Image

CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI

Bismillah dan Assalammualaikum 
Hi korang...harini jadual saya agak padat tapi saya lari jap untuk tulis short artikel untuk korang yang belum tahu lagi CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI 

Korang tahu kan kalau kita niaga kat shopee kita perlu ikut rules yang telah ditetapkan mesti pos barang sebelum 3@5@7hari mengikut yang korang telah pilih. Macam saya,saya pilih 3 hari,bermakna order saya mesti di pos keluar dalam masa 3 hari berkerja...so,kalau korang nak balik kampung or pergi kursus or ada urusan lain yang menyebabkan korang tak dapat nak uruskan kedai shopee korang dengan sempurna baiklah tutup sementara bagi mengelakkan sebarang amaran dan penalti dikenakan kepada korang

Bagi mereka yang sangat mementingkan kredibiliti dan servis yang baik mereka sangat perlu tutup kedai shopee mereka sementara dan buka balik selepas selesai urusan lain itu. Tapi bagi mereka yang tak kisah akan penalti @ diajukan soalan bila nak pos barang saya??? dari pelanggan,saya rasa tak perlu kot nak tutup kedai sementara yang saya cakapkan tu...

Setiap kali saya balik kampung saya akan tutup kedai shopee saya sementara bagi mengelakkan "bad rating" pada kedai saya. Ada juga tanya saya "Macamana nak tutup kedai tu,pintu pun tadak...huhuhu" dan ada juga yang tanya saya "Apa jadi kat kedai saya kalau dah tutup tu..."

Saya jawab jap 2 soalan ni kat sini. Memang kedai shopee tadak pintu tapi tuan kedai berhak untuk menutup pandangan mata orang pada isi kedai mereka hehehe...dan jawapan kepada soalan kedua,Kedai shopee korang tak jadi apa-apa masih ada seperti biasa tetapi pembeli tidak nampak produk-produk yang ada dalam kedai korang tu. Semua barang korang menjadi lut sinar hehehe,so tiada sebarang urusniaga akan berlaku ketika korang tutup kedai korang untuk sementara itu...Haaa jom la saya tunjukkan cara-caranya yang sangat mudah dengan 3 step sahaja...

CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI
Step pertama :
Pastikan korang berada di ruangan menjual "selling" dan korang cari bahagian seller assistant seperti yang ditunjuk oleh anak panah di dalam gambar

CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI

Step kedua :
Selepas step pertama korang akan sampai ke halaman ini. Korang terus tekan shop setting seperti dalam gambar

CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI

Step terakhir :
Bila korang sampai kat halaman ini korang akan nampak perkataan "vacation mode" betul tak?? kalau nampak jadikan ia enable(button hijau muncul) Tadaaaaa...dah siap!!! anda sekarang berada dalam mood cuti. Proses ini akan berkuatkuasa selepas 1 jam di apply,please note hokey...takut nanti korang try buat dan terus check tak jadi la,cikgu ajar salah la,tak pandai la...nak pandai perlu cuba buat okeyyy

So,ini sahaja untuk hari ini,next saya tunjuk cara nak daftar free shipping program ya...Terima kasih sudi baca CARA SETTING TUTUP KEDAI SHOPEE SEMENTARA BERCUTI sampai habis...kalau ada yang tak lengkap boleh bagitahu saya untuk saya perbetulkan. Yang baik datang dari ALLAH dan yang tak baik adalah kelemahan diri saya...In Sya Allah jumpa lagi...Daaaa
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :
Whatsapp
Facebook
Page : garlic balm ZM beauty
IG : zmbeautybrand

KENAL PASTI SCAMMER DI SHOPEE - PENTING & WAJIB BACA!!!

Bismillah dan Assalammualaikum 
Selamat pagi semua...Harini saya nak sentuh sikit tentang KENAL PASTI SCAMMER DI SHOPEE - PENTING & WAJIB BACA!!! sebagai panduan kat korang. Saya bukan apa,kesian tengok mangsa-mangsa scammer yang semakin meningkat setiap hari dek kerakusan manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab kat luar sana

Buat pengetahuan korang scammer online ni ada dimana-mana. Tak kira dari marketplace manapun mereka akan muncul...mereka akan target penjual online sebab mereka fikir penjual online ni akan senang ditipu kalau ditawarkan duit yang banyak. Maksudnya kalau dia tawarkan untuk membeli barang dagangan korang tu dengan kuantiti yang banyak dan "up" sikit harga confirm korang akan suka...Siapa yang tak suka kalau buka-buka je handphone ada orang nak beli barang dagangan korang dalam kuantiti yang banyak kan...betoi dak???
KENAL PASTI SCAMMER DI SHOPEE - PENTING & WAJIB BACA!!!

Gambar di atas adalah satu contah menunjukkan si penghantar mesej itu adalah scammer. Dia berminat untuk membeli tetapi ingin meneruskan di luar shopee sedangkan shopee adalah tempat yang selamat untuk berurusniaga. Selepas di balas jika berminat membeli boleh teruskan melalui shopee si penghantar mesej terus block akaun shopee tersebut...

Okey,terlanjur saya dah cerita tentang scammer jom saya kupas secara ringkas tentang ciri-ciri scammer yang seringkali mangsa-mangsa terlepas pandang. Biasanya scammer akan berminat untuk membeli dengan jumlah yang banyak dan sanggup bayar dengan harga yang tinggi. Contohnya kalau barang kita jual berharga RM30, mereka sanggup bayar 2 kali ganda daripada harga itu...cuba korang fikir,dah la bayar dua kali ganda,amik pula dalam kuantiti yang banyak,adakah ini logik??? Mereka akan memberi alasan ingin membuat event la,jual la,sedekah la,koleksi la dan macam-macam lagi...sila hati-hati dengan mereka!!!

Apa yang mereka fikirkan adalah mereka akan menjanjikan duit yang banyak untuk menjayakan misi mereka yang pertama iaitu "gelapkan mata" mangsa dengan jumlah duit yang banyak. Kebanyakan mangsa akan mudah tertipu dengan amaun yang ditawarkan

Step kedua mereka akan minta nombor akaun dan email...kenapa mereka minta 2 benda ni? Sebab mereka nak hantar bukti konon-konon mereka dah transfer duit dan perlukan mangsa membayar yuran transaksi untuk meneruskan urusniaga. Untuk pengetahuan korang yuran transaksi memang wujud untuk proses transfer duit ke ke luar negara tetapi ia ditanggung oleh si pembayar(si pembeli) dan jumlah fee adalah sedikit sahaja. Dan untuk pengetahuan korang juga transfer duit merentasi negara perlukan swift code dari bank penerima...bukan terus boleh transfer gitu je...ini yang seringkali mangsa abaikan...mereka terlalu mudah percaya si scammer cakap dah masuk 30k usd dalam akaun then perlu bayar fee terus fikir "aku kaya,aku kaya" huhuhu...please ya korang...ini adalah ciri-ciri scammer

KENAL PASTI SCAMMER DI SHOPEE - PENTING & WAJIB BACA!!!

Lepastu saya nak pesan,kepada korang yang dah terlanjur bagi nombor akaun dan email kat si scammer tu korang tak perlu kalut kalau mereka ugut nak block akaun ka...nak report FBI ka...nak report polis ka...semua ni palsu,mereka sekadar nak ugut sahaja sebab nak duit...mereka akan claim korang ambil duit mereka yang mereka transfer konon-kononnya,korang tak perlu rasa takut dengan ugutan itu sebab mereka pun sebenarnya takut tapi buat-buat berani huhuhu...

Senang cerita macamni,selagi kita berpegang pada konsep akad jual beli iaitu ada duit ada barang selagi itu kita akan selamat dalam urusniaga. Shopee adalah platform untuk berniaga online dengan selamat. So,kalau ada yang mesej kat shopee minta nak teruskan urusniaga di luar shopee tolong elakkan sebab mereka adalah scammer melainkan mereka bayar dahulu dan korang check duit ada dalam akaun boleh teruskan urusniaga korang hokeyyyy

So,harap korang alert dengan peringatan ni,Maybank sendiri pun dah bagitahu Maybank cuma kenakan bayaran RM5 sahaja untuk terima duit dari luar tu...itupun mereka tolak dari akaun huhuhu...so,jelas fee yang si scammer tu minta adalah palsu dan kalau mereka adalah real seller mereka yang kena tanggung fee itu...

Saya harap artikel ini serba sedikit memberi pencerahan kepada korang dan harap sangat korang tak akan menjadi mangsa penipuan online. Sila hati-hati dengan sebarang transaksi @ urusniaga yang nampak pelik... Terima kasih kepada yang sudi membaca artikel KENAL PASTI SCAMMER DI SHOPEE - PENTING & WAJIB BACA!!! ini...saya doakan korang semua mendapat sales yang bagus di kedai shopee korang. Jika rasa artikel ini bermanfaat dan boleh mengurangkan kadar mangsa scammer di Malaysia silalah ringankan jari untuk tekan button share...Jumpa lagi next story about Shopee...I Love SHOPEE
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :
Whatsapp
Facebook
Page : garlic balm ZM beauty
IG : zmbeautybrand

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Bismillah dan Assalammualaikum 
Hi semua...semalam baru je selesai saya buat satu artikel cara nak buka akaun shopee harini saya nak sambung sikit TUTORIAL  CARA SETTING AKAUN SHOPEE SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE sebab kalau dah buka akaun tapi setting tak betul tak boleh juga...kita nak niaga mesti nak kasi cun semuanya kan...samalah umpamanya kalau kita buka kedai yang sebenar mesti nak cantik-cantik kan...kedai shopee ni walaupun tak nampak bentuk kedainya kita perlu setting kasi cantik supaya kita tak serabut & kalut bila nak sambut customer...gitewwww...

Saya bermula dari yang paling basic dari celah bedah mana yang nak disentuh semua saya sentuh supaya jelas semuanya walaupun benda tu nampak mudah dan tak perlu di ajar tapi kita kena faham bukan semua orang celik IT macam kita kan....nak share ilmu biar ilmu tu betul-betul membantu huhuhu...pinjam kata-kata sifu aiiii...Dah dahhh jom kita jalan-jalan tengok gambar...sambil sambil tu jangan lupa praktikkan terus taw...

Kita sambung hat semalam punya pelajaran noh...Apaaa? tak tahu??? ok fine saya letak link sini ...yang tak baca lagi boleh baca ni dulu nanti terus lompat hat nih lagi korang terkunang-kunang tak faham...BACA NIH !!!TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE 

Okeh dah baca??? Let's go...kita tengok satu persatu apa yang nak di isi ya...maaf ya ada banyak gambar kali ni supaya korang boleh faham dengan jelas hokeyy...


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 1 :
Buka dashboard bahagian selling(jual) @ buying(beli) mana-mana pun boleh ...pastu klik my account(akaun saya)...(sila rujuk gambar di atas)


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 2 :
Korang akan sampai ke halaman ini bila korang ikut step 1 tadi...korang perhatikan baik-baik setiap list kat setting tu perlu dibuka dan perlu di isi dengan betul...jom kita buka satu-satu dan makesure korang isi sekali sambil-sambil belajar ni...


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 3 :
MY PROFILE - Dalam bahagian edit profile ada banyak benda yang nak di isi tapi senang sangat nak isi ala-ala isi borang cabutan bertuah gitew...tapi mula-mula sekali kita edit gambar...korang nampak kan anak panah 2 ketoi tu? dua anak panah tu korang edit letak gambar cun cun bagi menarik kedai korang tu...bila gambar menarik mesti orang tertarik nak singgah betoi dak??


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 4 :
MY PROFILE - Masih lagi di bawah segmen edit profile...korang perlu masukkan gender(jantina) korang...


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 5 :
MY PROFILE - Selepas masukkan jantina tadi korang masukkan tarikh lahir korang pula...kalau boleh jangan la palsukan detail yang korang letak tu sebab nanti kalau ada masalah tentang payment boleh timbul huru hara pula kan hehehe...so untuk memudahkan baik kita tulis detail yang sah hokeyyy...



TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 6 :
MY PROFILE - Step seterusnya masih berada dalam mood profile iaitu email...korang tekan je "set now" tu then shopee akan hantar email kat korang ...pastu korang confirmkan je pastu settle hokeyyy...jangan takut-takut 



TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 7 :
MY PROFILE - Seterusnya bawah email adalah sosial media account...Klik je kat situ korang akan sampai ke halaman ini then teruskan update media sosial korang kat tempat yang berkenaan...kenapa benda ni perlu untuk korang isi??? Sebab senang korang nak share kedai shopee korang kat Facebook,Instagram @ twiiter nanti...klik je terus muncul kat media sosial korang tu hokeyyy...ini adalah salah satu cara korang nak promote kedai shopee korang nanti


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 8 :
MY ADDRESS : ok,kita dah sampai ke part isikan alamat...sila isi alamat yang betul untuk tujuan urusniaga dalam shopee @ untuk rujukan pihak pos laju untuk collect parcel korang bila korang dah join PROGRAM POS LAJU FREE SHIPPING nanti


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 9 & 10 :
BANK ACCOUNTS/CARDS : Bila korang klik bahagian bank akaun korang perlu masukkan password dulu sebab benda ni sensitif dan private,so tuan empunya kedai sahaja yang boleh edit bahagian ini...( PENTING!!! JANGAN SESUKA HATI BAGI PASSWORD KORANG KAT ORANG LAIN ) Selepas berjaya masuk boleh isi bahagian bank akaun @ kad kredit...buat pengetahuan korang bahagian kad kredit boleh diabaikan...ada juga yang bertanya saya kalau takde kad kredit tak boleh berniaga kat shopee ke...so,inilah jawapannya...kad kredit tiadapun tak apa hokeyyyy...pastikan korang masukkan no akaun yang betul...chek 19 kali sebelum proceedpun takpe,takde siapapun nak marah,janji no akaun tu betul bagi mengelakkan sebarang kesilapan dimasa akan datang...


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 11 :
CHAT SETTING : Sampai ke next step untuk setting bahagian mesej/chat ...Perhatikan anak panah yang pertama...enable kan button tersebut(maksudnya hidupkan butang tu...jadikan dia warna hijau macam dalam gambar) ini untuk memudahkan korang nak berchat @ customer nak bertanya...korang terus nampak mesej pemberitahuan di skrin shopee korang,so takdelah mesej yang terlepas pandang nanti...dan anak panah yang kedua untuk korang setting sendiri ayat untuk reply mesej mereka contohnya "terima kasih kerana berminat berurusan dengan kami,mesej anda akan kami reply sebentar lagi" soooo...takdelah bakal customer korang rasa mesej mereka takde respond kan...huhuhu


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 12 & 13 :
NOTIFICATION SETTING(tetapan pemberitahuan)
Dalam bahagian ni ada 2 jenis tetapan iaitu Push Notification & Email Notification...Korang follow je button yang perlu di enable(hijaukan) seperti dalam gambar dan saya akan terangkan fungsinya. Push notification bertindak sebagai pemberitahuan sebarang progress yang berlaku di dalam kedai korang nanti...semua apa yang berlaku,akan shopee update kepada korang melalui push notification dan Email Notification melalui email...maknanya korang boleh tengok progress dari apps shopee korang @ melalui email

Apakah kelebihan Email notification???
Kelebihan Email Notification digunakan apabila korang membuka lebih dari satu akaun shopee tetapi cuma menggunakan 1 handphone...mesti sukar korang nak log-in & log-out untuk tengok notification kannnn??? betoi dakkk? So,disini lah bergunanya Email Notification,korang boleh tengok progress kedai-kedai shopee korang melalui email...akaun google kan boleh setting email banyak-banyak untuk satu apps kannnnn...oooo yeahhhh itulah kelebihannya


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 14 :
PRIVACY SETTING : Aaahaaaa...hat ni saya tak boleh nak paksa korang ikut setting saya sebab saya ni lebih suka privacy,so semua tu saya "disable"kan untuk mengelakkan jiwa kacau hehe...bukanlahhh,ini untuk memprivacykan diri korang,so segala aktiviti korang semua orang tak boleh tengok...kalau korang like ke,beli ke semua tu rahsia gitewww...


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 15 :
LANGUAGE : Haaa inipun penting...setting bahasa yang selesa korang gunakan...tak kira bahasa yang korang gunakan yang penting korang faham taw...jangan tukar bahasa cina pastu tanya soalan kat saya sudah,satgi saya ligan korang huhuhu...


TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE

Step 16 :
SUPPORT CENTRE : Meh sini rapat rapat...adik adik abang abang kakak kakak...saya nak bagitahu korang kalau korang ada apa-apa masalah berkaitan shopee nih korang terus je boleh contact nombor yang tertera kat atas ni or korang boleh terus emailkan juga...korang tak perlu risau @ stress diorang lambat layan sebab mengikut pengalaman saya service shopee memang mantap,tiptop dan mabeles...tak pernah lagi kecewa dengan servis mereka...call pon cepat je mereka respond...email pon cepat mereka reply...

Korang toksah nak risau tak pandai cakap omputih masa tulis email,korang tulis je bahasa melayu diorang boleh faham sebab kat sana ada staff yang boleh berbahasa melayu hokey...yang penting korang jangan cakap loghat utagha...kechek kelate,ganu,nogori dan sebagainya udah le...gunakan bahasa melayu sebenar in Sya Allah mereka akan usaha untuk membantu....Pssstttt...ini cakap ikhlas taw,bukan nak bodek..huhuhu

Rasanya macam banyak sangat input dalam TUTORIAL CARA SETTING AKAUN SHOPEE DENGAN BETUL SELEPAS BUKA AKAUN - JOM BERNIAGA ONLINE ni...kita berhenti kat sini dulu ya,next saya cerita apa yang perlu korang buat kalau tetiba korang nak cuti balik kampung tapi takut order masuk takde orang nak pos kan...dan saya nak tunjuk ciri-ciri scammer yang perlu korang elakkan daripada berurusan di shopee...Jumpa lagi next entri taw...yang rasa artikel ni bermanfaat sila share ya...maafkan saya jika ada kekurangan...
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :
Whatsapp
Facebook
Page : garlic balm ZM beauty
IG : zmbeautybrand

TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE

Bismillah dan Assalammualaikum 
Hi korang...seperti yang saya janjikan kat semua yang mesej saya tanya "how to start selling at shopee", harini saya gagahkan diri untuk tulis sesuatu supaya korang dapat input... maka terciptalah satu artikel baru berjudul TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE setelah sekian lama blog ini sepi tanpa artikel...Chupp chuppp bukan sengaja taw taknak menulis tapi saya busy bangat deh...nak cerita busy kang panjang pula ceritanya so cut it short paham-paham sendiri maksud busy eh...

Lately setiap hari beratus-ratus mesej masuk di whatsap saya tanya tentang berniaga di shopee...bukan di whatsapp sahaja melalui chat di shopee pon ramai tapi maaflah adik-adik,kakak kakak dan abang abang semua saya tak dapat nak layan semua orang sebab saya pun ada kerja lain yang perlu diuruskan...belum cerita lagi kerja hakiki as tarzan rimba di dalam rumah mengerjakan hero 3 ketoi saya nih huhuhu...maka dengan ini saya rasa perlulah saya tulis artikel ini sebab mungkin  ada yang tak berapa faham dengan artikel saya sebelum ini atau artikel sebelum ini tak lengkap ataupun kurang jelas....

Saya akan bermula dari first step yang paling bawah levelnya sebab banyak juga mesej saya dapat begini bunyinya " salam sis,saya ada baca artikel sis tentang berniaga di shopee,boleh tak sis ajar macamana?" lagi satu soalan " saya tak tahu bagaimana nak start dan saya baru firstime ni sis,boleh ajar saya dari mula tak sis?" Kalau boleh saya nak ajar semua orang tapi saya tak mampu nak buat begitu...nak tubuhkan group pun saya tak mampu sebab takut ada yang tertinggal @ tak faham then saya kena ulang banyak kali...better saya buat artikel supaya korang @ newbie boleh tengok banyak kali dan info takkan hilang sampai bila-bila..betoi dakkk?

Maaf ya intro terlalu panjang...ni lah akibatnya kalau lama sangat tak mengarang,bila start mengarang habis semua nak di karang...kepada yang dah tahu tentang step yang saya akan bagi nanti boleh abaikan artikel ini @ korang boleh tolong share supaya ramai orang boleh belajar dan yang belum tahu @ ingin belajar sila teliti betul langkah-langkah mudah yang saya cuba sampaikan...

PESANAN PENTING !!!
Orang yang nak bermula shopee bukan sekadar baca tutorial tapi baca tutorial sambil praktikkan. Orang yang bertindak sekarang pasti akan dapat hasil lebih cepat berbanding baca sahaja tanpa bertindak...dan lagi satu selepas korang buat baru korang akan faham...membaca tak semudah mempraktikkan dan mempraktikkan tak seindah dapat customer pertama...ooooyeahhhhh


TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE

1st step :
Bagi mereka yang belum download aplikasi shopee boleh berbuat demikian di google playstore...( sila rujuk gambar di atas )


TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE

2nd step :
Bila dah download korang buka dan akan keluarlah halaman seperti lampiran yang disediakan...terus tekan sign up untuk yang belum pernah sign up...dan yang dah ada akaun dengan shopee boleh abaikan step ini...( sila rujuk gambar di atas )

TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE


























3rd step :
Korang akan sampai ke halaman ini selepas korang tekan sign up...( sila rujuk gambar di atas )


TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE

4rd step :
Isikan nombor telefon korang yang korang guna untuk berurusan...jangan guna nombor yang dah expired sebab nanti shopee nak bagi kod rahsia herherher...pastu jangan lupa klik continue pulak,kang sampai ke sudah tak dapat kod rahsia korang...( sila rujuk gambar di atas )


TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE

5th step :
Dapat tak kod rahsia kat no telefon yang korang bagi tuh? kalau dapat isi nombor kod tu kat tempat yang disediakan...kalau tak dapat korang kena check balik betul ke tidak nombor telepon yang korang bagi tu,takut tersilap...Kalau semuanya dah ok,kod yang diletakkan dah sempurna sila tekan continue( sila rujuk gambar di atas )


TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE


TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE

6th & 7th step :
Selesai korang tekan continue di step ke 5 tadi korang akan automatik sampai ke halaman ini( sila rujuk gambar di atas ) Then apa lagi korang isilah usernama dan password yang korang nak guna...pastikan korang guna password yang mudah korang nak ingat sebab nanti takdelah asyik lupa je...nanti kurang pula semangat nak buka shopee sebab asyik lupa password jek...just soft remind from me hukhuk...Eh eh...jangan lupa tekan continue tu taw...



TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE

8th step :
Bila korang tekan continue kat step kat atas tu korang terus akan sampai ke halaman ini...ini adalah halaman umum taw...kalau korang nak ke halaman korang sendiri @ profile korang @ biasa orang panggil dashboard korang tekan "me" ...tu yang saya letak anak panah tuh...haaa tekan kat situ( sila rujuk gambar di atas )

Info : 
Dashboard adalah tempat korang nak edit apa jua aktiviti di kedai shopee korang termasuk edit stok,profile,withdraw dan sebagainya...saya akan ajar dengan lebih detail nanti


TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE


9th step :
Dan akhir sekali bila korang tekan anak panah "me" tadi korang akan terus sampai ke ruangan dashboard korang sendiri...nampak tak nama usernama yang saya isikan tadi ada kat bahagian atas yang saya letak anak panah tu??? nampak kan...haaa itulah nama kedai korang...so,masa nak tulis username korang kena pilih nama yang sesuai untuk melambangkan kedai shopee korang tu ya...( sila rujuk gambar di atas )

So,untuk kali ni saya share ini sahaja untuk TUTORIAL LANGKAH PERTAMA BUKA AKAUN SHOPEE - JOM BERNIAGA ONLINE ...namapun langkah pertama...saya kena bagi sikit-sikit,tak boleh bagi sekali gus nanti ada yang tak faham pula...slow slow fahamkan in Sya Allah korang boleh faham sebab saya rasa inilah step yang paling jelas sekali untuk difahami...yang dah tahu jangan kecam-kecam saya nak tunjuk pandai ,saya cuma nak memudahkan diri saya untuk bagi jawapan pada mereka yang tanya saya bagaimana nak bermula...kalau yang rasa artikel ini boleh membantu kawan-kawan @ adik beradik yang baru nak belajar boleh share...tutorial untuk next step akan menyusul selepas ini...Jumpa lagi taw...terima kasih kepada yang sudi membaca sampai habis,maaf taw kalau saya terover bebel...
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :
Whatsapp
Facebook
Page : garlic balm ZM beauty
IG : zmbeautybrand

SABUN HABBATUSSAUDA HOMEMADE TERBAIK - NATURAL

Bismillah dan Assalammualaikum ..hi korang,selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak...Lamanya tak munculkan diri kat sini...bukan apa saya tak punya cukup masa untuk merenung monitor lagi seperti dulu hukhukhuk...tapi kali ni saya lari kejap untuk menaip...jom layan cerita SABUN HABBATUSSAUDA HOMEMADE TERBAIK - NATURAL ...saya  akan buat sesimple mungkin cerita ni sebab saya nak buat kerja lain pula pasni hehee...

SABUN HABATUSSAUDA HOMEMADE TERBAIK - NATURAL

Ha...ni dia rupa sabun SABUN HABBATUSSAUDA HOMEMADE yang saya nak tunjuk kat korang tu..korang tahu kan habbatussauda ni adalah salah satu makanan sunnah tapi kali ni kita proses dia bukan untuk makan tapi untuk gosok kat muka sebagai sabun

Lagi satu,korang jangan terkejut kenapa ada bintik-bintik hitam macamtu tak macam sabun kat pasaran yang ada habbatussauda...ini kerana saya kisar dulu habbatussauda tu sebelum saya masukkan dalam sabun sebab kalau tak hancurkan khasiatnya takkan keluar...so dengan cara ini dapat membantu kita menerima manfaat sepenuhnya daripada habbatussauda

Antara fungsi sabun ini :
  • Meremajakan kulit
  • Menghilangkan kulit kusam
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Menghilangkan jerawat pasir
  • Mengelakkan jerawat tumbuh
  • Melembabkan kulit
  • Melindungi kulit secara natural
  • Menghaluskan kulit
SABUN HABATUSSAUDA HOMEMADE TERBAIK - NATURAL

Korang mesti tertanya-tanya apahal sabun tuh warnanya kuning kan...kan kan kannn...hehehe. Tula saya lupa nak habaq sabun ni bukan semata-mata ada habbatussauda je uolllsss...saya ada campurkan sekali kunyit india...bukan kunyit goreng ikan taw...kunyit india memang sangat win untuk tujuan kecantikan muka...semua orang pun taw kan...sebab tu saya masukkan kunyit india ni bagi hasilnya win...selain itu ada beberapa bahan lain lagi yang saya campurkan untuk bagi hasilnya lebih bagus...apa yang penting bahan wajib yang memang ada dalam semua produk saya iaitu olive oil

SABUN HABATUSSAUDA HOMEMADE TERBAIK - NATURAL

Kenapa saya pilih olive oil dalam setiap produk homemade saya? sebabnya olive oil ni adalah minyak yang terbaik untuk kulit...ada banyak vitamin dan ia mampu melembabkan kulit secara semulajadi...saya dah jatuh hati gila kat olive oil uolllssss...

Buat masa sekarang saya belum lagi keluarkan SABUN HABATUSSAUDA HOMEMADE di pasaran sebab saya masih lagi dalam tempoh mengedarkan sample kepada agent-agent terdahulu sebabnya sebelum nak jual semestinya kita perlu tahu tahap keberkesanannya dahulu...apa kelemahannya dan apa kelebihannya...betul tak? bukan main taram je jual kan kan kannn...hehe

In Sya Allah selepas sebulan dua nanti feedback cukup positif dan saya berpuashati bolehlah saya keluarkan dalam jumlah yang banyak...masa tu saya akan buka peluang untuk bantu surirumah untuk cari duit poket as usual hokeyy...sebab itu saya perlu test dulu sabun ni barulah kita boleh jual dengan tenang aman dan sentosa gitew...Alahai tengok Ammar tolong angkat barang...ditegah kang menangis...redho jela budak istimewa ni...rajin dia tolong ibunya hukhuk

SABUN HABATUSSAUDA HOMEMADE TERBAIK - NATURAL

oklah...rasanya cukup setakat ini update aktiviti saya yang terbaru,saya akan cuba untuk mengupdate lagi dan lagi...sebenarnya setiap hari banyak aktiviti yang saya buat tapi cuma tak dan nak update...terima kasih sudi membaca cerita SABUN HABATUSSAUDA HOMEMADE TERBAIK - NATURAL ni sampai habis...kita jumpa next story ya..."Selamat Berpuasa"

Wassalam

Any Question? Find me here :
Whatsapp
Facebook
Page : ZM Beauty
IG : zmbeautybrand

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK

Bismillah dan Assalammualaikum semua...Hiii uollssss...lama tak bersiaran rentetan order garlic balm melonjak-lonjak kebelakangan ni...tak dapat buat apa dah...saya bertungkus lumus menyiapkan order supaya saya boleh memberikan servis paling molek sekali buat stokis,agent dan semua pengguna garlic balm...Thank you taw kepada yang dah membeli garlic balm saya...saya doakan garlic balm ni dapat membantu mengurangkan beban masalah korang ye...

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK

Harini sekali lagi saya nak umumkan stokis baharu saya...sebenarnya stokis ni dah lama daftar tapi saya je yang tak ada masa nak update...ada lagi beberapa orang yang akan saya update kemudian dan harini saya nak kenalkan STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK ...Jom kita skodeng wall facebook beliau...macam biasa saya memang akan tepek gambar wall facebook stokis saya kat sini supaya senang uolllsss nak berkenalan...gitewww...hehehe...

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK

Yang ini pula adalah page khas STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK ni...kalau nak info berkaitan korang boleh follow kat sini ya...

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK

Nampak pada gayanya memang nampak serius beliau dalam bisnes "membawang" ni...korang yang nak join team STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK ni korang boleh terus contact beliau ya...mana yang hat dekat-dekat dengan area sana bolehlah meramaikan team membawang...yela..sekarang ni kan zaman cari duit tepi...so,apa salahnya kita beramal menyebarkan manfaat petua tradisional ni kat semua orang...bukan free-free...sambil-sambil tu boleh buat income juga...

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK

Saya rasa artikel kali ni saya taknak cakap banyak dah pasal garlic balm ni sebab sebelum ni saya asyik ulang-ulang cakap benda yang sama...sat lagi ada yang bosan dengar saya merapu...tapi korang toksah risau sebab gambar-gambar yang saya hidangkan semuanya sarat dengan info berkaitan garlic balm a.k.a minyak bawang putih ni...so korang boleh baca terus dengan tekun sambil menikmati pemandangan gambar garlic balm tu hokeyyy...

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK

Cuma satu saya nak bagitahu,garlic balm ini adalah inovasi petua tradisional yang digunakan oleh nenek moyang kita zaman dulu-dulu sejak berabad-abad lamanya...korang tahu kan hat yang sebelum inovasi tu apa dia petuanya??? Tak tahu??? Oooooo tahu...ok2...yang tahu duduk diam-diam...yang tak tahu baca baik-baik...petua tradisional yang saya maksudkan tadi adalah minyak bawang putih...lepas diinovasikan maka jadilah ia garlic balm yang orang dok jual-jual kat pesbuk tu...yang hat orang dok kata untuk rawat selsema dan batuk tu...haaaa betoi la...itulah dia...hahahaa....korang tengoklah gambar-gambar tu sendiri ya...

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK

Yang hat ni pon wajib saya nak bagitahu...garlic balm ni dah dihantar ke makmal untuk di uji keselamatannya jika digunapakai pada orang...Alhamdulillah keputusannya adalah positif, dengan itu maka keluarlah Certificate of Anaylisis buat garlic balm by zm Beauty....

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK

Saya dok canang-canang ni bukan sebab nak eksyen ka apa ya...jangan salah sangka...tapi benda macamni memang kena bagitahu...sebab kalau tak bagitahu macamana orang nak tahu kan hehehe...so,sesiapa yang nak guna garlic balm ni korang boleh guna dengan hati yang tenang...dan yang nak cari duit tepi dengan menjual garlic balm pon korang boleh menjual dengan tenang...In sya Allah garlic balm ni tidak akan merosakkan buah pinggang korang(eh...ada kaitan ke.?? huhuhuhu)

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK

STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK

So,kepada sesiapa yang berminat nak beli @ nak jadi agent boleh contact STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK di talian www.wasap.my/60134036390 atau korang boleh add facebook beliau ya...maka habislah sudah sesi memperkenalkan STOKIS SAH GARLIC BALM KAWASAN PARIT BUNTAR PERAK saya kali ini...Kita jumpa lagi next entri sebab ada 2 orang lagi stokis dah berdaftar tapi saya tak sempat nak kenalkan lagi...Apa yang terkurang maafkan saya,semoga garlic balm dapat memberi manfaat kepada semua...
Wassalam