Image

SERBUK INAI RAMBUT 100% DAUN INAI TANPA BAHAN CAMPURAN ATAU PERWARNA - SAH BAWA SOLAT

Bismillah...
Assalammualaikum....hai korang....selamat datang ke teratak saya yang tak berapa nak canggih ni...hehehe...harini saya nak update santai-santai je tentang SERBUK INAI RAMBUT 100% DAUN INAI TANPA BAHAN CAMPURAN ATAU PERWARNA - SAH BAWA SOLAT ...Alhamdulillah ramai yang dah dapatkan inai serbuk ini dan mereka puashati dan tak kurang juga yang borong untuk mereka jual balik...ada juga yang beli untuk jiran tetangga...adik beradik...dan ada juga yang beli untuk mak ayah meraka...syukran...syukran....terima kasih sebab mempercayai inai serbuk kami...

SERBUK INAI RAMBUT 100% DAUN INAI TANPA BAHAN CAMPURAN ATAU PERWARNA - SAH BAWA SOLAT

Oleh kerana permintaan yang memberangsangkan sejak akhir-akhir ni...saya pun tak sure sebab apa...maka saya dah berapa kali round bulan ni bungkus inai ni...alhamdulillah...tapi kali ni saya ada pembantu untuk lekatkan label tau hehehe...Anak saya yang sulung jadi mangsa tolong saya lekatkan label tapi adalah dalam 10 peket je tampal dah membebel mulutnya cakap penat...aduhaiii anak...

SERBUK INAI RAMBUT 100% DAUN INAI TANPA BAHAN CAMPURAN ATAU PERWARNA - SAH BAWA SOLAT


Buat pengetahuan mereka yang baru firstime jumpa inai rambut dalam bentuk serbuk seperti gambar di atas saya nak bagitahu bahawa inai serbuk ini adalah daun inai asli yang diserbukkan tanpa sebarang campuran perwarna. Inai ini bukan untuk rambut sahaja,kalau korang nak pakai kat jari pun tiada masalah tapi korang campurlah gambir sikit untuk hasil warna lebih umphhhh giteww...tak pun kalau korang malas nak tumbuk gambir tu saya ada juga jual inai serbuk inai yang dah siap campurkan dengan gambir...jap eh saya tepek gambar sekali bagi korang tengok...haaaa..jumpapun gambar...gambar kat bawah ni inai untuk jari taw...yang ni dah siap-siap campur gambir dah...korang jangan confuse pula taw...
SERBUK INAI RAMBUT 100% DAUN INAI TANPA BAHAN CAMPURAN ATAU PERWARNA - SAH BAWA SOLAT

Bagaimana nak tahu inai tu asli ke tidak? Soalan ini sangat selalu saya dapat setiap kali ada yang nak beli inai kat saya...saya pun dah naik lancar dah nak jawab cuma macam malas je nak menaip untuk jawab soalan mereka huhuhuhu...so sekali lagi saya bagitahu kat sini. Inai asli senang je nak kenal...warna inai asli adalah perang-perang oren...kalau tepek kat rambut yang beruban,dia akan jadi perang-perang oren juga...baca betul-betul..."rambut beruban"....dan kalau ditepek pula pada rambut yang tidak beruban yakni rambut hitam ia tidak akan merubah warna rambut itu dengan jelas melainkan rambut itu sedang berada dibawah pancaran sinaran matahari @ sinaran lampu akan nampak bayangan perangnya...tetapi kalau dilihat dengan mata kasar tidak sejelas warna rambut yang diletakkan perwarna.....

SERBUK INAI RAMBUT 100% DAUN INAI TANPA BAHAN CAMPURAN ATAU PERWARNA - SAH BAWA SOLAT

Sebenarnya saya ada juga kadang-kadang rasa penat nak jawab kepada soalan customer yang nak cari inai asli tapi nak warna hitam...krik krik kejap saya mengenangkan soalan cepu emas mereka...inai yang menghasilkan warna hitam adalah tidak asli @ diringkaskan untuk bagi korang faham inai itu adalah telah dicampurkan dengan perwarna....Bila ada perwarna bukan hanya diragui keasliannya samaada sah dibawa solat atau tidak malah adalah diharamkan dalam islam untuk merubah warna rambut selain daripada menggunakan inai yakni dari sumber tumbuhan

Saya menyusun kata bukan kerana saya seorang penjual inai asli tetapi saya lebih ingin mewar-warkan kepada korang semua yang nak guna inai kat rambut supaya lebih berhati-hati...kalau korang ragu-ragu dengan inai yang ada dalam pasaran hatta inai saya sekalipun lebih selamat kalau korang petik je inai kat pokok then tumbuk buat lumur kat kepala daripada korang ragu-ragu nak guna...betoi tak...apa-apapun saya share apa yang saya rasa betul untuk bagitahu mereka yang tak tahu supaya mereka tahu hokeyyyy

SERBUK INAI RAMBUT 100% DAUN INAI TANPA BAHAN CAMPURAN ATAU PERWARNA - SAH BAWA SOLAT

So,habis dah story ringkas saya tentang SERBUK INAI RAMBUT 100% DAUN INAI TANPA BAHAN CAMPURAN ATAU PERWARNA - SAH BAWA SOLAT ...kalau ada yang berminat nak beli dengan harga jimat boleh terus beli kat kedai shopee saya di KEDAI ZM BEAUTY ...sebab apa saya suh beli kat sana??? sebab kat sana ada diskaun postage...so kurang sikitlah harganya berbanding beli direct dengan saya...hehehe...Anyway thank's pada yang sudi singgah...sayang korang...jumpa lagi next entri nooo...
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

3 ulasan:

  1. Sekarang dah susah nak jumpa pokok inai . Dulu kat umah ada taman .. lepas tu mati .. kalau nak pakai inai terpaksa beli yang homemade balik terus picit pada kuku

    ReplyDelete
  2. Suka guna daun inai asli macam ni..sbb terjamin..dari pewarna inai tapi hitam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul...nak tahu asli ke tak asli tengok warna sudah cukup...

      Delete