TERIMA KASIH CIKGU KERANA MENGAJAR AMMAR YANG ISTIMEWA

Bismillah...
Assalammualaikum guy's...tajuk artikel saya harini macam lain sikit daripada sebelum ni sebabnya saya nak ucap "TERIMA KASIH CIKGU KERANA MENGAJAR AMMAR YANG ISTIMEWA" kepada cikgu dan pengasuh anak istimewa saya di pusat pendidikan khas. Takpelah kan...sekali sekala kita cerita pasal Ammar...barulah realease tension  sikit kan...hehehe


Sebelum ni saya pernah cerita tentang Ammar...sekarang Ammar telah tamat sekolah tadika...Next year Ammar akan ke tahun satu...saya pun tak dapat nak bayangkan lagi situasi bagaimanakah yang kami akan lalui bila Ammar masuk tahun satu januari tahun depan...berdebar-debar rasanya huhuhuhu....Oleh kerana masih ada masa lagi sebulan untuk prepare fizikal dan mental so sekarang masih mood santai-santai lagi sebab cuti sekolah baru bermula...kami baru plan untuk bawa Ammar & the gang(abang & adiknya) balik kampung...


TERIMA KASIH CIKGU KERANA MENGAJAR AMMAR YANG ISTIMEWA

TERIMA KASIH CIKGU KERANA MENGAJAR AMMAR YANG ISTIMEWA

Yeayyy...anak ibu dah convo...besar dah anak ibu...9 Disember ni genap umur Ammar 6 tahun tapi perkataan yang Ammar boleh sebut belum sampai 10 perkataan lagi...tapi ibu tak kisah...nanti ibu ajar Ammar lagi ya...Ammar kena rajin-rajin belajar okey...

TERIMA KASIH CIKGU KERANA MENGAJAR AMMAR YANG ISTIMEWA


Kita berbalik pada tajuk asal kita balik ya...sebab saya ni kalau dah start menaip memang terus nak merapu je dah ni...Tujuan asal saya tulis artikel ni sebab saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Wanie dan Cik Da yang mengajar dan mengasuh Ammar sepanjang Ammar masuk ke PPKI pertengahan tahun lalu...Tiada apa yang dapat saya berikan untuk membalas jasa cikgu menjaga Ammar sepanjang dia berada di sekolah...walaupun tidak lama tetapi ia sangat membantu perkembangan Ammar...sekurang-kurangnya Ammar dah boleh tahu sesuatu yang dia tidak tahu sebelum ini

TERIMA KASIH CIKGU KERANA MENGAJAR AMMAR YANG ISTIMEWA

Sebenarnya saya terharu sangat bila tengok seorang cikgu yang ikhlas mengajar anak-anak istimewa...walaupun anak-anak kecil tu bermacam ragam tetapi cikgu masih boleh bertahan mengajar dan menjaga mereka...lebih-lebih lagi mereka adalah anak-anak istimewa...Saya sedih tengok cikgu menangis masa hari terakhir Ammar sekolah haritu sebab bukan senang saya nak jumpa insan yang benar-benar memahami siapakah Ammar...

Walaupun Ammar budak istimewa,saya redha cikgu...setiap apa yang cikgu pesan untuk mendisiplinkan Ammar akan saya praktikkan...Selagi nyawa dikandung badan saya akan terus dan terus usahakan yang terbaik untuk mendidik Ammar supaya dia boleh kenal dirinya suatu hari nanti. Biarlah apa orang nak cakap...biarlah orang tidak faham...kami akan terus berjuang untuk Ammar

TERIMA KASIH CIKGU KERANA MENGAJAR AMMAR YANG ISTIMEWA

Jangan pelik pula kenapa dalam kereta saya ada pagar..hehehe...sebab kalau pagar ni takde silap haribulan Ammar yang bawa kereta nanti...Satu rumah saya penuh dengan pagar...ada pintu adalah pagar hehehehe...Dulu Ammar pernah terkurung dalam kereta hampir sejam masa umurnya 3 tahun...so saya cukup fobia kalau Ammar terkurung lagi sebab masa dia terkurung dia langsung tak faham arahan kita untuk tekan button buka pintu...dia berlegar-legar dalam kereta kedepan dan kebelakang tanpa henti...Syukur sangat masa tu dia tak padam air-cond...selepas kejadian kereta saya dipagar sehingga hari ini untuk memastikan Ammar selamat...Ya Allah lindungi lah Ammar...

Saya seringkali menggelarkan Ammar budak ajaib dikalangan adik beradiknya yang lain sebab Ammar tidak pernah makan ubat...walaupun dia demam,selsema dan batuk yang teruk,setakat hari ini dia tidak perlukan ubat untuk sembuh...saya pun tidak pasti kenapa tetapi Ammar akan recover sendiri...Ammar tak pernah pergi klinik dan tak pernah makan ubat...Kalau dia demam kami hanya perlu kawal suhu badannya...bagi dia main air untuk stabilkan suhunya....tapi sangat-sangat jarang Ammar nak kena demam...syukur Alhamdulillahhh...setiap kekurangan ada kelebihannya...itulah nikmat Allah yang jelas saya rasakan...

TERIMA KASIH CIKGU KERANA MENGAJAR AMMAR YANG ISTIMEWA

Oklah...rasanya macam dah kelaut dah cerita saya daripada tajuk sebenar...Apa-apapun saya bersyukur sebab ditakdirkan dapat hantar Ammar ke PPKI dan diajar oleh Cikgu Wanie juga diasuh oleh Cik Da yang sangat-sangat dan sangat berhati mulia...Terima kasih yang tidak terhingga untuk kalian...Saya harap dapat jumpa dengan insan mulia macam kalian lagi...Lepas ni saya akan prepare untuk Ammar ke tahun satu...

TERIMA KASIH CIKGU KERANA MENGAJAR AMMAR YANG ISTIMEWA ... jasa cikgu akan saya ingat dan akan saya dedikasikan kepada Ammar bila Ammar besar nanti... Doakan Ammar terus tabah dan boleh teruskan hidup macam insan biasa...Dan kami tidak akan putus asa walau sesaat untuk membesarkan Ammar...Kami bersyukur kerana di beri peluang menjadi pengasuh ahli syurga yang bukan semua orang dapat peluang itu...Alhamdulillah...Guy's...jumpa lagi next story...thank's for reading...
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

0 ulasan:

Post a Comment