ZURAINI.COM

Image
Showing posts with label ADVERTORIAL. Show all posts
Showing posts with label ADVERTORIAL. Show all posts

TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH

Bismillah...
Hi Assalammualaikum sahabat semua...Alhamdulillah saya punya lagi kesempatan untuk update blog saya harini...Tapi kali ni saya tak cerita pasal aktiviti homemade saya tetapi saya nak cerita pasal TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH . Kebiasaannya mereka yang berminat nak buat jenama sendiri dengan modal rendah akan patah semangat bab nak tempah kotak produk...Mula-mula semangat berkobar-kobar nak buat produk sendiri tapi bila nak tempah kotak je akan sedikit kecewa sebab rata-rata pengusaha kotak produk akan letak MOQ yang tinggi

Saya sekadar meluahkan apa yang saya alami. Kalau korang perasan setiap produk saya satu pun tidak mempunyai kotak produk...Korang nak tahu kenapa??? ini lah masalah yang saya hadapi,bukan saya tak nak buat kotak tetapi MOQ yang diberikan bagi saya terlalu tinggi untuk saya yang bisnes kecil-kecilan ni....Sama juga seperti customer saya yang menghadapi masalah yang sama bila part nak tempah kotak produk

So...harini saya nak kenalkan kepada korang-korang yang patah semangat sebab tak dapat buat kotak produk dengan seorang pengusaha /designer kotak produk & sticker. Setakat ini saya baru jumpa seorang sahaja pembuat kotak produk yang bagi MOQ rendah bertepatan dengan misi dia untuk membantu mereka-mereka yang baru nak start bisnes...Tahniah saya ucapkan kepada adik ni sebab memberi ruang dan peluang pada kami semua

TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH

Ini adalah contoh kotak produk yang telah di buat dan saya kira cukup cantik dan memenuhi citarasa. Selalunya tempahan akan siap bergantung pada jumlah tempahan yang dibuat dan tempahan yang sedia ada. Saya bagitahu awal-awal ya...Tempahan kotak @ sticker memang akan ambil masa sebab kita tak tahu berapa banyak tempahan sediaada yang perlu diselesaikan oleh mereka sebelum terima tempahan kita. Biasanya akan ambil masa seminggu untuk siap

TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH

TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH

TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH

TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH

Ini pula lain-lain contoh design yang pernah dibuat untuk customer mereka...Amacam??? Cantik & kemas right? Korang boleh request design dan bentuk macamana yang korang nak. Buat masa sekarang saya difahamkan design untuk setiap tempahan adalah percuma(promosi) dan akan berubah bergantung pada pihak pengurusan. Korang boleh tanya pihak mereka sendiri. Di akhir artikel ini saya akan letak detail mereka bagi senang korang nak contact terus untuk berurusan

TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH

Saya ada satu je gambar contoh design sticker yang mereka buat...Sebenarnya tak boleh nak letak banyak-banyak gambar...Kalau korang nak tengok gambar design mereka korang boleh tengok kat Instagram @ facebook page mereka...Senang dapat tengok semua...saya tak dapat nak tepek semua gambar kat sini...

TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH

Ini pula salah satu testimoni pelanggan mereka yang berpuashati dengan servis yang mereka berikan. Kalau tak ok takkan dapat feedback ohsem macamni kan...Dah la MOQ rendah...servis terbaik...Saya syorkan servis Grafcreations ni kepada sesiapa sahaja yang memang nak cari servis buat kotak @ sticker dalam jumlah yang kecil bagi permulaan bisnes dengan modal yang kecil

Oklahh...Kalau korang nak buat produk organik homemade jenama sendiri bolehlah tempah kat saya dan kotak tempah kat Grafcreations hahaha...Ok tak gitu??? Hehehe...Kepada yang berminat nak berurusan dengan saya macam biasa terus wasap saya taw...

Korang yang nak TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH pula tengok kat bawah saya share detail pasal designer kotak ni...Korang boleh terus wasap je untuk lebih detail sebab saya tak berani nak terangkan lebih-lebih sebab takut salah info huhuhu...Nak tengok design boleh tengok kat IG @ page hokeyyyyy...

TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH!!!


Korang boleh terus klik link diatas untuk terus hubungi mereka...Saya harap perkongsian TEMPAH KOTAK PRODUK MURAH DAN MINIMUM ORDER RENDAH dapat membantu meringankan beban korang semua...hehehe...So...jumpa lagi next entri...Terima kasih sudi singgah

Wassalam



AGEN SAH MEERACLE GEMSTONE BEAUTY

Bismillah...
Assalammualaikum semua....
Lama rasanya saya tak bersiaran...Rindu nak mencoret disini tapi apakan daya masa tak mengizinkan...Dari sebelum raya sampailah lepas raya banyak benda yang perlu saya selesaikan sampai tak sempat nak update kat sini. Lebih-lebih lagi sebelum balik kampung raya haritu ada satu kejadian yang menyedihkan saya...

Sedih yang teramat sangat sebab saya terpadam satu tag dalam blog ni yang memuatkan 10 entry...Huaaaa...sedih sangat tapi nak buat macamana saya terpaksa akur dengan kecuaian diri saya yang tersalah tekan akibat mengadap blog sambil menjaga anak yang tak reti duduk diam huhuhuhu...kejap panjat meja...kejap nak turun,pastu nak panjat balik...hilang fokus ibu nak fefeling editor majalah hahahaha...

Okeh,kita tutup cerita sedih kita buka cerita yang best-best noh...Harini saya nak share satu bisnes seorang kawan saya...Apa salahnya kan kita tolong kawan-kawan berbisnes...Diorangpun nak cari rezeki juga...Kitakan hidup bermasyarakat kenalah bantu membantu...mana tau satu hari nanti diorang pula yang bantu kita kannnnnnnnn...Hehehe...Kawan saya ni adalah agen sah Meeracle Gemstone Beauty yang dikenali Product no1 Asia yg menggunakan gemstone

Haaaa? Tak pernah dengar??? Alahaiii...yang dutanya pelakon Izreen Azminda tula...Korang kalau follow IG Izreen mesti tau dah...Dia selalu dok tunjuk je produk ni ala-ala promote la jugak...Korang perasan tak kulit izreen sekarang macamne...Berbezakan dengan dulu-dulu...Sekarang makin cantik glowing dan tegang gitew...

AGEN SAH MEERACLE GEMSTONE BEAUTY

Masa balik kampung haritu banyak kali jugalah terserempak dengan papan iklan Meeracle Gemstone Beauty nih...huhuhu...

AGEN SAH MEERACLE GEMSTONE BEAUTY

SERUM PERTAMA DI ASIA YANG MENGGUNAKAN BATU PERMATA SEBAGAI RAWATAN MASALAH KULIT ANDA.

✔ 100% diperbuat dari alam semulajadi
✔ Kelulusan dari KKM:  NOT151001568K
✔ Diproses oleh kilang bertaraf GMP yang berkualiti dan 
      HALAL
✔ 100% HALAL & mempunyai sijil iktiraf dari JAKIM.
      Gunakan tanpa was-was kerana 100% produk 
      BUMIPUTERA.
.
.
.
19 MASALAH KULIT DAPAT DISELESAIKAN DENGAN
   MEERACLE GEMSTONE SERUM , SESUAI JUGA UNTUK BAYI 
   HINGGALAH DEWASA
   
Antara masalah yang telah berjaya dirawat :
 ✔ Eczema
✔ Ruam
✔ Kulit sensitif
✔ Sunburn 
✔ Menghilangkan Oliseed (kolestrol bawah mata)
✔Mengatasi kulit kering / bersisik
✔ Menghilangkan garis-garis halus pada wajah
✔ Masalah kulit berminyak
✔ Masalah KOMEDO
✔ Parut 
✔ Jerawat / Jeragat
✔ Wajah kusam / tidak bermaya

AGEN SAH MEERACLE GEMSTONE BEAUTY

Meeracle Gemstone Beauty ni datang dalam 2 produk berasingan ya iaitu cleanser dan serum

1)MEERACLE CLEANSER
Berfungsi untuk mengecutkan jerawat, pudarkan parut jerawat, hilangkan jeragat, melembutkan kulit wajah, merawat kulit kusam, mencerahkan wajah, rawat masalah kulit berminyak, galakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru, melambatkan proses penuaan, serta merawat pelbagai masalah kulit yang lain. 

LULUS KKM

No KKM : 170302488K

2) MEERACLE SERUM :
Kelebihan serum untuk firming or shape kan muka kita taw...dan diawal pemakaian serum ini keluar jerawat, ini bermakna muka korang sebelum ini ada pakai produk yang ada bahan kimia...Jerawat tu keluar hanya pada permulaan penggunaan sebab serum ni membantu mengeluarkan bahan kimia yang dah beranak pinak kat bawah lapisan kulit korang tu hokeyyyy...Jangan risau...serahkan semuanya kepada MEERACLE SERUM...biar dia yang buat kerja huhuhuhu

Sapu serum setiap kali lepas cuci muka pada waktu PAGI dan MALAM sebelum tidur

AGEN SAH MEERACLE GEMSTONE BEAUTY

~ Pamkan 1 atau 2 pam (1 pam pun dah memadai) ke atas tapak tangan.
~ Calit kan di dahi, pipi kiri dan kanan, dagu & hidung.
~ Lebihan di jari/tapak tangan letak di permukaan muka lain. 
~ Sapu di seluruh wajah. 
~ Dap dap kan muka biar ia meresap ke seluruh wajah.

AGEN SAH MEERACLE GEMSTONE BEAUTY

Sebelum kita nak guna jom kita siasat dulu apakah bahan yang terkandung dalam produk MEERACLE ni baru senang hati nak guna sambil berkobar-kobar semangat nak cun melecun macam Izreen kan hehehe...

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

MEERACLE GEMSTONE SERUM
✅ diperbuat dari ” FORMULA GEMSTONE “, formula TERBARU yg terdiri dari “ BATUAN PERMATA “ yg xclusif spt , DIAMOND , RUBY & PEARL yg DIIMPORT dari luar Negara.

💋DIAMOND 
    – mampu menghilangkan parut dan garis2 halus dan kedutan, dan mencerahkan kulit dgn tahap paling MAKSIMUM!

💋RUBY 
     – membuatkan pengaliran darah lebih lancar, mengembalikan seri wajah kulit Nampak lebih sihat dan glowing.

💋PEARL 
     – mencerahkan, memutihkan dan membuatkan kadar resapan 10x ganda lebih cepat.

💋RASTEM 
     – mengembalikan seri wajah, membuatkan kulit lebih sihat, anjal dan awet muda

💋 ARBUTIN – membuatkan kulit lebih cerah , putih dan bersinar 10x lebih pantas dari kaedah yg biasa org gunakan.

--------------
❗ TEKSTUR yg lembut dan ringan, menyerupai foam , mampu membuatkan kadar resapan 20x ganda lebih cepat meresap jauh ke dalam kulit.

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

MEERACLE CLEANSER
🍃 Malachite Stone
      - mengeluarkan minyak Yang berlebihan, anti radang, anti penuaan,Naik seri wajah
🍃 Green tea
      - hilang jerawat, segarkan kulit, cegah penuaan, melindungi kulit dari sinaran UV
🍃 Aloe Vera
     - pelembap kulit, mengurangkan stretch mark, melawan masalah penuaan, lindung kulit dari sinaran UV

Begitulah serba sedikit perkongsian saya tentang PRODUK MEERACLE GEMSTONE BEAUTY dalam entri AGEN SAH MEERACLE GEMSTONE BEAUTY ini...Saya cuma nak perkenalkan agen sah produk ini kepada mereka-mereka yang diluar sana yang ingin mendapatkan produk ini...

Korang nak beli produk ni boleh contact semua channel yang saya letak kat bawah ni ya...
FB : Jue
FB PAGES : Beautyjue

Saya harap perkongsian saya ini dapat menjawab persoalan korang berkenaan produk ini...Yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah kelemahan saya sebagai seorang insan...Jumpa lagi next entri...Jom sambung pergi open house....hehehe

Wassalam





HARGA ACAR BUAH YANG SEDAP TERKINI 2017

Bismillah...
Assalammualaikum semua insan di muka bumi ini yang terbaca artikel saya...Harini saya nak share pasal HARGA ACAR BUAH YANG SEDAP TERKINI 2017... Kenapa saya nak share cerita ni adalah sebab saya yang jual hehehe...Kang tak bagi harga acano pula nak jual ye idok...

Sebenarnya sebelum ni saya pernah jual acar buah johor ni selepas saya berpindah ke johor tetapi terpaksa berhenti beroperasi sebab saya pregnant. Lepas bersalin konon-konon nak mula balik tapi tak kesampaian sebab saya terjebak dalam arena kecantikan pula huhuhu...

Tapi hari ini saya bermula semula memandangkan bulan puasa memang ramai orang suka makan acar buah ni sebagai pembuka selera...maka saya pun buat acar buah untuk memenuhi permintaan orang ramai...Maklumlah masa bersahur memang kurang sikit selera nak menelan...tapi kalau ada acar buah ni macam berselera sikit kannnn...Lagi best kalau dapat acar buah paling sedap...memang aummm...

HARGA ACAR BUAH YANG SEDAP TERKINI 2017

Keistimewaan yang ada pada acar buah johor hasil tangan saya adalah saya letak lebih kurang 12 bahan acar buah dari pelbagai variasi warna dan jenis...Dan semestinya saya pilih buah yang terbaik untuk dijual...Lagi satu 100% buah yang ada dalam acar saya adalah buah sebenar...sebab saya ada dengar orang carita pasal acar buah letak kulit tembikai...nauzubillahhhh...benda makan pun nak tipu...wallahulam...

Saya tidak ada masukkan sebarang benda yang tak boleh dimakan dalam acar buah saya...Rasanya alhamdulillah memang terbaik...Cakap terbaik pun tak boleh juga sebab owner yang cakap kan...mestilah nak cakap terbaik bagi orang beli...huhuhu...

Kalau tak percaya korang boleh beli dan rasa mesti terangkat punya...hehehe...ada yang tanya kat saya acar buah tahan berapa lama...Acar buah sedap ni tahan lama selagi tak dibuka dan di kocok-kocok...tapi kalau dah buka gerenti cepat habis...silap haribulan sehari je dah licin

HARGA ACAR BUAH YANG SEDAP TERKINI 2017

Satu bekas ni beratnya 300gram. Saya jual dengan harga RM15. Ada yang nak beli dan minta saya pos...Saya minta maaf sangat sebab tak dapat nak pos kalau korang beli 1 botol sebab kalau 1 botol kena masuk plastik pos...Korang faham-fahamlah kalau plastik pos mesti kena baling-baling...Saya tak risau tumpah tapi saya tak suka makanan di baling-baling atau terlangkah dan sebagainya

Oleh kerana itu saya cadangkan kepada yang berminat nak beli untuk beli secara berjemaah...Bukan solat terawih je berjemaah taw...beli acarpun boleh berjemaah...hehehe(gurau je eh) maksud berjemaah tu adalah korang ajakla kawan-kawan beli sekali...kawan-kawan opis ke...jiran-jiran ke...adik beradik ke...Lagipun kalau beli berjemaah lebih jimat kos pos nya

oppssss...nanti...sebelum korang salah sangka meh saya explain...saya suruh berjemaah beli tu sebab saya nak pos guna kotak pos laju...Kalau guna kotak mereka tak baling-baling(menurut pengalaman saya pos barang guna kotak)...Mereka akan handle baik-baik...Sebab itu saya lebih yakin untuk pos makanan guna kotak pos laju.
              
HARGA POS LAJU KOTAK
Kotak kecil (RM14) : 6 botol 
Kotak medium (RM22) : 15 botol
Kotak besar (RM33) : 29 botol

HARGA ACAR BUAH YANG SEDAP TERKINI 2017

Saya packing acar buah dalam botol. Korang tak perlu nak risau tertumpah sebab saya dah siap-siap seal penutup dengan plastic guard seal ni. Ada 2 tujuan saya letak seal ni...satu saya nak pastikan yang acar tu tak tertumpah meleleh-leleh dan yang keduanya saya tak nak bagi orang suka-suka nak buka bila saya letak kat kedai...

Bayangkan benda makan macamni dibuka banyak kali oleh orang yang berbeza dan ada yang menghidu-hidu sekali...Apa perasaan korang nak beli kalau dah tahu makanan yang korang nak beli tu dah 10 kali kena hidu...Huhuhu...Saya bab ni memang lemah...tak suka sangat beli kalau bekas makanan yang saya nak beli tu tak di seal...

HARGA ACAR BUAH YANG SEDAP TERKINI 2017

Ni sahur pagi tadi makan nasi goreng je...letak acar buah sikit laju je makan...Kalau tak nak habiskan sikit pun macam susah sangat...Acar buah juga dimakan dengan hidangan nasi briyani atau nasi tomato. Saya ada terbaca tentang acar buah ni adalah makanan tradisi orang johor...betul or tidak saya tak pasti sebab saya cakap berdasarkan apa yang saya baca...

Acar buah merupakan menu pembuka selera dan ada sesetengah family yang memang dah terbiasa makan acar ni sampaikan memang sentiasa nak ada stok acar buah kat dapur...Lagi-lagi masa bulan puasa memang ramai makcik pakcik yang dok cari acar ni...

Biasanya acar buah ni ada masa kenduri kahwin tapi sekarang dah jarang sangat dah ada mungkin sebab kos nak buatnya mahal sangat kot. Kalau dulu-dulu masa kecil nak ikut mak pergi kenduri semata-mata nak makan acar buah...

Tapi biasanya acar buah letak dalam piring kecik je...tak boleh ambil banyak-banyak...dan yang paling kelakar acar buah yang selalu kosong dulu...semua berebut nak makan acar buah...hahahaha...kantoi dah...

Korang kalau berminat nak beli boleh terus direct whatsapp saya taw...Saya juga sedia menerima tempahan untuk majlis...Tapi janganlah majlis hari sabtu...hari jumaat baru nak kabo...memang saya tak layan la dikkk oiii...

HARGA ACAR BUAH YANG SEDAP TERKINI 2017
1 botol ( 300g ) : RM15
1 kg : RM45
5 kg : RM200
10 kg : RM350
20 kg : RM600

Harga ini adalah tidak termasuk postage jika korang nak saya pos...Kalau sekitar simpang renggam,kulai dan kluang saya boleh hantar In Sya Allah...Korang boleh survey harga acar buah di pasaran dulu sebelum buat tempahan

Jangan lupa dapatkan acar buah sedap yang memang ohsem sangat...sesedap rasa...tak boleh nak komplen apa-apa masa makan sebab ianya perfect...sangat puashati makan...Jom la try...mesti korang suka...Pape boleh whatsapp saya...Terima kasih sudi luangkan masa disini membaca HARGA ACAR BUAH YANG SEDAP TERKINI 2017...Jumpa lagi next story...saya akan share resepinya pula...terima kasih semua...

Wassalam

TEMPAHAN SAMPUL DUIT RAYA EXCLUSIVELY BY RAIHAN PRINTING

Bismillah...
Assalammualaikum semua...
Rindu rasanya nak menulis tapi tak tahulah kenapa mood menulis bulan puasa tiba-tiba hilang...rasa macam malas je nak buka blog ni...Adakah sebab saya tak sabar nak beraya??? Hehehehe...no no no...tak mungkin seawal ni saya dah berangan-angan pasal baru hari ke-5 berpuasa...ish ish ish...

Harini saya nak cerita pasal TEMPAHAN SAMPUL DUIT RAYA EXCLUSIVELY BY RAIHAN PRINTING...korang pernah tak teringin nak ada sampul duit raya sendiri macam bank-bank selalu buat tu? 

Boleh dikatakan setiap bank ada keluarkan sampul duit raya untuk diedarkan kepada pelanggan bila tiba hari raya. 

Raihan printing ni ada buat servis buat "angpau" ni...
Rasa-rasa ada tak yang nak buat angpau sendiri ni? Macam best je...

TEMPAHAN SAMPUL DUIT RAYA EXCLUSIVELY BY RAIHAN PRINTING

Raihan printing juga memberikan perkhidmatan membuat sticker,label,banner,bunting,flyer dan macam-macam lagi mengikut kehendak pelanggan yang berurusan dengan mereka. Kalau korang jenis yang memang guna benda-benda ni semua bolehlah berurusan dengan Raihan printing ni

TEMPAHAN SAMPUL DUIT RAYA EXCLUSIVELY BY RAIHAN PRINTING dibuka sehingga 2 minggu sebelum raya dan semua tempahan akan sampai ke tangan korang sebelum raya. Dan yang bestnya design adalah ikut gaya yang korang nak...nak letak muka korangpun boleh hehehe...

Kepada mereka yang berminat nak buat tempahan korang boleh hubungi nombor yang ada kat gambar tu atau korang boleh add facebook Raihan printing. Kalau korang duduk area melaka lagilah senang terus pergi je ke lokasi mereka di bukit katil(opposite JPJ)

TEMPAHAN SAMPUL DUIT RAYA EXCLUSIVELY BY RAIHAN PRINTING

Saya merupakan pelanggan tetap Raihan printing. Semua label produk saya adalah hasil design Raihan printing dan saya sangat berpuashati dengan hasil kerja mereka

TEMPAHAN SAMPUL DUIT RAYA EXCLUSIVELY BY RAIHAN PRINTING

Ini adalah salah satu contoh gambar label sedang diproses. Kebiasaannya tempahan sticker/label akan selesai paling awal 5 hari berkerja bergantung kepada jumlah order semasa. Tapi kalau ada berlaku kelewatan korang boleh tanya apa masalah mungkin diorang ada job menimbun-nimbun sebelum dapat job dari korang

Apa yang penting sebelum korang nak order korang perlu tanya dulu berapa lama boleh siap...berapa banyak lagi job yang beratur sebelum order korang...jangan sibuk nak reka design je...pastu nak bincang harga tapi benda yang penting taknak tanya...kannnn...nanti bila order lambat siap mengamuk...hentam sana...hentam sini..krik krikkk betul...

Apa-apapun pilihan terletak pada tangan korang. Ok juga kalau ada "angpau" sendiri. Kalau yang berbisnes nampak sikit kredibiliti sebagai seorang usahawan tu...(pada pandangan saya la..) 

Cuba korang bayangkan kat angpau tu korang letak media sosial korang tak ke berkembang rangkaian korang...Tapi kalau bagi angpau tu kat anak-anak maka telan air liur jela korang nak kembangkan sayap perniagaan korang tu...hahaha...

Dah ke laut pula rasanya cerita saya ni...Korang kalau nak tempah cepat-cepat bertindak sekarang sebab harini je dah puasa ke-5,sekejap je masa berlalu. 

Ni saya ingatkan kembali tarikh tutup TEMPAHAN SAMPUL DUIT RAYA EXCLUSIVELY BY RAIHAN PRINTING adalah 2 minggu sebelum raya (10 jun 2017). So...korang jangan lepaskan peluang tawww...

Kalau taknak buat sampul duit raya pun takpe...korang boleh tempah macam-macam lagi kat Raihan printing ni.

Just save the phone number dan get back when you need...maybe next month...next year...or next 10 year hehehe(In Sya Allah kalau umur panjang...abaikan bahasa omputeh terabur tu...acting je lebih hehehe) 

Dan lebih baik kalau korang kongsikan entri ni supaya kita dapat bantu orang lain mencari rezeki...apa kata korang???

Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi singgah ke blog sendu saya...In Sya Allah saya akan berusaha untuk menjadi yang lebih baik sebagai seorang blogger. Maafkan saya jika ada tersilap kata...Jumpa lagi nanti ya...Sayang semua

" PUASA MENGAJAR ERTI KESABARAN DAN KEIKHLASAN "

Wassalam




MELANCONG 5 STAR DENGAN TUPPERWARE - JOM DAFTAR AHLI

Bismillah...
Assalammualaikum kawan-kawan semua...
Siapa sini belum pernah dengar @ langsung tak kenal TUPPERWARE? Rasa-rasa saya tiada orang yang tak kenal jenama bekas plastik no .1 di dunia ni melainkan anak-anak kecil...Tapi macam saya dulu kecik-kecik lagi dah dengar pasal Tupperware ni sebab mak saya ada beli...hehehe...

Dek terlalu hot nya Tupperware ni sampaikan orang terbiasa panggil Tupperware kat semua bekas plastik, padahal bukan brand Tupperwarepun. Macam mak mertua saya suruh bungkus makanan bawa balik rumah kalau kami balik kampung 

" Bungkus rendang ayam tu dalam Tupperware kat dalam almari tu ha...senang tak tumpah" padahal bekas bekas plastik tu beli kat kedai RM2 je,hihihi...tapi suka nak sebut Tupperware. Korang mesti pernah dengar macam tu kan???


MELANCONG 5 STAR DENGAN TUPPERWARE - JOM DAFTAR AHLI


SALASILAH TUPPERWARE


JENAMA Tupperware antara barangan yang menjadi pilihan utama isi rumah di Malaysia. Produk itu merangkumi bekas penyediaan, penyimpanan dan produk hidangan untuk dapur dan rumah.


Tupperware membangun, mengeluar dan mengedarkan produknya di peringkat antarabangsa sebagai sebuah anak syarikat milik penuh Tupperware Brands.

Ia dibangunkan oleh Earl Silas Tupper pada 1946 di Leominster, Massachusetts, Amerika Syarikat yang membangunkan bekas plastik mengandungi makanan dan menyimpannya dalam kedap udara.

Bekas yang dicipta beliau kemudian dipatenkan sebagai bekas ‘burping seal’, yang menjadikan jenama Tupperware berbeza dengan pesaing lain.

Beliau mula mencipta plastik untuk Tupperware pada 1938, tetapi hanya mula dijual menerusi parti-parti sahaja. Pada 1949, Tupperware memperkenalkan ‘Wonderlier Bowl’ yang membawa kepada permulaan pelbagai revolusi peralatan dapur. Tupperware mempelopori strategi pemasaran langsung yang dipopularkan pihak Tupperware.

Sekitar 1950-an, parti-parti Tupperware hanya dibenarkan untuk  wanita bagi mereka bekerja dan menikmati pendapatan, semasa Perang Dunia Kedua. Selama ini, tumpuan wanita hanyalah dalam bidang rumah tangga.

Earl Silas Tupper kemudian melantik bekas jurujual Stanley Home Products, Brownie Wise sebagai naib presiden pemasaran pada 1951 sebelum wanita itu membangunkan Tupperware Parties Inc.

Pada awal 1950-an, jualan Tupperware dan populariti produk itu meletup dan menyambut kejayaan wanita Tupperware dengan sambutan ‘jubli’ bertema mewah serta pelik bagi memberi ganjaran ke atas jualan laris dan merekrut individu, pasukan dan organisasi.

Pada 1958, Earl Tupper memecat Wise akibat perbezaan pendapat dalam operasi perniagaan Tupperware.

Akhirnya Rexall membeli Tupperware pada tahun yang sama dan jenama itu mula berkembang ke Eropah pada 1960 apabila Mila Pond menganjurkan parti Tupperware di Weybridge, England dan di seluruh dunia.

Tupperware kini dijual hampir 100 buah negara selepas memuncak pada lebih 100 selepas 1996. Jualan Tupperware kebanyakannya masih menerusi parti-parti sama ada di rumah, sekolah mahupun tempat kerja dengan ganjaran diberikan kepada tuan rumah.

Parti akan dikendalikan perunding Tupperware dan tuan rumah pula akan mengajak rakan-rakan dan jiran-jiran ke rumahnya untuk melihat produk Tupperware. Tuan rumah akan diberikan ganjaran produk percuma berdasarkan tahap jualan.

Namun, kini produk Tupperware boleh dibeli daripada 1.9 juta jurujual kontraknya menerusi agen dan stokis yang dilantik.

( SUMBER : SINAR HARIAN )

MELANCONG 5 STAR DENGAN TUPPERWARE - JOM DAFTAR AHLI


KEISTIMEWAAN TUPPERWARE

Sebenarnya terlalu banyak keistimewaan menggunakan produk Tupperware ni. Yang paling saya ingat dan suka nak dengar adalah lifetime warranty..Mana ada produk dalam dunia ni yang punya warranty serupa ini tapi Tupperware ada...Itu yang paling istimewa menjadi pengguna tegar Tupperware. Ni saya sediakan senarai keistimewaan menggunakan produk Tupperware


BEBAS TOKSIK
Diperbuat daripada bahan yg selamat, bebas toksik dan bebas karsinogen, produk Tupperware tidak menyebarkan bahan kimia berbahaya kepada kandungan makanan atau minuman. Produk Tupperware melepasi tahap piawaian global seperti piawaian US Food and Drug Administration (FDA) dan piawaian Japan Polyolefin Hygienic Association



WARNA SELAMAT

Warna warna produk Tupperware yg terang dan menarik boleh dinikmati tanpa sebarang kerisauan. Kesemua pewarna didaftarkan di bawah senarai French Positive List, Circular Letter No. 176 dan menepati piawaian Council of Europer Committee of Ministers Resolutions AP (89) 1.


MESRA ALAM

Tupperware memainkan peranan proaktif dalam menyelamatkan alam sekitar dari pencemaran dan kerosakan dengan menghasilkan produk yg tahan lama, agar tidak menyumbang kepada pembuangan dan pembaziran berlebihan.


WARANTI SEPANJANG HAYAT

Produk Tupperware dijamin dari sebarang keretakan, mahupun sebarang kerosakan di bawah penggunaan biasa sepanjang penggunaan produk tersebut.


TAHAN GELOMBANG MIKRO

Produk kalis gelombang mikro diperbuat drpd bahan yg khusus utk tujuan penggunaan gelombang mikro dan menepati badan-badan berikut ; USA-Toxic Substances Contol Act Inventory (TSCA), Canada-Domestic Substances List (DSL), European-Inventory of Existing Chemical Substances (EINECS), Australia-Australia Inventory of Chemical Substances (AICS), Korea-Korean Existing Chemical List (KECL), Japan-Japanese Inventory (ENCS)


KUALITI YG TINGGI

Produk Tupperware tahan lama dan diperbuat drpd bahan berkualiti tinggi, serta telah melepasi pelbagai pemeriksaan bagi memastikan tahap rekaan dan pembuatan yang teliti.
Usaha usaha ini menjadikan produk kami sesuatu yang menarik utk digunakan bagi sebarang perayaan.  
( SUMBER : STOKIS TUPPERWARE )                    

MELANCONG 5 STAR DENGAN TUPPERWARE - JOM DAFTAR AHLI


Uikkk...botol susu pun ada. Kenapa anda MESTI menjadi pengguna tegar TUPPERWARE BRANDS? Botol susu Tupperware bebas daripada BPA dan GLUTEN...maka ia adalah sangat selamat digunakan oleh anak korang. Sifat puting yang lembut  dan multiflow mengikut keselesaan anak menggunakannya. Dan yang paling penting lifetime warranty hokeyyy...hehehe(sentiasa ingat)



Cerita punya cerita lupa nak bagitahu...sebenarnya saya dok cerita ni bukan sebab saya menjual Tupperware,tapi saya nak cerita kat korang yang masih belum ada peluang nak jadi ahli bolehla join jadi ahli...Sebab saya baru je daftar jadi ahli dengan seorang stokis dari terengganu. Korang boleh tengok kat PAGE TUPPERWARE HUDA untuk daftar jadi ahli



Sebenarnya banyak lagi design Tupperware ni tapi saya tak dapat nak letak semua kat sini. Nanti bila korang dah contact kakak HUDA tu korang boleh minta gambar daripada dia or korang boleh tengok kat page  PAGE TUPPERWARE HUDA ni ya...

Kalau korang dah jadi ahli senang sikit kalau korang nak beli sebab kakak HUDA ni ada bagi servis untuk pos terus ke depan pintu rumah korang. Kalau korang dah jadi ahli boleh juga menyambil-nyambil menjual. 

Tapi kalau taknak jual pun takpe...korang pakai sendiri jek...Jadi ahli Tupperware ni takde pun target jualan yang korang nak kena capai hehee...Tapi kalau dah ada rezeki nak masuk takkan korang nak tengok je kan...

"Saya takde masa nak pergi daftar la...Boleh tak kalau nak daftar online?" Bolehhhh sayang oiiii...sape cakap tak boleh...Korang terus je whatsapp TUPPERWARE HUDA  (Klik je) dan korang boleh terus berurusan dengan kak HUDA...Senang korang nak tanya A-Z pasal Tupperware ni....Pasal saya nak cakap lebih-lebihpun tak boleh...sebab saya masih mentah lagi...Cakap dengan otai lagi banyak ilmu boleh dapat...Ye ke idok???



" Psstttt...nak bagitau ni...daftar ahli dapat hadiah istimewa taw...saya dah dapat dah...hehehe"


MELANCONG 5 STAR DENGAN TUPPERWARE - JOM DAFTAR AHLI
~ jangan jeles nohh...kami dapat free gift masa daftar ahli kelmarin...hehe ~

Sebelum saya terlupa...kakak HUDA ni ada buat servis buat hamper guna Tupperware. Kalau korang nak buat hamper @ hadiah boleh lah buat tempahan. Charge postagenya pun tak begitu mahal. Puashati lah dengan servis dia...layanan tiptop,lemah lembut orangnya...Layak dijadikan mentor huhuhu...Jom la korang daftar ahli macam saya...

Raya pun dah nak dekat ni...Kalau dah daftar ahli dapatlah beli set hidangan raya dengan harga murah sikit...yela...dah jadi ahli mestilah dapat harga murah sikit...Bolehlah bergaya dengan Tupperware di pagi raya...Ingat badan je ke nak bergaya dengan pakaian yang cantik? Meja makan korang pun boleh digayakan dengan set Tupperware taw...Cer cuba...cer cuba...


MELANCONG 5 STAR DENGAN TUPPERWARE - JOM DAFTAR AHLI
~ Comel kan...~


Begitulah kisahnya MELANCONG 5 STAR DENGAN TUPPERWARE - JOM DAFTAR AHLI...Lama sungguh brand ni bertapak dari sebelum kita merdeka hingga sekarang masih ramai lagi yang tergila-gilakan brand ni. Hebat sungguh...Syabas Tupperware Brands. Bukan dapat guna barang je...dapat manfaat berlipat kali ganda lagi...Lagi dapat pergi melancong...serius memang best...

Terima kasih sudi singgah disini kali ni. Jumpa lagi dilain siaran. Sayang korang ketat-ketat seketat tutup Tupperware melekap dibadannya sampai jadi kedap udara...Huhuhu...ayat power nohhh...Babai darling semua...




Wassalam