SCAMMER YANG BERLELUASA DI MALAYSIA - AMBIL TAHU SEBELUM TERLEWAT

Bismillah dan Assalammualaikum sahabat-sahabat sekalian. Sebenarnya harini saya tak sabar nak mencoret disini sebab tajuk SCAMMER YANG BERLELUASA DI MALAYSIA - AMBIL TAHU SEBELUM TERLEWAT ni saya tulis sebab saya nak peringatkan kepada semua seller online yang ada dalam Malaysia ni supaya berhati-hati. Jangan jadi mangsa scammer semata-mata terpedaya dengan jumlah duit yang ditawarkan oleh scammer tersebut

SCAMMER YANG BERLELUASA DI MALAYSIA - AMBIL TAHU SEBELUM TERLEWAT

Sejak saya menulis artikel mengenai CARA POS BARANG KE LUAR NEGARA saya dapat banyak sangat mesej bertanyakan tentang cara pos barang ke luar negara dengan lebih detail..Woww...hebatkan anak Malaysia berniaga international...tetapi apa yang menyedihkan saya adalah mereka yang bertanya adalah mangsa scammer yang tidak bertanggungjawab tetapi mereka tidak tahu pun yang mereka adalah mangsa scammer sebelum saya bagitahu... Walaupun sebelum ini saya pernah tulis satu artikel tentang MODUS OPERANDI PENIPU ONLINE  tetapi mungkin ramai yang tak perasan dengan artikel saya itu

Saya menulis artikel tersebut bertujuan untuk memberitahu kepada semua supaya lebih berhati-hati ketika berurusniaga dengan orang luar. Bukan saya cakap korang tak boleh berniaga dengan orang luar tetapi sila berniaga dengan berwaspada. Pegang prinsip urusniaga betul-betul...sebab yang jadi mangsa penipuan ni saya yakin mereka hanyalah peniaga kecil-kecilan yang baru nak belajar berniaga. Sebab itu mereka mudah diperdayakan dengan jumlah duit yang tak masuk akal. Pegang akad berniaga betul-betul...Ada duit ada barang...yang dijadikan pertukaran dalam urusniaga...Bak kata orang putih " no money no talk" hehehe....

SCAMMER YANG BERLELUASA DI MALAYSIA - AMBIL TAHU SEBELUM TERLEWAT

SCAMMER YANG BERLELUASA DI MALAYSIA - AMBIL TAHU SEBELUM TERLEWAT

SCAMMER YANG BERLELUASA DI MALAYSIA - AMBIL TAHU SEBELUM TERLEWAT

SCAMMER YANG BERLELUASA DI MALAYSIA - AMBIL TAHU SEBELUM TERLEWAT

SCAMMER YANG BERLELUASA DI MALAYSIA - AMBIL TAHU SEBELUM TERLEWAT

SCAMMER YANG BERLELUASA DI MALAYSIA - AMBIL TAHU SEBELUM TERLEWAT

SCAMMER YANG BERLELUASA DI MALAYSIA - AMBIL TAHU SEBELUM TERLEWAT

Gambar-gambar yang saya share di atas adalah pemberian mangsa scammer yang minta dia bayar duit sebelum dia dapat bayaran atas barang yang hendak dijual. Sebenarnya banyak lagi gambar yang saya dapat tetapi saya tak dapat nak share semua sebab modus operandi mereka sama je...cuma teknik mereka sahaja yang berbeza huhuhu...Agak-agak korang adakah releven seseorang penjual nak jual barang tetapi perlu bayar dahulu untuk mendapatkan bayaran?

Ada seorang wanita mesej saya cakap dia dah dapat bukti payment untuk jual barangnya untuk di jual ke luar negara...bukti payment itu berbentuk gambar resit transfer(macam slip bank) tetapi duit masih belum terima...Bila saya tengok resit tersebut tertulis di situ "activation fee" sebanyak rm800...bermaksud untuk mendapatkan RM8000 perlu bayar RM800 dahulu sebagai activation fee...sedangkan dia hanyalah menjual barang biasa-biasa je...

Nampak tak kat situ scammer tersebut menggunakan angka duit yang besar untuk mengaburi mata mangsa-mangsa mereka yang cetek ilmu(baru nak berjinak-jinak berniaga) Kalau silap perhitungan ada yang terpedaya akan berusaha dapatkan duit RM800 semata-mata untuk bayar kepada scammer tersebut sedangkan dia tidak sedar dia sedang diperdayakan...Ada yang sanggup pinjam duit orang " alahhh...pinjam jela dulu...nanti dapat RM8000 bukan tak boleh bayar balik" ada juga yang yang berfikiran macamtu...Sanggupkah korang ambil risiko duit lesap sebanyak RM800...barang jualan dah di pos...tapi duit satu sen pun tak dapat...masa tu nak report polis pun polis tak layan sebab semua dokumen adalah palsu....Sanggup tak???

Kesimpulannya...selagi kita berpegang pada prinsip ada duit ada barang kita tidak akan mudah diperdayakan oleh scammer yang tidak akan pernah jemu mencari mangsa. Tetapi sekiranya duit RM8000 itu betul-betul sudah melepasi akaun korang,korang boleh abaikan mesej saya ini. Apa yang penting sebelum korang nak pos barang yang mereka nak beli pastikan duit sudah berada dalam genggaman korang barulah korang boleh pergi ke next step(pos barang tersebut)

Saya menyeru kepada semua yang membaca artikel ini tolonglah kongsikan untuk orang lain supaya tiada lagi mangsa scammer selepas ini. Kadang-kadang sikap tak suka ambil tahu juga boleh memakan diri sendiri sebab selalu memandang enteng benda yang remeh tetapi tidak sedar mereka juga mungkin adalah bakal mangsa scammer.  Sekurang-kurangnya bila kita ambil tahu kita boleh share kepada orang lain yang tidak tahu dan dapat menyelamatkan lebih ramai mangsa scammer....jangan mudah terpedaya dengan jumlah duit yang banyak dan tidak masuk akal dengan apa yang kita jual

Akhir sekali,pesan saya berhati-hatilah semasa berurusniaga. Kalau yang nak berurusniaga dengan negara luar better korang gua akaun Paypal sebab setakat ini itulah satu-satunya akaun yang selamat dan mudah digunakan untuk sebarang transaksi berkaitan duit dengan negara luar selain telegraphic transfer dan western union...Dengan paypal korang tak perlu risau scammer @ tidak...kalau dah transfer duit ke akaun paypal korang means korang terus boleh sahkan samaada duit dah diterima @ tidak...Senangkn...

Saya doakan korang semua selamat daripada jadi mangsa penipuan dan perniagaan korang akan terus menuju kejayaan....Sebelum saya akhiri coretan SCAMMER YANG BERLELUASA DI MALAYSIA - AMBIL TAHU SEBELUM TERLEWAT ni saya nak bagitahu bahawa artikel ini adalah sekadar untuk ingat memperingati sesama insan...sekiranya ada kesilapan @ perbezaan pendapat tentang isi artikel ini korang boleh komen untuk saya perbaiki kesilapan saya...Terima kasih sudi singgah & share this artikel...Jumpa lagi....
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :

0 ulasan:

Post a Comment