagai buyer haruslah bertimbang rasa sikit...sebab kebanyakkan mereka yang berjual online adalah surirumah @ student @ yang berkerja...Diorang bukan 24jam hadap FB @ IG je...ada yang nak merempit hantar jemput anak sekolah...nak memasak,membasuh bagai...Yang student mungkin ada yang dalam kelas masa korang komen @ pm tu...so,kalau korang nak berurusan dengan penjual online ni kenalah kenal erti sabar dulu ye...hehehe

Lagi satu saya nak pesan...kita sebagai buyer janganlah anggap seller yang perlukan kita sebab nak cari rezeki...Lebih baik kita anggap yang kita saling memerlukan...Ada akad jual dan beli...aku nak barang ...engkau nak duit...haaaa kan bagus gitu...

Ishhhh ada lagi ni nak pesan...banyak betul pesanan khidmat masyarakat kat sini ha...saya buat rumusan jela pasal moral of story daripada 5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM ni...Korang mesti perasan kan sekarang seller kebanyakkannya letak link whatsapp kat iklan mereka...tapi saya selalu perhatikan masih ada yang komen "pm"...

Korang rasa la kan...seller suka-suka ke letak link whatsapp mereka kat iklan mereka tu??? Saje je tanya...Kalau tak berapa nak faham kenapa link tu diletakkan kat sana harini saya bagitahu korang...Sebenarnya link whatsapp diletakkan di iklan sebab mereka nak memudahkan korang untuk terus tekan dan tembus kat mereka...

Sekarang dah mudah tak macam dulu...dulu kena ambil pen untuk salin nombor...pastu kena save dulu nombor tu baru leh wasap....Dah bagi kemudahan taknak gunakan huhuhu...kan lebih senang tekan je link tu dan terus bagi salam....Cara ini juga untuk memudahkan seller daripada terlepas pandang urusniaga 

5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM


Kalau korang tulis "pm" kat komen akan ambil masa nak dapat reply...lainlah kalau jenis buyer yang 24jam on FB...sebab tu ada kes bila seller reply pm,buyer termangu-mangu fikir "barang apa yang aku suh pm tadi ek???" sebab banyak sangat letak komen "pm" sampai tak ingat apa yang nak beli...

Sedih beb kalau macamni...huhuhu...Yang kesiannya siapa??? Seller beb...seller yang kesian...dengan penuh harapan dia reply sambil dalam hati berkata-kata "rezeki is coming" tapi bila pm buyer tak ingat barang apa yang nak dibeli...itu ok lagi kalau si buyer tu tanya"awak jual apa ek? saya lupalah saya pm untuk beli apa" boleh lagi kita explain barang apa yang kita jual... 

Yang tahap menangis gigit jari tepi peti ais ni kalau si seller beria-ia dok pm tapi si buyer hilang dari radar...dah "seen" dah tapi macam kaku dan kelu untuk berkata-kata...hahaha...Ini biasa saya jumpa,bila dah pm rajin-rajinlah reply...

5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM

Sebenarnya seller bukanlah memaksa korang membeli setidak-tidaknya berilah satu penghargaan kat mereka yang cuba beri yang terbaik...mereka cari rezeki beb...kalau korang nak tahu yang seller-seller dalam facebook @ media sosial ni semuanya bukan orang senang...mereka ni cari rezeki untuk tambah-tambah pendapatan tau...bohonglah kalau saya cakap seller tu taknak sale tapi bukanlah tahap memaksa...kalau paksapun bukan boleh letak pisau kat leher pun kan...

Apalah salahnya ucapkan terima kasih bila dah dapat pm tu...kalau malas nak taip "T-E-R-I-M-A- K-A-S-I-H" tu korang taip "TQ" pun takpe...diorang faham...Kalau kemalasan tu dah sampai tahap gaban korang layangkan satu icon pun takpe...sekarang dengan icon pun orang dah boleh faham apa yang korang cuba ucapkan...macam-macam icon korang boleh guna...seketul je kot...takkan tak bolehhhh...Tapi kalau tak boleh juga takpela...saya sekadar memberi teguran...ikutlah cara masing-masing...yang penting enjoy!!!! huhuhu

5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM

Dan pesanan terakhir sekali janganlah kecam seller yang tak letak harga kat posting @ iklan diorang tu...sampaikan menarik orang lain untuk tambah komen mengecam lagi...kadang-kadang tu sampai berlarutan komen kecaman pasal takde harga...kesian buyer nak iklan tapi dapat kecaman...kita mudahkan orang lain In Syaa Allah kita juga akan dapat kemudahan hokey...

5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM

Rasanya cukup setakat ini catatan saya tentang 5 SEBAB KENAPA SELLER TAK LETAK HARGA PRODUK DI FACEBOOK ATAU INSTAGRAM...Segala apa yang saya tulis ini tiada kaitan dengan sesiapa...saya menulis mengikut pegalaman saya sendiri...Terima kasih kepada yang sudi membaca sampai habis...Jumpa lagi next entri...

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK

Bismillah...
Assalammualaikum semua...Tadi saya dapat satu order daripada Australia...Mula-mula kaget gak saya nak jawab panggilan dari Australia sebab takut scammer,ramai yang cerita pasal scammer sampai saya pun naik takut... Tapi sebabkan banyak kali sangat telefon saya tak angkat dia terus whatsapp saya...Bila buka whatsapp rupa-rupanya orang malaysia la...dia menetap di Australia...huhuhu...So,harini saya nak buat satu artikel bertajuk CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK

CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK

Ni dia barang yang customer nak beli hehehe...coffee scrub dan inai rambut halal...Katanya kat sana takde orang jual inai rambut yang halal so terpaksalah dia import dari tanah air tercinta...huhuhu...Nak pos barang ke luar negara ni mahal tau korang...harga pos lagi mahal daripada harga barang...sabar jela...tapi kalau dah nak beli tak kiralah mahal manapun kan...mesti nak juga( ini saya punya perangai...huhuhu )

CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK

Gambar kat atas ni plastik FlexiPack 500gram yang saya guna untuk pos barang customer. Setiap negara tempat kita nak hantar barang berbeza-beza rate harga postage taw...bukan semua sama...Korang boleh tanya kat pejabat pos berdekatan korang berapa rate untuk tempat korang nak hantar barang tu...Macam saya nak ke Australia adalah zone 2...tak boleh lebih tau sebab nanti tak lepas naik flight huhuhu...

Korang mesti macam blur-blur lagi kan dengan apa yang saya cerita ni...jom kita tengok jadual harga plastik FlexiPack ni...Sebelum tu saya bagitahu dulu FlexiPack ni ada 2 warna yang mewakili zone...Zone 1 plastiknya warna pink dan zone 2 plastiknya warna biru...FlexiPack boleh guna untuk hantar barang ke 200 buah negara yang telah ditetapkan...


CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK

Haaa...besar sungguh jadual ni saya ambil dari website pos Malaysia sebagai rujukan...nanti cerita je tak bagi bahan rujukan susah pula nak faham...Korang tengok kat jadual tu yang warna pink tu zone 1 dan biru zone 2. Apa yang bestnya tentang Flexipack ni adalah ia sama macam pos laju,kita boleh beli plastik siap-siap standby di rumah...bila nak pos barang just packing dan tulis butiran yang diperlukan dan boleh terus drop by kat pejabat pos...senang kan...

Ni saya nak bagitahu ni kat korang...Dengar baik-baik tau...yang dah tahu tak payah cakap "eleh...takkan tak tahu" ... ni saya nak bagitahu pada yang baru firstime nak buat pengeposan ke luar negara...Kalau korang nak gunakan perkhidmatan FlexiPack korang digalakkan untuk beli tracking number...

FlexiPack ni hanya sekadar plastik untuk pos macam kita pos kad raya kat kawan-kawan tu...tampal je setem pastu pos...Kalau korang rasa nak lebih terjamin better korang beli tracking number supaya korang boleh kesan kedudukan barang korang @ sebagai rujukan untuk customer

Tapi......

Kalau korang rasa taknak guna tracking number korang tak perlu beli...Itu tak jadi masalah...Pos malaysia tetap akan bertanggungjawab untuk menghantar kiriman korang...Cuma kita tak dapat nak trace barang kita berada dimana...perlu pasrah menunggu hehehe...

Kalau korang adalah orang bisnes...nak hantar barang kepada customer,saya nasihatkan better korang guna tracking number...kang kalau customer meroyan barang tak sampai minta claim...padahal barang sampai...siapa nak tanggung??? Krik krikkkk...Menagislah korang kat tepi peti ais sensorang...

CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK

Taraaaa...ni dia tracking number yang korang kena beli...Harganya RM4.60 je...nanti korang kena tulis detail penerima kat bahagian belakang tracking number tu...Korang nampak tak nombor yang tegak tu? Haaa itulah tracking number yang korang jadikan rujukan nanti...Korang cabut sticker yang ada tulis "recommande" tu dan tampal di ruang petak yang ada kat plastik FlexiPack tu...

CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK

Ni rupanya tracking number yang korang dah cabut tadi...Yang ini korang kena simpan baik-baik...nanti kalau dah sampai barang tu baru boleh buang...Tapi kalau nak buat collection pun apa salahnya...untuk tatapan generasi korang...nanti cucu korang tanya...nenek..nenek...nenek hantar barang ke luar negara ni untuk siapa?...ada gak bahan nak bercerita tua-tua nanti kan...hehehe...merepek dah ni...


CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK

Macamni rupanya saya tulis...guna pen marker yang permenant lagi sebab takut barang tak sampai...huhuhu...Korang nampakkan sebelah butiran penerima tu ada kotak kosong besar...kat situlah korang perlu lekatkan tracking number...Bila dah settle semua korang boleh terus drop by kat kaunter...tak payah beratur...korang letak je kat tempat yang selalu orang letak parcel pos laju tu...nanti pandai-pandai lah akak@abang pejabat pos tu ambil dan asingkan mana yang local mana yang international kan...

Tapi kalau korang takut ada yang tak lengkap@kurang yakin betul ke tidak apa yang korang buat, korang boleh je terus pergi kat tepi kaunter tu korang bisik je kat akak tu bagitahu tolong check kejap parcel korang lengkap ke idok...

Jangan risau dia tak akan suruh ambil nombor hokeyyy...Tapi janganlah setiap kali nak pos nak tanya...bila dah tahu tu korang sematkan betul-betul dalam otak supaya nextime dah tak perlu nak susah payah bertanya lagi...

FlexiPack ni ibarat macam pos biasa tau...Murah kan...takkan nak murah tapi nak sampai cepat...mesti ambil masa yang panjang lebih kurang 6-9hari gitu...habis lama 2 minggu kalau ada masalah kat kastam...Depends on situation la juga...

Apa-apapun kalau korang dah ikut setiap langkah yang di ajar In Sya Allah barang korang akan sampai dengan selamat mengikut masa yang ditetapkan. Korang tunggu jela penerima bagi khabar gembira barang yang korang pos dah sampai...Kalau korang nak check hari-hari tracking number tu pun takde masalah hehehe...

KAT MANA NAK BELI FLEXIPACK NI???
Ayakkk...FlexiPack ni korang boleh beli kat pejabat pos sahaja....tempat lain takde jual


Oklah...rasanya cukup lengkap dah penerangan yang saya berikan...kalau korang tak faham korang boleh tanya @ korang terus check it out kat  INTERNATIONAL FLEXIPACK untuk lebih detail terperinci. Semoga perkongsian CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK ini memberi manfaat kepada korang...Kalau tak dapat banyak dapat kenal FlexiPack pun dah kira ok dah tu huhuhu...Terima kasih sudi kunjungi zuraini.com dan jumpa lagi next celoteh...

Wassalam


Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :


PROGRAM E-USAHAWAN PONTIAN

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Lama dah tak bersiaran akibat dari kekangan masa yang selalu cemburu dengan saya bila saya nak start menaip...Kalau ikutkan hati nak mencoret kat sini setiap hari..Nak share aktiviti homemade saya untuk tatapan orang lain tapi tidak kesampaian...Tapi harini saya kuatkan semangat untuk tulis sebab saya dah buat target untuk update blog setiap hari...tapi tak tahu la berjaya @ tak nak archive target tu huhuhuhu...Harini saya nak share cerita saya pergi ke PROGRAM E-USAHAWAN hari ahad yang lepas

PROGRAM E-USAHAWAN

Saya dah daftar untuk join PROGRAM E-USAHAWAN dari awal tahun lepas lagi... Saya memang suka join any seminar yang berkaitan dengan usahawan ni sebab saya berpeluang timba ilmu keusahawanan...Atleast adalah ilmu sikit untuk bekalan saya buat bisnes...Kalau takde ilmu susah juga kan...Setelah setahun lebih menunggu akhirnya saya berpeluang join PROGRAM E-USAHAWAN ni...

PROGRAM E-USAHAWAN

PROGRAM E-USAHAWAN ni diadakan di Pontian...tapi saya duduk di Simpang Renggam...agak jauh juga untuk saya ke sana tapi demi untuk menimba ilmu saya beranikan diri untuk drive seorang diri ke sana... sebab saya seorang sahaja peserta dari simpang renggam,kalau ada yang dari area sini memang adalah kawan untuk pergi sama-sama...tapi apakan daya huhuhu....firstime jalan jauh sorang-sorang...

PROGRAM E-USAHAWAN ini bermula jam 9pagi dan berakhir pada jam 6.30 petang...Bagi saya terlalu banyak ilmu yang ditaburkan oleh Coach Azs yang tak lokek ilmu tentang selok-belok bisnes online...Semua di ajar dari A hingga ke Z...Kalau ikutkan hati saya memang banyak lagi yang saya nak tanyakan dari Coach tapi masa tidak cukup untuk kami terus menadah telinga...

PROGRAM E-USAHAWAN

PROGRAM E-USAHAWAN ni bertujuan untuk memberi info @ mengajar usahawan/bakal usahawan/yang berminat untuk berniaga tentang ilmu perniagaan online...Cuba korang tengok modul yang di ajar sepanjang PROGRAM E-USAHAWAN ni...semuanya berkaitan dengan perniagaan atas talian..Dan...yang bestnya Coach Asz bukan ajar yang tertulis dalam modul sahaja...dia share lebih banyak ilmu yang saya belum tahu sebelum ini...Alhamdulillah tak sia-sia saya datang...

PROGRAM E-USAHAWAN
Semua orang tekun mendengar Coach Asz mencurahkan ilmu

Saya bersyukur sangat sebab diberi peluang untuk join PROGRAM E-USAHAWAN ni...Kalau korang nak tahu PROGRAM E-USAHAWAN ni percuma...Tak perlu bayar apa-apapun...Cuma kita perlu hadirkan diri dan beri komitmen sepenuhnya sepanjang tempoh seminar dijalankan...Itu sahaja...Makan tengahari disediakan dan petang sebelum balik ada salah seorang peserta sponsor air kurma madu untuk kami semua...Terima kasih kepada yang sponsor tu....

PROGRAM E-USAHAWAN ini adalah usaha kerajaan Malaysia dan MDEC untuk meningkatkan taraf ekonomi negara melalui perniagaan online. Siapa kata orang yang tidak berkerja tak boleh dapat gaji...tak boleh ada income...Inilah salah satu manfaat PROGRAM E-USAHAWAN untuk membantu mereka-mereka yang berminat nak buat income secara online terutamanya surirumah yang tidak berkerja...Bukan semua orang pandai selok belok bisnes online ni,sebab tu kerajaan nak bantu bagi ilmu supaya senang kita nak berniaga...

PROGRAM E-USAHAWAN

Jangan pula cakap PROGRAM E-USAHAWAN ni khas untuk surirumah sebab semua warganegara Malaysia layak untuk menyertai PROGRAM E-USAHAWAN ni,janji korang ada minat nak meningkatkan taraf hidup korang ke level yang lebih baik...Minat nombor satu dan yang keduanya mesti praktikkan apa yang di ajar sebab kalau minat je tapi tak buat apa-apa memang sia-sia jela korang pergi seharian duduk dalam seminar tu...Rugi je ilmu free...Kalau kat luar perlu bayar paling minimum RM500 untuk satu kelas seperti PROGRAM E-USAHAWAN ni taw...

Kalau korang pergi PROGRAM E-USAHAWAN ni jangan lupa bawa kelengkapan tau...maksud saya korang perlu bawa smartphone korang tu sebab dalam kelas nanti akan ada praktikal...masa tu memang perlu guna telepon korang tuh...Kalau yang ada laptop tu bawa sekali sebab lebih mudah korang nak buat kerja...Sebab kebanyakkan slide ditunjukkan dalam versi desktop...Tapi kalau yang takde laptop tu janganlah sedih...handphone pun boleh guna...jangan risau...yang paling pentig siapkan diri untuk beri komitmen semasa dalam kelas hokeyyyy....

Alhamdulillah...Apa-apapun saya bersyukur dengan ilmu yang diberikan dan saya akan menggunakan ilmu itu sebaik-baiknya untuk archive target jualan saya...Semoga kawan-kawan PROGRAM E-USAHAWAN yang lain juga dapat menggunakan semua ilmu yang kita dapat dengan lebih sempurna...Pesan saya kepada sesiapa yang berpeluang dipanggil untuk menghadiri PROGRAM E-USAHAWAN ni janganlah korang tolak melainkan ada hal yang lebih penting daripada itu sebab rugi kalau korang tak rebut peluang keemasan ni...

Ada tak yang nak join program ni??? Kalau korang nak join korang boleh daftar di link yang saya letak kat bawah ni ya...Jangan risau pendaftaran percuma...program pun percuma....Korang daftar dan tunggu je nama korang dipilih...Mereka akan hubungi korang sendiri kalau nama korang terpilih...


PROGRAM E-USAHAWAN

Kepada Coach Asz dan fasilitator En. Syahril terima kasih yang tidak terhingga atas komitmen yang terbaik diberikan kepada kami selaku peserta PROGRAM E-USAHAWAN di Pontian...Rasanya cukup setakat ini perkongsian saya tentang PROGRAM E-USAHAWAN...Usai program sempat saya berselfie dengan Puan Norazlina @ Coach Asz untuk kenangan dan sebagai pembakar semangat saya untuk teruskan perjuangan hehehe...Terima kasih kepada yang sudi singgah disini dan jumpa lagi next entry...

Wassalam


LIRIK LAGU SUMAYYAH HIJJAZ

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Korang mesti pernah dengar lagu sumayyah...Ada tak yang bila dengar lagu ni nak ulang-ulang banyak kali???Kalau ada yang macamtu meh sepp dengan saya sebab saya pun macamtu sampai naik lancar dah LIRIK LAGU NASYID SUMAYYAH HIJJAZ...Dari zaman anak dara sampai dah beranak pinak masih lagi jadikan lagu Sumayyah sebagai sumber inspirasi hidup saya


LIRIK LAGU SUMAYYAH HIJJAZ

Lagu Sumayyah ni menceritakan kisah ketabahan seorang wanita yang dianggap wanita terbaik sebaik manusia kerana rela nyawanya diambil demi mempertahankan agama Allah...Betapa mulianya hati Sumayyah tak tergambar dengan kata-kata. Setiap kali dengar LIRIK LAGU SUMAYYAH HIJJAZ mesti terasa meremang bulu roma dan menitis airmata dek terlalu menghayati kehebatan wanita bernama Sumayyah

Sementara saya nak sambung cerita jom kita layan LIRIK LAGU NASYID SUMAYYAH HIJJAZ ni...

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

(Chorus)
Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga di sana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumayyah kau dibunuh di dunia sementara
Untuk hidup di syurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah


Bila korang baca lirik ni korang hayati dengan sepenuhnya maksud yang tersurat dan tersirat dalam LIRIK LAGU SUMAYYAH HIJJAZ ni sure akan membuat hati meruntun...rasa nak nangis dan bangga sebab seorang wanita yang menjadi hebat semata-mata kerana ketaatan kepada Allah...Tiada kata-kata hebat yang boleh diberikan kepadanya...hanya Allah yang layak memberi ganjaran syurga untuk selama-lamanya buat Sumayyah

Saya ingat lagi masa malam pertama konsert Gema Gegar Vaganza kumpulan Hijjaz mengalunkan LAGU SUMAYYAH...Masa tu saya tengok live depan TV taw(hehehe...depan tv je pon)...berjurai-jurai airmata...tak tahu kenapa rasa terkesan sangat dalam diri ni...Saya ingat saya sorang je fefeeling gitu...penonton yang tengok live pon terkedu...Yang paling tersentuh juri tetap GGV tu sendiri iaitu Oki Setiana Dewi sebak mendengar kisah Sumayyah sehingga mengalirkan airmata

Siapa yang tak kenal Sumayyah? Dalam pendidikan islam disekolah pun ada dimasukkan tajuk Sumayyah sebagai srikandi islam yang mempertahankan agama Allah...Sebenarnya cerita Sumayyah nampak agak simple tetapi maksudnya pengorbanan itu mampu memberi pengajaran dan semangat

Apa-apapun dari dulu hingga kini saya menjadikan Sumayyah sebagai idola saya yang mampu membakar semangat walaupun ceritanya tinggal sejarah tetapi namanya tetap diingati dan semangatnya menjadi tauladan. Jom layan lagu ni...

Oklah ini sahaja perkongsian video dan lirik lagu Sumayyah yang menjadi lagu yang paling saya suka...Terima kasih sudi singgah disini dan jumpa lagi ya...Nak layan lagu ni jap hehehe

Wassalam