ZURAINI.COM

Image
Showing posts with label GARLIC BALM. Show all posts
Showing posts with label GARLIC BALM. Show all posts

PELUANG PERNIAGAAN ONLINE 2018 - STOKIS/AGENT GARLIC BALM DIPERLUKAN

Bismillah dan Assalammualaikum semua...harini macam lewat sikit bersiaran sebab harini sekolah cuti hujung minggu,so jadual ada lari sikit...hehehe...biasa pagi-pagi lepas siap semua masak for lunch saya akan bergegas hadap laptop...tapi harini tak dan korang oiiii...3 hero saya mengganas...so,kena utamakan anak-anak syurga dulu...merekalah pengarang jantung hati gedebuk gedebak saya huhuhu....Today saya nak cerita pasal PELUANG PERNIAGAAN ONLINE 2018 - STOKIS/AGENT GARLIC BALM DIPERLUKAN ...bunyinya macam best je kan...tapi tula...apapun yang kita buat mesti nak ada minat...kalau modal berjutapun kalau tak minat takkan kemana la bisnes tu...


PELUANG PERNIAGAAN ONLINE 2018 - STOKIS/AGENT GARLIC BALM DIPERLUKAN


Sebenarnya dah banyak kali saya war-warkan yang saya masih mencari sesiapa yang berminat nak join stokis/agent/dropship jual garlic balm ni...kat pesbuk saya cakap...kat blog ni pun saya ada cakap hehehe...tapi korang jangan ingat saya paksa pula...sekarang ni kan totally orang berniaga...zaman teknologi dihujung jari kan...rugi tak rebut peluang

Sambil-sambil saya membebel pasal peluang yang saya hidangkan pada korang yang berminat sambil tu saya nak tunjukkan aktiviti saya membuat kotak garlic balm saya ni...garlic balm saya ni tiada kotak khas untuk 1 botol...tetapi saya ada buat kotak khas untuk 10botol untuk agent...supaya lebih selamat masa proses saya nak pos...takut pecah kan...yela,botol garlic balm saya ni kaca...


PELUANG PERNIAGAAN ONLINE 2018 - STOKIS/AGENT GARLIC BALM DIPERLUKAN



PELUANG PERNIAGAAN ONLINE 2018 - STOKIS/AGENT GARLIC BALM DIPERLUKAN


Mesti korang tertanya-tanya kan macamana nak jadi stokis @ agent garlic balm ni...tapi sebelum tu saya nak cerita dulu tentang fungsi garlic balm ni...Garlic balm ini adalah hasil inovasi saya daripada petua tradisional turun temurun berabad-abad lamanya untuk merawat batuk dan selsema tanpa ubat...bukan itu sahaja ia juga dapat merawat gatal-gatal akibat alergik,gigitan serangga,nyamuk dan juga asma ringan...Garlic balm tiada rasa panas @ mint...Ia adalah 100% sama seperti minyak bawang putih buatan tangan...Garlic balm juga sesuai dijadikan minyak bayi kerana ia akan membuang angin dan elakkan bayi kembung perut...baby akan rasa selesa apabila menggunakan garlic balm sebelum tidur


PELUANG PERNIAGAAN ONLINE 2018 - STOKIS/AGENT GARLIC BALM DIPERLUKAN


Bila ditanya pula tentang kelebihan garlic balm ni @ kenapa korang perlu cuba garlic balm ni...garlic balm ini adalah 100% organik tanpa bahan kimia,pewangi @ essensial oil...Bau dan kesannya sama seperti minyak bawang putih petua tok nenek moyang kita dulu-dulu...saya buat garlic balm ni adalah untuk tujuan memudahkan mommy-mommy kat luar sana yang superb busy tu nak guna hehehe...takdelah bila nak guna baru terhegeh-hegeh nak cari bawang putih,garlic balm kan ada...

Selain memudahkan garlic balm ni lebih selamat dan jimatkan masa...cuba bayangkan kalau korang guna minyak bawang putih tu sapu kat anak korang,mesti lecehkan...takut menitik satu hal...takut terkirap kat atas tilam ke,lantai ke...isk..iskk...terpaksa cleaning sambil menyanyi lagu "bagaikan melukut di tepi gantang...begitulah dirikuuu..." (tiba lagu melukut...krik krik jap...apa kaitannya dengan minyak bawang putih terkirap???)hahaha...gitulah gamaknya gamaran situasinya....


PELUANG PERNIAGAAN ONLINE 2018 - STOKIS/AGENT GARLIC BALM DIPERLUKAN


Cara nak guna sangat-sangat mudah dan pratikal...korang guna konsisten in Sya Allah anak korang tak perlukan ubat batuk dan selsema...Kalau rasa-rasa anak nampak macam ada hint2 nak selsema @ batuk boleh terus apply...caranya apply pada tapak kaki,dada,belakang,rusuk kiri dan kanan,ubun-ubun,tengkuk dan bahagian sinus(tepi hidung dan dahi) Anak yang selsema mesti akan rasa tak selesa masa tidur...kadang-kadang sampai terjaga tengah malam menangis sebab hidung block....In Sya Allah kalau guna garlic balm masalah ini dapat diatasi...Tapi saya bagitahu siap-siap kat sini ya...jangan terlalu taksub dengan garlic balm @ kaedah rawatan diluar sana sebab kuasa penyembuhan hanya pada yang maha Esa...Hokeyyyy


PELUANG PERNIAGAAN ONLINE 2018 - STOKIS/AGENT GARLIC BALM DIPERLUKAN


Baiklah,kita back to the story about PELUANG PERNIAGAAN ONLINE 2018 - STOKIS/AGENT GARLIC BALM DIPERLUKAN...STOKIS telah dimansuhkan (latest update)


PELUANG PERNIAGAAN ONLINE 2018 - STOKIS/AGENT GARLIC BALM DIPERLUKAN


... Bagi mereka yang berminat nak jadi agent,Modal RM300 untuk 20botol...kalau nak free postage macam biasa lah korang boleh beli kat shopee juga "BELI GARLIC BALM DISINI" ...link yang saya bagi ni korang boleh beli 10 botol dengan harga agent tadi dengan cara "make offer" di shopee...."Tak tahu caranya??? "Jom tengok CARA STOKIS/AGENT/DROPSHIP BUAT ORDER DI PLATFORM MARKET PLACE SHOPEE ....korang boleh ikuti tutorial cara nak dapatkan free postage bila korang nak sign-up stokis/agent kat sana...mudah dan praktikal...Bagi mereka yang nak buat dropship pon boleh beli kat shopee...
Note : yang nak buat make offer sila whatsapp saya dahulu...01132484182

PELUANG PERNIAGAAN ONLINE 2018 - STOKIS/AGENT GARLIC BALM DIPERLUKAN

Apa-apapun pilihan terletak pada tangan korang...kalau berminat bolehlah join...kalau tak minat takpe...saya ok je hehehe...Maaflah sambil-sambil saya membebel saya dok lempaq-lempaq gambar DIY KOTAK PRODUK tu...hehehe...pasainya nak tunjuk bahawa saya komited sangat dengan bisnes garlic balm nih...sampaikan kotak pun saya buat sendiri kikiki...(yela tu...ke nak jimat kos...huhuhu) Bukan apa,barulah terasa bernilainya hasil titik peluh saya bila apa yang saya jual adalah hasil tangan saya sendiri...terasa kepuasannya...

So,saya stop karangan saya kat sini sebab jam dah dekat pukul 12 malam...dah mengantuk uooollllssss mata aiiii ni...so saya sudahi content PELUANG PERNIAGAAN ONLINE 2018 - STOKIS/AGENT GARLIC BALM DIPERLUKAN dengan babaiii...hehehe boleh ek gitu...korang kalau yang tak faham macamana nak sign up boleh wasap saya terus eh 01132484182 ...maafkan saya kalau ada salah dan silap,terutamanya ejaan hahahaha...then baru babaiiii...see you tumolo....
wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI

Bismillah dan Assalammualaikum semua...hai korang-korang semua...harini adalah hari ke-2 dalam tahun 2018...saya masih ada kesempatan nak mencoret lgi disini...kali ni saya pilih tajuk CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH  PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI...haaa korang mesti dah tau kan yang saya ni nak promote garlic balm saya kan...hehehe...itu normal lah sayang-sayangku...kang tak promote kang acano orang nak tahu kewujudan garlic balm ni kan...betoi tak???

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH  PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI

Tapi sebelum saya nak cerita lebih lanjut tentang garlic balm ni saya nak share juga petua sebenar minyak bawang putih ni...korang jangan confuse pula...minyak bawang putih dengan garlic balm ni adalah 2 benda yang sama tetapi fizikalnya tidak serupa

Okey...semua orang pun tahu dah yang bawang putih ni memang terer sangat bab-bab nak clearkan penafasan kalau kita dijangkiti selsema dan batuk...Orang dulu-dulu zaman nenek moyang kita,mereka hanya ada option ini sahaja untuk rawat anak-anak mereka bila dijangkiti selsema dan batuk...tapi yang "miracle"nya cara ni menjadi tau...saya pun tak boleh nak fikir macamana mereka boleh dapat idea ni huhuhu...

"Allicin adalah suatu komponen bersifat sulfur yang terhasil apabila bahagian dalam bawang putih terdedah setelah dipotong, dicincang, dilumatkan atau dikunyah. Bahan inilah yang memberikan bau masam menyengat yang agak kuat pada bawang putih. Memang ramai yang tidak gemar dengan aroma tengik yang dihasilkan oleh allicin ini, namun allicin inilah bahan ajaib yang bertanggungjawab mewujudkan ciri-ciri anti-bakteria, anti virus, anti radang dan anti oksida yang menjadikan bawang putih suatu remedi semulajadi yang sungguh hebat"

Kalau korang nak tahu,bawang putih ni bukan untuk selsema dan batuk je tau...bawang putih juga boleh merawat panau dan salit kulit,boleh menguruskan badan,boleh merawat jerawat,boleh merawat keracunan makanan dan boleh meningkatkan stamina tubuh badan manusia...banyak kelebihan dalam setiap ulas bawang putih ni....

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH  PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI

Bagaimana caranya nak buat minyak bawang putih ni?
Saya perasan kat luar sana ramai sangat orang kongsikan cara-cara nak buat minyak bawang putih petua hilangkan batuk dan selsema yang biasa orang tua-tua buat...tak semestinya kita orang muda kita tak perlu ambil tahu kan...sebenarnya banyak cara nak buat minyak bawang putih ni...tak kira lah korang bakar @ tidak bawang putih tu hasilnya tetap sama...sebab kuasa menyembuh bukan pada bawang putih tu..kannnn...hehehe...kita ikhtiar je guna bahan kurniaan Allah kat muka bumi ni...so,bila korang gunakan method ini korang kena yakin hokeyyyy....

Caranya mudah je...korang ambil bawang putih kat raga bawang rumah korang tu...tak perlu banyak seketul dua pun dah cukup kalau nak buat sekali pakai...kang banyak-banyak sangat panas pula baby korang kang...Then korang pecahkan bawang putih tersebut...tak kiralah korang nak buat aksi macamana pun...asalkan bawang putih itu berkecai hohohooo...sebab air yang keluar dari bawang putih tu yang kita nak guna...haaa itulah dia "allicin" ...rasa macam melekit-lekit gitu...

Bila korang dah berjaya menghentak,menumbuk,mengetuk dan sebagainya korang boleh letak bawang putih tu dalam 1 bekas kecil dan tuangkan minyak ke dalam bekas yang di isi dengan bawang putih hancur berderai tadi tuuuu..."minyak apa nak guna???" Minyak apa-apapun boleh guna...jangan minyak petrol @ minyak gas udah le hahahaa...minyak terpulang pada korang nak guna minyak apa...hatta kalau darurat minyak masak kelapa sawitpun boleh je layan...tapi minyak goreng ikan janganlahhh...sob...sob...kesian baby kena lumur dengan minyak goreng ikan huhuhuhu....

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH  PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI

Lepas korang dah aduk-aduk minyak dengan bawang putih tu,korang dah boleh terus guna...Kalau nak lagi cun korang simpan minyak bawang putih korang buat tadi tu dalam botol yang bermuncung supaya korang senang nak guna dan tahan lama sikit...kalau korang letak dalam mangkuk je nanti sat lagi korang nak guna korang main celup-celup je...pas celup sapu kat badan ..pastu celup balik...pastu sapu...celup...sapu...haaaa itulah yang akan sebabkan minyak tu tak tahan lama...huhuhu...korang paham kan maksud saya???

Then selepas guna pastikan korang tutup baik-baik minyak tu,kang terjatuh dan tumpah jenuh pula nak bersihkan...Tapi kalau korang rasa macam renyah sangat nak buat minyak bawang putih ni saya ada cadangan untuk solusi kerenyahan a.k.a kemalasan korang tu...sebab saya ada buat minyak bawang putih versi balm yang diberi nama garlic balm

Garlic balm ini adalah 100% sama macam minyak bawang putih...it's totally menggunakan bawang putih dan minyak zaitun versi "dara" punya hehehe...dan garlic balm ini tiada menggunakan sebarang essential oil sebab saya nak ia 100% sama sebijik macam minyak bawang putih asli...bau nya pun sebijik macam bbawang putih sebab tiada cover dengan apa-apa jenis pewangi hokeyy...

Manfaat Garlic Balm :
Manfaatnya masih sama seperti minyak bawang putih iaitu untuk membantu merawat batuk dan selsema,gatal-gatal ringan,buang angin,kembung perut,asma ringan dan boleh juga digunakan sebagai minyak bayi kalau mommy-mommy tahan dengan baunya...bila sapukan pada anak sebelum mereka tidur akan buat anak kita tidur dengan lena sekali wowwww...tapi sebenarnya bau tak berapa penting sangat kalau dibandingkan dengan kesihatan anak-anak kita betoi tak??? itu pendapat saya sendiri la kannn...Cara guna saya dah selitkan pada gambar...so,korang boleh belajar dari sana cara yang betul untuk apply garlic balm ni...

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH  PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI


Tepuk dada tanya poket...terpulang pada korang nak buat sendiri @ nak beli yang instant...sebabnya yang instant tetap mempunyai kelebihan seperti mudah nak guna...lelap matapun korang boleh apply...toksah fikir minyak menitik kat tilam bagai...then minyak zaitun sangat baik untuk kulit taw...yang hat baby ada masalah kulit kering,bersisik,eczema semua tu boleh dirawat sekali...lagipun zaman sekarang mommy-mommy semua nak cepat right...so,yang instant agak membantu menyenangkan kerja pembikinan minyak bawang putih untuk anak korang...

"apa yang instant tu??...dari tadi dok sebut-sebut...instant...instant.."

"eh,hehehe...maksud saya yang instant tu GARLIC BALM la..."

Dah terlanjur saya berbiaca tentang garlic balm ni,bolehlah kiranya saya bagitahu kat korang yang garlic balm saya ni dalam botol kaca...ada pula yang sok sek sok sek cakap yang botol kaca bahaya lah kalau anak main...kalau pecah tak ke luka tangan anak tu...siapa yang susah??? hakak jugak...Baik guna yang dalam bekas plastik...

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH  PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI

Meh sini saya nak bagitahu...Garlic Balm ni bukannya "toys" ye korang...so,ia bukan untuk diberi kepada anak-anak as "toys"...sekarang cuba korang fikir,ada tak korang bagi anak korang main minyak cap kapak korang? takde kannn... ada tak korang bagi anak korang main ubat batuk korang? takde kannn...ade ke korang bagi anak korang main panadol korang?? takde kannn....so...apa masalahnya dengan garlic balm dalam botol kaca??? Yang dalam botol plastik tu yang perlu dipertikaikan sebab plastik mempunyai tindakbalas kimia bila ia berada dalam suhu panas...korang fikirlah sendiri mana yang baik...mana yang buruk....jangan main sedap tekak je nak buruk-burukkan garlic balm aiii taw...giteww...

Ishhhh....tak baik tunding-tunding jari pagi-pagi ni ek...saya rasa macam dah habis dah benda saya share...nak beransur ke tugasan lain pula...korang jangan lupa...kalau ada yang nak try garlic balm boleh terus beli kat blog ni je...korang cari gambar yang macam kat bawah ni dalam blog ni then terus je klik...korang akan dapat beli terus kat shopee...jimat sikit postage korang hokeyy....

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH  PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI

Haaa...ada satu lagi saya lupa nak bagitahu korang...Garlic balm saya telah ada KKM dan telahpun saya hantar ke makmal untuk di ujikaji...Alhamdulillah keputusannya garlic balm saya selamat digunakan oleh semua peringkat usia...no worries...hip hip horeyyyy....

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH  PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI

So,terima kasih kerana sudi singgah di content CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH  PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI saya kali ini...ingat!!! kurangkan kontroversi...takmo pelik-pelik lagi dah kenapa garlic balm saya dalam botol kaca...sebab botol kaca lebih selamat untuk simpan garlic balm tu hehehe...jumpa lagi esok taw...babaiiiii

PENGUMUMAN !!!
Pencarian stokis masih berjalan...siapa yang berminat boleh terus wasap saya...dan saya tidak lagi mengambil sebarang tempahan garlic balm untuk jenama sendiri 
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

STOKIS SAH GARLIC BALM PULAU PINANG

Bismillahhhh...
Assalammualaikum semua...Syukur Alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana Dia kirimkan lagi seorang hambaNya sebagai pengantara rekezi kurniaanNya kepada saya dan keluarga. Semalam seorang lagi insan telah mendaftarkan diri sebagai STOKIS SAH GARLIC BALM PULAU PINANG ...inilah yang dikatakan rezeki datangnya dari Allah...apa yang penting kita berusaha dan istiqomah...dalam pada tu hati kena ikhlas dan pasang niat betul-betul...jangan lupa berdoa mohon pertolonganNya...

STOKIS SAH GARLIC BALM PULAU PINANG

So,harini saya nak mengesahkan sambil mewar-warkan kepada semua orang bahawa pemilik akaun facebook seperti yang tertera dalam gambar di atas secara rasminya adalah salah seorang stokis keluarga Garlic Balm by zm beauty ... kepada yang berminat untuk cari duit poket untuk jadi agent boleh hubungi beliau hokeyy

STOKIS SAH GARLIC BALM PULAU PINANG

Sambil-sambil saya perkenalkan STOKIS SAH GARLIC BALM PULAU PINANG ni saya cerita sikitlah pasal beliau...saya rasa ramai yang dah kenal beliau sebelum ni sebab beliau adalah seorang bisneswomen yang berjaya dalam niche tudung iaitu pemilik brand Cun Heejab pakar tudung labuh anda...haaaa...ramai yang dah kenalkan...tapi kali ni beliau berhasrat untuk melebarkan sayap dan menambah niche dalam bisnesnya...so sama-sama kita bagi sokongan padu kepada beliau yang sangat positif dan bersemangat orangnya.....Kalau yang nak cari tudung labuh @ nak bisnes tudungpun boleh cari beliau...

STOKIS SAH GARLIC BALM PULAU PINANG

Apa yang menariknya produk garlic balm ni? Atau dalam bahasa melayunya minyak bawang putih...tapi disebabkan ia adalah produk yang diinovasikan daripada minyak bawang putih menjadi bam so kita gelarkan ia sebagai garlic balm...Nama garlic balm ini digunakan adalah kerana nak orang tahu bahawa bam ini adalah sangat unik kerana ia adalah pure garlic...garlic balm kami tiada sebarang campuran extract @ pewangi daripada essential oil...kenapa garlic balm kami tiada essential oil??? kerana walaupun ramai yang memperkatakan essential oil sangat bagus untuk kita tetapi bukan semua orang boleh terima pakai essential oil terutamanya bayi...



Ada bayi yang alah dengan essential oil dan kesilapan dalam mencampur adukkan essential oil dalam produk terutamanya untuk bayi akan memberi kesan yang buruk...Maka saya ambil inisiatif tidak menggunakan langsung essential oil @ sebarang ekstrak di dalam penghasilan garlic balm ini...Maka saya biarkan garlic balm saya dalam mood natural senatural-naturalnya(hehehe...boleh guna ke ayat nih?....) Dan dengan itu juga lah saya namakan inovasi minyak bawang putih ini sebagai garlic balm kerana ia adalah pure garlic dan baunya pun sama seperti bawang putih asli...Apa yang terkandung dalam balm ini hanya ada 3 bahan iaitu bawang putih,minyak zaitun dan beeswax...


STOKIS SAH GARLIC BALM PULAU PINANG

In sya Allah garlic balm mampu membantu merawat selsema dan batuk anak korang tanpa perlu korang bagi makan ubat. Tapi jangan assume batuk yang sangat parah boleh rawat dengan garlic balm ya korang...sebab yang Maha Penyembuh bukannya kita...kita sekadar ikhtiar...sebab itu garlic balm perlu kita standby...bila anak dah nampak nak selsema cepat-cepat sapu...kita bentras sebelum ia betul-betul berkampung dalam badan anak kita kan... Selain sebagai alternatif untuk merawat batuk dan selsema garlic balm dapat mencairkan kahak...asma ringan...kembung...kalau anak demam rasa seram sejuk tu boleh sapu kat badan dia...kat tapak kaki supaya badan dia rasa hangat....Kalau ada gatal-gatal kena nyamuk ke...semut ke boleh juga sapukan garlic balm...



Garlic balm juga sesuai dijadikan sebagai minyak bayi ...jangan risau kalau anak korang tak suka bau bawang putih tu...lama-lama dia akan ok...tapi kalau mommy-mommy yang tak suka bau bawang putih tu saya tak boleh nak kata apa lah kan...hehehe...apa yang penting produk ini adalah 100% muslim produk...dah dapat kelulusan KKM dan telahpun dihantar ujian makmal...Alhamdulillah semuanya telah terbukti bahawa garlic balm sempurna dan selamat untuk kanak-kanak In Sya Allah



Kepada sesiapa sahaja yang ingin mencuba garlic balm @ ingin menjadi agen garlic balm boleh terus klik icon whatsapp di bawah


STOKIS SAH GARLIC BALM PULAU PINANG


Yang baik datang dari Allah dan yang serba kekurangan itu adalah kelemahan diri saya sebagai hambaNya...Doakan kami dapat meneruskan tradisi petua tradisional daripada luput ditelan zaman...Saya harap semua orang jelas tentang topik STOKIS SAH GARLIC BALM PULAU PINANG ini...sekiranya ada sebarang keraguan korang boleh tanya terus kepada saya...Sekian sahaja celotehan saya,kita jumpa lagi next artikel...terima kasih sudi singgah...jumpa lagiii

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN KLANG SELANGOR

Bismillah...
Assalammualaikum semua...Alhamdulillah bertambah lagi satu stokis untuk garlic balm saya...Syukur kehadrat Ilahi atas nikmat yang disalurkan melalui STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN KLANG SELANGOR ...walaupun banyak onak duri yang saya terpaksa tempuhi namun saya masih diberi peluang untuk terus bangkit


Seperti biasa,setiap stokis saya akan saya perkenalkan kepada umum di blog saya ni...so,siapa yang saya tak umumkan sebagai stokis sah kat blog saya ini tapi claim dia adalah stokis sah garlic balm adalah dusta belaka hokeyyy...Bukan apa kan...saya ni baru nak belajar berniaga,so untuk permulaan ni kenalah buat kerja lebih sikit kan...nak kenalkan produk gitewww...nak buat ads mahal-mahal tak mampu lagi...lagipun produk bukanlah popular sangat sampai orang berebut-rebut nak beli...so,saya perlu cari alternatif lain untuk cuba perkenalkan produk saya kepada umum


STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN KLANG SELANGOR


Buat pengetahuan semua,pemilik akaun FB seperti tertera di atas adalah STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN KLANG SELANGOR ...mesti korang pelik kenapa ada 2 stokis dalam selangor sedangkan sebelum ini saya declare seorang stokis untuk setiap negeri kan...Itulah yang dinamakan kita hanya boleh merancang...pada mulanya memang saya bercadang untuk mempunyai satu stokis sahaja setiap negeri tetapi atas permintaan dan selepas berbincang dengan partner a.k.a orang kuat(suami kikiki..) kami sebulat suara untuk melantik lebih ramai stokis...tetapi hanya seorang sahaja untuk setiap daerah...ini kerana saya nak produk garlic balm lebih cepat dikenali dan lebih mudah untuk orang beli...macam saya cakap awal-awal tadi la kan...saya ni belum nak cukup sangat bajet untuk buat iklan berbayar kat pesbuk tu haaa...huhuhu...jangan risau,rezeki Allah tu luas...jangan takut nak bersaing cara sihat,yang tak sihat tu buang jauh-jauh...


STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN KLANG SELANGOR


Siapa yang masih belum kenal garlic balm tu apa angkat tangannnn...(macamlah boleh nampak orang angkat tangan ke idok huhuhu)... gambar kat atas ni adalah gambar jelas garlic balm yang saya shoot khas untuk tatapan korang hehehe...garlic balm ini adalah satu produk inovasi daripada minyak bawang putih yang digunakan oleh orang tua-tua dulu bila anak cucu mereka diserang selsema dan batuk...Orang dulu-dulu mana nak pergi hospital...bukan tak nak pergi sebenarnya korang...hospital nunnnnn jauh alam...nak pergi pun takde kenderaan...so,inilah petuanya untuk merawat batuk dan selsema yang mereka amalkan...dan yang hebatnya bagaimana mereka boleh tahu bawang putih ni baik untuk selsema dan batuk eh??Menurut kajian,memang bawang putih mempunyai sangat banyak manfaat untuk kesihatan taw...Amazingggg....


STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN KLANG SELANGOR


Manfaat garlic balm :

~ Merawat batuk dan selsema tanpa ubat
~ Merawat gatal ringan
~ Merawat asma ringan
~ Membuang angin
~ Menghangatkan badan
~ Boleh dijadikan sebagai minyak bayi


Sebenarnya ramai yang tanya saya satu soalan ni...harini saya nak bagitahu kat sini supaya orang boleh tahu..." Puan, garlic balm ni bau apa ya?" krik-krik kejap saya bila dengar soalan di atas huhuhu... buat pengetahuan semua,garlic balm by zm beauty adalah bau bawang putih sepenuhnya...nak tau sebab apa??? sebab garlic balm saya diproses tanpa menggunakan sebarang campuran essential oil...saya nak hasil garlic balm saya adalah sama seperti minyak bawang putih...Maka saya tidak campurkan sebarang pewangi tambahan



bukan sebab itu sahaja,antara alasan lain saya tidak campurkan garlic balm saya dengan sebarang pewangi @ essential oil adalah kerana kadang kala ada bayi yang alah dengan essential oil dan essential oil sangat sensitif jika tidak kena caranya bila kita campurkan dengan bahan lain. So,saya biarkan garlic balm saya dalam mood natural...maka,sesiapa sahaja yang menggunakannya perlu terima bau bawang putih yang asli itu hehehe..." alaaaa...nak baik kannnn...tahan la sikit...pstttt,baby belum pandai cakap busuk lagi...hihihi"


STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN KLANG SELANGOR

Haaaa...lagi satu lupa saya nak bagitahu...nasib baik ingat sebelum saya nak tulis ending nih...Garlic balm saya ni tidak ada rasa panas @ sejuk...apa yang saya boleh ceritakan bila letak garlic balm anak kita rasa selesa...mengikut pengalaman saya yang mempunyai anak sensitif(sebab pramatang) bila letak garlic balm dia lebih selesa tidur...sebab anak saya ada masalah hidung selalu block(selsema)...anak saya yang bongsu ni pantang cuci kepala mesti jadi selsema...bila dia selsema hidung akan block masa tidur,tapi bila saya amalkan letak garlic balm sebelum dia tidur Alhamdulillah dia boleh tidur lena...

Ini pengalaman saya lah kannnn...bak kata orang,mana ada owner produk nak cerita tak best tentang produk sendiri ye tak...hahaha...so,korang boleh tengok TESTIMONI GARLIC BALM BY ZM BEAUTY ...ini adalah testimoni yang saya kumpul daripada customer...haaaa???tak banyak? biasa latu,nak dapatkan testimoni yang original bukan senang dik...sabarlah...nanti saya akan sentiasa update bila ada testimoni baru...hokeyyy darlinkkk....

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN KLANG SELANGOR


↑↑↑↑↑↑↑↑

Cara - cara guna garlic balm...Kalau boleh ikutlah cara yang betul dengan konsisten supaya dapat membantu selesaikan masalah yang melanda anak-anak korang...apa yang penting konsisten...kalau mereka tak selsema @ batuk pun still boleh pakai ye...


Okeyyyy...kita dah sampai ke penghujung cerita...kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk cuba garlic balm by zm beauty a.k.a minyak bawang putih inovasi dari petua tradisional ini boleh dapatkan daripada STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN KLANG SELANGOR ...nak tahu macamana nak dapatkan? kat atas sana ada gambar FB nya...korang boleh berurusan disana @ kalau malas nak add-add FB korang tekan je icon whatsapp kat bawah ni...saya dah cun-cun setting untuk mudahkan korang terus tembus ke talian whatsapp STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN KLANG SELANGOR hokeyyy...Haaa..ape lagi...jom ramai-ramai kita kasi gegar kakak stokis nih hehehe...Thank you korang yang sudi singgah ya...nanti kita jumpa lagi next story...


STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN KLANG SELANGOR







STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN SHAH ALAM SELANGOR

Bismillah...
Assalammualaikum semua yang sampai ke blog saya ni...semalam saya baru update tentang stokis sah garlic balm area sarawak , then harini saya nak update lagi satu artikel berkaitan STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN SHAH ALAM SELANGOR ...Alhamdulillah...syukur ke atas nikmat yang Allah kirimkan buat saya dan keluarga...seorang lagi hamba Allah memberi sokongan kepada apa yang saya usahakan selama ini...dan saya ucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi bersama-sama saya memperjuangkan petua tradisional kebanggaan nenek moyang kita...

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN SHAH ALAM SELANGOR

Gambar kat atas yang saya selitkan ini adalah pemilik STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN SHAH ALAM SELANGOR...mungkin ada yang dah kenal dengannya...sebab Puan ni agak aktif dalam pelbagai jenis bisnes dan dia juga menjalankan personal coaching untuk kenal potensi diri melalui metafizik pernomboran islam...Maksudnya bila kita kenal potensi diri kita (kekuatan dan kelemahan),kita boleh arahkan diri kita untuk bisnes dan hidup  yang lebih baik...kalau korang ada soalan berkaitan coaching korang boleh contact Puan ni terus...

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN SHAH ALAM SELANGOR

Dan gambar yang kat atas ni pula adalah page untuk bisnes yang Puan ni jalankan. Puan ni ada buat servis mobile spa iaitu spa yang dilakukan dari rumah ke rumah mengikut permintaan pelanggan dan beliau juga adalah merupakan stokis sah kepada produk garam Aura...Itu adalah serba sedikit tentang pemilik STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN SHAH ALAM SELANGOR

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN SHAH ALAM SELANGOR

So,seperti biasa,saya akan cerita serba sedikit berkaitan Garlic balm a.k.a minyak bawang putih kalau disebut dalam bahasa melayu...semua orangpun dah tahu tentang kehebatan minyak bawang putih ini yang merupakan petua tradisi sejak berzaman yang lalu...Petua ini sehingga kini masih diguna pakai oleh orang moden walaupun agak leceh untuk menyediakannya

Minyak bawang putih dipercayai mampu merawat gejala selsema,batuk,asma ringan dan yang berkaitan dengannya...Oleh kerana zaman sekarang adalah zaman serba moden,maka saya mencari inisiatif untuk mengelakkan supaya tradisi ini tidak pupus di telan zaman dengan cuba membuat satu inovasi kepada petua ini iaitu menghasilkan satu produk yang berasal dari minyak bawang putih menjadi garlic balm

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN SHAH ALAM SELANGOR

Garlic balm dan minyak bawang putih adalah benda yang sama...fungsi yang sama tetapi yang membezakannya adalah tekstur fizikalnya sahaja....Garlic balm lebih mudah diguna kerana ia di pek dalam botol dalam bentuk balm. Risiko untuk tumpah dapat di elakkan berbanding minyak bawang putih yang agak leceh untuk di buat dan mempunyai risiko tumpah yang tinggi...Maka,garlic balm adalah sangat sesuai digunakan bagi ibu-ibu moden yang tak sempat untuk buat minyak bawang putih

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN SHAH ALAM SELANGOR


Kepada sesiapa  nak risik-risik harga @ berminat nak jadi agent boleh refer pada detail contact no stokis ini seperti yang saya lampirkan di bawah...

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN SHAH ALAM SELANGOR

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN SHAH ALAM SELANGOR

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN SHAH ALAM SELANGOR

Rasanya cukuplah kali ini artikel saya mengenai STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN SHAH ALAM SELANGOR...semoga korang semua di beri keserasian dalam menggunakan garlic balm ini...Sesungguhnya kita hanya berikhtiar...kuasa penyembuhan hanya atas kekuasaan Allah...Jumpa lagi di lain artikel...Terima kasih...
Wassalam



STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN KUCHING DAN SARIKEI SARAWAK

Bismillah dan Assalammualaikum buat para sahabat dan semua makhluk ciptaan Ilahi...Haii korang semua,saya masih disini untuk berkongsi cerita...berkongsi info...berkongsi tips untuk tatapan korang yang sudi menjejakkan kaki kat sini. Firstly saya nak ucap selamat datang kepada mereka yang firstime masuk ke blog ni...then selamat kembali kepada yang jenguk kembali blog saya untuk kali ke-2...ke-3 dan seterusnya...hehehe panjang sikit mukadimah pagi ni...Today saya nak buat satu artikel tentang STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN KUCHING DAN SARIKEI SARAWAK 

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN KUCHING DAN SARIKEI SARAWAK

Seperti yang sedia maklum saya adalah pemilik sah produk garlic balm by zm beauty dan saya telah melantik adik manis pemilik facebook yang terpampang gambarnya diatas tu sebagai   STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN KUCHING DAN SARIKEI SARAWAK ...Semua stokis berdaftar dengan saya akan saya war-warkan kewujudan mereka di blog saya supaya mudah orang-orang yang berdekatan untuk mendapatkan stok garlic balm...Mana tau jiran sebelah kita nak dapatkan garlic balm kena pergi order jauh-jauh sebab tak tahu jirannya ada stok garlic balm...hahahaa...so,inilah tujuan saya nak cerita pasal stokis ni sikit,sekurang-kurangnya dapat memudahkan orang nak beli....

" Garlic Balm tu apa? "
Soalan ni belum pernah lagi saya dapat daripada customer sebab customer saya yang pm saya untuk bertanya majoritinya dah tahu apa itu garlic balm...tetapi masih ramai yang tak tahu apa tu garlic balm bila saya post gambar garlic balm kat facebook...mereka tak kenal lagi apa tu garlic balm...dan mereka tak tahu lagi apa fungsi garlic balm tu sebenarnya. Jadi,saya akan terangkan serba sedikit apa yang garlic balm ni boleh bantu korang kat luar sana

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN KUCHING DAN SARIKEI SARAWAK

Garlic balm adalah satu produk yang berasal daripada minyak bawang putih... saya memilih nama garlic balm ni supaya senang nak sebut,sebenarnya minyak bawang putih dan garlic balm adalah satu benda yang sama cuma ada sedikit perbezaan dari segi bahasa dan isi kandungan... Garlic balm adalah satu inovasi yang dilakukan daripada petua tradisional yang dimodenkan supaya hakak-hakak zaman sekarang dah tak payah nak ketuk-ketuk bawang putih lagi untuk sapu minyak bawang putih bila anak batuk dan selsema

Lupa nak bagitahu,bawang putih adalah satu cara tradisional yang diguna pakai oleh orang tua-tua zaman dulu untuk merawat batuk dan selsema anak-anak mereka...Zaman dulu-dulu mana ada klinik 24jam kan...so kalau anak-anak batuk dan selsema minyak bawang putihlah jadi ubat yang paling berpengaruh ketika itu hehehe...Menurut kajian sains,bawang putih mempunyai banyak kelebihan dalam merawat pelbagai penyakit terutamanya yang berkaitan batuk dan selsema. Selain merawat batuk dan selsema,garlic balm ini boleh melegakan asma ringan,angin,gatal-gatal ringan,menghangatkan badan dan boleh dijadikan minyak bayi



Garlic balm adalah 100% organik dan tidak terdapat sebarang campuran minyak essential @ papermint yang bertujuan untuk bagi wangi dan berangin. Garlic balm ini tiada rasa panas @ sejuk@ berangin... Garlic balm by zm beauty adalah 100% asli dengan bau sebenar bawang putih. Semua bahan yang terkandung dalam garlic balm adalah selamat digunapakai oleh semua lapisan umur tanpa menjejaskan sensetiviti kulit korang. Alhamdulillah garlic balm by zm beauty telah diluluskan KKM baru-baru ini dan boleh digunakan tanpa was-was. Korang boleh baca cara-cara penggunaan garlic balm yang betul di bawah...

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN KUCHING DAN SARIKEI SARAWAK
So,korang yang berada dikawasan Kuching dan Sarikei boleh dapatkan garlic balm distokis ini dan kepada yang berminat nak jadi agent @ agent dropship juga boleh direct contact denga stokis ini...Di bawah ini saya sertakan detail untuk korang hubungi stokis Garlic Balm kuching & sarikei


Begitulah serba sedikit info STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN KUCHING DAN SARIKEI SARAWAK  yang dapat saya kongsikan harini...Sebarang pertanyaan berkaitan garlic balm korang boleh terus whatsapp nombor di atas...Semoga artikel ini memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan...jumpa lagi next entri...Terima kasih kepada yang sudi singgah...
Wassalam




GARLIC BALM BY ZM BEAUTY DAH LULUS KKM

Bismillah...
Assalammualaikum semua...Lama betul saya tak update blog ni sebab jadual harian saya sangat pack akhir-akhir ni...Anak-anak tak berapa nak sihat so macam ada terganggu sikit perjalanan masa saya....tapi takpe...itukan syurga saya,so saya patut dulukan mereka dari segala-galanya... Korang semua mesti rindu nak baca saya merapu kan???(hehee perasan...) So harini saya nak war-warkan satu berita gembira dan anugerah Allah berikan di saat-saat saya mengalami kepayahan...giteww...Saya nak bagitau korang GARLIC BALM BY ZM BEAUTY DAH LULUS KKM ...Tiada apa yang dapat saya luahkan hanyalah rasa syukur kerana segala jalan yang saya tempuhi sentiasa dipermudahkan 

GARLIC BALM BY ZM BEAUTY DAH LULUS KKM

Kalau korang perhatikan betul-betul perjalanan blog ini korang akan nampak saya ada update tentang kewujudan garlic balm ini. Tapi biasalah kan...produk biasa-biasa je...owner pon biasa-biasa je...marketing tak berapa nak power...so nama produk pon sepoi-sepoi bahasa jela nak sampai kat mata dan telinga orang...Tapi walaupun sepoi-sepoi bahasa saya tetap terus istiqomah meneruskan hasrat saya untuk terus maju kehadapan dengan menjadi tokey garlic balm di saantero dunia(eh...betul ke spelling tuh?...cita-cita bapak kemain tinggi hahaha)

Korang faham-fahamlah...saya ni kalau dikira...dihitung...dicampur...ditolak...memang sampai ke tua memang tak boleh keluar berkerja...saya dulu berkerja...pegang duit sendiri...tapi sekarang dah tak berkerja haruslah saya perah otak dan keringat saya untuk carigali duit kan...sebab saya paling tak reti nak mintak duit kat suami...memang fail bab nih...huhuhu...maka saya sebulat suara untuk menjadikan projek homemade ni sebagai mata pencarian saya sambil-sambil jadi tarzan dengan anak-anak...gitewww...untung RM2 pun saya bedal hahaha...ehehehhhh...tak dak RM2 takdak sejuta tawwww...

Ish apa yang merepek nih...tajuk lain..cerita lain...kan saya cakap saya ni memang kuat merapu...kalau ada award merapu saya rasa saya boleh tercalon wakil blog merapu hahaha...Ok2...cool down...excited sangat gamaknya sebab utamanya dah lama tak merapu dan yang keduanya nak bagitau satu dunia(hurmmm sabar jela minah ni punya target jauh bebeno) yang GARLIC BALM BY ZM BEAUTY DAH LULUS KKM

GARLIC BALM BY ZM BEAUTY DAH LULUS KKM

Oleh kerana GARLIC BALM BY ZM BEAUTY DAH LULUS KKM saya nak umumkan bahawa harga terkini untuk garlic balm by zm beauty adalah RM25 excluding postage...Sambil-sambil tu nak bagitahu excluding postage tu adalah belum termasuk pos sebab ramai yang tanya saya exc pos tu apo? hahaha...exc tu singkatan pada excluding ...maka lepas ni jangan tanya saya RM25 tu dah masuk pos ke belum tau...Charge pos adalah RM8 untuk semenanjung dan RM12 untuk sabah & sarawak

Korang janganla nak kecam-kecam sebab saya naik harga pula...sebab sebelum ni saya jual RM20 bila dah ada KKM mula nak hidung tinggi naikkan harga jadi RM25 pula...Korang kena faham...saya baru nak up sikit ni...saya nak share la sikit apa yang ada kat saya ni dengan orang lain...saya nak mula buka stokis untuk sama-sama dalam satu team untuk tambah pendapatan orang lain juga...Tak faham??? hehehe...sayapun macam kurang faham dengan apa yang saya tulis ni...so,bahasa pasarnya lebih kurang macamni la..."saya nak orang lainpun dapat jual garlic balm saya dan dapat untung juga...sama-sama niaga...kalau saya jual RM20 macamne stokis nak cari agent...so kita up sikit la kan...tak banyak pun kan"

Then pasal stokis,saya akan cari stokis seorang sahaja untuk setiap negeri...Saya cuma akan berurusan dengan 14 orang sahaja...kenapa taknak ramai-ramai stokis? Sebab saya ni kan budak baru belajar...nanti galah patah hahahaha...sebab saya nak stokis saya berkuasa untuk rekrut agent untuk negeri yang dia duduk...segala orang yang akan sign up agent bawah saya,saya akan salurkan kepada stokis-stokis negeri agent berkenaan...Pasaipa nak wat giteww? Rugi la kalau macamtu??? Ehhh...mana ada rugi...lek la...saya bukan nak kaya raya pun...saya nak sharing-sharing gitew dengan korang yang bersama-sama saya...baik tak???(overnyaaa...)Bukan ke orang selalu cakap sharing is caring? haaaa...maksudnya saya caring la kat korang...

Sebenarnya itulah yang saya rancang...tapi kita ni adalah manusia biasa,rancang je boleh...Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mulai hari stokis saya lengkap segala order yang masuk direct saya melalui Facebook @ whatsapp saya akan salurkan kepada stokis saya. Saya cuma akan jual garlic balm saya kepada stokis dan Market place saya (shopee/ebay/lazada/carousell/avana/dll) sahaja. Setakat harini ini masih ada kekosongan stokis negeri di Perak,Kedah,Kelantan,Terengganu,Perak dan Negeri Sembilan...Yang lain yang saya tak sebut adalah sudah di pinang orang hehehe...

GARLIC BALM BY ZM BEAUTY DAH LULUS KKM

GARLIC BALM BY ZM BEAUTY DAH LULUS KKM

GARLIC BALM BY ZM BEAUTY DAH LULUS KKM

GARLIC BALM BY ZM BEAUTY DAH LULUS KKM

Sedikit sedutan aktiviti menyiapkan 10 batch garlic balm sepanjang 2 hari yang lalu...Kepada yang berminat untuk menjadi stokis produk garlic balm by zm beauty boleh roger-roger saya sebelum terlewat...Sebab kalau dah penuh stokis saya tak akan open stokis lagi dah melainkan stokis tersebut tarik diri. Dan saya juga tidak akan melepaskan stok saya kepada pemborong sebab saya taknak cepat kaya hahaha...So,stokis boleh rekrut agent korang dengan berhemah tanpa rasa ditindas dengan permainan harga hokey...Alaaaaa...RM25 je kot...tak kan nak main harga...kalau ada yang main harga tak tahu la saya nak beraksi macamana nanti hahahaha...

Rasanya cukupla kat sini bebelan merapu saya tentang GARLIC BALM BY ZM BEAUTY DAH LULUS KKM ni...Next entri saya akan senaraikan nama dan detail stokis-stokis garlic balm yang telah berdaftar dengan kami supaya korang boleh dapatkan garlic balm ni dengan mereka hokey...Yang tercengang-cengang nak tahu apa itu garlic balm boleh tinjau-tinjau tentang MANFAAT GARLIC BALM dan PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI GUNA BAWANG PUTIH ...sehingga ketemu lagi di lain siaran...terima kasih kerana sudi singgah dan baca sampai habis...take care & see you againn....


Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :