LAGI MANGSA SCAMMER ONLINE

Bismillah...
Assalammualaikum uolllsss...harini saya nak tulis lagi satu artikel tentang LAGI MANGSA SCAMMER ONLINE... Korang tahu tak betapa sedihnya hati saya bila ramai lagi yang jadi mangsa scammer ni...Sebelum ini saya tak pernah ambil tahu tetapi selepas saya tulis tentang artikel mengenai penipu online ni setiap hari ramai sangat mangsa-mangsa scammer yang mesej saya cerita nasib mereka...ada yang sempat saya selamatkan dan ada yang tak dapat diselamatkan...

Baca tentang scammer 


Kenapa saya cakap tak dapat diselamatkan? sebab diorang dah bertindak dulu baru nak mengkaji...Ada yang dah siap pos barang...ada yang dah siap bayar duit kat scammer baru nak tanya saya adakah diorang sedang berurusan dengan scammer...Macamana saya nak bantu korang kalau korang dah start berurusniaga dengan scammer tanpa mengkaji dulu status urusan tu samaada betul atau palsu...Saya bukan dari mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta yang membuka kaunter perkhidmatan untuk mangsa-mangsa scammer @ untuk pastikan korang tak jadi mangsa scammer...Saya adalah orang perseorangan yang ikhlas menyebarkan maklumat mengenai scammer supaya saya dapat kurangkan statistik mangsa penipuan manusia yang pemalas nak cari duit sendiri di luar sana...

LAGI MANGSA SCAMMER ONLINE

Harini saya nak cerita satu lagi kisah mangsa scammer yang menjual coin lama kepada scammer yang sentiasa cari mangsa yang lemah pada jumlah duit yang banyak. Adik ni jual coin lama dan scammer tersebut tawarkan duit sebanyak 25k untuk beli coin terseut. Seperti biasa modus operandi yang sama iaitu mangsa perlu membayar "activation fee" untuk mendapatkan bayaran tersebut masuk ke akaun mereka...hurmmmm...bank of America keluarkan resit cokia macam gitu je ke?? Then kalau korang perhatikan betul-betul amaun dalam digit dan perkataan tidak sama...Alasannya sebab pertukaran wang huhuhu...

LAGI MANGSA SCAMMER ONLINE

LAGI MANGSA SCAMMER ONLINE

Si scammer minta untuk bayar fee tersebut untuk 25k muncul di dalam akaun mangsa...agak-agak korang logik tak transaksi yang macamni??? Tak logik kan??? Tapi ramai yang tertipu dengan jumlah duit yang banyak..."apalah sangat fee yang tak sampai 2k tu dibandingkan dengan 25k yang akan aku dapat...aku kayooo..aku kayooo..." hahaha...mesti ramai yang berkata-kata macamni dalam hati bila dapat urusniaga macamni tapi tak sedar mereka sedang diperdayakan...Come on la kawan-kawan semua...mana ada rezeki datang bergolek macamni rupa...melainkan korang dalam situasi menipu...kalau rezeki bergolek tanpa korang dalam situasi menipu bermakna korang adalah dalam situasi "ditipu"

Korang nak tahu apa jadi dengan adik ni??? Sedih saya nak story...adik ni dah pun buat transaksi pembayaran "activation fee" konon-kononnya...si scammer janji duit akan terus aktif di akaun mangsa sebaik selepas fee di bayar...Macam-macam cara si scammer buat untuk mempercepatkan proses mereka dapat duit dari mangsa...Macam adik ni si scammer siap bagi bukti slip pos dari Malaysia konon-kononnya bukti ada transaksi yang telus sebelum ni tetapi malangnya no telefon ditutup(kenapa tutup pula??)

LAGI MANGSA SCAMMER ONLINE


Yang menyedihkan sekali sebaik sahaja adik ni bayar fee tersebut berjumlah RM1850 dia terima email daripada BNM dan perlu bayar lagi RM25k...apa korang rasa?? kesian kan...dah terbukti dengan jelas dan nyata bahawa dia adalah mangsa scammer yang tak berhati perut...pemalas...tak takut Allah dan @%*$# bagai kan...(dah tiada bahasa yang baik lagi dah nak menggambarkan keterukan sikap mereka)

LAGI MANGSA SCAMMER ONLINE

LAGI MANGSA SCAMMER ONLINE

Tengok pada bahasa email BNM pon dah nampak kepalsuannya(perkataan it's okay mana ada dalam surat formal...contoh simple) mana ada rundingan harga dalam waktu yang singkat...boleh pula nak ubah-ubah rules...saya ni bukan lah pandai sangat bab-bab perbankan ni tapi setahu saya sesiapa sahaja boleh buat transfer international melalui telegraphic transfer...tidak akan menjadi kesalahanpun...ini siap cakap kalau tak bayar akaun akan di"block" dan tidak boleh buka akaun di mana-mana bank dalam malaysia...are you crazy scammer???

Nak marah scammer pun tak guna sebab memang hatinya dah hitam...memang kerja dia menipu orang je...tapi saya tulis ni untuk orang yang nak ambil tahu...jangan mudah terpedaya dengan jumlah duit yang banyak...Allah takkan bagi rezeki melebihi apa yang kita usahakan...percayalah...sesiapa yang rasa mereka dapat rezeki tanpa usaha yang setimpal maka mereka adalah orang yang rugi...Elakkan daripada menjadi friend orang luar yang tidak dikenali di Facebook...

Pernah satu kes yang saya dapat rakan facebook dari UK baik hati sangat nak bagi hadiah barang yang sangat bernilai...kalau saya jadi dia pun saya akan terpedaya tetapi dia perlu bayar fee untuk proses hantar..."kata hadiah...kalau hadiah kenapa kena bayar??? sila berhati-hati dengan sebarang urusniaga korang...pastikan duit dah betul-betul masuk ke dalam akaun korang baru teruskan langkah urusniaga yang berikutnya(pos barang) Tiada istilah "activation fee" dibayar oleh penjual...siapa yang nak membeli(membayar) dialah yang kena bayar fee tersebut...

LAGI MANGSA SCAMMER ONLINE
LAGI MANGSA SCAMMER ONLINE

Ini adalah akaun IG dan nombor akaun scammer tersebut...Sila elakkan berurusniaga dengan mereka. Bukan scammer ini sahaja tau...sebab scammer biasanya akan tukar maklumat sosial media dan akaun seperti tukar baju...mereka boleh berubah-ubah tetapi modus operandi lebih kurang sama...sesiapa yang rasa mereka sedang dalam dilema penipuan boleh whatsapp saya untuk nasihat...tetapi saya tak boleh tolong jika transaksi sudah berlaku...

Nasihat saya kepada yang pernah jadi mangsa scammer jadikan kejadian ini sebagai pengajaran dan kalau boleh sebarkan info-info berkaitan penipuan ini. Saya yakin perancangan Allah lebih baik dari segala-gala perancangan di muka bumi ini...mesti ada hikmahnya ia berlaku pada korang...Yang masih belum jadi mangsa sila jangan anggap perkara ini tak penting sebab ada salah seorang mangsa cakap dia selalu baca tentang mangsa scammer tapi tak sangka dia jadi mangsa juga...see...dah pernah baca pun terjebak juga...sila berhati-hati

Bagi mengurangkan statistik mangsa scammer dan menambahkan info tentang scammer korang tolong share artikel ni ke FB @ sosial media korang yang lain. Mungkin dengan pertolongan korang dapat menyelamatkan mangsa penipuan di Malaysia. LAGI MANGSA SCAMMER ONLINE adalah artikel ketiga saya tentang scammer...alhamdulillah dah ramai mangsa scammer yang dapat saya nasihatkan daripada terus menjadi mangsa...Saya berhenti disini dan saya akan update lagi berkaitan scammer di masa akan datang untuk info kita bersama...Terima kasih kepada yang sudi baca dan share...

Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

4 ulasan:

  1. nice info sis,sangat bermanfaat,moga terlindung dengan semua ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dik...ramai mangsa scammer yang mesej saya...kesian diorang

      Delete
  2. Dah banyak dah kes scammer ni tapi masih lagi ada yang menjadi mangsa terpedaya...pelik betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab diorg kadang-kadang gelap mata tgok duit yang ditawarkan...tak masuk akal amountnya...

      Delete