DROPSHIP DI SHOPEE - CARA PRINT WAYBILL SHOPEE TERBARU 2020 PART 1

Bismillah dan Assalammualaikum 
Haiii koranggggg...🙋🙋🙋
Selamat hari rayaaa,harini ini adalah Syawal ke-8 tahun 2020 yang disulami kesedihan akibat wabak covid-19 yang melanda Dunia dan zaman PKP & PKPB sejak 18 mac yang lalu,rindu sesangat sangat dan sangat nak berceloteh kat korang sebab lama sangat dah sis a.k.a cikgu Senah tak membebel sambil kelutuk keletak keyboard nih...seyes rindu oiiii,setahun kot...ke lebih tak menulis disini hukhuk...Harini cikgu kembali lagi untuk mengubat kerinduan dengan tajuk pebret DROPSHIP DI SHOPEE - CARA PRINT WAYBILL SHOPEE TERBARU 2020 PART 1 gitew...korang nak taw tak pasaipa cikgu comeback dengan tajuk nih walaupun macam agak dah basi citer shopee nih...tunggguuuu...

Hahaha...tunggu tuh untuk tukar perenggan je pon hahaha...korang taw,cikgu buat lagi artikel tajuk nih asbab terlalu banyak pertanyaan daripada pembaca yang masih kurang faham tentang shopee...terlalu banyak persoalannya🥴

Cikgu ni bukan la pakar sangat pasal shopee nih tapi cikgu lebih suka berkongsi apa yang cikgu tahu supaya ia menjadi saham Akhirat cikgu nanti...haaaa gittchiewww,tapi ada juga yang kurang pehe(kecek kelate) dengan artikel cikgu sebelum nih...ahh biasala tu benda baru memang susah nak difahami,mungkin faktor usia @ faktor malas membaca @ faktor tak sesabar nak result @ apa-apa jela kalau tulis panjang-panjang satgi korang bosan baca intro panjang lebar

Harini cikgu nak tulis tutorial yang agak panjang lebar dan banyak gambar. Orang kata kalau tutorial dengan banyak gambar akan lebih mudah nak faham dan lebih ceria & happy sambil tersengeh-sengah bila membaca dan lebih mudah nak hadam...aihhhh panjang lagi bercelotah,bila nak start nihhh huhhhh...

Okeh kita START!

Sebelum kita start cikgu nak tanya pada newbie...korang dah daftar FREE shipping program untuk pos laju tu ke belummmm?

Soalan : FREE shipping program untuk pos laju untuk apa cikgu?
Jawapan : FREE shipping program untuk pos laju bertujuan untuk membolehkan korang print waybill di shopee korang

Soalan : Kalau saya tak daftar boleh ke?
Soalan : Boleh! tapi korang tak boleh nak print waybill kat shopee

Soalan : Kalau tak boleh print waybill kat shopee tak boleh ke nak niaga kat shopee?
Jawapan : Boleh! korang buat pos manual la,guna pos laju prepaid @ pos laju timbang kilo kihkihkih

Soalan : Kenapa cikgu gelak
Jawapan : Saje je nak ceriakan korang sebab lepas ni korang akan stress kalau tak faham huahuahua...

Soalan : Bagaimana nak daftar nih cikgu
Jawapan : klik ja gambar kat bawah nih

KLIK SINI UNTUK DAFTAR

Soalan : Bila nak start nih cikgu
Jawapan : Haaa jom start sekarang

Soalan yang selalu cikgu dapat setiap hari adalah BAGAIMANA KAMI NAK BUAT DROPSHIP DI SHOPEE? Cikgu explain sikitla kat sini sebab harini cikgu fokus pada cara nak pass waybill kat HQ @ supplier untuk yang buat dropship tuh tapi cikgu share la apa yang cikgu tahu eh...

Mudah je nak wat dropship nih,mula-mula sekali korang perlu cari supplier itu yang paling penting...pehtu korang deal la dengan mereka macamana nak dropship...SETTLE!!! 

huhuhu...mudah je sebenarnya nak dropship cuma kita jangan rasa takut nak mencuba,sebagai contoh macam kalau orang dropship dengan cikgu,cikgu akan bagi untung RM5-RM10 bergantung pada produk,pastu mereka boleh guna gambar & info yang sama macam di shopee cikgu,then masa mereka dapat order mereka akan bayar ikut harga dropship pada cikgu,then waybill untuk pos mereka akan pass kat cikgu...so,cikgu la yang pos barang tu guna waybill mereka,PAHAM TAK KORANG? nanti satgi cikgu tunjuk cara nak pass waybill tu eh...

Tapi sebelum tu cikgu buatkan point la supaya korang jelas taknak blur-blur,kalau tak kesian korang baca beria-ai tapi tak jelas kan...

LANGKAH-LANGKAH NAK BERDROPSHIP DI SHOPEE PEE PEE PEE PEE PEE

1) Cari Supplier yang korang berkenan

2) Berchatting dengan beliau untuk memahami flow,term & condition dan bincang pasal harga,masa hantar dan sebagainya

3) Pastikan kata sepakat dicapai supaya tiada kekeliruan kerana kita taknak ada masalah dengan customer kita kelak

4) Jika semua dah deal dengan baik dan bersetuju dengan harga dan sebagainya korang dah boleh upload gambar & mula menjual di shopee korang

5) Rajin-rajin tanya supplier tentang kewajudan stok,takut kang stok takde satgi kita syiok sendiri menjual huhuhu

6) Pastikan menjaga hubungan baik dengan supplier dan sebaliknya #kitajagakita gitewww heee

7)Bila dapat sale(ada orang beli) bagaimana nak buat? Yang ini saya akan tunjukkan satgi kat bawah

8) Bila dah pass waybill kat supplier korang kena buat bayaran la kat supplier baru depa boleh pos okey.Saya bagi contoh kat sini eh...Harga Garlic Balm RM25 Harga Dropship RM20 so korang kena bayar harga dropship tu kat supplier korang tuh(direct bank in@ transfer,mintak no akaun mereka)

9) Customer korang dah bayar kat shopee harga Garlic Balm seperti yang korang jual kat shopee korang,bila mereka dah terima barang Shopee akan bayar korang pula...CLEAR TAK?  SALE KORANG & TUNGGU SHOPEE REALESE PAYMENT KAT KORANG PULA

Jom kita teruskan point no 8 tadi iaitu cara nak pass waybill pada HQ @ Supplier untuk korang yang menjual di shopee sebagai dropshiper

DROPSHIP DI SHOPEE - CARA PRINT WAYBILL SHOPEE TERBARU 2020 PART 1

Pertama-tama sekali sudah semestinya korang perlu masuk ke shopee centre korang sendiri. Yang cikgu tunjuk nih guna HP taw,korang guna browser iaitu Google chrome @ apa-apa yang korang nak guna okey,macam biasa korang isi usernama & password then terus log in...

DROPSHIP DI SHOPEE - CARA PRINT WAYBILL SHOPEE TERBARU 2020 PART 1

Sejurus selepas log in korang akan tiba dihalaman seperti gambar di atas...macamana nak tahu ada order ke tidak sila tengok anak panah yang cikgu tunjukkan tuh,haaaa itulah tandanya ada order...hoooyeahhhhh

Macamana pulak nak proses dia cikgu???
Jap jap...kita tengok next pula,korang klik kat "to proses shipment" tuh then tengok apa yang akan keluar kat skrin HP korang...

DROPSHIP DI SHOPEE - CARA PRINT WAYBILL SHOPEE TERBARU 2020 PART 1

Tadaaaaaa...tu dia halaman seturusnya dah muncul...korang akan nampak perkataan "arrange shipment". Untuk meneruskan proses seturusnya sila tekan gambar lori tu...

Kalau korang perasan kat gambar tu cikgu ada tunjuk 2 anak panah lain,yang itu sekadar nak bagitahu bahagian "to proses" adalah order yang belum process(belum print) dan bahagian "processed" adalah order yang dah diproses(sudah print)

Cikgu rasa bahagian ini diwujudkan bagi kemudahan pada seller supaya tiada order yang tercicir @ terdouble...kan...

DROPSHIP DI SHOPEE - CARA PRINT WAYBILL SHOPEE TERBARU 2020 PART 1

Once korang tekan lori tu korang akan dibawa ke skrin cenggini,then korang boleh terus klik "confirm"

DROPSHIP DI SHOPEE - CARA PRINT WAYBILL SHOPEE TERBARU 2020 PART 1

Selepas korang klik confirm tadi shopee akan automatik bagi tracking number seperti yang ditujuk dek anak panah nan syomel di atas sana,lantas dengan penuh keyakinan bersepadu korang teruskan aksi menekan butang Print waybill yang tercongok disitu juga seperti yang ditunjuk dek anak panah nan syomel itu ngehhh...heeee

DROPSHIP DI SHOPEE - CARA PRINT WAYBILL SHOPEE TERBARU 2020 PART 1

DROPSHIP DI SHOPEE - CARA PRINT WAYBILL SHOPEE TERBARU 2020 PART 1


Fuhhh...korang akan sampai kat halaman ini taw! Pastikan iya,jika tidak saya pasti korang akan nampak perkataan "download" betoi dakk? jika ya tekan perkataan tersebut dan korang akan tiba dihalaman ini jua akhirnya,jika tak juga tiba sila bertanya dengan cikgu nanti cikgu tolong jolokkan😂😂

Cenggini ha...boleh faham kan!
👇👇👇👇👇👇
DROPSHIP DI SHOPEE - CARA PRINT WAYBILL SHOPEE TERBARU 2020 PART 1

Korang musti tertanya-tanya mengapa cikgu bagi 2 gambar yang lebih kurang sama kat atas ni. Sebenarnya cikgu kalau boleh nak tunjuk bagi betul-betul paham,kalau boleh nak cakap depan-depan gitewww sebab bukan semua orang paham bila baca dan tengok skrip gini,tapi cikgu cubalah nak bagi faham sehabis baik

...tapi korang kena hadaplah cikgu ajar in detail semua benda nak bagitau walaupun yang budak darjah 1 pon tahu hukhuk,janji korang paham hati cikgu girang,sama-sama jana wang dan bagi customer bershopping riang...oohoiiiii merapu dah keluar landasan keretapiiii...

...Kembali ke pangkal jalan,gambar pertama tu cikgu nak tunjuk kewujudan titik tiga yang kat atas sekali belah kanan tu,sila klik titik tiga tu untuk dapatkan tampilan seperti digambar yang bawahnya yakni gambar yang kedua...setakat nih korang paham ke idokkk?

Anggap jela paham pasai cikgu tak dengar pon sahutan korang 
😅😅😅

Digambar yang ke 2 tu korang nampak anak panah tunjuk send file kan,sila klik disitu...Sekarang!

DROPSHIP DI SHOPEE - CARA PRINT WAYBILL SHOPEE TERBARU 2020 PART 1

Auchaaakkkk...cepatnya korang bertindak,jap je dah tiba dihalaman ini,satu langkah lagi menuju kejayaan menghantar @ mengpassing waybill kepada HQ @ supplier untuk diproses...kalau korang nak mintak tolong kawan korang pos kan barang pon boleh guna teknik ni,mana tahu stok korang dah licin tapi tetiba customer order bertubi-tubi,mintaklah tolong kawan seejen @ HQ @ stokis @ sebagainya tolong menolong di zaman Covid-19 yang sedang hangat nih kan....gitewww

Apa yang saya nak buat cikgu bila dah sampai kek sinia ha?Mengomel panjang na lahai cikgu nih...Opssss nilah cikgu kalau dapat keyboard memang kelaut ja menaip,maafkan cikgu ya...tekan ja wasap ka,telegram ka,mesenger ka @ mana-mana yang korang dah deal dengan supplier nak guna hat mana...macam yang cikgu ajar nih kat wasap,so kita klik kat wasap tuuu...

DROPSHIP DI SHOPEE - CARA PRINT WAYBILL SHOPEE TERBARU 2020 PART 1

And the last part is kita berjaya hantar that waybill kepada HQ @ supplier kita untuk proses pengeposan. Jangan lupa bayar mereka taw,kang satgi depa tak pos cikgu tak tanggung...Ingat cikgu pesan berbaik-baik dengan supplier kita sebab dengan hubungan baik kita boleh berkerjasama denga lebih baik!

DROPSHIP DI SHOPEE - CARA PRINT WAYBILL SHOPEE TERBARU 2020 PART 1

Alhamdulillah,selesai sudah DROPSHIP DI SHOPEE - CARA PRINT WAYBILL SHOPEE TERBARU 2020 PART 1 untuk harini,sebenarnya ada lagi yang nak tulis tapi panjang sangat pula cikgu buat part 2 la ye...korang fahamkan yang ni dulu takut nanti banyak sangat input fenin pula 😆😆😆

Cikgu sangat berharap korang faham bagi mereka yang newbie dan bagi mereka yang dah pandai jangan kecam cikgu taw mengajar macam cikgu tadika hukhuk...cikgu bahagia jadi cikgu Senah cenggini hahaha. DROPSHIP DI SHOPEE - CARA PRINT WAYBILL SHOPEE TERBARU 2020 PART 2 bakal menyusul jangan lupa baca juga sebab cikgu akan tunjuk cara print waybill yang terbaru. 

Shopee baru update waybill baru 28hb Mei 2020 kalau tak silap cikgu so ramai yang pening-pening lalat lagi cari jalan nak setting supaya tidak bazirkan kertas dan tidak buang masa nak potong ikut shape...cikgu ajarin setting supaya ia bersize A5 gitewww...sebelum cikgu terlupa,dalam tutorial ni cikgu tunjuk untuk pos laju taw,kalau guna JNT pun sama tapi yang hat lain cikgu tiada pengalaman

...ajaran ini nampak macam ajaran budak tadika tapi masih ada yang perlukan tunjuk ajar,so yang perlukan sila follow...dan semoga kalian @ korang tak bosyan dengan bebelan sis a.k.a cikgu senah🙆🙆🙆

Sekian bebelan cikgu DROPSHIP DI SHOPEE - CARA PRINT WAYBILL SHOPEE TERBARU 2020 PART 1,Jumpa lagi next entri,Babaiiii

Wassalam
-
-
-

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :
 DIRECT WHATSAPP

Follow us here!
SHOPEE : Kedai ZMBEAUTY

Post a Comment

0 Comments