Image

CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI

Bismillah dan Assalammualaikum 
Hi korang...harini jadual saya agak padat tapi saya lari jap untuk tulis short artikel untuk korang yang belum tahu lagi CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI 

Korang tahu kan kalau kita niaga kat shopee kita perlu ikut rules yang telah ditetapkan mesti pos barang sebelum 3@5@7hari mengikut yang korang telah pilih. Macam saya,saya pilih 3 hari,bermakna order saya mesti di pos keluar dalam masa 3 hari berkerja...so,kalau korang nak balik kampung or pergi kursus or ada urusan lain yang menyebabkan korang tak dapat nak uruskan kedai shopee korang dengan sempurna baiklah tutup sementara bagi mengelakkan sebarang amaran dan penalti dikenakan kepada korang

Bagi mereka yang sangat mementingkan kredibiliti dan servis yang baik mereka sangat perlu tutup kedai shopee mereka sementara dan buka balik selepas selesai urusan lain itu. Tapi bagi mereka yang tak kisah akan penalti @ diajukan soalan bila nak pos barang saya??? dari pelanggan,saya rasa tak perlu kot nak tutup kedai sementara yang saya cakapkan tu...

Setiap kali saya balik kampung saya akan tutup kedai shopee saya sementara bagi mengelakkan "bad rating" pada kedai saya. Ada juga tanya saya "Macamana nak tutup kedai tu,pintu pun tadak...huhuhu" dan ada juga yang tanya saya "Apa jadi kat kedai saya kalau dah tutup tu..."

Saya jawab jap 2 soalan ni kat sini. Memang kedai shopee tadak pintu tapi tuan kedai berhak untuk menutup pandangan mata orang pada isi kedai mereka hehehe...dan jawapan kepada soalan kedua,Kedai shopee korang tak jadi apa-apa masih ada seperti biasa tetapi pembeli tidak nampak produk-produk yang ada dalam kedai korang tu. Semua barang korang menjadi lut sinar hehehe,so tiada sebarang urusniaga akan berlaku ketika korang tutup kedai korang untuk sementara itu...Haaa jom la saya tunjukkan cara-caranya yang sangat mudah dengan 3 step sahaja...

CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI
Step pertama :
Pastikan korang berada di ruangan menjual "selling" dan korang cari bahagian seller assistant seperti yang ditunjuk oleh anak panah di dalam gambar

CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI

Step kedua :
Selepas step pertama korang akan sampai ke halaman ini. Korang terus tekan shop setting seperti dalam gambar

CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI

Step terakhir :
Bila korang sampai kat halaman ini korang akan nampak perkataan "vacation mode" betul tak?? kalau nampak jadikan ia enable(button hijau muncul) Tadaaaaa...dah siap!!! anda sekarang berada dalam mood cuti. Proses ini akan berkuatkuasa selepas 1 jam di apply,please note hokey...takut nanti korang try buat dan terus check tak jadi la,cikgu ajar salah la,tak pandai la...nak pandai perlu cuba buat okeyyy

So,ini sahaja untuk hari ini,next saya tunjuk cara nak daftar free shipping program ya...Terima kasih sudi baca CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI sampai habis...kalau ada yang tak lengkap boleh bagitahu saya untuk saya perbetulkan. Yang baik datang dari ALLAH dan yang tak baik adalah kelemahan diri saya...In Sya Allah jumpa lagi...Daaaa
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :
Whatsapp
Facebook
Page : garlic balm ZM beauty
IG : zmbeautybrand