Image

KENAL PASTI SCAMMER DI SHOPEE - PENTING & WAJIB BACA!!!

Bismillah dan Assalammualaikum 
Selamat pagi semua...Harini saya nak sentuh sikit tentang KENAL PASTI SCAMMER DI SHOPEE - PENTING & WAJIB BACA!!! sebagai panduan kat korang. Saya bukan apa,kesian tengok mangsa-mangsa scammer yang semakin meningkat setiap hari dek kerakusan manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab kat luar sana

Buat pengetahuan korang scammer online ni ada dimana-mana. Tak kira dari marketplace manapun mereka akan muncul...mereka akan target penjual online sebab mereka fikir penjual online ni akan senang ditipu kalau ditawarkan duit yang banyak. Maksudnya kalau dia tawarkan untuk membeli barang dagangan korang tu dengan kuantiti yang banyak dan "up" sikit harga confirm korang akan suka...Siapa yang tak suka kalau buka-buka je handphone ada orang nak beli barang dagangan korang dalam kuantiti yang banyak kan...betoi dak???
KENAL PASTI SCAMMER DI SHOPEE - PENTING & WAJIB BACA!!!

Gambar di atas adalah satu contah menunjukkan si penghantar mesej itu adalah scammer. Dia berminat untuk membeli tetapi ingin meneruskan di luar shopee sedangkan shopee adalah tempat yang selamat untuk berurusniaga. Selepas di balas jika berminat membeli boleh teruskan melalui shopee si penghantar mesej terus block akaun shopee tersebut...

Okey,terlanjur saya dah cerita tentang scammer jom saya kupas secara ringkas tentang ciri-ciri scammer yang seringkali mangsa-mangsa terlepas pandang. Biasanya scammer akan berminat untuk membeli dengan jumlah yang banyak dan sanggup bayar dengan harga yang tinggi. Contohnya kalau barang kita jual berharga RM30, mereka sanggup bayar 2 kali ganda daripada harga itu...cuba korang fikir,dah la bayar dua kali ganda,amik pula dalam kuantiti yang banyak,adakah ini logik??? Mereka akan memberi alasan ingin membuat event la,jual la,sedekah la,koleksi la dan macam-macam lagi...sila hati-hati dengan mereka!!!

Apa yang mereka fikirkan adalah mereka akan menjanjikan duit yang banyak untuk menjayakan misi mereka yang pertama iaitu "gelapkan mata" mangsa dengan jumlah duit yang banyak. Kebanyakan mangsa akan mudah tertipu dengan amaun yang ditawarkan

Step kedua mereka akan minta nombor akaun dan email...kenapa mereka minta 2 benda ni? Sebab mereka nak hantar bukti konon-konon mereka dah transfer duit dan perlukan mangsa membayar yuran transaksi untuk meneruskan urusniaga. Untuk pengetahuan korang yuran transaksi memang wujud untuk proses transfer duit ke ke luar negara tetapi ia ditanggung oleh si pembayar(si pembeli) dan jumlah fee adalah sedikit sahaja. Dan untuk pengetahuan korang juga transfer duit merentasi negara perlukan swift code dari bank penerima...bukan terus boleh transfer gitu je...ini yang seringkali mangsa abaikan...mereka terlalu mudah percaya si scammer cakap dah masuk 30k usd dalam akaun then perlu bayar fee terus fikir "aku kaya,aku kaya" huhuhu...please ya korang...ini adalah ciri-ciri scammer

KENAL PASTI SCAMMER DI SHOPEE - PENTING & WAJIB BACA!!!

Lepastu saya nak pesan,kepada korang yang dah terlanjur bagi nombor akaun dan email kat si scammer tu korang tak perlu kalut kalau mereka ugut nak block akaun ka...nak report FBI ka...nak report polis ka...semua ni palsu,mereka sekadar nak ugut sahaja sebab nak duit...mereka akan claim korang ambil duit mereka yang mereka transfer konon-kononnya,korang tak perlu rasa takut dengan ugutan itu sebab mereka pun sebenarnya takut tapi buat-buat berani huhuhu...

Senang cerita macamni,selagi kita berpegang pada konsep akad jual beli iaitu ada duit ada barang selagi itu kita akan selamat dalam urusniaga. Shopee adalah platform untuk berniaga online dengan selamat. So,kalau ada yang mesej kat shopee minta nak teruskan urusniaga di luar shopee tolong elakkan sebab mereka adalah scammer melainkan mereka bayar dahulu dan korang check duit ada dalam akaun boleh teruskan urusniaga korang hokeyyyy

So,harap korang alert dengan peringatan ni,Maybank sendiri pun dah bagitahu Maybank cuma kenakan bayaran RM5 sahaja untuk terima duit dari luar tu...itupun mereka tolak dari akaun huhuhu...so,jelas fee yang si scammer tu minta adalah palsu dan kalau mereka adalah real seller mereka yang kena tanggung fee itu...

Saya harap artikel ini serba sedikit memberi pencerahan kepada korang dan harap sangat korang tak akan menjadi mangsa penipuan online. Sila hati-hati dengan sebarang transaksi @ urusniaga yang nampak pelik... Terima kasih kepada yang sudi membaca artikel KENAL PASTI SCAMMER DI SHOPEE - PENTING & WAJIB BACA!!! ini...saya doakan korang semua mendapat sales yang bagus di kedai shopee korang. Jika rasa artikel ini bermanfaat dan boleh mengurangkan kadar mangsa scammer di Malaysia silalah ringankan jari untuk tekan button share...Jumpa lagi next story about Shopee...I Love SHOPEE
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :
Whatsapp
Facebook
Page : garlic balm ZM beauty
IG : zmbeautybrand