Image

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Bismillah dan Assalammualaikum kepada semua yang menjejakkan mata di content terakhir saya untuk tahun 2017 ni iaitu CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH ...sidang pembaca yang saya hormati sekalian...(hehehe ...macam nak jadi pengacara ceramah plak) ...saya terpanggil untuk membuat artikel ini adalah disebabkan rentetan daripada ramainya orang yang bertanya bagaimana cara nak pos barang ke luar negara...

Mesti korang semua pelik-pelik apahal pula orang ramai nak tanya kat saya...kenapa tak tanya kat orang lain...orang pejabat pos ke kannn...saya ni bukan pekerja pos Malaysia pon kan... Ahaaaa...soalan yang sangat baik di awal-awal content hehehe...mereka bertanya kepada saya sebab sebelum ini saya pernah membuat satu artikel cara pos barang ke luar negara...saya just sharing pengalaman saya pos produk organik saya ke luar negara tetapi ramai yang bertanya cara dengan lebih detail setelah artikel tersebut masuk di mesin carian google...alhamdulillah...muncul juga artikel saya kat google

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Sebenarnya saya tak pernah keberatan untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan info berkaitan cara pos barang ke luar negara ni...tetapi yang saya kesalkan semua yang mencari info cara pos barang ke luar negara ini adalah mangsa scammer urusniaga jual beli syiling lama...Oleh kerana itu saya buat satu lagi content yang saya harap dapat membantu rakyat Malaysia daripada tertipu dengan sindiket jual beli syiling lama ni...Maka lahirlah artikel CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH ini....

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Gambar-gambar yang saya pertontonkan disini adalah sebilangan mangsa scammer duit syiling lama yang dapat saya selamatkan daripada meneruskan urusniaga. Cuba korang bayangkan logik tak harga syiling lama nak dibeli dengan harga RM50 ribu...RM50 ribu tau...bukan RM50 ringgit...kalau yang jenis kelabu mata,gelap mata,kurang kekuatan iman dan sebagainya sudah pasti akan gundah gulana hatinya untuk menolak betul tak???

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Kenapa saya klasifikasikan ia sebagai scammer??? pandai-pandai je nak cop orang penipu...semua orang yang bertanya pada saya cara nak pos syiling ke luar negara,pasti saya akan tanya samaada duit sudah masuk kedalam akaun mereka ke belum...ada yang jawab sudah...tapi bila saya suruh check akaun dia cakap tiada...habis apa yang sudahnya??? 

Mereka cakap pembeli dah bagi resit bukti duit dah masuk dalam akaun dan bila saya minta dia bagi saya tengok resit tu...tu diaaaa...syarat untuk duit masuk ke dalam akaun penjual,penjual kena bayar fee(yuran)...fee bukan koman-koman pula tu...ada fee yang sampai RM2000...tapi kenapa si penjual masih nak bertanya pada saya bagaimana nak pos barang ke luar negara??? ini bermakna,si penjual memang ada hasrat didalam hati untuk pos syiling tu,sekaligus bersetuju dengan urusniaga tu betul tak....

Ada satu kes ni si pembeli beria-ia suruh bayar fee cepat...dia siap bagi masa 1 jam sahaja...siap ambil gambar pegawai bank sedang uruskan pemindahan wang dan siap hantar progress percentage pemindahan wang ke akaun kita...95% duit dah progress tunggu si penjual bayar fee baru bank akan teruskan pemindahan wang...hahaha saya tengok ni yang lawak...boleh pula macamtu ek...kalau masih ada yang tertipu dengan lakonan mereka ini saya tak tahulah nak cakap macamana lagi...tapi saya nak pesan je kalau ada modus operandi macamni sila alert,korang sedang kena kencing(tipu)...

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Hurmmmm....saya sedih kenapa ramai sangat mudah tertipu dengan permainan duit yang tak logik ni...Pernah seorang mangsa yang tak dapat diselamatkan sebab dia mesej saya selepas dia bayar fee kepada pembeli...bila dia bayar fee kepada pembeli dia terus dapat satu email yang berbaur ugutan supaya dia membayar sejumlah wang yang lebih besar(RM25 ribu kalau tak silap saya) ...sekiranya gagal bayar akaun dia akan digantung dan tidak akan dapat membuka akaun dimana-mana bank di Malaysia...Logik tak ni???Kesiannn....

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Cuba korang perhatikan,semua wang yang ditawarkan oleh pembeli semuanya adalah dalam lingkungan harga yang sangat besar dan tidak logik dengan harga sekeping duit syiling lama semata-mata untuk dikumpul sebagai hobi...Come on la wahai korang-korang semua...buka mata tu sikit,berpijak di bumi nyata....janganlah kerana rasa nak cepat kaya korang mudah diperdayakan oleh mereka-mereka yang memenag kerjanya menipu golongan-golongan kurang cerdik macam kita ni...Allah pun tak bagi rezeki mudah tanpa usaha inikan mereka yang suka suki nak lempar RM50k untuk sekeping duit syiling lama

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Tapi.....
Andaikata ada diantara pembeli duit syiling lama tu adalah pembeli duit syiling lama yang tulen korang boleh je teruskan urusniaga...sebab saya tak cakap semua yang beli duit syiling lama ni scammer...Kekalkan adab jual beli...ada duit ada barang...settle masalah...betul tak...pastikan duit dah betul-betul masuk dalam akaun korang barulah korang pos syiling @ barang jualan korang tu...tiada istilah takut kita tak pos barang...kalau takut sila beli dengan orang lain hokeyyy hehehe...

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Realitikan apa yang biasa kita alami setiap hari...Ada ke korang pergi supermarket ambil barang tak payah bayar dulu....esok-esoklah bayar...boleh??? sekarang ni nak beli gula-gula sebiji pun nak kena bayar,inikan pula yang melibatkan duit yang besar...jangan sesekali keluarkan duit dan berikan kepada pembeli sekiranya korang berada dalam kedudukan sebagai penjual...ingat tu!!!! tapi jangan la korang dalam kedudukan sebagai pembeli tapi taknak keluarkan duit...saya tak tanggung taw kalau korang kena ligan nanti hahahaha....

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

So,kesimpulan daripada content ini adalah sila berhati-hati dengan cubaan untuk menipu dengan urusniaga jual beli syiling lama ni...biasanya mereka akan personal mesej mangsa dan offer harga yang tinggi kalau mangsa ada simpan barang-barang lama,antik,syiling lama dan sebagainya. Biasa dia akan beroperasi di Instagram dan Facebook. 

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Please alert pada orang luar yang add friend di facebook kita...pernah 2 3 orang mangsa yang bagitahu saya dia dipaksa terima hadiah daripada friend mereka di facebook(orang asing) tetapi kena bayar fee dulu...ekeleehhhh katanya hadiah...hadiah kan free...awat kena bayar fee bagai...inipun kena alert...kalau boleh orang luar sila jangan sekali-kali jadikan friend!!! 

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Sedangkan orang kita pun tak boleh dipercayai inikan orang yang entah dari mana munculnya...saya cakap bukan untuk menghasut tetapi sekadar untuk memberi amaran supaya kita semua lebih berhati-hati...setidak-tidaknya kita dapat kurangkan mangsa scammer...sedih wooo kalau kena tipu ribu-ribu ni...bukan senang nak cari duit zaman sekarang...sebab tu ramai yang menipu makan duit haram sekarang ni...Nauzubillah...

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Macam-macam gaya orang yang tanya saya cara pos syiling ni...ada yang tak percaya bila saya cakap yang mereka sedang berurusan dengan scammer...tak kurang juga yang ucapkan terima kasih sebab bagitahu...tapi saya sekadar membantu mana yang perlu sebab kalau boleh kita elakkan benda yang merugikan diri kita sendiri sebab orang tua-tua selalu cakap "menyesal dulu pedapatan,menyesal kemuadian tiada gunanya"...biarlah kita rugi sebab terhindar dari scammer daripada kita kena "ngap" tanpa sedar...huhuhu...

CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH

Sekiranya korang yang sampai di artikel ini yakin pembeli syiling lama @ apa jua barang yang korang niagakan boleh dipercayai dan duit dah pun tercongok dalam akaun bank korang,korang boleh baca artikel ini CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA MUDAH DAN MURAH DENGAN FLEXIPACK untuk mengetahui step-step lebih lanjut korang nak pos barang tu...Dan sekiranya korang seorang yang suka membaca mengenai scammer @ penipu yang tak reti malu korang boleh baca semua artikel yang pernah saya tulis berdasarkan pengalaman sebenar mangsa scammer yang berlaku baru-baru ini...

MODUS OPERANDI PENIPU ONLINE - PENIAGA ONLINE WAJIB AMBIL TAHU




Apa-apapun kita hanya merancang...Allah yang menentukan segalanya...saya hanya dapat membantu dengan cara ini sahaja...siapa yang bernasib baik dapat jumpa artikel saya dapatlah selamatkan diri...maka,kalau sesiapa yang jumpa artikel ni tolonglah ringan-ringankan jari untuk share artikel ni supaya ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang mungkin salah seorang bakal mangsa scammer...Dengan itu berakhirlah sudah content terakhir saya untuk 2017 ni... CARA POS SYILING LAMA KE LUAR NEGARA - MUDAH DAN MURAH untuk tatapan semua...Kita jumpa lagi next year...terima kasih kepada semua yang sudi baca rungutan saya hehehe....Dengarkan pantun ikhlas dari saya...

"kayuh laju-laju,
jangan kayuh slow-slow,
kalau korang setuju,
apa lagi...jom la follow..."

p/s : maaf ya,gambar saya tak susun cun-cun sebab saya nak korang tengok semua gambar tu hehehe...dan lagi satu,artikel ni bukan specifik kepada syiling sahaja taw...yang jual barang lain juga perlu berhati-hati..."no money,no talk" pegang ni kuat-kuat...hehehe

"SELAMAT TAHUN BARU 2018"

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :