Image

PRODUK HOMEMADE SELAMAT DIGUNAKAN - SERUM ZM BEAUTY BERWAJAH BARU

Bismillah dan Assalammualaikum semua...Hai korang,harini saya berpeluang muncul kat sini lagi hehehe...Harini saya nak update sesuatu yang berkaitan produk homemade saya iaitu PRODUK HOMEMADE SELAMAT DIGUNAKAN - SERUM ZM BEAUTY BERWAJAH BARU... Serum ni sebenarnya dah lama saya jual tetapi oleh kerana ramai yang minat nak guna dan so saya cari inisiatif lain untuk menambahbaik botol. Bukan saya terikut-ikut dengan trend semasa orang buat serum pakai botol macamtu saya pun nak pakai macamtu tetapi ada sebabnya saya terpaksa guna botol begitu

PRODUK HOMEMADE SELAMAT DIGUNAKAN - SERUM ZM BEAUTY BERWAJAH BARU

Tadaaaa....inilah dia rupa botol serum organik saya yang terbaru. Botol ni isinya 20ml sama macam botol yang lama cuma bezanya botol ni kaca dan botol lama tu plastik. Kalau korang nak tahu alasan saya terpaksa tukar botol ini adalah sebab saya nak menjaga kualiti serum ni. Kalau guna botol sebelum ni serum tu boleh meleleh bila kita picit then saki bakinya tertinggal kat muncung spray tu...

Korang kena faham,serum saya ni organik...so memang perlu dijaga rapi supaya tiada anasir-anasir lain yang boleh menyebabkan serum ini tercemar...giteww...kukuh tak alasan saya? hehehehe...Kalau guna botol ni kita cuma ambil 2 ke 3 drop sahaja untuk guna then boleh terus tutup botolnya...saya rasa agak kurang risiko untuk tercemar

Asyik cerita pasal botol je,bila nak cerita pasal serum?? hehehe...macamlah botol tu yang nak dioleskan ke kulit wajah gamaknya kan...Serum organik ni saya dah banyak kali review kot fungsinya. Serum ini menggunakan aloevera sebagai bahan dasarnya. Semua orangpun dah tahukan,aloevera ni adalah satu tumbuhan ajaib yang dikurniakan Allah untuk para wanita dalam dunia ni untuk memelihara kecantikan mereka

PRODUK HOMEMADE SELAMAT DIGUNAKAN - SERUM ZM BEAUTY BERWAJAH BARU

Kenapa aloevera ni ajaib??? Aloevera mempunyai terlalu banyak khasiat untuk kecantikan...malah dalam kesihatan pun ia turut bermanfaat. Aloevera boleh membantu menyelesaikan masalah kulit wajah akibat radiasi bebas @ kesilapan menggunakan produk yang mempunyai bahan kimia berlebihan. Selain daripada aloevera terdapat campuran air mawar,gliserin,minyak zaitun dam vitamin E untuk melengkapkan lagi keberkesanan serum organik ini

Ada yang tanya saya boleh ke serum ni kalau nak pakai kerap??? Boleh dikkk...tiada masalah langsung...then boleh ke pakai waktu siang? Boleh juga dik...serum organik ni boleh pakai anytime,anywhere,everyday...giteww...terus cakap omputeh den...Berapa lama serum ni boleh tahan ek?? Selagi korang habiskan selepas 2 bulan buka botol ni selagi itu serum ni masih selamat/boleh digunakan tanpa was-was. Serum ni boleh pakai kat muka je ke kak?? Serum ni boleh pakai kat seluruh kulit korang,selagi ada kulit selagi tu boleh apply...kalau korang ada masalah rambut keringpun korang boleh apply serum ni dan tengok keajaiban apakah yang akan berlaku jeng...jeng...jeng...

Dan yang paling best tentang serum organik ni adalah ia boleh digunakan oleh semua peringkat usia dan jantina...tak kira budak kecik ke,orang tua ke,remaja ke boleh guna...Tiada sebarang peraturan diperlukan untuk menggunakan serum organik ini cuma korang perlu jaga serum ini dengan baik. Maksud jaga dengan baik lepas korang drop serum ni korang terusla tutup baik2...ketat2 supaya kualiti serum ini terpelihara...janganla korang dek nak cepat pergi kerja lepas guna terus biarkan terdedah...dropper korang letak je atas table solek terdedah...lepastu bagi soalan kat saya "kenapa serum saya ni lain macam je ek???" So,itu sahaja syaratnya untuk pakai serum organik ni,sebab ia adalah organik kita kena pelihara dia sebagai organik juga...hokeyyy...jangan sampai dropper tu merayu kat korang suruh letakkan dia ke tempat asal sudahhhh(hahaha...gurau je taw)

PRODUK HOMEMADE SELAMAT DIGUNAKAN - SERUM ZM BEAUTY BERWAJAH BARU

Maaf ya,gambar semua sama,cuma design sahaja berbeza...bukan apa,kalau takde gambar boring pula korang nak baca nanti...so,kalau rasa bosan nak baca korang belek-belekla gambar tu hehehe...sabar jela admin nih...Dipendekkan cerita organik serum ini berfungsi untuk merawat kulit kusam,parut jerawat,kulit rosak,melembabkan kulit,menyejukkan kulit,merawat kulit kering,jerawat pasir dan sebagainya...Yang saya sebut ni bukan main sebut syok sendiri je taw...saya ambil testimoni daripada customer...

Bagi mereka yang nak dapatkan @ nak testing2 guna produk organik boleh whatsapp saya terus ya...ataupun korang boleh dapatkan di Butik NY Beauty simpang renggam bagi mereka yang duduk area sana... Kalau yang jauh saya boleh pos jangan risau eh heheheee...Saya harap apa yang saya usahakan dapat membantu mereka yang memerlukan...Akhir kata terima kasih kepada yang tersinggah kat entri PRODUK HOMEMADE SELAMAT DIGUNAKAN - SERUM ZM BEAUTY BERWAJAH BARU saya untuk kali ini...In Sya Allah kita jumpa lagi...Babayyy
Wassalam

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :